Download - RESEPI ASAS kek

Transcript
Page 1: RESEPI ASAS kek

MINUMAN SEJUK

(resepi asal)

Page 2: RESEPI ASAS kek

‘JUS MANGGA’

Bahan-Bahan:

1 biji mangga muda

3 biji mangga masak

beberapa ketul ais

gula pasir secukup rasa

tambah air masak jika perlu

Cara:

kopek buah2 mangga & potong kecil2.

masukkan beberapa sudu gula, ais,

mangga yg telah dipotong & air secukupnya ke dalam pengisar & kisar kesemuanya

sekali.

Hidangkan dan hias gelas dengan hiasan buah mangga

INOVASI

‘jus mangga lemovilla.(lemon +vanilla)’

Bahan-Bahan:

Page 3: RESEPI ASAS kek

1 biji mangga muda

3 biji mangga masak

beberapa ketul ais

gula pasir secukup rasa

2 biji limau nipis

tambah air masak jika perlu

Cara:

kopek buah2 mangga & potong kecil2.

masukkan beberapa sudu gula, ais,

mangga yg telah dipotong & air secukupnya ke dalam pengisar & kisar kesemuanya

sekali.

perah limau mengikut selera masing-masing.

PENGIRAAN KOS

Kos bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT(RM) JUMLAH(RM)mangga muda 1 biji 0.50 0.50mangga masak 1 biji 0.80 0.80limau nipis 2 biji 0.20 0.40

Page 4: RESEPI ASAS kek

gula pasir 2 camb 1.45 0.30ais 8 ketul 3.00 0.10

JUMLAH 2.10

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan minuman ini ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakukan sendiri ialah RM2.00Sejam.

Kos upah

= 1 orang x 1/2 jam x RM 2.00

= RM 1.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH(RM)1 elektrik 0.202 air 0.20

JUMLAH 0.40

Kos projek= kos bahan + kos upah + kos overhead

=RM 2.10 + RM 1.00 + RM 0.40

=RM 3.50

REFLEKSI (MINUMAN)

Pada hari ini saya dan rakan saya dikehendaki menyediakan satu jenis

minuman sejuk dengan menggunakan resipi yang telah diubah suai.Kami telah

menukar dua bahan bagi mengubah resipi tersebut iaitu menambahkan lemaon dan

Page 5: RESEPI ASAS kek

aiskrim vanilla.Minuman asalnya ialah jus mangga dan kami telah menambah dua lagi

bahan iaitu lemon dan aiskrim vanilla..Kami diminta oleh pensyarah untuk membuat

inovasi setiap dan menukar sekurang-kurangnya dua bahan daripada resipi asal.

Kami secara berpasangan telah merekacipta satu resipi baru yang telah

diubahsuai.Hari ini kami membuat amali dengan menggunakan resipi yang telah

diinovasi tersebut.Minuman yang dibuat ialah air mangga yang dicampurkan jus lemon

dan diletakkan dengan dua skoop askrim vanilla.Hasilnya,minuman kami menjadi lebih

sedap dan menyegarkan.

Pada mulannya kami menghadapi beberapa masalah dalam menyukat sukatan

beberapa jenis bahan yang dirancang tidak sesuai digunakan.Kami membaiki semula

dan menambahkan bahan yang kurang sukatannya supaya hasil kami minuman

tersebut menjadi lebih sedap.Itu adalah antara masalah yang kami hadapi ketika mahu

menyediakan minuman mangga bersoda tersebut.

Namun begitu,masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah.Kami merasa

minuman dan terus membuat penambahbaikan pada minuman tersebut.Akhir

sekali,kami menghias dan menghidang minuman yang telah siap.Kami amat berpuas

hati dengan hasilnya.Kami mengambil beberapa gambar minuman tersebut sebagai

bahan bukti .Sekian,terima kasih.

Page 6: RESEPI ASAS kek

DESSERT

(resepi asal)

Puding Koktel Berkuah Coklat

Page 7: RESEPI ASAS kek

Bahan-bahan ( 18 biji )

Utk puding ; 1 cawan tepung jagung 2 camb (penuh) tepung kastard 2 camb gula pasir

Utk kuah coklat ;

3 biji kuning telur 1 sk esen vanilla 1 camb (penuh) tepung kastard 15 gm serbuk koko 120 gm gula pasir 1 tin susu cair 1 tin koktel buah2an

Cara-cara

1. Bancuh semua bahan utk puding dgn 3 cawan air dan gaul sebati 2. Kacau perlahan2 atas api sederhana hingga pekat dan likat 3. Masukkan ke dlm bekas puding atau loyang, apabila sejuk, masukkan ke dlm

peti ais 4. Utk kuah coklat pula, tuang semua bahan ke dlm periuk bersama 1 cawan air. 5. Kacau perlahan atas api sederhana, padamkan api sebaik shj dia mendidih 6. Sejukkan dlm peti ais. 7. Utk hidangkan, masukkan puding dan koktel buah2n ke dlm mangkuk, kemudian

curahkan kuah coklat ke atasnya

INOVASI

Puding Laici Berkuah pandan

Page 8: RESEPI ASAS kek

Bahan-bahan ( 18 biji )

Utk puding ; 1 cawan tepung jagung 2 camb (penuh) tepung kastard 2 camb gula pasir

Utk kuah pandan ; Perasa pandan 120 gm gula pasir 1 tin susu pekat/cair 1 tin buah laici

Cara-cara

8. Bancuh semua bahan utk puding dgn 3 cawan air dan gaul sebati 9. Kacau perlahan2 atas api sederhana hingga pekat dan likat 10.Masukkan ke dlm bekas puding atau loyang, apabila sejuk, masukkan ke dlm

peti ais 11.Utk kuah pandan pula, tuang semua bahan ke dlm periuk bersama 1 cawan air. 12.Kacau perlahan atas api sederhana, padamkan api sebaik shj dia mendidih 13.Sejukkan dlm peti ais. 14.Utk hidangkan, masukkan puding dan buah laici ke dlm mangkuk, kemudian

curahkan kuah pandan ke atasnya

PENGIRAAN KOS

Kos bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH(RM)tepung jagung 50gram 1.50 0.70

Page 9: RESEPI ASAS kek

Tepung kastard 15 gram 1.50 0.20Perasa pandan 1 tin 2.50 2.50

Gula pasir 120 gram 1.80 0.50Susu pekat 1 tin 2.50 2.50Buah laici 1 tin 2.50 2.50

jumlah 8.90

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan desert ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM2.00 Sejam.

Kos upah = 1 orang x 1 jam x RM2.00

=1.oo

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1 Elektrik 0.202 Air 0.20

JUMLAH 0.40

Kos projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

=8.90 + 1.00 + 0.40

=RM 10.30

REFLEKSI. (DESERT)

Page 10: RESEPI ASAS kek

Pada minggu kedua pula,kami dikehendaki menyediakan satu lagi resipi yang

diubahsuai iaitu dessert.Kami telah mengubah suai beberapa bahan daripada resipi

asal dessert tersebut.Kami telah memilih dessert pudding koktel berkuah coklat dan

diubah kepada pudding laici berkuah pandan.Kami memilih desert cara barat kerana ia

lebih digemari pada zaman kini.Bahan utama yang ditukar ialah kauh coklat ditukarkan

kepada kauh pandan.Seterusnya ,kami mengubah koktel kepada laici.

Resipi yang telah diinovasi ditunjukkan pada pensyarah kami terlebih dahulu,Jika

diluluskan baru kami jalankan tugas seterusnya.Resipi kami telah dilihat oleh pensyarah

dan beliau membenarkan kami mencubanya.

Kami telah diberikan masa yang panjang bagi menyiapkan resipi baru ini dan

dibimbing sepanjang masa olah pensyarah kami.Sebelum mencuba resipi ini,kami telah

membahagikan tugas masing-masing untuk memudahkan menyediakan bahan.Kami

memulakan tugas membuat dessert dengan menyediakan segala bahan dan peralatan

yang diperlukan.Pada awalnya,kami telah menyediakan kuah pudding dan seterusnya

buah laici dipotong kecil..Dessert ini tidaklah begitu susah untuk disediakan,kami hanya

mengambil masa yang singkat untuk menyediakannya.Ia mudah disediakan dan

dihidang. Setelah siap ,kami telah meletakkan desert kami ini kedalam peti sejuk

supaya pudding yang dihasilkan tidak cair.Selepas beberapa minit,kami telah

menghidang desert tersebut dengan hiasan yang cantik.Kami amat berpuas hati pada

hari ini kerana dapat menyediakan dessrt yang begitu lazat hasil daripada inovasi yang

dilakukan dalam masa yang singkat.

Page 11: RESEPI ASAS kek

KUIH TEMPATAN

(resepi asal)

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Page 12: RESEPI ASAS kek

Bahan-Bahan: 30 gm gula

60 gm tepung gandum(diayak)

4 biji pisang emas yang besar Sedikit garam

¼ baking powder

½ kuali minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Sediakan buah: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan.

2. Campurkan gula & tepung gandum & kacau rata-rata.

3. Persediaan untuk menggoreng: Panaskan anggaran 1/2 kuali minyak.

4. Ronyokkan sehelai kertas serap minyak & bentangkan diatas pinggan.

5. Masak Kuih: Cedok adunan dengan sudu basah & masukkan ke dalam minyak

yang panas dengan menggunakan sudu basah yang lain untuk membulatnya.

6. Goreng hingga kuning, sambil membalik-baliknya perlahan-lahan dengan

belakang sudip berlubang. (Ini menjadikan kuih itu berbentuk bulat). Tuskan

hingga kering & hidangkan dalam pinggan kuih.

INOVASI

KUIH TEMPATAN

“JEMPUT-JEMPUT MENTEGA KACANG”

Page 13: RESEPI ASAS kek

Bahan-bahan

8 sudu mentega kacang

30g gula

60g tepung gandum

¼ camt baking powder

Sedikit garam

½ kuali minyak masak untuk menggoreng.

Cara membuat:-

1. Sediakan mentega kacang.campurkan sedikit air dan lecek dalam mangkuk

adunan.

2. Campurkan gula dan tepung gandum dan kacau rata serta sedikit garam (tepung

gandum hendaklah diayak terlebih dahulu denga baking powder)

3. Persediaan untuk menggoreng.panaskan anggaran ½ kuali minyak. Ronyokkan

sehelai kertas serap minyak dan bentangkan diatas pinggan

4. Masak kuih. Cedok adunan dengan menggunakan sudu basah dan masukkan

kedalam minyak panas dengan menggunakan sudu basah yang lain untuk

membulatkannya.

5. Goreng hingga kuning, sambil membalik-balikkan perlahan-lahan

6. Tuskan hingga kering dan hidangkan dalam pinggan kuih.

PENGIRAAN KOS

Kos bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH(RM)Mentega kacang 8 camb RM 5.00 0.70

Page 14: RESEPI ASAS kek

Tepung gandum 60g RM 2.70 0.80Garam 2 camt RM 1.00 0.10Baking powder ¼ camt RM 2.00 0.10gula 30g RM1.45 0.30

JUMLAH 2.00

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan kuih tempatan ini ialah 1 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM2.00 Sejam.

Kos upah

= 1 orang x 1 jam x RM2.00

=RM 2.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1 Elektrik 0.302 air 0.30

jumlah 0.60

Kos projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

=RM 2.00 + RM 2.00 + RM0.60

=RM 4.60

REFLEKSI (KUIH TEMPATAN)

Pada minggu ini kami perlu membuat kuih tempatan.Kami telah memilih kuih

jemput-jemput pisang diubahsuai kepada jemput-jemput mentega kacang.Kuih ini amat

Page 15: RESEPI ASAS kek

terkenal dan amat digemari oleh masyarakat di Malaysia.Kami membuat sedikit inovasi

pada resipi asal supaya ia menjadi lebih lazat dan luarbiasa.

Kami membuat inovasi dari segi rasa dan rupa,kami tidak menggunakan

mentega kacang bagi menggantikan pisang..Sewaktu membuat kuih ini,kami

bekerjasama supaya kerja lebih mudah dan cepat.Pada mulannya,kuih ini terlalu

manis.Namun begitu,kami cuba membuatnya untuk kali kedua supaya tidak menjadi

begitu manis.Kami telah mengurangkan sedikit kandungan gula yang

digunakan.Hasilnya,kuih jemput-jemput mentega menjadi sesedap rasa dan sesuai

dimakan oleh pelbagai golongan.

Akhirnya,kami telah menyiapkan jemput-jemput mentega yang lazat

dalam masa yang singkat.Pensyarah kami berpuas hati dengan inovasi resiipi yang

kami hasilkan tersebut.Pengalaman yang didapati akan saya gunakan pada masa akan

datang.Saya akan mempraktikkan pengalaman ini di rumah supaya senang apabila

hendak menyediakan kuih tempatan ini pada masa akan datang.

Sekian,terima kasih.

Page 16: RESEPI ASAS kek

(RESEPI ASAL)

BATER Kuih Cara Berlauk / Manis

Page 17: RESEPI ASAS kek

Bahan-bahan ( 50 biji )

BAHAN UNTUK INTI DAGING : 2 cawan daging kisar 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air ) 1 labu bawang besar * Sedikit daun bawang/sup* * Dipotong dadu Garam secukup rasa BAHAN UNTUK BATER: 2 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan santan 1 butir telur Pewarna kuning Sedikit garam

Cara-cara

1. Tumis rempah hingga naik minyak. 2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk. 3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering. 4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata. 5. Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam. 6. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata. 7. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna. 8. Kalau guna blender pun, lagi senang. 9. Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak. 10.Tuang bater 3/4 penuh sahaja. 11.Masukkan satu sudu inti daging. 12.Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas. 13.Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan. 14. Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan

satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Inovasi

Kuih cara berinti rempah udang

Page 18: RESEPI ASAS kek

Bahan-Bahan: 250 gm cincangan kasar udang, garam dan lada sulah secukup rasa

2 camca besar minyak

1/3 cawan sos cili

Bahan Bater:

150 gm tepung gandum, garam secukup rasa

Bahan A:

½ cawan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL

¾ cawan air

2 biji telur, dipukul sebati Beberapa titis pewarna makanan kuning

¼ cawan minyak

Bahan B:

¼ cawan bawang goreng

2 camca besar hirisan cili merah

2 camca besar hirisan daun bawang

2 camca besar hirisan daun ketumbaraiyoo

Cara: Perasa cincangan udang dengan garam dan lada sulah. Tumis udang dengan sos cili dalam minyak panas selama 2 minit. Ketepikan dari api dan sejukkan. Ayak tepung dengan garam dan masukkan bahan A, kacau hingga sebati. Kemudian letak acuan "kuih cara" atau "kuih bahulu" di atas api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan 2 camca besar adunan. Letak 1 camca teh inti udang dan tabur bahan B ke atasnya. Tutup acuan dengan penutupnya dan masak di atas api kecil selama 5 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan hidangkan.

PENGIRAAN KOS

Page 19: RESEPI ASAS kek

Kos bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH(RM)minyak 1 cawan 1.00 0.50Sos cili ½ cawan 2.00 0.50

Tepung gandum 150gram 2.00 0.50Susu krim ideal 1 cawan 2.50 1.50

telur 2biji 0.30 0.60bawang ½ biji 0.50 0.25

Cili merah 1/2 0.30 0.15Udang besar 250g 15.00 3.00

jumlah 7.00

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan karipap ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM3.00 Sejam.

Kos upah = 1 orang x 1 jam x RM3.00

=1.50

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1 Elektrik 0.202 Air 0.20

JUMLAH 0.40

Kos projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

=7.00 + 1.50 + 0.40

=RM 8.90

REFLEKSI (BATER)

Page 20: RESEPI ASAS kek

Pada minggu ini saya perlu menyediakan bater.Kami memilih kuih cara berinti

untuk diinovasi.Bahan asas bagi bater ini ialah mentega dan tepung gandum.Inti yang

digunakan ialah daging berempah yang telah dihancurkan.Inovasi yang dilakukan ialah

inti ditukarkan kepada udang berempah.

Masalah yang dihadapi ialah sewaktu menguli bahan tersebut.Bahan adunan

mestila diuli sehingga betul-betul sesuai untuk dijadikan bater.Kami telah mengambil

masa yang agak lama untuk menguli bahan tersebut.Kami menghadapi masalah

apabila mengeluarkan kuih cara daripada acuannya.Namun begitu,ia tidak menghalang

saya daripada berputus asa untuk menyediakan kuih cara..Kami terus berusaha bagi

menghasilkan bater seperti yang dirancangkan.

Akhir sekali,kami berasa amat bangga kerana dapat menghasilkan kuih cara

bermapah udang yang agak lazat.Inti udang berempah ini lebih nyata lagi sedap jika

dibandingkan dengan inti daging.Resipi ini telah dihidangkan untuk dirasa oleh

beberapa pensyarah

Sekian,terima kasih..

Page 21: RESEPI ASAS kek

(resepi asal)

KEK LOBAK SWISS

Page 22: RESEPI ASAS kek

Bahan-bahannya: www.familiazam.com

7 biji telur (diambil kuningnya saja)

275 gram gula

375 gram lobak (disagat)

375 gram badam (dihancurkan)

100 gram tepung

7 biji telur (diambil putihnya saja)

Jus lemon dan kulitnya

Sedikit garam

1 titis esen vanila

1 sudu serbuk kayu manis

www.familiazam.com

Cara membuatnya:

Pukul kuning telur dan sebahagian gula hingga kembang.

Setelah itu masukkan pula tepung, jus dan kulit lemon, esen vanila dan juga serbuk

kayu manis, serta lobak.

Sekali lagi pukul putih telur dan lebihan gula tadi hingga kembang. Setelah itu perapkan

adunan sebentar.

Campurkan semua bahan ke dalam loyang dan bakar hingga 45 minit dengan suhu 180

darjah Celsius

Inovasi

Kek Epal Swiss

Page 23: RESEPI ASAS kek

Bahan-bahannya: www.familiazam.com

7 biji telur (diambil kuningnya saja)

275 gram gula

375 gram epal merah(dipotong kecil)

375 gram badam (dihancurkan)

100 gram tepung

7 biji telur (diambil putihnya saja)

Jus oren sunkist dan kulitnya

Sedikit garam

1 titis esen vanila

1 sudu serbuk kayu manis

Cara membuatnya:

Pukul kuning telur dan sebahagian gula hingga kembang.

Setelah itu masukkan pula tepung, jus dan kulit oren sunkist, esen vanila dan juga

serbuk kayu manis, serta epal merah.

Sekali lagi pukul putih telur dan lebihan gula tadi hingga kembang. Setelah itu perapkan

adunan sebentar.

Campurkan semua bahan ke dalam loyang dan bakar hingga 45 minit dengan suhu 180

darjah Celsius.

PENGIRAAN KOS

Kos bahan

Page 24: RESEPI ASAS kek

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHtelur 7biji 0.30 2.00gula 275gram 1.80 0.70epal 375gram 0.60 3.50

badam 375gram 12.00 2.00tepung 100gram 1.50 0.75

Oern sunkist 2 biji 0.80 1.60Kayu manis 1 0.30 0.30

jumlah 8.85

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan kuih kek ialah 1 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM3.00 Sejam.

Kos upah

= 1 orang x 1 jam x RM3.00

=RM 3.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1 Elektrik 0.202 air 0.20

JUMLAH 0.40

Kos projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

=8.85 + 3.00 + 0.40

= RM 12.25

REFLEKSI (KEK)

Page 25: RESEPI ASAS kek

Pada minggu ini kami membuat amali masakan dan kami telah memilih kek

lobak swiss untuk diinovasi.Kek ini bukanlah mudah untuk dibuat,cara dan teknik yang

betul akan menghasilkan kek yang sedap dan cantik.

Langkah pertama dalam menghasilkan kek ialah Mentega dan gula perlu dipukul

sehingga kembang.Ini adalah amat penting supaya kek menjadi lembut dan sedap.Ke

semua bahan adunan diputar menggunakan alat penjimat masa.Bahan dimasukan

mengikut peringkat demi peringkat.

Masalah yang dihadapi ketika membuat kek ini ialah bahan adunan menjadi

begitu pekat.Sepatutnya bahan tersebut perlu sedikit cair untuk menghasil kek yang

sedap.salah seorang daripada rakan saya menyuruh saya untuk mencampurkan 4

camca besar susu segar untuk mencairkan adunan tersebut..Saya dengan segera

mencuba dengan menambah sedikit susu segar dan adunan menjadi sedikit

cair.Setelah adunan menjadi cair,ia sesuai untuk dimasak pula dengan menggunakan

ketuhar.Hasilnya,kek saya menjadi seperti yang dirancang.

Saya mngucapkan terima kasih kepada rakan dan pensyarah yang telah

membantu saya menyediakan kek ini.Pengalaman yang di dapati akan saya

manfaatkan dan gunakan pada masa akan datang.

Sekian,terima kasih.

Page 26: RESEPI ASAS kek
Page 27: RESEPI ASAS kek

(resepi asal)

BISKUT NESTUM KISMIS

Bahan-bahannya: ( 100 Keping )

250gm butter

100gm kismis

3 cawan tepung gandum

3 cawan nestum

1 1/2 cawan gula halus

Telur 1 biji

www.familiazam.com

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.

3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.

4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.

5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.

Page 28: RESEPI ASAS kek

RESEPI BARU

INOVASI

BISKUT CORNFLAKE MADU

Bahan-bahannya: ( 100 Keping )

250gm butter

½ cawan madu lebah

3 cawan tepung gandum

150 gram cornflakes

1 1/2 cawan gula halus

Telur 1 biji

www.familiazam.com

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.

3. Masukkan tepung dan Cornflakes, gaul.

4. Uli adunan ikut bentuk yg digemari.Sapukan madu ke atas bentuk yang diuli.

5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.

Page 29: RESEPI ASAS kek

PENGIRAAN KOS

Kos bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAHbutter 250gram 5.00 1.50madu ½ cawan 3.00 1.50

Tepung gandum 3 cawam 2.00 1.50Cornflakes 150gran 5.50 0.50Gula halus ½ cawan 2.00 1.00

telur 1 biji 0.30 0.30jumlah 6.30

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan biskut ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM2.00 Sejam.

Kos upah = 1 orang x 1 jam x RM2.00

=2.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1. Elektrik 0.202 air 0.20

0.40

Kos projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

=6.30 + 2.00 + 0.40

=RM 8.70

Page 30: RESEPI ASAS kek

REFLEKSI (BISKUT)

Kali ini pula,saya dikehendaki untuk menghasilkan biskut.Saya telah memilih

resipi biskut nestum kismis untuk diinovasi kepada Biskut Cornflake madu.Butter dan

gula kastor digunakan untuk membuat biskut tersebut.Ini merupakan kali pertama saya

membuat biskut.Saya belum mempunyai sebarang pengalaman mengenai cara-cara

membuat biskut.Saya telah mengubah dua bahan iaitu nestum dan kismis kepada

cornflake dan madu.

Namun begitu,ia tidak menghalang saya untuk menghasilkan biskut ini.Saya

ingin membuktikan pada diri bahawa saya juga mampu membuat biskut yang sedap

dan menarikSebelum menghasilkan resipi ini,saya meminta tunjuk ajar daripada PN

RAHMAH dan juga rakan-rakan.Mereka sudi memberi kerjasama dan tunjuk ajar

seterusnya memudahkan lagi kerja saya untuk membuat biskut ini tersebut.Mesin

penjimat masa digunakan untuk memudahkan lagi kerja saya di mana hanya

memasukkan sahaja ke semua bahan di dalam mangkuk dan membiarkan mesin yang

memutarkannya.Ini lebih menjimatkan masa jika dibandingkan jika saya menggunakan

senduk kayu unyuk mengacau bahan tersebut.Seterusnya menjimatkan tenaga

saya.Selepas bahan adunan siap,ia terus dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dibakar.

Biskut Cornflake dan madu saya siap dibakar dan dihidang,Saya menyuruh

rakan saya untuk merasa biskut yang siap dihidangkan tersebut.Saya berasa gembira

apabila rakan saya mengatakan bahawa rasa biskut tersebuat sedap.

Page 31: RESEPI ASAS kek

Sekian,terima kasih.

Page 32: RESEPI ASAS kek

(resepi asal)

PASTRI RAPUH

KARIPAP DAGING RANGUP

Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan Inti :

500 g kentang - dipotong dadu 300 gm bawang besar - dipotong dadu 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil Tumbuk Lumat : ½ biji bawang besar 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih ½ inci halia ½ sd besar jintan manis 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari 2 sudu besar minyak ½ batang besar kulit kayu manis 2 sd teh gula / secukup rasa 1 sd teh garam / secukup rasa 350 ml air

Doh Karipap :

500 g tepung gandum - diayak ½ sd besar garam 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin. 1 biji telur ½ cawan ais 250 ml air Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

1. Inti :

Page 33: RESEPI ASAS kek

2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.

4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

5. Doh : 6. Masukkan tepung dalam mangkuk. 7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga

jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.

8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.

9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .

10.Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.

11.Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis. 12.Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos

atas kertas dapur dan hidangkan. 13.* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah

1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Page 34: RESEPI ASAS kek

inovasi

“KARIPAP MAYO BERBIJAN”

Bahan-bahan ( 6 biji )

100g tepung gandum

50g marjerin

2 camca besar air sejuk

Bahan Inti :

Tumbuk Lumat :

½ biji bawang besar

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 sudu besar (75 ml) serbuk kari

½ batang besar kulit kayu manis

2 sd teh gula / secukup rasa

1 sd teh garam / secukup rasa

350 ml air

500 g kentang - dipotong dadu

400 gm daging ayam dipotong dadu

4 sudu mayonis.

Cara-cara

doh

1. ayak tepung gandum

2. masukkan marjerin dalam tepung

3. gaul ramas tepung dan marjerin hingga jadi seperti serbuk roti.

4. buat lubang di tengah2 dan masukkan air

5. uli hingga menjadi seketul doh.

Page 35: RESEPI ASAS kek

6. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap)

Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan

golek hingga jadi selinder .

7. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat 20 ke 25 ketul. Canai nipis

(2mm) setiap satu ketul

8. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

Inti :

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan

tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau

atas api perlahan hingga bergumpal.

2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam.

Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru

masukkan gula dan kentang.

3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat

dan sejukkan.

Proses menggoreng

1. Semasa meletakkan inti karipap, masukkan juga sedikit mayonis bersama-sama

dengan inti.

2. Selesai mengelim bahagian tepi karipap,golekkan karipap di atas bijan.

3. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos

atas kertas dapur dan hidangkan.

Page 36: RESEPI ASAS kek

PENGIRAAN KOS

Kos bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH(RM)Gandum 100g 2.70 0.30Margerin 50g 2.50 0.10Bawang(merah+putih+besar)

100g 3.00 1.00

Serbuk kari 10g 0.50 0.10Kulit kayu manis 10g 2.00 0.10Gula 10g 1.45 0.10Garam 8g 1.00 0.10Kentang 100g 2.00 0.30Mayonis 30g 4.00 0.50Daging ayam 100g 6.00 1.60

JUMLAH 3.20

Kos upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan kuih pastri rapuhh ialah 1 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM3.00 Sejam.

Kos upah

= 1 orang x 1 jam x RM3.00

=RM 3.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1 elektrik 0.302 air 0.20

JUMLAH 0.50

Kos projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

=3.20 + 3.00 +0.50

Page 37: RESEPI ASAS kek

= RM 6.80

REFLEKSI (PASTRI)

Pada minggu ini saya perlu menyediakan masakan yang bertemakan

pastry.Saya telah memilih karipap memandangkan ia amat terkenal pada masa

sekarang.Pada kali ini,saya membuat inovasi dengan mengubah inti karipap iaitu

dengan menggunakan isi daging ayam bermayonis. Saya mengambil masa yang

agak lama untuk menyediakan karipap terutama untuk menyediakan doh.Tepung diuli

dengan agak lama supaya lembut dan tidak melekat dijari.Jari-jemari saya lenguh

sewaktu menguli tepung ini.Namun begitu,saya terus berusaha sehingga tepung

tersebut telah mencapai tahap yang dikehendaki.

Saya menghadapi beberapa masalah apabila menggoreng karipap iaitu doh

karipap terbuka. .Saya telah mencuba beberapa kali dan terdapat beberapa karipap

yang tebuka apabila digoreng.Namun begitu,inti isi daging ayam juga amat sedap jika

digunakan sebagai inti karipap.Saya meminta tunjuk ajar rakan dan pensyarah

mengenai cara membuat karipap supaya tidak terbuka apabila digoreng.

Akhir sekali,saya dapat menghasilkan satu karipap yang lazat dan enak dimakan

oelh semua rakan saya.

Sekian,terima kasih.

Page 38: RESEPI ASAS kek

`


Top Related