Download - Sultan muhammad

Transcript

1. SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH 2. PENGENALAN Nama sebenar Sultan Muhammad al Fatih ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Adrianapolis. Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, iaitu Sultan Murad II. Baginda memerintah empayar yang begitu luas selama 30 tahun(1451-1481M) Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan serang panglima tentara agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. 3. PERANCANGAN AWAL Mengkaji pelan Konstantinople dan mengenal pasti faktor-faktor kelemahan kota tersebut. Mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima slam yang terdahulu. Berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai 265000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah. Mengarahkan pembinaan peralatan perang yang moden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli Hisari telah dibina ditebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari kota Konstantinople. Benteng ini dapat mengawal dengan rapi kapal- kapal yang melintasi selat Bosphorus. Mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia , Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinople apabila mereka diserang nanti. 4. Pengepungan Dan pembebasan Konstantinople Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi bagi membakar semangat jihad tenteranya di medan perang. Baginda mengarahkan agar laungan azan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine gementar melihat 265000 tentera bersolat di belakang pemimpin mereka dengan suara takbir yang memecah kesunyian alam. Baginda menghantar utusan meminta Maharaja Byzantine menyerahkan kota Konstantinople secara aman tetapi ditolak. Kota Konstantinople mula diserang dan dihujani oleh peluru meriam raksasa, namun hanya merosakkan sebahagian daripada dinding luar kota tersebut. Baginda mengarahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera di dalamnya. Namum tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut. 5. Tentera laut Byzantine mendapat bantuan dari Vatican dan Eropah yang menghantar sebanyak lima buah armada. Mahara Byzantine cuba memperdaya Sultan Muhammad al Fatih dengan pelbagai tawaran hadiah dan rasuah, tetapi ditolak oleh baginda. Kapal-kapal Byzantine habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan Sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Tentera Islam diberikan motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama dan mengingatkan agar sentiasa bermunajat kepada Allah. 6. Strategi seterusnya ialah tentera Islam cuba memanjat menggunakan tangga dan merobohkan dinding kota menggunakan lastik besar tetapi tidak berjaya dan ramai yang gugur syahid. Pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan berakhir dengan kejayaan telah menghilangkan keyakinan dalam kalangan sebahagian tentera Islam. Baginda telah menyampaikan pidato untuk menaikkan kembali semangat para mujahid Islam.Tindakan tersebut telah berjaya menaikkan kembali semangat tentera Islam. Mereka melaungkan takbir dan ini memberikan kesan perang psikologi kepada pihak musuh. Baginda juga mengarahkan tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Pada 29 Mei 1453M , baginda bersama tenteranya telah berjaya menawan kota Konstantinople. 7. KESIMPULAN Kota Konstantinople telah ditukar namanya kepada Istanbul yang kemudiannya dijadikan sebagai ibu kota pemerintahan khalifah Uthamaniah. Gereja besar St Sophies telah ditukar menjadi masjid Aya Sofia.


Top Related