Transcript
Page 1: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

Sabri – KajianAssalamualaikum,Bersama in disertakan dua fail – soalan kajian dan templat excel untuk tindakan tuan/ puan/ sdr/ sdri seterusnya.

Kajian pembinaan instrumen

Tahniah kerana telah tamat menjalani peperiksaan akhir pada Hari Rabu 13 Jun 2012. Semoga anda beroleh kejayaan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Tujuan kajian ini adalah untuk membina instrumen yang boleh meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda membantu saya membina instrumen ini. Saya amat berharap anda menjawab dengan jujur. Terdapat 30 pasang pernyataan yang kontra disebarkan merata-rata di instrumen ini. Jika anda menjawab positif untuk satu item, anda sepatutnya menjawab negatif untuk pernyataan pasangannya. Jika anda jujur, tidak akan berlaku tersalah pilih. Tersalah pilih hanya akan berlaku jika anda jawab secara sambil lewa. Jika anda keletihan, berehat sebentar. Saya amat berharap anda menjawab dengan jujur.

Ganjaran kerjasama anda yang jujur adalah seperti mana telah di terangkan semasa kuliah. Untuk memperolehi ganjaran berkenaan sila email respon anda (dalam fail excel) selewat-lewatnya jam 2.00 petang Hari Khamis 14 Jun 2012 ke alamat email berikut: [email protected] ; no talipon: 012-6136084. Key in nombor persetujuan anda terhadap item-item berkenaan pada templat fail excel yang disertakan. Pastikan nombor item soalan adalah sama dengan nombor di templat excel.

Ingat kembali pengalaman anda semasa mengajar di sekolah-sekolah yang anda ajar. Baca pernyataan di bawah dan key in nombor respon anda (contoh anda key in “3” bermakna anda “tidak bersetuju” dengan pernyataan berkenaan) pada templat excel yg disertakan. Pastikan nama, no matrik dan kumpulan kuliah tercatat pada respon excel anda. Satu contoh diberikan di bawah dan di templat excel. Gantinama ‘saya” merujuk kepada diri anda sebagai guru yang pernah mengajar di sekolah.

1 – teramat tidak bersetuju2 – sangat tidak bersetuju3 – tidak bersetuju4 – bersetuju5 – sangat bersetuju

6 – teramat bersetuju

Item No 0. Saya berasa yakin guru berupaya menjadikan masa depan para pelajar lebih cerah.[jika anda sangat bersetuju, key in ‘5” pada templat.

No Huraian item pernyataan

Page 2: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

pernyataan

1 Saya mengajar idea-idea baru dengan mengaitkan idea-idea berkenaan kepada idea-idea yang serupa.

2 Semasa saya menerangkan kepada murid, penerangan saya agak terlalu laju.

3 Saya tidak cuba membantu membuat inferensi.

4 Sebelum mula mengajar, saya sediakan nota-nota yang diintegrasikan dari pelbagai punca.

5 Bagi tujuan peperiksaan, saya tidak mengharapkan murid menghafaz bahan yg diajar kerana semua nya telah diberikan dalam nota.

6 Semasa saya mengajar, saya ajar murid bagaimana boleh mengingat kembali apa yang telah pelajari pada masa depan.

7 Saya mudah bosan dengan kebanyakan bahan yang saya ajar.

8 Walaupun saya sedar (tahu) yang murid-murid saya telah menguasai sesuatu isi pelajaran itu, saya tetap akan mengajar isi pelajaran berkenaan.

9 Jarang sekali saya minta murid berhenti sekejap untuk fikirkan isipelajaran yang mereka baru pelajari.

10 Saya ingin menjadi guru yang baik.

11 Saya berasa agak sukar untuk menjawab soalan-soalan murid saya yang memerlukan penilaian kritis berkenaan sesuatu topik itu.

12 Tugas saya hanya mengajar murid-murid saya apa yang mereka perlu tahu untuk peperiksaan sahaja.

13 Bila saya mengajar konsep-konsep baru, saya selalunya tidak mengajar mereka bagaimana mengaplikasikan konsep berkenaan.

14 Saya amat fasih bila mengajar isipelajaran yang berbentuk formula, nama, tarikh dsbnya.

15 Saya tidak menyediakan latihan-latihan untuk murid saya praktis.

16 Dihujung pengajaran, saya sampaikan rumusan atau overview yang saya telah sediakan kepada murid-murid.

17 Saya amat fasih menangani soalan-soalan murid yang memerlukan dibandingkan

Page 3: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

pelbagai jenis konsep.

18 Saya amat bermotivasi untuk mengajar dengan baik.

19 Jarang sekali saya merujuk pelbagai sumber supaya murid saya boleh memahami sesuatu konsep itu.

20 Saya merupakan guru yang paling bermotivasi dikalangan semua guru-guru di sekolah dimana saya mengajar.

21 Saya menyediakan bahan pengajaran dengan cepat agar saya boleh tumpukan perhatian saya kepada tugas-tugas lain.

22 Kebanyakan murid-murid saya kerap dapat markah yang rendah di dalam peperiksaan dimana itemnya berformat melengkapkan.

23 Bila merancang sesuatu pengajaran, biasanya saya sediakan satu senarai soalan-soalan yang boleh digunakan dalam ujian yang akan datang.

24 Saya mengajar murid saya perkataan atau kosakata baru dengan membimbing mereka membayangkan situasi yang sesuai.

25 Kerja saya sentiasa sempurna.

26 Walaupun saya yakin yang saya telah mengajar dengan sebaik mungkin, namun masih ada murid-murid saya bermasalah untuk mengingatinya untuk peperiksaan.

27 Jarang sekali saya memikirkan kembali apa yang saya sudah ajar.

28 Membuat persediaan untuk mengajar adalah sesuatu saya rasa agak sukar.

29 Saya mengajar murid saya meneka walaupun mereka tidak tahu akan jawapannya.

30 Saya meletakkan keutamaan yang tinggi untuk tugasan bertulis.

31 Semasa mengajar, jika murid saya mengemukakan soalan, saya akan cuba mencari jawapannya.

32 Jarang sekali saya mengajar lebih daripada apa yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

33 Saya lebih sukar rehat daripada mengajar.

34 Saya kurang cenderung untuk merancang kurikulum bagi sesi persekolahan yang akan datang.

35 Saya mengajar semua topik dalam persekitaran.

Page 4: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

36 Saya belum pernah lagi lupa sebarang temujanji.

37 Jarang sekali saya berikan murid-murid saya kerangka penyampaian sebelum saya menyampaikan isi bahan pengajaran yang baru.

38 Saya mengajar murid-murid saya supaya mereka boleh membaca dengan kritis.

39 Soalan-soalan ujian yang saya sediakan memerlukan murid-murid menilai secara kritis bahan-bahan yang mereka pelajari.

40 Saya menghadapi masalah mengajar definisi istilah dan konsep.

41 Jarang sekali saya mengajar konsep-konsep baru dengan menerangkan konsep-konsep berkenaan menggunakan ayat-ayat saya sendiri.

42 Pada saya, kerja bermaksud mengajar perkara-perkara yang menyeronokkan.

43 Berbanding dengan guru-guru lain di sekolah saya, saya peruntukkan masa yang sedikit untuk membuat persediaan mengajar.

44 Saya berasa sukar untuk menguruskan maklumat-maklumat yang saya akan ajar.

45 Saya mempunyai murid-murid yang nampak sangat teruja mengenai perkara-perkara yang saya ajar.

46 Saya sangat teruja mengajar perkara-perkara baru.

47 Saya sentiasa berusaha untuk menyediakan perincian tambahan berkaitan topik-topik yang saya ajar.

48 Saya tidak berusaha untuk mengajar murid-murid saya membina prinsip-prinsip daripada fakta-fakta yang saya ajar.

49 Semasa mengajar, saya kerap menghadapi masalah untuk memilih perkataan yang sesuai untuk menyampaikan apa yang saya ajar.

50 Saya tidak berfikir sepantas yang diperlukan semasa saya mengajar.

51 Saya tidak berapa suka meluangkan masa untuk membaca terlebih dahulu isi pelajaran yang akan saya ajar.

52 Saya mengajar murid-murid saya kosakata dan idea baru dengan mengaitkan kosakata berkenaan dengan apa yang saya telah ajarkan pada mereka.

53 Saya menguji murid-murid saya dengan ujian-ujian yang memerlukan mereka mendefiniskan istilah dan konsep.

Page 5: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

54 Saya sering menghadapi masalah mengesan lokasi petikan isi pelajaran tertentu dalam buku teks.

55 Saya adalah seorang guru yang serba sempurna.

56 Bila menghadapi peperiksaan, saya sarankan kepada murid-murid saya agar “cram” kan pembelajaran mereka

57 Saya mempunyai sikap yang baik mengenai mengajar.

58 Saya ajar murid-murid saya untuk berusaha mencari jawapan kepada soalan-soalan yang mereka ingin tahu.

59 Saya mempunyai murid-murid yang menyediakan nota yang diintegrasikan maklumat daripada semua sumber.

60 Saya jarang mengajar murid-murid saya bagaimana merekabentuk prosedur-prosedur untuk menyelesaikan masalah.

61 Semasa mengajar topik-topik baru, saya terlebih dahulu merumuskan topik tersebut dengan menggunakan ayat-ayat saya sendiri

62 Saya mempunyai murid-murid yang berusaha menyelesaikan konflik antara maklumat-maklumat yang mereka perolehi daripada pelbagai sumber.

63 Saya mengalami masalah untuk menerangkan kepada murid-murid saya bagaimana mempelajari matapelajaran yang saya ajar.

64 Saya mempunyai murid yang hanya membaca rumusan sesuatu artikel itu dan bukannya keseluruhan artikel tersebut.

65 Saya mengamalkan membuat rumusan pada setiap minggu apa yang saya telah ajar.

66 Saya bersungguh-sungguh berusaha keras untuk mencapai matlamat-matlamat yang saya telah tetapkan.

67 Ujian dan peperiksaan yang saya sediakan memerlukan murid-murid mempunyai maklumat-maklumat dan fakta.

68 Saya kerap ulangkaji isipelajaran yang saya ajar.

69 Saya tidak ada masalah mengajar perbezaan-perbezaan antara konsep-konsep yang hampir serupa.

70 Saya beritahu murid-murid saya untuk menghafaz saja isipelajaran yang mereka tidak faham.

Page 6: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

71 Saya yakin berusaha bersungguh-sungguh adalah kunci kepada kejayaan dalam pengajaran.

72 Jarang sekali murid-murid saya mencari sebab bagi fakta-fakta yang mereka pelajari

73 Saya berusaha untuk meningkatkan kosakata murid-murid saya dengan meninta mereka membina senarai istilah-istilah baru yang mereka pelajari.

74 Bila mengajar konsep baru, saya jarang mengajar murid-murid saya untuk memikirkan konsep-konsep yang serupa.

75 Saya tidak berasa teruja bila saya nak memulakan pengajaran saya

76 Saya gunakan carta dan rajah yang mudah untuk membantu saya mengajar sesuatu isipelajaran.

77 Bila mengajar konsep-konsep baru, saya minta murid-murid saya menerangkan konsep berkenaan dengan menggunakan ayat-ayat mereka sendiri.

78 Berbanding dengan guru-guru lain di sekolah saya, saya antara yang mempunyai jumlah waktu mengajar paling sedikit.

79 Saya berkebolehan menyatakan makna tersirat mesej yang terkandung dalam mana-mana video, filem dan bahan yang saya tonton dan baca.

80 Saya jarang menggunakan perpustakaan

81 Saya mempunyai masalah merancang pengajaran bila saya diberikan tugasan lain.

82 Saya menilai, mengkerangkakan dan menyusun serta membanding beza maklumat-maklumat yang saya pelajari atau yang saya kaji.

83 Bila berinteraksi dengan maklumat-maklumat baru, saya akan fahami dan terangkan kepada orang lain dalam ayat saya sendiri dan istilah saya sendiri, mengaplikasikan kedalam kehidupan saya dan menggunakan imageri visual untuk mengkodkan maklumat berkenaan.

84 Saya memproses maklumat dengan terpinci walaupun saya menggunakan pelbagai strategi lain.

85 Berbandingkan dengan orang lain, saya lebih banyak belajar dan mengkaji serta menggunakan teknik-teknik yang sistematik yang dicadangkan oleh manual-manual pembelajaran.

86 Kehidupan yang saya jalani sekarang adalah ideal untuk saya.

87 Saya berada dalam keadaan yang amat baik.

Page 7: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

88 Saya berpuas hati dengan kehidupan yang saya jalani.

89 Sehingga hari ini, saya telah dapat apa yang saya hajati dari kehidupan ini.

90 Kalau diberi peluang memulakan semula kehidupan ini, saya tidak akan pilih yang lain.

91 Saya amat berpuas hati dengan pengajaran dalam bidang kurikulum.

92 Saya amat berpuas hati dengan penglibatan saya dalam bidang kokurikulum di sekolah.

93 Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan kepada sekolah dimana saya ditempatkan.

94 Kekurangan staf perkeranian yang boleh membantu guru menjalankan tugasnya membimbangkan saya.

95 Samada murid akan menghormati saya membimbangkan saya.

96 Terlalu banyak tugas sampingan dan tanggung jawab tambahan membimbangkan saya.

97 Mengajar dengan baik semasa saya diselia membimbangkan saya.

98 Membantu murid menghargai pembelajaran membimbangkan saya.

99 Kekurang masa untuk rehat dan menyediakan apa yang hendak diajar membimbangkan saya.

100 Tidak cukup pertolongan dari guru-guru khas membimbangkan saya.

101 Menguruskan masa saya dengan cekap membimbangkan saya.

102 Rakan sekerja tidak menghormati saya membimbangkan saya.

103 Tidak cukup masa untuk menyemak dan menguji apa yang murid-murid telah belajar membimbangkan saya.

104 Kurikulum yang tidak fleksibel membimbangkan saya.

105 Terlalu banyak piawai dan peraturan yang perlu saya patuhi membimbangkan saya.

106 Keupayaan saya untuk meyediakan rancangan mengajar yang sesuai membimbangkan saya.

107 Guru-guru lain yang tahu kelemahan dan kekurangan saya membimbangkan saya.

108 Nak meningkatkan perasaan sudah berjaya dikalangan murid-murid membimbangkan saya.

109 Rutin pengajaran yang terlalu ketat membimbangkan saya.

Page 8: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

110 Mendiagnosa masalah murid-murid membimbangkan saya.

111 Apa yang akan dikatakan oleh pengetua/ guru besar jika kelas saya terlalu bising membimbangkan saya.

112 Samada setiap murid telah mencapai sepenuhnya potensi mereka membimbangkan saya.

113 Mendapatkan satu penilaian yang baik berkenaan pengajaran saya membimbangkan saya.

114 Bilangan murid yang terlalu ramai dalam kelas membimbangkan saya.

115 Mengenal pasti keperluan sosial dan emosi murid-murid saya membimbangkan saya.

116 Mencabar murid–murid yang tidak bermotivasi membimbangkan saya.

117 Murid tidak lagi menghormati saya membimbangkan saya.

118 Orang ramai kurang memberi sokongan kepada sekolah membimbangkan saya.

119 Keupayaan saya untuk mengawal kelas membimbangkan saya.

120 Tidak mempunyai masa yang cukup untuk merancang membimbangkan saya.

121 Menjadikan tingkah laku murid-murid kepada yang lebih baik membimbangkan saya.

122 Faham kenapa murid-murid tertentu lambat dalam memahami sesuatu pelajaran membimbangkan saya.

123 Mengalami satu insiden yang memalukan dalam bilik darjah dimana saya yang akan dipertanggungjawabkan membimbangkan saya.

124 Tidak berupaya menangani murid-murid yang suka membuat kacau dalam kelas membimbangkan saya.

125 Guru-guru lain mungkin merasakan yang saya tidak menjalankan tugas saya dengan baik membimbangkan saya.

126 Kebolehan saya untuk mengajar murid yang sering mengganggu kelas membimbangkan saya.

127 Memahami bagaimana kesihatan dan pemakanan murid boleh memberi kesan terhadap pembelajaran murid membimbangkan saya.

128 Kelihatan kompeten (berkebolehan menjalankan tugas sebagai guru) di hadapan para ibubapa membimbangkan saya.

129 Memenuhi keperluan pelbagai jenis murid membimbangkan saya.

130 Mencari alternatif-alternatif untuk memastikan yang murid dapat memahami sesuatu isipelajaran itu membimbangkan saya.

131 Memahami bahawa perbezaan psikologi dan budaya boleh memberi kesan kepada tingkah laku murid saya membimbangkan saya.

132 Menyesuaikan diri saya kepada keperluan pelbagai jenis murid-murid membimbangkan saya.

Page 9: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

133 Jumlah gangguan dari pihak pentadbiran yang terlalu banyak membimbangkan saya.

134 Membimbing murid untuk berkembang secara intelektual dan emosi membimbangkan saya.

135 Mengajar murid-murid saya setiap hari membimbangkan saya.

136 Samada murid-murid boleh mengaplikasikan apa yang mereka pelajari membimbangkan saya.

137 Mengajar dengan berkesan bila ada guru lain bersama membimbangkan saya.

138 Memahami faktor-faktor yang memotivasikan murid-murid untuk belajar membimbangkan saya.

139 Saya lebih suka jawapan yang terpeinci berbanding jawapan yang ringkas.

140 Saya kurang suka bila pembentang hanya bentangkan idea utama saja tanpa perinciannya.

141 Saya suka mendengar muzik bila saya sedang belajar.

142 Saya seorang yang terator dalam kerja saya.

143 Saya lebih suka situasi yang berstruktur.

144 Kerja kita seharusnya mengikut satu pelan yang jelas.

145 Saya suka berada ditengah-tengah orang ramai.

146 Saya mempunyai ramai kawan dan kenalan.

147 Adalah mudah bagi saya untuk memparafrasa (paraphrase).

148 Bila saya baca hati, bibir saya bergerak-bergerak.

149 Saya seronok mengumpul setem, wang syiling dsbnya.

150 Bila berada dalam kumpulan besar, saya lebih banyak mendiamkan diri.

151 Saya lebih suka menyiapkan projek secara berseorangan.

152 Prosedur yang memerlukan kita ikut langkah demi langkah (satu per satu) membosankan saya.

153 Saya seronok belajar dengan melakukan eksperimen.

154 Saya percaya tarikh akhir hantar (atau ‘deadlines’) adalah suatu yang sia-sia.

155 Saya bentuk imej gambar, nombor atau perkataan dalam minda saya.

Page 10: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

156 Saya lebih selesa jika dinding bilik dimana saya belajar mempunyai poster dan gambar.

157 Biasanya kerangka yang saya sediakan mengandungi banyak perincian.

158 Muzik latar belakang membantu saya untuk berfikir.

159 Saya cepat buat keputusan.

160 Tarikh akhir hantar (deadlines) memudahkan saya menyusun atur kerja saya.

161 Bila diterangkan sesuatu kepada saya, saya lebih suka ia disampaikan secara langkah demi langkah.

162 Saya mudah ingat nama-nama orang yang saya temui.

163 Saya mudah membuat kawan baru.

164 Mudah bagi saya merumuskan maklumat.

165 Semasa belajar, saya perlukan rehat sekejap-sekejap.

166 Saya suka aktiviti fizikal yang banyak.

167 Orang melihat saya sebagai seorang yang tidak bercampur dengan orang lain.

168 Dalam kelas, saya dapat menghasilkan kerja yang lebih baik jika saya buat berseorangan.

169 Saya suka memikirkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.

170 Bila saya buat sendiri, saya lebih cepat belajar.

171 Orang kata bilik atau meja tulis saya tidak kemas.

172 Saya banyak mengambil nota.

173 Saya perlu lihat wajah orang yang bercakap untuk memahami apa yang dikatakannya.

174 Saya gunakan analisis logik untuk menyelesaikan masalah.

175 Bila diminta melaksanakan sesuatu, saya lebih suka arahan berbentuk lisan.

176 Bila saya menonton tv, tumpuan saya lebih kepada apa yang saya dengar berbanding dengan apa yang saya lihat.

177 Bila ingin kemana-mana, saya biasanya tempat pada masanya.

178 Saya lebih selesa dengan sesuatu (idea, barangan dsbnya) yang telah diuji dan

Page 11: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

dibuktikan, bukan sesuatu yang baru.

179 Saya lebih suka belajar dalam kumpulan .

180 Interaksi dengan orang-orang yang baru saya kenal seolah-olah memberikan saya tenaga baru.

181 Adalah mudah bagi saya untuk melihat gambaran keseluruhan.

182 Bila diminta melaksanakan sesuatu, saya akan terus mulakan tanpa terlalu memberi tumpuan kepada arahan.

183 Saya seronok membina apa saja.

184 Agar sukar bagi orang lain untuk mengenali saya.

185 Saya lebih mudah ingat bila saya belajar berseorangan.

186 Saya suka situasi bila ada banyak kemungkinan dan banyak pilihan.

187 Saya lebih suka belajar dengan melakukan sesuatu.

188 Sebolehnya saya hanya akan membuat keputusan disaat-saat akhir.

189 Saya akan lebih ingat sesuatu jika saya tulis.

190 Tumpuan saya boleh terganggu jika ada bunyi dilatar belakang.

191 Saya lebih sukar mencari perbezaan berbanding mencari persamaan.

192 Saya boleh kenali seseorang dengan hanya mendengar suaranya.

193 Saya lebih suka belajar dengan mendengar kuliah atau rakaman berbanding membaca.

194 Bagi setiap tugasan saya antara yang mula-mula sekali mulakan.

195 Saya tertarik pada orang-orang yang bersikap wajar (sensible people).

196 Pada saya, tidak guna kita terlalu fikirkan peristiwa-peristiwa masa akan datang.

197 Bila ada keramaian, saya suka tinggal lebih lama.

198 Bila saya sediakan kerangka, saya tuliskan poin utama sahaja.

199 Saya abaikan perincian yang tidak kelihatan relevan.

200 Saya mudah ingat jika saya dapat manipulasi (main-main) dengan objek.

Page 12: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

201 Saya lebih suka hobi atau sukan individu.

202 Adalah sukar bagi saya mengingati nama-nama orang yang saya temui.

203 Bagi sesuatu masalah, saya boleh fikirkan banyak penyelesaiannya.

204 Saya tiada masalah jika guru atau boss menukar pelan yang telah dipersetujui.

205 Saya rasa tidak selesa jika situasi (tugasan adalah terlalu berstruktur).

206 Saya tidak rasa salah jika saya mengubah fikiran.

207 Bila dikehendaki melaksanakan sesuatu, saya lebih suka arahan dalam bentuk bertulis.

208 Saya seronok sekali memecahkan idea-idea am kepada idea-idea yang lebih kecil.

209 Saya lebih mudah ingat jika saya jika saya lisankan persekitaran itu.

210 Saya mudah ingat lawak jenaka yang saya dengar.

211 Persekitaran yang bersepah dan tidak teratur menjadikan saya tidak selesa.

212 Saya sentiasa berpijak dibumi nyata.

213 Seboleh-bolehnya saya elakkan tugasan yang ada banyak pilihan.

214 Saya mengikuti perkembangan berita mengenai orang-orang lain.

215 Saya keliru bila ada terlalu banyak perincian.

216 Mudah bagi saya mensintesiskan sesuatu .

217 Saya lebih mudah berfikir jika saya mundar mandir dalam bilik.

218 Saya seorang yang pemalu.

219 Seboleh-bolehnya saya akan elakan menghadiri keramaian.

220 Saya suka memikirkan pelbagai idea.

221 Saya seorang yang boleh mendapatkan penyelesaian yang mudah bagi sesuatu masalah.

222 Senarai tugasan boleh menjadikan saya cepat letih.

223 Saya lebih suka sesuatu itu berlaku dengan sendiri, bukan dirancang-rancang.

224 Untuk bantu saya belajar, saya gunakan kod-kod warna.

Page 13: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

225 Saya fokus kepada fakta dan maklumat yang spesifik.

226 Bila bercerita atau menerangkan sesuatu, biasanya saya mengambil masa yang lama.

227 Saya lebih mudah ingat apa yang dikatakan oleh seseorang itu berbanding wajah orang yang berkata itu.

228 Untuk melaksanakan sesuatu, saya terlebih dahulu rujuk apa yang saya telah senaraikan.

229 Saya bangga saya adalah seorang yang praktikal.

230 Mencari maksud yang tersirat adalah suatu yang saya anggap tidak relevan.

231 Mudah bagi saya untuk bercakap dengan orang yang tidak saya kenali (contoh untuk bertanya panduan).

232 Saya lebih suka bila jawapan itu mudah dan tidak memerlukan banyak penerangan.

233 Saya berpuas hati jika saya tahu idea-idea utama tanpa perlu tahu perinciannya.

234 Dalam kelas, saya rasa tidak selesa jika saya duduk terlalu lama.

235 Saya bimbang bila berurusan dengan orang yang baru saya kenali.

236 Imaginasi saya (apa saya lihat dalam minda) biasanya jelas dan terang.

237 Saya anggap diri saya seorang yang ‘original’.

238 Saya melakukan sesuatu secara spontan bukan melalui perancangan.

239 Saya percaya bahawa saya sepatutnya rasa seronok semasa melakukan tugasan.

240 Bila saya baca, saya gariskan (atau saya guna highlighter) apa yang saya baca.

241 Adalah sukar bagi saya untuk merumuskan maklumat.

242 Saya lebih berfokus kepada perincian berbanding gambaran besarnya.

243 Walau pun tidak nampak wajah orang yang berkata-kata, saya faham apa yang dikatakannya.

244 Saya buat satu senarai apa yang saya perlukan.

245 Saya selalunya melaksanakan sesuatu itu seperti yang telah saya rancang.

246 Saya suka fakta dan bukan hanya spekulasi.

247 Saya suka menjadi perhatian ramai.

Page 14: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

248 Kemana saja saya pergi, saya bentuk persahabatan baru.

249 Kalau boleh saya ingin terus ke poin utama.

250 Jika tidak perlu, saya elak dari duduk dimeja.

251 Menghadiri perjumpaan dimana terdapat ramai orang adalah suatu yang tidak selesa bagi saya.

252 Saya lebih suka belajar bersendirian.

253 Saya lebih suka meneroka mengenai sesuatu itu daripada diterangkan kepada saya.

254 Saya lebih belajar jika saya libatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan.

255 Saya sentiasa berfikiran terbuka mengenai apa saja.

256 Saya lebih suka belajar dengan menggunakan TV atau video berbanding media lain.

257 Bila berbincang atau menulis mengenai sesuatu topik, saya lebih gemar memilih pandangan yang dapat diterima oleh rakan-rakan saya

258 Saya gemar berbual dengan semua orang tanpa mengira umur, jantina atau pun pekerjaan mereka

259 Saya kurang selesa berada bersama-sama orang yang tidak sependapat dengan saya mengenai nilai moral

260 Kerjaya saya yang muktamad akan ditentukan dari beberapa kemungkinan yang baik.

261 Walau apa pun yang terjadi, saya akan terus tekal dengan perancangan saya

262 Saya telah menetapkan keutamaan aktiviti supaya saya boleh mencapai matlamat utama saya

263 Kunci untuk memahami sesuatu kursus itu ialah belajar bagaimana memenuhi apa yang guru ingin kita fikirkan

264 Saya lebih suka memilih tugasan yang diterima dan disukai oleh rakan –rakan sebaya saya

265 Saya kurang bersedia untuk menyumbang dalam perbincangan kelas dimana terdapat pelajar yang lebih tua kerana saya tahu mereka lebih berkebolehan berbanding saya

266 Saya sama sekali tidak akan mencuba sesuatu yang tiada jaminan kejayaan

Page 15: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

267 Bila membuat keputusan mengenai kerjaya, ia mestilah berdasarkan kebaikan dan kekurangan yang spesifik dan bukan berdasarkan perbincangan terbuka yang akan menghasilkan pelbagai kemungkinan

268 Saya percaya kita mesti bercakap benar dalam apa jua keadaan

269 Hanya kita sahaja yang boleh memahami diri kita sendiri

270 Saya mudah menyesuaikan diri kedalam sesuatu kumpulan walaupun ada ahli kumpulan berkenaan yang nilai moral mereka tidak selari dengan nilai moral saya

271 Saya jadualkan aktiviti dalam kehidupan saya mengikut matlamat jangka panjang yang telah saya tetapkan

272 Saya sendiri yang membuat keputusan mengenai apa yang belaku dalam kehidupan saya

273 Bila murid tidak dapat mencari jawapan, guru sepatutnya berikan jawapan

274 Bila membuat kerja rumah atau menduduki ujian, saya hanya akan memilih soalan-soalan esei setelah menimbangkan pelbagai perkara

275 Saya hanya ingin seorang sahaja kawan akrab pada sesuatu masa.

276 Saya tidak berpuas hati jika markah saya dalam sesuatu kursus adalah di bawah 90 %

277 Tujuan kebanyakan orang bekerja adalah untuk mendapatkan wang

278 Setelah bergraduat, jika saya tidak dapat pekerjaan dengan usaha saya sendiri, saya akan terima apa saja pekerjaan yang ditawarkan kepada saya

279 Jika saya tidak dapat menjawat pekerjaan yang saya inginkan, saya pasti akan dapat pekerjaan lain yang juga akan memuaskan hati saya

280 Saya tidak akan melaporkan kepada pihak berkuasa walaupun saya tahu yang jiran saya melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang

281 Rakan yang sebenar adalah yang mempunyai nilai moral yang sama dengan kita

282 Untuk memilih pihak dalam sesuatu debat memerlukan penaakulan dan juga mengambil risiko

283 Saya tidak akan menjalinkan perhubungan dengan individu (yang berlainan jantina) yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya

284 Jika ada saudara mara saya yang sedang berkonflik dengan ibu bapa saya, saya masih

Page 16: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

lagi boleh meneruskan persaudaraan dengan saudara mara saya itu

285 Saya elakkan bermain permainan yang saya tahu saya akan kalah

286 Saya pasti saya tidak akan berasa seronok bekerja dalam pekerjaan yang tidak mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari di universiti

287 Saya telah pun memutuskan matlamat yang utama dalam kehidupan saya

288 Guru sepatutnya memastikan yang para pelajar memberikan jawapan yang betul kepada mana-mana soalan.

289 Saya suka projek-projek yang memberi saya peluang mempelajari pelbagai pandangan yang berbeza

290 Saya tidak akan memberi pandangan saya kecuali saya amat pasti yang kawan-kawan saya akan bersetuju

291 Pandangan saya terhadap sesuatu isu mungkin tidak berbeza dengan pandangan rakan-rakan sekelas saya

292 Saya tidak ada bermasalah untuk bersama-sama dengan orang lain yang kepercayaan mereka berbeza daripada saya

293 Saya lebih suka berada dalam kumpulan belajar yang ahlinya adalah setara kebolehan kerana ahli kumpulan yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza boleh menimbulkan konflik

294 Kebanyakan orang yang menawar bantuan kepada orang lain mengharapkan balasan

295 Menseimbangkan kehidupan akademik dan kehidupan sosial adalah satu cabaran

296 Saya akan berasa amat kecewa jika saya tidak dapat kerjaya yang terbaik untuk diri saya

297 Saya ada banyak pilihan kerjaya kerana mana-mana kerjaya pun sama baiknya

298 Seorang doktor mesti sentiasa memaklumkan kepada pesakitnya keadaan sebenar pesakitnya itu walaupun pesakit itu hanya ada dua bulan lagi untuk hidup

299 Saya tidak menilai nilai moral seseorang, kerana setiap orang boleh berpegang pada nilai moral yang berbeza-beza

300 Saya bebas mempunyai pandangan terhadap sesuatu isu HANYA JIKA para pakar tidak mempunyai kata sepakat mengenai isu berkenaan

301 Yang penting bukanlah samada kita memanefestasikan (mempamerkan) pendirian kita

Page 17: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

itu tetapi memadai kita mempunyai sesuatu pendirian

302 Jika diberi tugasan menulis satu esei, saya lebih suka diberi SATU topik dan bukan diminta memilih dari beberapa topik

303 Walau pun saya sudah pun mempunyai jawapan saya sendiri untuk soalan-soalan yang ditanya dalam kelas, namun rakan sekelas kadang-kadang boleh mempengaruhi saya untuk menukar jawapan saya

304 Saya akan terasa dikhianati bila kawan saya menukar fikirannya mengenai apa yang kami telah persetujui walaupun pertukaran fikirannya itu adalah suatu yang betul

305 Saya kerap menimbangkan potensi kesan tingkah laku saya terhadap masyarakat

306 Saya lebih suka menduduki peperiksaan yang soalannya adalah dalam bentuk aneka pilihan dan bukan peperiksaan yang soalannya berbentuk esei

307 Apa pun akan kelihatan betul jika dilihat dari perspektif tertentu

308 Saya mesti menjawat pekerjaan yang saya telah dilatih

309 Saya percaya semua peminta sedekah pada masa ini memang sepatutnya menerima nasib mereka itu kerana mereka malas

310 Saya tidak suka bila soalan ujian adalah dalam format yang berbeza daripada format yang telah diajar

311 Saya telah pun menimbangkan potensi kesan tingkah laku saya terhadap masyarakat

312 Saya tidak akan tinggal di setengah-setengah kawasan tertentu walau pun saya ditawarkan pekerjaan yang menarik untuk bekerja di kawasan itu

313 Saya percaya seorang doktor adalah sangat salah moralnya jika doktor tersebut membantu seorang yang sedang sakit tenat untuk mempercepatkan kematiannya

314 Pandangan saya mengenai isu-isu semasa selalunya lebih dipengaruhi oleh pandangan orang lain

315 Sebagai seorang pelajar, jika saya tidak dapat gred yang baik, saya memang tidak berguna langsung

316 Adalah lebih baik bagi saya jika saya gunakan nota guru/ pensyarah dari kuliah dan bukan nota yang saya dapat hasil bacaan saya sendiri untuk menjawab soalan-soalan esei dalam kerja rumah saya

317 Saya akan rasa kecewa jika ada orang yang menganggap yang saya ini tidak penting

Page 18: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

318 Kita tidak perlu patuh pada undang-undang dalam semua keadaan

319 Samada ibu bapa saya menerima kawan-kawan saya atau tidak, itu tidak penting bagi saya

320 Saya menerima kawan-kawan saya seadanya

321 Hanya ada dua saja cara saja untuk memotivasikan orang untuk mengusahakan yang terbaik – samada melalui ganjaran atau dendaan

322 Saya dengan mudah dapat mengadaptasi diri saya kedalam persekitaran baru

323 Sebelum menerima sesuatu tawaran kerja, saya perlu tahu semua perincian mengenai kerja berkenaan

324 Orang-orang yang bekerja dalam persekitaran yang sama berkemungkinan mempunyai nilai moral yang sama

325 Sebab utama kenapa sesuatu orang itu tidak mencuri harta kepunyaan orang lain adalah kerana mereka mungkin akan tertangkap

326 Pada masa ini, saya lebih menumpukan untuk memenuhi tujuan-tujuan peribadi saya dan tidak hanya memikirkan tujuan-tujuan itu

327 Tingkahlaku kita mesti ditentukan oleh penaakulan kita dan bukan oleh emosi kita

328 Saya suka guru yang sentiasa beritahu apa gaya penulisan yang mereka inginkan dari kita

329 Dalam banyak perkara, saya amat yakin bahawa walaupun ada kebenaran yang mutlak, kita tidak akan dapat mengetahuinya, maka tidak ada jawapan yang betul bagi kebanyakan soalan

330 Saya dapati bahawa setelah menyelesaikan sesuatu masalah, akan timbul pula masalah lain yang sama pentingnya

331 Dalam kelas saya, ada dua jenis pelajar iaitu pelajar yang kekal dengan tindakan mereka yang betul dan pelajar yang kekal dengan perbuatan mereka yang salah

332 Saya sama sekali tidak akan mengkritik orang yang telah berbudi pada saya

333 Dalam menghadapi sesuatu isu dalam kelas, memadai bagi kita mempunyai sesuatu pendirian, tidak perlu untuk kita menghuraikan atau memurnikan pendirian kita itu

334 Saya telah pun menyemak tujuan-tujuan kerjaya saya dan telah pun memustuskan yang mana akan disimpan dan yang mana akan dibuang

Page 19: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

335 Oleh kerana pandangan seseorang itu dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya, maka mana-mana pandangan pun adalah betul

336 Amerika Syarikat bukan hanya merupakan antara negara-negara terkaya di dunia, tetapi juga merupakan antara negara-negara yang terbaik di dunia.

337 Saya kerap membaca majalah-majalah mahu pun buku-buku yang berkait dengan kursus yang saya ambil walaupun ini tidak diminta oleh pensyarah kursus berkenaan

338 Orang ramai mestilah sentiasa patuh kepada pihak polis dalam semua situasi

339 Setelah seseorang itu memperolehi semua maklumat, dia akan dapati bahawa hanya ada satu sahaja jawapan yang betul

340 Selalu sangat, hanya setelah saya menyelesaikan sesuatu masalah, baru saya terfikir bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan dengan cara yang lain

341 Oleh kerana pelbagai pandangan adalah betul, maka mana-mana pandangan yang saya pilih untuk menulis satu kritik tidaklah penting

342 Saya tidak ambil kisah pensyarah yang menyampaikan pandangan yang berbeza tetapi tidak berbincang apa yang menjadi pendiriannya

343 Saya tidak akan bertolak ansur dengan orang yang mempunyai pendirian yang berbeza dari saya

344 Jika perlu, saya boleh mengkritik seseorang walaupun beliau tidak pernah mengkritik saya

345 Soalan-soalan esei kelihatan seperti mempunyai lebih dari satu jawapan, tetapi sebenarnya hanya satu sahaja jawapan yang betul

346 Bila berhadapan dengan sesuatu isu, pendirian yang dipilih oleh guru biasanya betul

347 Saya suka membaca kritik-kritik yang berkait dengan teori-teori baru dalam bidang kajian saya

348 Bukan suatu yang sukar bagi saya untuk bertukar idea dan pandangan kepada idea dan pandangan yang lain jika idea-idea rakan sekelas saya adalah lebih logik

349 Walau pun saya rapat berkawan dengan seseorang (si B), tetapi jika saya dapat tahu yang ia adalah juga kawan rapat kepada seseorang yang saya tidak sukai (si C), maka saya tidak akan meneruskan persahabatan dengan nya (si B)

350 Bila pergi makan direstoran, saya tidak suka duduk bersebelahan dengan orang yang tinggal di luar kawasan saya

Page 20: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

351 Saya tiada masalah jika ada orang yang tidak berminat dengan saya

352 Saya tidak ambil kisah yang ada orang meragui kebolehan saya

353 Saya boleh nampak bagaimana apa yang saya pelajari boleh digunapakai untuk masa depan saya

354 Bila berhadapan dengan satu isu yang kontroversi, adalah bijak jika kita menyebelahi guru daripada melibatkan diri dalam satu debat yang mungkin tiada kesudahan

355 Bila saya telah tetapkan sesuatu matlamat, saya tidak akan berhenti berusaha memenuhi matlamat itu walau dalam keadaan apa sekali pun

356 Saya akan memulakan sesuatu projek walaupun saya tidak pasti apa akhirnya

357 Dikalangan teman serumah saya, ada sekurang-kurang seorang yang amalannya tidak menyenangkan saya.

358 Saya tidak akan terasa tersinggung walaupun orang disekililing saya menganggap saya tidak penting

359 Kawan-kawan yang rapat seharusnya mempunyai pandangan yang sama dalam kebanyakan perkara (isu)

360 Dalam mana-mana debat, sudah semestinya pandangan sebelah pihak adalah benar dan yang pihak yang lagi satu pula mempunyai pandangan yang salah

361 Dalam mana-mana pertandingan syarahan (pidato), biasanya ada dua jenis peserta, samada mereka adalah pemidato yang baik atau pun pemidato yang kurang baik

362 Saya sama sekali tidak akan berkahwin dengan seorang yang mempunyai nilai yang berbeza dari saya

363 Oleh kerana ibu bapa yang membesarkan saya, maka saya sepatutnya patuh setiap apa yang mereka katakan

364 Bukanlah suatu yang sukar bagi saya untuk memohon kemaafan dari kawan-kawan saya jika saya telah melakukan perkara yang tidak sesuai

365 Seseorang itu sepatutnya mengekalkan pendiriannya terhadap sesuatu walau pun ia mungkin salah pada pandangan orang lain dengan syarat dia sendiri yakin bahawa pendiriannya itu adalah benar

366 Saya lebih suka tugasan yang berkait dengan SATU masalah yang spesifik (konkrit) berbanding dengan masalah yang pelbagai atau yang terlalu am

367 Bila guru memberi saya maklumbalas berkaitan hasil esei atau penulisan saya, saya

Page 21: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

saring maklumbalasnya untuk esei saya yang seterusnya

368 Seorang sahaja yang boleh kita percayai iaitu diri kita sendiri

369 Individu itu sendirilah yang patut menentukan kerjayanya

370 Perbezaan pendapat bagi sesuatu isu yang penting sebaiknya dipulangkan kepada para pakar

371 Oleh kerana hanya maklumbalas guru sahaja yang penting, maka tidak perlulah saya minta rakan sekelas membaca hasil penulisan saya.

372 Saya tidak akan sekali-kali berkahwin dengan seorang yang tidak mempunyai ijazah

373 Saya tidak ambil kisah sangat yang guru tidak suka cara saya memberi komen terhadap sesuatu isu. Apa yang lebih penting bagi saya ialah saya dapat menyampaikan pendapat peribadi saya berkaitan sesuatu topik dan bukan untuk mendapatkan gred yang baik

374 Orang-orang yang benar-benar pakar dalam sesuatu bidang biasanya bersetuju antara satu sama lain berkaitan sesuatu isu

375 Sepatutnya para pendidik (guru/ pesyarah sudah tahu apakah kaedah mengajar yang lebih baik antara kaedah kuliah dengan kaedah perbincangan kumpulan kecil

376 Semasa menulis sesuatu esei, yang paling saya suka adalah mengintegrasikan pelbagai idea.

377 Saya seronok berinteraksi dengan idea-idea yang kompleks

378 Saya tidak akan sekali-sekali keluar bersiar-siar dengan seorang yang pekerjaannya (bidang kajiannya) adalah saya tidak suka

379 Dalam kehidupan seharian saya, saya amat berhati-hati semasa menerangkan pandangan-pandangan saya supaya tidak disalahertikan oleh orang lain

380 Saya tidak percaya bahawa penting bagi kita menunjukkan penghargaan kita secara terbuka bagi bantuan orang lain terhadap kita yang telah kita menerima

381 Saya tidak kisah untuk menyatakan sesuatu fakta peribadi saya yang mungkin orang lain tidak suka.

382 Saya telah memikul banyak tanggung jawab yang besar dalam hidup saya

383 Seorang guru yang baik tidak akan membiarkan muridnya meninggalkan kelas jika ada keraguan dari segi konten isi pelajaran

Page 22: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

384 Dalam situasi tertentu, saya sanggup tidak menyiapkan kerja rumah saya tanpa rasa takut akan didenda kemudian

385 Jika saya tahu saya betul berkaitan sesuatu isu, saya sanggup berdialog dengan kawan-kawan sehingga mereka mengaku mereka salah

386 Saya tidak berasa marah bila saya menerima kritikan dari orang yang lebih muda dari saya

387 Saya lebih suka guru beritahu tahu kita apa yang penting untuk dipelajari

388 Bila saya berkahwin nanti, saya sama sekali tidak akan membenarkan pasangan (isteri atau suami) saya berkawan dengan orang-orang yang mempunyai amalan yang kurang baik

389 Tugas guru hanyalah untuk menyampaikan fakta dalam subjek yang diajarnya kepada para pelajarnya

390 Saya selalu meyakinkan kawan saya untuk membuat sesuatu mengikut cara saya kerana saya tahu saya tidak mungkin salah

391 Saya tidak ambil kisah jika kenalan saya tidak menunjukkan sebarang perasaan terhadap saya

392 Saya lebihkan usaha untuk kursus-kursus tertentu kerana saya nampak bagaimana pengetahuan yang dipelajari dari kursus-kursus berkenaan berkait dengan masa depan saya

393 Terlalu ramai orang membuat keputusan mengenai kerjaya mereka berdasarkan kepercayaan sedia ada mereka. Mereka sepatutnya mengambil kira maklumat baru yang boleh membentuk satu berfikir yang baru

Bahagian in adalah yang terakhir. Terdapat enam (soalan) dan lapan pilihan jawapan iaitu A hingga H. Pilih SATU jawapan sahaja dan key huruf pilihan pada templat excel.

Contoh bagi Soalan 394, anda pilih C. Maka key in “C” (bukan nombor tanda aras persetujuan seperti item-item 1 hingga 393]

394. Fikirkan situasi anda telah membuat perjanjian dengan seorang kawan anda. Berapa pentingkah untuk anda menepati janji dengan kawan?

Pada saya, menepati janji kawan adalah penting kerana:

A. Jika tidak, dia akan marah atau sedih dan tidak mahu berkawan dengan saya lagi.B. Dengan itu kawan saya juga akan menepati janji terhadap saya lain kali.

Page 23: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

C. Kawan patut dihormati dan dilayan sebagaimana saya mahu dilayan.D. Menepati janji menunjukkan hubungan erat saya dengan kawan itu.E. Menepati janji menunjukkan saya boleh dipercayai.F. Dia adalah kawan saya.G. Dia telah mempercayai saya dan dia tahu saya pasti menepati janji.H. Pandangan lain jika ada.

395. Bagaimana pandangan anda tentang menepati janji dengan sesiapa sahaja, walaupun orang yang anda kurang kenali?

Pada saya, menepati janji dengan sesiapa sahaja, walaupun orang itu saya kurang kenali adalah:

A. Penting kerana jika saya engkar pada janji, ini bermaksud saya berbohong.B. Penting kerana saya sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab harus menepati janji

terhadap sesiapa pun.C. Penting kerana ini akan membina kepercayaan antara individu dan ia mencerminkan

hubungan erat antara manusia.D. Penting kerana ini menunjukkan saya mengambil berat..E. Penting kerana orang itu mungkin akan menjadi kawan saya dan mustahak bagi saya

mempunyai kawan.F. Tidak penting kerana kemungkinan besar saya tidak akan berjumpa dia lagi.G. Tidak penting kerana mungkin dia seorang penipu. Jadi lebih baik saya mengelakkannyaH. Pandangan lain jika ada.

396. Bagaimana pandangan anda tentang menepati janji dengan seorang kanak-kanak ? Berapa pentingkah bagi ibu bapa menepati janji dengan anak-anak mereka?Pada saya, adalah penting untuk ibu bapa menepati janji dengan anak-anak mereka kerana:

A. Jika ibu bapa mungkir janji, anak-anak mereka juga akan berfikir bahawa tidak salah jika mereka mungkir janji kelak.

B. Kanak-kanak tidak akan mempercayai ibu bapa yang memungkiri janji.C. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka menepati janji, jadi terlebih dahulu mereka sendiri

perlu menepati janji.D. Ibu bapa patut menunaikan janji yang mereka buat.E. Jika tidak, anak-anak itu pasti akan marah dan tidak berpuas hati.F. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik bagi menunjukkan kepercayaan yang wujud

antara ibu bapa dan anak.G. Kanak-kanak akan belajar mempercayai dan menjalin hubungan baik dengan orang lain

berdasarkan prinsip bertanggung jawab.H. Pandangan lain jika ada:

397. Secara am, berapa pentingkah untuk seseorang individu itu bercakap benar?

Pada saya, bercakap benar adalah penting kerana:

Page 24: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

A. Jika saya berbohong, saya berdosa.B. Saya akan menghadapi lebih banyak masalah jika orang lain mengetahui perkara sebenar.C. Bercakap benar adalah dasar paling baik tetapi berbohong menyebabkan kekeliruan dan

kemarahan.D. Ini menunjukkan saya bertanggung jawab. Bercakap benar adalah cara yang baik apabila

berhadapan dengan sesuatu dilema.E. Jika saya berbohong, orang lain akan memanggil saya pembohong dan tidak akan

mempercayai saya lagi.F. Jika saya berbohong saya akan dihukum.G. Saya akan rasa serba salah jika saya tidak bercakap benar.H. Pandangan lain jika ada.

398. Berapa pentingkah untuk individu mematuhi undang-undang?

Pada saya, mematuhi undang-undang adalah penting kerana:

A. Jika tidak, saya boleh dimasukkan ke penjara.B. Ini dapat menjauhkan diri saya daripada berbagai masalah.C. Jika saya mematuhi undang-undang, undang-undang akan memberi perlindungan kepada

saya.D. Ini lebih selamat untuk saya dan juga untuk orang lain.E. Sesuatu masyarakat tidak boleh berfungsi dengan sempurna jika ahlinya tidak mematuhi

undang-undang walaupun undang-undang boleh diubah dari masa kesemasa mengikut keadaan.

F. Tanpa undang-undang, keadaan akan menjadi huru-hara. Setiap orang akan membuat sesuatu mengikut suka hati, tanpa mempedulikan akibatnya terhadap orang lain.

G. Saya akan rasa bangga terhadap diri sendiri. Jika tidak saya akan rasa serba salah.H. Pandangan lain jika ada.

399. Berapa pentingkah untuk hakim menjatuhkan hukuman penjara kepada orang yang melanggar undang-undang?

Pada saya, adalah penting hakim menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang melanggar undang–undang ke penjara kerana:

A. Jika tidak, mereka akan berfikir bahawa mereka bebas dan akan mengulangi kesalahan itu.B. Hukuman akan memberi pengajaran kepada mereka supaya mereka tidak akan melakukan

kesalahan itu lagi.C. Mereka telah melakukan kesalahan dan hakim tidak patut melepaskan mereka.D. Hakim sepatutnya memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan supaya orang lain

dilindungi.E. Undang-undang mesti dikuatkuasakan dan orang yang melanggar undang-undang harus

menerima hukuman.F. Undang-undang dikuatkuasakan untuk melindung dan membantu seluruh masyarakat dan

hakim boleh dipertanggungjawabkan untuk memelihara undang-undang.

Page 25: Soal Selidik Kajian Pembinaan Instrumen

G. Melalui hukuman penjara, mereka akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

H. Pandangan lain jika adaSaya mengucapkan terima kasih kerjasama anda. Pastikan templat excel (lengkap dengan nama, no matrik dan kumpulan kuliah) diemail ke alamat [email protected] SEBELUM jam 2.00 ptg Hati Khamis 14 Jun 2012 untuk memperolehi ganjaran berkenaan.


Top Related