Download - Tanaman hiasan
Bahagian Teras: Tanaman HiasanKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
TANAMAN HIASAN
Lukisan Teknik
Elektronik
Masakan
√
1
2
5
4
3
BAB 5: TANAMAN HIASAN
5.1 Pemasuan Semula
Pengenalan
• Tanaman hiasan ialah tanaman yang ditanam di dalam pasu
• Ia sesuai digunakan kerana♫ Dapat menghias ruang di dalam rumah,
bangunan atau di luar kawasan.♫ Dapat menambahkan keceriaan kawasan sekolah
dan rumah.♫ Mudah disusun atau diatur mengikut keadaan
atau kreativiti sendiri.
5.1.1 Memasu Semula
1. Tujuan memasu semula:a) Memudahkan tanaman hiasan memperoleh
nutrien, air dan cahaya matahari.b) Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan
dengan mudah.c) Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti
menyiram, menggembur dan membaja.d) Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang
tidak sesuai dengan saiz tanaman.
2. Ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula:
Akar yang terkeluar daripada lubang saliran pasu
Air siraman bertakung di permukaan medium
Pasu yang telah retak
Medium terlalu padat hingga menyebaban akar sukar untuk menembusi medium
5.1.2 Memilih Pasu
1. Ciri-ciri pemilihan pasu:a) Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok
yang hendak ditanam.b) Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan
air berlebihan dari pasu.c) Mudah dibersihkan supaya
kelihatan cantik dan menarik.d) Menarik, kemas dan ringan
supaya pasu mudah dialihkan.
• Lubang saliran perlu ditutup dengan serpihan pasu, batu bata atau batu kecil untuk mengelakkan medium keluar daripada pasu bersama air siraman yang berlebihan.
5.1.3 Menyedia Medium Memasu
TANAH LOAMTanah biasa yang
mengandungi tanah liat atau tanah kebun
BAHAN ORGANIKBahan yang terdiri
daripada campuran kompos dan najis haiwan
yang reput dan kering
PASIR SUNGAIPasir dari sungai yang mempunyai tekstur
yang kasar.
7bahagian
Tanah loam3
BahagianBahan organik
2Bahagian
Pasir sungai
ATAU
3bahagian
Tanah loam
2Bahagian
Bahan organik
1Bahagian
Pasir sungai
NISBAH CAMPURAN MEDIUM MEMASU
Langkah Menyediakan Medium Memasu
1) Sediakan bahan medium yang sesuai
2) Tapiskan medium tersebut secara berasingan
Langkah Menyediakan Medium Memasu
4) Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut supaya sebati.
3) Sukat bahan mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1. Sukatan ini ditentukan berdasarkan isipadu
Cara Memasu Semula Tanaman Hiasan
Pilih pasu yang lebih besar
Lembapkan medium tanaman hiasan
Buangkan atau potong akar-akar yang terkeluar
Keluarkan pokok bersama medium dari pasu lama
Potong 1/3 bahagian medium lamaMemangkas dahan/ranting yang tidak dikehendaki
Letakkan 2/3 bahagian medium lama yang dipotong di tengah-tengah pasu. Tambahkan medium memasu sehingga 2.5cm dari bibir pasu
BAB 5: TANAMAN HIASAN
5.2 Penjagaan Tanaman Hiasan
Penjagaan Tanaman Hiasan
A. Merumput1. Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang
tumbuh bersama-sama tanaman hiasan.2. Merumput dilakukan untuk mengelakkan
persaingan antara rumpai dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien, air dan ruang.
3. Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan atau serampang tangan.
B. Menggembur Tanah1. Bertujuan melonggarkan medium
yang keras supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah.
2. Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah.
3. Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.
C. Membaja1. Tujuan utama membaja ialah
membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan supaya ia cepat membesar.
2. Pembajaan dilakukan mengikut tempoh yang ditentukan.
3. Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja kimia.
D. Menyiram1. Kerja menyiram dilakukan untuk
membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman.
2. Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari.
3. Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.
REFLEKSI
1. Apakah 4 tujuan pemasuan semula dilakukan?
2. Nyatakan ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula?
3. Apakah aspek penting dalam pemilihan pasu?
4. Nyatakan 3 bahan utama untuk medium memasu?
5. Nyatakan 4 langkah penjagaan tanaman hiasan?