Download - RESEPI PERIUK

Transcript
Page 1: RESEPI PERIUK

RESEPI PERIUK NOXXA: Daging Goreng Kunyit Campur Kentang dan BuncisAssalamualaikum semua.  Selamat menjamah juadah tengah hari.  

Tiada menu istimewa untuk hidangan tengah hari ini. Seboleh-bolehnya Kak Noor nak masak sesuatu yang ringkas tetapi sedap dimakan.  Tak nak masakan berkuah.  Kalau masakan berkuah jarang dihabiskan.  So.. nak masak kering-kering saja dan dimakan bersama nasi panas. Sesekali membuka selera lauk macam ini.

Ada sedikit daging dalam freezer.  Pagi tadi Kak Noor dah keluarkan untuk unfrozen.  Ada dua tiga resepi dalam kepala ini.  Tapi nak masak apa ye?  Semalam dah cakap kat hasben nak masak kering-kering aje, nak makan bersama nasi panas.  Finally,  resepi Daging Goreng Kunyit menjadi pilihan. Dicampur dengan ubi kentang dan kacang buncis. Lengkap 2 in 1; lauk dan sayur. Masak guna periuk Noxxa, cepat empuk dagingnya. 

Apa kata kita tengok hasilnya dulu sebelum ke bahan-bahan dan cara-cara memasaknya.

Page 2: RESEPI PERIUK

Sedap dimakan bersama nasi panas.

Seterusnya kita ke...

Bahan-bahannya:250 gram daging pinang – dipotong kecil3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges1/4 cawan air1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat1 biji cili merah – dihiris serongGaram dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris2 ulas bawang putih – dihiris1 inci halia – dihiris3 sudu besar minyak untuk menumis

Page 3: RESEPI PERIUK

Cara-caranya:

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.

2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk. 

3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan. 

Page 4: RESEPI PERIUK

4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata. Masukkan sedikit air.

5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan On.

6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk. Bebaskan wap.  Putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

Page 5: RESEPI PERIUK

7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.

8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.

Page 6: RESEPI PERIUK

9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

KARI TULANG DAGING LEMBU, 30 MINIT AJE DAH MASAK MENGGUNAKAN PERIUK NOXXAAssalamualaikum.

Hari ini Kak Noor nak share N3 masak kari tulang daging lembu menggunakan periuk Noxxa. Sesiapa yang memiliki periuk Noxxa ini bolehlah mengikut resepi ini dan cara-cara memasak menggunakan periuk ini.  

Page 7: RESEPI PERIUK

Kebiasaannya bila kita memasak daging, ia akan mengambil satu tempoh yang agak lama untuk daging menjadi empuk/lembut.  Kadang-kadang mengambil masa hampir 1 jam untuk lembut, tapi itupun masih sedikit liat, bergantung kepada jenis daging. Kalau daging segar mungkin mengambil tempoh yang agak singkat jika dibandingkan dengan daging import.

Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa ini, apapun  jenis daging yang kita guna, ia akan cepat empuk/lembut. Dalam masa 30 minit sahaja kari tulang lembu dah siap dan boleh dihidangkan. Rasa karinya sama saja macam kita masak di atas dapur.

Selepas 30 minit, terhasillah kari tulang daging lembu ini.   Daging menjadi lembut sekali. Tulang of course le tak lembut...

Page 8: RESEPI PERIUK

Mesti teruja nak mencuba bila tengok gambar di atas kan!   Hanya gambar dalam periuk saja yang ada.   Tak sempat nak snap gambar kari tulang daging dalam mangkuk.  Apa-apapun jom kita tengok bahan-bahan yang perlu disediakan. 

Bahan A:

Page 9: RESEPI PERIUK

1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)2 cawan pati santan4 - 5 biji kentang2 biji tomato - dibelah 22 biji cili hijauGaram dan gula secukup rasa

Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS1 sudu besar serbuk cili1/2 sudu teh serbuk jintan manis1/2 sudu teh serbuk jintan putih1 biji bawang besar4 ulas bawang putih1 inci haliaAir secukupnya

Bahan C: Menumis3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris2 ulas bawang putih - dihiris1 inci halia - dihiris1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga1 batang serai dititik2 tangkai daun kariMinyak secukupnya

Penyediaannya:1.  Perap tulang daging lembu dengan Bahan B

Page 10: RESEPI PERIUK

selama 1 jam.  Letakkan 1 sudu teh gula. 

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:1.  Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.

2.  Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.   Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.   Tumis sehingga bawang kekuningan.

3.  Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.

4.  Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

5.  Off  fungsi stir fry.   Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.  Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.

6.  Selepas 30 minit berlalu,  release steam. Alihkan cap ke STEAM.  Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.  

7.  Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk. 

Page 11: RESEPI PERIUK

8.  Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.

9.  Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan  senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.   

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk NoxxaAssalamualaikum.

Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya. 

Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan.

Page 12: RESEPI PERIUK

Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam. Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat. 

Bahan-bahannya:1.5 kg. daging ayam1/2 kilo santan pekat150 gram kerisik2 batang serai - diketuk2 helai daun kunyit - dihiris halusBeberapa helai daun limau purut2 keping asam gelugor2 sudu besar gula perangGaram secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:4 senduk nasi cili kering kisar3 biji buah keras3 biji bawang besar saiz sederhana10 gram bawang putih20 gram lengkuas50 gram kunyit hidup20 gram halia muda4 batang serai - dihiris

Page 13: RESEPI PERIUK

10 gram cili padiAir secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:

1.  Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.

Page 15: RESEPI PERIUK

4.  Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.

5.  Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.

Page 16: RESEPI PERIUK

6.  Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit.  Sentuh butang ON.

7.  Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh

dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.

Page 17: RESEPI PERIUK

4.  Kacau rata.  Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah.  Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik,

gula perang dan garam secukup rasa.

5.  Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON.  Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).

Page 18: RESEPI PERIUK

6.  Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.

7.  Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja 

di dalam periuk Noxxa.  Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah 

guna fungsi WARM-REHEAT.

Anda mung

OM MASAK GUNA PERIUK NOXXA: BIHUN GORENGBahan-bahannya:

1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam

Udang/sotong secukupnyaNuget ayam - digoreng, kemudian dipotong dadu - boleh ditambah

Sayur-sayuran - opsyen2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis2 sudu besar sos tomato

600ml air Garam dan gula secukup rasa 

Bahan-bahan Tumis:3 sudu besar minyak 

1 biji bawang besar - dihiris

Page 19: RESEPI PERIUK

4 ulas bawang putih - dihiris1 senduk nasi cili kering kisar

Cara-cara Membuatnya:1.  Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.

 2.  Tekan fungsi `STIR FRY' dan ON (butang warna merah)

Page 20: RESEPI PERIUK

3.   Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan nuget ayam.

   Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.

  

Page 21: RESEPI PERIUK

4.  Kemudian masukkan cili kering kisar.  Kacau dan biarkan cili garing.  Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata.

 5.  Selepas itu masukkan sos tiram, sos tiram, dan kicap manis.  Masukkan udang dan kacau.  Perasakan dengan garam dan gula. Biar kuah mendidih dan pada masa yang sama udang pun masak.

.

 6.   Masukkan bihun dan sayur, dan gaul rata.

Page 22: RESEPI PERIUK

7.  OFF kan fungsi `STIR FRY'.

 8.   Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada di

kedudukan `HIGH PRESSURE'.

9.  Tekan fungsi `HIGH PRESSURE' 6x dan tekan `ON'.

Page 23: RESEPI PERIUK

10. Selepas tamat masa memasak (masa menunjukkan 0), tolak tombol kepada kedudukan steam untuk keluarkan wap  (perlu diingat sekiranya wap masih ada di dalam periuk, penutup tidak boleh dibuka disebabkan

masih mempunyai tekanan).

Page 24: RESEPI PERIUK

11.  Kacau dan kaupbalikkan bihun sehingga rata.  Tutup periuk dan tekan fungsi `WARM-REHEAT'supaya bihun senantiasa panas dan sedap

dimakan. Sekiranya tidak mahu, bolehlah mengalihkan bihun dari periuk  ke bekas lain.

RESEPI PERIUK NOXXA: Sambal Tumis Daging Bonda (Ala Mamak)Assalamualaikum.

Santai di hujung minggu bersama keluarga, apakah agaknya menu tengah hari ini?  Apa kata masak sambal tumis daging ala mamak ini.  Pasti membuka selera, dimakan bersama nasi putih yang masih panas.  Tetapi kalau rasa terajin nak masak nasi tomato atau nasi minyak, silakan. Itu dah kira bonus makan tengah hari. 

Page 25: RESEPI PERIUK

Kak Noor jarang beli daging untuk dimasak di rumah. `Sesekali bila kuterasa teringin' aje baru dibeli di pasar tani. Selalunya Kak Noor beli daging tempatan `fresh' yang dijual di pasar tani atau pasar.  Tetapi anak-anak dan Encik Hasben lebih suka ayam daripada daging.  

Page 26: RESEPI PERIUK

Daging yang dimasak ini ialah daging korban yang diberi oleh jiran.  Alhamdulillah dapat juga merasa daging korban tahun ini walaupun tak balik kampung berhari raya.  

Memandangkan menu ini merupakan salah satu favourite Kak Noor, maka Kak Noor ingin berkongsi bersama-sama rakan semua cara memasaknya menggunakan periuk Noxxa. Ini adalah cara Kak Noor, tetapi tak tahulah kalau ada cara lain memasaknya.  Lagipun Kak Noor masih orang baharu. Masih ramai sifu di luar sana yang lebih arif dan mahir memasak menggunakan periuk Noxxa ini.

Makan dengan nasi lemak pun sedap..

Apapun kalau masak menu ala mamak ini, banyak bawang besar digunakan di samping

Page 27: RESEPI PERIUK

rempah-rempahnya.   Tetapi itulah yang membezakan antara masakan Melayu dan masakan ala mamak.

Bahan-bahannya:850 gram isi daging – dipotong ikut suka2 biji bawang besar – dipotong bulatAir secukupnya3 sudu besar gula perangKerisik 350 gram – Kak Noor guna kerisik keluaran AgroTambahan gula putih secukup rasaGaram secukup rasa2 sudu besar kicap manis 

Bahan-bahan dikisar (untuk perapkan daging):1 1/2 cawan cili yang telah dikisar1 biji bawang besar3 ulas bawang putih15 gram halia muda10 gram lengkuasSedikit belacan (sebesar hujung jari)1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar sos tomato puriAir secukupnya

Bahan-bahan ditumis:1 biji bawang besar – dihiris1 batang serai – dititik1 helai daun pandan – dikerat 3

Page 28: RESEPI PERIUK

Penyediaannya:

1. Daging diperap dengan bahan-bahan kisar selama lebih kurang 30 minit. Ketepikan.

Page 29: RESEPI PERIUK

2. Masukkan minyak secukupnya dalam periuk dalaman Noxxa. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Bila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumisan. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Off fungsi STIR FRY.

Page 30: RESEPI PERIUK

4. Kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan putar tombol (cap) ke arah PRESSURE. Tekan Fungsi High Pressure 30 minit dan On.

5. Selepas masa tamat, putar tombol ke arah STEAM untuk melepaskan wap. Selepas habis semua wap dilepaskan, buka tudung periuk . Kacau rata. Off fungsi HIGH PRESSURE. (Masa

Page 32: RESEPI PERIUK

6. Masukkan kerisik, gula perang, gula putih, garam, dan kicap. Kacau rata. Tekan fungsi STIR FRY dan On. Biarkan ia mendidih sehingga kuah kering sedikit. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan dikaup balikkan. Off STIR FRY.

7.  Siap untuk dihidangkan.

DAGING MASAK ITAM NASI KANDAR MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA.Assalamualaikum.

Page 33: RESEPI PERIUK

N3 periuk NOXXA kali ini, Kak Noor nak kongsi cara-cara memasak Daging Masak Itam Nasi Kandar dengan menggunakan periuk Noxxa. Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk daging empuk.  Cepatkan!

Page 34: RESEPI PERIUK

Resepinya pula Kak Noor rujuk blog Mamak Haji Roslan. Apabila teringin nak makan masakan ala nasi kandar, blog inilah yang selalu menjadi rujukan Kak Noor.  Masakan kandarnya asli dan biasanya cubaan pertama memasak tidak menghampakan.

Page 35: RESEPI PERIUK

Adalah menjadi perkara biasa,  bahan-bahan untuk masakan ala nasi kandar memang banyak dan memerlukan masa untuk penyediaannya. Tetapi pada penghujungnya kita pasti akan mendapat kesempurnaannya.

Apa yang Kak Noor suka mengenai periuk NOXXA ini ialah daging cepat empuk.  So tak payah tunggu lama.  Sementara menunggu daging empuk, kita boleh melakukan tugas lain.

Resepi ini Kak Noor olah penyediaannya bersesuian dengan cara memasaknya dengan menggunakan periuk NOXXA. Bagi  sesiapa yang tidak mempunyai periuk NOXXA boleh rujuk cara-cara  penyediaannya di blog Mamak Haji Roslan ye.

Bahan-bahannya:

Page 36: RESEPI PERIUK

1 kg.  daging (dipotong hiris mengikut urat daging)2 biji bawang besar -   belah dua bawang memanjang (dihiris memanjang untuk semua masakan nasi kandar) .100 gm rempah kari daging (dari bungkusan 250gm).1/2 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.1/2 sudu kecil serbuk (tsp) jintan manis1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kas-kas 1 sudu kecil (tsp) garam masala.4 sudu besar (tbsp) sos cili.2 sudu besar (tbsp) sos tomato7 sudu besar (tbsp) kicap pekat mee2 cawan air Gula secukup rasaGaram secukup rasa.

Bahan untuk kisar/tumis:2 biji bawang labu besar dikisar 2 sudu besar pes halia bawang putih.1 batang serai diketuk di pangkal.2 helai daun pandan di potong 3″ .2 tangkai daun kari.2 batang kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.2 senduk nasi cili kering kisar 2 senduk minyak masak.

Cara Penyediaan:

Page 37: RESEPI PERIUK

1. Bersihkan daging dan ketepikan.

2. Pilih fungsi STIR FRY dan tekan ON - butang merah (Periuk tidak perlu ditutup semasa proses ini).  Masukkan minyak dan tunggu sehingga minyak panas.

3. Apabila minyak telah panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, daun pandan, dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.

Page 38: RESEPI PERIUK

4. Masukkan hirisan bawang, kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

5. Masukkan pes halia+bawang putih , dikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini mengeluarkan bau harum.

Page 39: RESEPI PERIUK

6.  Masukkan bahan cili kering kisar dan kacau rata. Selepas 3-4 minit, masukkan daging dan dua cawan air.  Kacau rata.

Page 40: RESEPI PERIUK

7. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas, garam masala, sos cili, sos tomato, dan kicap mee pekat. Kacau rata. OFF fungsi STIR FRY (Tekan butang merah kembali).

8.  Tutup periuk.  Pilih fungsi HIGH PRESSURE. Set 20 minit (20x) dan tekan ON.  Putar tombol ke arah HIGH PRESSURE.

Page 41: RESEPI PERIUK

9. Selepas 20 minit, periuk akan berbunyi BEEP. Putar tombol ke arah STEAM untuk mengeluarkan/melepaskan wap (Ingat, tudung periuk tidak boleh dibuka sehingga wap habis dikeluarkan). 

10. Buka tudung periuk.  Kacau rata. (Ketika ini daging telah empuk). OFF fungsi HIGH PRESSURE dan pilih fungsi STIR FRY kembali dan ON. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sehingga kuah menjadi pekat sekiranya kuah masih cair.

11. Setelah kuah menjadi pekat boleh OFF fungsi STIR FRY.   Sekiranya mahu masakan senantiasa panas di dalam periuk, pilih fungsi WARM/REHEAT dan tekan ON. 

11. Cara menghidang, taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan.  Selamat mencuba.  

Page 42: RESEPI PERIUK
Page 43: RESEPI PERIUK

esepi Kek Buahsumber :1.Chahaya Shiela Spice Journey ~ http://spicesjourney.blogspot.com/2012/09/kek-buah-kukus-sulongku.html?m=02. Azie Kitchen ~http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/kek-buah-campuran-kukus-yang-sangat.html?m=0

Bahan bahan:

225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer) #syifa pun guna 250gm..sebab malas nak simpan2 yg lebih tu sebenarnya...:)340 gm gula pasir50 gm air panas500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:

1 sk cream of tartar2 sk soda bikarbonat350 gm tepung gandum1 sk serbuk Nutmeg/buah pala

Cara cara:

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan.

Page 44: RESEPI PERIUK

Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

*untuk cara mengukus..boleh rujuk blog K.Azie dan K.Shiela

*masak menggunakan PC ~ panaskan air dlm presure cooker~ set time 5 minit. Untuk panaskan air, letakkan tungku besi untuk alas loyang kek (air setara dengan tungku). Bila dah berhenti, masukkn loyang berisi kek yg ditutup dengan aluminium foil...juga diikat tepinya supaya foil tdk terangkat.~ Set time 90 minit pertama pada button presure dan bila tamat, set semula pada masa 30 minit.~ bila time tamat, keluarkn wap, dan biarkan dulu hingga agak sejuk untuk loyang dikeluarkan.~ apa yg bestnya.., set time aje...dan boleh buat kerja lain...air pun tak payah ler nak ditambah tambah....mudahkan...:)

RESIPI AYAM PANGGANG SIMPLE NOXXAHome » Resipi dan Sudut Kreatif » SuperMom » Resipi Ayam Panggang Simple Noxxa

Selamat morning! Hari Isnin ni mesti ramai tengah cuti Thaipusam ni dan sambil berehat-rehat di rumah. Saja nak cerita sedikit pasal menu dan aktiviti  hari Ahad semalam bersama anak dan family

Macam biasa, Mummy akan menjadi chef untuk Opah. Semestinya pilihan yang sihat-sihat sahaja untuk dia. Alhamdulillah, menu masakan semalam tidak menjejaskan paras gula Opah. Hahhaha...sampai dahsyat macam tu sekali kan....Tapi memang masakan semalam sangat berkhasiat. Masak pun tak perlu menggunakan minyak langsung bila pakai periuk Noxxa ni

Menu ayam panggang yang Mummy buat ni memang simple tapi rasanya SEDAP! Tak caya, cuba lah buat di rumah. Kali ini Mummy masak ayam panggang ni tak pakai oven tau. Mummy pakai periuk Noxxa Amway tu. Mulanya Mummy buat high pressure cooker 1 minit dan buangkan wap. Pastikan penutup periuk di bukak sepenuhnya dan laraskan ke Stir Fry.

Page 45: RESEPI PERIUK

  Bahan A: Dapatkan Resipi Masakan Periuk Noxxa

 7 cm halia (agak-agak takyah pakai pembaris) kekek

6 ulas bawang putih 2 biji bawang besar serdahana besar.

Ayam (Mummy pakai 2 dada besar, 6 ketul kepak, 2 drumstik)

p/s: Bahan-bahan tidak termasuk budak comel tengah posing di atas tu yer. Karang terus jadi Qashrin panggang pulak. Hehehe

Page 46: RESEPI PERIUK

  Bahan Perapan:

1 sudu besar mixed spice1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar steak spice1 sudu besar lada hitam biji (di blend terus dalam bahan A tu)

2 sudu besar tomato sos1 kiub ayam maggi

1 sudu besar sos tiram1 sudu besar kicap cair cap kipas udang ni

Cara-cara:

Page 47: RESEPI PERIUK

1) Kisarkan bahan A guna air yang sikit je tau untuk memastikan bahan perapan tidak berair sangat dan campurkan bahan perapan mengikut tahap rasa mana yang uolls

suka. (Gambar perapan tak sempat nak snap. Next time I snap kasi tunjjuk)

2) Dah perap 10 minit tu terus masukkan dalam periuk Noxxa selama 2 minit menggunakan laras pressure cookersupaya ayam ni akan menjadi lembut bila kita nak menggigitnya. Ngappp!. Buangkan wap dan bukak penutup. Tukar pada stir fry sampai

warnanya ke kuningan dan air ayam tu disejat kering. Nanti ayam tu akan nampak kekuningan dan effect caramelized disitu.

 Memang terbaiklah makan ayam panggang ni di makan pula dengan sayur bak choy sos tiram. Tak cukup satu katanya. Disebabkan Opah sekarang memang makan brown

Page 48: RESEPI PERIUK

rice. Makanya, Mummy dan Qashrin pon join sekali makan. Takyah nak masak nasi lain pulak susahkan je. Qashrin pun suka Mummy pun suka. Boleh la layan nasi perang ni.

Yang penting kurang gula dan kanji dalam nasi tu.

Dah kami kekenyangan makan, rehat seketika tiba-tiba hon kereta Pak Nek berbunyi. Dia datang ke rumah katanya menunggu Pak Andak and family untuk ke Kuala Kangsor nak makan laksa special ni. Dan dah tentu sekali dia ajak Mummy dan Opah. Kitaorang solat zohor dulu sebelum bertolak ke Kuala Kangsor ni. First time makan laksa telur goreng ni. Hmmm...makan lagi....Kekekekek. Nantikan di posting yang akan datang.

Nasi Beriani Noxxa

[email protected] periuk Ajaib Amway

Created on : 27-08-2013PrintE-mail kepada kawanTulis LaporanHubungi idzaereynee

 Bahan-bahan ( 8 minit sahaja )

2-3 sb minyak sapi + sedikit minyak masak 1 labu bawang besar di mayang 2-3 labu bawang pitih di mayang sedikt halia di hiris halus sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang n cengkih) 2-3 helai daun salam (bay) kering sepaket rempah beriani (saya guna cap MAGGI atau IMAN)

Page 49: RESEPI PERIUK

sedikit serbuk kunyit utk warna kuning yg cantik garam secukup rasa 1 kilo beras seeloknya beras Basmathi kismis dan gajus 1 caw susu cair

Cara-cara

1. on kan stir fry dan masukkan minyak sapi2. bila dah panas tumis 4 sekawan sehingga wangi3. masukkan bawang besar, putih n halia...tumis hingga layu4. masukkan rempah n goreng hingga garing sket5. masukkan beras, air dan susu...ikut sukatan biasa masak nasi masukkan juga garam, daun bay dan

kunyit6. tukar ke function high pressure..tutup dan pressure selama 8 minit7. bila dah cukup masa lepas kan stim, buka dan masukkan kismis dan gajus...pastu keep warm

sehinnga masa makan

Mari memasak dengan Noxxa Pressure CookerS u n d a y , S e p t e m b e r 2 2 , 2 0 1 3

Kari DagingBahan-bahannya:

500 gram daging1 peket serbuk kari (pilihan saya Baba's)1 kotak santan (pilihan saya M&S)2-3 biji kentang, dikupas dan dibelah 43-4 ulas bawang putih *3-4 ulas bawang merah*(* ditumbuk atau blend)1-2 biji bunga lawang1-2 biji bunga cengkih1 batang kayu manissedikit buah pelaga1 tangkai daun kari1 keping asam kepinggaram dan perisa secukupnya

Cara-caranya:

1. Setkan periuk kepada STIRFRY, tekan ON.2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawah putih sehingga naik bau.3. Masukkan rempah kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga.4. Setelah naik minyak, masukkan daging beserta santan.5. Masukkan asam keping dan daun kari6. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE.7. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 40 minit.

Page 50: RESEPI PERIUK

8. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar.9. Masukkan kentang, garam dan perisa secukupnya10. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE.11. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 5minit.12. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar.13. Sedia untuk dihidangkan.

Posted by ummizz at 10:53 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: Daging, Kari, Noxxa, Resepi

Kek PisangBahan-bahannya:

200 gram tepung gandum*1 camca teh soda bicarbonate*1 camca teh baking powder*(* satukan dan ayak)150 gram pisang (pilihan : pisang berangan 3-4 biji)150 gram gula perang20 gram gula kastor3 biji telur gred A120 ml  minyak sayur (atau minyak jagung)1 camca besar ovallategaram

Cara-caranya:

1. Lecek pisang, gula, garam & ovallate hingga semua bergaul dan sebati2. Masukkan telur, kacau hingga rata.3. Tambah tepung yang telah diayak dan minyak jagung. Gaul sehingga sebati.4. Tuangkan adunan kek ke dalam innerpot periuk Noxxa.5. Tutup periuk dan pusingkan tombol ke arah STEAM.6. Set periuk ke STEAM selama 25 minit.7. Periuk akan mengeluarkan bunyi alarm sepanjang masa, abaikan.8. Setelah tamat masa, boleh keluarkan kek (dijamin tidak akan melekat) dan biarkan sejuk di atas jaringan sebelum dihidangkan.

Resepi diolah dari Mat Gebu.

Posted by ummizz at 10:28 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: Kek, Noxxa, Resepi

F r i d a y , A u g u s t 3 0 , 2 0 1 3

Puding Roti KukusBahan A:10 keping roti Gardenia (potong kecil,rendam & toskan)5 biji telur1 cawan susu cair1 cawan gula3 camb marjerin1 sudu teh baking powder

Page 51: RESEPI PERIUK

2 titik esen vanila

Bahan B (untuk sos)1 tin susu cair2 susu gula2 sudu tepung kastard

Caranya:1. Kacau marjerin dengan gula sampai kembang.2. Masukkan telur,roti,susu cair,esen vanila & baking powder.Kacau rata-rata.3. Masukkan ke dalam pressure cooker.4. Tutup periuk & pastikan tombol menghala steam.5. Tekan butang steam selama 5 minit & ON.6. Masak bahan B,dan jadikan sos.7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.

Credit : FB Resepi Periuk NoxxaPosted by ummizz at 12:40 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: Noxxa, Puding, Resepi, Roti

S u n d a y , A u g u s t 1 8 , 2 0 1 3

Dodol homemadeBahan-bahannya:

1 cwn gula merah1/2 cawan gula pasir1 helai daun pandan (disimpul)1 cwn air(Semua bahan dicampur sekali dan dimasak hingga gula larut dan sejukkan)

1 cwn tepung pulut2 cwn santan pekat

Cara-cara membuatnya:

Masukkan tepung pulut dan santan kedalam larutan air gula tadi dan kacau hingga semua bahan bergaul rata.Kemudian tapiskan bahan larutan kedalam inner pot.Tekan fungsi STIR FRY dan ONKacau larutan tadi hingga menjadi pekat dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul masak dan gelembung akan terbentuk.Masa diambil lebih kurang dalam 20 minit sahaja.Selepas siap masukkan dodol kedalam bekas bersesuaian dan biarkan sejukPosted by ummizz at 11:54 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: Dodol, Noxxa

Bee Hoon gorengBahan-bahan:

Page 52: RESEPI PERIUK

2 tsb minyak untuk menggoreng1 Bungkus bihun (basuh dan toskan---tak perlu rendam)10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)2 camca besar cili kisar  (nak lagi pedas..sila tambah)4 tsb sos cili6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)3 biji bawang merah-dihiris halus2 ulas bawang putih-dihiris halus3 pokok sawi (cuci besih dan potong)2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)1 keping tauhu (goreng dan dadu)2 biji telur (dibuat telur hancur)Fish ball dan fish cake- boleh ditambah...Segenggam udang kering-diblender keringGaram dan perasa secukupnyaDaun bawang dihiris halusCili merah-dihiris halusbawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya:

Masukkan minyak kedalam periukTekan fungsi "STIR FRY" dan ON untuk memanaskan minyakBila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuninganKemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicapKacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejapMasukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika suka)Masukkan 2 cwn air kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan garam dan serbuk perasa..Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata...OFF kan fungsi "STIR FRY"Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan STEAM (tombol akan terangkat)Tekan fungsi "STEAM" selama 2 minit dan tekan ONBiarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi WARM/PREHEATBuka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit, tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng bihun secara guna dapur biasa.)Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.

Credit : Honey Lemon

Posted by ummizz at 11:51 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Page 53: RESEPI PERIUK

Labels: Mee, Noxxa

T u e s d a y , J u l y 2 3 , 2 0 1 3

Nasi goreng cina - mudah dan cepatBahan-bahan:

Beras yang sudah dibersihkan dan ditos.Perencah nasi goreng cina AdabiFish ball / ayam/ udangTelur 1 bijiSayur - sawi/kobisAir secukupnya (mengikut jenis beras)

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk Noxxa2. Setkan kepada Stir Fry3. Apabila sudah panas, tumiskan perencah bersama fish ball dan sayur.4. Masukkan telur dan kacau rata5. Masukkan beras dan kacau rata.6. Akhir sekali, masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.

7. Tutup periuk dan pusing tombol pengawal tekanan ke PRESSURE8. Setkan HIGH PRESSURE selama 7 minit.

9. Boleh dihidangkan.

Posted by ummizz at 8:07 PM 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: Nasi, Resepi

Page 54: RESEPI PERIUK

Nasi Lemak Noxxa3 cawan beras - dicuci

1 cawan santan kelapa sawit (Sabrina is back ....no santan kelapa, she's allergic to it)3 cawan air

1 inci halia - dihiris atau dititik1 labu bawang - dihiris kasar

1 batang serai - dititik2 helai daun pandanGaram secukup rasa.

Caranya1. Aku masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.

2. Pastikan tombol berada pada pressure.

Page 55: RESEPI PERIUK

3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.4. Tekan ON.

Dan aku mula menggorang segala yang diperlukan. Sambal telah siap dimasak lebih awal lagi (I normally precooked my sambal. The precooked sambal can be used to make any kind of sambal in a

swift)5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam untuk mengeluarkan stim dalam periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap untuk

dimakan.

 

15)Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol untuk keluarkansteam16)Buka dan masukkan daun ketumbar, kismis, gajus (jikasuka)

Beriani Gam Ayam (yang masak kat umah Zdah)1 ekor ayam(1 -1.5 kilo))1 pkt rempah briyani kesukaan (yg sedap Shan Bombay Briyani Mix) ATAU2 sudu rempah briyani + 1 sudu briyani masala 4 biji bawang besar dihiris 4 biji tomato didadu/blend tanpa air 1” halia tumbuk 2 camca besar gula merah (paras)5 ulas bawang putih tumbuk 1 tin kecil minyak sapi 1 cawan susu cair (perahkan satu biji limau nipis , menjadikanyogurt)8 cawan beras

1) Panaskan periuk mengunakan STIRFRY2)Bila minyak sapi panas, tumiskan bawang besar, halia, bawangputih sehingga kekuningan (kalau bawang besar dah siap goreng, masukkan selepas masuk rempah)3)Masukkan tomato4)Masukkan rempah (jgn bancuh rempah)5)Masukkan garam dan gula merah sedikit6)Masukkan ayam dan biarkan sekejap7)Masukkan yogurt8)Masukkan daun ketumbar/pudina

 

9)Kacau semua bahan-bahan sekejap10)Tukar ke High Pressure (tekan ON/OFF kemudian tekanHigh-Pressure)11) Set High Pressure selama 8 minit12)Selepas 8 minit, keluarkan steam dan buka tutup13)Asingkan separuh ayam ke dalam mangkuk. Tinggalkankuah briyani anggaran 2 cups14)Masukkan air 9 cawan, dan susu 1 cawan ke dalam periuk15)Masukkan beras16)Tutup periuk dan tekan butang High Pressure selama 7 min17)Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol untuk keluarkansteamBuka dan masukkan kismis, gajus (jika suka)

18)

Masukkan air 9 cawan, dan susu 1 cawan ke dalam periuk19)Masukkan ayam yg sudah masah tadi (separuh atau semuaikut kesukaan). Masukkan juga kuah lauk briyani sebanyak 2cawan

20)

Page 56: RESEPI PERIUK

Masukkan beras

21)

 Tutup periuk dan tekan butang High Pressure selama 7 min22)Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol untuk keluarkansteam

23)

Buka dan masukkan kismis, gajus (jika suka)

 

DEVIL CURRY 

(Recipe handed down by Dato’ Dr. Gerry De Silva)

Ingredients :1 Chicken cut into 20 pcs – wash and drained.Blend the following without water:2 Large Onions 2 pips Garlic2” Halia 2” Kunyit hidup7 Cili Merah 15 Cili Padi5 biji buah keras 3 batang serai1 cup Cili Giling7 pcs Asam Keping – soak to soften3 tsp salt2 tsp sugar1 bowl Daun Pudina or Daun Kesum or Daun Ketumbar accordingto preference,but use individually, don’t mix.10 Ladies finger, trimmed and washed.1 tbsp Cooking OilMethod:1.On Stir Fry mode, heat oil2.Stir Fry blended ingredients3.Add Cili Giling4.Bila pecah minyak, add Chicken, Asam Keping,Daun, Garam & Gula.5.High Pressure 15 mins6.When done, remove steam, open lid. Add LadiesFingersLeave on Warm mode for about 2 mins before serving.

 

 

DODOL

2 cawan gula merah4sudu besar gula putih2/3 cawan air5 helai daun pandan2 cawan tepung pulut2 sudu besar tepung beras2 biji santan + 2 cawan air = 4 cawan santan 1.Campurkan semua adunan dan kacau sehingga sebati.2.Tuang ke dalam inner pot3.Set PC on STEAM for 10-12 min4.Buka tutup PC5.Tukar ke mode STIRFRY6.Kacau sehingga tidak melekit (about 20 min)7.Offkan periuk biarkan sejuk sebelum di pindah ke dalam bekas.7.

Didihkan semua dan tapis

 

Page 57: RESEPI PERIUK

NOXXA® BREADMAKER / MULTIFUNCTION OVEN

ROAST CHICKEN

Ramuan & Method:1)Marinate whole Chicken with

blended Garlic & Ginger

Sesame Oil

Oyster Sauce

Lea & Perrins Worcestershire Sauce

Grounded Black Pepper2)Roast in Breadmaker3)Press Chicken icon on BAKE at 160°C 40 mins4)When done, press Stop, turn the chicken (very hot, use mittensand tongs/skewer)5)Continue another 15 mins on 170°C then another 15 mins on180°°6)Done!

 

WHITE BREAD

Ramuan:

180 ml Fresh Milk or use 1 cup coldwater

100 ml Cold Water (from fridge)

2 tbsp Sugar

1 tsp Salt

Page 58: RESEPI PERIUK

75 g butter

1 egg

2 tbsp Vegetable Shortening

2tbsp bread softener

 

15)Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol untuk keluarkansteam16)Buka dan masukkan daun ketumbar, kismis, gajus (jikasuka)

Beriani Gam Ayam (yang masak kat umah Zdah)1 ekor ayam(1 -1.5 kilo))1 pkt rempah briyani kesukaan (yg sedap Shan Bombay Briyani Mix) ATAU2 sudu rempah briyani + 1 sudu briyani masala 4 biji bawang besar dihiris 4 biji tomato didadu/blend tanpa air 1” halia tumbuk 2 camca besar gula merah (paras)5 ulas bawang putih tumbuk 1 tin kecil minyak sapi 1 cawan susu cair (perahkan satu biji limau nipis , menjadikanyogurt)8 cawan beras

1) Panaskan periuk mengunakan STIRFRY2)Bila minyak sapi panas, tumiskan bawang besar, halia, bawangputih sehingga kekuningan (kalau bawang besar dah siap goreng, masukkan selepas masuk rempah)3)Masukkan tomato4)Masukkan rempah (jgn bancuh rempah)5)Masukkan garam dan gula merah sedikit6)Masukkan ayam dan biarkan sekejap7)Masukkan yogurt8)Masukkan daun ketumbar/pudina

Page 59: RESEPI PERIUK

 

9)Kacau semua bahan-bahan sekejap10)Tukar ke High Pressure (tekan ON/OFF kemudian tekanHigh-Pressure)11) Set High Pressure selama 8 minit12)Selepas 8 minit, keluarkan steam dan buka tutup13)Asingkan separuh ayam ke dalam mangkuk. Tinggalkankuah briyani anggaran 2 cups14)Masukkan air 9 cawan, dan susu 1 cawan ke dalam periuk15)Masukkan beras16)Tutup periuk dan tekan butang High Pressure selama 7 min17)Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol untuk keluarkansteamBuka dan masukkan kismis, gajus (jika suka)

18)

Masukkan air 9 cawan, dan susu 1 cawan ke dalam periuk19)Masukkan ayam yg sudah masah tadi (separuh atau semuaikut kesukaan). Masukkan juga kuah lauk briyani sebanyak 2cawan

20)

Masukkan beras

21)

 Tutup periuk dan tekan butang High Pressure selama 7 min22)Bila bunyi beep-beep, putarkan tombol untuk keluarkansteam

23)

Buka dan masukkan kismis, gajus (jika suka)

 

DEVIL CURRY 

(Recipe handed down by Dato’ Dr. Gerry De Silva)

Ingredients :1 Chicken cut into 20 pcs – wash and drained.Blend the following without water:2 Large Onions 2 pips Garlic2” Halia 2” Kunyit hidup7 Cili Merah 15 Cili Padi5 biji buah keras 3 batang serai1 cup Cili Giling7 pcs Asam Keping – soak to soften3 tsp salt2 tsp sugar1 bowl Daun Pudina or Daun Kesum or Daun Ketumbar accordingto preference,but use individually, don’t mix.10 Ladies finger, trimmed and washed.1 tbsp Cooking OilMethod:1.On Stir Fry mode, heat oil2.Stir Fry blended ingredients3.Add Cili Giling4.Bila pecah minyak, add Chicken, Asam Keping,Daun, Garam & Gula.5.High Pressure 15 mins6.When done, remove steam, open lid. Add LadiesFingersLeave on Warm mode for about 2 mins before serving.

 

 

DODOL

2 cawan gula merah4sudu besar gula putih2/3 cawan air5 helai daun pandan2 cawan tepung pulut2 sudu besar tepung beras2 biji santan + 2 cawan air = 4 cawan santan 1.Campurkan semua adunan dan kacau sehingga sebati.2.Tuang ke dalam inner pot3.Set PC on STEAM for 10-12 min4.Buka tutup 

Page 60: RESEPI PERIUK

PC5.Tukar ke mode STIRFRY6.Kacau sehingga tidak melekit (about 20 min)7.Offkan periuk biarkan sejuk sebelum di pindah ke dalam bekas.7.

Didihkan semua dan tapis

 

NOXXA® BREADMAKER / MULTIFUNCTION OVEN

ROAST CHICKEN

Ramuan & Method:1)Marinate whole Chicken with

blended Garlic & Ginger

Sesame Oil

Oyster Sauce

Lea & Perrins Worcestershire Sauce

Grounded Black Pepper2)Roast in Breadmaker3)Press Chicken icon on BAKE at 160°C 40 mins4)When done, press Stop, turn the chicken (very hot, use mittensand tongs/skewer)5)Continue another 15 mins on 170°C then another 15 mins on180°°6)Done!

 

WHITE BREAD

Ramuan:

180 ml Fresh Milk or use 1 cup coldwater

100 ml Cold Water (from fridge)

Page 61: RESEPI PERIUK

2 tbsp Sugar

1 tsp Salt

75 g butter

1 egg

2 tbsp Vegetable Shortening

2tbsp bread softener

500 gm High Protein Flour

1 tbsp Bread Improver

1 packet 11gms Mauripan YeastMethod:1)Pour all ingredients into BREAD PAN according to the aboveorder. Do not stir2)Slide BREAD PAN with the word FRONT facing the oven door,until it clicks in3)Switch on wall socket4)Press BREAD button till # 4.5)Press START button. Bread ready in 2 hours6)When beep, Open door.7)Bread is ready. Pull out with the handle bar.

500 gm High Protein Flour

1 tbsp Bread Improver

1 packet 11gms Mauripan YeastMethod:1)Pour all ingredients into BREAD PAN according to the aboveorder. Do not stir2)Slide BREAD PAN with the word FRONT facing the oven door,until it clicks in3)Switch on wall socket4)Press BREAD button till # 4.5)Press START button. Bread ready in 2 hours6)When beep, Open door.7)Bread is ready. Pull out with the handle bar.

Page 62: RESEPI PERIUK

Top Related