-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
1 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
BAHAGIAN 1 : Pengenalan : Pengenalpastian produk dan identiti kimia
Pengenalan produk
Nama produk Pesguard FG161
Kegunaan berkaitan bahan atau campuran yang dikenal pasti dan penggunaan yang tidak disyorkan
Kegunaan yang dikenal pasti Racun serangga
Penggunaan yang tidak disyorkan
Tiada penggunaan yang tidak disyorkan secara khusus yang dikenal pasti
Butiran tentang pembekal risalah data keselamatan
Pembekal Sumitomo Chemical Asia Pte Ltd
3 Fraser Street
#07-28, DUO Tower
Singapura 189352
+65 62919636
Individu untuk dihubungi Dr. Gordon Reidy
Nombor telefon kecemasan
Nombor telefon kecemasan +60 66793711 atau +65 6291 9636 (CARECHEM24, Singapura)
BAHAGIAN 2 : PENGENALPASTIAN BAHAYA
Pengelasan bahan atau campuran
Bahaya fizikal Cecair mudah terbakar 4 –H227
Bahaya kesihatan Hakisan kulit 1C – H314 Kerosakan mata 1 –H318 Ketoksikan pernafasan – H304
Bahaya persekitaran Akuatik akut 1 – H400 Akuatik kronik 1 – H410
Unsur label
Piktogram
Perkataan isyarat BAHAYA
Pernyataan bahaya H227 Cecair mudah terbakar
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
2 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
H314 Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk
H410 Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan
H304 Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan
Pernyataan langkah berjaga-jaga P210 Jauhkan daripada haba/percikan api/nyalaan terbuka/permukaan panas. – Dilarang merokok.
P260 Jangan sedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan.
P264 Basuh kulit sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan.
P273 Elakkan pelepasan bahan ke persekitaran.
P280 Pakai sarung tangan pelindung/ pakaian pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka.
P301+P310 JIKA TERTELAN Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan.
P301+P330+P331 JIKA TERTELAN: Berkumur. JANGAN paksa muntah.
P303+P361+P353 JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Segera tanggalkan/buka semua pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan air/pancuran air.
P304+P340 JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa.
P305+P351+P338 JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas.
P321 Rawatan khas (lihat nasihat rawatan pada label ini).
P363 Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya semula.
P370+P378 Jika berlaku kebakaran: Gunakan kabus, karbon dioksida, serbuk kimia kering atau kabus air memadamkan kebakaran.
P391 Kumpul tumpahan
P403+P235 Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Simpan di tempat sejuk.
P405 Simpan di tempat berkunci.
P501 Lupuskan kandungan/bekas mengikut peraturan negara
Kandungan Kerosin (petroleum)
BAHAGIAN 3 : KOMPOSISI DAN MAKLUMAT RAMUAN
Campuran
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
3 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
Kerosin (petroleum) 60-100 %
No. CAS : 8008-20-6
Sifenotrin 12.0 %
No. CAS : 39515-40-7
Lain-lain 10-30 %
No. CAS : -
Tetramethrin 4.0 %
No. CAS : 7696-12-0
BAHAGIAN 4 : LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS
Butiran tentang langkah pertolongan cemas
Maklumat am Dapatkan rawatan perubatan jika berlaku apa-apa ketidakselesaan yang berterusan. Tunjukkan Risalah Data Keselamatan ini kepada kakitangan perubatan.
Tersedut Alihkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa berehat dalam kedudukan yang selesa untuk bernafas. Kekalkan pengudaraan terbuka. Longgarkan pakaian yang ketat seperti kolar baju, tali leher dan tali pinggang. Orang yang terlatih boleh memberikan bantuan oksigen jika mangsa sukar bernafas. Dapatkan rawatan perubatan. Biarkan mangsa yang tidak sedarkan diri mengiring pada kedudukan pemulihan dan pastikan mangsa dapat bernafas.
Tertelan Kumur sebersih-bersihnya dengan menggunakan air. Berikan beberapa gelas kecil air atau susu untuk diminum. Berhenti jika mangsa berasa loya kerana mungkin berbahaya jika mangsa muntah. Jangan suapkan apa-apa kepada mangsa yang tidak sedarkan diri. Biarkan mangsa yang tidak sedarkan diri mengiring pada kedudukan pemulihan dan pastikan mangsa dapat bernafas. Pastikan mangsa sentiasa diawasi. Dapatkan rawatan perubatan. Jika mangsa muntah, tundukkan kepala mangsa supaya isi perut tidak memasuki paru-paru. Pengawasan perubatan disyorkan.
Terkena kulit Bilas menggunakan air yang banyak. Segera buka/tanggalkan pakaian dan kasut yang tercemar.
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
4 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
Terkena mata Tanggalkan apa-apa kanta lekap dan buka kelopak mata seluas-luasnya. Bilas dengan air. Jika kerengsaan berterusan: Dapatkan rawatan perubatan.
Perlindungan untuk pemberi pertolongan cemas
Pemberi pertolongan cemas hendaklah memakai kelengkapan pelindung yang sesuai semasa memberikan bantuan.
Simptom dan kesan akut dan tertunda paling ketara
Maklumat am Keterukan simptom yang diterangkan adalah berbeza, bergantung pada kepekatan dan tempoh pendedahan
Tersedut Tiada simptom khusus yang diketahui pada suhu ambien normal
Tertelan Pendedahan tunggal boleh menyebabkan kesan buruk seperti : Mabuk, loya, muntah. Boleh menyebabkan mengantuk dan pening. Tekanan pada sistem saraf utama. Boleh menyebabkan beberapa kecederaan dalaman. Bahaya jika tertelan. Pneumonitis kimia mungkin berlaku disebabkan termakan atau muntah memasuki paru-paru.
Terkena kulit Menyebakan luka terbakar pada kulit dan kerosakan mata
Terkena mata Menyebabkan kerosakan mata yang serius
Arahan untuk apa-apa bantuan perubatan segera dan rawatan khas yang diperlukan
Catatan untuk doktor Rawat mengikut simptom.
BAHAGIAN 5 : LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN
Bahan pemadam api
Bahan pemadam api yang sesuai Produk mudah terbakar. Padam dengan menggunakan busa kalis alkohol, karbon dioksida, serbuk kering atau kabus air. Gunakan bahan pemadam api yang sesuai dengan kebakaran sekeliling.
Bahan pemadam api yang tidak sesuai
: Jangan gunakan semburan air sebagai pemadam api kerana ia akan menyebabkan api merebak
Bahaya khas yang wujud daripada bahan atau campuran
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
5 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
Bahaya khas Bekas boleh pecah secara tiba-tiba atau meletup apabila
dipanaskan akibat peningkatan tekanan yang berlebihan.
Produk pembakaran yang berbahaya
Produk penguraian terma atau pembakaran mungkin merangkumi bahan yang berikut: Gas atau wap berbahaya.
Nasihat untuk pemadam kebakaran
Langkah perlindungan semasa memadam kebakaran
Elakkan tersedut gas atau wap kebakaran. Kosongkan kawasan. Sediakan pengalihudaraan yang mencukupi untuk mengelakkan tersedut gas, wasap, wap dan asap. Kosongkan kawasan sebelum memasukinya. Sejukkan bekas yang terdedah kepada haba dengan semburan air dan pindahkannya dari kawasan kebakaran jika boleh dilakukan tanpa risiko. Sejukkan bekas yang terdedah kepada nyalaan dengan air selepas api benar-benar dipadamkan. Jika kebocoran atau tumpahan belum bernyala, gunakan semburan air untuk menyebarkan wap dan lindungi orang yang menghentikan kebocoran tersebut. Elakkan pelepasan ke persekitaran akuatik. Kawal lelehan air dengan membendung dan mencegahnya daripada memasuki pembetung dan saluran air. Jika terdapat risiko pencemaran air, maklumkan pada pihak berkuasa yang sewajarnya.
Kelengkapan pelindung khas untuk pemadam kebakaran
Pakai alat pernafasan serba lengkap bertekanan positif dan pakaian pelindung yang sesuai. Pakaian pemadam kebakaran yang mematuhi standard Australia/New Zealand AS/NZS 4967 (untuk pakaian) AS/NZS 1801 (untuk topi keselamatan), AS/NZS 4821 (untuk but pelindung), AS/NZS 1801 (untuk sarung tangan pelindung) yang memberikan perlindungan asas bagi kebakaran yang melibatkan bahan kimia.
BAHAGIAN 6: LANGKAH MENANGANI PELEPASAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN
Langkah perlindungan diri, kelengkapan pelindung dan prosedur kecemasan
Langkah perlindungan diri Pakai pakaian pelindung seperti yang diterangkan dalam Bahagian 8 risalah data keselamatan ini. Jangan mengambil tindakan tanpa latihan yang bersesuaian atau tindakan yang melibatkan apa-apa risiko kepada diri. Elakkan sentuh atau berjalan pada tumpahan. Elakkan terhidu wap dan semburan/kabus. Gunakan perlindung pernafasan yang sesuai jika pengudaraan tidak mencukupi.
Langkah perlindungan persekitaran
Langkah perlindungan persekitaran Elakkan pelepasan ke dalam longkang, saluran air atau tanah. Elakkan pelepasan ke persekitaran akuatik.
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
6 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
Kaedah dan bahan untuk pembendungan dan pembersihan
Kaedah pembersihan Pakai pakaian pelindung seperti yang diterangkan dalam Bahagian 8 risalah data keselamatan ini. Bersihkan tumpahan dengan segera dan lupuskan sisa dengan selamat. Tumpahan yang sedikit : Kumpulkan tumpahan. Tumpahan yang banyak : Serap tumpahan dengan bahan penyerapan yang tidak mudah terbakar. Bahan penyerap yang tercemar boleh memberikan bahaya yang sama seperti bahan tumpahan. Kumpul dan letakkan tumpahan didalam bekas sisa buangan dan pastikan ditutup rapi. Labelkan bekas yang mengandungi sisa dan bahan yang tercemar dan alihkan daripada kawasan tumpahan dengan segera. Basuh kawasan yang tercemar dengan air yang banyak. Cuci sebersihnya selepas mengedalikan tumpahan. Bahaya kepada persekitaran. Jangan buang ke dalam longkang. Untuk sisa pelupusan, sila lihat Bahagian 13.
Rujukan kepada bahagian lain
Rujukan kepada bahagian lain Untuk perlindungan diri, lihat Bahagian 8. Lihat Bahagian 11 untuk maklumat lanjut tentang bahaya kesihatan. Lihat Bahagian 12 untuk maklumat lanjut tentang bahaya ekologi. Untuk pelupusan sisa, lihat Bahagian 13.
BAHAGIAN 7 : PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN
Langkah berjaga-jaga untuk pengendalian selamat
Langkah berjaga-jaga semasa penggunaan
Pakai pakaian pelindung seperti yang diterangkan dalam Bahagian 8 risalah data keselamatan ini. Jauhkan daripada makanan, minuman dan makanan haiwan peliharaan. Kendalikan semua bungkusan dan bekas dengan berhati-hati untuk mengurangkan tumpahan. Pastikan bekas ditutup rapat apabila tidak digunakan. Elakkan pembentukan kabut. Elakkan pelepasan ke persekitaran akuatik. Jangan kendalikan sehingga semua langkah keselamatan telah dibaca dan difahami. Jangan kendalikan bungkusan yang rosak tanpa kelengkapan pelindung. Jangan gunakan semula bekas kosong.
Nasihat tentang kebersihan pekerjaan am
Basuh dengan segera jika terkena kulit. Tanggalkan pakaian yang tercemar. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula.
Keadaan untuk penyimpanan selamat, termasuk apa-apa ketidakserasian
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
7 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
Langkah berjaga-jaga semasa
penyimpanan Jauhkan daripada bahan yang tidak serasi (lihat Bahagian 10).
Kunci bilik stor. Simpan di dalam bekas asal sahaja. Pastikan bekas ditutup rapat di tempat yang sejuk dan dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas disimpan secara menegak. Lindungi bekas daripada kerosakan.
Kelas penyimpanan Penyimpanan pelbagai bahan bahaya
Kegunaan akhir khusus Kegunaan akhir khusus
Kegunaan yang dikenal pasti bagi produk ini diterangkan dalam Bahagian 1.
BAHAGIAN 8. KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN DIRI
Kawalan pendedahan
Kelengkapan pelindung
Kawalan kejuruteraan yang sesuai
Sediakan ekzos pengudaraan setempat dan umum yang mencukupi. Pastikan sistem pengudaraan sentiasa diuji dan diselenggara. Pengudaraan yang baik hendaklah mencukupi untuk melindungi pekerja dari terdedah kepada pencemaran udara. Teliti had pendedahan pekerjaan bagi produk atau bahan-bahannya.
Perlindungan mata dan muka Cermin mata keselamatan yang tidak longgar
Perlindungan tangan Pakai sarung tangan pelindung
Perlindungan kulit dan badan Pakai pakaian perlindungan yang sesuai untuk mengelakkan dari terkena kulit berterusan atau berulang.
Langkah kebersihan khusus
Basuh selepas menggendalikan produk, sebelum makan, merokok dan menggunakan tandas. Jangan makan, minum dan merokok semasa menggunakan produk.
Perlindungan pernafasan Perlindungan pernafasan diperlukan jika pencemaran udara yang berlebihan berlaku.
Kawalan pendedahan terhadap persekitaran
Pastikan bekas ditutup rapat apabila tidak menggunakannya. Perlepasan dari pengudaraan atau peralatan proses kerja
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
8 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
hendaklah diperiksa mengikut kehenda undang-undang perlindungan alam sekitar. Dalam beberapa kes, alat penyingkiran asap, penapis atau pengubahsuaian kejuruteraan kepada alatan pemprosesan diperlukan untuk mengurangkan perlepasan ke tahap yang boleh diterima.
BAHAGIAN 9 : CIRI FIZIK DAN KIMIA
Maklumat ciri asas fizik dan kimia
Keadaan fizik Cecair jernih
Warna Kuning pucat
Bau Petroleum
Takat kilat 72.5 °C Cawan tertutup Tag
Ketumpatan relatif 0.917 @ 20°C
Kelikatan 70 cP @ °C
BAHAGIAN 10 : KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN
Kereaktifan Sila lihat bahagian lain seksyen ini untuk keterangan lanjut.
Kestabilan Stabil pada suhu ambien normal dan apabila digunakan seperti yang disyorkan. Stabil di bawah keadaan penyimpanan yang ditetapkan.
Kemungkinan berlakunya tindak balas bahaya
Kemungkinan berlakunya tindak balas berbahaya tidak diketahui.
Keadaan yang perlu dielakkan Keadaan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya tidak diketahui.
Bahan yang tidak serasi Tiada bahan atau kumpulan bahan khusus yang mungkin bertindak balas dengan produk untuk menyebabkan situasi berbahaya.
Produk penguraian yang berbahaya
Tidak terurai apabila digunakan dan disimpan seperti yang disyorkan. Produk penguraian terma atau pembakaran mungkin merangkumi bahan yang berikut: Gas dan wap berbahaya.
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
9 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
BAHAGIAN 11 : MAKLUMAT TOKSIKOLOGI
Maklumat tentang kesan toksikologi
Ketoksikan Akut - Oral
Catatan (oral LD50) 2350 mg/kg, Tikus
Ketoksikan Akut – Dermis
Catatan (dermis LD50) >2000 mg/kg, Tikus
Ketoksikan Akut - Tersedut
Catatan (tersedut LC50) 5050 mg/m3, Tikus
Kakisan dan kerengsaan kulit: Menghakis kulit
Data haiwan Indeks kerengsaan kulit : 5.71 (Arnab)
Kerosakan dan kerengsaan mata yang serius
Kerosakan dan kerengsaan mata yang serius:
Boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius
Pemeka pernafasan
Pemeka pernafasan Tiada data disediakan
Pemeka kulit
Pemeka kulit Tidak memekakan
Kemutagenan sel germa
Genoktoksisiti – in vitro Tiada data disediakan
Kekarsinogenan
Kekarsinogenan Tiada data disediakan
Ketoksikan reproduktif
Ketoksikan reproduktif - kesuburan
Tiada data disediakan
Ketoksikan reproduktif – perkembangan
Tiada data disediakan
Bahaya pernafasan
Bahaya pernafasan Ketoksikan Pernafasan 1 – H304 Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan. Pneumonia mungkin
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
10 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
berlaku jika bahan muntah yang mengandungi pelarut memasuki paru-paru.
Maklumat am Keterukan simptom yang diterangkan adalah berbeza, bergantung pada kepekatan dan tempoh pendedahan.
Tersedut Tiada kesan bahaya pada suhu ambien normal.
Tertelan Pendedahan tunggal boleh menyebabkan kesan buruk seperti : Mabuk, loya, muntah. Boleh menyebabkan mengantuk dan pening. Tekanan pada sistem saraf utama. Boleh menyebabkan beberapa kecederaan dalaman. Bahaya jika tertelan. Berbahaya jika masuk ke paru-paru atau muntah kerana boleh menyebabkan pneumonitis kimia (keradangan tisu paru-paru).
Terkena kulit Menyebabkan kecederaan kulit yang teruk dan kerosakan mata.
Terkena mata Menyebabkan kerosakan mata yang serius.
Laluan pendedahan Tertelan, Tersedut, Terkena kulit atau/dan mata.
Organ sasaran Tiada organ sasaran diketahui.
BAHGAIAN 12 : MAKLUMAT EKOLOGI
Ketoksikan Akut akuatik 1 –H400 Sangat toksik kepada hidupan akuatik. Akuatik Kronik 1 – H410 - Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan.
Ketoksikan akut akuatik
Ketoksikan akut - ikan LC50, 96 jam : 10 µ/L, Oncorhynchus mykiss (Trout pelangi) LC50, 96 jam : 0.34 µ/L, Oncorhynchus mykiss (Trout pelangi)
Keterusan dan keterdegradasikan
Keterusan dan keterdegradasikan Keterdegradasikan produk tidak diketahui
Bioakumulasi yang mungkin
Bioakumulasi yang mungkin Tiada data disediakan tentang bioakumulasi
Mobiliti dalam tanah
Mobiliti Tiada data disediakan
Kesan buruk lain
Kesan buruk lain Tidak diketahui
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
11 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
BAHAGIAN 13 : MAKLUMAT PELUPUSAN
Kaedah rawatan sisa
Maklumat am Penghasilan sisa hendaklah dikurangkan atau dielakkan jika mungkin. Guna semula atau kitar semula produk jika boleh. Bahan ini dan bekasnya hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat. Semasa mengendalikan sisa, langkah keselamatan yang terpakai untuk pengendalian produk hendaklah dipertimbangkan. Berhati-hati semasa mengendalikan bekas kosong yang belum dibersihkan atau dibasuh sepenuhnya. Bekas kosong atau pelapik mungkin mengandungi sedikit sisa produk dan boleh mendatangkan bahaya.
Kaedah pelupusan Jangan buang ke longkang. Lebihan produk dan produk yang tidak boleh dikitar semula hendaklah dilupuskan melalui kontraktor pelupusan sisa yang berlesen. Sisa, residu, bekas kosong, pakaian kerja yang dibuang dan bahan pembersihan yang tercemar hendaklah dikumpulkan didalam bekas yang ditetapkan dan dilabelkan. Pembakaran atau pelupuskan ditapak pelupusan sampah hanya boleh dipertimbangkan apabila proses mengitar semula tidak dapat dijalankan.
BAHAGIAN 14 : MAKLUMAT PENGANGKUTAN
No. UN
3082
Nama penghantaran UN yang sah
Bahan berbahaya kepada persekitaran, N.O.S., (mengandungi tetramethrin, sifenotrin)
Kelas bahaya pengangkutan
9
Kumpulan bungkusan
III
Bahaya kepada persekitaran
Bahan berbahaya kepada persekitaran/pencemar laut
Ya
BAHAGIAN 15 : MAKLUMAT KAWAL SELIA
-
Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019
12 / 12
SUMITOMO CHEMICAL RISALAH DATA KESELAMATAN
Pesguard FG161
Inventori
Australia – AICS
Tiada bahan-bahan yang tersenarai atau dikecualikan.
BAHAGIAN 16 : MAKLUMAT LAIN
Nasihat latihan Dikendalikan oleh pekerja yang terlatih sahaja
Tarikh semakan 3/04/2019
Semakan 4
Tarikh penggantian 2/04/2019
No. SDS 4852
Pernyataan bahaya penuh H227 Cecair mudah terbakar
H304 Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan
H314 Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk
H318 Menyebabkan kerosakan mata yang serius
H400 Sangat toksik kepada hidupan akuatik
H410 Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan
Maklumat ini hanya berkaitan dengan bahan khusus yang ditetapkan dan mungkin tidak sah untuk bahan tersebut yang
digunakan secara gabungan dengan apa-apa bahan lain atau dalam apa-apa proses. Sepanjang pengetahuan dan
kepercayaan syarikat, maklumat tersebut adalah tepat dan boleh dipercayai pada tarikh yang dinyatakan. Walau
bagaimanapun, tiada waranti, jaminan atau representasi dibuat terhadap ketepatan, kebolehpercayaan atau kesempurnaan
maklumat itu. Pengguna bertanggungjawab menentukan sendiri kesesuaian maklumat tersebut untuk kegunaannya yang
tertentu.