Transcript
Page 1: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

SOAL JAWAB PENGURUSAN HARTA PUSAKA KECIL 

 

BAHAGIAN I:   

DEFINASI  

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka? 

Jawapan: Harta pusaka adalah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.  

2. Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil? 

Jawapan: Harta pusaka kecil alah harta yang terdiri daripada harta tak alih dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM 600,000 dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1958( tidak termasuk orang Islam)  

3. Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagal harta tak alih? 

Jawapan: Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.  

4. Soalan: Apakah yang dimaksudkan harta alih? 

Jawapan: Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjatapi, barang kemas dan sebagainya  

5. Soalan: Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL), lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian daripada harta pusaka? 

Jawapan: Tidak boleh kerana lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya akan luput setelah kematian pemilik asal.    

6. Soalan: Bolehkah “Surat Ikatan Amanah” (Deed of Trust) dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati? 

Page 2: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati adalah pemegang amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati. 

7. Soalan: Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti SuratAkuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ml boleh boleh dijadikan harta pusaka Si mati? 

Jawapan: Ya, kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain.  

8. Soalan: Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati? 

Jawapan: Boleh, tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan kerana itu ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris.  

9. Soalan: Bolehkah tanah “daftar pegangan” (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka? 

Jawapan: Ya, tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.  

10. Soalan: Bolehkah pembeli menuntut harta pusaka yang dibelinya melalui surat perjanjian walaupun urusan jual beli tersebut belum lagi disempurnakan sepenuhnya? 

Jawapan: Pembeli boleh membuat permohonan pembahagian pusaka berdasarkan perjanjian jual beli tersebut. Sekiranya baki harga pembelian masih ada ianya boleh dijelaskan kepada waris si mati semasa perbicaraan dijalankan.    BIDANG KUASA  

1. Soalan: Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat? 

Jawapan: Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta tidak alih itu berada.  

Page 3: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

2. Soalan: Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan di manakah permohonan perlu dibuat? 

Jawapan: Permohonan hendaklah dibuat di daerah di mana harta tidak alih yang nilaiannya paling tinggi berada.  

3. Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris? 

Jawapan: Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan tujuan mengapa permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan dipanjangkan untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya ianya melibatkan pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan pelangkauan negeri.  

4. Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang melibatkan harta alih sahaja (tiada harta tak alih) dibuat di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka? 

Jawapan: Tidak boleh, melainkan jika permohonan tersebut sebahagian daripadanya mengandungi harta tak alih (tanah) atau kepentingan yang wujud dari mana-mana tanah seperti wang imbuhan pengambilan balik tanah, Sekiranya si mati hanya meninggalkan harta alih sahaja, permohonan hendaklah dibuat di pejabat Amanah Raya Berhad.   

5. Soalan. Bagi harta si mati yang telah mempunyai penama (nominee) apakah masih perlu dibuat permohonan pembahagian pusaka? 

Jawapan: Tidak perlu, namun tertakluk kepada arahan institusi berkenaan. Penama pada kebiasaannya akan dibayar terus harta berkenaan yang dinamakan kepadanya. Sebagai contoh simpanan dalam KWSP, insuran nyawa dan sebagainya. Penama bagi orang Islam hanyalah sebagai pentadbir dan perlu difaraidkan kepada waris yang berhak  

6. Soalan: Bolehkah tuntutan pusaka harta tak alih dan harta alih dikemukakan secara berasingan dengan tujuan supaya pembahagian harta alih dapat dilakukan lebih awal? 

Jawapan: Tidak boleh, permohonan kedua-dua jenis harta tersebut hendaklah dikemukakan dalam satu permohonan sahaja.  

Page 4: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

7. Soalan: Adakah seorang Pentadbir (Administrator) yang dilantik oieh Pentadbir Tanah mempunyai kuasa menjual harta yang ditadbirkannya? 

Jawapan: Ya, Pentadbir yang dilantik boleh menjual tanah yang ditadbirnya dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pentadbir Tanah atau Mahkamah Tinggi. 

8. Soalan: Permohonan awal telah dibuat di Mahkamah Tinggi dan Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration) telah dikeluarkan. Bolehkah penyelesaian seterusnya dibuat di Pejabat Tanah atau di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil? 

Jawapan:  Pada dasarnya tidak  boleh. Walau bagaimanapun sekiranya pihak Mahkamah Tinggi memberi kebenaran ianya boleh dilakukan.  

9. Soalan: Si mati seorang Islam, telah mati meninggalkan wasiat. Bolehkah penerima wasiat membuat permohonan pembahagian pusaka di bawah bidang kuasa harta pusaka kecil sekiranya nilaian harta yang diwasiatkan kurang dan RM 600,000.00? 

Jawapan: Boleh, kerana wasiat bagi orang-orang Islam tidak tertakluk kepada Akta Wasiat 1958. Walau bagaimanapun penerima wasiat hendaklah terlebih dahulu mengesahkan wasiat tersebut di Mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah Syariah akan diterima pakai dalam perintah pembahagian harta pusaka kecil.     

PERMOHONAN  

1. Soalan: Siapakah yang layak memohon pusaka? 

Jawapan: Waris terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak dan lain-lain waris yang boleh mewarisi harta si mati, pemiutang, pemegang gadaian, penerima wasiat, baitulmal, penghulu, pegawai penempatan, pemegang amanah (trustee) penerima amanah, pemegang surat kuasa wakil (Power of Attorney), Amanah Raya Berhad dan pembeli.  

2. Soalan: Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka dibuat? 

Jawapan: Pemohon dikehendak mengisi borang permohonan (borang A) dan menyertakan sekali dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian, sijil carian rasmi, hakmilik tanah, perjanjian jualbeli tanah atau rumah, surat pengesahan harta alih yang dituntut, salinan kad pengenalan waris atau sijil kelahiran waris yang belum dewasa, sijil perkahwinan, penyata hutang dan

Page 5: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

lain-lain dokumen yang berkaitan dengan harta si mati.  

3. Soalan: Sekiranya sijil kematian hilang dimanakah boleh diperolehi salinan sijil tersebut? 

Jawapan: lanya boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.( Perlu nyatakan nama simati, nombor kad pengenalan, tarikh serta tempat kematian)  

4. Soalan: Hakmilik (geran) tanah telah hilang dalam simpanan. Bolehkah permohonan pembahagian pusaka dibuat? 

Jawapan: Boleh, pemohon hendaklah mendapatkan carian rasmi dari Pejabat Tanah di daerah berkenaan untuk mengesahkan pemilikan tanah bekenaan.( Perlu nyatakan nombor hakmilik, nombor lot –boleh didapati pada resit cukai tanah)  

5.Soalan: Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah ía dibuktikan dengan dokumen lain? 

Jawapan: Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Bersumpah yang disediakan mengikut kehendak Akta Akuan Bersumpah 1960 (Statutory Declarations Act 1960) atau Perintah Anggapan Kematian (Order of Presumtion of Death) dari Mahkamah Tinggi sekiranya si mati telah didapati hilang bagi tempoh yang melebihi 7 tahun.   

6. Soalan: Siapakah yang boleh menyaksikan surat akuan bersumpah? 

Jawapan: Ia boleh disaksikan oleh 2 orang saksi bebas yang kenal dengan Si mati dan menyaksikan kematian si mati tersebut.  

7.Soalan: Siapakah saksi bebas? 

Jawapan: Saksi bebas ialah orang yang tiada kaitan keluarga terdekat dengan si mati dan tidak berhak mewarisi harta peninggalannya.  

8. Soalan: Adakah pendaftaran permohonan pembahagian harta pusaka dikenakan sebarang bayaran? 

Jawapan: Setiap permohonan dikenakan bayaran pendaftaran Sebanyak RM10.00.  

9. Soalan: Bolehkah borang permohonan pembahagian pusaka dihantar melalui pos? 

Page 6: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Boleh. Pemohon hendaklah menyertakan kiriman wang pos / wang pos sebanyak RM10.00 atas nama Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah berkaitan bagi maksud pendaftaran, bersama-sama lain-lain dokumen yang diperlukan.  

10. Soalan: Berapa lamakah sesuatu permohonan dapat diselesaikan? 

Jawapan: Bagi permohonan yang tidak bermasalah tempoh penyelesaian sesuatu kes ialah dalam lingkungan 4 1/2 bulan.  

11. Soalan: Sekiranya si mati, mati tanpa meninggalkan waris, siapakah yang boleh memohon pembahagian harta peninggalannya? 

Jawapan: Bagi harta pusaka yang tidak mempunyai waris, Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri, Penghulu, Pegawai Penempatan dan Amanah Raya Berhad boleh menjadi pemohon pusaka.    

12. Soalan: Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati? 

Jawapan: Baitulmal akan menjadi waris sekiranya si mati tidak meninggalkan waris yang boleh “menghabisi” seperti anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sebapa, anak saudara lelaki seibu sebapa si mati dan sebagainya. Dalam keadaan di mana si mati tidak langsung meninggalkan waris kesemua harta Si mati akan diwarisi oleh Baitulmal. Dalam keadaan lain Baitulmal akan menerima baki setelah bahagian ahli waris lain diperuntukan.  

13. Soalan: Adakah permohonan pusaka perlu disertakan dengan Sijil Faraid? 

Jawapan: Tidak perlu. Sijil Faraid boleh disediakan kemudian Sekiranya perlu.  

14. Soalan: Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi? 

Jawapan: lanya boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui permohonan waris si mati.  

15. Soalan: Bilakah permohonan pembahagian pusaka wajar dilakukan? 

Jawapan: Secepat yang mungkin, sebaik-baiknya dalam tempoh 3 bulan dan tarikh kematian. Permohonan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kematian kepada waris yang mungkin meramaikan lagi waris pengganti, sehingga akhirnya proses penyelesaian menjadi rumit dan sukar untuk diselesaikan.  

Page 7: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

16. Soalan: Adakah denda dikenakan sekiranya permohonan pembahagian pusaka lewat dibuat? 

Jawapan: Tiada sebarang denda dikenakan.  

17. Soalan: Bolehkah pemohon mendapatkan khidmat peguam atau Amanah Raya Berhad dalam menguruskan permohonan? 

Jawapan: Waris boleh mendapat khidmat guaman atau Amanah Raya Berhad tetapi tidak digalakkan kerana ianya melibatkan yuran guaman yang tinggi.     

PERBICARAAN  

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan? 

Jawapan: Perbicaraan ialah satu siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah untuk menentukan kedudukan waris bagi sesuatu permohonan. Selain daripada itu ia juga untuk memutuskan segala tuntutan yang timbul dan seterusnya mengeuarkan perintah pembahagian.  

2. Soalan. Di manakah tempat perbicaraan dijalankan? 

Jawapan: Perbicaraan pembahagian pusaka dijalankan di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah di mana permohonan didaftarkan. Ia juga boleh diadakan di mana-mana tempat sepert di balai raya, dewan orang rarnai, pejabat penghulu dan Iain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh Pentadbir Tanah.  

3. Soalan: Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan pembahagian pusaka? 

Jawapan: Pemohon dan setiap seorang daripada ahli waris akan diserahkan notis perbicaraan (borang D) secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya serahan tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis perbicaraan boleh dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan penerimaan. Notis perbicaraan juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam seperti masjid, surau, balairaya dan sebagainya dengan tujuan untuk mernaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada bantahan atau tuntutan.  

4.Soalan: Sekiranya terdapat waris yang gagal diserahkan notis perbicaraan kepadanya, apakah perbicaraan yang dijalankan menjadi tidak sah? 

Page 8: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Walaupun waris tidak menerima notis untuk hadir ke dalam perbicaraan, ianya tidak boleh menjadikan sesuatu perbicaraan itu tidak sah, melainkan jika pada pandangan Mahkamah Tinggi telah berlaku ketidak adilan (injustice) terhadap pihak berkenaan.    

5. Soalan. Siapakah yang perlu hadir pada hari perbicaraan? 

Jawapan: Semua waris dewasa (berumur 18 tahun dan ke atas), orang berkepentingan dan saksi-saksi, termasuk penghulu sekiranya kehadiran mereka dikehendaki.  

6. Soalan: Perlukah waris kanak-kanak (belum dewasa) hadir perbicaraan? 

Jawapan: Waris kanak-kanak (bawah 18 tahun) tidak perlu hadir kerana penjaga

(guardian) telah dilantik mewakili diri mereka.  

7. Soalan: Bolehkah pihak awam turut menghadiri perbicaraan? 

Jawapan: Perbicaraan bersifat terbuka dan boleh dihadiri oleh orang awam.  

8. Soalan: Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan? 

Jawapan: Boleh, dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pentadbir Tanah terlebih dahulu.( Seksyen 31 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955  

9. Soalan: Sekiranya seseorang waris tidak dapat menghadiri perbicaraan apakah tindakan yang seharusnya dilakukan? 

Jawapan: Waris dewasa yang tidak dapat menghadiri perbicaraan dikehendaki mengemukakan borang persetujuan pembahagian yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir Tanah. Borang tersebut akan menyatakan apakah bentuk pembahagian yang dikehendaki oleh waris berkenaan.  

10. Soalan: Apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri perbicaraan? 

Jawapan: Dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kematian, hakmilik tanah, sijil saham, buku wang simpanan dan lain-lain

Page 9: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

dokumen berkaitan harta si mati.  

11. Soalan: Apakah tujuan perbicaraan? 

Jawapan: Perbicaraan adalah untuk menentukan pewarisan, pembahagian dan memutuskan tuntutan daripada pihak yang berkepentingan.  

12. Soalan:  Siapakah yang boleh mewarisi harta si mati? 

Jawapan: Sekiranya si mati seorang Islam, waris-waris ialah sebagaimana ditetapkan dalam faraid seperi bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya.

Bagi si mati bukan seorang Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act 1958) iaitu seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat / keturunan (issues) yang ke bawah.  

13. Soalan: Jika si mati ialah warga negara dan mati meninggalkan waris bukan warga negara bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si mati? 

Jawapan: Waris yang bukan warga negara tidak terhalang dari mewarisi harta si mati. Walau bagaimanapun tertakluk kepada Peraturan Tanah Negeri yang sedang berkuatkuasa, pendaftaran untuk mendaftarkan nama waris warga asing hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.

Sekiranya permohonan diluluskan, bayaran pendaftaran mungkin dikenakan.(Hanya negeri yang tertentu)   

PERINTAH PEMBAHAGIAN  

1. Soalan: Bilakah perintah pembahagian dikeluarkan? 

Jawapan : Perintah pembahagian dikeuarkan selepas sahaja selesai perbicaraan, namun perintah bertulis (borang E) hanya akan dikeluarkan 14 hari kemudian. Tempoh 14 hari ini merupakan tempoh rayuan di mana di sepanjang tempoh tersebut mana-mana pihak yang tidak berpuas hati bolehlah membuat rayuan.  

2. Soalan: Apakah bentuk perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan? 

Page 10: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan fakta, keterangan dan persetujuan ahli waris semasa perbicaraan. Ianya mungkin merupakan penurunan milik langsung kepada waris, pelantikan pentadbir ataupun perintah jualan.  

3. Soalan: Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan bolehkah perintah pembahagian dikeluarkan? 

Jawapan: Boleh, sekiranya pembahagian di buat mengikut hukum faraid atau Akta Pembahagian 1958. Bagi perintah lain selain daripada itu adalah terhad kepada pengeluaran Surat Kuasa Tadbir sahaja.  

4.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan penjaga (guardian)? 

Jawapan: Penjaga ialah orang yang dilantik bagi pihak waris yang belum dewasa atau hilang upaya untuk bertindak bagi pihak waris tersebut, dalam sesuatu perbicaraan yang dijalankan.  

5. Soalan: Apakah tanggungjawab penjaga? 

Jawapan: Penjaga bertanggungjawab ke atas semua kepentingan waris yang belum dewasa atau hilang upaya dan di beri kuasa di bawah undang-undang untuk menentukan pembahagian kepada orang yang dijagai.  

6. Soalan: Siapakah yang boleh menjadi penjaga? 

Jawapan: Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah. Walau bagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa, saudara mara, datuk nenek adalah mereka-mereka yang biasa dilantik. 

7. Soalan: Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Tadbir? 

Jawapan: Pemegang Surat Kuasa Tadbir atau biasa juga disebut “pentadbir” (administrator) ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perbicaraan pembahagian pusaka. Tugas mereka ialah untuk mentadbir harta si mati dengan menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran bagi pihak waris, sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya dikeluarkan. Jumlah pentadbir adalah di antara 1 hingga 4 orang.  

8.Soalan: Sekiranya “pentadbir” tidak amanah dalam menjalankan tugasnya, bolehkah pelantikannya dibatalkan dan dilantik yang lain? 

Jawapan: “Pentadbir” yang dilantik boleh dibatalkan pelantikannya oleh Pentadbir Tanah atas permohonan mana-mana waris dengan menggunakan borang Permohonan Yang Kemudian (Borang P). Pentadbir Tanah berkaitan

Page 11: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

juga boleh melantik “pentadbir” baru sekiranya difikirkan sesuai.  

9. Soalan: Apakah penama (nominee) yang beragama Islam berhak sepenuhnya kepada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Insuran Si mati? 

Jawapan: Sebagai penama, mereka berhak mengeluarkan wang-wang tersebut. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penama adalah wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang yang dinamakan kepadanya, kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.  

10. Soalan: Mengapakah tanah-tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibahagikan terus kepada waris-waris? 

Jawapan:  Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tertakluk kepada Seksyen 16 Akta tersebut yang  hanya membenarkan turunmilik dilakukan kepada 2 (dua) orang waris sahaja.  

11. Soalan: Bagaimanakah cara menebus (pembelian balik) bahagian yang diperolehi oleh Baltulmal? 

Jawapan: Setelah dipersetujui nilai tebusan oleh pihak Baitulmal, pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau ansuran. 

12. Soalan: Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan? 

Jawapan: Boleh, sekiranya dipersetujui oleh penjaga dengan syarat pada pandangan Pentadbir Tanah, penyerahan tersebut tidak mendatangkan ketidakadilan kepada waris berkenaan.  

13. Soalan: Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir? 

Jawapan: Boleh, melalui pertintah pembahagian yang diberi oleh Pentadbir Tanah atau Mahkamah  

14. Soalan: Adakah apa-apa bayaran perintah dikenakan bagi mendapatkan perintah pembahagian pusaka? 

Jawapan: Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM10.00 dan jika salinan pendua dikehendaki bayaran tambahan sebanyak RM 2.00 dikenakan bagi setiap salinan.  

Page 12: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

15. Soalan: Adakah bayaran lain dikenakan? 

Jawapan: Bayaran lain yang mungkin dikenakan ialah duti harta pusaka sekiranya kematian berlaku sebelum 1 November 1991. Jumlahnya tertakluk kepada Enakmen Duti Harta Pusaka 1941. Kematian selepas tarikh tersebut adalah dikecualikan daripada duti harta pusaka.  

16. Soalan: Bagaimanakah duti harta pusaka ditentukan? 

Jawapan: Duti harta pusaka dikira berasaskan nilai aset si mati pada tarikh kematiannya, setelah ditolak belanja pengkebumian. Kadarnya adalah berbeza-beza dan tahun kesetahun diantara 1% hingga 4%.

 17.Soalan: Bagaimanakah harta pusaka orang yang bukan beragama Islam dibahagikan? 

Jawapan: Pembahagian harta pusaka bagi orang bukan Islam ialah berdasarkan kepada Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) Walau bagaimanapun pembahagian secara muafakat dibenarkan sekiranya mendapat persetujuan semua waris.  

18. Soalan: Jika waris bermastautin di luar Malaysia siapakah yang boleh menyaksikan Borang Persetujuan Pembahagian? 

Jawapan: Penyaksian boleh dilakukan oleh Notari Awam (Public Notary) atau Perwakilan Malaysia di negara berkenaan.  

19.Soalan: Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan pembahagian pusaka sekiranya terdapat waris si mati yang hilang dan tidak dapat dikesan? 

Jawapan: Kehilangan waris berkenaan boleh diiklankan di akhbar-akhbar. Selepas ternpoh tertentu perbicaraan boleh diteruskan dan pembahagian akan dibuat berdasarkan hukum faraid bagi yang beragama Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama Islam. Seterusnya “pentadbir” akan dilantik bagi mentadbirkan bahagian waris tersebut. Sekiranya perintah penjualan dikeluarkan, hasil jualan bahagian waris yang hilang tersebut akan disimpan di Amanah Raya Berhad.         

Page 13: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

RAYUAN PERINTAH  

1.Soalan: Siapakah yang boleh membuat rayuan? 

Jawapan: Rayuan boleh dibuat oleh ahli waris atau mana-mana pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembahagian yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955.  

2. Soalan: Dimanakah rayuan boleh dibuat? 

Jawapan: Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di mana permohonan pembahagian harta pusaka dirnasukkan dan mestilah dibuat melalui Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan permohonan harta pusaka tersebut.  

3. Soalan: Bilakah rayuan boleh dibuat? 

Jawapan: Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dan tarikh perintah pembahagian dikeluarkan.  

4. Soalan: Bagi permohonan pembahagian pusaka yang telah lama selesai apakah rayuan masih boleh dilakukan? 

Jawapan: Rayuan masih boleh dibuat, namun perintah perlanjutan tempoh rayuan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi.   

5. Soalan: Sekiranya perayu masih tidak berpuashati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi apakah beliau masih boleh membuat rayuan lanjutan di Mahkamah Persekutuan? 

Jawapan: Perintah Mahkamah Tinggi adalah menjadi muktamad di bawah Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955 dan tidak boleh lagi di rayu di mana-mana mahkamah lain.  

6.Soalan: Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan? 

Jawapan: Pemohon perlu menggunakan khidmat guaman bagi membantu mereka menguruskan rayuan. 

7.Soalan: Adakah rayuan dikenakan apa-apa bayaran? 

Page 14: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Ya. beberapa bayaran dikenakan seperti:-

Yuran rayuan - RM50.00

Deposil           - RM1500.00

Yuran guaman – ditentukan oleh peguam     

PERMOHONAN KEMUDIAN  

1.Soalan: Mengapakah permohonan kemudian perlu dilakukan? 

Jawapan: Permohonan kemudian perlu dilakukan apabila waris atau mana-mana pihak

berkepentingan dalam sesuatu permohonan pembahagian pusaka yang telah selesai, mendapati: 

a. Masih terdapat harta si mati yang ketinggalan dimasukkan dalam permohonan awal.

 b.   Perlu membatalkan perintah pelantikan Pentadbir (administrator)

yang dilantik dalam permohonan awal.

 c. Perlu membatal pelantikan pemegang amanah

 

d. Perlu meantik pentadbir dan pemegang amanah yang baru menggantikan yang sedia ada atas sebab-sebab tertentu.  

2. Soalan: Bagaimanakah perrnohonan kemudian dilakukan? 

Jawapan: Ianya dilakukan dengan mengisi borang P yang boleh didapati dimana-mana Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah dan menyerahkannya semula di Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah berkenaan.   

3. Soalan: Adakah permohonan kemudian dikenakan apa-apa bayaran? 

Page 15: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Ya, permohonan kemudian dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00 dan bayaran perintah sebanyak RM 1000 yang perlu dijelaskan selepas perbicaraan selesai.  

4. Soalan: Bolehkah perintah pembahagian permohonan kemudian dirayu sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati? 

Jawapan: Boleh, rayuan hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi melaui Unit Pembahagian Pusaka berkaitan 

5. Soalan: Berapa lamakah tempoh penyelesaian sesuatu permohonan kernudian? 

Jawapan: Tempoh penyelesaiannya adalah bergantung kepada keadaan dan tujuan sesuatu permohonan berkenaan. Namun pada kebiasaannya tempoh penyelesaian ialah di antara 2 hingga 4 1/2 bulan.  

6. Soalan: Sekiranya selepas perrnohonan kernudian selesai, masih terdapat harta yang ketinggalan, bolehkah permohonan kemudian dibuat semula? 

Jawapan: Boleh, ianya boleh dibuat berulangkali sekiranya perlu.   WASIAT  

1.Soalan: Apakah wasiat? 

Jawapan: Wasiat ialah pemberian harta daripada seseorang yang masih hidup kepada mana-mana orang atau badan, dan ianya dilaksanakan hanya setelah orang tersebut meninggal dunia. Bagi orang bukan Islam wasiat tertakluk kepada Akta Wasiat 1958 manakala bagi orang Islam ianya hendaklah selaras dengan beberapa penentuan syarak.  

2. Soalan: Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak? 

Jawapan: Tidak boleh, wasiat bagi seorang Islam tidak sah sekiranya penerima wasiat tersebut adalah ahli waris yang berhak menerima pusaka secara faraid. Sebagai contoh, anak, isteri/ suami, ibu/bapa kepada Si mati tidak boleh menerima wasiat daripada si mati tersebut.  

3. Soalan: Apakah bentuk wasiat yang dibolehkan dalam Islam? 

Jawapan: Di dalam Islam seseorang itu hanya boleh mewasiatkan harta bendanya kepada orang-orang yang bukan ahli waris yang boleh mempusakai hartanya secara faraid. Sebagai contoh si mati boleh mewasiatkan hartanya

Page 16: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

kepada anak angkat, orang-orang yang tiada hubungan waris atau badan-badan yang diluluskan oleh syarak.  

4. Soalan: Bolehkah seseorang itu mewasiatkan kesemua hartanya? 

Jawapan: Tidak boleh, kadar harta yang boleh diwasiatkan ialah tidak lebih daripada 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya. Bakinya hendaklah ditinggalkan untuk diwarisi oleh ahli waris  

5. Soalan: Bolehkah harta pusaka si mati yang berwasiat diselesaikan di bawah bidang kuasa pusaka kecil sekiranya nilai keseluruhan harta tersebut kurang dan RM600,000.00? 

Jawapan: Bagi harta pusaka si mati yang berwasiat samada diwasiatkan kesemuanya atau sebahagiannya sahaja, ianya tidak ditakrifkan sebagai harta pusaka kecil, walaupun nilaian harta berkenaan kurang dan RM600,00.00 Penyelesaian harta pusaka berwasiat adalah terletak di bawah jurisdiksi Mahkamah Tinggi.  

6. Soalan: Bagaimakah pula kedudukan wasiat seorang Islam? 

Jawapan: Sekiranya pemberi wasiat adalah seorang Islam, pengesahan wasiat tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah dan perintah Mahkamah tersebut akan digunapakai dalam menentukan pembahagian pusaka di bawah Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955.   

HARTA SEPENCARIAN 

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan harta sepencarian atau harta syarikat? 

Jawapan: Harta sepencarian atau dikenali sebagai harta syarikat ialah harta yang diperolehi atau dikumpulkan bersama oleh suami isteri disepanjang tempoh perkahwinan mereka. Kebiasaannya ia ditentukan ketika pasangan suami isteri bercerai. Bahagiannya tidak ditentukan syarak namun ianya tidak melebihi 1/2 daripada keseluruhan harta.  

2. Soalan: Bolehkah seorang isteri menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka suaminya yang telah meninggal dunia? 

Jawapan: Boleh, walau bagaimanapun tuntutan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah ( tertakluk kepada peraturan negeri) dengan mengemukakan bukti-bukti yang boleh menyokong tuntutan tersebut. Dalam hal ini sumbangan isteri dalam perolehan atau pengumpulan harta berkenaan

Page 17: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

akan diambilkira sebagai asas dalam menentukan jumlah yang layak diperuntukan.Perintah dan Mahkamah Syariah akan digunapakai dalam pembahagian harta pusaka si mati.  

3. Soalan: Bolehkah seorang suami menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka isterinya yang telah meninggal dunia? 

Jawapan: Boleh, asas hukumnya adalah sama sebagaimana tuntutan yang dibuat oleh seorang isteri.  

4. Soalan: Bagaimana hak pewarisan seorang isteri/ suami yang telah diperuntukan harta sepencarian kepadanya? 

Jawapan: Walaupun telah diperuntukan bahagian harta sepencarian atau harta syarikat, namun isteri/suami masih boleh mewarisi baki harta si mati secara faraid bersama-sama waris-waris lain.  

5. Soalan: Apakah konsep harta sepencarian turut digunapakal dalam pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam? 

Jawapan: Tidak. harta sepencarian tidak berlaku dalam pembahagian pusaka si mati yang bukan beragama Islam. Bagaimanapun “matrimonial asset” adalah harta yang dibahagikan di antara suami dan isteri ketika perkahwinan dibubarkan, namun ianya tidak wujud selepas kematian suami atau isteri.   

HARTA PUSAKA BERKAITAN JUAL BELI  

1. Soalan: Siapakah yang dianggap sebagai pembeli di bawah Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955? 

Jawapan: Seksyen 2 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 menjelaskan pembeli sebagai seorang yang pada tarikh permohonan atau pembahagian pusaka dibuat samada oleh dirinya sendiri atau orang lain, menduduki (in Occupation) mana-mana tanah atau kepentingan yang didaftarkan atas nama si mati, melalui perjanjian jualbeli di antara dirinya denqan si mati.  

2. Soalan: A telah membeli tanah milik B semasa B masih hidup. Disebabkan hakmilik tanah berkenaan pada ketika itu telah hilang, A dan B telah membuat perjanjian jualbeli mengikut Akta Kontrak 1950. B kemudiannya telah meninggal dunia tanpa sempat memindahmilik tanah berkenaan kepada A. Sebagai pembeli (purchaser) layakkah A membuat permohonan pembahagian pusaka si mati B? 

Page 18: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Jawapan: Sebagai pembeli (purchaser), A dibenarkan di bawah Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 untuk memohon pembahagian harta pusaka. Sekiranya perbicaraan harta pusaka yang dijalankan memutuskan bahawa “kontrak” jualbeli di antara A dan B adalah sah, tanah yang dibeli boleh diturunmilik terus (direct transmission) kepada A.  

3. Soalan: Sekiranya A turut meninggal dunia kemudiannya dan jualbeli masih belum sempat disempurnakan, apakah C, iaitu anak kepada A boleh memohon pembahagian pusaka? 

Jawapan: C tidak layak memohon pembahagian pusaka harta B kerana tidak mempunyai “ locus standi’. C dikehendaki terlebih dahulu memohon pembahagian pusaka si mati A (kepentingan C di atas tanah yang dibeli berdasarkan perjanjian jual beli di antara A dan B). Setelah surat kuasa tadbir harta pusaka A diperolehi. barulah C layak membuat permohonan.  

4.Soalan: Sekiranya perjanjian jual beli di antara A dan B berlaku secara lisan (verbal agreement), ataupun telah hilang dan simpanan, bolehkan A memohon pembahagian pusaka selepas kematian B? 

Jawapan: Boleh, tetapi A mestilah mempunyai lain-lain bukti (evidence) yang boleh menyokong tuntutannya kerana ketiadaan perjanjian bertulis (documentary evidence). 

5. Soalan: Sekiranya dokumen perjanjian jualbeli di antara A dan B tidak disetemkan (stamping), apakah perjanjian tersebut boleh digunakan oleh A untuk membuat permohonan pembahagian pusaka B? 

Jawapan: Dokumen perjanjian yang tidak disetemkan tidak boleh dianggap sebagai dokumen yang sah (valid). Kerana itu A tidak boleh memohon pembahagian pusaka B. Bagaimanapun setem boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan pada tarikh sebenar perjanjian dibuat. Setelah disetemkan A boleh membuat permohonan. 

6. Soalan: Ahmad telah membeli seunit pangsapuri menerusi satu perjanjian jualbeli (sales and purchase agreement) dengan pemaju.Dalam tempoh menunggu pengeluaran hakmilik strata, Ahmad telah meninggal dunia. Bolehkah surat perjanjian jual beli tersebut digunakan oleh waris Ahmad untuk memohon pembahagian harta pusaka si mati? 

Jawapan: Perjanjian jualbeli di antara Ahmad (si mati) dan pemaju telah menunjukkan wujudnya kepentingan (interest) beliau di atas pangsapuri berkenaan. Kepentingan si mati boleh disifatkan sebagai harta si mati. Oleh yang demikian, waris Ahmad boleh menggunakan surat perjanjian jual beli berkenaan untuk tujuan permohonan pembahagian pusaka.  

Page 19: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

7. Soalan: Bolehkah plot-plot bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata diturumilik kepada waris? 

Jawapan: Boleh, bagaimanapun bentuk perintah pembahagian hanyalah terhad kepada pengeluaran “surat kuasa tadbir” kepada ahli waris tertentu yang kemudiannya akan membuat permohonan kemudian setelah hakmilik strata dikeluarkan. Ketika itu barulah pembahagian sebenar kepada waris-waris dapat dilaksanakan.   

LAIN-LAIN MASALAH  

1.Soalan: Apakah waris yang beragarna Islam boleh mewarisi harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam? 

Jawapan: Tidak boleh. Mazhab Syafi’e telah menetapkan orang Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka orang yang bukan beragama Islam, begitu juga di sebaliknya di mana orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam.  

2.Soalan: Si mati seorang Islam, mempunyai anak angkat yang dipelihara sejak kecil. Sijil kelahiran anak angkat tersebut mencatatkan nama si mati sebagai bapa kandung (lawful-father). Bolehkah anak angkat tersebut menerima harta pusaka si mati? 

Jawapan: Anak angkat kepada seseorang yang beragama Islam tidak boleh mewarisi harta bapa angkatnya walaupun pada sijil kelahiran menyatakan si mati sebagai bapa kandung (legal farther). Sekiranya ada pertikaian, ianya akan dirujuk ke Mahkamah Syariah yang akan mengesahkan kesahihan pengangkatan tersebut.  

3. Soalan: Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam layak menerima harta pusaka si mati berkenaan? 

Jawapan: Ya, anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh mewarisi harta si mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).  

4. Soalan: Sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan mengikut Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 apakah balu/duda layak mewarisi harta pusaka salah seorang daripada mereka sekiranya berlaku kematian? 

Jawapan: Walaupun perkahwinan mereka dianggap tidak sah di bawah Akta berkenaan, namun balu/duda masih layak mewarisi harta pusaka salah seorang

Page 20: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

daripada mereka, sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkahwinan di antara mereka berdua telah sebenarnya berlaku mengikut adat dan amalan masyarakat mereka.   

5. Soalan: Bolehkah “Surat Ikatan Amanah” (deed of trust) dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati? 

Jawapan: Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sebaliknya jika si mati adalah pemegang amanah, “surat ikatan amanah” tersebut tidak boleh dianggap sebagai harta si mati.    

FARAID  

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan “faraid”? 

Jawapan: Faraid ialah hukum pewarisan dan pembahagian harta pusaka bagi orang-orang Islam berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.  

2. Soalan: Apakah hak anak luar nikah terhadap pewarisan harta? 

Jawapan: Anak luar nikah boleh mewarisi harta ibunya tetap tidak boleh mewarisi harta bapanya  

3. Soalan: Apakah hak seorang isteri yang diceraikan? 

Jawapan: Seorang isteri yang diceraikan berhak menerima harta sepencarian hasil usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Sekiranya dalam tempoh iddah, bekas suaminya meninggal dunia, isteri yang diceraikan berhak mewarisi 1/8 daripada harta bekas suaminya tersebut.  

4. Soalan: Sekiranya si mati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum berumahtangga, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka? 

Jawapan: Waris yang berhak ialah:

Bapa si mati - 2/3 bahagian dan

Ibu si mati    - 1/3 bahagian

Page 21: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

Saudara/i si mati, walaupun ada tidak dapat mewarisi harta si mati.  

5. Soalan: Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal dunia? 

Jawapan: Waris yang berhak ialah:

Bapa - 1/6bahagian

Ibu    - 1/6 bahagian

Suami - 1/4bahagian

Anak-anak - baki harta     6.Soalan: Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan 4 isteri dan beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap isteri dan anak? 

Jawapan: Setiap isteri – 1-32 bahagian

                Anak – 31/32 bahagian  

7.Soalan: Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak perempuan? 

Jawapan: Anak lelaki akan mendapat 2 bahagian, manakala anak perempuan 1 bahagian.  

8. Soalan: Si mati belum berkahwin. Semasa mati hanya meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa sebagai waris. Bagaimanakah harta itu dibahagikan? 

Jawapan: Saudara perempuan - ½bahagian

Baitulmal- ½ bahagian  

9. Soalan: Apakah perkara-perkara yang perlu diselesaikan oleh waris sebelum harta pusaka si mati dibahagikan? 

Jawapan: Imam Nawawi dalam kitabnya ‘Minhaj-EI-Tolibin’ telah menjelaskan bahawa 3 perkara yang perlu diselesaikan oleh ahli waris ialah: 

a. Belanja pengkebumian  

Page 22: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

b. Hutang Si mati  

c. Wasiat

 

 

AKTA PEMBAHAGIAN 1958 

1.Soalan: Mengapakah Akta Pembahagian 1958 diwujudkan? 

Jawapan: Akta ini dugubal bertujuan untuk menjelaskan hak-hak pewarisan si mati yang bukan beragama Islam serta bahagian-bahagian setiap seorang daripada mereka Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat.  

2. Soalan: Bolehkah ibu/bapa mewarisi harta pusaka anak? 

Jawapan: Akta Pembahagan 1958 memperuntukan hak ibu/bapa (parents) di mana sekiranya si mati tiada waris lain, bapa akan mendapat ½ bahagian dan ibu ½ bahagian. Jika ada waris lain bapa akan mendapat 1/8 dan ibu 1/8.  

3. Soalan: Si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak-anak. Bagaimana harta dibahagikan? 

Jawapan: Bapa - 1/8bahagian

Ibu 1/8 bahagian

Isteri - 2/8 bahagian

Anak-anak - 4/8 bahagian  

4.Soalan: Sekiranya si mati hanya meninggalkan isteri/suami (spouse), ibu/bapa dan anak-anak tiada, berapakah bahagian yang boleh diwarisi oleh suami/isteri tersebut? 

Jawapan: Isteri atau suami akan mendapat kesemua bahagian harta si mati  

5.Soalan: Si mati tidak mempunyai waris, Siapakah yang berhak terhadap hartanya? 

Jawapan: Sekiranya tiada waris yang berhak. Akta memperuntukan harta si mati kembali kepada kerajaan. 

Page 23: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

  

6. Soalan: Bolehkah anak kepada waris yang telah mati terdahulu dan si mati mendapat pusaka simati? 

Jawapan: Tidak boleh kerana Akta menyatakan waris yang hidup (surviving issues) sahaja layak mendapat harta.   

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA BERKAITAN TANAH

ADAT (CUSTOMARY LAND)   

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan tanah adat (customary land)? 

Jawapan: Tanah adat merupakan tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah yang diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat, Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun temurun oleh sesuatu suku kaum secara berkelompok. Dalam sijil daftar tanah tersebut tercatit nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka.  

2. Soalan: Di daerah manakah di Negeri Sembilan dan Melaka terdapat tanah adat tersebut? 

Jawapan: Tanah adat banyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol. Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan. Alor Gajah dan Jasin di Melaka. Keluasan keseluruhan tanah adat di Negeri Sembilan ialah 34.550 ekar.  

3. Soalan: Apakah peruntukan yang di gunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah adat ini? 

Jawapan: Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan — Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, dan Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) tahun 1960.   

4. Soalan: Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka dilaksanakan? 

Jawapan: Untuk tanah adat di Negeri Sembilan permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Tanah Daerah di mana tanah tersebut terletak mengikut peruntukan Seksyen 10 EPA Bab 215 dan EPA (Tanah Lengkongan)

Page 24: Soal Jawab Pen Gurus An Harta Pusaka Kecil

1960. Permohonan harta pusaka untuk tanah adat dan bukan tanah adat perlu dilakukan secara berasingan. Untuk negeri Melaka prosedur permohonan pembahagian pusaka tanah adat sama seperti yang bukan tanah adat.    

5. Soalan: Siapakah waris yang berhak mewarisi tanah pusaka adat mengikut Enakmen Pegangan Adat Bab 215? 

Jawapan: Secara umumnya waris-waris yang berhak adalah yang dan keturunan perempuan (female issue) yang sama sukunya dengan pemilik tanah adat itu. Secara khususnya mengikut giliran adalah sebagamana berikut: 

a. Anak-anak perempuan si mati dan cucucucu perempuan daripada anak-anak perempuan tidak kira samada anak perempuan itu meninggal dunia lebih dahulu atau kemudian daripada si mati, dan keturunan setrusnya dan pihak perempuan. 

b. Ibu simati. 

c.Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada si mati dan keturunannya dan pihak perempuan (sanak saudara) 

d. Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada Si mati dan keturunannya danpihak perempuan (sanak ibu)

 

e.Wan si mati (ibu kepada ibu si mati) dan, 

e. Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada wan (ibu kepada ibu si mati) dan keturunannya dan pihak perempuan (sanak datuk).

   

6. Soalan: Apakah sistem perwarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem perwarisan mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah pemakaianya? 

Jawapan: Memang terdapat perbezaan dalam sistem pewarisan tanah adat terutama dan segi waris-waris yang berhak dan bahagian waris-waris tersebut. Walau bagaimanapun pemakaiannya hanyalah terbatas di bawah Enakmen Pegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 yang mempunyai jumlah keluasan sebanyak 13,981 hektar.


Top Related