Download - Resepi Biskut Best

Transcript

Chocolate chip cookies

[email protected] mesti suka cookies niCreated on : 22-04-20061478ShareBahan-bahan ( 100 biji ) 450g tepung gandum 1 biji telur 250g mentega 115g gula halus 110g gula perang 100g chocolate chips 3 sudu besar cocoa powder 250g gajus(panggang dan cincang halus) 1 sudu kecil baking sodaCara-cara1. Pukul mentega dan gula sampai kembang2. Masukkan telur dan pukul lagi3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau4. Masukkan gajus dan kacau lagi5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Chocolate Chips Cookies

kak [email protected] dlm simpanan. Mudah di buat, setakat menggaul dgn senduk saja.Menghasilkan cookies yg rangup. Tiap Hari Raya mesti buat, anak2 dan famili suka.Juga mengambil tempahan bila ada permintaan.Created on : 11-07-2008591ShareBahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg ) 190 g mentega- lembut 45 g gula perang 80 g gula kastor/icing 220 g tepung gandum 1/2 sk rata baking soda 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap) 1/2 sk esen vanilla 170 g choc chip 170 g badam cincang kasar- di panggang 1 biji telur -yg sedangCara-cara1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.

Danish Coconut Cookies

kak [email protected] kelapa yang lemak,garing di luar lembut di dalam dengan bahan2 dan cara2 penyediaan yang mudah... :)Created on : 06-07-20117ShareBahan-bahan ( 44 keping (sukatan 1/2 sudu besar) ) 150 g mentega - lembut (2/3 cwn) 150 g tepung gandum - ayak (1 1/4 cwn) 50 g tepung jagung - ayak (1/2 cwn) 50 g gula castor (1/4 cwn) - (boleh guna gula icing diayak) 50 g kelapa parut kering (1/2 cwn) 1 sk esen vanilla Topping :- putih telur secukup kelapa parut kering,bijan dan gula castorCara-cara1. Satukan kesemua bahan2 kecuali bahan topping dan uli hingga sebati.Simpan doh di dalam petiais selama 1 jam (tak lakukan kaedah ini pon tak apa)2. Bulat-bulatkan doh (akak guna sukatan sudu metrik-1/2 sb) dan susun atas dulang pembakar.Tekan dengan garfu,sapu putih telur dan taburkan dengan kelapa parut kering,bijan dan juga gula castor.3. Bakar pd suhu 150C selama 20 min atau hingga kekuningan mengikut kepanasan oven masing2.4. Segera alihkan biskut ke atas redai kek untuk disejukkan.Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Danish Butter Cookies

kak [email protected] yang ringan dan rangup, tanpa telur.. :)Created on : 19-07-2011236ShareBahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang ) 125 g mentega (1/2 buku) 375g 45 g gula icing (1/3 cwn) 135g 140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn) 420g 1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama) sk 1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla 1 sk choc chips atau kismis - utk hiasan gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara1. Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan.4. Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.5. Danish Butter Cookies...bentuk asal doh yang dipicit....

Rice Bubble Chocolate Crackles

[email protected] untuk kanak-kanak dan senang untuk disediakan.. gaul sahaja..Created on : 20-08-201133ShareBahan-bahan ( 100biji ) 200g Rice bubble / Bertih beras 250g Coklat masakan 1/2 cawan Badam / Kekacang 1/2 cawan Kismis / Buah kering Papercup secukupnya Coklat masakan putih utk hiasanCara-cara1. Cairkan coklat masakan menggunakan cara double boiler.2. Apabila coklat sudah cair, masukkan rice bubble, kekacang dan kismis. Kacau sehingga sekata. Tips: Masukkan rice bubble sedikit demi sedikit agar adunan tidak kekurangan coklat. Adunan hendaklah boleh dikepal dan disatukan. Tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.3. Sudukan adunan ke dalam papercup dan hias dengan contengan coklat putih yg telah dicairkan atau boleh juga ditabur manik-manik berwarna.4. Biarkan seketika untuk adunan keras dan bersatu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Samperit Pandan / Pandan Green Lace Cookies

[email protected] tradisional yang di modenkan.. lbih bergaya tpi tetap sama ...Created on : 19-08-2010134Share

Bahan-bahan ( 100 biji ) Bahan A 200gm mentega 100gm gula ising 1 biji kuning telur 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco 1/2 tsp pewarna hijau epal Bahan B 250gm tepung gandum 50gm tepung jagung 30gm tepung kastard Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.Cara-cara1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.

Cornflakes Choco

[email protected] yg suke, klu time raya, biskut nie yg slalu abis dlu..Created on : 14-09-2007365ShareBahan-bahan ( 45 biji ) 100gm cornflakes 150gm coklat masakan (guna coklat yg takde brand, boleh dapat di kedai pemborong brg kuih) 1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat) sedikit badam hancur untuk hiasan paper cupCara-cara1. masak coklat guna teknik double boil2. bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung3. kacau sebati dan biar coklat benar2 cair4. ramas cornflakes, jangan terlalu hancur5. campurkan ke dalam coklat yg dah dicairkan tadi6. gaul sebati dan isi dalam paper cup (kena cepat coz coklat akan cepat mengeras)7. tabur badam halus8. biar seketika sehingga coklat sudah mengeras.. dan siap..

Cornflakes madu warna warni

[email protected], murah dan kesukaan kanak2 - resepi minta from my beloved sister! Anak2 sekali adap sambil tengok TV dah habis...Created on : 20-12-20061213Share

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies ) 250gm cornflakes (kotak kecil) 125gm butter (1/2 buku) 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis) 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu) manik warna warni untuk hiasanCara-cara1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)4. aduk sampai rata5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Cornflakes Milo

[email protected] jerCreated on : 26-09-20061376ShareBahan-bahan ( 10 orang ) 100 Gram Mentega 100 Gram Cornflakes 100 Gram Serbuk Milo 4 Sudu Makan Golden SyrupCara-cara1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.6. Bulatkan lah semasa masih panas.7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)

Chocolate Crispies

kak [email protected] anak2 dan mudah untuk menyediakannya...Created on : 25-08-2009309Share

Bahan-bahan ( 1 balang ) 450 g choc. masakan 2 sb golden syrup/madu 100 g mentega/majerin 150 g cornflakes HIASAN PILIHAN :- 100 thousands,coloured balls atau badam cincang yg dipanggang sebentarCara-cara1. Choc.,golden syrup/madu dan mentega dimasak di atas api perlahan sambil dikacau hingga cair.Matikan api dan masukkan cornflakes dan gaul perlahan2 dan sebati hingga tersalut dgn choc.2. Ambil sesudu adunan dan bubuh di dalam papercup kecil dan tabur dgn hiasan pilihan.Buat hingga habis dan simpan di dalam peti ais sebentar untuk mmbekukan choc. tadi.Keluarkan dr peti ais dan simpan di dalam bekas kedap udara.3. ***Boleh juga ditambah dengan kekacang panggang yg dihiris atau dicincang kasar dan campur ke dalam choc cair bersama cornflakes...

Almond London

[email protected] yg saya adjust dr resepi kawan.. Coklat yang saya guna ialah compound coklat atau cooking coklat dari BS Bakery ... cooking coklat van houtan atau vochelle x m'bantu...Created on : 18-10-20062185ShareBahan-bahan ( +/- 150 biji ) 250 gm mentega 125 gm gula halus 1 biji telur 1 tsp esen vanilla 50 gm serbuk badam (optional) 200 gm tepung jagung 300 gm tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 tsp baking powder 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gm badam cincang (utk hiasan) +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)Cara-cara1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.3. Masukkan serbuk badam, kacau4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.Biskut mama carries

[email protected] yg menjadi kegemaran ramai.Created on : 30-09-2007707ShareBahan-bahan ( 60-75 biji ) 300gm mentega/marjerin 375gm tepung gandum 130gm tepung jagung 100gm gula icing 1/2 sudu teh esen vanila Utk hiasan -1 biji putih telur -100gm gula icing -1 sudu besar tepung jagungCara-cara1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.3. Masukkan esen vanila.4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.8. ***utk HIASAN***9. Pukul putih telut hingga gebu.10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.12. Sapukan putih telur keatas biskut13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Tart Nenas Gebu

[email protected] ini diambil dari blog princessharyatiCreated on : 11-09-20081448ShareBahan-bahan ( 150 biji ) BAHAN UNTUK DOH TART: 2 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 1/2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung susu 1 cawan mentega (226 gm) 1 sudu besar minyak sapi 1 biji kuning telor 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar gula BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS: 4 biji nenas muda 2 senduk gula pasir sedikit esen vanilla Bunga Cengkih Kulit Kayu Manis Daun pandan

Biskut Bertahta Badam

kak [email protected] raye...mudah dicube....Created on : 13-09-200814ShareBahan-bahan ( 50-60 kpg ) 125 g mentega 85 g gula icing 1 biji kuning telur 250 g tepung gandum - ayak 1/2 sk baking powder sedikit garam halus Topping :- 140 g gula icing 1 biji putih telur 1 cawan badam cincang - utk hiasan

Cara-cara1. Mentega,gula,kuning telur dan garam digaul rata. Masukkan tepung dan baking powder dan uli hingga sebati.2. Canai doh dan terap bentuk pilihan.Sapu atasnye dgn topping dan hias dgn badam cincang.3. Bakar pd suhu 150C selama 10-12 min atau sehingga garing.4. Untuk membuat topping,gula icing dan putih telur di pukul hingga pekat dan putih dan siap utk digunakan.

Short bread

[email protected] cookies. lembut dan rangup.Created on : 06-07-200675ShareBahan-bahan ( 26 keping ) 80 g butter tanpa garam 100g tepung 30g gula kasarCara-cara1. Pukul butter dan gula hingga sebati.2. Masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit.3. Letakkan dalam plastik dan bentukkan segiempat 10cmx20cm. Simpan dalam peti ais selama sejam.4. Keluarkan dan potong sebesar lebih kurang 1.5cm lebar. Potong 2 bahagian panjang.5. Cucuk adunan dengan garfu sebagai corak.6. Bakar dalam oven pada suhu 170 selama 20min.

Dahlia Custard Cookies

kak [email protected] koleksi biskut yang mudah,biskut dahlia tanpa telur... :)Created on : 27-07-201142ShareBahan-bahan ( 80 keping, lebih kurang ) 125 g mentega (1/2 buku) 40 g gula icing (1/3 cwn) - diayak 50 g tepung custard (1/2 cwn) -diayak 150 g tepung gandum (1 1/3 cwn) - diayak 1/2 sk esen vanilla ceri merah,kismis atau choc chip - untuk hiasanCara-cara1. Pukul mentega, gula icing dan esen vanilla hingga berkrim.2. Masukkan tepung custard dan gaul rata.Masukkan pula tepung gandum dan gaul hingga sebati.3. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan dahlia dan tekan berjarak atas dulang pembakar.Hias dengan ceri merah atau kismis dll.4. Bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing.Cheese Tart

[email protected] kelas masakan..resepi yg enak dan disukai anak2..selalunye cantik buat hantaran...Tak berapa cun coz anak2 gadis kite yg year 6 tolong...yg penting sedap..ikut krteativiti..Created on : 02-05-201231ShareBahan-bahan ( ~ 60 - 70 biji bergantung pada saiz tart ) Sugar Dough (asas buat tart) 250g butter 1 cawan gula kastor secubit garam(Jika guna majerin tak payah bubuh) 600g tepung gandum 2 biji telur (apa2 gred tapi biasa guna gred B) Cheese filing tart 250g cream cheese 70g gula kastor 1 biji telur sedikit coffe @ coklat emalco( ikut suka utk lorekan) 2 - 3 sudu susu cair

Cara-cara1. Untuk sugar dough. - Putar butter dengan gula hingga kembang kemudian baru masukkan telur sebiji sebiji pukul lagi hingga kembang dan ringan.2. Masukkan tepung dan gaul rata hingga jadi doh. Ketika mencanai pastikan baki doh di tutup dengan kain @ plastik coz cepat keras bila kena angin.3. Terapkan dan bentukkan dalam bekas tart berbentuk macam kat kedai tu..(lanser dengan sikit marjerin dasar bekas tart agar tak melekat...4. Tekan sikit dasarnya agar berbentuk cantik.5. Bakar dalam oven hingga sedikit kekuningan jangan sampai garing. ~ 20 minit.( Boleh buat awal dan simpan dalam bekas kedap udara)6. Cara buat Cheese filing tart.( Ketika menunggu pastery cup masak bolehlah buat cheese filing ni)7. Putar cheese, gula, susu cair dan telur hingga licin.8. Masukkan @ paipkan dalam pasteri cup dan bubuh sedikit coffe flavour @ apa2 yg disukai..lorekkan ikut kreativiti..Bakar semula kira-kira 10 ~ 15 minit..hingga cheese tu tak melekat.9. * Anak2 tak suka emalco kite tukar dengan jem blue barry..dan namanye menjadi Bluebarry cheese tart..@ Strawberry dll ikut selera masing2.

Crystal Ball

[email protected] biasa2 aje....dpt dari internet..

Created on : 11-09-2007141ShareBahan-bahan ( 50 biji ) 250gm tepung gandum 125gm gula halus (ikut kesesuaian) 125gm minyak sapi Pewarna merah, hijau dan kuningCara-cara1. Gaulkan tepung dengan gula hingga rata.2. Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh.3. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.4. Cubit sedikit drp setiap warna dan gentelkan bulat2.5. Bakar dalam oven.6. Setelah masak, golekkan dalam gula halus.

Biskut Susu / Milk Cookies

[email protected] mudah , simple dan anak2 pasti sukakanya...

Created on : 27-10-2006526ShareBahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji ) 250grm tepung jagung 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan) 1 sudu baking powder butter /marjerin untuk uli tepung perwarna -ikut sukaCara-cara1. Gaulkan tepung + susu cair2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

Honey Oatmeal biscuits

[email protected] mengunyah di kala petangCreated on : 09-06-200711ShareBahan-bahan ( 20 biji ) 120g tepung gandum 120g oatmeal 70g gula halus 1 sudu kecil baking powder *70g butter - dicairkan *40g( 2sb) madu/ gold syrup *30ml(2db) air raisin, chocochips, gajus secukupnya(optional)Cara-cara1. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda(*).2. Dalam mangkuk lain masukkan tepung, oatmeal, gula dan baking powder. Kacau biar sekata.3. Masukkan bahan 1 tadi. Kacau balikkan. Kemudian masukkan raisin atau chocochips. Gaul sebati.4. Bahagikan adunan kepada 20 biji. Buat bentuk bulat. Aturkan ke atas oven plate.Sebelum tu alas oven plate dengan oven paper.5. Letakkan plastik wrap kat atas biskut. Tekan dengan belakang gelas.6. Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.7. Inilah oatmeal

Sarang Semut Milo

kak [email protected] kegemaran anak2.Created on : 12-11-2008174ShareBahan-bahan ( 120 - 130 kpg. ) 140 g mentega - lembut 130 g gula serbuk 2 biji kuning telur 160 g tepung naik sendiri 140 g tepung gandum 1/2 sk emplex (tak ada pun tak apa) 80 g serbuk Milo 1/2 sk esen vanilla secukup colour rice - untuk hiasanCara-cara1. Mentega dan gula serbuk dipukul hingga putih.2. Masukkan kuning telur dan vanilla pukul hingga rata.Masukkan pula tepung2,emplex dan serbuk milo dan pukul/uli hingga sebati.3. Parut doh menggunakan penyagat keju ke dlm mangkuk.4. Bubuh sedikit doh yg diparut ke dlm paper cup kecil dan taburkan sedikit colour rice.5. Bakar hingga masak selama 10-15 min pd suhu 170C.6. Biar biskut sejuk dan simpan di dlm bekas kedap udara.7. **utk memudahkan memarut adunan,doh dikepal2 menjadi bebola dan simpan dlm chiller hingga 1/2 jam atau hingga keras.

Suji Pelangi

kak [email protected] suji yang berwarna-warni...resipi atas permintaan babykiko... :)Hubungi kak fida576ShareBahan-bahan ( 40-50 keping ) 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata ) 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata ) 1/8 sk garam halus 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata ) pewarna merah,kuning,hijau Secukup gula halus - untuk tabur secukup paper cupCara-cara1. Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.2. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.3. Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.4. Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....5. Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.6. Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.

Pineapple Tarts

kak [email protected] tat nanas...Created on : 06-08-2010511ShareBahan-bahan ( 2 balang ) 1 kilo tepung gandum - ayak 2 buku mentega (500 g) 2 sb susu manis 2 biji kuning telur (akak tambah sedikit putih telur) 1/2 teh garam (opt) inti nanas secukupnya :- http://www.myresipi.com/top/detail/5392Cara-cara1. Mentega,susu,kuning telur(dan putih telur) dikacau hingga sebati.Masukkan tepung gandum sedikit2 sambil digaul rata sehingga adunan lembut.2. Canai doh dan terap dengan penerap khas kuih tat atau bentukkan doh ikut suka.Isikan inti nanas dan bakar pd suhu 160C selama 20 min atau ikut kepanasan oven masing2.Biskut Dahlia

[email protected] ni dari ibu saya.. koleksi masakan ibu yg bertulisan jawi lagi.. mmg tiap kali raya mesti ada.Created on : 21-08-2007739ShareBahan-bahan ( 100 biji ) 8 oz tepung gandum 3 oz tepung kastard 1 1/2 oz tepung ubi 6 oz gula halus 7 oz marjerin / mentega 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla Ceri merah dan hijau utk hiasanCara-cara1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.3. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.4. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri

Biskut Susu Marble

kak [email protected] banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan...kukis yg lemak,ringan dan garing... :)Created on : 23-07-2011381ShareBahan-bahan ( 60 keping - lebih kurang ) 125 g mentega lembut (1/2 buku) 95g susu pekat manis (1/4 tin) 1/2 sb gula halus/icing (opt) 1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak 1/2 sk esen vanilla 1 sb serbuk koko - ayakCara-cara1. Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)2. Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.3. Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.4. Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.5. Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.6. Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.7. Bulatkan dan bakar hingga garing.8. Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.Tart coklat

[email protected] tart yang pernah my mummy buat masa zaman sekolah dulu... memang kesukaan kanak-kanakCreated on : 19-12-2006360ShareBahan-bahan ( dalam 100 keping ) 250 gm (1 buku) butter 1 cawan gula halus 2 biji telor 1 sudu teh esen vanila Tepung gandum secukup adunan 125gm cokolat masak 25gm shortening 25gm butter/margerin 2 sudu makan susu segarCara-cara1. Pukul butter dan gula sehingga sebati2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)4. Canai adunan agak2 ketebalannya.5. Terap menggunakan cetak kuih tart.6. Bakar dengan gas mark 4 selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.7. Sementara tart sejuk, masukkan semua bahan dalam mangkok.8. Masukkan ke dalam microwave selama 1 atau 2 mins.9. Keluarkan dari microwave dan kacau hingga sebati.10. Ambil sedikit cokolat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.11. Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.12. acuan ni ada 2 pattern bergigi atas bawah so boleh pilih nak guna yang mana...

Chocolate cheese tart dengan chocolate [email protected] gabungan dua resepi asing, pastri coklat dari Daily Delicious dan chocolate cheese filling dari kak Citarasawan @ kak Wan. TQ to both of you, anak pun tertipu ingat makan coklat sebenar. Rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/07/resepi-chocolate-cheese-tart-dengan.htmlCreated on : 13-08-201111ShareBahan-bahan ( 40-45 mini tarts ) PASTRI COKLAT: 110g butter, suhu bilik 75g gula kastor 190g tepung gandum* 20g serbuk koko* ayak bersama 1 biji telur Gred A CHOCOLATE CHEESE FILLING: 125g cream cheese, suhu bilik 1st + 1/2st coklat emulco@coklat paste 30g gula aising 30g butter, suhu bilik 1/2 biji telur Gred A @ 1 biji telur Gred C @ D Ganache: 25ml@25g whipping cream atau fresh cream + 40g coklat masakan, dicairkan bersama-samaCara-cara1. UNTUK PASTRI COKLAT:2. Pukul butter dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur, kemudian tepung gandum+serbuk koko.3. Gaul dengan tangan hingga adunan nampak seperti bread crumbs. Uli perlahan2 dan bentukkan seperti bola. Balut dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk bawah paling kurang 1 jam.4. Sapu dasar acuan tart dengan butter (untuk memudahkan ia dikeluarkan nanti). Tekan sedikit doh dalam acuan, buang doh yang berlebihan. Cucuk dasar doh dengan garfu dan buat hingga habis. Simpan doh yang dah siap dalam peti sejuk selama 10 minit. Sementara itu panaskan oven, 160C.5. Bakar doh selama 15-20min atau hingga masak. Sejukkan di atas redai dulu, kemudian paipkan coklat cheese filling. Bakar lagi 10-15min hingga cheese masak (nampak sedikit kering tapi jangan sampai kelihatan merekah).6. Tart yang telah siap boleh disimpan dalam peti sejuk setelah disejukkan pada suhu bilik (untuk mengelakkan ia lemau).7. CHOCOLATE CHEESE FILLING:8. Pukul cream cheese, gula aising dan butter hingga sebati. Masukkan coklat emulco, ganache dan telur. Pukul hingga tak berketul-ketul.9. Tuang adunan ke dalam piping bag dan sedia digunakan.

CHOCOLATE RICE BUBBLE COOKIESBy:Kak Wan

Bahan A260 gm mentega1 biji kuning telur100 gm gula perang1 sudu kecil esen vanilaBahan B300 gm tepung Red Rose40 gm tepung kastard60 gm tepung jagung20 gm serbuk koko1/4 baking powder1/4 sudu kecil emplexBahan C150 gm choct bubble - ita gantikan choc cip30 gm choc riceHiasanCoklat masakanCoklat masakan oren - ita tambahCroquant - ita tak letakCawan kertasPukul bahan A hingga berkrim.Masukkan bahan B dan bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembutBulatkan doh anggaran 4 gm, susun dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 150 C selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak.Setelah masak biarkan sejuk, hiaskan dgn coklat masakan yg telah di cairkan dan croquant.

Cara ita, Ita bentukkan bujur sebesar 4 gm, susun atas loyang dan bakar.Setelah benar2 sejuk, celup separuh dalam coklat masakan oren yg telah di cairkan.Letak dalam cawan kertas.Bila coklat oren telah mengeras ita hiaskan pula dgn coklat masakan.BLUBERRY CHEESE TARTBahan2 tu buat Shell atau crust :170gm marjerin atau butter50gm gula aising1 biji telur Gred C290gm tepung gandum1 sudu kecil esen vanillaacuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170Cselama 20 - 25 minit atau sehingga masak.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota :Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Bahan untuk membuat cheese:250gm cream cheese50gm gula kastor / gula halus1 biji telur Saiz B sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.JANGANbiarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama.

Deco Cheese TartCorak 1 - Kasih Bertaut

Senang aje buat dia. Masukkan sedikit adunan yg telah kita bancuh dengan warna ke dalam piping bag atau boleh juga guna bucu plastik bag yg 4 segi tu. pas tu kita dot dotkan atas cheese tart tadi. Buat 3 dot. Pas tu tarik dari atas ke bawah dalam bentuk bulatan juga. Masa tarik tu tangan tu layang aje... jangan tekan kuat...

Corak 2 - Sekuntum Mawar Merah

Ok untuk yg Sekuntum Mawar Merah sama juga macam yg di atas kita masukkan campuran cheese dgn warna merah ke dalam piping bag atau bucu plastik. Manakala adunan cheese dan warna hijau tu tak payah letak dalam piring aje. Pas tu dotkan warna merah atas cheese. Dng menggunakan lidi calit pula warna hijau di bawah warna merah mcm dlm gambar. Pas tu tarik dgn pengungkil gigi yg tajam tu dari atas ke bawah.Peringatan: setiap kali kita buat bersihkan hujung lidi dgn tisu supaya warna tak bercampur dan lukisan tu cantik!


Top Related