Transcript
Page 1: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

KAJIAN KES : SS 13, SUBANG JAYA,

SELANGOR

NAMA : M.FENDY BIN RAMLY

TING. : 3 ALPHA

SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA

Page 2: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

SENARAI KANDUNGAN

NO.NO.NO.NO. ASPEKASPEKASPEKASPEK MUKA SURATMUKA SURATMUKA SURATMUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

2 PENDAHULUAN

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 KAWASAN KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 DAPATAN KAJIAN

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN

Page 3: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

PENGHARGAAN

Melalui kajian ini, saya amat berpuas hati dan amat bersyukur kerana kajian ini akhirnya siap

dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada beberapa pihak yang telah

bekerjasama untuk membantu saya menjalankan kajian ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbilion terima kasih kepada Pengetua Sekolah

iaitu ___________ kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini semasa dan selepas waktu

persekolahan. Tanpa kebenaran beliau kajian ini akan tergendala.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Geografi saya iaitu

____________________ kerana memberi tunjuk ajar dan panduan menjalankan kajian ini. Tidak

lupa juga bekas Guru Geografi ________________ kerana banyak membantu dari segi mengolah

ayat, mengambil gambar dan juga memberi tunjuk ajar dengan lebih tepat dalam menjalankan

kajian ini.

Selain itu, tanpa ibu bapa saya, saya tidak dapat meneruskan kajian ini kerana nasihat,

dorongan dan sumber kewangan yang diberikan amat diperlukan. Beliau adalah Encik

_______________ dan puan_____________. Motivasi yang diberikan oleh ibu bapa saya amat

saya hargai dan saya menyayangi mereka dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

memastikan keringat dan cita-cita mereka untuk melihat saya berjaya tercapai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak Majlis Perbandaran

Subang Jaya yang terletak di USJ, Subang Jaya iaitu Encik Mohamad Ali kerana telah membantu

Page 4: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

saya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan kajian ini. Tidak lupa juga

sahabat setia saya iaitu ______________________ kerana bekerjasama dalam menjayakan

kajian ini.

Page 5: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

PENDAHULUAN

Tajuk kajian yang saya jalankan ialah pencemaran alam , kajian kes SS 13 Subang Jaya ,

Selangor .Saya memilih SS 13 Subang Jaya sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan

tersebut merupakan kawasan yang berhampiran dengan sekolah saya, sekaligus memudahkan

saya pergi ke kawasan kajian bersama kawan-kawasan saya.Bagi menghasilkan kajian ini , saya

telah menganbil masa daripada bulan Februari hingga Julai .

Page 6: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah mengkaji konsep pencemaran alam sekitar di kawasan SS 13 ,

Subang Jaya . Di samping itu ,saya turut mengkaji jenis pencemaran alam sekitar di kawasan

kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Seterusnya , saya juga telah mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

.Bagi mengurangkan kesan pencemaran , saya turut memberi beberapa cadangan bagi

mengurangkan dan mengatasi pencemaran alam di kawasan kajian. Justeru , melalui kajian ini

saya dapat meningkatkan nila-nilai murni serta semangat ataupun unsur patriotisme.dalam

dapatan kajian.

Page 7: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian

Nama kawasan kajian saya ialah SS13, Subang jaya Selangor yang terletak di daerah

Subang jaya, Selangor,Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di

daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang. Bandar ini berdekatan

dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah

seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 1,000,000 orang.

Latar belakang sejarah

Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah

konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit

bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada

1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.Begitu juga

dengan kawasan kajian iaitu SS13, pada asalnya kawasan ini merupakan kawasan bekas

perlombongan bijih timah dan juga penanaman kelapa sawit yang amat terkenal.

Pada 1997, Subang Jaya dianugerahkan status perbandarannya sendiri (municipality),

yang mana Subang Jaya telah dipindahkan daripada pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran

Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MPSJ yang baru ditubuhkan,

bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar

Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling.Ia telah ditubuhkan mengikut Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri

Selangor No: 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah

Page 8: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi

dengan kemudahan secara baiknya. Dalam perbandaran ini terdapat banyak sekolah, kolej,

hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya), tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah

seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ,

Summit Subang USJ dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk Subang Jaya.Bagi

kawasan kajian iaitu SS13, telah berubah menjadi kawasan perindustrian ringan dan juga berat.

Walaubagaimanapun, kawasan ini turut dibangunkan dijadikan kawasan perumahan serta

kawasan perniagaan.Hal ini kerana terdapat pasaran yang luas dikawasan kajian sekaligus

menyebabkan berlakunya migrasi yang berterusan dan telah memberi impak kepada alam sekitar.

Lokasi kawasan kajian, pandang darat fizikal serta jarak dari bandar.

Seksyen 13, Subang jaya pada masa kini merupakan kawasan perindustrian yang

berkembang maju. Lokasi kawasan kajian ini kira-kira 28 kilometer dari pusat kuala lumpur dan

500 meter dari bandar utama sunway.

Pandang darat fizikal yang amat ketara di kawasan kajian adalah bentuk muka bumi

bertanah pamah.Hal ini memudahkan perindustrian di kawasan kajian dibina.Disamping itu juga,

memudahkan perumahan dibina.

Page 9: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

PETA 1

SUMBER : http://www.google.com.my/imglanding?q=ss13+subang+jaya

Page 10: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Peta 2

Page 11: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan oleh saya bagi memastikan kajian

ini bejalan dengan lancar. Antara metodologi yang digunakan ialah pemerhatian , soal-selidik ,

temu bual dan rujukan .

1.Kaedah Pemerhatian – melalui kaedah permerhatian saya telah pergi ke kawasan kajian pada

12/2/2011 pada jam 11 pagi bagi melihat lebih dekat kawasan kajian . Pada masa ini juga , saya

telah mengambil beberapa keping gambar sebagai eviden saya menjalankan kajian ini . 2.Kaedah

Soal-selidik – kaedah ini saya guna pakai bagi memastikan eviden kajian ini adalah tepat

.Sebagai contoh melalui borang kaji selidik [Sila Rujuk Lampiran] .

3.Kaedah Temu-bual - melalui kaedah ini saya telah menemu-bual bebrapa responden di

kawasan kajian SS 13 , Subang Jaya , Selangor . Kaedah ini amat penting di mana saya telah

mendapat respon yang amat baik untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pencemaran

alam di kawasan kajian

4.Kaedah Rujukan - saya telah menggunakan beberapa rujukan daripada laman web dan juga

buku-buku berkaitan dengan pencemaran alam sekitar . Kaedah ini amat penting bagi

memastikan maklumat yang didapati lengkap dan tepat .

Melalui metod yang saya guna pakai di atas akhirnya kajian ini siap dengan jayanya .

Page 12: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

DAPATAN KAJIAN

8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil

dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau

kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar

1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara

langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-

mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan

hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan

berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau

organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran

alam. Di kawasan kajian iaitu SS 13, Subang Jaya terdapat beberapa jenis pencemaran, antaranya

adalah pencemaran bau, pencemaran udara dan juga pencemaran pembuangan sampah sarap

yang amat menjijikan.

Page 13: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

8.2 JENIS PENCEMARAN (DI KAWASAN KAJIAN)

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran,

anataranya adalah seperti berikut :

Pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran tanih dan pencemaran bau.

Di kawasan kajian saya terdapat pencemaran udara dan pencemaran air.

Pencemaran udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada

tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan

sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran

ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api

industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).Di kawasan kajian

iaitu di SS 13,Subang Jaya, pencemaran yang memberi sumbangan yang tinggi adalah

pencemaran udara, dimana pembuangan asap asap hitam dari kilang dan juga kenderaan

setempat.Manakala pencemaran yang kedua menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar

adalah pencemaran bau yang terletak di SS13/ 4 Subang Jaya.

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu

atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini

adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen

Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan

ini.

Page 14: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna

sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran

ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam

pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja

tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana

didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos

pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak

individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah

kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan

seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini

boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Page 15: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Gambar di atas menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan

pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah

membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang

umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang

ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat

serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan

manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca

kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling

utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan

banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya

fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar

Page 16: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

8.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya

elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah

menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan

kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.

Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang

berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang

mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab

mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,

terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh

mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,

pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan

mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas

ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang

tinggi.

KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan

keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir

kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi

bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat

Page 17: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap

teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,

kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan

pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun

2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding

dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya

pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam

yang cekap.

AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan

perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan

banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang

digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca

pencemaran udara.

PEMBUANGAN BAHAN BUANGAN

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar.

Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan.

Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita

tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin

memudaratkan kehidupan manusia.

Page 18: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik

yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam

sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah

menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang

terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat

kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang

dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-

sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak

dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang

membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni

biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian

menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-

hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu,

penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber

air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian

tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran

air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.

Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini.

Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar.

Page 19: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang

seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang

kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal

dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air

sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang

mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran

air laut.

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama

semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan

selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam menangani masalah ini.

Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat membendung fenomena ini.

8.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang

meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan

buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang

mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan

Page 20: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk

menangani pencemaran.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap

pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia

memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya

akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses

penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami

kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran

darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara

dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini

mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini

mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah

dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan

tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya

akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai

bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan

akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke

dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.

Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan

ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Page 21: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.

Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan

dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan

lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan

rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan

memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan

pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita

menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon

sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon

dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan

meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera

tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat

manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat

perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu

dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great

Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di

London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang

.

Page 22: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida

merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian

semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan

gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada

hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak

sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan

tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .

Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara Penghasilan karbon

dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan punca kesan rumah hijau . Gas yang

lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan punca yang lain . Kesan rumah hijau

merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal .

Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah

mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan semakin

menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan penduduk kawasan

tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah tentu terganggu .

Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan pencemar di

udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-penyakit peparu seperti

barah .

Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan pembuangan

bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan

kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula

mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti

ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-

Page 23: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada

kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor

“power plant”. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini

akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan

hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak.

Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya

dengan nutrien inorganik seperti N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu,

nutrien ini menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun

di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan

eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD).

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang,

masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu

menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan

masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air

bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana

kedua2nya ini akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri.

8.5 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENCEMARAN

Perundangan

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian.

Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan

Page 24: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan

asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)

Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat

penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan

tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar

lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu

dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak

sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan

kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan

tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

digunakan untuk menghasilkan metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos

kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum

juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan

kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Page 25: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha

yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden

jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan

tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada

alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.

Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri

terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang

betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa

masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang

mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.

Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (

KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir

ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa.

Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah,

televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan

kempen dan ceramah.

Page 26: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan

berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab

pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan

undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut

diperbanyakkan.

Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat

daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna

memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang

pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan

pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan

pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai

dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol

yang tidak mengandungi CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan

di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a.Pameran

b.Kempen-kempen

c.Pertandingan

d.Projek Riadah Alam Sekitar

Page 27: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu

pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam

seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab

pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar

pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah

dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga

boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat

untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat

digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai

kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi

kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.

Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar

dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang

minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna

untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta

akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,

membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan

mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat

Page 28: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk

mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai.

Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang

kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan

kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan

cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan

tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini

sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis

poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada

peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang

telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran

kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran

semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,

masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media

massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat

khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu

sedikit ditekankan keutamanya.

Page 29: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

RUMUSAN

Secara keseluruhan berkaitan dengan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawasanya di

kawasan kajian iaitu SS 13 , Subang Jaya , Selangor sememangnya terdapat pencemaran alam

sekitar . Antara pencemaran alam sekitar yang boleh dikenalpasti ialah pencemaran bunyi ,

pencemaran bau , pencemaran sungai dan pencemaran sampah-sarap .

Oleh itu , melalui kajian ini saya dapat menerapkan nilai nilai patriotism dalam diri saya

seperti menyayangi alam sekitar dan juga meningkatkan pengetahuan mencintai alam sekitar di

Negara kita .

Page 30: SEKOLAH MENENGAH SRI SEDAYA - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp...KES-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf · kajian .Saya turut mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan

RUJUKAN

1.Buku Teks

Buku Teks , Tingkatan 2 Geografi KBSM , Percetakan Saufi , Chong Mui Sen , Azizan Bin Haji

Abu Samah , 2003 .

2.Internet

http://kudeed.tblog.com/post/1969953506

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=subang%20jaya%20ss13&rlz=1R2ADRA_enMY41

1&safe=on&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wl

3.Orang Sumber

Cikgu Rohana Abdul Hamid , Guru Geografi Sekolah Sri Sedaya

Cikgu Hadif Bin Tareh , Guru Geografi

Encik Muhamad Shafii Bin Ahmad , Responden kawasan kajian

Cik Mohamad Ali , Pengawai Majlis Pembandaran Subang Jaya

4.Buku Rujukan

Nexus , Buku Tingkatan 2 , Cerdik , Tan Wee Hock , Azizan bin Hadi Abdul Samah , 2007


Top Related