Transcript
Page 1: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan
Page 2: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan
Page 3: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

TERHADAP KEPENTINGAN KESELAMATAN BENGKEL

WAN ABD RAHMAN BIN HJ WAN MOHAMED ZAIN

Laporan Projok Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( AWAM )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan
Page 5: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

DEDIKASI

Khas buat:

Ayahanda tersayang Hj Wan Mohamed Zain bin Wan Deraman dan Bonda tercinta

Hjh. Maznah binti Hj. Sulaiman yang telah banyak memberikan semangat dan

kekuatan untuk ku terus gagahi diri dalam meneruskan perjuangan ini. Sekalian

adik-adik dan abang-abang, kalian adalah tunggak kejayaan ku.

Buat yang teristimewa Hanita binti Abdullah jasa mu akan ku kenang sampai bila-

bila. Bagi teman-teman yang lain, terima kasih atas doa dan semangat yang

diberikan.

Segala bantuan, pengorbanan, kesabaran dan doa dari kalian tidak akan dilupai dan

semoga kalian akan mendapat balasan yang baik dari Allah Yang Esa.

Semoga Allah sentiasa meredhai segala usaha dan menjadikan kita hamba-Nya yang

bertakwa.

Amin….

Page 6: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani"

Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka dapat saya menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus iklas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Amirmudin

bin Udin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan Projek Sarjana Muda ini dijalankan.

Kepada pelajar Sekolah Menengan Teknik Johor Bahru yang terlibat, terima

kasih kerana memberi peluang dan kerjasama yang baik dalam melaksanakan kajian

ini. Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

membantu dari segi memberikan idea, pendapat, dan semangat kepada saya.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Jasa kalian hanya Allah

sahaja yang dapat membalasnya.

Wassalam.

Wan Abd Rahman bin Hj. Wan Mohamed Zain

Page 7: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap para pelajar terhadap kepentingan

keselamatan bengkel di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Aspek yang dikaji

ialah tiga komponen sikap iaitu kepentingan keselamatan dari segi kognitif,

persekitaran bengkel dari segi afektif dan penyelenggaraan mesin, alatan dan bahan

dari segi tingkah laku. Bagi menyiapkan kajian ini 60 orang pelajar sekolah tersebut

telah dipilih sebagai responden. Data mentah yang diperolehi dari soalan soal selidik

yang diedarkan dianalisis dengan mengira bilangan frekuensi, mod dan akhirnya

ditukarkan kepada nilai peratusan menggunakan perisian SPSS 11.0 for window.

Hasil kajian menunjukan sikap pelajar terhadap keselamatan dari segi kognitif adalah

berada di tahap memuaskan. Manakala sikap pelajar terhadap persekitaran bengkel

dari segi afektif dan terhadap penyelenggaraan mesin, alatan dan bahan dari segi

tingkah laku adalah di tahap baik. Akhir sekali beberapa implikasi dan cadangan

kajian telah dikemukakan untuk menyelesaikan kajian.

Page 8: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

ABSTRACT

This research meanly focusing on the attitude of the student in Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru about laboratory safety. Thus, three components of

the attitude aspect were studied which are safety from the aspect of cognitive,

laboratory environment from the aspect of affective and the machine, tools and

substance maintenance from the aspect of behaviors. In other to complete this

research 60 students were chosen as the respondence. Hence, all the data that are

collected from the questionnaires then been analyze to get the frequency number,

mode and lastly will be convert to the percentage by using the SPSS 11.0 for

windows software. At the end of this research shows that students attitude from the

aspect of cognitive is good. Meanwhile, better for both aspect of affective and

maintenance of machine, tools and substance. There are an aspect that being discuss

and suggest in this research.

Page 9: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xii

Senarai Simbol xiii

Senarai Lampiran xiv

Senarai Singkatan xv

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Persoalan Kajian 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Batasan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Definasi Istilah 9

1.8 Penutup 11

Page 10: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Definasi Sikap 12

2.2 Komponen Sikap 15

2.3 Pembentukan Sikap 18

2.4 Peranan Sikap Dalam Membentuk

Minat Pelajar 21

2.5 Kepentingan Keselamatan 21

2.6 Kefahaman Terhadap Keselamatan 22

2.7 Pengetahuan dan Latihan 23

2.8 Kawasan Persekitaran 24

2.9 Penyelenggaraan Mesin, Alatan dan Bahan 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Populasi dan Sempel kajian 27

3.4 Intrumen Kajian 27

3.5 Analisis Data 29

3.6 Tatacara Kajian 30

3.7 Penutup 31

Page 11: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 32

4.2 Analisis Data 32

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 33

4.2.2 Analisis Data Berdasarkan Aspek

Kajian 34

4.3 Penutup 43

BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN

CADANGAN KERJA LANJUTAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan 45

5.2.1 Persoalan Kajian 1 45

5.2.2 Persoalan Kajian 2 45

5.2.3 Persoalan Kajian 3 46

5.3 Perbincangan 46

5.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Keselamatan

Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47

5.3.2 Sikap Pelajar Terhadap Persekitaran

Bengkel Dari Segi Afektif 48

5.3.3 Sikap Pelajar Terhadap Penyelenggaraan

Mesin, Alatan dan Bahan Dari Segi

Tingakah Laku 48

5.4 Cadangan 49

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar Sekolah 49

5.4.2 Cadangan Kepada Guru Bengkel

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah

Page 12: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

PERKARA MUKA SURAT

RUJUKAN 53

LAMPIRAN 59

Lampiran A Soal Selidik 60

Lampiran B Surat Kebenaran EPRD 65

Lampiran C Surat Kebenaran Jabatan

Pendidikan Johor 67

Page 13: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan pekerja berdaftar dan kemalangan yang

dilaporkan tahun 2000. 5

1.2 Bilangan pekerja berdaftar dan kemalangan yang

dilaporkan tahun 2001. 6

3.1 Jumlah pelajar 27

3.2 Taburan item bagi setiap aspek kajian 28

3.3 Skala Likert 29

3.4 Tahap penilaian berdasarkan peratus 30

4.1 Maklumat latar belakang responden 33

4.2 Taburan responden mengikut kekerapan bagi sikap

kognitif 35

4.2 Taburan responden mengikut kekerapan bagi sikap

afektif 38

4.3 Taburan responden mengikut kekerapan bagi sikap

tingkah laku 40

Page 14: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Teori Keperluan Manusia Maslow 4

2.1 Model Tiga Komponen Sikap 15

Page 15: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

ƒ - Frekuensi

n - Bilangan pelajar

Page 16: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 60 B Surat Kebenaran EPRD 65 C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan

Johor 67

Page 17: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

SENARAI SINGKATAN

PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Pekerja

SPSS - Statistical Package For Science Social

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan

Page 18: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sistem Pendidikan Negara telah berkembang dengan pesatnya sejak akhir-

akhir ini. Pendidikan merupakan satu bidang yang memainkan peranan yang penting

selaras dengan pembangunan pesat dalam negara. Pendidikan menyediakan sumber

manusia yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran terutama dalam persiapan

negara dalam menuju kepada sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

“Negara memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi serta memiliki

kemahiran dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020 apabila negara

sudah mencapai status sebuah negara perindustrian yang maju”

( Utusan Malaysia, 15 Jan. 1998)

Page 19: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

Di Malaysia selain daripada sekolah menengah harian biasa, sekolah

menengah Sains terdapat juga sekolah menengah teknik dan vokasional. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah teknik dan vokasional ini

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu melibatkan teori dan amali. Semasa

melakukan amali pelajar akan mendapat kemahiran dalam penggunaan mesin dan

alatan. Menurut Yahya Emat (1993), latihan amali sangat penting dalam memberikan

pelajar kemahiran yang diperlukan semasa mereka bekerja di dalam sektor industri

kelak. Selain pelajar mendapat kemahiran, aspek keselamatan juga sering di titik

beratkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keselamatan adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Definasi

bagi keselamatan ialah bebas dari bahaya atau risiko kecederaan dan kawalan

kerugian akibat kemalangan. Keselamatan boleh juga didefinasikan sebagai proses

melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.

Keselamatan bukan sahaja untuk diketahui tetapi perlu diterapkan

terutamanya ketika melakukan kerja-kerja harian. Pelaksanaan amalan keselamatan

perlulah ditekankan kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar yang bakal

menjadi penyambung kepada generasi yang ada sekarang. Kebanyakan punca

kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang

dilakukan. Ianya dapat dicegah melalui amalan, sikap, disiplin dan tabiat kerja yang

baik

Page 20: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

Menurut teori keperluan manusia Maslow (1970), kehendak manusia boleh

disusun atur mengikut hirarki. Apabila keperluan di peringkat bawah telah

disempurnakan, ia tidak akan menjadi sumber kepuasan lagi. Keadaan ini akan

mendorong manusia untuk mencapai kepuasan kehendak yang lebih tinggi. Andaian

dalam teori ini adalah berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan

apa yang telah mereka capai atau kecapi. Beliau telah menyusun keperluan manusia

kepada beberapa peringkat utama iaitu

i. Keperluan fisiologi keperluan asas yang diperlukan oleh setiap

manusia untuk terus hidup seperti makanan, minuman, pakaian

dan tempat tinggal.

ii. Keperluan keselamatan - keperluan untuk dilindungi daripada

ancaman bahaya persekitaran. Ia menimbulkan keinginan untuk

mempunyai kerjaya yang terjamin, dilayan dengan adil dan

mendapat gaji yang berpatutan.

iii. Keperluan sosial - semua individu memerlukan kepada perhatian,

kemesraan, persahabatan dan kasih sayang sesama anggota dalam

masyarakat.

iv. Kebanggaan diri - keinginan individu untuk mendapatkan

pengiktirafan, penghargaan, dan status untuk keperluan

kehormatan diri.

v. Keagungan diri sendiri - menyedari potensi yang ada pada diri

sendiri dan menimbulkan keinginan untuk menjadi individu yang

sempurna dalam semua aspek.

Page 21: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

Kesedaran Diri

(Keinginan kemajuan diri, pencapaian diri, berpotensi)

Kebanggaan

(dihormati, harga diri, darjat)

Sosial

(diterima masyarakat, pergaulan, perhubungan)

Keselamatan

(keselamatan, sosial, kestabilan)

Fisiologi

(air, udara, makanan, tidur dan lain-lain)

Rajah 1: Teori Keperluan Manusia Maslow (1970)

1.1 Latar Belakang Masalah

Sekarang ini kita sering mendengar kes kemalangan yang berlaku di industri

Ada kemalangan yang melibatkan kecederaan kecil dan ada juga yang melibatkan

kehilangan nyawa.

Page 22: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

Jadual 1.1:Bilangan Pekerja Berdaftar dan Kemalangan (PERKESO, 2000)

Bil. Negeri Pekerja Kemalangan

1 PERAK 736,100 15,010

2 JOHOR 1,185,653 15,353

3 KEDAH 488,509 7,301

4 KELANTAN 131,377 1,104

5 MELAKA 289,899 3,039

6 N.SEMBILAN 317,326 3,711

7 PAHANG 332,967 3,514

8 PERLIS 49,499 447

9 P.PINANG 519,905 2,898

10 BUTTERWORTH 430,775 6,366

11 SELANGOR 1,552,120 17,408

12 TERENGGANU 152,102 1,088

13 W.PERSEKUTUAN

(KUALA LUMPUR)

1,750,245 4,735

JUMLAH: 7,936,477 81,974

Jadual 1.1 menunjukkan pekerja berdaftar dan jumlah kemalangan yang

dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Pekerja, (PERKESO) pada tahun 2000.

Jumlah kemalangan tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 17,408 kes daripada

1,552,120 pekerja, Johor mencatat 15,353 kes daripada 1,185,653 pekerja. Perak

dengan 15,010 kes daripada 756,100 pekerja. Negeri yang paling kurang sekali

bilangan kemalangan industri ialah negeri Perlis dengan 447 kes daripada 49,499

pekerja sahaja.

Dalam jadual ini juga kita dapati walaupun Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur mempunyai bilangan pekerja yang berdaftar paling tinggi iaitu 1,750,245

namun kes kemalangan yang dilaporkan hanya 4,735 kes sahaja. Jumlah kes

kemalangan yang berlaku pada tahun 2000 ialah 81,974 kes daripada 7,936,477

orang pekerja.

Page 23: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

Jadual 1. 2: Bilangan Pekerja Berdaftar dan Kemalangan (PERKESO 2001)

Bil. Kawasan Pekerja Kemalangan

1 PERAK 723,559 14,327

2 JOHOR 1,166,323 13,026

3 KEDAH 478,706 6,198

4 KELANTAN 122,101 892

5 MELAKA 293,000 2,654

6 N.SEMBILAN 312,972 3,700

7 PAHANG 328,312 3,156

8 PERLIS 47,521 432

9 P.PINANG 525,910 2,894

10 BUTTERWORTH 420,820 6,043

11 SELANGOR 1,540,246 14,828

12 TERENGGANU 149,468 808

13 W.PERSEKUTUAN

(KUALA LUMPUR)

1,743,473 4,855

JUMLAH: 7,852,411 73,813

Jadual 1.2 menunjukkan pekerja berdaftar dan kemalangan yang dilaporkan

pada tahun 2001. Daripada jadual ini kita dapati jumlah kemalangan yang tertinggi

dilaporkan juga di Selangor iaitu 14,828 kes daripada 1,540,246 pekerja diikuti

negeri Perak iaitu 14.327 kes daripada 723,559 pekerja. Negeri Johor pula berada di

tempat ke tiga dengan 13,026 kes daripada 1,166,323 pekerja. Negeri yang paling

kurang sekali bilangan kemalangan industri ialah negeri Perlis dengan 432 kes

daripada 47,521 pekerja sahaja. Dalam jadual ini juga kita dapati walaupun Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai bilangan pekerja yang berdaftar paling tinggi

iaitu 1,743,473 namun kes kemalangan yang dilaporkan hanya 4,855 kes sahaja.

Jumlah kes kemalangan yang berlaku pada tahun 2001 ialah 73,813 kes daripada

7,852,411 orang pekerja.

Page 24: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

Jika dibandingkan jumlah kemalangan yang berlaku di industri pada tahun

2000 adalah lebih tinggi daripada kemalangan yang berlaku pada tahun 2001.

Walaupun jumlah kemalangan menurun pada tahun 2001 tetapi kemalangan masih

berlaku dalam jumlah yang besar. Johor adalah sebuah negeri yang terkenal dengan

pusat perindustrian dan daripada jadual 1.1 dan 1.2 menunjukkan jumlah kemalangan

industri yang tinggi juga berlaku. Salah satu faktor berlakunya kemalangan ialah

sikap yang dimainkan oleh pekerja semasa menjalankan kerja. Sebelum memasuki

industri pekerja mendapat pendedahan awal dalam penggunaan mesin dan alatan

kerja di sekolah atau di institut kemahiran.

Sehubungan dengan itu, pengkaji menjalankan kajian di Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru, Johor untuk mengetahui sikap pelajar terhadap kepentingan

keselamatan bengkel. Latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan

pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka akan menempuh alam pekerjaan

yang sebenar kelak.Walaupun perlaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan

kepada para pelajar ianya tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus

semasa menjalankan amali di bengkel. Ini kerana sikap, kefahaman, pengetahuan dan

keperhatinan guru juga merupakan faktor yang penting dalam perlaksanaan

kepentingan keselamatan di bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan

dapat membiasakan diri pelajar apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar.

1.2 Pernyataan Masalah

Apakah sikap pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

terhadap kepentingan keselamatan di bengkel ?

Page 25: SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU … · Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47 ... kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang dilakukan

1.3 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang ingin dikemukakan ialah:

i. Apakah sikap pelajar terhadap keselamatan di bengkel dari aspek kognitif

?

ii. Apakah sikap pelajar terhadap keselamatan bengkel dari aspek afektif ?

iii. Apakah sikap pelajar terhadap keselamatan bengkel dari aspek tingkah

laku ?

1.4 Objektif Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif iaitu untuk:

i. Menentukan sikap pelajar terhadap keselamatan di bengkel dari segi

kognitif.

ii. Menentukan sikap pelajar terhadap persekitaran bengkel dari segi afektif.

iii. Menentukan sikap pelajar terhadap penyelenggaraan mesin, alatan dan

bahan dari segi tingkah laku.


Top Related