Download - Surat Tunjuk Sebab
Norshafiqah bt Ahmad
9008119-06-5122
PISMP PK(PJ)BM/BI semetser 6
IPG Kampus Darulaman
06000 Jitra Kedah
Tn. Hj Mohd Mustafa bin Ahmad
Pengarah IPG Kampus Darulaman
IPG Kampus Darulman
06000 Jitra Kedah 19 November 2012
Tuan,
Per: Surat Tunjuk Sebab Kelewatan Membuat Tuntutan perjalanan.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kelewatan membuat surat
tunjuk sebab kelewatan membuat tuntutan perjalanan ini. Untuk makluman tuan, saya
baharu mendapat maklumat bahawa tuntutan saya tidak diterima oleh pihak kewangan.
Walaubagaimanapun saya faham dengan kekangan yang di hadapi oleh pihak tuan untuk
menghubungi saya memandangkan sekarang adalah cuti semeter.
3. Saya mewakili tiga lagi rakan sekelas (PISMP semeter 6 PK (PJ)BM/BI) iaitu
Lily Farhana bt Mohd Yassin, Siti Hajar bt Salim dan Wan Nurul Aisyah bt Wan
Hamad ingin menyatakan sebab-sebab kelewatan membuat tuntutan perjalanan pulang.
i. Tidak mengetahui bahawa tuntutan tidak boleh di lakukan bagi perjalanan pulang
bagi cuti semester pada bulan Mei.
ii. Sekolah praktikum yang jauh menyukarkan kami untuk ke IPG dan terlupa
tentang tuntutan yang perlu di buat.
iii. Kami tidak mengetahui bahawa tuntutan boleh di buat. Kerana, pada semeseter
5, kami telah cuba membuat tuntutan tetapi telah di maklumkan bahawa tuntutan
hanya boleh dibuat selepas dimaklumkan sahaja.
4. Dengan itu, saya berharap penjelasan yang pihak saya berikan, pihak tuan akan
meluluskan tuntutan perjalanan yang telah saya lakukan. Selain itu, sebarang kekeliruan
sangat di kesali serta kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Norshafiqah bt Ahmad
900819-06-5122
PISMP PK(PJ)BM/BI
Semester 6
IPG Kampus Darulaman.