-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
1/16
4.4 RESPON MASYARAKAT CINA TERHADAP PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU 1957
KEHADIRAN PARTI-PARTI POLITIK ORENTASI CINA
Pendahuluan
Penyertaan MCA dalam Parti Perikatan dilihat mampu melindungi kepentingan masyarakat Cina
di Tanah Melayu dan pada masa yang sama memberi peluang kepada masyarakat Cina untuk
meneruskan penguasaan ekonomi mereka di negara ini. Di mana menerusi perlantikan pemimpin
MCA dalam kabinet maka kepentingan serta suara masyarakat berkenaan akan terus diberi
perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan. Namun begitu, MCA sering berada
di dalam dilema semasa memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina. Ia berada dalam situasi
yang cukup sukar dalam menangani tuntutan serta desakan daripada komuniti Cina dan pada
masa yang sama perlu menjaga perasaan rakan-rakan yang lain dalam Perikatan. Lantaran itu,
MCA terpaksa mengorbankan banyak tuntutan masyarakat Cina khususnya dalam aspek
pendidikan mahupun bahasa yang dilihat sebagai tunjang kekuatan bagi kebudayaan orang Cina.
Di mana menurut Cynthia H. Enloe ( 1970 ), The MCA risks uncle Tom-ism where in
exchange for acess, the MCA has to compromise, make concessions that sacrifice for interests of
its own ethnic group. It must support federal policies which aim at promoting the Malay
community.
Dalam usaha untuk menyakinkan masyarakat Cina, pemimpin MCA menegaskan
bahawa orang Cina yang berstatuskan pendatang merupakan golongan minoriti di Tanah Melayu.
Oleh yang demikian mereka perlu banyak sabar dan terpaksa menerima tuntutan daripada orang
Melayu yang merupakan penduduk asal.1 Sikap mengalah dan bertoleransi tersebut penting bagi
menjamin kelangsungan masyarakat Cina. Ini kerana sekiranya masyarakat Cina terus memberi
tekanan terhadap pucukan kepimpinan UMNO yang sedia ada maka ia akan membuka ruang
kepada golongan ekstrim dalam parti tersebut untuk mengambil alih pucuk kepimpinan UMNO.
1Enloe, Cynthia H., Multi-Ethnic Politics : The Case of Malaysia, University of California, Berkerly, 1970,
hlm. 127-128.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
2/16
Akhirnya MCA akan semakin tertekan dan peluang untuknya untuk terus tawar-menawar dalam
Perikatan akan tertutup.2 Lantaran itu, MCA kerap menghadapi kekangan daripada UMNO yang
mendesak agar parti tersebut memperkukuhkan diri dan berusaha untuk mendapatkan sokongan
daripada orang Cina sebelum bertindak sebagai juara bagi komuniti tersebut. Menurut Vasil
( 1980 ):
Whenever MCA was to make demands on behalf of the Chinese community the usual
UMNO response was: How can you make demand on behalf of the Chinese when you arenot able to get their support? Deliver the Chinese vote first for the Alliance and then
make demand on their behalf.
Oleh itu, MCA dilihat semakin lemah dan gagal dalam memperjuangkan kepentingan
masyarakat Cina. Di mana semakin ia mengalah terhadap UMNO maka MCA akan semakin
dijauhi oleh masyarakat Cina. Senario tersebut jelas mengundang kekecewaan masyarakat Cinayang beranggapan MCA tidak memainkan peranan sebenarnya sebaliknya bersikap pengecut
demi menjaga kepentingan diri dan terlalu mengikut kehendak UMNO. Masyarakat CIna terkilan
dengan sikap pemimpin MCA yang dikatakan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi
memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina sebaliknya mengenepikan tuntutan komuniti
berkenaan demi menjaga kepentingan serta kestabilan perniagaan serta kekayaan diri. Ini
mengakibatkan MCA dilihat sebagai sebuah parti elit yang juga dikenali sebagai parti towkay
yang dipimpin oleh golongan saudagar Cina yang kaya dan hanya mementingkan perniagaan
masing-masing serta menafikan kepentingan kebudayaan, pendidikan serta bahasa.3
Kegagalan MCA memainkan peranannya dengan berkesan mengakibatkan pengunduran
ramai pemimpinnya malah ada yang bertindak menubuhkan parti baru sebagai alternatif kepada
masyarakat Cina. Kehadiran parti-parti politik berorentasikan Cina begitu ketara menjelang
tahun 50an apabila pilihan raya diperkenalkan. Parti-parti tersebut bergerak atas landasan bukan
perkauman dan perjuangkan persamaan hak bagi semua kaum di Tanah Melayu. Parti-parti ini
bergerak cergas di kawasan bandar-bandar besar seperti George Town, Ipoh, Seremban, Kuala
Lumpur serta Johor Bharu yang didominasi oleh masyarakat bukan Melayu. Walaupun dipimpin
oleh pemimpin yang pelbagai bangsa namun parti-parti tersebut sering dikuasai oleh golongan
2Ibid, hlm. 128.
3Temubual dengan Lok Swee Chin pada 24 September 2003. Beliau merupakan bekas Ketua Wanita DAP
Perak dan juga ADUN bagi kawasan Falim bagi dua penggal (1986-1990 ).
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
3/16
bukan Melayu . Lantaran itu, ia kerap dilabelkan sebagai parti perkauman bukan Melayu yang
bertujuan mencabar ketuanan serta hak orang Melayu. Antara parti-parti politik orentasi Cina
yang muncul di era sebelum dan awal kemerdekaan adalah seperti Parti Buruh, Parti Progresif
Rakyat ( PPP ), United Democratic Party ( UDP ), Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dan Parti
Gerakan Rakyat Malaysia ( PGRM ). Parti-parti telah berjaya memainkan peranan penting dalam
pertahankan kepentingan orang Cina serta menyumbang ke arah pembentukan negara bangsa
Malaysia yang lebih utuh.
Parti Buruh
Parti Buruh merupakan parti pertama yang bersifat bukan komunalisme di Tanah Melayu. Ia
bermula dengan penubuhan Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951 diikuti dengan
pembentukan parti-parti buruh peringkat negeri di Perak, Melaka, Selangor dan Negeri
Sembilan.4
Gabungan parti-parti buruh peringkat negeri ini kemudiannya telah membawa
kepada tertubuhnya Pan-Malayan Labour Party pada 26 Jun 1952. Namun begitu, di persidangan
perwakilannya pada Oktober 1955, namanya telah ditukar kepada Parti Buruh Tanah Melayu.5
Pada peringkat awal penubuhannya, Parti Buruh merupakan sebuah parti fahaman sosialis yang
dianggotai oleh pelbagai kaum. Ia dipimpin oleh golongan pemimpin yang mendapat pendidikan
Inggeris serta berfahaman sederhana. Parti Buruh dilihat mempunyai hubungan yang rapat
dengan Malaya Trade Union Council dan ia menyeru ke arah pemilikan harta awam,
memperluaskan rancangan kebajikan kerajaan dan menubuhkan syraikat kerjasama.6
Dalam pilihan raya 1955, Parti Buruh telah memberi penekanan kepada 10 perkara dalam
manifestonya. Ia turut memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penggabungan Tanah
Melayu dengan Singapura. Dalam usaha untuk mendapat sokongan daripada segenap lapisan
masyarakat, Parti Buruh telah mengelakkan diri daripada menggunakan isu-isu perkauman yang
dianggap merbahayakan keamanan negara. Sebaliknya, ia cenderung menyalahkan dasar pecah
4R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 122.
5R.S Milne dan Diane K Mauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis dan
Ramlah Muhamad, hlm. 188.6 Gordon P. Means, Malaysian Politics, University of London Press Ltd, London, 1970, hlm. 238.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
4/16
dan perintah British yang dilihat sebagai faktor utama memecah belahkan masyarakat.7
Pilihan
raya 1955 menyaksikan Parti Buruh mempertaruhkan 4 calon, masing-masing dua calon Cina
dan India. Parti Buruh telah bertanding di negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu yang
ramai iaitu di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia meletakkan seorang calonnya di Pulau
Pinang dan 3 lagi di Perak dan Selangor. Walaupun gagal memenangi sebarang kerusi, namun
calonnya di Pulau Pinang berjaya mendapat undian yang agak memberangsangkan iaitu kira-kira
26.7% undi.8
Secara keseluruhannya, Parti Buruh hanya meraih undi sebanyak 4786 atau 0.4%
daripada keseluruhan undi.9
Dalam usaha untuk memperkukuhkan dirinya serta memperjuangkan kerjasama antara
kaum, Parti Buruh dan Parti Rakyat telah bekerjasama dan seterusnya membawa kepada
pembentukan Parti Barisan Sosialis Rakyat Tanah Melayu yang lebih dikenali sebagai Socialist
Front ( SF ). Ia ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan pengabungan kedua-dua parti itu disahkan
dalam kongres pertama Socialist Front pada Oktober 1958.10
Ahmad Boestamam telah dilantik
sebagai Presidennya manakala D.S. Ramanathan pula sebagai timbalannya. Sebagai sebuah parti
fahaman sosialis dan bersifat non-komunal, SF telah menyifatkan dirinya anti-kolonial dan
mengamalkan pendekatan nasionalis. Ia mengkritik dasar luar Persekutuan Tanah Melayu yang
menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britian. Pada masa yang sama, SF turut mengesa
agar kerajaan Komunis di China diperakui dan menjalin hubungan yang akrab dengan negara-
negara Afro-Asian.11
Socialist Front menolak sebarang isu yang bersifat perkauman dalam
usahanya untuk mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. Ia berpendapat isu-isu
yang bersifat perkauman bakal mencetuskan ketegangan dan membahayakan negara. Oleh yang
demikian, Parti Buruh telah menperakui hak serta ketuanan Melayu dan pada masa yang sama
menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Manakala Parti Rakyat pula berikrar untuk
memberi layanan yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Dalam memorandum
bersama pula, kedua-dua parti bersetuju untuk menyokong dasar pendidikan sekolah kebangsaan
di samping sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
7Ibid.8
Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 238.9
K.J Ratnam, Communalism and the Political Process in Malaya, hlm 196.10 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 189.11Ibid, hlm. 243.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
5/16
Socialist Front telah bertanding buat kali pertamanya dalam Pilihan Raya Umum 1959.
Sebelum pilihan raya 1959, Socialist Front telah pun berjaya bertapak dengan kukuh di negeri-
negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu yang ramai seperti Pulau Pinang, Johor,
Selangor dan Negeri Sembilan . Ia memiliki rekod yang cemerlang dalam pilihan raya majlis
bandaran terutamanya di Pulau Pinang. Kejayaan moral pertama parti itu dicapai pada tahun
1957 di mana Sosialis Front berjaya menguasai Majlis Bandaran George Town.12
Rekod
cemerlang Socialist Front diteruskan dalam pilihan raya Bandaran George Town pada tahun
1961 apabila ia memenangi 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Ia mencapai kejayaan
yang memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan memenangi 8 kerusi parlimen
dari dua buah negeri iaitu kubu kuatnya Pulau Pinang dan Selangor.
Prestasi Sosialis Front di Selangor agak menonjol dan ia berjaya memenangi 5 buah
kerusi parlimen. Presidennya Ahmad Boestamam berjaya memenangi kerusi parlimen Setapak
manakala V. David pula memenangi kerusi Bangsar. Kawasan-kawasan lain yang berjaya
dimenangi oleh calon Socialist Front termasuklah Damansara, Rawang dan Batu. Di Pulau
Pinang pula, ia memperolehi 3 kerusi parlimen dengan didahului oleh V. Veerapan yang
memenangi kerusi Seberang Selatan dan diikuti oleh Liew Kean Siew di Dato Keramat dan Tan
Pock Kin di Tanjong. Di peringkat dewan undangan negeri, Socialist Front berjaya memperolehi
16 kerusi dari 4 buah negeri. Di Pulau Pinang, ia mendapat 7 kerusi dan menguasai kawasan
Tanjong dengan menyapu bersih keempat-empat kerusi yang dipertandingkan termasuklah
Tanjung Utara, Tanjung Selatan, Tanjung Barat dan Tanjung Tengah. Kejayaan Sosialis Front
lebih bermakna dengan kejayaan Presiden Parti Buruh, D.S Ramanathan memenangi kerusi
undangan negeri kawasan Sungai Penang dengan undian sebanyak 1289.13 Selain itu, Sosialis
Front turut memenangi kerusi Jeluntong dan Kota yang didominasi oleh pengundi Cina.
Di Selangor pula, Socialist Front mendapat memperolehi 3 kerusi undangan negeri. Ia
mencapai kejayaan berganda menerusi dua calonnya iaitu V. David dan K. Karam Singh. V.
David telah memenangi kerusi DUN Pantai setelah menguasai kerusi parlimen Bangsar. K.
12Ia memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan seterusnya berjaya menewaskan Perikatan
yang hanya mendapat 5 kerusi manakala 2 lagi dimenangi calon bebas.13 Report on the Parliamentary and State Legislative Assembly General Elections, 1964 of the state of
Malaya, Jabatan Chetakan Kerajaan, Kuala Lumpur, 1965, hlm. 91.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
6/16
Karam Singh pula merupakan pemenang bagi kerusi parlimen Damansara di samping
memenangi kerusi DUN Serdang. Satu lagi kerusi undangan negeri diperolehi daripada Nazar
Yong yang menguasai kerusi Sentul walaupun hanya dengan majoriti undi sebanyak 552 sahaja.
Socialist Front turut berjaya menembusi kubu Parti Perikatan di Negeri Sembilan dan Johor. Di
Negeri Sembilan, ia memenangi kerusi DUN bagi Rantau, Rompin, dan Labu. Di Johor pula,
kerusi DUN Gunong Lambak, Senai-Kulai dan Tanjong Perti berjaya dikuasai menerusi calon-
calon dari Parti Buruh. Secara keseluruhannya dalam pilihan raya 1959, Socialist Front meraih
12.9% undi bagi kawasan parlimen dan 9.7% bagi kerusi undangan negeri.14
People Progressive Party ( PPP )
Perak Progressive Party ( PPP ) ditubuhkan di Ipoh oleh dua beradik yang berketurunan Tamil
Sri Lanka iaitu Dr. Sennivasagam dan SP Sennivasagam pada tahun 195315
. Adik beradik
Seenivasagam merupakan dua tokoh politik Kinta yang disanjung tinggi oleh penduduk daerah
itu. Dr. Seenivasagam dan SP Sennivasagam merupakan pemimpin yang sentiasa prihatin
dengan keperluan penduduk Kinta tanpa mengambil kira etnik dan kelas sosial. Justeru itu,
walaupun berketurunan Tamil Sri Lanka tetapi mereka tetap mendapat sokongan komuniti Cina
yang menjadi dominasi daerah Kinta. Mereka merupakan peguam yang cekap dan sering terlibat
dalam memberi bantuan guaman secara percuma kepada penduduk Ipoh yang tidak
berkemampuan. Di samping itu, mereka turut membantu penduduk miskin dari segi bantuan
yuran sekolah, perbelanjaan pengkebumian, buku dan sebagainya. Bantuan kebajikan serta sosial
yang sering dihulurkan oleh Dr. Seenivasagam dan SP Seenivasagam sama ada dari aspek
bantuan material atau guaman menjadikan mereka sebagai tokoh pilihan di Kinta dan secara
tidak langsung ia membantu melonjakkan parti PPP.
14 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 253.15 R. K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 131.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
7/16
Parti ini memperjuangkan nasib kaum pekerja berasaskan fahaman sosialis di samping
hak kesamarataan bagi semua kaum. Ia menuntut agar hak keistimewaan orang Melayu
dihapuskan, layanan yang sama dalam mendapat pekerjaan serta penghapusan kelas-kelas sosial
dalam masyarakat16. PPP turut mendesak agar bahasa Cina dan India turut diberikan kedudukan
sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Melayu17. Matlamat perjuangan parti itu terkandung
dalam manifesto PPP dalam Pilihan raya Umum 1959 yang menyatakan bahawa:
Every citizen of this land should have equal rights and privileges in return for equalobligations which he owes to King and country. This is a fundamental principle of
democratic socialism and to obtain this equality the People Progressive Party of Malayawill strive to amend the Constitution. Any semblance of special treatment to any one race
will inevitably lead to frustration and the establishment of a true Malayan nation will beretarded.
18
Justeru itu, PPP menggesa agar beberapa perkara dalam perlembagaan dipinda. Antaranya ia
mengiktiraf kedudukan Bahasa Cina danTamil sebagai bahasa rasmi dan pemberian taraf
kerakyatan berasaskan prinsip jus soli. Ia turut mencadangkan agar pindaan dilakukan ke atas
akta imigresen dan juga pendidikan agar rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum akan
menikmati hak yang sama.
PPP telah menjadi anggota dalam Perikatan UMNO-MCA-PPP pada 8 Disember 1953.19
Dr Sennivasagam telah bertanding dalam Pilihan raya Majlis Bandaran Ipoh dan berjaya
memenangi kerusi tersebut. Ia menandakan bermulanya karier Dr. Sennivasagam dan PPP dalam
arena politik di Kinta. Namun begitu, perikatan itu gagal bertahan lama apabila PPP menarik diri
daripada Parti Perikatan menjelang Pilihan Raya Umum 1955 kerana berasa kecewa dengan
keputusan Parti Perikatan yang tidak memperuntukkan sebarang kerusi kepada PPP. Lantaran
itu, PPP telah bertanding bersendirian dalam Pilihan Raya Umum 1955 dengan meletakkan dua
calon tetapi kedua-duanya kalah dan kehilangan wang depositnya. Dalam usaha untuk
melebarkan sayapnya, Perak Progressive Party telah menukar namanya kepada People
16 Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural Society,
University Of Warwick, Coventry, 1976, hlm. 179.
17Ibid
18 R. K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 13519 Ibid, hlm. 32.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
8/16
Progressive Party pada tahun 1956.20
People Progressive Party mencapai kemenangan moralnya
yang pertama dalam pilihan raya semula kerusi Ipoh-Menglembu pada tahun 1957 apabila
penyadangnya Leong Yew Koh dilantik sebagai Yang Di Pertua Melaka yang pertama. Dr.
Seenivasagam telah bertanding atas tiket PPP bagi menentang wakil MCA, Yap Yin Fah berjaya
memenangi kerusi tersebut dan muncul sebagai ahli pembangkang bukan Melayu yang pertama
di parlimen Tanah Melayu. Peoples Progressive Party ( PPP ) berjaya memenangi beberapa
kerusi dalam pilihan raya 1959. Ia yang mempunyai pengaruh yang kuat di Perak terutamanya di
daerah Kinta memenangi 4 daripada 5 kerusi parlimen yang dipertandingkan di daerah berikut. Ia
memenangi kerusi Ipoh dan Mengelembu menerusi dua pemimpin utama iaitu Dharma Raja
Seenivasagam dan Sri Radhmaraja Seenivasagam . Manakala Chan Swee Ho dan Khong Kok
Yat memenangi kerusi Kinta dan Batu Gajah. PPP juga mencatatkan kemenangan gemilang di
kerusi undangan negeri di Kinta apabila menawan 8 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan.21
Ia menandakan bermulanya era kegemilangan PPP di daerah Kinta. Penguasaan PPP di negeri
perak terutamanya di daerah Kinta begitu ketara dalam Pilihan Raya Umum 1969 apabila ia
hampir-hampir berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Perak.
PPP berjaya memenangi 4 kerusi parlimen dan kesemuanya di perolehi dari negeri Perak.
Ia berjaya memenangi 3 daripada 5 kerusi parlimen di daerah Kinta.22
PPP memenangi kerusi
Ipoh apabila R.C. Mahadeva Rayan menewaskan Toh Seang Eng dari MCA dengan majoriti
undi sebanyak 18,748 undi. Di Menglembu pula, S.P. Seenivasagam berjaya mengekalkan
kerusinya dengan menewaskan Hew Chai Kee. Di Ulu Kinta pula, Chan Yoon Onn berjaya
menewaskan Chin Foo, penyadang kerusi itu pada Pilihan Raya 1964 dengan majoriti sebanyak
3,115 undi. PPP turut berjaya memperolehi 12 kerusi undangan negeri di Perak dan telah
berusaha untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dengan bantuan DAP yang mendapat 6
kerusi. Pakatan PPP dan DAP berjaya menguasai 18 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan. Ia
hanya memerlukan dua buah lagi kerusi untuk merampas Perak dari Perikatan yang hanya
mempunyai 19 kerusi undanagn negeri sahaja. Peluang PPP dan DAP untuk membentuk
20Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 235.
21 PPP memenangi kerusi undangan negeri Pekan Bharu, Pekan Lama, Pasir Puteh, Kuala Pari, Chemor,
Sungei Raja, Pusing dan Gopeng.22
Dua lagi kerusi, Batu Gajah dan Kampar dimenangi oleh parti DAP. Lihat Penyata Pilehanraya UmumDewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969,
hlm. 58.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
9/16
kerajaan campuran begitu cerah berikutan kejayaan 2 calon Gerakan memenangi kerusi
undangan negeri bagi Taiping and Matang menerusi Lim Eng Chuan dan Ang Chin Wah. Pada
masa yang sama, PAS turut berjaya memenangi sebuah kerusi di Kampong Gajah menerusi
Mahmud bin Zainal Abidin.
UNITED DEMOCRATIC PARTY ( UDP )
The United Democratic Party ( UDP ) dibentuk pada April 1962 oleh sekumpulan bekas
pemimpin MCA yang diketuai oleh Dr. Lim Chong Eu, Too Joon Hing, Ng Ek Teong, Chin See
Yin, Tan Suan Kok dan Lawrence H.C. Huang.23
Ia diasaskan atas landasan bukan perkauman.
Menurut Dr Lim, UDP perjuangkan persamaan hak di kalangan semua rakyat dan ia berusaha
untuk mempromosikan satu bangsa yang berkongsi kekayaan negara tanpa sebarang diskriminasi
terhadap mana-mana kaum. Dalam usaha untuk meningkatkan imejnya sebagai sebuah parti
bukan komunal, UDP telah melantik Dato Zainal Abidin b. Haji Abas sebagai presidennya
namun begitu krisis dalaman parti yang menyaksikan pertembungan golongan fahaman
sederhana dengan golongan haluan kiri dalam UDP mengakibatkan parti tersebut gagal berfungsi
dengan berkesan.
UDP mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan raya 1964 apabila hanya mampu
memenangi sebuah kerusi parlimen dan empat kerusi undangan negeri. Kesemua kerusi tersebut
terletak di Pulau Pinang yang merupakan kubu kuat UDP. Dr Lim berjaya memenangi kerusi
Parlimen Tanjong manakala empat kerusi DUN yang dimenangi parti tersebut ialah DUN Kota,
Dun Tanjong Utara, DUN Tanjong Tengah dan DUN Tanjong Barat. 24 Manakala di negeri-
negeri lain UDP gagal memenangi sebarang kerusi dan kebanyakan calonnya hilang wang
pertaruhan mereka. Di Perak, UDP hanya berjaya meraih 4.6% undi bagi DUN dan 6.5% undi
bagi kawasan parlimen yang ditandinginya. Manakala di Negeri Sembilan pula, UDP hanya
mendapat 11.5% bagi DUN dan 9.9% bagi parlimen. Situasi yang lebih buruk dialami di Johor
dan apabila ia hanya mendapat masing 3.3% undi bagi DUN dan 3.7% undi untuk parlimen.25
Kegagalan dalam Pilihan Raya Umum 1964 menandakan berkuburnya UDP dan Dr Lim telah
23Gordon P. Means,Malaysian Politics, hlm. 247.
24 Elections In Malaysia: Facts and Figures, Balai Berita, Kuala Lumpur, 1990, hlm. 42-46.25Ibid.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
10/16
bekerjasama dengan golongan fahaman sederhana dalam Parti Buruh untuk menubuhkan Parti
Gerakan menjelang Pilihan Raya Umum 1969.
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK RAKYAT ( DAP )
DAP secara rasmi menjadi sebuah parti politik yang sah di Malaysia pada 18 Mac 1966. Ia
diketuai oleh Dr. Chen Man Hin sebagai Pengerusi Protem, Devan Nair sebagai Setiausaha
Agung , Zain Azahari, Goh Hock Guan, D.P. Xavier, Dr. S. Seevaratnam, Chin Chang Sung,
Chan Kot Kit, Michael Khong dan Tan Chong Bee26
. DAP yang dibentuk atas dasar non-
communaldan ia dilihat memperjuangkan konsep negara Malaysia yang bebas, demokratik dan
sosialis berasaskan prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi. Dasar
perjuangannya yang melaung-laungkan persamaan hak antara kaum di Malaysia membolehkan
DAP mendapat sokongan padu yang masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina. Ini
membolehkan DAP bertapak dengan kukuh di dalam arena politik Malaysia sejak awal
penubuhannya. Menurut Tan Chee Khoon ( 1984 ),DAP has three big assets, it has established
itself as a party that is daring, its symbol, the rocket is easily explained to the voters and is easily
recognizable and its willingness to fight for Chinese rights in ths country. Lantaran itu, DAP
yang begitu lantang bersuara dalam melaung-laungkan opersamaan hak menerusi propagandanya
Malaysian-Malaysiamendapat sokongan padu masyarakat Cina terutamanya di bandar-bandar
besar.
Menurut DAP, terdapat beberapa prinsip asas yang harus dicapai bagi pembentukan
sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya dalam negara yang berbilang kaum. Prinsip-prinsip
tersebut ialah :27
i. . Sebagai sebuah negara yang majmuk, DAP menentang sebarang layanan istimewa
kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi dan politik. Ia
dianggap sebagai satu penindasan kepada kaum lain.
26Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, Petaling Jaya, 1981, hlm. 18.
27 Ibid, hlm. 10.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
11/16
ii. DAP turut perjuangkan kebebasan mutlak dalam erti kata lain, ia mengecam corak
pemerintahan diktator dan ia percaya bahawa setiap individu perlu diberi kebebasan
beragama, menyuarakanpendapat, serta berhimpun.
iii. Demokrasi yang benar-benar demokrasi, iaitu peluang rakyat melibatkan diri dalam
semua peringkat institusi politik. Pada masa yang sama, demokrasi tidak seharusnya
dihadkan kepada pilihan raya dan pemerintahan golongan majoriti sahaja. Ia juga
harus melibatkan toleransi dan jaminan kebebasan dan hak-hak kumpulan minoriti.
iv. Dalam sosialisme berdemokratik pula, DAP pertahankan hak bekerja dan menjaga
kebajikan manusia dalam semua kelas, hak menikmati alam sekitar yang bersih, hak
mendapat pendidikan dan latihan mengikut pilihan sendiri.
Asas perjuangan dan prinsip DAP boleh dilihat dengan jelas dalam Deklarasi Setapak yang
diumumkan pada 29 Julai 1967.28
Ia menekankan kebebasan penggunaan bahasa lain dalam
masyarakat. dan mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi peranan dalam
pentadbiran, pendidikan dan media massa. Dari segi sosio ekonomi dan budaya, DAP
memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik pengeksplotasian ke atas tenaga manusia
berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan di bandar dengan luar bandar.29
DAP telah mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum 1969 dengan memberi
tumpuan kepada beberapa buah negeri yang mempunyai penduduk Cina yang ramai. Ia
termasuklah Perak, Negeri semblan, Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang. Ia telah
bertanding di 24 kerusi parlimen dan 57 kerusi undangan negeri. Dalam pilihan raya sulungnya,
DAP mencapai keputusan yang di luar dugaan. Ia berjaya menguasai 13 buah kerusi parlimen
dengan mendapat peratusan undi sebanyak 13.7% manakala di peringkat undangan negeri pula,
ia memenangi 31 kerusi dengan perolehan undi sebanyak 11.7%.
28 Ibid, hlm.79.29Ibid, hlm. 82-84.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
12/16
Perak muncul sebagai kubu terkuat DAP apabila ia berjaya memenangi 5 kerusi parlimen
di kawasan Sitiawan, Batu Gajah, Kampar, Telok Anson dan Batang Padang.30 Di Selangor pula,
DAP mendapat tiga kerusi parlimen berikutan kejayaan Setiausaha Agung, Goh Hock Guan
memenangi kerusi Bangsar dengan majoriti sebanyak 27,402 undi. Selain itu, DAP juga
menawan kerusi parlimen Damansara dan Setapak. Di Negeri Sembilan, ia menambah 3 kerusi
parlimen apabila memenangi kerusi kawasan Seremban Timur yang menerusi Pengerusi DAP,
Chan Man Hin. Dua calon Indianya, Soorian Arjunan dan Sinnathamby Seevartnam turut tidak
mengecewakan apabila berjaya memenangi kerusi masing-masing di Port Dickson dan Seremban
Barat. Baki dua kerusi parlimen diperolehi dari Melaka dan Pulau Pinang. Di Melaka, Lim Kit
Siang menawan kerusi parlimen Bandar Melaka dengan majoriti undi yang begitu besar, 11,216
undi. Manakala di Pulau Pinang, Parlimen Penang Utara menjadi kerusi tunggal yang dimenangi
oleh DAP.
Prestasi DAP di peringkat undangan negeri turut membanggakan khususnya Selangor,
Negeri Sembilan dan Perak. Di ketiga-tiga negeri itu, DAP berjaya memenangi 23 buah kerusi
masing-amsing 9 kerusi di Selangor dan 8 di Negeri Sembilan. Kemenangan DAP di Selangor
diketuai oleh 3 tokoh utamanya iaitu Lee Lam Thye yang menawan kerusi Bukit Nanas, Goh
Hock Guan menawan kerusi Salak dan Yap Pian Hon di Serdang.. Selain itu, kerusi undangan
negeri Pencahala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit Raja dan Kampung Jawa turut ditawan oleh
DAP. Pencapaian DAP di Perak turut memberangsangkan, ia memenangi 6 daripada 8 yang
ditandinginya. Di mana dua daripadanya terletak di daerah Kinta iaitu kerusi Tanjong Tualang
dan Kuala Dipang dan 4 lain terletak di kawasan lain iaitu kerusi Lumut, Batak Rabit, Tapah
Road dan Lekir. Kejayaan DAP lebih bermakna apabila ia turut meluaskan pengaruhnya ke
Melaka, Pulau Pinang dan Johor apabila menawan 4 kerusi di Melaka dan 3 lagi di Pulau Pinang
dan 1 di Johor.
30 Penyata Pilehanraya Umum Dewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972, hlm. 57-59.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
13/16
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA ( GERAKAN )
Parti Gerakan diasaskan oleh Lim Chong Eu, di samping beberapa pemimpin bekas pemimpin
Parti Buruh seperti Tan Chee Khoon dan V. Veerappen pada 24 Mac 1968. Pada masa yang
sama, Gerakan turut mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh akademik seperti Syed Hussein
Al-Altas, Wang Gungwu dan J.B.A Peter.31
Dalam usaha untuk muncul sebagai sebuah parti
yang benar-benar kuat, Gerakan turut berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada kesatuan
pekerja dan ia berhasil apabila dua pemimpin utama dalam kesatuan sekerja, Yeoh Teck Chye
dan V. David menyertai parti itu.32
Di mana kedua-duanya telah menjadi calon Gerakan dalam
Pilihan Raya Umum 1969. V. David telah memenangi kerusi Parlimen Dato Keramat manakala
Yeoh Teck Chye pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bintang.
Perjuangan asal parti itu berlandaskan kepada dasar bukan perkauman dan mengamalkan
fahaman sosialis dan demokrasi.33
Selain itu, Parti Gerakan turut mengiktiraf hak istimewa orang
Melayu, di samping sedia berkompromi mengenai isu bahasa dan pelajaran walaupun ia
menegaskan pelajaran menengah Cina dan Tamil perlu dikekalkan. Dalam usaha mengekalkan
imej bukan komunalnya serta mendapatkan sokongan masyarakat Melayu, Parti Gerakan telah
melantik Syed Hussein Al-Atas sebagai pengerusi parti itu yang pertama. Dalam satu kenyataan
parti itu yang bertarikh 15 April 1968, ia menegaskan bahawa:
We recognize the need to accord special attention and emphasis on the economically
weak Malays and other indigenous peoples. Their problems require a special approachand special remedies. They should be protected from exploitation
and assisted to compete with other communities on a just basis in business, trade and theprofessions.
34
Kenyataan itu jelas menunjukkan pendekatan Gerakan yang agak sederhana dalam usaha
mendapat sokongan daripada orang Melayu walaupun pada dasarnya ia bergantung sepenuhnya
kepada sokongan masyarakat Cina. Namun begitu, pada masa yang sama, ia turut cuba
31 Hussein Alatas seorang pensyarah di University Singapura, manakala Wang Gungwu seorang pensyarah
di Universiti Malaya dan J.B.A Peter pula merupakan presiden Majlis Perubatan Malaysia. Lihat R.K. Vasil, TheMalaysian General Election of 1969, Oxford University Press, Singapore, 1972, hlm. 17.
32Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A study of race in a plural society, hlm. 184.
33R.S Milne dan Diane K Mauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis dan
Ramlah Muhamad , hlm.192.34 R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 162.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
14/16
memenangi hati pengundi Melayu dengan tidak mengemukakan sebarang tuntutan yang
dianggap kontroversi.
Parti Gerakan telah membuat penampilan sulung dalam Pilihan Raya Umum 1969
dengan meletakkan 14 calon bagi kerusi Parlimen dan 37 calon bagi kerusi undangan negeri. Ia
telah menfokuskan kekuatannya di Pulau Pinang dan ia ternyata membuahkan hasil yang
lumayan apabila berjaya menawan Pulau Pinang dan ia menandakan berakhirnya penguasaan
MCA di Pulau Mutiara. Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang apabila ia berjaya memenangi
16 kerusi undangan negeri dan pada masa yang sama DAP pula menyumbang 3 lagi kerusi di
kawasan Kelawei, Tanjong Bungah dan Jeluntong.
Kemenangan besar Gerakan di Pulau Pinang turut menyaksikan kekalahan mutlak MCA
di negeri itu. Ia termasuklah kekalahan Wong Pow Nee di Bukit Mertajam kepada calon
Gerakan, Ooh Chooi Cheng dengan majotiti undi sebanyak 4,420. Manakala Lim Chong Eu pula
menang selesa di kerusi Kota dan membolehkannya beliau menjadi ketua Menteri Pulau Pinang.
Kerusi-kerusi lain yang dimenangi Gerakan termasuklah Tanjong Utara, Tanjong Barat, Tanjong
Selatan, Tanjong Timur, Sg. Bakam, Alma, Nibong Tebal, Butterworth, Bagan Alam, Glugor,
Dhoby Ghaut, Tasik Gelugor, Sungai Pinang dan Air Hitam. Perikatan yang mampu memenangi
4 kerusi undangan negeri di Pulau Pinang menerusi 4 calon UMNO di kawasan Muda yang
dimenangi oleh Haji Ismial b. Che Chik, Kepala Batas oleh Haji Ahmad b. Haji A. Fahin,
Permatang Pauh oleh Haji Mohamad Nur b. Haji Bakar dan Bayan Lepas oleh Ismail b. Hashim.
Ia jelas menunujukkan penolakan para pengundi Cina di Pulau Pinang terhadap MCA yang
dianggap gagal membela nasib komuniti tersebut. Selain itu, Gerakan turut berjaya menawan 4
kerusi undangan negeri di Selangor apabila Tan Chee Khoon memenangi kerusi Kepong dan V.
David memenangi kerusi Pantai di samping kerusi Serendah dan Kuang. Ia turut menawan 4 lagi
kerusi undangan negeri di Kedah dan Perak. Di Kedah, parti tersebut memenangi dua kerusi
yang terletak di kawasan bandar iaitu Pekan Alor Setar dan Pekan Sungei Petani. Manakala di
Perak pula, ia menguasai kerusi Taiping dan Matang. Pengaruh Parti Gerakan turut dirasai di
Melaka dan Pahang di mana ia berjaya memenangi satu kerusi di kedua-dua buah negeri
tersebut.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
15/16
Populariti Parti Gerakan diperkukuhkan lagi dengan kemampuanya memenangi 8 kerusi
parlimen dan 5 daripadanya diperolehi dari Pulau Pinang. Kejayaan di Pulau Pinang diketuai
oleh presiden Gerakan, Lim Chong Eu yang memenangi kerusi Tanjung, V. David di kerusi
Datuk Keramat, V.Veerappan di Seberang Selatan. Mustapa b. Hussain muncul sebagai ahli
parlimen tunggal Melayu Parti Gerakan di Pulau Pinang apabila berjaya menguasai kerusi
Seberang Tengah. Sebuah lagi kerusi parlimen di Pulau Mutiara diperolehi di Penang Selatan
menerusi Gabriel Thomas Selvaraj yang menewaskan Ismail bin Idris dari Perikatan dengan
majoriti undi sebanyak 7,551. 35 Di Selangor pula, Gerakan berjaya menguasai dua kerusi
parlimen menerusi dua tokohnya iaitu Tan Chee Koon di Batu dan Yeoh Teck Chye di Bukit
Gerakan, Ng Hoe Hun memenangi kerusi itu dalam pertarungan tiga penjuru yang melibatkan
calon Perikatan Lim Swee Aun dan Calon PAS Haji Mohamed Tahir dengan undi majoriti
sebanyak 4,867.
Kehadiran parti-parti poltik orentasi Cina yang pro-pembangkang jelas menunjukkan
perasaan tidak puas hati masyarakat Cina terhadap prestasi MCA dan menolak kerjasama yang
dibentuk dalam Parti Perikatan. Penguasaan UMNO dalam Parti Perikatan mengakibatkan MCA
gagal berfungsi dengan sewajarnya dan mengakibatkan martabatnya selaku juara masyarakat
Cina terjejas. Ini membawa kepada terbentuknya parti-parti pembangkang yang berorentasikan
Cina sebagai protes terhadap kegagalan MCA. Perkembangan ini jelas mengugat kedudukan
MCA dalam Perikatan di mana parti berkenaan dianggap tidak lagi relevan dan gagal
memenangi hati pengundi Cina. Ia begitu ketara dalam Pilihan Raya Umum 1969 yang
menyaksikan kekalahan teruk parti MCA dan ia hanya mampu memenangi 13 daripada 33 kerusi
parlimen yang ditandinginya .36 Ia jelas merupakan satu tamparan yang hebat kepada MCA
sehinggakan ia mengumumkan penarikan diri MCA daripada Kabinet Parti Perikatan.
35Penyata Pilehanraya Umum Dewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 56.36
Antara tokoh MCA yang tersungkur dalam Pilihan Raya Umum 1969 termasuklah Wong Pow Nee,
wakil MCA dalam Suruhanjaya Cobbold yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Mertajam, Dr Lim Swee Aun ,Mneteri Perdagangan dan Industri yang tewas dijuga tewas di Pulau Pinang dan Dr Ng Kam Poh, Menteri
Kabajikan yang tewas di kerusi Parlimen Teluk Intan, Perak.
-
8/8/2019 Respon Masyarakat Cina Terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1957
16/16