TAJUK PROJEK:
AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA
KOD PROJEK:
K-GT/31(USM-11)
IPTA:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR DR. HASLAN ABU HASSAN
AKADEMIA:
PROFESOR MADYA DR. WAN AHMAD JAAFAR BIN WAN YAHAYA
DR. SALMIZA SALLEH
RAKAN KOMUNITI:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU
TEMPOH:
15 OGOS 2011 – 15 NOVEMBER 2012
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Matlamat utama projek ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan tenaga dan
mengamalkan penggunaan tenaga dengan cekap. Projek ini telah mengetengahkan penggunaan
tenaga elektrik yang minimum melalui program seperti taklimat, bengkel kesedaran dan pemantauan
yang berterusan. Ilmu yang dipindahkan melalui Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Audit
Tenaga adalah ilmu mengaudit penggunaan tenaga elektrik, ilmu mengenai cara menjalankan aktiviti
terbaik Kecekapan Tenaga melalui penyeliaan berkesan (Good Housekeeping) dan ilmu mengenai
pengurusan program kelestarian seperti merancang, menyusun, memimpin serta mengawal organisasi
kumpulan. Beberapa pendekatan telah digunakan untuk memastikan Aktiviti Kesedaran Kecekapan
Tenaga dan Audit Tenaga berjaya. Antaranya adalah menetapkan suhu penyaman udara kepada 24
°C, penjadualan dan pelarasan semula operasi sistem dan peralatan dalam bangunan seperti
pencahayaan dan penyaman udara, memastikan sistem penyaman udara beroperasi 1 jam selepas
bermulanya waktu pejabat dan ditutup 1 jam sebelum tamat waktu pejabat dan menampal pelekat
“Tutup Selepas Guna” pada setiap suis utama. Rakan Komuniti yang terlibat dalam projek ini adalah
Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus Institut Pendidikan Guru
(IPG), yang terdiri daripada IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah; IPG Kampus Kangar, Perlis dan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
Untuk menyemai amalan baik dan cekap dalam penggunaan tenaga dalam kalangan bakal guru dan kakitangan Institut Pendidikan Guru di Wilayah Utara.
AKTIVITI
1) Menilai penggunaan tenaga elektrik dalam tempoh 3 bulan sebelumnya melalui aktiviti berikut:
Mengenal pasti status penggunaan tenaga dan langkah pengurangan kos elektrik yang di laksanakan di IPG.
Mengutip bil elektrik bulan sebelumnya dan selepas bulan ketiga semasa program kesedaran dijalankan.
Membuat kajian soal selidik mengenai keprihatinan warga IPG tentang kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu.
2) Mengenal pasti peralatan elektrik yang wujud di IPG dengan
Menyenaraikan jumlah peralatan elektrik dan spesifikasi peralatan yang digunakan.
Mengenal pasti jumlah penggunaan tenaga dalam sehari (Kw) bagi peralatan elektrik yang digunakan.
3) Taklimat dan pameran tentang amalan kecekapan tenaga dan audit tenaga untuk kakitangan dan pelajar terpilih.
Mengadakan ceramah dan bengkel kepada warga kampus bagi mengukuhkan lagi pengetahuan tentang penggunaan tenaga dengan bijak.
Mempamerkan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga yang tinggi untuk memberi kesedaran.
4) Bengkel kejurulatihan utama bagi kumpulan yang dinyatakan untuk
Memberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kepada kumpulan yang melaksanakannya di kampus IPG.
Menubuhkan kumpulan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Mewujudkan “Skuad Audit Tenaga” pada setiap jabatan bagi memantau penggunaan elektrik jabatan masing-masing.
5) Bengkel kejurulatihan kecekapan tenaga dan audit tenaga yang dikendalikan oleh jurulatih utama melalui aktiviti-aktiviti berikut:
Mengadakan mesyuarat
Mengumpul data
Menentukan pembahagian beban akhir tenaga
Membuat analisis
Mengenal pasti dan mencadangkan langkah penjimatan tenaga
Menyediakan dan membentangkan laporan
Mengimplementasikan langkah penjimatan masa
6) Pelaksanaan audit menerusi amalan cekap tenaga dan penelitian bil elektrik bulanan.
OUTPUT
Amalan baik tentang penggunaan tenaga, penggunaan tenaga dengan cekap, mengaudit penggunaan tenaga elektrik dan ilmu menjalankan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga telah tersemai pada komuniti.
Komuniti: 1) Pengurangan bil elektrik minimum sebanyak 10%. 2) Penjimatan bil elektrik di IPTI sebanyak RM27,211.46 (5.86%). 3) Penjimatan bil elektrik di IPDA sebanyak RM4,948.32 (1.08%) bagi blok
akademik dan sebanyak RM24,151.00 bagi Kolej Kediaman. Angka bagi Kolej Kediaman melebihi sasaran penjimatan 10% yang telah ditetapkan.
4) Bakal guru (pelajar) dan kakitangan lebih peka tentang kelestarian tenaga dan persekitaran.
IPTA: 1) IPTA telah dapat mengenal pasti aktiviti Kecekapan Tenaga yang
paling bersesuaian untuk Institut Pendidikan Guru berasaskan infrastruktur dan sumber manusia sedia ada.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman dalam bidang pengurusan
projek kelestarian tenaga bersama-sama bakal guru yang seterusnya akan membangunkan modal insan yang lain di sekolah kelak.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Institut Pendidikan Guru Malaysia a) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. b) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. c) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
2) Universiti Sains Malaysia
KEBERHASILAN
Komuniti: 1) Peningkatan kesedaran tentang kelestarian tenaga dalam kalangan
warga IPDA, IPTI dan IPKP. 2) IPGKDA telah memasukkan kecekapan tenaga dan audit tenaga
sebagai komponen tambahan dalam kurikulum Kursus Alam Sekitar yang diambil oleh pelajar-pelajar sains.
3) Perubahan sikap dan amalan yang positif warga IPG berkaitan kecekapan tenaga.
4) Pelajar dan kakitangan IPG lebih peka tentang kelestarian tenaga dan persekitaran serta proaktif melaksanakan aktiviti Kecekapan Tenaga.
IPTA: 1) Ahli akademia dan USM menjadi pemimpin dalam kelestarian tenaga
dan teknologi hijau. 2) Sanjungan kepada ahli akademia dan USM sebagai pelopor dan
pemimpin kelestarian di IPG. Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih telah mendapat pelbagai kemahiran yang boleh digunakan dalam kerjaya, khususnya mengurus projek-projek yang melibatkan komuniti dan kehidupan seharian.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
B) Laporan Berkala Oleh Komuniti
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN LAPORAN
AKHIR
PROPOSAL 3 BULAN 6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman Tarikh Lawatan : 22 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Zakaria Abas (UUM) 2) Profesor Madya Dr. Mohd Fareq Abd Malek (UniMAP)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)
SEKSYEN ITEM PENILAI
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 30%
B AKADEMIA (10%) 8%
C GRADUAN PELATIH (10%) 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%
E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 30%
MARKAH KESELURUHAN (%) 82%
PENILAIAN OLEH KOMUNITI A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti
5/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti
5/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 5/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
5/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh komuniti
5/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
5/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
5/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
5/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek
Secara keseluruhannya program ini telah menjangkaui sasaran yang ditetapkan. Selain dapat mengurangkan tanggungan kos elektrik yang tinggi, kesan ke atas pelajar dalam usaha menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui penglibatan secara sukarela amatlah positif. IPG Kampus Darulaman komited untuk meneruskan program pemindahan ilmu pada masa hadapan dengan menyebar luas penglibatannya kepada komuniti-komuniti yang terdapat di sekitar kampus dan di sekolah-sekolah yang pelajar-pelajar akan ditempatkan.
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Hasil penilaian keseluruhan, projek ini didapati mempunyai nilai tambah kepada komuniti dan diklasifikasikan dalam di kategori jingga. Projek ini juga mampu menjadi amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kualiti hidup komuniti yang disasarkan.
LAMPIRAN
Pembentangan hasil oleh ketua projek
Taklimat mengenai amalan kecekapan tenaga kepada bakal guru dan kakitangan IPG
Penglibatan bakal guru dan kakitangan IPG semasa program sedang dijalankan
Kenderaan bergerak daripada program aktiviti kecekapan tenaga yang dilengkapi dengan teknologi solar
dan minyak masak
Keadaan dalaman kenderaan bergerak yang dilengkapi dengan kit pembelajaran kecekapan tenaga