Download - SURAT MEMOHON SUMBANGAN DARIPADA IBU BAPA
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,
MEMOHON SUMBANGAN / DERMA UNTUK TUJUAN PROGRAM UNDER ONE ROOF
Perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman pihak Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik, Pelajar Perubatan
Tahun Satu Program Berkembar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Universitas Padjadjaran
Indonesia (UNPAD) akan menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat di Jalan Kolanel
Ahmad Syam, Cikeruh.
3. Program ini bertujuan utama untuk membantu meringankan beban pihak-pihak yang kurang
berkemampuan dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai wadah, tidak terhad dalam
bentuk kewangan sahaja. Ini disebabkan oleh keadaan masyarakat di Indonesia sedikit berbeza dengan
masyarakat di Malaysia. Kebanyakan masyarakat di Indonesia masih lagi hidup di bawah paras
kemiskinan serta kawasan persekitaran yang masih jauh dari pembangunan.
4. Program kami juga bukan sahaja untuk membantu meringankan beban mereka, malahan
beberapa aktiviti akan turut dijalankan seperti pengisian motivasi, aktiviti sukaneka serta perkongsian
pengalaman. Aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan dalam kumpulan kecil. Di samping dapat
membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui program ini, kami juga berharap hubungan
yang baik dapat dibina sesama masyarakat sekaligus dapat memahami serta mempelajari budaya di
sini.
5. Butiran program khidmat masyarakat ini adalah seperti berikut;
Program : UNDER ONE ROOF (DI HANDAPEUN HIJI ATAP)
Tarikh : 13 April 2014Masa : 0600 – 1700Tempat : Jalan Kolanel Ahmad Syam
No.64, RT4/RW5 Cikeruh, Jatinangor.
Bilangan Ahli UKM-Unpad : 36 orangBilangan Penduduk : 35 orang
6. Sehubungan dengan ini, saya memohon budi dan jasa baik daripada pihak Dato’ / Datuk /
Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik agar dapat menghulurkan sejumlah sumbangan yang akan membantu
menjayakan program khidmat masyarakat ini. Untuk pengetahuan pihak Dato’ / Datuk / Datin / Tuan /
Puan / Encik / Cik, pihak kami kekurangan sebanyak RM 1,000 (Ringgit Malaysia satu ribu) atau
IDR 3,000,000 (Indonesia Rupiah tiga juta) dalam menjayakan program ini. Sebarang sumbangan
berbentuk wang ringgit boleh disalurkan melalui ‘online banking’ di dalam akaun Naib Bendahari
Program, Nurul Ainin Binti Roslan yang bernombor 7035-61-8020 (CIMB BERHAD) atau 427-
01-00041-121 (CIMB NIAGA).
7. Sekiranya pihak Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik memiliki sebarang
kemusykilan mengenai program ini, pihak Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik boleh
menghubungi Ketua Pengarah Program UNDER ONE ROOF, Muhammad Hafiz bin Yusree di
talian +6287805705300 atau melalui emel, [email protected] ataupun Timbalan Ketua
Pengarah (1), Nurulain Hanani binti Ngadenin, +6287821189192, [email protected].
8. Bersama dengan surat ini disertakan anggaran belanjawan untuk program khidmat masyarakat
UNDER ONE ROOF sebagai bahan rujukan pihak Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik.
Kerjasama daripada pihak Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik amatlah kami hargai dan
didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
_____________________________
SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMANNaib Setiausaha Program UNDER ONE ROOFPelajar Perubatan Tahun SatuUKM-UNPAD Angkatan 8
No Telefon (H/P): +6287821189245Email :[email protected]
PERBELANJAAN PROJEK
BIRO ANGGARAN JENISPERBELANJAAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
Biro Protokol dan Acara Majlis
• Peralatan untuk permainan
- Tali rafia- Guni- Belon
• Hamper sukaneka
JUMLAH
IDR 150,000
IDR 400,000
=IDR 550,000
RM 50.00
RM 116.00
= RM 166.00Biro Multimedia • Banner
• Poster• Pamplet
JUMLAH
IDR 150,000IDR 70,000IDR 30,000
= IDR 250,000
RM 44.00RM 20.00RM 9.00
= RM 73.00
Biro Makanan • Sarapan Pagi• Makan Tengahari• Minum Petang
JUMLAH
IDR 350,000IDR 770,000IDR 350,000
= IDR 1,470,000
RM 100.00RM 222.00RM 100.00
= RM 422.00
Biro Logistik • Sumbangan kepada penduduk desa
- Barangan dapur untuk lima buah keluarga- Barangan anak-anak
JUMLAH
IDR 6,000,000
= IDR 6,000,000
RM 1734.00
= RM 1734.00
Biro Pengangkutan • Pengangkutan ke desa
JUMLAH
IDR 500,000
= IDR 500,000
RM 145.00
= RM 145.00
JUMLAHPERBELANJAANKESELURUHAN
IDR 8,640,000 RM2,540.00