Transcript
Page 1: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

TAKLIMAT KESUSASTERAAN MELAYU

Pengajaran dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu: Teori dan Aplikasi berdasarkan Era SPN21

Page 2: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

OBJEKTIF TAKLIMAT

Dengan mengikuti taklimat ini diharapkan peserta akan:

dapat membezakan konsep: pendekatan, kaedah, strategi, teknik, dan aktiviti P&P KM [bahagian 1];

dapat mengenal pasti hubungan antara pendekatan dan kaedah pengajaran [bahagian 2];

dapat mengenal pasti ciri-ciri P&P Era SPN21 [bahagian3]; dapat mengenal pasti jenis-jenis pendekatan, kaedah dan strategi P&P KM

[bahagian 4]; dapat berkenalan dengan pendekatan dan kaedah terkini/futuristik

[bahagian 5]; dapat menentukan aplikasi P&P KM sesuai dengan Era SPN21 [bahagian

6]; dan dapat mengenal pasti potensi blog (pendekatan maya) sebagai wahana

projek, aktiviti, komuniti Sastera serta sebagai ABM dan ABB [bahagian 7].

Page 3: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 1

Perbezaaan konsep antara:

pendekatan

kaedah

strategi

teknik

aktiviti

Page 4: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Konsep Pendekatan

Makna Kamus:Perbuatan mendekati; jalan ke arah sesuatu; cara memperlakukan sesuatu… (Kamus Oxford)

Rumusan: Usaha untuk mendekati (memahami) Bertitik tolak daripada suatu andaian/asumsi Terbina berasaskan teori, kepercayaan, falsafah.

Page 5: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Pendekatan ialah

prosedur atau tata kerja bagi memahami sesuatu. Kefahaman yang diperoleh itu akan dijana berdasarkan ilmu bantu, kefahaman, teori, falsafah dan agama yang digunakan. Antara ilmu bantu yang boleh digunakan untuk mendekati kesusasteraan ialah Teori Struktural, Teori Psikologi, Teori Sosiologi, Ilmu Estetika, Agama Islam, Stilistik dan Hukum Linguistik, Bidang Komunikasi dsb.

Page 6: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Maksud Kaedah dalam Kamus

Menurut Kamus Oxford (Kamus Elektronik Besta):

Kaedah ialah cara membuat sesuatu, susunan, kebiasaan yang teratur.

Page 7: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Konsep Kaedah

Kaedah pengajaran dalam erti kata yang mudah merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang teratur. Hal ini bermakna, setelah menentukan pendekatan (cara memahami) yang ingin digunakan, maka pendekatan dijalankan atau dilaksanakan prosesnya menggunakan kaedah yang sesuai. Dalam erti kata yang lain, pendekatan merupakan kefahaman tentang aspek yang diajarkan sedangkan kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada pelajar-pelajar. Dalam persediaan mengajar kaedah ini diperhalus dalam bentuk [jalan, cara, susunan, proses dan prosedur] yang mengandungi langkah-langkah pengajaran:

induksi set - langkah2 - penilaian - rumusan - peneguhan/pengayaan/pemulihan.

Page 8: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Konsep Strategi

Menurut Kamus Oxford, strategi merupakan muslihat atau rancangan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pendidikan, strategi yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu strategi gabung jalin dan strategi penyerapan. Konsep gabung jalin dan penyerapan berhubung kait dengan konsep pengayaan, pendidikan bersepadu dan penyerapan kemahiran bernilai tambah. Kedua-dua strategi ini digunakan dengan hasrat mencapai matlamat atau tujuan pendidikan yang lebih umum berbanding objektif pengajaran dan hasil pembelajaran.

Page 9: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Konsep Teknik

Menurut Kamus Oxford, teknik merupakan kemahiran (skill) dan kaedah mencipta hasil seni. Dalam konteks pendidikan, teknik merupakan suatu kemahiran (skill) untuk MEMPERMUDAH kaedah pengajaran dalam proses pemindahan kefahaman tentang isi pelajaran. Ia bersifat halus dan seni yang mampu menggalakkan kesan yang lebih optimum.

Page 10: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Konsep Aktiviti

Menurut Kamus Oxford, aktiviti bermaksud gerak kerja atau kegiatan. Dalam konteks pendidikan, aktiviti merupakan kegiatan yang melibatkan pergerakan pelajar secara aktif dan lebih bersifat gabungan seimbang antara aktiviti kognitif, psikomotor dan afektif. Aktiviti dimanfaatkan untuk membantu teknik dan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika teknik main peranan dipilih,bentuk aktiviti yang lebih khusus ditentukan sama ada jenis lakonan, simulasi, pantomim, dsb.

Page 11: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 2

hubungan antara pendekatan dan kaedah

pengajaran

Page 12: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bagaimana Pendekatan Terhasil?

Asas/dasar

pendekatan Contoh khusus Pendekatan yang terhasil

Ilmu bantu Ilmu Bahasa / Linguistik

Ilmu Stilistik / Gaya Bahasa

Ilmu Semantik

Ilmu Sejarah

Pendekatan Linguistik

Pendekatan Stilistik, Retorik

Pendekatan Semantik Interpretif

Pendekatan Sejarah

Page 13: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

sambungan

Asas/dasar

pendekatan Contoh khusus Pendekatan yang terhasil

Bidang Komunikasi

Koperasi

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Koperatif

Fahaman Strukturalisme

Konstruktivisme

Pendekatan Struktural

Pendekatan Konstruktivisme

Page 14: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

sambungan

Asas/dasar

pendekatan Contoh khusus

Pendekatan yang terhasil

Teori Teori Psikologi

[Teori R&G, Teori Frued, Teori Pelaziman Klasik]

Sosiologi/Budaya

Estetik

Pendekatan Psikologi

Pendekatan Sosiologi

Pendekatan Estetika Melayu/Islam

Falsafah MIB Pendekatan MIB/Moral

Agama Islam Pendekatan Islam

Page 15: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Hubungan antara pendekatan dan kaedah

EKLEKTIK Struktur-al

Mengalami

menghayati

berfokus perbandingan Inquiry-

Based

Learning

Problem-

Based Learning

Task-

Based

Learning

KAEDAH

struktural * * * * * *

psikologi * * * * * *

sosiologi * * * * *

sejarah * * * * * *

estetika * * * * * * *

MIB * * * * * *

stilistik * * * * * *

Linguistik/

semantik

* * * * * *

komunikatif * * * * * * *

koperatif * * * * * * *

Vygotskyian * * * * * *

PENDEKATAN

Page 16: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 3ciri-ciri P&P Era SPN21:1. Pembelajaran berpusatkan pelajar2. Seronok dan aktif3. Bermain dan belajar lebih4. Menggalakkan koperatif/kolaboratif5. Penyelesaian masalah dan produktif6. Keusahawanan (entrepreneurship) 7. Menggalakkan komunikasi8. Literasi berfungsi9. Teori dan aplikasi10. Pembelajaran berasaskan tugasan dan penyelidikan11. Subjek merentas kurikulum (gabung jalin dan penyerapan)12. Hubungan bilik darjah dan luar sekolah 13. Pendidikan sepanjang hayat (long-life education)

Page 17: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 4

jenis-jenis pendekatan dan kaedah P&P KM yang

sering digunakan

Page 18: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Sedikit penjelasan tentang lapan pendekatan yang sering

digunakan

Page 19: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

1) Pendekatan Struktural

Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera.

Page 20: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

2) Pendekatan Psikologi

Pendekatan ini digunakan dengan mengaplikasi teori-teori tertentu yang terdapat dalam ilmu psikologi seperti Teori Frued, Teori Stimulus Respon, Teori Perkembangan Kanak-Kanak, Teori Kognitif (Mentalis), Teori Tingkah Laku (Behaviuris), Teori Afektif dan banyak lagi. Pendekatan Psiokologi digunakan dengan melihat karya sastera sebagai catatan kejiwaan dan pemerian tingkah laku watak dan penulis.

Page 21: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

3) Pendekatan Sosiologi

Pendekatan Sosiologi digunakan apabila melihat karya sastera sebagai testamen budaya, kesenian, gaya hidup dan politik. Aspek-aspek yang menjadi sorotan antaranya ialah latar masyarakat, latar budaya, latar peralatan, gaya hidup masyarakat watak. Terdapat pula pembicaraan karya sastera yang melihat kedudukan penulis karya yang dibicarakan dalam kalangan masyarakat.

Page 22: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

4) Pendekatan Sejarah

Pendekatan Sejarah sesuai digunakan untuk membicarakan karya sastera historiografi. Walaupun karya-karya jenis ini memaparkan kisah sejarah dalam bentuk kreatif, namun aspek sejarahnya masih boleh dibandingkan dengan catatan yang terdapat dalam buku sejarah. Membaca karya sastera historiografi sambil merujuk catatan sejarah akan menimbulkan suatu pengalaman membaca yang menyeronokkan berbanding membaca buku sejarah semata-mata. Karya sastera selain historiografi boleh dibicarakan melalui pendekatan ini jika terdapat unsur-unsur sejarah terkadnung di dalamnya.

Page 23: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

5) Pendekatan Estetika

Pendekatan Estetika digunakan apabila ingin menikmati karya sastera sebagai hasilan seni. Melalui pendekatan ini, ukuran keindahan digunakan untuk menilai aspek isi dan bentuk karya sastera. Pengkritik karya sastera yang menggunakan pendekatan ini sering menggunakan ukuran kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur yang membangun karya sastera sebagai penentu tahap keindahan sesebuah karya sastera. Dalam Kesenian Islam, unsur ini disebut Ahad, Adil dan Karam.

Page 24: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

6) Pendekatan Etika Islam (MIB)

Menilai karya sastera menggunakan Etika Islam (MIB) bermakna melihat karya sastera melalui kaca mata agama Islam. Melalui pendekatan ini, segala aspek atau unsur yang terkandung dalam isi dan bentuk sesebuah karya sastera wajib tidak bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan agama Islam. Buku Asas-asas Kritik Sastera tulisan Yahya M.S merupakan panduan yang terbaik bagi menggunakan pendekatan ini. Secara ringkas, teras pembicaraan (kritikan) dan pengajaran sastera menurut Etika Islam ada tiga, iaitu teras kebajikan, teras ketakwaan dan teras ketatasusilaan (Hashim Awang, 1998).

Page 25: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

7) Pendekatan Stilistik

Pendekatan Stilistik pula cenderung melihat kemampuan pengkarya memanipulasi penggunaan bahasa. Melalui pendekatan ini aspek gaya bahasa seperti gaya bahasa perbandingan, pertentangan, pertautan dan pengulangan menjadi fokus pembicaraan. Terdapat pula pengkritik yang memanfaatkan ilmu retorik yang diasaskan oleh Aristotles bagi menilai kemampuan pengkarya menggunakan bahasa.

Page 26: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

8) Pendekatan Linguistik

Pendekatan Linguistik melihat karya sastera sebagai korpus bahasa. Pendekatan ini lebih berminat untuk membicarakan penggunaan bahasa baik dari segi morfologi, sintaksis bahkan ke peringkat wacana. Selain itu, pendekatan ini juga boleh digunakan untuk melihat aspek semantik. Penyerapan karya sastera dalam pengajaran bahasa boleh menggunakan pendekatan ini untuk mengajarkan unsur-unsur bahasa berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu. Penggunaan jenis kata, pembentukan kata, jenis ayat, ragam ayat, bentuk ayat dan sebagainya itu boleh dijadikan fokus utama manakala nilai-nilai yang terkandung dalam karya sastera yang digunakan boleh dijadikan sebagai fokus sampingan, begitu juga halnya dengan kemahiran berbahasa yang lain.

Page 27: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Sedikit penjelasan tentang lima kaedah

Page 28: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

1) Kaedah StrukturalPengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.

Page 29: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

2) Kaedah Mengalami dan Menghayati

Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.

Page 30: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

3) Kaedah Berfokus

Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.

Page 31: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

4) Kaedah Perbandingan

Kaedah perbandingan digunakan untuk membuat perbandingan antara unsur fizikal dan isi karya sastera A dan karya sastera B. Karya-karya sastera yang dibandingkan mungkin karya sastera tempatan atau perbandingan dilaksanakan antara karya sastera tempatan dan karya sastera luar negara. Unsur-unsur yang dibandingkan antaranya watak dan perwatakan, pemilihan latar, atau hal-hal yang lebih berat seperti falsafah, persoalan dan tema. Kaedah ini boleh digunakan untuk melatih pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir yang tinggi.

Page 32: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

5) Kaedah Eklektik

Kaedah Eklektik menggabungkan dua atau lebih kaedah atau pendekatan yang ada. Kaedah ini digunakan apabila banyak aspek atau unsur yang diajarkan sekali gus. Watak dan perwatakan boleh diajarkan melalui pendekatan psiokologi, latar diajarkan melalui pendekatan sosiologi, manakala aspek tema dan ajaran diajarkan melalui pendekatan etika Islam.

Page 33: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Sedikit penjelasan tentang dua strategi

Page 34: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

1) Strategi Gabung Jalin

GABUNG JALIN PERKAEDAHAN

GABUNG JALIN

ISI PELAJARAN

GABUNG JALIN KEMAHIRAN

Pengabungjalinan pendekatan

Pengabungjalinan aspek/isi pelajaran

Kemahiran sastera: berpantun, menambang syair, mendeklamasi, menyanyi dsb

Pengabungjalinan kaedah

Pengabungjalinan subjek/mata-mata pelajaran

Kemahiran berbahasa: mendengar bertutur, membaca menulis.

Pengabungjalinan teknik Kemahiran kecekapan berbahasa: pidato, berbahas, ceramah, dsb

Pengabungjalinan aktiviti Kemahiran abad 21: ICT, Internet, Blog, Podcasting, reka bentuk, reka cipta dsb.

Pengabungjalinan ABB/ABM

Kemahiran akademik: mengkaji, meringkas, merumus, mencerap dsb.

Page 35: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

2) Strategi Penyerapan

ISI PELAJARAN

LAIN

PENYERAPAN ILMU PENYERAPAN NILAI

Bahasa Melayu Ilmu Lingusitik, Semantik Nilai Kemasyarakatan

Pengetahuan Agama Islam Ilmu Seni Lain Nilai Kebudayaan

Seni Lukis Ilmu Agama: Syariah dsb Nilai Kesenian

Sejarah Ilmu-ilmu lain yang sesuai Nilai Keagamaan

MIB/Pelajaran Am/Sivik Nilai Antarabangsa

dan mata-mata pelajaran lain

Page 36: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 5

pendekatan dan kaedah terkini/futuristik

Page 37: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Pendekatan Futuristik

Pendekatan Komunikatif Pendekatan Koperatif Pendekatan Vygotskian

Page 38: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Komunikatif melihat sesuatu sebagai suatu proses komunikasi yang melibatkan elemen-elemen komunikatif seperti sumber, mesej, saluran dan penerima. Karya sastera dilihat sebagai saluran/media untuk penulis menyampaikan suatu mesej kepada pembaca. Proses memahami/mendekati karya sastera juga perlu menonjolkan ciri-ciri komunikatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pendekatan ini, elemen karya sastera yang ditonjolkan ialah persoalan, tema, pengajaran, nilai dan interaksi watak dan persekitarannya. Peranan pelajar dalam proses pembelajaran juga ditekankan khususnya bagi menjayakan proses komunikasi antara guru dan pelajar, mahupun antara pelajar dengan pelajar yang lain. Komunikasi bukan didominasi oleh guru dan perlu berlaku dalam pelbagai hala. Interaksi antara pelajar dan karya sastera perlu lebih bebas namun terkawal. Contohnya pelajar bebas mentafsir makna, persoalan, tema, pengajaran dan nilai namun pelajar dilatih untuk bertanggungjawab antaranya dengan menampilkan hujah atau pembuktian yang kukuh dan rasional.

Page 39: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Pendekatan Koperatif

Pendekatan Koperatif lebih bersifat perkongsian. Elemen karya sastera yang hendak dipelajari boleh apa sahaja. Apa yang penting pembelajaran atau pemahaman dicapai melalui aktiviti kerja sama. Pelajar digalakkan berkongsi idea, usaha dan hasil pembelajaran. Melalui pendekatan ini, aktiviti seperti Bacaan Koperatif, Perbincangan Koperatif, Rumusan Koperatif dsb dilaksanakan.

Page 40: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Pendekatan Vygotskian

Pendekatan Vygotskian menekankan Zon Perkembangan Terdekat (Zone of Proximal Development) yang dipelopori oleh Vygotsky, seorang ahli sains psikologi. Melalui pendekatan ini, pembelajaran pelajar hendaklah diletakkan dalam konteks yang bermakna. Dalam Kesusasteraan Melayu, teks (buku teks) hendaklah dipelajari dalam konteks yang bermakna. Dalam kajian sastera terdapat kajian yang dipanggil kajian konteks. Pendapat Vygotsky selaras dengan kajian konteks, namun, teori Zon Perkembangan Terdekat lebih bersifat selektif iaitu lebih mengutamakan konteks yang berupa lingkungan pelajar. Ini bermakna cuma aspek-aspek yang berkaitan dengan pengalaman sebenar dan persekitaran pelajar yang bermakna sahaja yang sesuai dihubungk kait dengan isi pelajaran. Melalui ZPT (ZPD) pengalaman pelajar yang berbeza dikongsi sehingga ruang pengetahuan, pengalaman pelajar dapat dirapatkan.

Page 41: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Kaedah Futuristik

Inquiry-based learning Problem-based learning Task-based learning

Page 42: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Kaedah: Inquiry-based learning

Terdapat 5 langkah kaedah ini:1. Menentukan Permasalahan Kajian (Ask)2. Melaksanakan Penyelidikan (Investigate)3. Menganalisis dan Menyediakan Laporan (Create)4. Membentang, Sumbang Saran, menceritakan

pengalaman dan masalah yang dihadapi ketika membuat kajian (Discuss)

5. Penilaian Kendiri - Pelajar mencatat perkara-perkara yang perlu diperbaiki, pengalaman yang perlu diambil kira, instrumen kajian yang perlu ditambah atau dikurangkan dsb (Reflect)

Page 43: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Kajian Sastera

1. Maksud dan fungsi upacara menapakkan dalam majlis persandingan masyarakat Brunei?

2. Fungsi langir dalam masyarakat Melayu Brunei?3. Upacara mandi berlangir dari perspektif Islam.4. Pertapaan dari perspektif perguruan persilatan yang ada di

Brunei.5. Konsep keadilan dalam kehidupan bermadu (rumahtangga) dari

perspektif Islam.6. Dalam HAK tidak ada dinyatakan majlis akad nikah. Laksanakan

temu ramah bersama imam atau mudim di masjid atau pegawai di Jabatan Agama Islam tentang rukun nikah.

7. Terdapat kekeliruan fakta dalam HAK, antaranya tentang tunang sebenar Raja Muda Indera Bongsu. Laksanakan temu bual bersama pengkaji HAK, Rahim Dulani untuk memperjelas keadaan ini.

Page 44: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Kaedah:Problem-based learning

Terdapat 5 langkah kaedah ini:

1. Mengenal pasti masalah (yang diberikan);2. Kumpulan berbincang tentang fakta yang telah

diketahui;3. Kumpulan melaksanakan sumbang saran dan

memecahkan persoalan/masalah4. Kumpulan menentukan fakta/perkara/langkah

yang perlu dilaksanakan sebagai penyelesaian;5. Wakil kumpulan membentangkan usaha/tindakan

yang telah dijalankan.

Page 45: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Masalah/Perbincangan Sastera

1. Mengapakah LL menuruti wasiat AD?

2. Bandingkan kekuatan LL dan AD.

3. Bahaskan tindakan AK merebut tunang TPBBIS?

4. Rumuskan alasan yang munasabah sehingga Dang Kumala menyokong tindakan AK merebut tunang TPBBIS?

5. Hubungan watak-watak dalam HAK sukar difahami. Cadangkan teknik untuk mengatasi masalah ini.

6. Pengarang HAK tidak menjelaskan sebab-sebab TPBKJ pengsan ketika melihat AK. Jelaskan masalah sebenarnya.

7. RMIB dan TPPIMS tidak berkutik ketika AK merebut TPBKJ. Adakah masalah tertentu di sebalik kejadian ini? Bincangkan.

Page 46: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Kaedah: Pembelajaran Berasaskan Tugasan (Task-based learning)

Model Tugasan Jane Willis (1996):

1) Pratugasan (Pre-task)

2) Persiapan Tugasan (Task Preparation)

3) Perlaksanaan Tugasan (Task Realisation)

4) Pascatugasan (Post-task)

Page 47: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Langkah2 Task-based Learning: Pratugasan

Memanipulasi Bahan Bantu: cth menggunakan gambar / teks - sebagai rangsangan ke arah topik tugasan.

Sumbang saran: membuat senarai, kongsi idea, kongsi pengalaman.

Persediaan bahasa: Meningkatkan kesediaan pelajar menggunakan bahasa, pemilihan perkataan atau istilah yang sesuai.

Page 48: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Langkah2 Task-based Learning: Persiapan Tugasan

Setelah berbincang dalam Pre-Task, pelajar mula membuat keputusan tentang jenis projek yang akan dihasilkan, contohnya butiran terperinci yang akan dimasukkan atau dilukis atau dihasilkan dalam:

Poster, soal selidik, laporan, skrip dialog/lakonan, model dsb.

Page 49: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Langkah2 Task-based Learning: Perlaksanaan Tugasan

Setelah membuat keputusan jenis projek yang akan dihasilkan dan membuat persediaan dengan teliti, tahap ini merupakan tahap merealisasikan tugasan/projek. Pelajar mula:

menghasilkan postermenerangkan soal selidik, membentang laporan, melakonkan skrip dialog/lakonan, melaksanakan perbahasan,mempamerkan model dsb.

Page 50: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Langkah2 Task-based Learning: Pascatugasan (Post-Task)

Setelah selesai tugasan, pelajar-pelajar dikumpulkan untuk sesi penilaian. Penilaian mungkin diberikan oleh:HakimFasilitatorRakan SebayaKumpulan/Pelajar sendiri

Penilaian boleh berbentuk:Refleksi KendiriSaranan/cadangan pelajar lainKritikan membinaMenceritakan pengalaman setiap ahliKebenaran faktaKekuatan bahasa dsb.

Page 51: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Tugasan/Projek Sastera

1. Projek pengambaran upacara menapakkan menggunakan kamera video.

2. Pengumpulan gambar perkahwinan menurut urutan.3. Dokumentasi perkembangan dan perubahan majlis perkahwinan

dari dahulu hingga sekarang.4. Melakonkan babak pertempuran antara AK dan TPBBIS.5. Menghasilkan skrip dialog dalam bahasa Melayu Baku.6. Mendatangkan penceramah ke sekolah untuk membicarakan

karya sastera.7. Peraduan lukisan imaginatif terhadap senario, peristiwa atau latar

dalam karya sastera.8. Pertandingan deklamasi sajak, lakonan dan bacaan cerpen

berintonasi.

Page 52: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 6

aplikasi P&P KM sesuai dengan Era SPN21

Page 53: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Padan dan serasi bersama

Maklumat subjek, kelas dan pelajar Isi Pelajaran Objektif dan/atau Hasil Pembelajaran Pengetahuan sedia ada pelajar Pendekatan Kaedah Strategi (gabung jalin dan penyerapan) Teknik Aktiviti ABM dan ABB Rujukan

Page 54: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Contoh persediaan mengajar

Lihat Lampiran

1) Contoh Persediaan Mengajar:Pendekatan Koperatif

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Tugasan

Teknik Perbincangan dan Bacaan Koperatif

Aktiviti menganalisis teks dan membentang

2) Jadual Perkaedahan Mengajar

Page 55: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Bahagian 7

Pengajaran dan Pembelajaran

Kesusasteraan Melayu melalui

Pendekatan Maya

Page 56: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Penilaian Kendalian Sekolah

Projek Bahan Maujud/Model/Miniatur Kegiatan lapangan: Kajian, Wawancara dsb Lawatan/Kunjungan Menghasilkan karya sastera Pementasan Teater Deklamasi Sajak Menambang Syair Berbalas Pantun Perbahasan/Pidato/Forum/Ceramah Sastera Pertandingan/Peraduan Pameran dan banyak lagi

Page 57: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Manfaatkan Media Internet:

Website

Wordpress Facebook Elearning (MOE) Google Earth Youtube Podcasting

Moodle Wikis Scribd Slaidshare Cbox Blog

Page 58: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

BLOG: Potensinya?

Alat komunikasi Sumber maklumat Dokumentasi projek/aktiviti/kajian sekolah/pelajar Wahana karya pelajar Pameran sastera Alat bantu belajar dan mengajar Jaringan sekolah-sekolah Saluran berita Kongsi nota belajar dan mengajar Ganti papan kenyataan/informasi, dsb.

Page 59: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Blog Komuniti Sasteramembimbing tunas sastera memenuhi kedewasaan bernegara

melalui kuntuman bahasa, sastera dan jasa

kuntumansastera

tunaSastera SMJA

tunaSastera SMB

tunaSastera STPRI

tunaSastera SOAS

tunaSastera SyO

tunaSastera SyA

tunasastera SM PJN PHAB

tunasastera SM PAP HRSB

tunaSastera SMSH

dan sekolah2 lain

kuntumansastera JPK:Unit BM dan Kesusasteraan Melayu

Page 60: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

Fungsi Blog Komuniti Sastera

BLOG KOMUNITI SASTERA

KUNTUMANSASTERABERFUNGSI

khidmat nasihatrujukan umum sastera

TUNASASTERA SEKOLAH2BERFUNGSI

mendokumentasi bahan pengajaran guruwadah pameran karya/projek/kajian/aktiviti pelajar

KUNTUMANSASTERA JPK-U BM DAN KMBERFUNGSI

wadah Maklumat dan KomunikasiBimbingan

Page 61: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

BENGKEL:Membina blog Komuniti Sastera

Bimbingan Asas (centralized)Tajaan Jabatan Perkembangan Kurikulum

Bimbingan Lanjut (sekolah masing2)Hubungi saya untuk penetapan tarikh

Hadapkan surat undangan kepada saya melalui

dekan SHBIE

Page 62: Taklimat Kesusasteraan Melayu SPN21

BLOG:kendalian Cg Rozaiman Makmun

http://kuntumansastera.blogspot.com

http://bahterabahasa.blogspot.com

http://anjungbahasa.blogspot.com

http://latihanmengajar.blogspot.com

http://majubahasaspn21.blogspot.com


Top Related