Transcript
  • 1. TAJUK : TALI

2. SEJARAH TALI Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orangpertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus,dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahunlepas (Syed Hasyim, 1983). Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatangtertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itutali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hempdan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalampelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagaikegunaan. 3. DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN SimpulanBiasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhanasaiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpulhimpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulandigunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. IkatanIkatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untukjambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannyadalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatandigunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilitbalak. 4. SambatSambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuatsesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakankaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambatyang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dansambat mata. Mematikan hujung taliSeorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelumhujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburaidihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pematibiasa dan lilit pemati selit. 5. JENIS-JENIS TALIa) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahanberunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah : tali gentian manila tali sabut tali sas tali kapasb) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiridaripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia.Contoh tali fiber buatan manusia ialah : tali nylon tali hawser-laid tali karamental tali poltster tali wayar tali drilena 6. AKTIVITI TALI Aktiviti panjat-mamanjat Aktiviti perkhemahan yang melibatkanpembinaan gadget dan permainan. Aktiviti menyelamat seperti menurunkan ataumenaikan mangsa dari tebing yang tinggi. Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat. Aktiviti memancing. 7. JENIS IKATAN DAN SIMPULAN Lilit Pemati Biasa Buku Sila Tindih Kasih Bunga Geti Simpul Manuk Simpul Pulih Simpul Himpit Simpul Bunga Geti Ganda Lilit Balak Belit Lucut Simpul Abah-abah Lilit Pasdul Lilit Tindih Kejap 8. Lilit Pemati BiasaFungsi:Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidakterbuang.Teknika) Letakkan tali kecilb) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudahterburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelummemasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatankemas. 9. Buku SilaFungsi~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.Teknika) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.b) Masukkan hujung A dibawah B.c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B dibawah 10. Tindih KasihFungsi :~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badanmangsa.Teknik :a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalambulatan tersebut. 11. Bunga GetiFungsi :~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.~ Mengikat tali kesuatu tanjul.Teknik :a) Mulakan simpul.b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuksimpul seperti rajahc) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul. 12. Simpul ManukFungsi :~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yangdikehendaki dengan selamat.~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan serayadan silang gunting.Teknik :a) Mulakan simpul pada kayu.b) Kemudian, buat satu lagisimpulan di atas simpulan tadi.c) Tarik hujung tali. 13. Simpul PulihFungsi :~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpamemotongnya.~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.Teknik :a) Mulakan simpul pulih.b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil. 14. Ikat Silang TungkuFungsi :~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.Teknik :a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkanpada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk padakayu tengah. 15. Ikat SerayaFungsi :~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengansudut tepat.Teknik :a) Dimulakan dengan simpulmanuk.b) Kemudian dililitkan dengankemas dan ketat.c) Seterusnya dililit dicelah kayu.d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk. 16. Simpul Abah-abahFungsi :~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.Teknik :a) Buat satu gelung sepertidalam rajah.b) Tarik tali bahagian atasmelalui gelung.c) Tali tersebut hendaklahmembentuk tanjul.d) Beberapa tanjul hendaklah dibuatsupaya sesuai digunakan untuk memanjat. 17. Lilit BalakFungsi :~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.~ Untuk memulakan ikatan serong.Teknik :a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas. 18. CARA PENJAGAAN TALI Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkansekali-sakala. Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan ditempat yang kering dan selamat. Kita tidak boleh membasuh tali. Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan talimenjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahariatau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dandibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dandigantung di tempat yang sesuai. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamatperlu diuji selalu supaya selamat semasa menggunakannya. 19. CARA PENJAGAAN TALI Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkansekali-sakala. Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan ditempat yang kering dan selamat. Kita tidak boleh membasuh tali. Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan talimenjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahariatau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dandibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dandigantung di tempat yang sesuai. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamatperlu diuji selalu supaya selamat semasa menggunakannya. 20. LANGKAH KESELAMATANSEMASA MEMBUAT IKATAN-Ikatan yang digunakan hendaklah ikatan yang kurang memberi tekanan pada tali dan mudah untuk dibuka (manuk)-Semua ikatan hendaklah dimatikan dengan setengah belit-Gunakan ikatan sokongan dihadapan simpulan utama.-Gunakan ikatan pancang untuk menahan palang utama.-Lapik setiap palang yang hendak diikat.SEBELUM DAN SELEPAS TALI DIIKAT(PEMERIKSAAN)-Tentukan tali tidak terpotong atau terputus.-Tentukan tali tidak hangus-Tentukan urat-urat tali-Tentukan tali tidak berkulat/bercendawan.-Tentukan tali tidak haus dan tergeser. 21. SEKIANTERIMA KASIH


Top Related