Transcript

Rujukan Kami : SKK800-6/5( ) Tarikh : 25 OKTOBER 2014Kepada:Pengarah,

Pendidikan Negeri Kelantan,

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,Jalan Doktor,

15000 Kota Bharu, Kelantan.

(U.P : UNIT PEMBANGUNAN)Tuan

MOHON BAIK PULIH ALAT PENDINGIN HAWA DI BILIK GURU DAN PUSAT SUMBER DI BANGUNAN BAHARU SEKOLAH KEBANGSAAN KEMUMIN. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2.Adalah dimaklumkan pihak sekolah mendapati alat pendingin hawa di bilik guru dan pusat sumber di bangunan baharu tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan ketidak selesaan para guru dan murid semasa berada di dalam bilik berkenaan.

3.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak Tuan untuk mengadakan baik pulih terhadap kerosakan penghawa dingin tersebut, memandangkan keadaan ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di sekolah ini.

4.Atas kerjasama dan tindakan yang diambil oleh pihak tuan, pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah, ROSLINA BT A.RAHMAN

Guru BesarSK. Kemumin.SEKOLAH KEBANGSAAN KEMUMIN

16100 KOTA BHARU

KELANTAN

Telefon : 09-7713521 Fax : 09-7713522

Email : [email protected]

HYPERLINK "http://www.hootoh.my/2013/11/logo-baharu-kpm-2013-huraian-dan.html"


Top Related