Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA,JALAN IPOH,

51200,KUALA LUMPURNO.TEL:03-40432599

NO.FAX:03-40432601Rujukan kami:SKSU 700/07/006/01/Jld(2)/ ( 20 )

Tarikh

:30 Oktober 2014Ibu bapa/penjaga

Murid Islam

SK Sentul Utama Tuan,

KHEMAH IBADAH 2014Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.2.Untuk makluman pihak tuan,pihak sekolah akan mengadakan khemah ibadah bagi tahun 2014 . Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 November 2014

Hari

:Sabtu

Masa

:8.00pagi 9 malam

Tempat

: Dewan Seri Utama, Sk Sentul Utama

Yuran

:RM10

3.Sehubungan dengan itu,pihak sekolah berbesar hati jika Ibu bapa/ penjaga untuk membenarkan anak tuan/puan menyertai program yang akan diadakan. Ibubapa/ penjaga dijemput hadir bagi menjayakan slot terakhir Majlis Mohon Restu Bersama Ibubapa di Dewan Seri Utama bermula jam 7 malam.4.Bersama-sama ini disertakan borang jawapan penyertaan dan tentatif program yang akan dijalankan. Sila kembalikan borang jawapan tersebut selewat-lewatnya pada hari Rabu (5 Oktober 2014) kepada Puan Nurati bt Isa.

Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Saya yang menjalankan tugas,

....................................................

( TUAN KAMARIAH BT NIK SIN )

Guru Besar,

SK Sentul Utama,

Jalan Ipoh,51200 ,Kuala LumpurTENTATIF PROGRAM

8.00 pagi:Pendaftaran

8.30 pagi:Slot 1

Ice Breaking & Group Binding - Words Of Wonder

10.30 pagi:Makan pagi

11.00 pagi:Slot 2

Smart Wudhu Smart Solat

12.30 t/hari:Makan tengahari

Solat Zohor

1.30 t/hari:Slot 3

Inspirasi Ulul Albab

4.00 petang:Solat Asar

Minum petang

5.00 petang:Slot 4

Sesi Rekreasi Minda

6.30 petang:Persiapan diri

Makan malam

Solat Maghrib

7.30 malam:Slot 5

Majlis Mohon Restu Bersama Ibu Bapa

8.30 malam:Solat Isya

Majlis penutup bersama ibubapa

9.00 malam :Bersurai

Borang jawapanSaya _______________________________ ibu bapa/ penjaga kepada _________________________ murid tahun _____________ membenarkan anak saya untuk menyertai program Khemah Ibadah SK Sentul Utama 2014. Bersama- sama ini saya sertakan wang tunai sebanyak RM10 sebagai yuran penyertaan program.

Yang benar,

_____________________

( )


Top Related