Transcript

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI PERMAS JAYA JOHOR BAHRU

NAME: MUHD ALIFF SYAFIQ BIN SAMSUDDIN KELAS: 2 JINGGA SEKOLAH: SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR NAMA GURU: PN. ABIDAH BINTI AHMAD

ISI KANDUNGAN ~TAJUK~ 1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Objektif Kajian 4. Kawasan Kajian 5. Kaedah Kajian 6. Dapatan Kajian 7. Rumusan 8. Rujukan 9. Lampiran

PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Victoria, En. Mazlan b. Buniran kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Abidah b.Ahamad yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah bersusah payah dan banyak menghabiskan masa mereka demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Sri Sinar yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

PENDAHULUANKajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk peperiksaan akhir tahun. Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di taman perumahan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di Taman Sri Sinar, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di taman ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan dikawasan sekitarnya. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaatdan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat dikawasan tempat tinggal saya.

3.0 Objektif KajianBerikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1. Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas 2) Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian 3) Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. 4) Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. 5)Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian. 6)Penerapan nilai dan system patriotisme terhadap penduduk di Bandar Baru Permas Jaya mengenai kepentingan migrasi

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Permas Jaya,Johor Bahru . Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira13.7 kilometer dari Bandar Johor Bahru. Permas Jaya adalah sebuah kawasan perumahan terletak di Daerah Johor Bahru, timur laut Johor Bahru, dan di bawah pentadbiran MBJB atauDewan Bandar Raya Johor Bahru Zon Tenggara. Jambatan Permas Jaya bersambung dengan Bakar Batu, Taman Sentosa dan pusat sistem Johor Bahru.Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan perumahan saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Permas Jaya 1 yang mempunyai pelajar seramai 1000 orang.Permas Jaya mempunyai padang golf dan kediaman kondominium

PETA LAKARAN

Kaedah kajian

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan:1. Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untukmengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan Permas Jaya .

2. Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung. 3. Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 3 borang soal selidik yang perlu di isi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. 4. Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Konsep migrasi penduduk Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan,negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. 6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: a)Migrasi luar bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Permas Jaya yang berhijrah ke bandar-bandar sepertiIpoh, Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesadalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja. b)Migrasi bandar ke luar bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajarandi institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempatasal. Misalnya ada sebahagian penduduk Permas Jaya yang bekerja sebagai tentera di KualaLumpur pulang semula ke Permas Jaya selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke kampung.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah: a)Melanjutkan pelajaran - Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPMyang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.Oleh kerana di kawasan Permas Jaya tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka merekaterpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.Terdapat 6 daripada 20 responden telahmelanjutkan pelajaran ke bandar. b)Peluang Pekerjaan Terdapat anak peneroka di Permas Jaya yang behijrah ke bandarbandar seperti Shah AlamSelangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaanyang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini kerana di kawasan Permas Jaya peluang pekerjaan yang ada amat terhad.Terdapat 5 daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di bandar.

c)Bersara - Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasidalaman di kawasan Permas Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah berkhidmatan sebagai polis,

tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampunghalaman setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Permas Jaya dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecilkecilan bagi mengisi masa lapang danmenampung hidup.Terdapat 4 daripada 20 responden telah kembali ke Permas Jaya apabila sudah tamat perkhidmatan. d)Kemudahan asas - Oleh kerana Permas Jaya merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada terhad seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.Terdapat 5 daripada 20 responden ke Permas Jaya atas factor kemudahan asas. e)Penerapan Unsur Patriotisme - kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dandamai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

a)Kesan positif a.Penduduk bertambah. Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampong saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah keluar.Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh factor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walaubagaimana pun penduduk di kawasan saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk. b.Taraf hidup meningkat. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Permas Jaya dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa. c.Pasaran bertambah. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.

b.Kesan negatifa. Masalah pengangguran. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju.Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asingseperti Nepaldan

Bangladesh kePermas Jaya telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan.Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini. b. Masalah sosial. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Permas Jaya ini,maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihandadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi disamping tiada pekerjaan. c. Komposisi penduduk berubah. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum lelaki dan belia yang berusia diantara 18 - 40 tahun. Dengan ini komposisilelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurangdan dalam jangka masa yang panjang. d. Nilai dan patriotisme. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Permas Jaya mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.

6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk dikawasan kajiana) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Permas Jaya pihak berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek dan juga kuih karas dan sebagainya. b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Permas Jaya dengan kerjasama penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian.Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku. c) Meningkatkan kemudahan kesihatan Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa.Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat.Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di Permas Jaya.

RUMUSANRumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di Permas Jaya iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi

migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajaran di IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan jugamasalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA : NURWATI BINTI ISMAIL UMUR: 32 TAHUN PENDUDUK SEKITAR PERMAS JAYA

MASALAH BERLAKU MASALAH SOSIAL MASALAH PENGANGGURAN

BETUL

SALAH

/ / /

TIADA NILAI PATRIOTISME

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA : JOHARI BIN ZAINAL UMUR: 18 TAHUN PENDUDUK SEKITAR PERMAS JAYA

MASALAH BERLAKU MASALAH SOSIAL MASALAH PENGANGGURAN TIADA NILAI PATRIOTISME

BETUL

SALAH

/ / /

BORANG SOAL SELIDIKNAMA : WONG LOW KAT UMUR: 40 TAHUN PENDUDUK SEKITAR PERMAS JAYA

MASALAH BERLAKU MASALAH SOSIAL MASALAH PENGANGGURAN TIADA NILAI PATRIOTISME

BETUL

SALAH

/ / /

RUJUKAN(a) www.googleimages.com (b) www.johorbahru.gov.com

( c) Majalah Tahunan Permas Jaya,Johor Bahru EDISI KE-24


Top Related