Download - Slaid Sajak 'Ayah
Sajak: “Ayah” karya A.S.IsmaMaksud, Bentuk, Gaya
Bahasa, Corak, Nada, Aliran, Tema dan Perutusan.
‘AYAH’
Setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahunBersama hidayat dan cinta Tuhan
Akhirnya kau pun kembali ke tempat asalBagai nakhoda dengan kapal
Meninggalkan pelabuhan sementaraMenuju ke dunia kekal.
Kami pun rela melepaskan kau pergiKeluarga yang kau tinggalkan
Tanpa kesal atau marahkan kuasa TuhanKami mengetahui nasibmu telah dulu ditentukan
Aku puteramuTelah kaudidik
Mengenal kesukaran dan ketakwaanKaulembutkan hatiku dalam kedegilan.Kaukeraskan hatiku dalam kelemahan
1984 - A.S. Isma
Bentuk???
BentukSajak “Ayah” mempunyai _______ rangkap. Rangkap pertama mempunyai ______ baris yang juga dikenali sebagai _______. Rangkap kedua pula mempunyai _______ baris yang dikenali sebagai _________. Manakala rangkap ketiga mempunyai ________ baris dan lebih dikenali sebagai _________.
Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ___________. Rima akhir bagi rangkap kedua pula ialah ____________. Manakala rima akhir bagi rangkap ketiga ialah ____________.
Jumlah patah perkataan yang paling
pendek adalah _______ patah perkataan. Contohnya: “______ _________”. Manakala jumlah patah perkataan yang paling
panjang adalah ___________ patah perkataan. Misalnya: “____________________________
________________”.
Jumlah suku kata yang paling panjang adalah _______ suku kata. Misalnya: “_____________________________________
_________”. Manakala jumlah suku kata yang paling pendek adalah _________ suku kata. Contohnya: “_____________________”.
Secara keseluruhannya, sajak ini merupakan sajak ______ dan tidak terikat dengan puisi lama iaitu pantun dan syair.
Maksud Sajak??
Rangkap 1: ?Rangkap 2: ?Rangkap 3: ?
Gaya Bahasa
1) Ansonansi pengulangan vokal “A” “E” “I” “O” “U”- Contohnya; _______________________(R?,B?)
2) Aliterasi pengulangan konsonan “K”- Contohnya; ______________________________(R?,B?)
3) Simbol kata-kata yang memberi makna (erti) tertentu. Perkataan yang melambangkan sesuatu yang lain atau perkataan yang memberi makna lain disebaliknya.-Contohnya; ..........................................................(R?,B?)
4) Paradok perkataan atau frasa yang berlawanan- Contohnya; ..................................(R?,B?)
5) Simile perbandingan yang menggunakan perkataan seperti bagai, laksana, ibarat-Contohnya; .....................................(R?,B?)
6) Repitasi perulangan perkataan di mana-mana (tidak tersusun) dalam sebuah rangkap- Contohnya; ................. (R?,B?)
Jawapan bagi Gaya Bahasa :
Gaya Bahasa
1) Ansonansi vokal “A”- Contohnya; “mengenal kesukaran dan ketakwaan”
2) Aliterasi konsonan “K”- Contohnya; “kaukeraskan hatiku dalam kelemahan”
3) Simbol
Contohnya; “meninggalkan pelabuhan sementara” bermaksud meninggalkan tempat persinggahan (R1,B5)
“nakhoda dengan kapal” melambangkan seorang ketua yang telah berjaya (R1,B4)
4) Paradok
Contohnya; “kaulembutkan hatiku dalam kedegilan” (R3,B4)
“kaukeraskan hatiku dalam kelemahan” (R3,B5)
5) Simile
Contohnya; “bagai nakhoda dengan kapal” (R1,B4)
6) Repitasi
Contohnya; “hatiku” pada (R3,B4), (R3,B5)
CorakOde : anak yang mengingati dan menyanjung bapa yang telah meninggal dunia kerana telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa semasa hidupnya.
NadaSemangat dan penuh harapan
AliranRealisme dan didaktisme
Tema
Cintakan ayah : anak yang masih ingat dan menghargai akan pengorbanan ayahnya di mana kini ayahnya telahpun meninggal dunia. Ayahnya telah melaksanakan tanggungjawabnya sehingga berjaya mendidik anaknya.
Perutusan1. Setiap yang bernyawa pasti akan
menghadapi saat kematian, oleh itu hendaklah redha dan rela melepaskan orang yang kita sayangi untuk pergi menemui Illahi.
2. Setiap anak hendaklah sentiasa mengingati jasa ayah sampai bila-bila walaupun dia tidak ada lagi di dunia ini
3. Pemergian ayah hendaklah diiringi dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran dan bukan dengan ratapan serta tangisan.
4. Seorang ayah hendaklah memberikan didikan yang baik kepada anak-anaknya supaya nanti mereka akan menjadi orang yang berguna di dunia mahupun di akhirat.
Selesai.