Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
1
Selamat Datang Ke PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
(PERKEM) KE-12, 2017
12 – 13 SEPTEMBER 2017
PERSADA CANSELORI, UKM dan
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA, BANDAR BARU BANGI
Anjuran PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Dengan kerjasama YAYASAN TUN ISMAIL MOHAMED ALI
& MAJLIS PROFESOR NEGARA
Penaja
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR UNIT ZAKAT UKM
MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
KELESTARIAN PEMBANGUNAN EKONOMI: KE ARAH
TRANSFORMASI DASAR YANG HOLISTIK, INKLUSIF DAN FUTURISTIK
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
2
Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya lafazkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin serta kurnia-Nya, PERKEM kali ke-12 dapat dianjurkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) kerana telah berganding bahu bersama menganjurkan persidangan ini. Tema yang dipilih iaitu ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke Arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’ adalah sangat bertepatan dengan cabaran ekonomi semasa. Saya yakin persidangan ini dapat turut dijadikan sumber input tambahan kepada pihak kerajaan dalam merangka, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan negara. Tambahan lagi, isu-isu nasional yang dikupas dalam persidangan ini seperti isu cabaran Malaysia menghadapi revolusi perindustrian 4.0, peningkatan kos sara hidup, ketahanan fiskal, daya saing ekonomi negara, kesejahteraan sejagat serta isu-isu di peringkat global yang lain adalah sangat relevan kepada negara. Isu-isu yang dibangkitkan ini memerlukan transformasi dasar yang lebih bersifat holistik, inklusif dan futuristik demi memastikan kesejahteraan masyarakat dan kelangsungan pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan.
Saya berharap persidangan yang menemukan para ilmuan, penyelidik, penggubal dasar dan pengamal di sektor awam dan swasta, dapat menjadi platform bagi membincang dan menghalusi, di samping memberi cadangan baharu kepada pihak kerajaan untuk mengukuh dan membuat penambahbaikan dasar-dasar pembangunan negara. Selain itu, saya juga berharap PERKEM ke-12 ini dapat mencipta inovasi dalam menjana hasil penyelidikan yang berimpak tinggi untuk kepentingan negara. Bagi pihak Kementerian Kewangan Malaysia, kami sentiasa menyokong sebarang inisiatif penganjuran persidangan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Akhir kalam, saya doakan semoga persidangan ini berjalan lancar dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Selamat Maju Jaya. Sekian, terima kasih.
Sekapur Sirih Timbalan Menteri Kewangan I
Sekapur Sirih Timbalan Menteri Kewangan I
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
3
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM kerana sekali lagi telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) kali ke-12 pada tahun ini. Penganjuran persidangan ini dengan kerjasama Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali dan Majlis Profesor Negara diharapkan dapat memberi manfaat kepada industri dan masyarakat. Kejayaan menganjurkan persidangan ini membuktikan keprihatinan dan kesungguhan ahli akademik di Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM khususnya bersama-sama dengan ahli akademik dari universiti awam dan swasta serta pengamal dari sektor awam dan swasta untuk mengupas isu-isu ekonomi semasa dalam negara dan global. Justeru, saya berharap persidangan yang menghimpunkan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi ini dapat mencetuskan perkongsian idea baharu untuk kepentingan negara dan masyarakat. Saya berharap pembentang kertas kerja dapat menjadikan persidangan ini sebagai satu platform untuk menambah baik mutu penulisan seterusnya menghasilkan karya dalam jurnal yang berimpak tinggi. Hasil penyelidikan yang dibentangkan dalam persidangan ini dapat memberi input yang relevan kepada penggubal dasar, pihak swasta dan pelbagai pihak berkepentingan dalam memperkasa pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan. Saya berharap agar penganjuran persidangan kali ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk menyerlahkan sumbangan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM kepada negara dan masyarakat. Sekian,
PROF. DATO’ SERI DR. NOOR AZLAN GHAZALI Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Selayang Pandang Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
4
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sehati Sejiwa. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia untuk kali yang ke-12 (PERKEM ke-12) pada tahun 2017. Justeru, saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada urusetia persidangan dari Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM kerana telah berganding bahu dan berkorban masa serta tenaga untuk menjayakan penganjuran persidangan ini. Setelah lebih sedekad penganjurannya, PERKEM ke-12, 2017 mula menunjukkan kematangannya dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Semoga PERKEM kali ini akan terus memberi input yang berguna kepada pembangunan masyarakat dan negara. Akhir kata, saya mendoakan agar PERKEM ke-12 berlangsung dengan jayanya. Saya percaya dengan kerja keras dan usaha yang gigih, PERKEM mampu muncul sebagai sebuah persidangan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara ini. Semoga pada tahun hadapan kita akan bertemu lagi di persidangan ini.
Seuntai Kata Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
5
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan penuh rasa kesyukuran, program tradisi anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM iaitu Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) telah berjaya dilaksanakan buat kali ke-12 pada tahun 2017. Pada tahun ini, penganjuran persidangan telah berkerjasama dengan Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) dan Majlis Profesor Negara (MPN).
Persidangan kali ini dengan tema ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke Arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’menyaksikan sebanyak 120 kertas kerja akan dibentangkan dalam tempoh dua hari persidangan, di samping sesi ucaptama dan sesi forum yang membincangkan isu berkaitan arah tuju Malaysia dalam menghadapi revolusi perindustrian 4.0 (Fourth Industrial Revolution) oleh tokoh-tokoh tersohor negara. Di samping itu, persidangan ini telah disertai oleh individu daripada pelbagai latar belakang kemahiran seperti ahli akademik, penyelidik, pentadbir, pembuat dasar, pelajar siswazah, serta kakitangan kerajaan dan swasta. Penyertaan mereka dapat mengupas pelbagai isu daripada perspektif yang berbeza, di samping dapat menyumbang input yang bernas kepada pihak berkepentingan untuk mengukuhkan lagi program pembangunan sosio-ekonomi negara.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia PERKEM ke-12 yang bertungkus-lumus mencurahkan idea dan tenaga sehingga merealisasikan persidangan ini. Bagi pihak jawatankuasa penganjur PERKEM ke-12, dengan rendah hati saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan persidangan pada kali ini, khususnya kepada penyumbang dana, perasmi, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI), Majlis Profesor Negara (MPN), Unit Zakat UKM, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), penyumbang kertas persidangan, kedekanan, Pusat Pengajian Ekonomi, serta pihak lain yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung.
Sekian, salam hormat dan terima kasih. DR. HAIRUNIZAM WAHID Pengerusi Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017 (PERKEM KE-12)
Sebaris Tinta Pengerusi PERKEM ke-12, 2017
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
6
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejantera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi telah berjaya menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia untuk kali yang ke-12 (PERKEM ke-12) pada tahun 2017. Pastinya, persidangan pada tahun ini amat lebih bermakna kerana buat julung kalinya dianjurkan bersama dengan Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM) dan Majlis Profesor Negara (MPN). Saya, bagi pihak jawatankuasa penganjur bersama dalam mengadakan sesi ucaptama dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para peserta dan tetamu jemputan dalam menjayakan persidangan ini yang julung kalinya bekerjasama dengan Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM). Tema ucaptama persidangan pada kali ini adalah Inftrastructure Development and Financial Education atau Pembangunan Infrastruktur dan Pendidikan Kewangan, yang bertujuan untuk menyalurkan informasi terkini, berkongsi pengetahuan dan pengalaman pengucaptama dalam bidang kewangan dan pelaburan selain dapat memberi sumbangan tanggungjawab sosial dan masyarakat ke arah meningkatkan pembangunan modal insan negara. Selain itu, seminar ini juga merupakan platform komunikasi antara penyelidik, tetamu undangan, pendidik, ahli jawatankuasa dan masyarakat amnya. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa seminar yang telah berkorban masa, tenaga dan fikiran demi menjayakan Persidangan PERKEM ke-12 ini. Sokongan daripada semua peserta dan tetamu jemputan bagi menjayakan dan melancarkan persidangan ini juga amat dihargai. Semoga seminar ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Salam hormat
PROF. MADYA DR. NORAZLAN ALIAS Pengurus Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM)
Seulas Pinang Pengurus Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
7
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 (PERKEM ke-12) 2017
Kelestarian pembangunan Ekonomi adalah elemen yang penting dalam pembangunan jangka panjang negara. Sebagai persediaan ke arah itu, TN 50 atau Transformasi Nasional 2050 telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak yang merupakan satu inisiatif pembangunan negara merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.
Namun begitu, dalam mencapai kelestarian pembangunan ekonomi, satu bentuk transformasi dasar perlu dilaksanakan agar objektif serta matlamat negara mencapai status negara berpendapatan tinggi dapat dicapai dan di masa yang sama memastikan pertumbuhan ekonomi negara adalah mapan dan seimbang dalam pelbagai aspek. Beberapa aspek serta anjakan paradigma perlu diberi perhatian oleh negara dalam mentransformasikan dasar negara termasuklah aspek holistik, inklusif dan futuristik. Antara isu serta fokus anjakan paradigma yang perlu diberi perhatian adalah seperti meningkatnya populasi yang memberi tekanan ke atas sumber-sumber, alam sekitar dan bekalan makanan serta air, isu peningkatan jangka hayat dan implikasi terhadap persekitaran kerja, kos penjagaan kesihatan, keselamatan sosial dan sebagainya. Isu lain adalah seperti anjakan dalam pekerjaan dan latihan, perubahan iklim, peralihan kuasa ekonomi yang melibatkan kemunculan kuasa baru Asia seperti India, China dan Indonesia serta kemajuan dalam sains dan teknologi.
Kesemua elemen ini amat penting dalam mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi. Lebih daripada itu, sudah semestinya Malaysia ingin menjadi negara
Latar Belakang
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
8
maju yang amat mementingkan kelestarian pembanguan dan masyarakat yang berkualiti dari segi sikap, nilai-nilai murni dan first class mentality yang mempunyai idea dan gagasan pemikiran terkehadapan. Namun begitu adalah amat penting juga agar segala dasar yang dirangka oleh kerajaan tidak meminggirkan mana-mana golongan serta negeri di Malaysia. Atas justifikasi tersebut, seminar kali ini mengutarakan satu tema bersifat holistik, inklusif dan futuristik selari dengan hasrat pemimpin, pembuat dan pelaksana dasar dan setiap golongan masyarakat dengan tema ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Transformasi Dasar ke arah Holistik, Inklusif dan Futuristik’ sebagai tema PERKEM ke-12 pada tahun ini.
Justeru dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi melangkaui wawasan 2020 dan ke arah TN 2050, perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu berlaku secara holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan tanpa mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat futuristik yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di masa akan datang. KELESTARIAN PEMBANGUNAN EKONOMI: KE ARAH TRANSFORMASI DASAR YANG HOLISTIK, INKLUSIF DAN FUTURISTIK
Mengenal pasti cabaran dan kekangan yang perlu dihadapi dalam usaha mecapai kelestarian ekonomi.
Berkongsi dan bertukar idea dalam kalangan ahli akademik, penggubal dasar, pengamal, dan penyelidik mengenai langkah-langkah yang pragmatik untuk menangani isu-isu sosio-ekonomi semasa.
Membincangkan penemuan terkini kajian dan mencadangkan strategi sebagai panduan dalam menghadapi perubahan dan ketidaktentuan dalam persekitaran ekonomi tempatan dan juga global.
Tema
Objektif
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
9
Unit Zakat UKM bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal zakat di UKM. Hal ini wujud selepas satu MOU telah ditandatangani antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun 2007. Dimana, UKM memperolehi satu platfom yang berautoriti untuk melaksanakan kutipan dan agihan di dalam kampus UKM. Berada di bawah Jabatan Bendahari, menjadikan Unit Zakat UKM lebih efisien dalam menjalankan tugas mengurus zakat di UKM. Data menunjukkan bahawa dari tahun 2012 sehingga 2016, jumlah kutipan zakat di UKM adalah sebanyak RM 37.571juta manakala agihan pula adalah sebnyak RM 15.439 juta. Jika dilihat kepada jumlah agihan zakat, secara puratanya adalah separuh daripada jumlah kutipan, ialah kerana berdasarkan MOU yang telah ditetapkan iaitu 50% dari keseluruhan kutipan akan diagihkan di UKM dan selebihnya akan dipulangkan kepada LZS untuk diagihkan. Dana zakat UKM telah berjaya membantu mengraduasikan lebih 15,081 mahasiswa dari pelbagai bidang dan kepakaran melalui lebih daripada 15 bentuk bantuan yang ditawarkan sejak 2012. Kelestarian dalam menyantuni asnaf menjadi tunjang utama objektif pengurusan zakat di UKM. Begitu juga dalam pengurusan kutipan, pelbagai kemudahan ditawarkan bagi memudahkan pembayar antaranya melalui Skim Potongan Gaji, tunai di kaunter, debit dan kredit kad, cek, bank transfer dan lain-lain. Disokong dengan keadaan kaunter yang kondusif dan tempat letak kereta yang mudah diakses, ianya amat memberi keselesaan kepada pembayar. Malah penggunaan media sosial sebagai salah satu medium dalam menghubungkan antara kami dan masyarakat turut disediakan. Segala maklumat mengenai kutipan dan agihan boleh diperolehi oleh mesyarakat dengan mudah. Maklumat dengan lengkap dan tuntas boleh diperolehi di laman Facebook “ Tabung Amanah Zakat UKM” dan web rasmi di www.ukm.my/zakat. Selain berinteraksi di media sosial, masyarakat juga boleh berinteraksi terus dengan pegawai kami di kaunter zakat UKM di Aras 1, Masjid UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor atau Pejabat Unit Zakat UKM, Aras 3, Blok Asrama Jururawat, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur untuk sebarang maklumat mengenai zakat, pengiraan zakat, nasihat dan konsultan menganai zakat dan lain-lain. Kelastarian dalam menyantuni asnaf adalah matlamat setiap warga Unit Zakat UKM. Kepelbagian usaha dalam mengefisienkan pengurusan zakat di UKM telah dilaksanakan agar sejajar dengan Maqasid Syariah yang telah ditetapkan dalam Islam.
Unit Zakat UKM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
10
Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) ditubuhkan pada 10 Oktober 1999 untuk memperingati sumbangan dan dedikasi Tun Ismail Mohamed Ali kepada PNB sebagai Pengerusi PNB yang pertama. YTI ditubuhkan dengan tujuan untuk menerima dan mentadbir dana untuk pendidikan melalui pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mempunyai tempat di universiti berprestij di luar negara. Di samping itu, YTI telah menubuhkan Kursi Professorial atas nama Tun Ismail Mohamed Ali di universiti-universiti tempatan seperti yang ditentukan oleh Pemegang Amanah. Memorandum Perjanjian antara Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dibuat pada 18 Disember 2000. Penubuhan Kursi Cemerlang di UKM, bertujuan untuk memperkayakan harta penyelidikan dan penerbitan dalam bidang: analisis pelaburan, Prestasi pelaburan, Pengurusan dana, Analisis demografi pelabur, Analisis perancangan kewangan dan pelaburan, yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan negara secara umum. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Kursi YTI adalah seperti Bengkel Penulisan Jurnal, Siri Syarahan Umum, Seminar Pelaburan 360 Hari, Penulisan Majalah Impak dan kerjasama penyelidikan UKM-ADBI.
Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail
Mohamed Ali (YTI-UKM)
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
11
Hari Pertama 12 September 2017 (Selasa)
9.00 pagi PERSADA CANSELORI, UKM
8.30 pagi : Pendaftaran 9.00 pagi : Ketibaan Para Jemputan 9.15 pagi : Ketibaan Timbalan Naib Canselor UKM 9.30 pagi : Ketibaan YB Timbalan Menteri Kewangan I
Kementerian Kewangan Malaysia
: Nyanyian Lagu NEGARAKU : Bacaan Doa : Ucapan Aluan oleh
Dr. Hairunnizam Wahid Pengerusi PERKEM Ke-12
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia
10.00 pagi : Ucapan Perasmian oleh YB. Dato' Wira Othman bin Aziz Timbalan Menteri Kewangan I Kementerian Kewangan Malaysia 10.15 pagi : Penyampaian Cenderamata 10.30 pagi : Jamuan
ATURCARA PROGRAM PERKEM KE-12, 2017
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
12
11.00 pagi : Sesi Forum
" Mapping Malaysian Economy for The Fourth Industrial Revolution"
Ahli Panel:
i) Mr. Michael Warren Prof. Adjung, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
ii) Dr. Richard Record Lead Economist, World Bank Group's Macroeconomics & Fiscal Management Global Practice
iii) YBhg. Profesor Dr. Abdul Ghafar Ismail Professor of Islamic Financial Economics, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Moderator: Profesor Madya Dr. Tamat Sarmidi Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
1.00 petang : Luncheon Talk oleh PNB/Makan Tengah hari/Bersurai 2.30 - 4.30 petang : Sesi Pembentangan Selari Pertama 4.30 - 5.00 petang : Minum Petang 8.00 - 10.00 malam : Majlis Makan Malam dan Pelancaran Buku
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
13
Hari Kedua 13 September 2017 (Rabu)
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
8.00 – 8.30 pagi 8.30 – 10.30 pagi
: :
Pendaftaran Sesi Pembentangan Selari Kedua
10.30 – 11.00 pagi : Minum pagi 11.00 – 1.00 petang : Sesi Pembentangan Selari Ketiga 1.00 – 2.30 petang : Makan tengah hari 2.30 – 3.30 petang : Sesi Pembentangan Selari Keempat 3.30 – 4.30 petang 4.30 – 5.00 petang
: :
Sesi Ucaptama YTI-PNB YBhg. Prof. Dr. Naoyuki Yoshino Profesor Pelawat, CEO ADBI Penyampaian Anugerah Kertas Kerja Terbaik & Majlis Penutup YBhg. Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
14
Sempena
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 2017 (PERKEM KE-12)
12 September 2017 (Selasa)
11:00 pagi PERSADA Canselori, UKM
Tajuk:
Pemetaan Ekonomi Malaysia kearah Revolusi Perindustrian Keempat
Mapping Malaysian Economy for The Fourth Industrial Revolution
Ahli Panel:
Mr. Michael Warren Profesor. Adjung Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Dr Richard Record
Lead Economist World Bank Group’s Macroeconomics & Fiscal Management Global Practice
Profesor Dr. Abdul Ghafar Ismail
Professor of Islamic Financial Economics Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Moderator: Profesor Madya Dr. Tamat Sarmidi Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
ATURCARA FORUM EKONOMI PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
15
Sempena
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 2017 (PERKEM KE-12)
12 September 2017
8.00 Malam Atrium, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
8.00 malam : Ketibaan Para Tetamu dan Dif Jemputan 8.15 malam : Ketibaan Naib Canselor 8.20 malam : Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif LZS 8.25 malam : Bacaan Doa 8.30 malam : Ucapan Aluan oleh
YBhg. Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
8.35 malam : Ucapan Aluan oleh
YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM
8.40 malam : Ucapan oleh
Tuan Hj. Hussin Bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor
8.50 malam : Pelancaran Buku Zakat
ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM & PELANCARAN BUKU ZAKAT
PERKEM KE-12, 2017
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
16
9.00 malam : Makan Malam 10.00 malam : Bersurai
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
17
JADUAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERKEM Ke-12, 2017
Sesi 1A – BILIK SEMINAR 16, FEP (2.30 pm – 4.30 pm | 12 September 2017) TEMA: Ekonomi Fiskal: Zakat Pengerusi Sesi: Dr. Hairunnizam Wahid 1A-1 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran Zakat
Harta: Kajian di Negeri Sembilan Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
1A-2 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian Dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
1A-3 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid, Azrina Abdullah Al-Hadi
1A-4 Kontrak Wakalah Dalam Agihan Zakat : Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Atiah Ahmad, Hairunnizam Wahid
1A-5 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu, Sarawak Abdul Hayy Haziq Mohamad, Hairunnizam Wahid
Sesi 1B – BILIK SEMINAR 17, FEP (2.30 pm – 4.30 pm | 12 September 2017) TEMA: Ekonomi Kewangan & Perbankan Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Tamat Sarmidi 1B-1 Takaful Berkaitan Pelaburan: Penerimaan Masyarakat di Kuala Terengganu
Nur Dhia Marsya Muhammad Najib, Hendon Redzuan, Aisyah Abdul Rahman
1B-2 Kajian Mengenai Tahap Persepsi Masyarakat Terhadap Pelan Takaful Fatin Nabilah Musanif, Hendon Redzuan
1B-3 Kesahan Konstruk dan Kebolehpercayaan Dalaman Pengukuran Tahap Pengetahuan Takaful Mikro Maisarah Mohd Shahrain, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan
1B-4 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Peluang dan Cabaran ke Atas Syarikat Unit Amanah di Malaysia Sahudin Ma'anam @ Saat, Aisyah Abdul Rahman, Rosmah Mat Isa
1B-5 Faktor Penentu Kepada Pulangan Pelaburan Unit Amanah Islam: Satu Kajian Kes Terhadap Pelabur Dana Dali 1
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
18
Zool Fazlee Nordin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid 1B-6 Prestasi Unit Amanah di Malaysia
Yasmin Azuddin, Hawati Janor, Hairunnizam Wahid
Sesi 1C – BILIK MESYUARAT MPOB, FEP (2.30 pm – 4.30 pm | 12 September 2017) TEMA: Ekonomi Fiskal dan Ekonomi Kewangan & Perbankan Pengerusi Sesi: Dr. Mohd Ali Mohd Noor 1C-1 Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan Terhadap Usahawan Asnaf Dalam
Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu Nurmaizura Marzuki, Solehuddin Zulkifli, Hairunnizam Wahid
1C-2 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah Dalam Urusan Pembayaran Fidyah di MAINJ: Kajian di Muar, Johor Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
1C-3 Factors Affecting Crowdfunding for Research in Islamic Finance and Banking Shofiyyah Moidin, Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor
1C-4 Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah Crowdfunding: Kajian Kes di Terengganu Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
1C-5 Kesan Perbezaan Kadar Inflasi Terhadap Perbelanjaan Kumpulan Utama Masyarakat di Malaysia Mohd Khalid Ribuan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
1C-6 Performance of Malaysian General Insurance Industry: From the Firm’s Perspective Nisaparma Anestya, Mustazar Mansur, Hazrul Izuan Shahiri
Sesi 1D – BILIK SEMINAR 18, FEP (2.30 pm – 4.30 pm | 12 September 2017) TEMA: Sumber Manusia Pengerusi Sesi: Dr. Wye Chung Khain 1D-1 Keperluan Tenaga Kerja dan Rantaian Guna Tenaga Dalam Sektor Pertanian
di Malaysia Nur Syairah Ismail, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
1D-2 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia Dalam Sektor Perkhidmatan Terpilih: Analisis Input-Output Bawani Lelchumanan, Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman
1D-3 Penentu Kemampuan Pekerja Dalam Sektor Perkhidmatan di Malaysia Rabiatul Adawiyah Ismail, Wye Chung Khain, Rahmah Ismail
1D-4 Penentu Kemampuan Pekerja Dalam Sektor Pembuatan di Malaysia Farisha Nadiah Mohd Shah, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain
1D-5 Potensi Tenaga Kerja Dalam Sektor Hijau Malaysia: Analisis Input-Output Saidatul Akma Zakaria, Noorasiah Sulaiman
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
19
1D-6 Input-Output Analysis of Manpower Skills Requirement and Job Generating Industries in Malaysia Services Sector Mohd Shaiful Hizam Johan, Noorasiah Sulaiman
Sesi 1E – BILIK MESYUARAT PPE, FEP (2.30 pm – 4.30 pm | 12 September 2017) TEMA: Keusahawanan dan Pengurusan Operasi Pengerusi Sesi: Dr. Mohd Helmi Ali 1E-1 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan Dalam Kalangan Usahawan Orang Asli:
Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che Rus, Hairunnizam Wahid
1E-2 Amalan Pengurusan Kewangan Dalam Kalangan Usahawan PKS Bumiputera Anwar Nabi Alam, Halimah Harun
1E-3 Kejayaan Perniagaan dan Pencapaian Maqasid al-Syariah Dalam Kalangan Usahawan Penerima Pembiayaan Atau Geran Usahawan MARA (GUM): Kajian di Negeri Sembilan Shahzihan Mohamad @ Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
1E-4 Keberkesanan Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli: Kajian di Negeri Sembilan & Selangor Mohd Fadzli Che Rus, Mohd Naim Abd Karim, Hairunnizam Wahid
1E-5 Faktor Penglibatan Usahawan Dalam Perusahaan Runcit di Sepang Muhammad Fazli Razali, Suhaili Alma’amun
1E-6 Challenges to Sustainable Safeguarding Halal Food Raw Materials Integrity Mohd Helmi Ali, Norhidayah Suleiman
Sesi 1F – BILIK SEMINAR 19, FEP (2.30 pm – 4.30 pm | 12 September 2017) TEMA: Pelbagai Isu Pengerusi Sesi: Dr. Zurina Kefeli 1F-1 Kemeruapan Kadar Pertukaran dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia:
Analisis NARDL Nur Idayu Ibrahim, Tamat Sarmidi, Roziana Baharin
1F-2 Kaedah Penghargaan Sebagai Kaedah Pengurusan Motivasi Pekerja: Analisis Dari Perspektif Islam Noor Hidayah Samsudin
1F-3 Penganggaran Kecekapan Teknikal dan Faktor Penentu Kecekapan Pada Perusahaan Kecil Sederhana Sektor Perdagangan Dalam Penggunaan Kredit Usaha Rakyat untuk Pengurangan Kemiskinan di Jawa Timur Atik Purmiyati
1F-4 Dilema Pengeluaran Makanan Dengan Pemeliharaan Sumber Alam Dalam Pembangunan Lestari Islam Nurul Suhada Ismail
1F-5 The Determinants of Foreign Direct Investment (FDI) Across Provinces in China: A Panel ARDL Study
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
20
Ruan Meng Juan, Zulkefly Abdul Karim 1F-6 Perceptions of Public University Students Towards the Rising Cost of Living in
Malaysia Zurina Kefeli
Sesi 2A – MELATI I (8.30 am – 10.30 am | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Fiskal: Zakat Pengerusi Sesi: Dr. Hairunnizam Wahid 2A-1 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor Mohd Azlan Bunasir, Hairunnizam Wahid
2A-2 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman serta Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Abdul Halim Abu Bakar
2A-3 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian Dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya Abdullah Khairi Mohd Asri, Hairunnizam Wahid
2A-4 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
2A-5 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah, Hairunnizam Wahid
2A-6 Prestasi Kutipan serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian di Malaysia Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
Sesi 2B – MELATI II (8.30 am – 10.30 am | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Persekitaran & Sumber, Ekonomi Pertanian dan Ekonomi Tenaga Pengerusi Sesi: Dr. Nizam Ahmat 2B-1 Measuring Genuine Progress of Malaysia’s Economic Growth, 1986-2015
Muhamad Azhan Mohd Nor, Jamal Othman 2B-2 The Economic Valuation of Environmental Resources in Malaysia: A Case
Study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Nik Nor Rahimah Nik Ab Rahim
2B-3 Does Exchange Rate Important Determinant Affecting Export Demand? Sarah Nursyazmin Mohamad Kamal, Normaz Wana Ismail, Norazwa Mohamed Hariri
2B-4 Peranan Aktiviti Integrasi Pertanian Dalam Meningkatkan Produktiviti Pekebun Kecil Kelapa Sawit
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
21
Nurul Atiqah Shahril, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 2B-5 Kajian Impak Pembangunan Semula Tebingan Sungai di Malaysia
Azlina Md. Yassin, Haryati Shafii 2B-6 Hubungan Antara Perubahan Harga Petrol Dengan Jualan Kenderaan
Persendirian di Malaysia Nizam Ahmat, Nor Ermawati Hussain
Sesi 2C – MELATI III (8.30 am – 10.30 am | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Kewangan & Perbankan Pengerusi Sesi: Profesor Dr. Abdul Ghafar Ismail 2C-1 Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Perkhidmatan Perbankan Islam di
Selatan Thailand Noorasikin Mohd Sidek, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed
2C-2 Hubungan di Antara Kecenderungan Pengguna Perkhidmatan Perbankan Islam, Niat Penarikan dan Penarikan Deposit Siti Nor Asmath Wan Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Azman Ismail
2C-3 Root Issues in Islamic Banking: Content Analysis of Reported Cases of High Court in Malaysia Nor Qathrunnada Kamarul Baharin, Mariani Abdul Majid, Khairul Akmaliah Adham
2C-4 The Impact of Bank Competition on Liquidity Risk: Comparison Between Conventional and Islamic Banking in Malaysia Nur Aqilah Abdul Rahman, Aisyah Abdul Rahman, Nafisah Mohammed
2C-5 The Effect of Islamic and Conventional Banking Efficiency on Economic Growth Mohd Shawal Sidek, Mariani Abdul Majid, Azrina Abdullah Al-Hadi
2C-6 Crowding Out and Waqf Crowdfunding: Do They Create Macroeconomic Imbalances Abdul Ghafar Ismail, Wahyu Ario Pratomo
Sesi 2D – DAHLIA II (8.30 am – 10.30 am | 13 September 2017)
TEMA: Ekonomi Pembangunan
Pengerusi Sesi: Prof. Dr. Muzafar Shah Habibullah 2D-1 The Influence of Inbound Tourism for Education on Economic Growth in
Malaysia: A Macroeconomics Viewpoint Chor Foon TANG, Yong Kang CHEAH, Soo Yean CHUA
2D-2 A Nexus Between Intra-ASEAN FDI, Intra-ASEAN Exports and Economic Growth of ASEAN-10: Evidence Using Panel Causality Analysis Koi Nyen WONG, Bee Wah TAN, Soo Khoon GOH
2D-3 A Study on Role of Leadership and Green Technology Towards Malaysian Economy Growth
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
22
Selvi Narayanan, Soorianarayanan
2D-4 Prospects, Demand-Supply Mismatch of Green or Sustainable Investing in Malaysia Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin
2D-5 Does Country with Multi-ethnic, Multi-linguistic and Multi-religious Society Induce Tourist Arrivals? Worldwide Evidence Muzafar Shah Habibullah, Badariah Haji Din, Siow Hooi TAN
Sesi 2E – DAHLIA III (8.30 am – 10.30 am | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Pendidikan, Ekonomi Kesihatan dan Ekonomi Buruh Pengerusi Sesi: Dr. Norlin Khalid 2E-1 Education Level and Economic Growth: Study on High-Income Nations in
East Asia Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
2E-2 Perbelanjaan Kesihatan dan Penuaan Populasi: Analisis Empirik Menggunakan Pendekatan Autoregresi Susulan Teragih Suhaila Saad, Roziana Baharin
2E-3 Impak Modal Manusia dan Inovasi Terhadap Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFP) Industri Pembuatan Minyak Sawit di Malaysia Naiimah Mohd Sofi, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
2E-4 Ketaksamaan Pencapaian Dalam Firma Bola Sepak: Analisis Keseimbangan Bersaing Liga Super Malaysia Dengan Kehadiran Buruh Berkemahiran Tinggi Zanareyah Salim, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
2E-5 The Incidence of Over-Education and its Effects on Wages: The Case of Doctorate Holders in Korea Ki-Hong PARK, Doo-Seok JANG, Hazrul Izuan Shahiri
2E-6 Economic Returns to Schooling in Malaysia: A Gender Analysis Norlin Khalid, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain, Hakimah Nur Ahmad Hamidi, Nur Fakhzan Marwan
Sesi 2F – DAHLIA IV (8.30 am – 10.30 am | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi dan Isu Antarabangsa Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Zulkefly Abdul Karim 2F-1 Digital Trade Related in Selected Asian Countries
Normaz Wana Ismail 2F-2 The Impacts of Malaysian Free Trade Agreements on Margins of Trade
Rashidi Said, Normaz Wana Ismail 2F-3 Oil Price Shocks and U.S. Dollar: Evidence from ASEAN and BRICS
Hadrry Rony 2F-4 The Effect of Oil Price and US Factors Volatility on Metal Market Volatility
Chan Weng, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
23
2F-5 Modelling the Volatility of International Tourism Demand and Macroeconomic Variables Kasmaroni Hj Makawi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Sharmila Thinagar
Sesi 3A – MELATI I (11.00 am – 1.00 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Fiskal: Zakat Pengerusi Sesi: Dr. Riayati Ahmad 3A-1 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Nur Liana 'Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor
3A-2 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan Dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Hairunnizam Wahid
3A-3 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob, Aisyah Abdul Rahman
3A-4 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima: Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid
3A-5 Factors Affecting Disclosure Practices of Annual Report Zakat Institutions in Malaysia Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
3A-6 Brotherhood Concept, Islamic Accountability Concept and Agency Theory in Relation to Disclosure of Annual Report Zakat Institutions: A Proposed Framework Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
Sesi 3B – MELATI II (11.00 am – 1.00 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Kewangan & Perbankan Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Mariani Abdul Majid 3B-1 Sistem Matawang Bersandarkan Emas: Tinjauan Menurut Perspektif Al Quran
Sa'diah Abdul Karim, Mohd Ali Mohd Noor 3B-2 Risiko Tidak Patuh Syariah: Kajian di Hong Leong Islamic Bank Berhad
Nur Maizatul Dina Mukhtar, S. Shahida, Aisyah Abdul Rahman 3B-3 Penentuan Kadar Faedah di Malaysia Menggunakan Pendekatan Persamaan
Peraturan Taylor Abdul Karim Mhd Sarif, Norlin Khalid
3B-4 Portfolio Returns’ Characteristics in Indonesia During the Global Crisis Ishak Ramli
3B-5 Insolvency Risk and Bankruptcy of Malaysian Islamic Banks: Full-Fledged vs Islamic Subsidiaries Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S. Shahida
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
24
3B-6 Inclusion of Islamic Socio Financial Institutions for the Unbankable Hard Core Poor {A Model Worth Attention} Magda Ismail A. Mohsin, Shaikh Hamzah Abdul Razak, Syed Othman Alhabshi, Seyed Kazem Sadr
Sesi 3C – MELATI III (11.00 am – 1.00 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Antarabangsa Pengerusi Sesi: Dr. Fathin Faizah Said 3C-1 The Southeast Asia Analysis on Trade Openness Towards Economic Growth
Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Yong Yoke Chuan, Nurul Shakira Zainal Abidin
3C-2 Reexamine of Twin Deficit Hypothesis: Malaysia Case Study Ahmed Saidam, Tamat Sarmidi
3C-3
The Impact of IQ on Globalization – Income Inequality Relationship A.R Mazlina, Saifuzzaman Ibrahim (P), W.N.W Azman-Saini
3C-4 Economic Effects of Export Tax on Malaysia’s Cessable Rubber Medical Devices Export: A Gravity Model Approach Lee Siu Ming, Radziah Adam, Ku’ Azam Tuan Lonik
3C-5 The Fragmentaion in International Production, Financial Market Openness and Output Correlation: Panel Evidence of OECD and BRIIC Economies Norrana Khidil, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim
Sesi 3D – DAHLIA II (11.00 am – 1.00 pm | 13 September 2017) TEMA: Kesejahteraan Hidup Pengerusi Sesi: Dr. Lai Wei Sieng 3D-1 Kos Sara Hidup: Pendapatan Rendah atau Taraf Hidup Meningkat
Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur 3D-2 Pengaruh Modal Sosial ke Atas Peningkatan Pendapatan Kumpulan Isi Rumah
B40 di Malaysia Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail
3D-3 The Basic Needs Budget of Middle Income Earners in the Capital Cities with a High Cost of Living in Malaysia Using OLS Regression Analysis Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
3D-4 The Sources of Cost of Living Pressure and an Expensive City to Live in Malaysia Capital Cities: A Descriptive Analysis of Basic Needs Budget for Middle Income Earners Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
3D-5 The Determinants of Housing Prices: An Empirical Study Based on Provincial Panel Data in China Yang Fan, Zulkefly Abdul Karim
3D-6 Pembangunan Penunjuk dan Indeks Kualiti Hidup Masyarakat Luar Bandar Untuk Kesejahteraan Hidup dan Kelestarian Alam Sekitar Haryati Shafii, Azlina Md Yassin, Nursyikin Miskam
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
25
Sesi 3E – DAHLIA III (11.00 am – 1.00 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Perniagaan dan Keusahawanan Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Doris Padmini Selvaratnam 3E-1 Entrepreneurial Marketing and Characteristics of Animation Technopreneurs:
The Mediating Role of Self-Efficacy Hanis Syazwani Kamarudin, Mohar Yusof
3E-2 Perusahaan Sosial Dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Kompleks Pendidikan Islam Bangi, Selangor Zirwatul 'Isyqi Mohammad Nazri, Hairunnizam Wahid
3E-3 Gelombang Penggabungan dan Pengambilalihan di Dunia dan Malaysia Ria Amaliena Azamuddin, Mohd Hasimi Yaacob
3E-4 Small Medium Enterprises (SMEs)’ Harmony Culture in Indonesia Syanti Dewi, Ishak Ramli
3E-5 Generational Characteristics Affecting Millennials Decision to Stay or Leave the Family Business Arliza Abdullah, Leilanie Mohd Nor
3E-6 Elemen-Elemen Persekitaran IPTA yang Menyumbang Kepada Pemikiran Keusahawanan Pelajar Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak
Sesi 3F – DAHLIA IV (11.00 am – 1.00 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Kewangan & Perbankan Pengerusi Sesi: Dr. Fazelina Sahul Hamid 3F-1 Do Sustainability Certifications Matter for Exporting Palm Oil Companies?
S. Shahida, Hafizuddin-Syah B.A.M, Siti Hanisah Fuad 3F-2 Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah Terhadap Proses
Kelayakan Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
3F-3 Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta Pusaka Tanah Rancangan FELDA Noorizan Mohamed Hasnan, Hairunnizam Wahid, Mohd Zamro Muda, Mohd Yassin Mohd Yusuf
3F-4 Integrating Donation-Based Blockchain as Potential Source of Funds in Islamic Microfinance Nurusysyifa Haji Mohamad Nordin, Salina Kassim
3F-5 Rebat Pembiayaan Dalam Keseimbangan Kadar Fleksibiliti Keuntungan Jualan Bertangguh Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh
3F-6 Monetary Policy, Bank Ownership and the Lending Channel: Evidence from Banks in ASEAN Countries Fazelina Sahul Hamid, Muhamed Zulkhibri
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
26
Sesi 4A – MELATI I (2.30 pm – 3.30 pm | 13 September 2017) TEMA: Waqf dan Zakat Pengerusi Sesi: Dr. Suhaili Alma'amun 4A-1 Perundangan Zakat di Brunei Darussalam: Kesannya Kepada Kelakuan
Individu dan Kerangka Institusi Zakat Abdul Ghafar Ismail, Muhammad Hasbi Zaenal, Nurfaradilla Haron
4A-2 Waqf World Growth Foundation (WWGF): Tinjauan Awal Penubuhan Hafizah Shamshuddin, Suhaili Alma’amun
4A-3 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal ke Atas Pendekatan yang Digunakan Suhaili Alma'amun
Sesi 4B – MELATI II (2.30 pm – 3.30 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Fiskal: Zakat Pengerusi Sesi: Dr. Mohd Ali Mohd Noor 4B-1 Zakat Contribution to National Income in Malaysia (1984-2015)
Nur Hidayah Anuar, Mohd Ali Mohd Noor
4B-2 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
4B-3 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru Siti Norhidayah Hamzah, Hairunnizam Wahid
Sesi 4C – MELATI III (2.30 pm – 3.30 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Monetari dan Ekonomi Kewangan & Perbankan Pengerusi Sesi: Dr. Mohd. Adib Ismail 4C-1 Nonlinear Relationship Between Finance Development and Economic
Growth: New Evidence from Recent Panel Data Elya Nabila Abdul Bahri, Abu Hassan Shaari Mohd. Nor, Tamat Sarmidi, Nor Hakimah Haji Mohd Nor
4C-2 The Relationship Between Financial Development and Monetary Policy Effectiveness in Malaysia Danie Eirieswanty Kamal Basa, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi
4C-3 Relative Social Standing – An Adaptation of Social Comparison Theory in Explaining Economic Behaviour of Saving and Wealth Accumulation Poh Boon Lian, Nor Ghani Md. Nor, Jamal Othman
Sesi 4D – DAHLIA II (2.30 pm – 3.30 pm | 13 September 2017) TEMA: Ekonomi Pembangunan Pengerusi Sesi: Dr. Mohd. Nasir Mohd. Saukani
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
27
4D-1 Multi-factor Crime Activities in Malaysia: Further Evidence from Bounds Testing of Level Relationships and Granger Non-Causality Dullah Mulok, Mori Kogid, Rozilee Asid, Jaratin Lily
4D-2 Analisis Impak Output Pengganda dan Rantaian Sektor Dalam NKEA Malaysia Florand Anak Jacob, Noorasiah Sulaiman
4D-3 Explaining Poverty Persistence in Sabah: The Role of Economic Growth and Public Policy M Niaz Asadullah, Jeron Joseph
Sesi 4E – DAHLIA III (2.30 pm – 3.30 pm | 13 September 2017) TEMA: Perakaunan dan Pemasaran & Perilaku Pengguna Pengerusi Sesi: Dr. Mustazar Mansur 4E-1 The Functional Expense Reporting Practice Among Non-Profit Organisations
Noor Raudhiah Abu Bakar, Teh Suhaila Tajuddin, Norlia Abdul Karim, Ridzwana Mohd Said
4E-2 Privatization, an Alternative to Economic Growth in the Difficulties of the State Budget: Indonesian Case Syanti Dewi
4E-3 Pengaruh Norma Subjektif dan Manfaat Tanggapan kepada Niat Melanggan Mikro Kredit: Sikap Sebagai Perantaraan (Mediator) Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Salmy Edawati Yaacob, Syahrul Anuar Ali
Sesi 4F – DAHLIA IV (2.30 pm – 3.30 pm | 13 September 2017) TEMA: Isu-isu Lain Pengerusi Sesi: Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi 4F-1 Pelaburan Patuh Syariah di KWSP: Tular dan Persoalan yang Timbul
Mohd Syafiq Mat Nor, Suhaili Alma’amun 4F-2 Hubungan Antara Latar Belakang Pentadbir Masjid, Pengurusan Kewangan
dan Keaktifan Aktiviti Masjid: Kajian di Hulu Terengganu, Terengganu Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
4F-3 Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia Rabiatul Hasanah Mahmood, S. Shahida, Latifa Bibi Musafar Hameed
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
28
STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA KE-12 (PERKEM KE-12) 2017 Penaung : Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Penasihat : Prof. Dr. Norman Mohd Salleh Datuk Haji Mohd Esa Abd Manaf Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
Prof. Madya Dr. Tamat Sarmidi Pengerusi : Dr. Hairunnizam Wahid Timbalan Pengerusi : Dr. Hazrul Izuan Shahiri Setiausaha : Dr. Mohd Ali Mohd Nor (K) Pn. Rozita Mohamad Rashid Bendahari : Dr. Suhaili Alma’amun (K)
Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi Pn. Asnida Mat Daud Nur Saadah Rozali
Promosi dan Penjanaan : Dr. Mohd Hakimi Mohd Shafiai (K) Dr. Riayati Ahmad
En. Aminuddin Mokhtar Kertas Kerja dan Buku Program : Prof. Madya Dr. Mariani Abd. Majid (K)
Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi Dr. Mohd Adib Ismail Dr. Roziana Baharin En. Liew Chei Siang Pn. Nur Syazwani Yahya
Logistik : Pn. Norain Mod Asri (K) Laman Web : Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi(K) Protokol : Pn. Norlaila Abu Bakar (K)
Dr. Mustazar Mansur Pn. Junaidah Hasan
Urusetia : Pn. Suhaila Saad (K) Dr. Norshamliza Chamhuri
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
29
AJK Kecil : Pn. Norashikin Hussin (K) Pn. Noorsyam Nordin En. Sahail Ilyasa Sulaiman AJK Teknikal : Pn. Norwati Sharif (K)
En. Muhammad Azrin Supar En. Mohammad Zukry Ahmad Wakil YTI-UKM : Pn. Siti Farah Dilla Zakaria AJK Pelajar : Zarifah Muhamad Ruslan NurFarzana Hizam Azlia Asmira Ruslee Qamarina Mohd Fadzil Norjanna Salman Nurul Nadiah Abdul Razak Nurul Syuhada Wahiuddin Puteri Alieda Subbli Nurul Sakina July Sarah Afiqah Kamaruzaman Mursyidah Rahimi Nur Alia Ayub Fasha Naziera Yusof Dayana Balqis Othman Hariz Tasnim Hafizan Tuan Muhamad Shafiq Che Wan Ngah Muhammad Redzuan Rahim Sharulatha Nurul Naziera Nor Rahman
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017
30
SEKALUNG PENGHARGAAN
Pejabat Naib Canselor, UKM
Pejabat Menteri Kewangan I
Majlis Profesor Negara (Kluster Ekonomi dan Pengurusan)
Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali
Lembaga Zakat Selangor
Unit Zakat UKM
Majlis Agama Islam Melaka
Bendahari, UKM
Pusat Komunikasi Korporat, UKM
Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Timbalan-Timbalan Dekan FEP, UKM Pengerusi-Pengerusi Pusat FEP, UKM
Ketua-Ketua Program FEP, UKM
Semua Ahli Akademik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Ahli Panel Sesi Forum Ekonomi PERKEM
Moderator, Para Pengerusi dan Penilai Kertas Kerja
Para Pembentang Kertas Kerja
Para Peserta
Pengacara Majlis
Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Encik Mohamad Helmi Hamid
Semua Ahli Jawatankuasa PERKEM Ke-12, 2017
serta
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, 2017