TAJUK PROJEK:
MODUL PERISIAN UNTUK PENGOPTIMUMAN REKA BENTUK LITAR ELEKTRONIK
KOD PROJEK:
I-ECO/40 (UNIMAP-11)
IPTA:
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
KETUA PROJEK:
DR. NEOH SIEW CHIN
AKADEMIA:
PROFESOR DR. LIM CHEE PENG
RAKAN INDUSTRI:
MYREKA SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH:
12 JULAI 2011 – 11 JULAI 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini bertujuan untuk membangunkan perisian pengoptimuman berdasarkan teknik
pengkomputeran evolusi, melakukan penambahbaikan ke atas prestasi reka bentuk litar,
menunjukkan kebolehlenturan dan keberkesanan perisian yang dibangunkan serta menggalakkan
pemindahan ilmu kepada industri reka bentuk litar. Modul perisian yang menggunakan kaedah
berautomatik ini amat diperlukan para jurutera dalam usaha mengoptimumkan prestasi litar,
penjimatan kitar hayat, reka bentuk kejuruteraan, peningkatan kualiti dan produktiviti serta
keberkesanan dalam industri reka bentuk litar elektronik. Pemindahan ilmu tentang teknik
pengkomputeran evolusi ini telah memberi kesan kepada rakan industri khasnya syarikat Myreka
Sdn. Bhd. Melalui projek ini, syarikat Myreka Sdn. Bhd. telah menunjukkan peningkatan kualiti
dan produktiviti produk serta meningkatkan margin keuntungan syarikat.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk membangunkan satu perisian pengoptimuman berdasarkan
teknik-teknik pengkomputeran evolusi. 2) Untuk meningkatkan prestasi reka bentuk litar dengan menggunakan
pengoptimuman yang dibangunkan. 3) Untuk menunjukkan kebolehlenturan dan keberkesanan
pengoptimuman yang dibangunkan bagi menangani masalah reka bentuk litar.
4) Untuk menggalakkan pemindahan ilmu kepada industri mengenai reka bentuk litar.
AKTIVITI
1) Menyediakan maklumat dan mengumpul data. Graduan pelatih
ditugaskan untuk mendapatkan maklumat dan mengumpul data bagi pembangunan perisian pengoptimum.
2) Menyelesaikan penyelidikan pada Model LECO dan teknik pengkomputeran evolusi untuk reka bentuk litar pengoptimuman.
3) Menyiapkan pembangunan litar pengoptimuman. 4) Membuat penilaian dan analisis mengenai litar yang dibangunkan. 5) Membuat perbandingan prestasi dengan teknik pengoptimuman lain
yang berada di pasaran. 6) Penyelesaian dan penerbitan.
OUTPUT
Industri:
1) Pemindahan ilmu mengenai input dan output parameter utama untuk pengoptimuman litar.
2) Penambahbaikan bagi pengoptimuman litar yang dibangunkan. 3) Pengguna dapat menjalankan pengoptimuman dengan lebih mudah.
IPTA:
1) Peningkatan keupayaan IPTA untuk menjana hasil. 2) Peningkatan keupayaan IPTA untuk menghasilkan produk yang
kompetitif dan praktikal untuk aplikasi dunia sebenar. Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih memperoleh pengetahuan mengenai kemahiran teknikal serta pengalaman praktikal dalam pembangunan reka bentuk litar pengoptimuman.
2) Graduan pelatih mendapat peluang yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Malaysia Perlis 2) Myreka Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Bantuan kepada jurutera dalam reka bentuk penapis pengoptimum
penalaan. 2) Penjimatan masa dan kos industri. 3) Industri mendapat ilmu mengenai kaedah terbaharu dalam
pengoptimuman litar. IPTA:
1) Sumber cmizer yang terbuka. 2) Kerjasama penyelidikan pada masa hadapan. 3) Pembangunan perisian dan pengetahuan analisis.
Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih memperoleh pengetahuan mengenai pengoptimuman parameter.
2) Graduan pelatih mendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan litar.
3) Graduan pelatih berpeluang menjalankan latihan industri di Myreka Sdn. Bhd.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Myreka Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 29 Januari 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Hartini Ahmad (UUM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 30%
B AKADEMIA (10%) 6%
C GRADUAN PELATIH (10%) 7%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%
E LAPORAN DARI INDUSTRI (30%) 19%
MARKAH KESELURUHAN (%) 70%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI: A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
3/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
3/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 3/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan projek, projek ini berada pada kategori merah. Projek ini masih dalam peringkat penyelidikan dan pencapaian objektif projek adalah di bawah daripada sasaran kerana status pelaksanaannya masih dalam peringkat kajian.
LAMPIRAN
Antara muka pengguna (user interface) yang sedang dibangunkan
Contoh keputusan yang diperoleh dalam satu litar penapis “4th Order Sallen-Key”
Contoh graf keputusan yang diperoleh dalam satu litar penapis “4th Order Sallen-Key”