Download - Sistempenyejukan
Pengenalan
Setiap sistem dalam kenderaan perlulah di periksa dan diservis mengikut waktu.
Memeriksa dan menservis sistem pada kenderaan dapat mengelakan kenderaan rosak
pada waktu yang tidak dijangka.
Pemeriksaan secara berjadual juga dapat menggurangkan kos servis dan
memanjangkan hayat kenderaan.
2. Langkah-langkah untuk menservis
Periksa penutup radiator. Selepas itu, buka penutup radiator bagi mempercepatkan
aliran air keluar dari bawah salur radiator.
Penutup radiator dibuka
Untuk membuang air dalam radiator, buka dahulu skru aliran air. Gunakan spanar
bersaiz 13 untuk melonggarkan skru tersebut.
Kemudian, buka skru menggunakan tangan. Pastikan bekas tadahan air diletakkan
terlebih dahulu.
Biarkan air mengalir sehingga ia kering sepenuhnya. Pembuangan air ini bertujuan
untuk menggantikan air yang telah lama yang akan menyebabkan radiator berkarat.
Selepas air dalam radiator sudah kering, buka skru radiator dengan menggunakan
spanar saiz 14.
Longgarkan skru pada hos atas dan gos bawah pada radiator. Kemudian tanggalkan
hos daripada radiator.
Skru dibahagian atas
Periksa sekeliling bahagian radiator. Pastikan tiada kerosakan atau kebocoran pada
mana-mana bahagian radiator.
Masukkan air paip ke dalam radiator untuk mencuci bahagian dalam radiator.
Masukkan air dengan tekanan yang tinggi supaya bendasing dapat disingkirkan.
Air dimasukan untuk mencuci bahagian dalam
Setelah selesai mencuci, pasangkan semula radiator ke bahagian asal. Pasangkan juga
hos yang telah dibuka tadi.
Masukan air bersih serta coolen dan anti-karat ke dalam radiator. Tutup bahagian atas
radiator dan pastikan ia kedap.