Download - RUMUSAN.docx

Transcript
Page 1: RUMUSAN.docx

RUMUSAN

Hasil dapatan kami daripada tugasan ini adalah seorang guru yang cemerlang perlu tahu

mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dalam bidang pendidikan. Pelajar ibarat anak-anak

kandung sendiri. Mereka harapan bangsa. Jadi, menjadi tanggungjawab para guru dan

masyarakat untuk membentuk anak-anak ini supaya menjadi manusia berguna di masa

hadapan. Pembentukan diri pelajar bermula dari awal sekolah lagi. Oleh itu, seboleh-bolehnya

guru dan ibu bapa perlu memupuk satu hubungan yang erat dan intim demi generasi muda yang

bakal menjadi pelapis pemimpin masa kini.

Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan ciri-ciri

generasi muda yang diinginkan. Dalam mencapai kehendak kerajaan untuk melahirakan modal

insan berintelek tinggi dan berpekerti mulia, kata sepakat dan kerjasama yang padu perlu dijalin

oleh pihak sekolah dengan kerajaan. Program-program terkini perlu dijalankan dengan segera.

Tindakan pantas perlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dan langkah-

langkah pencegahan perlu dilaksanakan sejak daripada awal lagi.

Semuanya bermula daripada individu itu sendiri. Guru hanya bertugas sebagai

pembentuk dan pembimbing. Ibu bapa sebagai pendorong. Pihak sekolah sebagai penyokong

dan kerajaan sebagai penyumbang, memberikan dana-dana pendidikan serta pihak polis

sebagai penjaga. Kesimpulannya, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar

tiada lagi masalah disiplin baru yang timbul.

Top Related