Download - SEJARAH PANTUN

Transcript
Page 1: SEJARAH PANTUN

PENGENALAN

Pegertian Pantun

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek

dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi

unsur estetik dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat

berdasarkan dua aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-

lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan

dunia masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan

pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau

abstrak.

Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh

hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu.

Selain itu dalam memberi pengertian pantun, beberapa pengertian telah

dikemukakan oleh Za’ba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs. Ghaali Dunia.

Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal

kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu

pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesame sendiri’.

Drs.Liaw Yook Fang pula menyatakan, ‘Pantun pada mulanya adalah senandung

atau puisi rakyat yang dinyanyikan.Dalam bahasa Melayu, pantun beerti quatrain, iaitu

sanjak yang berbaris empat, dengan rima akhir abab.

Drs. Ghazali Dunia mengatakan, ‘erti pantun asalnya ialah umpama.Sepantun

maksudnya seumpama.Seperti dalam : Sepantun ayam kehilangan induk; Kami

sepantun balam, mata terlepas badan terkurung’.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai ”sejenis puisi lama yang

terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ”...sajak

pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu

biasanya untuk tumpuan sahaja” (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun

1

Page 2: SEJARAH PANTUN

yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai

pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.

      Sebagai bentuk puisi yang wujud dalam situasi kelisanan, pantun memanifestasikan

pemikiran, norma (oral noetics) dan puitika lisan. Kertaskerja ini akan cuba melihat

pantun sebagai hasil kreatif seni bahasa yang lahir dari pemikiran yang berlangsung

dalam situasi kelisanan. Ia juga akan melihat bagaimana teknologi penyampaian dan

corak budaya yang terbentuk darinya mempengaruhi bentuk dan struktur pantun. Untuk

meneliti perhubungan pantun dengan dinamika-dinamika kelisanan tersebut, contoh-

contoh pantun lama, yakni koleksi pantun yang dianggap paling hampir dengan situasi

masyarakat pra-tulisan, pra-modern akan dipilih sebagai korpus analisis

2

Page 3: SEJARAH PANTUN

SEJARAH PANTUN

PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang

berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau.

Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang

kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat

ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas.

Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan

Malaysia.

Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek.

Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka,

Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan

Malaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu.

Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-

Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan

budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian.

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun

itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat

mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun

yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam

pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan

perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. 

Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak

berkait.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk

utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun

lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang popular digunakan ialah pantun

dua kerat dan empat kerat.Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud

3

Page 4: SEJARAH PANTUN

pantun.  Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada

keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap

rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya

mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan

pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,

Sebab mulut badan binasa

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a

bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga

terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris

ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang

penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan

menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan

hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secara

berkesan tetapi ringkas,kemas,tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah.Pada

zaman dahulu kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca.Hal ini

demikian kerana, masyarakat Melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun. Keadaan

ini telah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telah

pandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain.Keadaan ini

membolehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turun-

temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenal

makatak cinta.pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walaupun zaman telah

berubah.

4

Page 5: SEJARAH PANTUN

Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna

bentuk,isi,maksud dan alasan pantun itu.Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana

Hamzah Fansuri yang telah meninggal dunia dalam tahun 1630.

Pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.

Dalam kesusasteraan, pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-

hikayat popular yang sezaman. Kata pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup

panjang dengan persamaan dari bahasa Jawa iaitu kata parik yang berarti pari, ertinya

paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu. Erti ini juga berdekatan dengan

umpama dan seloka yang berasal dari India.

Sedangkan kata pantun sendiri menurut Dr. R. Brandstetter, seorang

berkebangsaan Swiss yang ahli dalam perbandingan bahasa berkata bahwa pantun

berasal dari akar kata tun, yang terdapat dalam berbagai bahasa Nusantara, misalnya

dalam bahasa Pampanga, tuntun berarti teratur; dalam bahasa Tagalog tonton berarti

bercakap menurut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno, tuntun berarti benang

dan atuntun yang berarti teratur danmatuntun yang berarti memimpin; dalam bahasa

Toba pantun berarti kesopanan atau kehormatan. Dalam bahasa Melayu, pantun berarti

quatrain, yaitu sajak berbaris empat, dengan rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa

Sunda, pantun berarti cerita panjang yang bersanjak dan diiringi oleh muzik.      

Menurut R. O. Winstedt yang setuju dengan pendapat Brandstetter mengatakan

bahwasannya dalam bahasa Nusantara, kata-kata yang mempunyai akar kata yang

berarti “baris, garis”, selanjutnya akan mempunyai arti yang baru yaitu “kata-kata yang

tersusun” baik dalam bentuk prosa mahupun puisi.

           

5

Page 6: SEJARAH PANTUN

 Ada satu perkara yang menarik yang kemudian telah diselidiki oleh beberapa orang

sarjana, yakni mengenai ada tidaknya hubungan semantik {makna} antara pasangan

pertama dengan pasangan kedua pada sebuah pantun. Sebagai contoh adalah pada

pantun berikut:

  Telur itik dari Sanggora

                        Pandan terletak dilangkahia

                        Darahnya titik di Singapura

                        Badannya terlantar  ke Langkawi

Dari pantun di atas menurut Pijnapple dalam satu kertas kerja yang dibacakan di

depan Kongres Sarjana Ketimuran VI di Leiden, pada tahun 1883 mengatakan bahwa

antara pasangan pertama {biasa disebut sampiran} dan pasangan kedua {biasa disebut

isi} mempunyai suatu hubungan yang erat.

            Pijnapple, dalam analisisnya pada pantun di atas mengatakan bahwa Sanggora

yang terletak di pantai timur Malaya {dekat Siam} sangat jauh letaknya. Tetapi tikar

pandan yang terletak di depan kita sangat dekat. Seluruh pantun ini menunjukkan

bahwa pembunuhan terjadi jauh dari tempat perkuburan. Tetapi menurut Ch. A. van

Ophuijsen bahwa mencari hubungan antara kedua pasangan itu adalah pekerjaan yang

sia-sia belaka. Karena ia kemudian memberikan contoh pada suatu pantun yang

dirasanya sama sekali tidak mempunyai hubungan antara pasangan yang pertama

dengan pasangan yang kedua. Pantunnya adalah sebagai berikut:

 Satu, dua, tiga, enam

                        Enam dan satu jadi tujuh

                        Buah delima yang ditanam

                        Buah berangan hanya tumbuh. 

6

Page 7: SEJARAH PANTUN

Dengan pantun ini, semua pernyataan dari Pijnapple itu terbantah karena tak

ada hubungan semantik antara kedua pasangan itu. Tetapi Winstedt tidak setuju

dengan pendapat Ophuijsen, ia kemudian memberikan penjelasan mengenai tafsiran

baru atas tafsiran Pijnapple atas pantun “telur itik dari Sanggora” yang intinya sangat

jauh berbeda dengan apa yang ditafsirkan oleh Pijnapple. Ia menafsirkan pasangan

pertama yaitu sebagai berikut:

Telur itik dari Sanggora

(telur itik yang ditetaskan pada ayam melambangkan seorang pengembara yang tiada

berteman dan cacat)

Pandan terletak dilangkahi

(tikar pandan yang terletak di depan rumah-rumah orang Melayu yang berada tidak

pantas diinjak dengan alas kaki melambangkan seorang wanita yang mau mengikut kita

harus kita waspada dalam menerimanya)

jika kemudian dihubungkan dengan pasangan yang kedua menurut tafsiran Pijnapple

menurut kami artinya akan menjadi seperti ini:

Seorang pengembara yang sendirian, yang tiada berteman juga cacat bertemu dengan

seorang wanita yang mau menjadi istrinya yang kemudian ia dibunuh oleh wanita itu di

suatu tempat tetapi kemudian dikuburkan jauh dari tempat ia dibunuh.

            Menurut H. Overbeck yang terpengaruh oleh pendapat Abdullah Munsyi tentang

pantun ialah bahwasannya pada pasangan pertama itu tidak mempunyai arti, tidk punya

hubungan pikiran sama sekali atau hanya untuk menjadi penentu sanjak {rima} pada

pasangan kedua.

Perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua

baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya:

Dari bentuk perumpamaan:

Sudah gaharu cendana pula.

7

Page 8: SEJARAH PANTUN

Menjadi pantun dua kerat: 

Sudah gaharu cendana pula,

Sudah tahu bertanya pula.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:

Sudah gaharu cendana pula,

Bedak bertemu dalam puan;

Sudah tahu bertanya pula,

Hendak bertemu gerangan tuan.

Dari bentuk perumpamaan: 

Sayangkan kain buangkan baju.

Menjadi pantun dua kerat: 

Sayangkan kain buangkan baju,

Sayangkan lain buangkan aku.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:

Sayangkan kain buangkan baju,

Kerana baju panjang lima;

Sayangkan lain buangkan aku,

Kerana aku dagang yang hina. 

      Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara

demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk

rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya. Perkembangan bentuk

pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun,

sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar

jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak

8

Page 9: SEJARAH PANTUN

dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya. Walaubagaimanapun, pada

kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai,

karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat

disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar

luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan

bahasa dan kelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk

dendang rakyat (folk songs) atau lagu kerja (work songs). 

Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu.

Mengikut teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul

dari keperluan untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan

meringankan sesuatu kerja. Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal,

tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan

bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk mengendur

situasi tegang semasa bekerja.

Pandangan ini tidak menafikan wujudnya juga, mungkin sebelum kedatangan

pengaruh kebudayaan India, rumus-rumus bahasa yang bersifat esoterik, disusun

menjadi bentuk puisi yang apabila diucap diyakini akan menjana tenaga magis yang

dapat mensihir, mententeram dan menundukkan alam dan makhluk-makhluknya.

Bentuk-bentuk ujaran tersebut dapat memenuhi keperluan manusia pra-moden untuk

berdepan dengan makhluk-makhluk dan alam yang lebih berkuasa dari dirinya. Apabila

pengaruh India mula menjalar di bumi Melayu, ungkapan-ungkapan tersebut

diformalkan menjadi apa yang diistilahkan sebagai mantera – yakni puisi Melayu yang

dipengaruhi oleh bentuk prosodi India – mantara, manir atau matar. Dalam konsepnya

yang baru ini mantera muncul sebagai sebahagian daripada ritual agama Hindu dan

menjadi ungkapan-ungkapan suci (lagu-lagu puja atau hymns) yang digunakan

(terutama oleh Brahmins) untuk memuja tuhan/dewa. Namun kegunaannya yang asal

yakni sebagai “magis bahasa” lebih popular di kalangan rakyat. Dalam konsepnya yang

demikian mantera tentunya berbeza dari pantun, perkataan-perkataannya berat dengan

rujukan dan konotasi ugama, ia bersifat sakral justeru diucapkan dalam situasi yang

9

Page 10: SEJARAH PANTUN

serious, penuh keupacaraan dan kerahsiaan. Ia menjadi milik golongan manusia yang

khas – pawang, dukun, bomoh.

Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari

pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih

akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di

kalangan masyarakat. Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia,

pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa

yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan

ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud

kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau ide yang lengkap.

Bayangkan betapa banyak ide dan tema yang dapat digarap oleh pantun – tiada

nokhtahnya! 

      Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi

cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga ide atau

persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk

menyindir, memujuk dan mendidik manusia. Dengan demikian pantun menyentuh

semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat

manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti

bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak

berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan

akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.

10

Page 11: SEJARAH PANTUN

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris

jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan

jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata

ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di

bawah)

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan

unsur alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup

sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan

maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif

masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

11

Page 12: SEJARAH PANTUN

FUNGSI PANTUN

a) Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,

dan adat istiadat.

b) Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti

sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu

upacara atau majlis rasmi.

c) Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun

jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.

d) Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-

terang.

e) Sebagai alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti

pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat

atau teromba.

f) Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagai

gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,

cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya.

12

Page 13: SEJARAH PANTUN

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.

Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada

maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan

pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap

pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan

dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.

Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama

bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap

baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun

yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris

pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. 

Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama

maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga

berima a,a,a,a. 

13

Page 14: SEJARAH PANTUN

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh

pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,

Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,

Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,

A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

14

Page 15: SEJARAH PANTUN

JENIS-JENIS PANTUN

1. Dua Kerat

Buah beluluk buah kepayang,

Dimakan mabuk dibuang sayang.

Pantun menunjukkan dalam keadaan serba salah. Jika dibuang akan rugi dan

dipingirkan juga rugi.

2. Empat Kerat - Teka-teki

Kelip-kelip disangka api,

Kalau api di mana puntungnya;

Hilang ghaib disangka mati,

Kalau mati di mana kuburnya?

Pantun empat kerat jenis teka-teki diatas membawa maksud jika seseorang mati atau

hidup mesti ada asal usulnya. Selain itu, orang mati mesti ada kubur.

3. Empat Kerat - Jenaka

Orang Rengat menanam betik,

Betik disiram air berlinang;

Hilang semangat penghulu itik,

Melihat ayam lumba berenang

Pantun jenaka diatas menunjukan jenaka atau kelakar kerana ayam tidak mungkin

berlumba berenang kerana ayam tidak tahu berenang.

15

Page 16: SEJARAH PANTUN

4. Empat Kerat - Kasih Sayang

Burung merbuk membuat sarang,

Anak enggang meniti di paya;

Tembaga buruk di mata orang,

Intan berkarang di hati saya.

Pantun kasih sayang diatas bermaksud kalau sudah sayang kita akan nampak orang

yang disayangi itu cantik, baik dan segalanya sempurna. Walaupun dimata orang lain

tidak nampak.

5. Empat Kerat - Nasihat

Air melurut ke tepian mandi,

Kembang berseri bunga senduduk;

Elok diturut resmi padi,

Semakin berisi semakin tunduk.

Pantun nasihat diatas memberi nasihat bahawa jika semakin banyak ilmu yang ada

dalam diri hendaklah semakin merendah diri supaya tidak menjadi orang yang takbur

dan bongkak.

6. Empat Kerat - Budi

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

Pantun budi diatas menunjukkan jika seseorang itu berbudi dia kan nampak tampan,

segak, dan indah. Selain itu seseorang itu akan tinggi darjatnya jika bersopan santu

dalam menggunakan bahasa.

16

Page 17: SEJARAH PANTUN

7. Empat Kerat - Nasib

Pisau raut hilang di rimba,

Pakaian anak raja di Juddah;

Karam di laut boleh ditimba,

Karam di hati bilakah sudah.

Maksud: Banyak masalah yang mampu kita hadapi tetapi masalah PERCINTAAN sukar

untuk diubati.

8. Empat Kerat - Perantau

Pungut teritip di tiang batu,

Batu pecah dilanda karang;

Beginilah nasib dagang piatu,

Kain basah kering di pinggang.

Pantun perantau diatas bermaksud nasib perantau yang merantau di tempat orang

yang banyak kesusahan.

9. Empat Kerat - Adat

Buah berangan di rumpun pinang,

Limau kasturi berdaun muda;

Kalau berkenan masuklah meminang,

Tanda diri beradat budaya.

Pantun adat diatas menunjukan salah satu adat melayu iaitu jika sudah berkenan

dengan seseorang wanita hendaklah masuk meminang sebagai tanda pengikat bahawa

perempuan itu sudah berpunya.

17

Page 18: SEJARAH PANTUN

10. Empat Kerat - Kepahlawanan

Patah rotan tali bersilang,

Batang meranti rimbun berjejal;

Langkah pahlawan di tengah gelanggang,

Berpantang mati sebelum ajal.

Pantun kepahlawanan diatas membawa maksuk seorangpahlawan mestilah berani dan

tidak boleh sesekali mengalah.

11. Empat Kerat - Peribahasa

Berakit-rakit kehulu

Berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu

Bersenang-senang kemudian

Pantun diatas diambil untuk dijadikan peribahasa dalam bahasa melayu yang memberi

maksud untuk menjadi senang seseorang ituperlu bersusah-susah dahulu.

12. Empat Kerat - Kias dan Ibarat

Gesek biola tiup serunai,

Sayu dara berhati walang;

Putih mata si burung punai,

Kayu ara ditunggu helang.

pantun kias dan ibarat diatas bermaksud

18

Page 19: SEJARAH PANTUN

13. Empat Kerat - Agama

Letak bunga di atas dulang,

Sisipkan daun hiasan tepinya;

Banyak berdoa selepas sembahyang,

Mohon diampun dosa di dunia.

Pantun agama diatas bermaksud selepas sembahyang hendaklah memohon

keampunan kepada tuhan.

14. Empat Kerat - Kanak-kanak

Lompat si katak lompat

Lompat di tepi pagar

Sekolah lekas dapat

Dan mesti rajin belajar

Pantun kanak-kanak diatas bermaksud kanak-kanak mesti cepat pandai dan mesti rajin

belajar.

19

Page 20: SEJARAH PANTUN

Jenis-jenis Pantun Lain

PANTUN ENAM KERAT.

Apa didapat orang berburu,

Dapat rusa jantan betina,

Sedang bersembunyi dicelah batu;

Bila mendapat bunga yang baru,

Bunga yang lama tidak berguna,

Adat dunia sudah begitu.

Maksud

penyantun menggambarkan suasana yang dihadapi oleh pemburu dimana mendapat

buruan daripada rusa sama ada jantan atau betina yang bersembunyi di celah batu

yang mana merupakan hasil buruan yang bernilai.Perumpamaan ini sesuai untuk

menggambarkan sikap manusia yang sering meninggalkan pasangannya apabila

memperoleh pasangan yang lebih secocok daripada pasangan yang lama.inilah realiti

kehidupan.

Apa diharap padi seberang,

Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang;

Apa diharap kekasih orang,

Entah bercerai entahkan tidak,

Entah makin bertambah sayang.

20

Page 21: SEJARAH PANTUN

Maksud

pemantun menggambarkan kasih seseorang itu dengan padi.Selalunya walaupun kita

bergaduh mahupun bercerai kasih antara pasangan sudah tentu jiwa seseorang itu

akan bertambah sayang terhadap pasangannya kerana kesetiannya yang utuk yang

wujud dalam perhubungan.Hal ini sama dengan si burung pipit yang akan memakan

padi sekiranya isinya berderai umpama tidak dapat dipisahkan.

Kota lukut tempat semayam,

Raja Haji datang mengepung,

Banyak pedati ikut bersama;

Jangan ikut resmi ayam,

Bertelur sebiji riuh sekampung,

Mengagung bukti sebesar hama.

Maksud

Penyantun menggambarkan sikap Raja Haji yang walaupun melakukan perkara yang

besar manfaatnya beliau tidak bermegah tetapi semakin ramai yang mengikutnya

bersemayam.Berbeza dengan sikap ayam yang walaupun hanya telur sebiji yang

diperolehi riuh satu kampung.Sikap ini menggambarkan sikap suka menunjuk-nunjuk.

21

Page 22: SEJARAH PANTUN

Tempayan pecah jangan ditiarap,

Boleh dibuat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

Maksud

Penyantun menggambarkan walaupun tempayan sudah pecah namun begitu

serpihannya banyak memberikan manfaat.Antara manfaatnya ialah boleh dibuat pengisi

dedak dan sekiranya dedak itu basah serpihan tempayan itu boleh dijadikan tempat

untuk menjemur dedak tersebut.Ini membandingkan sikap orang miskin dan

tempayan.Adalah sangat buruk jika tiada emas atau perak tetapi sekiranya tiada budi

dan bahasanya adalah tersangat buruk perangainya.

Pekan rokan jangan dipotong,

Rotan tumbuh di hutan seberang,

Berbuah tidak berbunga tidak;

Menangislah dagang mengenangkan untung,

Badan tercampak di rantau orang,

Beremak tidak berbapak tidak.

Maksud

Ini mengambarkan sikap rotan yang tidak berbunga sekiranya berada di seberang yang

tetap kekal dengan rupa asalnya.Orang yang baru menetap di negeri orang sangat

bersedih kerana terpaksa meninggalkan ahli keluarga terutama ibu bapa.Oleh itu,

jagalah sikap serta jati diri anak watan kita walau di mana kita berada.

22

Page 23: SEJARAH PANTUN

Tuan puteri duduk berteduh,

Di pinggir kota naungan pupur,

Lepas mencari daun keladi;

Suami isteri kalau bergaduh,

Usah kita turut campur,

Kita sendiri kedapatan budi.

Maksud

Penyantun memilih Tuan puteri yang yang berteduh dipinggir selepas penat mencari

daun keladi.Sudah menjadi lumrah sekiranya penat bekerja kita pasti mencari tempat

berteduh.Inikan pula pasangan suami isteri yang bergantung sama lain pasti akan

berselisih faham.Oleh itu janganlah ikut campur kerana sekiranya kita masuk campur

kita sendiri pun tidak dapat mengatasinya sekiranya kita belum mendirikan masjid

tercinta.

23

Page 24: SEJARAH PANTUN

PANTUN LAPAN KERAT.

Sarang merbah di celah dahan,

Tempat punai bermain disitu,

Berkejar-kejar anak rusa,

Tampak dari tanah seberang;

Bersyukurlah aku pada tuhan,

Kalau nasib memang begitu,

Akan merana sepanjang masa,

Harap pada kasihan orang.

Maksud

Rangkap pantun ini menggambarkan sifat semula jadi sarang sang lebah yang berada

di pohon dimana disitu jugalah tempat si punai bermain.Nampak dilihat anak rusa

berkejaran dari tanah seberang melalui pohon itu.Ini dapat digambarkan pemantun

mengaitkan hubungan alam semulajadi agar menuntut kita sentiasa bersyukur kepada

tuhan.Nasib manusia tidak semuanya indah dan pasti akan melarat sepanjang

masa.Bagi mengubat hati kita mengharapkan kasih daripada orang lain.

24

Page 25: SEJARAH PANTUN

PANTUN SEPULUH KERAT

Kain selendang tenunan Kapar,

Putus sehelai atas kasur,

Dialas dengan sapu tangan,

Dibungkus dengan kain kasap,

Diikat dengan benang sutera;

Hidangan sudah terhantar,

Jawat air basahlah tangan,

Tambahkan nasi akan disantap,

Kami dipangkalan bersama-sama.

Maksud

Pemantun menggambarkan nilai kerjasama antara satu sama lain.Ini dapat dilihat

melalui perkaitan kain selendang tenunan Kapar yang akhirnya putus maka dialas

dengan sapu tangan dan dibungkus dengan kain kasap.Akhirnya diikat dengan benang

sutera.Ini dapat dilihat melalui nilai hidup manusia yang apabila mengadakan kenduri

pasti akan menghidangkan juadah kepada para tetamu.Dapat dilihat nilai kerjasama

yang utuh dalam masyarakat yang pasti akan melakukan perkara secara bersama-

sama tanpa mementingkan diri sendiri.

25

Page 26: SEJARAH PANTUN

PANTUN DUA BELAS KERAT

Anak jentayu dari hulu,

Disambar ombak Laut China,

Dibawa terbang ke perahu,

Hinggap melahap di landasan,

Turun minum ke muara,

Anak ikan berkeliaran;

Kamilah tahu dari dahulu,

Adik jauhari bijaksana,

Membuhul tidak membeku,

Mengulas tidak mengesan,

Meratap langit dengan bicara,

Bumi tidak ketirisan.

26

Page 27: SEJARAH PANTUN

PANTUN BERKAIT

pantun jenis ini dinamakan berkait kerana ia dikaitkan dari serangkap ke serangkap

dalam beberapa rangkap yang berturut-turut dengan cara diulang balik pembayang dan

maksud akhir dalam setiap rangkap.Contoh pantun berkait seperti berikut:

Kenangan kasih

Burung serindit terbang sekawan,

Mati tersambar seekor merpati;

Sakit sungguh hambanya tuan,

Laksana kambing menggulai hati.

Mati tersambar seekor merpati,

Lantai balai berbelah-belah;

Laksana kambing menggulai hati,

Sudah didengar perintah Allah.

Lantai balai berbelah-belah,

Buat dinding raja beradu;

Sudah didengar perintah Allah,

Anak dibuat seperti madu.

27

Page 28: SEJARAH PANTUN

Buat dinding raja beradu,

Dari Gerisik ke Surabaya;

Anak dibuat seperti madu.

Sudah nasib tubuhnya saya.

Dari Gerisik ke Surabaya,

Beras padi dalam petak;

Sudah nasib tubuhnya saya,

Tangkai hati bagai disentak.

Beras padi dalam petak,

Batu belah dalam perahu;

Tangkai hati bagai disentak,

Kuasa Allah siapa tahu.

Batu belah dalam perahu,

Kucing kurus menggaru papan;

Kuasa Allah siapa tahu,

Kurus badan kerana tak makan.

28

Page 29: SEJARAH PANTUN

Kucing kurus menggaru papan,

Papan digaru kayu mati;

Kurus badan kerana tak makan,

Kurus kerana menahan hati.

Papan digaru kayu mati,

Tutuh jenalu di bunga Cina;

Kurus kerana menahan hati,

Makan tak lalu tidur tak lena.

Tutuh jenalu di bunga Cina,

Tumbuh padi menjadi lalang;

Makan tak lalu tidur tak lena,

Hati sungguh ingatkan tuan.

Tumbuh padi menjadi lalang,

Lalang terbenam di pintu kota;

Hati sungguh ingatkan tuan,

Tuan tidak kenangkan saya.

29

Page 30: SEJARAH PANTUN

Lalang terbenam di pintu kota,

Teluk lipat airnya biru;

Tuan tidak kenangkan saya,

Tuan dapat kasih baharu.

Teluk lipat airnya biru,

Tempat orang mencuci muka;

Tuan dapat kasih baharu,

Benci tuan kepada saya.

Tempat orang mencuci muka,

Bukit roboh Kuala Kemidi;

Benci tuan kepada saya,

Saya hodoh tiada budi.

30

Page 31: SEJARAH PANTUN

Tokoh-Tokoh Pantun

Halim R (Setaman Pantun Kenangan, 2006),

Wan Khazim (Bukit Lagi Bintang Berkarang, 2006)

Zainal Abidin Bakar

Za’ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16

September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul

Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke

St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.

Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor

Bahru,sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO,

pensyarahBahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua

Jabatan PengajianMelayu, Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah

dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu,Ilmu Mengarang Melayudan Daftar

Ejaan Melayu Jawi/Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa

Melayu. Di antara rencana beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay

Literaturedan Malay Journalism in Malaya.

Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-

buku asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan

dalam Bahasa Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak

Melayu Jati, Patriot; yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya,

Za’ba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan

Melayu, Yang Hina Patriot.

Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti

Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada

tahun 1962,beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan

Sri oleh Yang DiPertuan Agong. GelaranPendeta dikurniakan ketika berlangsungnya

31

Page 32: SEJARAH PANTUN

Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.

Za’ba telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 1973.

Za’ba adalah seorang sarjana dan ahli fikir Melayu. Za’ba ketika hidupnya

menulis berkenaan dengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan

kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian,

perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong

kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu

memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang

diperkukuhkan oleh kesedaran serta keyakinan mendalam.

Za’ba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan

pendidikan dan bahasa, tokoh agama dan politik. Za’ba merupakan tokoh intelektual

ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan

pencetus kesedaran politik Negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik

dalam perkembangan Pengajian dan Persuratan Melayu dan peningkatan

keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran betapa pentingnya strategi

penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi,sosial dan budaya bangsa.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan yang

berikut:

Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang

tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di

seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu

Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita

Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai

sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan

semangat juang bangsa.

32

Page 33: SEJARAH PANTUN

USMAN AWANG

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor,

pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar

namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu

beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu

musim tengkujuh. Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang

menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah

Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih

jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi.

Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga

lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah

seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun

selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat.

Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali air Segamat. Kemudian

beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu

menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah

semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan

tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan

bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian

menjadi pemberita. Selepas itu, beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang

pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan

Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat

menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalahMastika selepas itu. Pada tahun Malaya

mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang

turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau

33

Page 34: SEJARAH PANTUN

terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan

menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan

bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan

Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan

Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan

Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau

ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian

Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua

bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas

dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan

Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah

Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah

meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa

Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai

Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu

Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab

dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi

bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang

cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada

waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup

popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di

Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat

dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa

dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah

dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara

keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

34

Page 35: SEJARAH PANTUN

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah

lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan

manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina,

China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah

karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea,

Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di

anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-

jemu memperkayakan budaya negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera

dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29

Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau

dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat

yang tertinggi di tanah air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada

11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh

Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi

tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah

Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini

bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada

perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah

Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-

Novel : Tulang-Tulang Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan

lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit

Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga

Popi dan lain-lain.

35

Page 36: SEJARAH PANTUN

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan

Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti

penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga

sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis

muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan

Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA

yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya

inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan

Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti

lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman

Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama,

amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada

semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di

dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang

penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi

baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat

menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

36

Page 37: SEJARAH PANTUN

Samad Ahmad (peny.), 2000: 214)

Dang Nilai memangku puan,

Berembang buah pedada;

Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipihkan lada.

Kuning Ledang bagai dikarang,

Riang-riang disambar wakab;

Hairan memandang dunia sekarang,

Bayang-bayang hendak ditangkap.

Gambaran senyuman lelaki yang manis diperlihatkan melalui pantun berikut:

(Zainal Abidin Bakar.: 244)

Buah mengkudu kusangka kandis,

Kandis terletak dalam puan;

Gula madu kusangka manis,

Manis lagi senyuman tuan.

37

Page 38: SEJARAH PANTUN

(Ibid.: 260)

Kalau tuan pergi ke bendang,

Jangan dipetik buah rembia;

Tuan laksana bulan yang terang,

Cahaya liput serata dunia.

Sampan pukat sampan Serani,

Boleh belayar tanah seberang;

Tuan umpama bintang nurani,

Makin ditentang bertambah terang.

Wanita

Bukan sahaja lelaki digambarkan berperawakan menarik, wanita juga demikian.

Pelbagai ikon metafora diperlihatkan dalam pantun untuk memperlihatkan gambaran

kecantikan wanita.

38

Page 39: SEJARAH PANTUN

(Zainal Abidin Bakar, 1984: 261)

Rumah kecil pintu ke laut,

Tempat orang menggesek biola;

Tubuh kecil bagai diraut,

Di situ tempat hatiku gila.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 237)

Terang bulan di laman tangga,

Sarang penyengat di dalam padi;

Adakah orang semacam sahaya,

Menaruh kiamat di dalam hati?

(Francois Rene Dallie, 1988: 71)

Cahaya redup menyegar padi,

Ayam berkoko mengirai tuah;

Jikalau hidup tidak berbudi,

Umpama pokok tidak berbuah.

(The dimmer light refreshes the rice,

The happy cocok will shake and crow,

For lack of kindness life’s not nice,

‘Tis like like a tree where fruit don’t grow)

39

Page 40: SEJARAH PANTUN

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)

Kalau subang sama subang

Kalau sanggul sama sanggul,

Kalau hilang sama hilang

Kalau timbul sama timbul.

(Zakaria Hitam)

Tuar di hulu tuar di hutan,

Tuar di kuala tak mengena;

Sesal dahulu pendapatan,

Sesal kemudian tak berguna.

40

Page 41: SEJARAH PANTUN

(Wilkinson)

Limau purut/ lebat di pangkal

Sayang selasih/ condong uratnya

Angin ribut/ dapat ditangkal

Hati kasih/ apa ubatnya?

(Wilkinson)

Nasi lemak/ buah bidara,

Sayang selasih/ saya lurutkan;

Buang emak/ buang saudara,

Kerana kasih/ saya turutkan.

41

Page 42: SEJARAH PANTUN

Penutup:

      Kita sering mendengar orang berkata, pantun adalah manifestasi pemikiran

manusia Melayu silam. Itu memang benar kerana pantun sebagai karya sastera adalah

penglahiran langsung dari pemikiran manusia yang amat jernih dan signifikan. Pantun

terutama sekali menjelmakan pemikiran yang amat arif-bijaksana dan tajam yang lahir

dari pengamatan mata yang peka dan rinci. Malah pantun bukan sahaja menjadi cermin

untuk kita membaca minda Melayu, tetapi sama seperti bentuk-bentuk sastera yang lain

pantun menjadi cermin kepada seluruh adab kehidupan manusia silam, termasuk

persekitarannya. Ada satu lagi aspek pantun yang seringkali tercicir dari perbincangan,

yakni aspek yang memberi bentuk kepada pemikiran tersebut. Di sini yang

dimaksudkan ialah mekanisme penyampaian pantun. Tercipta dalam situasi kelisanan,

pantun dikawal bentuknya oleh norma dan puitika lisan. Pantun dengan demikian

memanifestasikan pemikiran dan kreativiti yang tercetus dalam situasi kelisanan. Kertas

kerja ini telah cuba untuk membicarakan beberapa aspek psikodinamika kelisanan

tersebut dan hubungannya dengan pantun. Diharap kajian ini dapat membantu kita lagi

dalam memahami puisi yang seperti kata orang yang arif bijaksana “tak lapuk oleh

hujan, tak kering oleh panas”.

42

Page 43: SEJARAH PANTUN

REFLEKSI KENDIRI

NAMA :ZULHILMI BIN ABD RAHMAN KELAS :PPISMP 2D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Pertama kalinya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana

dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan Pengantar Kesusasteraan

Melayu di bawah pemantauan Puan Nor Hayati binti Md Yatim sebagai pensyarah

penasihat sepanjang tugasan ini dilaksanakan.Saya secara berkumpulan saya

Zulhilmi bin Abd Rahman dan Muhammad Akmal bin M.Sekak telah bertungkus-

lumus dalam mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan tugasan ini dengan

bersungguh-sungguh agar dapat menghasilkan suatu tugasan yang berkualiti.Kami

telah diberi tajuk tugasan mengenai puisi tradisional iaitu pantun.

Tugasan ini bukanlah satu tugasan yang mudah,namun perasaan seronok

menyelubungi diri saya ini kerana tugasan ini menguji saya untuk lebih menghayati

tentang kepentingan puisi trdisional iaitu pantun.Saya mendapati bahawa tajuk yang

diberi banyak mengajar saya tentang aspek penggunaan pantun dalam kehidupan

masyarakat di Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.Selalunya

penggunaan pantun ini banyak digunakan untuk berhibur dan menyatakan

perasaan.Pada hari ini kebanyakan penggunaan pantun banyak digunakan dalam

majlis-majlis tertentu khususnya majlis perkahwinan.

Antara lain, saya juga mempelajari tentang kaedah memahami maksud sesuatu

pantun itu.Walaupun agak sukar namun saya dan rakan saya Berjaya memahami

maksud pantun tersebut.Di samping itu,saya juga dapat memahami maksud pantun itu

sendiri berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Ini secara

tidak langsung saya dapat mempelajari tentang sejarah, ciri, serta fungsi sesebuah

pantun itu digunakan pada masa masyarakat Melayu dahulunya.

Dalam saya melaksanakan tugasan yang diberi terdapat banyak kekangan yang saya

tempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini.Antaranya, masalah untuk memahami

43

Page 44: SEJARAH PANTUN

dari segi fakta dan isi walaupun pelbagai jenis bahan rujukan yang saya perolehi

daripada pusat sumber Dato Lokman Musa. Diharapkan segala yang dilakukan ini akan

memberi manfaat kepada saya.Semoga segala tugasan yang dilakukan ini akan dapat

membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi di masa hadapan.Di

kesempatan ini,saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada teman-teman

yang banyak memberi pertolongan serta memberi saya semangat untuk menyiapkan

tugasan ini.Tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing yang telah memberikan

garis panduan untuk tugasan ini.Sekian,terima kasih.

44

Page 45: SEJARAH PANTUN

NAMA: MUHAMMAD AKMAL BIN M SEKAK

NO. KP: 921107015859

REFLEKSI

Bismillahhirahmanirrahim,

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan kerja

kursus Penghantar Kesusasteraan Melayu ini. Saya telah dipilih dalam tajuk pantun dan

dikendaki melakukan kajian terhadap pantun tersebut dengan membuat ulasan. Saya

telah membuat kajian dalam definisi, sejarah, ciri, fungsi dan bentuk pantun.

Semasa saya menerima tugasan ini, saya berasa tugasan ini agak memberatkan

kerana saya perlu memahami pantun dengan sebaik-baiknya. Selain itu, saya tidak

pernah membuat kajian pantun secara lebih terperinci dan sendiri. Hal ini demikian

kerana, semasa di sekolah dahulu saya tidak mempelajari bahasa Melayu secara

terperinci. Saya juga terpaksa membuat beberapa rujukan dari beberapa sumber bagi

mendapatkan maklumat yang tepat lagi jitu. Oleh hal yang demikian, saya terpaksa

mencari maklumat di perpustakaan dan internet serta berbincang dengan rakan-rakan

dan senior-senior. Alhamdullillah kerja kursus ini dapat disiapkan walaupun saya

menghadapi tekanan dari masa yang terhad dan tekanan dari kerja kursus lain.

Perkara yang paling saya sukai dalam menyiapkan tugasan ini adalah saya

dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Kesusasteraan Melayu. Saya

dapat membaiki penganalisisan saya terhadap sastera lebih-lebih lagi sastera Melayu

kerana saya akan mengajar bahasa Melayu. Saya juga dapat mengetahui cara

membuat ulasan terhadap pantun dengan betul serta jenis pantun setelah membuat

tugasan ini. Di samping itu, saya dapat mempelajari bahasa yang indah dan penuh

dengan kehalusannya. Saya dapat menambahkan pengetahuan bila saya mengkaji

kerja kursus ini. Tugasan ini amat memberi manfaat kepada saya dalam pengajian saya

dalam Bahasa Melayu. .Saya juga akan dapat mengaplikasikanya dalam pengajaran

saya terhadap murid-murid saya. Saya dapat menarik minat mereka dan dapat

mengaitkannya dalam pembelajaran dan pengajaran saya. dengan membuat kerja

45

Page 46: SEJARAH PANTUN

kursus ini, saya dapat mempelajari cara-cara mengakses maklumat serta membuat

nota bagi memudahkan saya memahamkan sesuatu topik yang saya ingin kaji.

Tambahan pula, melalui cara begini saya dapat menyediakan diri saya dalam keadaan

yang sentiasa bersedia sebelum memulakan pengajaran kepada anak murid saya nanti.

Melalui kerja kursus ini juga saya dapat mengetahui bahawa untuk mendapatkan

maklumat yang bagus banyak kemahiran dan teknik perlu digunakan.

Bagi cadangan penambahbaikkan, saya berharap pada masa hadapan saya

dapat memperoleh banyak maklumat dan teknik serta kemahiran dapat saya pelajari

daripada kerja kursus sebegini.Saya juga berharap selepas ini perbincangan saya dan

rakan-rakan saya terhadap kajian seumpama ini dapat dijalankan dengan lebih proaktik

dan bersifat terbuka agar idea-idea yang bernas dapat dikongsi bersama. Hal ini

demikian kerana, sebelum ini kami masih baru dalam perbincangan seperti ini.Disini

juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan

Norhayati binti Md Yatim yang telah banyak memberikan sumbangan idea serta

semangat, kepada mak dan abah yang memberikan semangat untuk menyiapkan

tugasan ini dan kepada rakan-rakan yang membantu secara langsung mahupun tak

langsung dalam menjayakan kerja kursus ini hingga ke akhirnya.Sekian terima kasih.

46

Page 47: SEJARAH PANTUN

RUJUKAN

Alwi Salim (1983),Puisi Melayu, Petaling Jaya, Fajar Bkti Sdn Bhd.

Abdullah Hassan Aripin Said & Ainon Mohd (2007), Pantun & Gurindam, Kuala Lumpur,

PTS Publication Sdn Bhd.

S.Takdir Alisjahbana (1972), Puisi Lama, Petaling Jaya, Zaman Baru Sdn Bhd.

Za’ba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu, K.Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar (peny.), 1983. Kumpulan Pantun Melayu. K.Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka. 

47


Top Related