Download - Takrifan Komunikasi
KOMUNIKASINAMA PENSYARAH: ABDULLAH BIN MOHD
YASSIN
APA ITU KOMUNIKASI?
Proses pertukaran maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain.
APA PULA KATA PARA ILMUAN?
Hovland, Janis & Kelley
Komunikasi sebagai suatu proses oleh individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak).
Berelson & Steiner
Komunikasi sebagai suatu proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.
Harold Lasswell
Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan tentang siapa, apa, saluran apa, kepada siapa dan dengan akibat apa atau hasil apa.
Barnlund
Komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.
Weaver
Komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.
Gode
Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih.
Green Berg dan Baron
Komunikasi ialah satu proses dimana individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat.
TERIMA KASIH