Download - Ruj Kami Sumbangan

Transcript
Page 1: Ruj Kami Sumbangan

_____________________________________________________________________

Ruj kami : 01/08/000/02 Tarikh : 6 April 2011

Kepada,

Pengusaha kantin

SK Seri Sekamat

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN HAMPER UNTUK PERTANDINGAN BAKAT MUZIK SK SERI SEKAMAT.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Muzik akan menganjurkan Pertandingan Bakat Muzik bagi tujuan mencungkil bakat murid-murid. Di samping itu , murid dapat meningkatkan disiplin diri dan membentuk semangat kerja berkumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu nyanyian, tarian dan alat muzik . 3. Untuk tujuan di atas , kami ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan Hamper bagi memenang-pemenang yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 April 2011Hari : KhamisMasa : 8.30 pagi Tempat : Pavilion

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan program yang telah dirancang.

Sekian,terima kasih.

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….( Mohd Yusry BinMuhamad ) Pengerusi Panitia Muzik SK Seri Sekamat

sk Guru Besar Fail

Page 2: Ruj Kami Sumbangan

_____________________________________________________________________

Ruj kami : 01/08/000/01 Tarikh : 19 Jun 2014

Kepada,

YDP PIBG

SK Seri Sekamat

Melalui,

Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBELI PAKAIAN MURID POM POM SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kelab Muzik memohon sumbangan kewangan untuk membeli pakaian murid-murid semasa membuat persembahan pembukaan Hari Sukan sekolah 2014 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, penambahan pakaian perlu dibeli kerana penambahan bilangan murid seramai 50 orang berbanding tahun lepas 30 orang sahaja . Anggaran harga seperti berikut ;

1 helai pakaian RM20.00 x 20 orang = RM400.00Aksesori RM 2 X 50 0rang = RM100.00Jumlah RM500.00

4. Dengan itu, diharapkan pihak tuan dapatlah menghulurkan sumbangan bagi memperlihatkan kekemasan murid-murid dalam membuat persembahan .

5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan program yang telah dirancang.

Sekian,terima kasih.

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….( Mohd Yusry BinMuhamad ) Pengerusi Panitia Muzik SK Seri Sekamat

sk Guru Besar Fail

Page 3: Ruj Kami Sumbangan

Gambar baju weskot lama 10 tahun lepas ( kumpulan rekoder )

Cadangan gambar baju weskot baru RM 30.00

Page 4: Ruj Kami Sumbangan

Gambar weskot 1 set ( baju kemeja dan seluar ) RM 50.00

Gambar baju kot 1 set ( baju Kemeja dan seluar ) RM 60.00

Page 5: Ruj Kami Sumbangan

_____________________________________________________________________

Ruj kami : 01/08/000/03 Tarikh : 6 April 2011

Kepada,

YDP PIBG ,SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK PERTANDINGAN BAKAT MUZIK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Panitia Pendidikan Muzik akan menganjurkan satu pertandingan bakat muzik di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat seperti berikut ;

Tarikh : 21 April 2011 Tempat : PavilionSasaran : Murid tahun 3 hingga 6

3. Pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan sikap yakin pada diri dan mencungkil bakat murid-murid. Di samping itu , murid dapat meningkatkan disiplin diri dan membentuk semangat kerja berkumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu nyanyian, tarian dan alat muzik . 4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG dapatlah menyumbangkan RM250.00 bagi menjayakan program tersebut . Bersama ini dilampirkan kertas kerja untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MOHD YUSRY BIN MUHAMADPengerusi Panitia MuzikSK Seri Sekamat

sk Guru Besar Fail

Page 6: Ruj Kami Sumbangan

_____________________________________________________________________

Ruj kami : SST 08/02/001 ( ) Tarikh : 6 April 2011

Kepada,

YDP PIBG ,SK Seri Sekamat .

Tuan,

PEMOHONAN PENYELENGGARAAN TANDAS DAN BUMBUNG SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan penyelenggaraan tandas dan baik pulih bumbung sekolah .

3. Untuk makluman pihak tuan keadaan tandas sekolah buat masa ini kurang memuaskan dan perlu penyelenggaraan segera. Antara kerosakkan yang perlu diperbaiki adalah seperti berikuat :-

i. Tandas tersumbatii. Kepala paip rosak

iii. Pamp tandas rosakiv. Pintu tandas rosak

4. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, bangunan blok B mengalami kerosakan perabung bumbung. Ini menyebabkan berlaku kebocoran pada setiap bilik aras 3 blok tersebut .

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG membantu menangani permasalahan tersebut . Bersama ini dilampirkan gambar-gambar kerosakkan untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

ZULKIFLI BIN MOHD NOORGURU BESARSK SERI SEKAMAT

Sk – Fail

Page 7: Ruj Kami Sumbangan

Lampiran 1

Gambar perabung bumbung yang rosak

Gambar kebocoran berlaku dalambilik perpustakaan aras 3

Page 8: Ruj Kami Sumbangan

Lampiran 2

Gambar kerosakan kepala paip

Page 9: Ruj Kami Sumbangan

Lampiran 3

Gambar kerosakan pintu tandas, pamp tandas dan tandas tersumbat

Page 10: Ruj Kami Sumbangan

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMATBATU 12 ½ , JALAN CHERAS, Tel : 03-8736057943000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 03-87342842

Ruj kami : SST01/08/000/ ( )

Tarikh : 6 April 2011

Kepada,

YDP PIBG ,SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan

PEMOHONAN SUMBANGAN PEMASANGAN JERIJI ( GRILL ) BILIK MUZIK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan pemasangan jerigi bilik muzik yang baru diwujudkan .

3. Untuk makluman pihak tuan pemasangan jerigi ini perlu kerana banyak peralatan berharga yang diletakkan dalam bilik tersebut antaranya seperti :-

i. TV LCD 42’ ii. Piano

iii. Dram bassiv. Alatan dikir barat dan alatan muzik yang lain

4. Selain itu juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sekarang menggalakan murid-murid tahap 1 menggunakan kemudahan bilik muzik dalam melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran melalui muzik.

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG dapatlah menyumbangkan RM3108.00 bagi pemasangan tersebut .

Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MOHD YUSRY BIN MUHAMADPengerusi Panitia MuzikSK Seri Sekamat

Page 11: Ruj Kami Sumbangan

sk Guru Besar Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMATBATU 12 ½ , JALAN CHERAS, Tel : 03-8736057943000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 03-87342842

Ruj kami : SST01/08/000/( ) Tarikh : 6 Mei 2011

Kepada,

YDP PIBG ,SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan,

UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN SUMBANGAN KEWANGAN / HAMPERS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA MUZIK SK SERI SEKAMAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya bagi pihak ketua Panitia Pandidikan Muzik Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat dengan iklas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan/puan kerana telah menghulurkan sumbangan kewangan/hampers kepada pihak kami bagi menganjurkan program Bakat Muzikal dan bilik muzik.

3. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Selain itu juga sumbangan ini dapat menaikkan semangat para peserta untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Di harap pihak PIBG dapat membantu pihak kami dari masa ke semasa.

4. Sumbangan tuan, telah membantu pihak sekolah bagi menyediakan prasarana sekolah untuk keselesaan murid-murid bagi menimba ilmu pengetahuan. Keperhatinan tuan amatlah kami hargai dan berdoa agar tuan sentiasa sihat dan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MOHD YUSRY BIN MUHAMADPengerusi Panitia MuzikSK Seri Sekamat

Page 12: Ruj Kami Sumbangan

sk Guru Besar Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMATBATU 12 ½ , JALAN CHERAS, Tel : 03-8736057943000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 03-87342842

Ruj kami : BIL (2) SKSS/BKGK 2011( ) Tarikh : 6 Mei 2011

Kepada,

YDP PIBG ,SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan,

JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK SERI SEKAMAT 2011 Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa BKGK Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat akan menganjurkan Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada :

Tarikh : 20 Mei 2011.Hari : JumaatMasa : 8.00 pagi.Tempat : SK Seri Sekamat.

3. Sehubungan dengan itu,pihak Kami berbesar hati menjemput YDP PIBG dan AJK menghadiri program ini.Semoga dengan kehadiran YDP dan AJK dapat menyerikan lagi program ini disamping menarik minat murid-murid untuk menyertai sambutan ini.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak PIBG dalam perkara ini didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

“ KEJUJURAN DAN KETEKUNAN ”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

MOHD YUSRY BIN MUHAMAD

Page 13: Ruj Kami Sumbangan

Pengerusi BKGKSK Seri Sekamat

sk Guru Besar Fail


Top Related