Download - SKOP PENGURUSAN PJ & SUKAN
SKOP PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN SUKAN
NAMA KUMPULAN:NURIZYAN NAJWA
NAIEMAHNIK ZUNIELA HANIS
SITI KHADIJAHSITIE SARAH
PENGURUSANPENDIDIKAN JASMANI
Penolong kanan (akademik)
Ketua panitiaPJ
Guru PJ
ORGANISASI PANITIA PJ DI SEKOLAH
• Bidang tugas guru penolong kanan (akademik)
– Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.
– Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran (PJ).
– Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
• Bidang tugas Ketua Panitia PJ- Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
pengurusan.- Menyediakan rancangan tahunan atau mingguan
PJ.- Mengagihkan sukatan pelajaran kepada ahli.- Merancang aktiviti peningkatan prestasi P&P.- Memantau pengajaran PJ.- Memeriksa buku latihan pelajar.- Merancang pembelian alat bantu mengajar PJ.- Menyedia anggaran belanjawan panitia.- Merancang latihan dalaman.
• Bidang tugas guru-guru PJ
- Merancang pelajaran- Menyediakan rekod pengajaran dan
pembelajaran- Mengajar pelajaran berasaskan rancangan
tahunan- Menilai murid meningkatkan pelajaran PJ dari
semasa ke semasa
PENGENALAN PERANCANGAN BELANJAWAN
• Anggaran perbelanjaan adalah pelan kewangan yang menjadi kawalan operasi akan datang dan ia merupakan pelan sistematik untuk penggunaan sumber manusia, bahan mentah atau sumber- sumber lain. (Kohler, 1956:STEDRY,1960).
• Penyediaan belanjawan meliputi :- Menyediakan permintaan anggaran belanjawan
unit- Menilai dan menyusun atur mengikut kepentingan- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
• Menyediakan permintaan anggaran belanjawan unit
- Setiap unit mesti mengkaji matlamat dan objektifnya dan memutuskan bagaimana sub-unit boleh memenuhi objektif yang ditetapkan termasuk kos setiap peserta, bilangan peserta terlibat, kutipan masuk dan keputusan pertandingan.
PERANCANGAN BELANJAWAN
• Pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.
• Perancangan belanjawan tahunan disediakan oleh ketua panitia.
• Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.
• Peruntukan kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar.
BILANGAN MURID PERUNTUKAN
Kurang daripada 100 orang RM300
101 - 250 orang RM300 (minimum)RM2.80 / seorang (selepas 100 orang)
251 – 500 orang RM720 (minimum)RM2.60 / seorang (selepas 250 orang)
501 – 750 orang RM1370 (minimum)RM 2.40/ seorang (selepas 500 orang)
751 – 1000 orang RM 1970 (minimum)RM 1.80 / seorang (selepas 750 orang)
1001 orang atau lebih RM 2420 (minimum)RM 1 / seorang (selepas 1000 orang)
PERUNTUKKAN KEWANGAN PENDIDIKAN JASMANI
STOR
• Struktur Stor
1. Dinding dan lantai2. Pintu3. Tingkap dan siling4. Saiz5. Barang tambahan kepada stor
• Panduan, Pinjam, Guna, Susun & Jaga Alat
1. Setiap pinjaman dicatatkan dalam buku2. Guru memastikan murid mengguna alat
dengan betul3. Pemulangan alat mesti pada asalnya4. Tandatangan buku catatan selepas
memulangkan alatan
• Pengelolaan Stor Sukan
- Seorang guru sebagai penjaga stor- Menyediakan buku catatan- Membuat peraturan stor Pendidikan Jasmani- Menyediakan buku stok- Pemeriksaan stok
PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
• Mempertingkat dan mengekalkan kecerdasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.
• Melahirkan masyarakat yang menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian dan dilaksanakan secara berterusan.
• Pelajar dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
• Masyarakat dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai aktiviti.
• Nilai murni, sahsiah, dan disiplin diri dapat dibentuk dalam diri masyarakat.
PENGURUSAN SUKAN
DEFINISI PENGURUSAN SUKAN
• Satu proses mencari cara menentukan tanggungjawab dan mengendalikan sumber fizikal dan manusia dengan merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perjalanan sukan utk mencapai objektif organisasi.
ORGANISASI PANITIA SUKAN DI SEKOLAH
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha sukan
Guru permainan
• Bidang tugas Penolong Kanan Kokurikulum
- Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
- Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
- Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
- Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
• Bidang tugas setiausaha sukan
- Mencatat minit mesyuarat.
- Mengurus perkara berkaitan mesyuarat:* menyediakan agenda mesyuarat selepas
berbincang dengan pengerusi* menyediakan surat panggilan mesyuarat* menyediakan minit mesyuarat lepas* membuat tempahan bilik mesyuarat* membuat pesanan minuman dan makanan
untuk mesyuarat
- Menyediakan laporan tahunan panitia PJ- Menjaga dan membina kemudahan /
kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan
- Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
- Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
• Bidang tugas Guru Permainan
- Membentuk Jawatankuasa- Menguruskan pengangkutan untuk pasukan
sekolah ke pertandingan luar sekolah.- Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga
untuk pertandingan luar sekolah.- Menentukan peralatan dan kemudahan
permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
- Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.
- Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.
- Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
- Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai
PRINSIP PENGURUSAN SUKAN
• Merancang– menentukan matlamat, mengatur dan merancang
program serta menentukan garis kasar akan gerak kerja.
• Mengorganisasi– memastikan semua bahagian dan unit dpt
melaksanakan program yang dirancang.
• Memimpin– menunjuk cara, membimbing dan memberi
motivasi kepada pekerja dlm organisasi.• Mengawal– pengawalan adalah berterusan dan semakin
penting di tahap akhir sesuatu program.– menyelia perjalanan kerja dan menilai hasil yang
sebenarberbanding apa yang dirancang.
CIRI-CIRI PENGURUSAN SUKAN• Bekerja bersama orang lain– individu berkumpul bersama-sama untuk
melakukan sesuatu.– Mengurus bertanggungjawab memastikan tugas
dilakukan bersama dan melalui org lain secara berkesan.
• Objektif organisasi– Sasaran diletakkan untuk memenuhi wawasan.– Kerjasama diperlukan untuk mencapai objektif
organisasi.
• Keberkesanan dan kecekapan– Keberkesanan pengurusan adalah kejayaan mencapai
objektif organisasi.– Kecekapan pengurusan adalah keupayaan pengurus
berjimat dengan meminimumkan penggunaan sumber.– Perbelanjaan yang minimum akan dapat mencapai objektif
organisasi.
• Sumber yang terhad– Sumber seperti kemudahan peralatan dan lain-lain adalah
terhad.– Pengurus seharusnya produktif menggunakan sumber yang
terhad tersebut agar daya pengeluaran dapat ditingkatkan.
• Persekitaran yang berubah-ubah– Persekitaran fizikal– Persekitaran sosial dan budaya– Persekitaran maklumat– Persekitaran politik
RUJUKAN
Wee Eng Hoe. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Edisi Kedua. Selangor: Maxima Colour Separation Sdn. Bhd.
http://www.smkrawang.com/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=74
SEKIAN,TERIMA KASIH