Download - Seni Barat

Transcript

SENI BARATSeni Barat ini bermula sejak zaman Pra Sejarah lagi. Menurut Sarah P dan Duane P (1995) di dalam buku mereka memberikan tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah itu adalah merupakan rakaman peristiwa tentang manusia dan aktiviti mereka di masa lampau. Rakaman peristiwa dan aktiviti yang berlaku itu terjadi serentak dan tempatnya sahaja yang berbeza. Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu Zaman Peleolitik (35 000- 8000 sebelum Masihi), Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum Masihi) dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi). Zaman PaleolitikPada zaman Paleolitik, mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri dengan menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk digantungkan di leher dan di telinga. Di samping itu juga mereka juga mula melakar dan melukis di dinding-dinding gua batu sebagai ritual kepercayaan dan amalan yang mendorong kepada aktiviti pemburuan. Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal ditemui adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar Montignac di bahagian Selatan Perancis. Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol. Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah bison, mammoth, ibex dan kuda. Terdapat juga imej figura manusia digunakan tetapi sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding dengan subjek-subjek utama. Selain daripada catan pada zaman ini juga terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan menggunakan batu-batu dan juga tulang-tulang binatang. Contoh arca yang terawal ditemui ialah Venus of VillendorfZaman Mesolitik Pada zaman Mesolitik, mereka juga menghasilkan catan di dalam gua yang mereka diami. Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex. Pada zaman Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan namun terdapat sedikit perbezaan berbanding zaman-zaman sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan menggunakan warna. Mereka telah mula menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-bahan galian. Arca juga dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan arca-arca yang dihasilkan ialah figura yang berbentuk wanita. Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi kepercayaan mereka. Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat binaan yang bersaiz besar. Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu peringatan. Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain, Wiltshire di England.Zaman Yunani Seni pada zaman Yunani terbahagi kepada 3 zaman iaitu Zaman Arkaik (650-480 Sebelum Masihi), Zaman Klasikal (480-323 Sebelum Masihi) dan Zaman Hellenistik (323-31 sebelum Masihi). Pada zaman Arkaik, kebanyakan pelukis pada zaman ini menzahirkan karya-karya mereka pada permukaan pasu yang dibuat daripada seramik dan juga pada panel-panel pada dinding. Pada zaman ini juga pelukis menghasilkan karya berdasarkan kepada pemerhatian secara terus pada subjek daripada pemerhatian yang menyeluruh. Selain itu juga, pada zaman ini juga telah muncul satu teknik baru dalam menghasilkan catan pada pasu yang dikenali sebagai Red Figure.Pelukis bertanggungjawab dalam memperkenalkan teknik Andokides. Gaya teknik ini adalah di mana beliau mewarnakan latar belakangnya kehitaman manakala objek atau figuranya diwarnakan dengan kemerah-merahan.Penghasilan arca pada zaman ini juga tidak kurang hebatnya.Arca yang dihasilakan dibuat daripada ukiran batu dan tembaga yang dibentuk melalui acuan (bronze casting). Kebanyakan arca yang dihasilkan pada zaman ini bertemakan figura manusia dan bersaiz sebenar.(life-size). Arca-arca yang dihasilkan juga berbentuk manusia tanpa pakaian (nude figure sculpture). Kebanyakan arca-arca figura ini adalh gambaran pemuda Greek yang berbentuk gagah perkasa yang dipanggil Kouros. Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan seni arca. Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini. Di mana zaman ini arca yang dihasilkan adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan ketepatan bentuk manusia. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah lebih ideal dan natural berbanding dengan zaman Arkaik dimana pengarca kurang memberi penekanan kepada yang teliti pada bentuk dan anatomi figura. Sebagai contoh Warrior adalah salah satu contoh arca berbentuk figura manusia yang dihasilkan begitu ideal dan sempurna sekali. Arca ini dihasilkan dengan menggunakan tembaga.Kebanyakan pengarca pada zaman klasikal ini menggunakan tembaga dan batu marmar unutk menghasilkan karya-karya mereka. Seperi juga zaman Arkaik,arca-arca yang dihasilkan bertemakan figura manusia yang berbogel. Pada zaman ini,terdapat pengarca yang sangat terkenal iaitu Myron,Polyclitus dan Phidias. Pada zaman Hellenistik, bermulanya isu nilai-nilai estetika yang diperkatakan oleh golongan cerdik pandai. The Laocoon Group adalah arca yang terkenal pada zaman ini.Pengarca dan pelukis pada zaman ini menghasilkan karya berdasarkan aktiviti harian, sejarah, mitos, juga potret yang menjadi lambing kemegahan dan kebanggaan golongan bangsawan. Secara keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman Hellenistik adalah zaman kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani. Ia juga menunjukkan tentang hasil seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah berbanding dengan zaman Arkaik dan zaman Klasikal sebelum ini. Di antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang menarik ialah Partheon yang terletak di Acropolis, Athens. Athens adalah merupakan pusat perkembangan seni, sastera, seni bina, ilmu falsafah dan juga pusat pentadbiran kerajaan. Reka bentuknya adalah berdasarkan pada struktur reka bentuk kuil tradisi di mana asas binaannya berdasarkan pada kolum-kolum yang menegak sebagai tiang sokongan utama iaitu Kolum Doric, Kolum Ionic, dan Kolum Corinthian.Zaman Roman (Rumawi) Seni Roman (Rumawi) adalah merupakan seni yang lahirnya di bawah pemerintahan Rumawi. Zaman ini adalah merupakan zaman bagi ekpresi seni yang mempunyai nilai-nilai estetika yang sangat tinggi.Ianya adalh merupakan gabungan di antara dua zaman iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar. Di zaman ini juga rata-rata pengkarya menghasilkan karya berdasarkan pada kemuliaan,keutuhan dan keteguhan empayar Rom itu sendiri. Ianya amat berbeza sekali daripada Zaman Yunani yang lebih mementingkan kepada kehidupan dan perkembangan setempat.Pelukis-pelukis pada zaman Roman ini juga menggabungkan berbagai-bagai unsur dan elemen tambahan bagi menampakkan kesan-kesan kemewahan yang berlebihan. Catan dinding seperti Roman Wall Detail of West in a Villa at Boscoreale yang menggunakan bahan fresco ini dihasilkan dengan gaya dan persembahan Roman yang begitu tipikal sekali. Dalam catan dinding ini unsurunsur penggunaan perspektif lansung tidak diberikan penekanan bagi menunjukkan ruang di antara Latar Depan, Latar Tengah dan Latar Belakang. Pelukisnya hanya menggunakan saiz objek sahaja bagi menunjukkan ketiga-tiga latar ini. Dalam catan dinding ini apa yang dilukis cuba diketengahkan adalah jalinan diantara rupa, paten, warna dan kepelbagaian saiz objek daripada menunjukkan ruang ilusi 3 dimensi(3D). Empat gaya utama yang diberikan penekanan dalam penghasilan catan dinding pada zaman ini ialah Incructation, Architectural, Omate, Intricate. Selain daripada seni catan seni arca juga merupakan salah satu cabang karya seni sangat popular di zaman Roman ini. Berdasarkan sikap Rome yang begitu kuat serta cenderung kepada materalistik dan mahukan secara praktikal ianya sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan arca pada zaman ini. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah bermotifkan potret individu, yang mana ia dihasilkan begitu teliti dan sempurna sekali peniruannya. Kualiti pada zaman Roman ini begitu mementingkan mutu penghasilannya, ini jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female Potrait yang menggunakan batu marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah pencapaian terbaik pada zaman roman ini.Rata-rata reka bentuk binaan bangunannya adalah banyak dipengaruhi dan didominasikan oleh gaya seni bina zaman Yunani. Kebanyakan bangunan-bangunan yang dibina adalah berkonsepkan rugu peringatan sebagai tanda kekuatan, kebesaran dan kemasyuran empayar Rome. Pada zaman ini arkitek-arkiteknya tidak menggunakan batu marmar seperti zaman Yunani.Ia sangat mahal dan susah diperoleh.Konkrit digunakan secara meluas kerana ianya mudah diperolehi. Pada peringkat awal mereka cuba mencipta bahan-bahan konkrit daripada campuran pazzonala iaitu sejenis batu yang diperolehi daripada kawasan gunung berapi dan mencampurkannya dengan batu kapur. Mereka menggunakan bahan campuran ini untui membina tembok, kubah dan juga lengkungan pada bumbung bangunan yang dibina. Diantara jenis-jenis seni pada zaman Roman ini adalah seperti kuil-kuil ibadat, apartment, Bath, Amphiteater, Jambatan, Basilica dan Truimphal Arch. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina amphiteater ini terdiri daripada batu dan tufa. Di bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-kolum lurus dibina bagi menyokong struktur binaannya. Kolum-kolum ini bercirikan pada zaman Yunani. Ampiteater ini juga boleh menampung penonton sehingga 50000 orang. Di bahagian dalamnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Arena, Porodium, dan Cavea. Zaman Renaissance Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni dari zaman Yunani dan zaman Rumawi. Seni dari zaman Renaissanse ini juga merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan. Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam Bibble(keagamaan), mitologi, sejarah, potret dan juga tubuh badan manusia. Seni zaman Renaissane terbahagi kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan Renaissance, dan Zaman Akhir Renaissance. Pada zaman awal Renaissance, Giotto di Bonde adalah perintis serta pembawa laluan kebankitan ini. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang menghasilkan karya berdasarkan kepada perasaan dan juga sifat semula jadi dan tingakah laku manusia. Di dalam karya-karyanya beliau banyak menggunakan unsur cahaya, ruang, mood suasana semula jadi yang realistic. Dalam karyanya yang berjudul Lantation yang dilukiskan pada dinding di Padua Arena Chapel, Itali pada sekitar tahun 1305. Dia menggunakan fresco. Mural yang dihasilkan ini bertemakan keagamaan. Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi ataupun dikenali sebagai Sandro Botticelli. Beliau juga dikenali sebagai Master of Mythology. Di antara karyanya yang terkenal ialah The Birth of Venus yang dihasilkan menggunakan bahan tempera dan bahantaranya adalah kanvas linen.Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman kemuncak seni di Itali. Pada zaman ini, corak persembahan hasil karya adalah sama dengan zaman kebangkitannya.Namun,pada zaman ini, pengkaryanya begitu memberatkan nilai-nilai estetika yang keterlaluan dan mementingkan kesempurnaan. Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman kegemilangan Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519). Beliau meruakan seorang seniman yang sangat cekap dan pintar. Oleh itu beliau juga dikenali sebagai ahli sains, pengarca, pereka, penganalisis dan arkitek. Tidak hairan beliau juga dikenali sebagai uomo universal kerana kepintarannya dan selain itu dikenali sebagai Master of All Sciences. Beliau juga adalah merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali. Di antara karyanya yang terkenal ialah Mona Lisa.Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan, arca, dan seni bina menjadi fokus utama dalam zaman ini berdasarkan kepada keagamaan, mitologi dan potret. Di segi penggunaan bahan dan bahantaranya juga masih sama iaitu cat minyak, kanvas linen, fresco dan marble bagi penghasilan karya. Pelukis dan pengarca yang terkenal pada zaman ini ialah Michengelo Buonarroti. Di antara karya-karyanya yang terkenal ialah The Creation of Adam yang dihasilkan dengan menggunakan fresco. Catan ini berbentuk mural yang dilukiskan oleh beliau pada siling gereja. Selain itu beliau juga menghasilakan arca menggunakan teknik pahatan(carving). Di antara arcanya adalah bertajuk David yang menggambarkan tentang seorang lelaki gagah perkasa berdiri tanpa berpakaian. Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang seni yang sma pentingnya. Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh gaya zaman Gothik. Dalam reka bentui terikat kepada peraturan matematik di mana ketepatan dan juga keseimbangan amat diberi perhatian. Contohnya arkitek Filippo Brunellesschi adalah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem ini. Contohnya juga seperti Villa Rotonda yang direka oleh Andre Palladio yang dibina pada tahun 1567 sehingga tahun 1570 di Vicenza di Itali adalah merupakan satu reka bentuk yang sangat unik yang menggabungkan gaya Roman dan Greek dan direka mengikut gaya reka bentuk kontemporari pada zaman tersebut. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina zaman Renaissance ini adalah merupakan kemuncak pada keunikan dalam sejarah seni barat. Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai peninggalan sejarah seni yang terlalu tinggi nilai dan mutu pembinaannya. Zaman awal abad ke-19 Seni pada zaman awal abad ke19 ini adalah amat penting sekali dalam perkembangan sejarah seni barat. Zaman ini adalah merupakan zaman transisi pertukaran gaya, konsep dan teknik penghasilan karya seni selepas zaman renaissance. Zaman ini juga berlaku revolusi industri yang telah pun mengubah masyarakat,teknologi dan juga budaya kehidupan yang begitu ketara serta drastik sekali. Terdapat tiga revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada masa ini. Revolusi-revolusi tersebut ialah revolusi Industri di Britain, Revolusi Industri di Amerika dan Revolusi Industri di Perancis. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Penyedaran, (The Enligttenment Era @ The Age of Reason Era). Ekoran daripada revolusi ini berbagai teknologi baru telah ditemui dan dipraktikkan. Pelbagai perubahan telah berlaku dalam hal-hal keagamaan, politik, ekonomi dan masyarakat setempat.Begitu juga dalam bidang seni, revolusi ini juga menyebabkan para penggiat seni mula memecahkan peraturan-peraturan dan urutan tradisi klasik seni lukis dalam proses penghasilan karya. Mereka juga telah mula memecah tradisi lama di mana pelukis ataupun pengarca jarang sekali bercampur gaul dengan masyarakat marhain. Pada zaman ini juga pelukis ataupun pengarca adalah sebahagian daripada masyarakat dan menjadi jurucakap serta perantaraan dengan golongan atasan. Pada zaman ini mereka mendapat sumber kewangan melalui kormesial, galeri, orang perseorangan, golongan korporat yang membeli dan mengumpul hasil karya-karya mereka juga daripada muzium-muzium yang mempromosikan seta menjual hasil-hasil karya mereka.Seni Barat abad ke 19 ini terbahagi kepada tiga era utama yang terdiri daripada seni sebelum Zaman Perang Dunia Pertama, seni selepas Zaman Perang Dunia Pertama,dan seni Akhir Abad ke 19. Seni sebelum Perang Dunia Pertama terdiri daripada era Neo-Klasik, era Romantisme, era Realisme, era Impressionisme dan era Post-Impressionisme. Manakala Seni Selepas Perang Dunia Pertama terdiri daripada era Fauves dan era Ekpressionisme serta era yang terakhir pula terdiri adalah Seni Akhir Abad ke 19 terdiri daripada era Kubisme dan era Futurisme.Era Neo-Klasik ini bermula serentak dengan zaman Revolusi Perancis yang bermula pada tahun 1789.Era ini merupakan permulaan kepada revolusi perubahan dalam gaya penghasilan karya seni barat.Era ini juga bermula di peringkat permulaan revolusi di Perancis.Revolusi ini bermula dengan agresif sekali sehinggalah ianya diarahkan berhenti oleh mahkamah dengan serta merta tanpa diberikan sebab-sebab munasabab.Salah seorang daripada pelukis terkenal dan juga ketua revolusinya adalah Jacques Louis David. Beliau berpendapat bahawa antara seni dan revolusi adalah dua perkara yang utama dalam memperjuangkan demokrasi di Perancis. Dengan nada yang penuh semangat perjuangan beliau menolak sistem pemerintahan cara aristocratic gaya Rocco pada masa itu. Dalam karyanya yang berjudul Oath of The Horath beliau menggunakan gaya penjimatan yang dipanggil Neo-Klasikal. Sarah P dan Duane dalam buku mereka Artform mentakrifkan Neo Klasik sebagai merujuk kepada gabungan di antara dua gaya dari Zaman Klasikal Greek dan Zaman Rome. Kebanyakan subjek yang digambarkan adalah merujuk kepada zaman pemerintahan dan kegemilangan empayar Rom. Dalam catan ini juga David mengambarkan tentang keberanian dan kesanggupan untuk bekorban demi memperjuangkan keadilan. Beliau mengambarkan bagaimana tiga bersaudara sedang menerima tiga bilah pedang daripada bapa mereka sebagai senjata untuk berperang bagi mempertahankan Empayar Rom. Dalam catan ini juga David mengambarkan tiga bersaudara itu sebagai symbol bagi mewakili masyarakat Perancis yang bersatu-padu berjuang untuk mempertahankan penindasan dan demokrasi.Komposisi secara Geometrik Berstruktur pada imej figura yang memegang pedang menjelaskan lagi bahawa catan ini begitu kuat sekali dipengaruhi oleh catan zaman klasik Greek-Rom.Pada catan ini David menggunakan satu arah cahaya yang kontras bagi menunjukkan kontras diantara latar hadapan,latar tengah dan juga latar belakang. Pakaian yang digunakan oleh figura pada catan ini digambarkan seolah-olah figura ini berada pada zaman Rom. Susunan imej yang menegak dan melintang pada catan ini juga seolah-olah ianya bagaikan satu pentas opera.Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia, maka lahirlah era Romantisme. Era ini adalah merupakan era yang dikenali sebagai era ekspresi emosi. Era ini bermula dari tahun 1825 hingga tahun 1850.Osborne (1970) di dalam bukunya mentalrifkan bahawa Romanticism itu adalah bermula dari perkataan Romances yang mana ia adalah istilah yang popular dari cerita epik percintaan di kalangan penduduk setempat.Romantisme ini juga merujuk kepada sikap pada seseorang pengkarya itu, di mana perasaan dan emosi adalah lebih penting berbanding dengan alasan kenapa sesuatu karya dihasilkan.Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan pada kebebasan bersuara hak individu.Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan untuk pengkarya adalah keindahan alam semula jadi, kehidupan masyarakat luar bandar, masyarakat bawahan, figura-figura yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan sejarah.Sebagai contoh,Francisco Goya adalah seorang daripada pelukis yang terkenal pada era ini. Dalam catannya yang bertajuk The Third of May 1808 yang dihasilkan pada 1814 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran 89 x 134.Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Napeleon di Puerto del Sol, Sepanyol. Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini berlaku 2 hari bulan 3 bulan Mei tahun 1808 di mana Napeleon telah mengarahkan askar-askarnya menembak setiap rakyat tempatan yang berada di atas jalan raya. Goya menghasilkan catan ini dengan menggunakan teknik cerah dan gelap bagi menimbulkan mood yang dramatic. Beliau mengambarkan bagaimana askar-askar yang ganas dan kejam. Manakala imej igura yang memakai baju putih di tengah-tengah rakyat Sepanyol yang ditembak itu pula ialah pemimpin dan juga ketu kepada kumpulan pemberontak. Catan ini adalah antara catan yang banyak meninggalkan kesan kepada rakyat Sepanyol terhadap kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh tentera Napeoleon terhadap mereka. Selain daripada Goya, seorang lagi pelukis yang terkenal pada era ini adalah John Constable. Beliau menghasilkan catan yang bertemakan alam semula jadi. Di antara catan yang terkenal ialah The Hay Wain. Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Karya tersebut mengambarkan tentang landskap dan keindahan alam semulajadi England pada sekitar tahun 1800an.Orvirk (1994) dalam catannya menulis Realisme ini bermaksud hasil seni yang dihasilkan berdasarkan ideology, erotik dan juga nostalgia. Ia juga dihasilkan berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian sebenar. Era ini adalah merupakan lanjutan era Romantisme. Cuma yang menbezakan diantara kedua zaman ini adalah pelukis sudah berani mempamerkan hasil-hasil kerja mereka telah dihasilkan untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan masyarakat setempat. Gustave Courbet adalah merupakan seorang pelukis yang terkenal pada era ini. Beliau berbangsa Perancis. Dalam karyanya yang berjudul The Stone Breaker. Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas permukaan kanvas. Dalam catan ini Courbet dengan terang dan jelas sekali menolak prinsip-prinsip serta formula yang di praktik oleh pelukis dari era Neo-Klasikal. Beliau tidak lagi berkarya serta terikat dengan subjek sejarah dan juga keagamaan tetapi sebaliknya dalam catan ini beliau mengambarkan bagaiman golongan bawahan bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki seharian.Saiz yang digambarkan dalam catan ini adalah bersaiz sebenar bagi mendapatkan impak yang maksimum dan juga penggunaan warna yang gelap dan suram yang mana bertujuan untuk adalah bagi menimbulkan mood sebenar suasana tapak kuari. Beliau juga merupakan pelukis yang pertama menyiapkan catan secara merujuk suasana sebenar dari permulaan catan ini dihasilkan sehinggalah catan ini siap sepenuhnya, Courbet juga percaya dengan merujuk terus kepasa suasana sebenar kita akan mendapat merakamkan suasana yang natural dan bersahaja berbanding dengan pelukis yang melukis di dalam studio yang bergantung sepenuhnya pada lakaran kasar yang telah dibut sebelum itu. Era ini adalah merupakan satu era yang paling besar perubahannya pada pelukis yang menghasilkan catan khususnya. Impressionisme bermakan hasil catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenar dilihat depan mata bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Pada zaman ini pelukismenghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang penambahan serta pengubahsuaian. Subjek utama yang dilukis yang digambarkan dalam catan adalah landskap dan alam semulajadi. Bagi mereka cahaya merupakan unsur penting sekali bagi menimbulkan mood dan suasana pada suatu keindahan,Pegangan teguh para impressionisme ialah iaitu cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana,iaitu tanpa cahaya juga tidak akan wujud hari yang terang dan gelap. Zaman Post-impressionist adalah merupakan zaman lanjutan daripada zaman Impre ssionisme. Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris yang bernama Roger Fry, telah pun menggelarkan kumpulan pelukis zaman ini seba gai Post-Impressionisme. Istilah Post ini diambil sempena dengan nama satu kumpulan pengkarya yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke 18. Daripada catatan yang dibuat oleh Roger Fry, Post-Impressionisme ini bermaksud pelukis tidak membuat peniruan tetapi sebaliknya mereka mencipta bentuk. Mereka tidak meniru sesuatu objek yang hidup tetapi mereka mencari persamaan dengan objek yang hidup. Di dalam proses catan mereka,imej-imej yang digambarkan adalah secara logic dan nyata. Catan-catan mereka berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan dan sebagaimana objek-objek dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti-aktiviti seharian kita. Subjek-subjek utama yang menjadi tumpuan para pelukis era ini ialah landskap, figura manusia, alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti seharian masyarakat setempat. Walaupun mereka berkarya secara berkumpulan namun begitu gaya dan corak catan mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap pelukis yang menghasilkan catan yang mempunyai Gaya Peribadi dan pendekatan tersendiri. Pada era ini juga ketika proses penghasilan karya, mereka lebih mementingkan penekanan dan perhatian terhadap penilaian bentuk(form). Penggunaan warna yang kontras,penggunaan garisan kontur yang jelas dan rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama catan ini. Pada era ini juga lahirlah ramai pelukis-pelukis yang tersohor di seluruh dunia dan kemasyuran ini kekal sehinggalah ke generasi hari ini. Di antara pelukis tersebut adalah seperti Vincent Van Gogh, Paul Gauguin,Georges Seurat, Paul Cezanne, Henri de Toulouse-Lautrec, Edward Munch dan Henri Rousseau. Contoh karya Geoges Seurat dalam catannya ialah A Sunday on La Grande Jatte yang menggunakan teknik Pointilism dan antara hasil karya Van Gogh terkenal ialah The Starry Night.Menurut Orvirk (1994) Ekpressionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama dengan masyarakat. Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka.Mereka juga berkarya mewakili perasaan masyarakat tentang ketidakpuasan hati, rasuah, penindasan, kemiskinan dan juga keganasan. Era Ekpressionisme bermula dan berkembang secara aktif di Jerman. Pelukis dari aliran ini terbahagi kepada du kumpulan yang pertama kumpulan yang digelar The Bridge (die Brucke). Pelukis Ekpressionis daripada kumpulan ini menghasilkan karya dengan mengenetepikan dan menidakkan peraturan akademik. Mereka percaya dengan berkarya secara demikian mereka telah Berjaya menghasilkan satu gaya dan aliran yang baru. Di antara pelukis yang terkenal dari kumpulan ini ialah Street,Berlin. Catan ini menggunakan susunan figura secara menegak dan menggunakan warna-warna gelap bagi mengambarkan suasana suram dan sedih serta penggunaan sapuan berus yang kasar menunjukkan masyarakat pinggir bandar mewah dan berkuasa.Kumpulan yang kedua digelar The Blue Rider(der blaue reiter).falsafah dan pegangan daripada kumpulan ini adalah menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai yang murni dan mesej yang baik pada hasil seni. Beliau percaya bahawa seni itu merupakan satu replica perasaan dalaman seseorang.Contoh catannya yang bertajuk Blue Mountain yang dipengaruhi oleh catan dari era Fauves.Warna-warna utama yang tidak campur dengan sebarang warna lain serta penggunaan sapuan berus yang agresif. Penggunaan warna terang dan gubahan komposisi yang terancang menyebabkan catan begitu menarik sekali. Contoh catan yang lain ialah catan yang berjudul With The Black Arch No:154. Catan ini adalah merupakan gambaran beliau tentang perasaan dan juga penonton pada pentas kehidupan. Catan ini juga gabungan daripada bentuk dan kombinasi warna panas dan warna sejuk bagi mewujudkan satu komposisi yang menarik. Catan ini juga yang terawal yang mula mengaplikasikan gaya abstrak. Di samping nolai estetik yang tinggi, catan ini juga merupakan satu penggayaan baru dalam penghasilan catan. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang sangat berpengaruh pada era ini.Malahan beliau juga dikenali sebagai orang pertama menggunakan pendekatan nonrepretational dan juga pure abstaractionEra Kubisme ini adalah merupakan era yang banyakmempengaruhi dan menjadi rujukan pelukis pada awal abad ke 20.dalam menghasilkan karya. Era ini bermula pada tahun 1902. Danial Kahnweiler seorang pelukis Jerman merupakan peneraju utama era ini.Menurut Sheppard (1987), Kubisme bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang dipermudahkan kepada abstrak. Era ini bermula selepas era Fauvism. Era Kubism ini juga dikenali sebagai ibu kepada semua jenis seni abstrak.Ianya adalah penggantian kesan visual imressionis dengan penukaran objek ke arah bentuk dan warna yang berkonsepkan intelektual. Konsep Kubism ini adalah untuk membebaskan bentuk daripada rupa semulajadi mengubahnya kepada satah-satah dari pelbagai sudut pandangan.Terdapat tiga ciri yang utama dalam konsep Kubism ini iaitu cahaya terang, konsep permukaan atau latar belakang objek dari sudut pelbagai panda ngan dan pengamatan dan mengambarkan bahagian yang terlindung. Era Kubism ini terdiri juga daripada empat peringkat yang utama iaitu pertama, Proto-Ciubsm (1908-1908). Pada peringkat ini adalah peringkat awal bermulanya era Kubisme di mana catan yang dihasilkan oleh Picasso da Georges Braque banyak dipengaruhi oleh karya dan gaya Cezzanne dan Mattise. Bentuk dan imej yang digunakan dalam penghasilan catan telah dipermudahkan. Pada peringkat yang kedua ialah Analitik (analytic) Cubisme (1908-1911). Pada peringkat ini bentuk asal imej telah dipecahkan kepada satah-satah berbentuk geometric. Sudut pandangan 360 darjah pada objek telah di gambarkan di samping penggunaan warna monochromatic. Pada peringkat Kolaj (1902-1912), iaitu peringkat ke tiga ini pelukis menjadikan alam benda sebagai tema. Pelukis menggunakan teknik tempatan yang dinamakan kolaj.Keratan akhbar dan majalah dipotong dan dijadikan bahan untuk menghasilkan karya. Dan peringkat terakhir ialah Sintetik Cubisme (1912-1930) yang mana pada peringkat ini pelukis mengambarkan kembali bentuk asal imej yang digambarkan dengan menggunakan warna-warna yang cerah dan terang.Tema yang digunakan dalam era Kubisme ini ialah berkisar pada realitI kehidupan dan fakta yang sebenar. Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan karya yang bersifat revolusi, politik, propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka juga menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360 darjah. Seorang pelukis yang terkenal juga dikenali sebagai bapa Kubism dan juga Bapa Kepelbagaian (Master of Cubisme and Master of Diversiity) adalah Pablo Picasso. Beliau dilahirkan di Malaga, Sepanyol pada tahun 1881. Era Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism.Subjek dan tema yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia dan mesin.Mereka juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan kecanggihan teknologi. Diantara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Giocomo Balla yang berasal dari Itali.Dalam catannya yang berjudul Dynamism of Dog on a Leash, beliau menggambarkan pergerakan yang begitu ketara dan terserlah sekali pada subjek yang digunakan.Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minya di atas permukaan kanvas yang dihasilkan pada tahun 1912. Dalam catan ini Balla menghasilkan catan yang menunjukkan pergerakan pada imej dan objek yang digunakan. Pada era kini pelukis tidak lansung mempedulikan tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan catan. Bagi mereka,perkara yang paling penting adalah gambaran pergerakan berbanding dengan elemen-elemen seni visual yang lain. Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Marcel Duchamp, Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey.Seni abad ke 20 ini adalah merupakan kesinambungan penambahan dan perkembangan aliran era seni daripada abad ke 19 di negara-negara Barat dan juga negara-negara Eropah. Di abad ini jugalah pelukis, penulis, jurugambar bergabung bagi menyuarakan bantahan dan menyalurkan ketidakpuasan hati kepada pemerintahan.Mereka menjadi orang perantaraan di antara masyarakat bawahan dan golongan pemerintah.Seni pada abad ke 20 ini terdiri daripada era Dadaism, era Surrealism, era Seni Pop dan era Minimilisme.Kebanyakan catan yang dihasilkan pada zaman ini adalah bertemakan kearah protes,kritikan serta luahan ketidakpuasan pada pihak pemerintah dan perjuangan kepada kebebasan serta demokrasi.Era Dadaisme ini adalah merupakan permulaan kepada catan yang dihasilkan untuk tujuan memprotes secara terbuka terhada kekejaman yang berlaku semasa perang dunia pertama. Da,Da bermaksud Ya,Ya (yes,yes). Pelukis pada era ini meluahkan apa yang mereka rasa bukannya gaya individu seperti era sebelumnya. Menurut Janco, M Dadasime ini bukannya satu tempat di mana para pengkarya belajar untuk menghasilkan catan, tetapi ianya adalah satu era yang memberikan amaran yang tegas di sampingmenidakkan unsur-unsur nilai yang menidakkan kebiasaan serta spekulasi. Ianya adalah satu bentuk luahan protes yang digambarkan melalui semua bentuk seni. Pada era Dadaisme ini juga pelukisnya menolak semua unsur-unsur di sekeliling. Mereka cuma menerima nilai-nilai estetik sahaja. Di antara subjek yang digunakan bagi menghasilkan karya pada era ini adalah figura manusia dan alam benda. Di antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Marchel Duchamp. Karya yang berjudul L.H.O.O.Q., dihasilkan berdasarkan pada catan Monalisa yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci. Era ini merupakan pecahan serta lanjutan daripada era Dadaism. Pada tahun 1920 sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul serta mengadakan satu seminar tentang minda dan pemikiran di bawah sedar. Bertolak dari situlah wujudnya era Surrelisme ini.Mereka mengadakan satu perdebatan tentang minda di bawah sedar dan imaginasi. Mereka telah mengambil kira pendapat Singmund Freud, seorang ahli psikologi dan falsafah yang menulis berkenaan minda bawah sedar ini. Bertolak daripada situlah pada tahun 1942 mereka telah bersetuju untuk melancarkan era Surrelisme ini di Paris. Manifesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah sedar di alam mimpi dan juga di alam fantasi.Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan Miro.Kedua pelukis ini berasal dari Sepanyol. Kedua-dua orang pelukis ini mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza. Di antara catan yang terkenal pada era ini ialah berjudul The Persistence of Memory yang dihasilkan oleh Salvador Dali. Ianya dihasilkan pada tahun 1931 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Catan ini adalah gambaran Dali tentang ruang dalaman dan ruang ilusi beliau tentang pentingnya masa dan nostalgia masa lampaunya. Imej jam lembut dan hampir cair mewakili masa dan juga pengalaman lampaunya. Beliau juga menggambarkan alam semula jadi di bahagian belakang nagi menunjukkan ruang dalaman yang jelas dalam catan ini. Di samping itu juga menggunakan gabungan warna panas di bahagian latar belakang dan warna sejuk di bahagian latar depan bagi menunjukkan perbezaan ruang hadapan dan ruang belakang.Era seni pop ini adalah merupakan satu era yang menggunakan imej dan subjek yang popular dan terkini. Perkataan Pop itu adalah merupakan singkatan bagi perkataan popular. Era ini sangat terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang ianya masih lagi menjadi rujukan pelukis generasi sekarang. Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakannya lebih menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial.Pada era ini pelukis menggunakan cetakan sutera da air-brush sebagai media untuk menghasilkan karya.Era ini sangat popular di London dan Amerika Syarikat di sekitar tahun 1950an. Richard Hamilton seorang pelukis yang popular pada era ini mengatakan bahawa seni Pop itu selaunya akan dikaitkan dengan perkara-perkara berikut iaitu popular, Transient, Expendable, Low-cost,Mass-Produced, Yong, Witty, Sexy, Gimmicky, Glamorous dan Big Bussiness.Dalam catannya yang berjudul Just What Is It That Make Todays Home So Different, So Appealing? Yang dihasilkan dengan menggunakan teknik collage. Catan ini menggunakan imej-imej yang diambil dari budaya popular dalam masyarakat seharian. Penggunaan imej figura manusia lelaki serta wanita yang berkeadaan seksi dengan gaya fesyen semasa, tanda-tanda iklan dan potret presiden Amerika yang tergantung di situ. Keseluruhan imej yang digunakan adalah merupakan gambaran terhadap masyarakat dan corak kehidupan social masyarakat Amerika ketika itu. Penggunaan ski warna-warna yang cerah juga merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan era seni pop ini. Di samping itu seni pop ini juga merangkumi hasil karya berbentuk komik, jenama barangan yang terkenal, papan tanda iklan, surat khabar, wayang dan juga televisyen lagi pelukis yang terkenal pada zaman kemuncak kegemilangan era ini ialh Andy Warthol.Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau masih lagi popular sehingga kini. Imej popular yang digunakan pada catannya termasuklah gambar selebriti terkenal Elvis Presley dan Merilyn Monroe. Penggunaan jenama makanan seperti Campbell Soup dan juga pakaian Levis menjadi pilihan beliau dalam menghasilkan karya. Karyanya yang berjudul Marilyn dihasilkan beliau pada tahun 1967 dengan menggunakan teknik cetakan Serigraph di atas kertas.Era seni minilisme ini adalah merupakan era di mana penggiat seni menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan saiz imej utama yang mereka gambarkan. Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak memetingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih memetingkan unsur psikologi dan symbol. Era ini pada awal tahun 1960an. Penggunaan skim warna juga sangat terhad pada era ini. Di antara pelukis yang popular pada zaman ini ialah Frank Stella,Donald Judd dan Kasmir Malevich.Malevich adalah di antara pelukis yang Berjaya mencipta nama standing dengan Van Gogh dan juga Jackson Pollock. Di antara karyanya yang terkenal ialah Suprementist Composition: White on white yang menggunakan cat minyak atas kanvas.

SENI ORIENTAL CHINAKesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan kepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian merupakan salah satu faktor yang membantu negera China ataupun Tamadun China untuk mencapai kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi.

Seni Oriental ChinaSeni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejak pada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri china merupakan tempat yang yang popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakan tembikar di merata dunia hampir datang daripada negeri tersebut. Jelasnya, negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang merupakan antara yang terbaik di dunia.Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasu masih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagai contoh, tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Seterusnya, tembikar Zaman Wangsa Han, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam dan copper oxide.Seni Tembaga ChinaSeni tembaga China dipercayai bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian tembaga pada ketika itu adalah peralatan rumah dan peralatan untuk sembahyang yang ditiru daripada bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang yang lazim digunakan adalah untuk kegunaan harian dan istiadat keagamaan. Tembaga dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Ding, alat untuk mengisi arak, alat untuk mengisi makanan, alat untuk mengis air, alat muzik, senjata untuk peperangan, pengukur, cermin gangsa dan peranti yang lain. Salah satu pola yang paling umum dari gangsa, adalah taotie, juga dikenali sebagai wajah haiwan seperti naga, harimau, rusa, burung dan lain-lain lagi. Tembaga juga digunakan dalam ritual pengorbanan. Peralatan ritual keagamaan adalah seperti lampu, peranti merokok, aksesoris bangunan dan sebagainya.

Catan ChinaSebenarnya, lukisan tradisional China telahditemui dan dikembangkan dari 4000 sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang lebih daripada 6000 tahun. Padaperingkat awal,lukisanChinaamat berkait rapatdengan ukiran di ataskraf,perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan kebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme dan Confucianisme. Semasa DinastiSong(960-1127) pula, lukisan yang berunsurkan keagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripada kehidupan seharian para penduduk pada zaman tersebut. Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan untuk menghasilkan lukisan-lukisannya. Sebagai contohnya, lukisan bunga dan burung telah dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan bunga,buah-buahan,serangga dan ikan sebagai subjek matter.Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China. Setiap media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti berus China, ia lebih kurang sama dengan berus biasa yang digunakan oleh pelukis untuk lukisan cat air di negara barat yang lain. Berus China ini pula mempunyai bulu yang lebih halus berbanding dengan berus barat pada masa itu. Terdapat beberapa jenis berus China yang digunakan oleh para pelukis iaitu, Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai ketam berus cakar dan saiznya kecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan bunga-bunga. Lan Yu Chu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh. Media lain iaitu, kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti lertas itu dicipta dan diperbuat daripada pelbagain bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan. Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza. Kertas yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat menyerap air dan dakwat.kertas China biasa dikenali sebagai rice paper dalam bahasa Inggeris. Dalam penggunaan warna pula, cara penggunaan warna di China berbeza berbanding dengan cara penggunaan warna di Barat. Warna yang digunakan di negara China biasanya pudar sahaja. Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada masa itu bukan digunakan untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China. Perlambangan dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan merupakan perlambangan bagi setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan gunung,qi- atmosfera dan hsing bentuk. Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga unsur yang biasanya muncul dalam sesebuah catan Cina. Gunungberlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan cerah melambangkan keharmonian,malah awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Pokokbesar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki.Pokok buluhpula melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu.Pokok orkid melambangkan musim luruh manakalapokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikanpula melambangkan pertambahan rezeki. Jika ikan yang bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam melambangkan kehidupannya biasa sahaja.Ikan kelisamelambangkan kekayaan dan keuntungan juga. Sungai pula melambangkan kegembiraan dan keharmonian.Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses penghasilan catan China, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya sepertimelukis tanpa sombongyang bermaksud, mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi mempertingkatkan mutu catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu dan berkualiti. Dalam hal ini, boleh dilihatkan bahawa, pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalahtidak menghadapi kerja dengan lalai. Falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Jika setiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri, maka lebih banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan.Hukum Catan ChinaHukum catan China merupakan asas yang penting dalam menghasilkan sesebuah karya aliran China. Terdapat enam ciri ataupun boleh disebut sebagai kriteria dalam hukum catan China. Keenam-enam kriteria ini adalah berasaskan prinsip Shi-Vitalize Spirit. Kriteria yang pertama ialah penggunaan warna secara monokrom dalam sesebuah karya China. Penggunaan cat air ini adalah dalam ton warna yang terhad dan kesan ini akan memberi impak yang mendalam. Warna yang sering digunakan dalam karya China ialah warna hitam atau coklat. Kedua-dua warna ini adalah tergolong dalam media dakwat. Selain itu, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam catan China. Komposisi adalah merupakan ruang atau sudut dimana ia mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ruang atau sudut ini juga dikenali sebagai ruang keemasan. Fungsi komposisi ini adalah untuk menonjolkan dan menarik lagi perhatian orang ramai.Di samping komposisi, wujud juga ton dan suasana untuk memberi suasana yang lebih ghairah dan dinamik dalam sesebuah karya. Dalam penghasilan ton dan suasana, prinsip Chi Yun Sheng Tung telah diaplikasikan dalam karya tersebut. Prinsip Chi Yun Sheng Tung merupakan salah satu daripada enam prinsip dalam menghasilkan catan China. Prinsip ini membawa maksud getaran rohani atau perasaan pelukis. Dengan ini, prinsip ini adalah amat berguna dan penting dalam proses penghasilan catan China. Kriteria keempat ialah struktur dan sapuan berus. Dalam catan China, sapuan memberi sesuatu pergertian. Di samping itu, ia dibuat secara spontan dan merupakan simbol kepada semula jadi. Selain itu, lakaran merupakan proses pertama dalam penghasilan sesuatu karya. Lakaran memangpenting kerana lakaran adlah pembentukan awal sesuatu gambaran. Tidak kira sama ada karya itu catan China atau Barat, lakaran adalah proses yang pertama dalam penghasilan karya seni. Kriteria yang terakhir adalah berhubungkait dengan objek. Dalam sesuatu karya, pelukis harus berfikir tentang kesesuaian lukisan dengan objek yang ingin dilukis olehnya. Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalamannya. Sebagai contoh, pokok dengan bunga merupakan pasangan yang sesuai. Sekiranya pokok dengan komputer, komputer atau pokok tersebut akan menjadi penegasan terhadap satu sama lain.

Catan Landskap ChinaCatan landskap Cina menggambarkan keindahan panorama alam semula jadi yang nyata dan memberi pengaruh yang luas serta mengambil tempat yang istimewa dalam seni catan Cina.Dalam catan landskap China, bumi ataupun lebih khusus gunung dan air merupakan dua aspek terpenting dalam landskap Cina, sesuai dengan pengertian landskap ataupun shan-shui yang bermaksud gunung dan air. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan berus dan cat air serta kertas beras. Media ini merupakan media utama kepada catan seni Cina. Menurut buku Segerak Yusof Ghani, seniman besar China, Kuo His pernah menyebut anak sungai adalah salur nadi ataupun urat-urat kepada gunung. Dalam landskap Cina, aliran air dikelilingi oleh gunung-ganang serta batu-bata besar yang dilukis berkepul-kepul seperti awan.Pelukis-pelukis Cina gemar mengembara ke seluruh pelosok alam ini untuk mengkarya. Hal ini demikian disebabkan oleh mereka ingin menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Dalam catan landskap Cina, kebanyakannya menerangkan kepercayaan kaum Cina bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Ini dipaparkan dengan imej figura manusia yang kecil seringkali ditampilkan dalam komposisi alam semula jadi yang luas bagi menunjukkan kekerdilannya serta menyedarkan bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam. Malah, catan yang dihasilkan juga mempunyai falsafah dan sajak yang menyampaikan perasaan hati pengkarya.Dalam catan landskap Cina, binaan struktur landskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelukis dalam mengkarya dan memahirkannya. Pertama sekali ialah pembahagian objek utama dan sekunder. Biasanya, benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dalam catan landskap Cina dikatakan objek utama. Kedua, sifat memberi dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan diperlukan dalam pemandangan pada sesebuah catan landskap Cina. Seterusnya, sifat nyata dan kabur yang dipaparkan pada catan. Biasanya, sifat nyata dalam catan akan menonjolkan sesuatu perasaan yang lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan. Meninggalkan tempat kosong dalam catan landskap Cina merupakan teknik yang penting dalam lukisan Cina supaya lukisan tersebut dikatakan elegant dan ruang ini dapat membezakan lapisan lukisan. Kesan berus yang padat atau jarang juga penting agar sesuatu catan landskap Cina tidak kelihatan kaku. Beberapa ciri terdapat dalam catan landskap Cina iaitu tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Seseorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni dan terjemah falsafahnya melalui catan. Tambahan pula, konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan landskap Cina iaitu keseimbangan kekuatan dan kelemahan. Kaum Cina percaya elemen-elemen dalam ala mini adalah saling melengkapi. Contohnya, gunung, kuda hitam dan ayam jantan mewakili Yin manakala kabus, air, awan, bunga dan lembah ialah Yang.

Seni Arca dan Ukiran ChinaSeni arca China dan seni ukiran China dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca yang berbentuk harimau dan burung hantu yang diperbuat daripada marmar. Perkembangan seni arca China bermula pada zaman Dinasti Tang seiring dengan perkembangan seni lukis. Agama Buddha banyak memainkan peranan dalam seni arca China. Hal ini dapat dikesan melalui patung-patung yang dihasilkan di kuil. Misalnya, terdapat banyak imej-imej Buddha ditemui dalam candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di Gua-gua Tun Huang, Kansu juga terdapat imej-imej Buddha yang diukir pada dinding dan arca-arca tersebut adalah diperbuat daripada batu, tembaga dan tanah liat yang telah diwarnakan. Kemudiannya, orang China telah menggantikan patung-patung keagamaan itu secara beransur-ansur dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda yang bersama dengan penunggang dibuat kerana patung tersebut dapat menggambarkan sifat kepahlawanan China. Seni ukiran China pula dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, batu, tanah liat dan kayu. Tambahan pula, seni ukiran China juda dibuat di kubur dan di dinding gua. Pada Dinasti Shang, pengukinya menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Bukan sahaja Dinasti Shang, Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir. Seni Kaligrafi ChinaKaligrafi China adalah salah satu seni kaligrafi tertua di dalam sejarah peradaban manusia. Tradisi kaligrafi China berasal dan berkembang dari negara China, khususnya penulisan aksara Cina dengan menggunakan dakwat dan kertas. Sedangkan untuk kaligrafi, bentuk-bentuk ini mengalami perubahan yang sifatnya memperindah. Terdapat banyak gaya penulisan dalam seni kaligrafi China. Misalnya, skrip cop mohor (zhuanshu), skrip rasmi (lishu), skrip rumput atau dikenali sebagai tulisan kursif (caoshu), skrip standard (kaishu), skrip berlari atau dikenali sebagai tulisan separa kursif (xingshu). Ahli kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan, tetapi mereka agak menjurus kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjab Rumi, terdapat pelbagai mukataip yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya arts individu atau sekolah-sekolah kaligrafi.Terdapat beberapa ciri penting yang diberikan perhatian dalam menghasilkan suatu karya yang berkualiti. Antaranya ialah unsur tebal tipis goresan, komposisi dan teknik sang kaligrafer ketika menggoreskan tinta. Kaligrafi ini juga membawa kepada banyak lagi bentuk seni di Asia Timur, termasuk mengukir cap mohor, penindih kertas hiasan dan batu dakwat. Dalam sehari-hari, lukisan kaligrafi China ini menghiasi dinding-dinding rumah atau toko milik warga keturunan Cina. Kaligrafi ini mengandungi makna dan filosofi tertentu bagi mereka yang mengerti. Seni kaligrafi China digunakan untuk mempersembahkan berbagai-bagai ungkapan, seperti kata-kata mutiara, duka cita, ucapan perkawinan atau ulang tahun.Seni Bina ChinaSeni bina China adalah merujuk kepada sesuatu gaya seni bina yang sudah ada di Asia untuk beberapa abad. Seni bina China telah dikatakan setua Tamadun China sendiri. Sejak dari Dinasti Tang lagi, pengaruh besar dari seni bina China telah dapat dilihat dalam gaya seni bina Vietnam, Korea dan Jepun. Seperti seni bina yang lain, seni bina China juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri di mana seni bina China ini lebih kepada prinsip simetri dan juga keseimbangan. Dalam seni bina China, terdapat empat bahagian penting dalam seni bina China iaitu dinding, pintu gerbang, bumbung dan hiasan. Batu bata merupakan elemen atau bahan penting dalam bahagian pembinaan dinding dan begitu juga kayu. Dinding bata mempunyai jubin (tiles) yang licin serta berwarna. Terdapat juga dinding nipis yang mana diperbuat daripada kayu. Dalam bahagian pintu gerbang pula, kayu merupakan elemen penting dan ianya dibina secara bertingkat. Fungsi bagi pintu gerbang ini adalah sebagai pintu masuk ke kuil, tugu, tempat perkuburan dan bandar. Selain itu, bumbung juga merupakan salah satu bahagian penting dalam seni bina China. Bumbung selalunya mempunyai hiasan dan ukiran yang menarik. Ianya disusun secara bertingkat dan mempunyai atap genting yang berwarna. Terdapat pelbagai jenis bumbung dalam seni bin China iaitu bumbung panjang, bumbung piramid dan bumung lima. Dalam hiasan pula, hiasan seni bina China lebih banyak menunjukkan ciri-ciri kebangsaan iaitu negara China itu sendiri. Hiasannya pula lebih kepada bentuk binatang dan manusia. Selain empat bahagian penting itu tadi, terdapat juga seni bina China yang lain iaitu pagoda, pai lou iaitu pintu pagar atau tugu peringatan, jambatan, istana dan rumah kediaman.

SENI MALAYSIAPerkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca.Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya, perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:a. Zaman sebelum Perang Dunia Keduab. Zaman selepas Perang Dunia KeduaTahun 20anTerdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun.Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924.Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist.Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Abdullah ArifTahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang.Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat.SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh.Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga.Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya.Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.Tahun 1930anPada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua.Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy.Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris. Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang.Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini.Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai.Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941.Tahun 1940anPada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat.Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini.Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil.Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art.Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.

Mohammad Hoessein EnasSelepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur .Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal.Tahun 1950anPada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk Tempat Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali.Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka.Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Syed Ahmad Jamal

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran. Dzulkifli Buyong Jolly Koh

Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas.APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu.Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia.Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah.Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama.Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Chuah Thean Teng

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959.dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan.Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri.Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya.Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun.Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966.Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu.Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Tahun 1970an

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Redza Piyadasa

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Abdul Latiff Mohidin

Tahun 1980an

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan.Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.


Top Related