Transcript
Page 1: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 1

900/1 STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM SET1 KERTAS 1

LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN) (Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2005

STPM 900/1 [Lihat sebelah

SULIT*

Page 2: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 2

Strategi • Mendedahkan pegawai kepada pengurusan perniagaan • Tingkatkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan

1. Pernyataan di atas merujuk kepada

A Dasar Produktiviti B Dasar Penswastaan C Dasar Padang ke Timur D Dasar Pe rsyarikatan Malaysia

2. Yang manakah benar tentang Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP 2)

Dasar Pembangunan Nasional? A Menentukan pembangunan tanah dan wilayah B Membangunkan ekonomi berdasarkan pengetahuan C Membina sebuah negara yang mampu berdaya saing D Mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian bumiputera

• Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil • Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import • Menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia oleh pengguna tempatan

3. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas

A Pelan Induk Perindustrian B Dasar Perindustrian Berat C Dasar Perdagangan Bebas D Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

4. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Telekomunikasi Negara? I Memastikan penggunaan barang-barang tempatan oleh sektor telekomunikasi

II Menggalakkan pertumbuhan sektor sokongan dalam perkhidmatan telekomunikasi III Mencapai keseimbangan ekonomi antara kawasan bandar dengan kawasan luar

bandar IV Membenarkan pencarum menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP) untuk membeli komputer

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

5. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara 2003 ?

I Membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum II Mencapai keseimbangan pembangunan fizikal dan pembangunan rohaniah

III Mewujudkan masyarakat yang maju dan mantap dari segi sosial ekonomi dan teknologi

IV Melahirkan pembangunan sumber manusia terlatih melalui bidang penyelidikan dan pembangunan

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

Page 3: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 3

6. Yang berikut ialah dasar-dasar di Malaysia I. Bersih, Cekap dan Amanah X. meningkatkan daya pengeluaran II. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

Y. Meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan

III. Dasar Pandang Ke Timur Z. Mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat untuk meningkatkan hasil dan mutu kerja

Padankan objektif X, Y dan Z dengan dasar I, II dan III

I II III A X Y Z B X Z Y C Y X Z D Z X Y

7. Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah yang telah diambil oleh

kerajaan untuk membanteras rasuah ? I Kempen kesedaran tentang bahaya rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) II Meletakkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di bawah Jabatan Perdana Menteri

(JPM) III Penguatkuasaan undang-undang, Akta Pencegahan Rasuah 1997 mengenakan

hukuman mandatori IV Mengadakan kawalan dan pemantauan prosedur kerja dan operasi sesuatu

organisasi oleh pihak berkuasa

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

8. Antara berikut yang manakah benar tentang Wawasan 2020 ?

I Membentuk masyarakat yang maju dan beretika II Menekankan pembasmian kemiskinan di kalangan masyarakat III Wawasan ini terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang I (RRJP I) IV Wawasan ini mengandungi visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju

mengikut acuan sendiri

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9. Antara berikut yang manakah faktor penentu pelaksanaan dasar luar Malaysia?

I Sistem demokrasi berparlimen II Agama Islam sebagai agama rasmi III Keanggotaan Malaysia dalam PBB IV Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 4: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 4

10. Antara berikut yang manakah menunjukkan peranan Malaysia dalam peristiwa antarabangsa pada tahun 1990-an iaitu

I Ujian nuklear oleh India dan Pakistan II Pengunduran tentera Amerika dari Afghanistan III Menerima pelarian perang Bosnia-Herzegovina ke Malaysia IV Penyerahan wilayah Hong Kong daripada British kepada China

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11. Yang manakah antara perkara berikut terkandung dalam Deklarasi Hanoi 1998 di

Persidangan Kemuncak ASEAN ? I Membangunkan ekonomi melalui pertanian

II Melaksanakan AFTA seperti yang dirancangkan III Bekerjasama dalam mengawal dan menghalang penyakit Malaria IV Menggalakkan penggunaan mata wang ASEAN dalam perdagangan intra-

ASEAN

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

12. Organisasi manakah yang terlibat dalam melaksanakan kerjasama Selatan -Selatan?

I Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) II Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) III Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) IV Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

13. Malaysia merupakan Pengerusi kepada pertubuhan berikut dalam tahun 2000-an.

I Pertubuhan Komanwel II Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) III Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) IV Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 5: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 5

14. Antara berikut yang manakah faedah yang diperoleh Malaysia dengan menyertai Dialog Utara -Selatan ?

I Dapat meluaskan pasaran komoditi utama II Dapat menikmati Sistem Keistimewaan Am (GSP) III Menganggotai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) IV Meningkatnya hubungan dagangan dengan negara-negara maju

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

15. Antara berikut yang manakah matlamat dasar luar Malaysia?

I Hubungan yang erat dengan negara-negara jiran II Hubungan yang dapat mewujudkan pakatan perdagangan III Hubungan ekonomi dengan negara-negara lain tanpa mengira ideologi IV Hubungan erat dengan negara-negara kuasa besar untuk mendapatkan bantuan

ketenteraaan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah termasuk dalam agenda kerjasama ASEAN ?

I Pemupukan kerjasama ketenteraan serantau II Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan serantau III Penyelesaian masalah politik secara aman di kalangan negara -negara anggota IV Pemupukan kerjasama ekonomi dengan blok-blok perdagangan dunia yang lain

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

17. Yang manakah antara kes berikut merupakan tanggungjawab Mahkamah Jenayah

Antrabangsa (ICC) ? I Pencerobohan tentera Iraq ke atas Kuwait

II Membuat tuntutan persempadanan wilayah yang bertindih III Pembunuhan beramai-ramai kaum Bosnia oleh puak Serbia IV Pertikaian kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) oleh negara yang terlibat

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 6: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 6

18. • Menentukan semula syarat perdagangan untuk mengelakkan eksploitasi Utara

ke atas ekonomi Selatan • Menggalakkan pemindahan teknologi dari Utara ke Selatan

Pernyataan di atas merujuk kepada A Kumpulan G-15 B Dialog Utara-Selatan C Kerjasama Selatan-Selatan D Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)

19. Antara berikut yang manakah tujuan utama Malaysia menyokong Pergerakan Negara-

negara Berkecuali (NAM) ? I Mengiktiraf persamaan semua ras dan negara

II Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara lain III Meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala antara negara maju dan negara

mundur IV Membenarkan campur tangan negara-negara maju dan kuasa besar dalam

urusan negara lain

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

20. Antara berikut yang manakah merupakan pendirian Malaysia terhadap penahanan pemimpin pro-demokrasi, Aung San Syu Kyi.

I Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar II Malaysia memohon kerjasama kuasa besar menegakkan keadilan di Myanmar III Malaysia berpegang kepada prinsip segala penyelesaian politik hendaklah dibuat

secara aman tanpa kekerasan IV Malaysia menyerahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

untuk menyelesaikan isu tersebut

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

21.

Jenis Kerajaan Ciri-ciri Khas I II III IV

Monarki Persekutuan Republik Konfederasi

P Q R S

Kuasa sebenar pada kerajaan negeri Kuasa utama pada Presiden Perkongsian kuasa kerajaan pusat dan negeri Sistem warisan raja dan raja berkuasa mutlak

Padankan jenis kerajaan dan ciri-ciri khas sistem pemerintahan

I II III IV A P Q R S B Q P S R C S R Q P D R S P Q

Page 7: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 7

22. Antara berikut yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia ? I Mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan, eksekutif dan

kehakiman II Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mempunyai kuasa dan peranan

yang sama III Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi kepada badan perundangan,

kehakiman dan eksekutif IV Badan perundangan, eksekutif dan kehakiman melaksanakan peranan masing-

masing tanpa sebarang pertindihan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

23. Antara berikut yang manakah merujuk kepada konsep Ketertinggian Perlembagaan?

I Perle mbagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi II Parlimen mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pentadbiran III Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan akan terbatal

setakat mana bercanggah IV Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan menjalankan kuasa

mengikut budi bicara baginda

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

24. Antara berikut yang manakah memerlukan persetujuan 2/3 ahli Parlimen dan mendapat

keizinan Majlis Raja -Raja sebelum dilakukan pindaan ? I Keistimewaan Parlimen

II Pengubahsuaian peralatan diraja III Perlantikan Ahli Dewan Negara IV Undang-undang berkaitan dengan perubahan sempadan negeri

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 8: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 8

Tetap

Suruhanjaya

D

A B C 25. Badan D merupakan dari jenis yang berbeza dengan badan A, B dan C. Antara berikut

yang manakah memungkinkan badan D tersebut I Suruhanjaya Gaji Harun

II Majlis Angkatan Tentera III Suruhanjaya Hak Asasi Manusia IV Suruhanjaya Siasatan PERWAJA

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

26. Nasihat Majlis Raja-Raja diperlukan dalam hal perlantikan

I Perdana Menteri II Ketua Audit Negara

III Menteri-menteri Kabinet IV Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

27. Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong?

A Dilantik oleh Majlis Raja-raja atas nasihat Yang di-Pertuan Agong B Menjadi Yang di-Pertuan Agong secara automatik apabila Yang di-Pertuan Agong

mangkat C Memegang sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong jika jawatan Yang di-Pertuan

Agong dikosongkan selama 2 minggu. D Menjalankan tanggungjawab dan menikmati segala keistimewaan sebagaimana

yang diperuntukkan oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong 28. Antara berikut yang manakah benar tentang fungsi Ketua Audit Negara ?

I Mengaudit akaun-akaun bagi Kerajaan Persekutuan sahaja II Mengelakkan ketidakcekapan dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan

negara III Melaksanakan sebarang kewajipan dan menjalankan kuasa berhubung dengan

akaun-akaun Persekutuan dan badan swasta IV Menghantar laporan-laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan atas arahan

baginda laporan-laporan te rsebut dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 9: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 9

29. Pejabat Daerah dan Tanah di peringkat Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk I melantik Penghulu di setiap daerah

II mengurus soal pembangunan kampung III menyelaraskan kegiatan semua cawangan agensi-agensi Kerajaan Negeri di

peringkat daerah IV memastikan agensi-agensi kerajaan melaksanakan program-program

pembangunan di peringkat daerah

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

30. Antara berikut yang manakah merupakan komponen badan perundangan peringkat

negeri ? I Dewan Undangan Negeri II Sultan atau Yang Dipertua Negeri

III Penasihat Undang-undang Negeri IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

31. Antara berikut yang manakah kuasa yang diberi kepada Parlimen melalui Akta Kerajaan

Tempatan 1976 ? I memberi khidmat nasihat teknikal

II mengawal sempadan dan status perbandaran III menggubal dasar atau undang-undang Kerajaan Tempatan bagi tujuan

keseragaman IV menyalurkan peruntukan kepada Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK)

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

32. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang Majlis Perbandaran?

I Ketua Eksekutif Majlis Perbandaran ialah Setiausaha II Anggota Majlis Perbandaran dilantik oleh Kerajaan Tempatan

III Majlis Perbandaran mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang IV Majlis Perbandaran melantik kakitangannya sendiri dengan kelulusan Kerajaan

Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 10: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 10

33. Antara berikut yang manakah menyebabkan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya?

I beliau telah dituduh melakukan kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah

II beliau tidak mengangkat sumpah walaupun telah sebulan beliau dipilih sebagai ahli dewan

III beliau tidak menghadiri persidangan selama 6 bulan berturut-turut tanpa kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan

IV beliau tidak mengemukakan akaun perbelanjaan yang digunakan semasa pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh yang ditetapkan.

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

34. Antara berikut yang manakah benar tentang jawatan Setiausaha Politik kepada seorang

menteri kabinet ? I Dilantik oleh Perdana Menteri II Tidak semestinya ahli Majlis Parlimen

III Dilantik oleh menteri berkenaan dengan persetujuan Perdana Menteri IV Perlantikannya dibatalkan oleh menteri berkenaan pada bila-bila masa

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah benar tentang Badan Kehakiman Malaysia ?

I Parlimen berkuasa memecat Hakim Mahkamah Persekutuan II Seseorang hakim boleh memegang jawatan sehingga berumur 56 tahun

III Seseorang hakim tidak boleh didakwa atas sebab kata-kata dan perbuatannya semasa menjalankan tugas

IV Kelakuan seseorang hakim boleh dibincangkan oleh Badan Perundangan dengan usul yang disokong oleh satu perempat ahli parlimen

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

36. Hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera ialah

I Sesi kaunseling II Diberi amaran keras

III Hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun IV Hukuman mati yang disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 11: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 11

• Isteri dan anak warganegara telah bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun • Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dilahirkan di Persekutuan sebelum

Hari Merdeka 37. Kriteria di atas merupakan syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara

A Pendaftaran B Naturalisasi C Percantuman wilayah D Kuatkuasa undang-undang

38. Antara berikut yang manakah perbezaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dengan

mahkamah lain ? A Mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah mahkamah di bawahnya B Menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan C Menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri D Mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya

39. Antara berikut yang manakah benar tentang bidang tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang ?

I Melantik Peguam Negara II Melantik Hakim Mahkamah Rayuan III Mengenakan tindakan disiplin terhadap Hakim Mahkamah Sesyen IV Menetapkan status pencen bagi kakitangan Jabatan Peguam Negara

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

40.

X. Jawatan kuasa Dewan I. Menjaga kepentingan dewan dan disiplin Y. Jawatan kuasa Hak Ahli II. Meneliti perbelanjaan kementerian dan

Jabatan Z. Jawatan kuasa Akaun Awam III. menjaga keselesaan ahli

Padankan Jawatan kuasa X, Y dan Z dengan fungsi I, II dan III

X Y Z A I II III B I III II C II III I D III I II

Encik X telah dituduh membunuh seorang pragawati di rumah mangsa pada malam 21 Januari 2005. Dia berjaya membuktikan bahawa dia tidak berada di situ pada masa kejadian tersebut.

41. Antara berikut yang manakah merujuk kepada situasi di atas ?

A Writ B Alibi C Sapina D Injuksi

Page 12: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 12

42. Antara berikut yang manakah benar tentang bidang kuasa Mahkamah Sesyen? A Mendengar kes rayuan daripada mahkamah di bawahnya B Membicarakan semua kesalahan jenayah kecuali kes pembunuhan C Menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah yang terlibat dalam pembunuhan D Mendengar rayuan kes sivil yang nilai perkara pokoknya melebihi RM250,000.00

• Peringkat ini sangat penting • Menteri perlu menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan

43. Proses penggubalan rang undang-undang di atas merujuk kepada peringkat

A Bacaan Pertama B Bacaan Kedua C Bacaan Ketiga D Peringkat Jawatankuasa

44. Antara berikut yang manakah yang akan memperkenankan sesuatu rang undang-

undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri ? A Sultan B Menteri Besar C Speaker Dewan Undangan Negeri D Penasihat Undang-undang Negeri

45. Antara berikut yang manakah merupakan sumber undang-undang tidak bertulis ?

I Akta II Enakmen III Common Law IV Keputusan-keputusan Mahkamah

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

46. Harga kereta berjenama X kurang RM3000 daripada kereta jenama Y. Kereta berjenama

Z ialah RM68 500, iaitu RM4600 lebih daripada Kereta jenama X. Berapakah harga kereta Y ? A RM 60 900.00 B RM 66 900.00 C RM 70 100.00 D RM 73 100.00

47. Azmi telah bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah kilang pembuatan mesin pada 1

Januari 2003. Azmi telah dibayar gaji sebanyak RM1100 sebulan. Setelah menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan, Azmi telah disahkan jawatannya dengan kenaikan gaji sebanyak RM120 sebulan. Berapakah purata gaji bulanan Azmi untuk tahun 2003 ? A RM 1190 B RM 1220 C RM 1615 D RM 2320

Page 13: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 13

Soalan 48 dan 49 berdasarkan Jadual 1 di bawah Jadual 1 : Harga Barang-barang Keperluan Harian di Pasar Raya Utama

di Ipoh pada Jan 2005 K L M N Pasar Raya

Barang RM RM RM RM Milo (1kg) 10.68 10.50 11.00 10.99 Beras wangi (10 kg) 18.99 18.59 19.00 19.00 Minyak masak (5 kg) 12.00 12.50 11.50 11.99 Sos cili 1.70 1.79 1.60 1.65

48. Yang manakah benar tentang jadual di atas ?

I Harga milo mencatatkan perbezaan 5% harga jualan antara pasar raya L dan M. II Sos cili mencatatkan perbezaan peratusan harga yang paling tinggi di keempat-

empat buah pasaran. III Harga beras wangi mencatatkan perbezaan harga yang paling rendah di

keempat-empat buah pasar raya. IV Minyak masak di pasar raya K dan N mencatatkan perbezaan peratusan yang

terendah antara barangan yang dijual

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

49. Dengan mengabaikan faktor jarak, pasar raya yang manakah yang paling jimat untuk

berbelanja ? A K B L C M D N

50. Sebuah kilang kasut menghasilkan kasut kanvas dan kasut getah. 30% daripada kasut

kanvasnya adalah untuk wanita. Peratusan kasut getah lelaki adalah 3 kali peratusan kasut kanvas wanita. Jumlah kasut getah adalah 2 kali jumlah kasut kanvas. Berapakah peratusan kasut getah lelaki daripada jumlah kasut yang dihasilkan? A 40% B 50% C 60% D 80%

Page 14: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 14

Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 2 di bawah

Jadual 2 : Kadar Panggilan ke Negara -negara Asing bagi Tempoh 1 Jan hingga 28 Feb 2005

12:01pagi – 8:59 pagi 9:00 pagi – 12 : 00 malam Tempoh Panggilan Negara

(RM per minit ) (RM per minit)

Singapura 0.12 0.14 Hong Kong 0.15 0.18 Taiwan 0.45 0.50 Australia 0.79 0.90 New Zealand 1.30 1.30

*Kiraan dibundar kepada minit berikutnya. 51. Encik Lee telah membuat 2 panggilan kepada saudaranya di Australia pada pukul 8:00

pagi dan Hong Kong pada waktu petang masing-masing selama 2 minit dan 3 minit 45 saat. Berapakah bayaran yang dicajkan kepada bil telefonnya ? A RM 2.18 B RM 2.30 C RM 2.40 D RM 2.52

52. Yang manakah benar tentang jadual di atas ?

A Kadar panggilan ke Hong Kong dicajkan 20% lebih tinggi jika panggilan dibuat pada waktu malam.

B Panggilan ke Hong Kong selama 3 minit adalah sama kadar panggilan 1 minit ke Taiwan pada tengah hari.

C Kadar panggilan ke Australia adalah dicajkan 80% lebih tinggi berbanding dengan kadar panggilan ke Taiwan.

D Panggilan selama 5 minit ke Singapura pada waktu petang adalah lebih mahal berbanding dengan 1 panggilan selama 2 minit ke Taiwan pada masa yang sama.

Soalan 53 berdasarkan Carta 1 di bawah ini.

Carta 1 : Pecahan Kes Kemalangan Jalan Raya Bagi Tahun 2001 dan 2002

Jumlah : 265,175 kes Jumlah : 279,711 kes

2001 2002

Kemalangan Ringan11.6%

Kemalangan Rosak 83.8%

Kemalangan Parah 2.6%Kemalangan Maut

2.0%Kemalangan

Ringan10.8%

Kemalangan Rosak 84.9%

Kemalangan Parah 2.4%Kemalangan Maut

1.9%

Jumlah : 265,175 kes Jumlah : 279,711 kes

2001 2002

Kemalangan Ringan11.6%

Kemalangan Rosak 83.8%

Kemalangan Parah 2.6%Kemalangan Maut

2.0%Kemalangan

Ringan10.8%

Kemalangan Rosak 84.9%

Kemalangan Parah 2.4%Kemalangan Maut

1.9%

Page 15: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 15

53. Antara berikut yang manakah benar tentang kes kemalangan jalan raya ? I Kemalangan parah telah berkurangan sebanyak 181 kes II Jumlah kes kemalangan ringan telah berkurangan dalam tempoh 2 tahun

tersebut. III Pada tahun 2002, kes kemalangan maut telah berkurangan berbanding

dengan tahun 2001 IV Jumlah kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 5.0% dalam tempoh

2 tahun tersebut

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Soalan 54 dan 55 berdasarkan Rajah 1 di bawah ini.

Rajah 1 : Fungsi Sistem Maklumat Dalam Sesebuah Organisasi

Input Pemprosesan Output

Persekitaran

Pelabur/ pemegang syer

Pesaing Pelanggan

Organisasi

X

Y

54. Berdasarkan Rajah 1 di atas, apakah yang diwakili oleh anak panah yang bertanda Y ? A Produktiviti B Maklum balas C Kawalan kualiti D Aktiviti-aktiviti jual-beli

55. Anta ra berikut yang manakah paling sesuai untuk X ?

I Pembekal II Pengurus atasan III Perancang strategi IV Polisi dan undang-undang sesebuah negara

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 16: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 16

Soalan 56 dan 57 berdasarkan maklumat di bawah

Seorang pekerja mahir memerlukan masa 3 jam untuk melukis corak semeter kain batik Seorang pekerja separuh mahir pula memerlukan masa 5 jam untuk melukis corak semeter kain batik. Kedua-dua pekerja tersebut bekerja 8 jam sehari.

56. Jika mereka bekerjasama untuk melukis corak batik, berapa lamakah masa yang

diperlukan untuk menyiapkan 40 meter kain A 60 jam B 75 jam C 120 jam D 160 jam

57. Jika upah untuk untuk menyiapkan 40 meter kain adalah RM 600, berapakah upah yang

diterima oleh pekerja mahir mengikut bahagian yang disiapkannya? A RM 200 B RM 225 C RM 320 D RM 375

58. Seorang jurulatih permainan chess ingin membuat pemilihan pemain untuk menyertai

pertandingan di peringkat antara bangsa. Beliau telah mengadakan pertandingan pemilihan untuk 26 orang pelatihnya, setiap orang daripada mereka perlu bermain 1 se t permainan dengan setiap pelatih yang lain. Berapakah jumlah permainan perlu dijalankan untuk pemilihan tersebut ? A 25 B 52 C 650 D 676

Soalan 59 dan 60 berdasarkan Jadual 3 bawah

Jadual 3 : Kuantiti Eksport Komodititi Perikanan ke pelbagai Negara, 1999 - 2000 1999 2000 Negara

Kuantiti (Tan Metrik)

Peratus (%)

Kuantiti (Tan Metrik)

Peratus (%)

Thailand Singapura China Jepun Hong Kong Indonesia Itali Australia Lain-lain

25,556 27,608 12,383 14,885

7,399 6,002 6,581 4,820

30,810

18.3 20.3

9.1 10.9

5.4 4.4 4.8 3.6

22.7

28,439 27,191 12,251 9,871 9,093 7,383 7,022 5,591

37,749

19.7 18.8

8.5 6.8 6.3 5.1 4.9 3.9

26.0 Jumlah 136,044 100.0 144,590 100.0

Page 17: Stpm Pam Kertas1 Set1

SULIT*

Halaman 17

59. Yang manakah benar tentang jadual di atas ? I Kuantiti eksport komoditi perikanan ke pelbagai negara menunjukkan pertambahan

II Pengekspotan kuantiti komoditi perikanan ke negara Jepun mengalami perubahan peratusan yang paling tinggi

III Pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke negara China mengalami perubahan yang kurang daripada 1 %

IV Pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke negara Australia menunjukkan perubahan peratusan sebanyak 0.3 %.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

60. Yang manakah berikut benar tentang pengeksportan komoditi perikanan ke negara-

negara ASEAN ? I Jumlah pengeksportan komoditi perikanan ke negara -negara ASEAN telah

meningkat sebanyak 2.68% II Indonesia telah menunjukkan peningkatan peratusan yang paling tinggi dalam

kuantiti eksport perikanan. III Pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke Thailand mengalami perubahan

peratusan yang kurang daripada 1 % IV Sumbangan keseluruhan pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke negara

Singapura menunjukkan kemerosotan peratusan sebanyak 1.5%

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV


Top Related