Transcript
Page 1: SABAH.gov · 2019. 4. 24. · Created Date: 4/23/2019 3:58:17 PM

KETUA MENTERISABAH

PERUTUSAN Y.A.B. KETUA MENTERI SABAH

Kepelbagaian agama, etnik dan budaya telah menjadi teras kepada kekuatan Malaysia sebagaisebuah negara maju dan rakyatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman dan harmoni. Kita diSabah mempunyai semangat perpaduan dan kesatuan yang tinggi, dan keadaan ini perlu kitateruskan. Kita tidak boleh berpecah walaupun pada hakikatnya kita terdiri lebih daripada 24kumpulan etnik dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungfawab kita untuk terus menghormati dan sama-samamemelihara perpaduan kaum yang telah sekian lama terbina, demi kesinambungan perpaduannegara dan rakyat.

Sesungguhnya sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan satulangkah dan amalan yang dilihat mampu untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysiakhususnya di Sabah. Bertepatan dengan tema Kaamatan tahun ini iaitu 'Kaamatan WadahPerpaduan Budaya Bangsa', rakyat berbilang kaum dari dalam dan luar negeri akan salingberkenalan, bermesra, merasai juadah enak seterusnya menikmati aktiviti kebudayaan yangdipamerkan dan dipersembahkan oleh etnik pelbagai kaum.

Bagi pihak Kerajaan Sabah, saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan. Semogakepelbagaian budaya dan bangsa ini dapat menyatukan semua lapisan masyarakat agar keamanandan kemakmuran terpelihara dan dapat diwarisi sepanjangzaman.

Saya ingin juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk danJawatankuasa Pelaksana kerana diberi ruang dan kesempatan untuk saya merakamkan perutusandalam Buku Aturcara Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2019 yangdilancarkan di daerah Pitas.

Syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur atas usaha, komitmen dan kerjasamayang diberikan dalam menjayakan majlis pelancaran ini.

/t- r ---//r*( DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL )

PEJABAT KETUAMENTERITINGKAT 31 & 32, BLOKA, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAII (PPNS)

JALAII SULAMAN88400 KOTAKINABALU

TeI. : 088-369826/3 69821 1369822

Faks : 088-427888 E-mel : [email protected]. 0112 (L) - 2018

Top Related