Transcript
Page 1: Surat Sumbangan Maulidur Rasul

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS

JALAN BUKIT KEMPAS 4/2,

TAMAN BUKIT KEMPAS,

81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. Tel : 07-2357678

Fax : 07-2359678

“Murid Di dahulukan, Pencapaian Di utamakan”

Ruj.Kami : JBA 1094/07/06/010(1)

Tarikh: 21 Januari 2015

Kepada :

Ibubapa / penjagamurid

SK Taman Bukit Kempas,

81200 Johor Bahru,

Johor.

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL 1436 H / 2015 M.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah sepert iketetapan berikut ;

Tarikh : 13 Februari 2015

Hari : Jumaat

Lokasi : Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas.

2. Sehubungan itu, pihak kami memohon derma ikhlas / sumbangan dalam bentuk wangtunai / bahan mentah dari pihak tuan/puan bagi menjayakan majlis tersebut.

3. Segala sumbangan yang dihulurkan terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Page 2: Surat Sumbangan Maulidur Rasul

Saya yang menurut perintah,

………………………………….

( EN. KHAIRIL AZLI BIN DATO’ HAJI KUSAINI )

Yang Dipertua,

Persatuan IbuBapa-Guru,

SK Taman Bukit Kempas,

Johor Bahru.

…………………..……………………….potong di sini…………………………...................

Adalah saya dengan rasa tulus ikhlas dan berbesar hati untuk memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM ………………./bahan mentah bagi menjayakan majlis di atas. Saya juga akan hadir / tidak hadir dalam majlis tersebut.

NAMA PENYUMBANG : …………………………………………………………………..

NAMA ANAK/KELAS : …………………………………………………………………..

NO.TELEFON : …………………………………………………………………..


Top Related