Transcript

Ruj. Kami :

Tarikh : 22 April 2015 3 Rejab 1436 H

Pengurus,

JR Enterprise.

Tuan,PERINGATAN PERTAMA (MENAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN)Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan sepanjang penilaian pihak sekolah terhadap perkhidmatan tuan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan secara serius bagi menambah baik mutu perkhidmatan pihak tuan dalam pengendalian makanan di Sekolah Menengah Agama Rembau

3.Perkara-perkara tersebut adalah seperti yang telah dilampirkan dalam Lampiran 1.

4.Selain itu, pihak tuan juga haruslah menyediakan makanan mengikut menu yang telah dicadangkan oleh pihak sekolah seperti dalam Lampiran 2. 4. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..............................................................(HAJAH JAPIAH BINTI JAMPOK)

Pengetua,Sekolah Menengah Agama Rembau.s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, SMA Rembau 2. Fail kantin


Top Related