Transcript

Resepi masakan melayu

Resepi masakan melayu

Resepi Ayam Teriyaki Halal

Bahan-bahan:5 keping dada atau peha ayam, potong sederhana kecil3 sudu madu4 sudu kicap manis (sedap guna kicap ABC)1 sudu gula3 inci halia, diparut halus3 ulas bawang putih, diparut halus1 sudu teh garam halus

Cara penyediaan :

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul hingga mesra dan perap selama sejam di dalam peti sejuk.

Panaskan kuali leper non-stick dan panggang ayam yang telah diperap. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.

Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan likat.

Bahan-Bahan:1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil6 cawan air1 sudu teh garam3 akar ketumbar - ditumbuk2 batang serai - dititik dan dipotong10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas6 helai daun limau purut - dicarik-carik2 camca besar pes cili3 camca besar sos ikan3 camca besar jus limau nipis1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

Bahan-bahan:1 ekor ayam dipotong mengikut saiz pilihan anda6-8 cawan shortening

Bahan Salut:1 biji telur, pukul1 cawan susu2 cawan tepung serbaguna2 sudu teh salt sudu teh pepper sudu teh MSG1/8 sudu teh serbuk bawang putih1/8 sudu teh Baking Powder

Cara penyediaan:

Bersihkan ayam dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap air basuhan ayam.Panaskan shortening dalam deep-fryer pada suhu 350 degree.Satukan telur dan susu di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar.Satukan bahan-bahan salut lain yang tinggal ke dalam mangkuk yang lain.Ambil ketulan ayam satu per satu. Celup ke dalam adunan telur, kemudian golek-golekkan dalam adunan tepung. Celup sekali lagi ke dalam adunan telur dan golek-golekkan sekali lagi ke dalam adunan tepung untuk memastikan ayam tersalut sepenuhnya. Susun ayam yang telah disalut di atas pinggan sebelum digoreng.Setelah shortening panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. Goreng sebelah bahagian selama 12-15 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Balikkan dan goreng sebahagian lagi sehingga masak dengan sempurna.Setelah masak dan garing, angkat dan toskan di atas tisu.Sedia untuk dihidangkan.Resepi masakan cina

Resepi Char Mee (Resepi Mi Kuning Goreng)

Bahan-bahan:

250 gm mi kuning3 cm halia - cincang halus8 bawang merah hiris3 cendawan hitam kering65 gm daging potong nipis-nips3 sudu makan minyak masak2 ulas halia - hiris65 gm udang buang kulit dan bersihkan1 batang sawi potong 3 cm panjang1 sudu makan kicap pekat

Cara penyediaan:

1. Rendamkan cendawan dan buang batangnya. Hiris nipis.2. Didihkan dan celur mi selama 2-3 minit.3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih, dan halia sehingga naik bau dan warna coklat keemasan.4. Masukkan udang dan cendawan. Goreng hingga udang masak.5. Masukkan sawi dan goreng lagi selama 3 minit. Masukkan daging dan goreng lagi hingga daging masak.6. Masukkan mi kuning dan gaul rata. Masukkan kicap pekat, gaul rata dan hidangkan segera.

Resepi Sup Tahu Putih

Bahan-bahan:

1 keping tahu putih30 gm udang segar saiz kecil buang kulit1 ulas bawang putih ketukkan1 biji bawang besar hiris3 cawan airGaran dan serbuk lada sulah secukup rasa.Daun bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Potong tahu putih kepada 2 bahagian.Panaskan 1 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.Masukkan air dan garam, kacau dan biarkan hingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan tahu putih dan udang. Biarkan mereneh selama 5 minit lagi.Tutu api dan hidangkan. Tabur daun bawang dan serbuk lada sulah.

Resepi Daging Goreng Daun Bawang

Bahan-bahan:

325 gm daging steak1 sudu teh garam2 sudu teh kicap cairSerbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa1 sudu makan tepung ubi sudu teh soda bikarbonat8 cm halia muda hiris nipis5 batang daun bawang potong 4 cm panjang1 biji telur4 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

1. Bersihkan daging dan potong nipis.2. Lumur daging dengan garam, kicap, lada sulah/lada hitam, tepung ubi dan soda bikarbonat rata-rata.3. Gaul halia dengan secubit garam dan basuh buang garam.4. Pukul telur dengan lada sulah/lada hitam dan sudu makan minyak masak.5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halia seminit.6. Masukkan daging, daun bawang dan 1 cawan air. Tutup kuali dan biarkan masak selama 3 minit.7. Kacau selama beberapa minit. Kecilkan api setelah daging masak (bertukar warna) dan mesra.8. Buat lubang di tengah-tengah, dan masukkan telur di tengh-tengah. Kacau rata. Tutupa api setelah telur masak.

Resepi masakan india

Resepi Gulai Udang (Resepi kari udang)

Bahan-bahan:600 gm udang segar6 cili kering2 bawang merah - tumbuk2 ulas bawang putih - tumbuk2 cm halia - tumbuk1 tangkai daun kari1 sudutehserbuk kunyit1 sudutehbiji ketumbar1 sudu teh jintan putih2 cawan santan pekatdarisebiji kelapaGaram secukuprasa4 sudumakanminyak masak1 biji limau nipis

Carapenyediaan:1. Panaskan minyak dan goreng daun kari selama 1-2 minit.2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan goreng sehingga naikbau. Kacau sentiasa.3. Masukkan kesemua rempah dan goreng selama seminit.4. Masukkan santan dan biarkan mereneh selama 10 minit.5. Perahkan asam limau dan tutupapi.6. Hidangkan dengan nasi.

Resepi Idli (Kuih beras kukus)

Bahan-bahan:

300 gm beras

250 gms kacangdalhitam

2 sudu makan nasi

Secubit garam

Cara penyediaan:

1. Rendam beras dan kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.

2. Kisar beras dan nasi sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara berasingan.

3. Satukan beras dan kacang berserta garam.Gaulsebati.

4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau acar.

Resepi Rasam (kuah lada hitam)

Bahan-bahan:

1 sudu makan asam jawa

1 ulas bawang putih

sudu teh lada hitam - tumbuk

1 sudu teh jintan manis - tumbuk

4 cawan air

2 sudu tehgaram

2 sudu makan daun ketumbar cincang

1tomato belah 4

2 sudu teh minyak masak

1 sudu teh biji sawi

8 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

1. Bancuh asam jawa dengan air dan tapis.

2. Masukkan air asam jawa, bawang putih, lada hitam, jintan, tomato, air, garam dan ketumbar ke dalam periuk dan biarkan mendidih.

3. Kecilkan api. Renehkan selama 10 minit.

4. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan goreng biji sawi bersama daun kari sehingga daun bertukar menjadi kecoklatan.

5. Masukkan campuran air lada hitam tadi dan sedia untuk dihidangkan.


Top Related