Download - refleksi terbaru
-
7/23/2019 refleksi terbaru
1/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
1
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan program yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang
mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguran (PISMP). Progran BIG pada kali ini
merupakan program fasa lima yang melibatkan ceramah bersama wakil daripada pihak PPD
Keningau yang membincangkan pengurusan pendidikan dan lawatan benchmarking ke
sekolah berprestasi tinggi yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Keningau.
Program pada kali dijalankan di Dewan Tan Sri Suffian Koroh IPG Kampus Keningau yang
melibatkan seramai 63 orang hasil gabungan PISMP GSTT Ambilan Jun 2013 SEM 4 iaitu
PISMP Bahasa Melayu Kumpulan 1, Kumpulan 2 dan PISMP GSTT Sejarah selama 3 jam
dan SK. Lingga Baru Tamparuli melibatkan pelatih PISMP GSTT Bahasa Melayu Kumpulan 2
selama 7 jam.
Fokus program Bina Insan Guru pada kali ini adalah lebih kepada Pengurusan
Pendidikan. Sesi ceramah bersama pegawai PPD cemerlang iaitu Encik Agus bin Yanul untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan pendidikan selama tiga jam.
Manakala lawatan benchmarking dijalankan selama 7 jam di SK Lingga Baru, Tamparuli untuk
melihat kepimpinan dan pengurusan sekolah. Perkongsian ini merupakan satu pengalaman
untuk membentuk jati diri seorang guru yang perlu mengambil cabaran untuk melakukan
transformasi dalam pendidikan di sekolah yang lebh berkesan.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
2/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
2
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program pada kali ini adalah seperti yang digariskan berikut:
1. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepimpinan dan
pelkasanaan sesuatu organisasi.
2. Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
3. Memberi pemikiran dan motivasi kendiri terhadap perguruan.
4. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
5. Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.
6. Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.
Setelah selesai program dan hasil refleksi bersama mendapati kesemua objektif pada kali ini
tercapai dengan jayanya. Ia berikutan dengan hasil yang ditunjukkan oleh semua guru pelatih.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
3/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
3
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
PERKARA BUTIRAN
a) Nama Program/ Akt ivi ti BINA INSAN GURU FASA V
b) Tarikh Program/ Akt ivi ti 7 dan 17 September 2015
c) Tempat Program/
Aktivi ti
1. Dewan TSSK, IPG Kampus Keningau
(Ceramah bersama Encik Agus bin Yanul)
2. SK Lingga Baru Tamparuli Sabah
(Lawatan Benchmarking)
d) PenganjurUNIT KOKURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM PISMP GSTT BM KUMP 2 (21 Orang Pelajar)
f) Ringkasan Perjalanan Program(Rumusan mengikut tentatif keseluruhanprogram)
07 September 2015- Isnin
Pada tarikh 6 September 2015, seramai 63
orang pelatih bersedia mendengar sesi ceramah
selama tiga jam. Ceramah pada kali ini disampaikan
oleh Encik Agus Yanul bertempat di Dewan Tan Sri
Suffian Koroh, IPG Kampus Keningau. Penceramah
merupakan Pegawai Cemerlang SICC+ yang
bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.
Sepanjang tempoh tiga jam mendengar
ceramah yang bertajuk Professional Seorang
Guru.Setelah sesi ceramah berlangsung kami
diberikan bengkel atau lebih dikenali sebagai Stesen
Ilmu yang meminta kami menjawab persoalan yang
menggunakan i-think map dan meminta kami
menerangkan setiap apa yang kami peroleh. Kami
selesai tepat jam 5.30 petang.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
4/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
4
17 September 2015- Khamis
Pada tarikh 17 September 2015, pelatih PISMP
GSTT Bahasa Melayu seramai 21 orang telah
bergerak ke SK Lingga Baru Tamparuli. Pelepasan
telah dijalankan oleh Pn. Bawani a/p Sincaroo pada
jam 5.15 pagi.
Perjalanan ke Tamparuli memakan masa selama 4
jam dan kami tiba pada pukul 10 pagi kerana
kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kota Kinabalu.
Setelah tiba di Tamparuli, kami kemudiannya
bergerak ke SK Lingga Baru dengan menaiki bas
mini yang telah dicarter.
Apabila tiba di sana, kami disambut dengan tarian
asli suku kaum dusun yang menetap di SK Lingga
Baru Tamparuli. Setelah itu, tepat jam 11. 00 pagi,
kami kemudiannya melawat sekitar kawasan
sekolah yang memperlihatkan keunikan yang
terhadap sekolah tersebut.
Tepat jam 11.45 pagi, kami diberikan taklimat penuh
mengenai program oleh En. Juan bin Nauli selaku
Guru Besar Cemerlang. Dalam taklmat beliau ada
berkongsi mengenai kepimpinan dan pengurusan
sekolah bagi mencapai matlamat kea rah sekolah
berprestasi tinggi. Setelah sesi taklimat selesai,
berlangsung sesi soal jawab di antara pihak sekolah
dan pihak IPG.
Kemudian pada jam 12.30 tengah hari majlis
penutupan program berlangsung di Dewan Terbuka
SK Lingga Baru. Sekali lagi kami dihidangkan
dengan persembahan muzik bamboo daripada
murid sekolah. Pihak sekolah mengatakan bahawa
Persatuan Muzik sekolah ini telah sampai ke
peringkat antarabangsa iaitu di Perth Australia.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
5/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
5
Selesai acara rasami penutupan kami kemudiannya
disajikan dengan hidangan makan tengahari. Tepat
jam 1.00 petang kami bergerak semula ke Pekan
Tamparuli.
g) Kos Perbelanjaan (RM) (sertakanbersama Penyata Perbelanjaan jika ada)
: Ditanggung oleh pihak IPG
h) Masalah/ kekangan yang dihadapi : Program Bina Insan Guru pada kali ini juga
mempunyai sedikit sebanyak kekurangan.
Antaranya, kekurangan yang amat ketara dapat
dilihat seperti pengurusan masa yang tidak teratur
oleh pelatih yang menyebabkan beberapa aktiviti
agak lewat dimulakan, dengan kata lain, tidak
menepati jadual yang sepatutnya. Selain itu,
terdapat juga beberapa pelatih yang tidak boleh
menerima pendapat orang lain dan interaksi dengan
ahli kumpulan kurang bagi pelatih yang tidak
mempunyai sosialisasi dengan pelatih lain.
Kurangnya kerjasama semasa aktiviti
berlangsung dalam kalangan guru pelatih. Hal ini
berikutan daripada kekangan dari segi persediaan
dan persiapan.
i) Kelebihan / Manfaat program kepada
peserta
Program Bina Insan Guru yang telah
dilaksanakan terdapat juga beberapa kekuatanantaranya, ialah dapat mengeratkan hubungan
silaturahim diantara semua pelatih dan juga para
pensyarah sekaligus warga SK. LIngga Baru,
Tamparuli. Selain itu, dengan program ini juga dapat
mewujudkan kerjasama diantara semua pelatih
dimana mereka berkerjasama dalam kumpulan dan
dapat mewujudkan sikap yang bertanggungjawab.
Tambahan lagi, dengan program ini juga dapat
-
7/23/2019 refleksi terbaru
6/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
6
meningkatkan motivasi serta keyakinan diri pelatih
dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Selain itu juga, program ini juga dapat
memberi kesedaran diri tentang tugas guru yangagak mencabar dalam abad 21 kini, Guru abad 21
yang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
untuk memikul tugas dalam merealisasikan
tranformasi pendidikan yang lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu juga, melalui
program ini juga dapat menambahkan pengalaman
sedia ada dalam melaksanakan tugasan dan dapat
berjumpa dengan pucuk pimpinan yang telah
menjadikan sekolah lebih diiktiraf di peringkat yang
lebih tinggi. Tambahan lagi, program ini dapat
memupuk setiakawan antara semua pelatih dan
sentiasa bersedia dalam setiap masa serta kreatif
dalam merancang segala aktiviti-aktiviti yang
berkaitan.
j) Cadangan penambahbaikan programBagi penambahbaikan yang dapat
dicadangkan agar program BIG di masa akan
datang dapat dilakukan di tempat yang lebih
mencabar bagi menguji kemampuan peserta.
Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih
teratur dan tersusun supaya perjalanan program
berjalan lancar. Selain itu, pelatih perlulah
dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan aktiviti
supaya dapat bersedia lebih awal dan peraturan
disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta dapat
mematuhinya setiap masa.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
7/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
7
Disediakan oleh :
Nama : WARDAH SYAZWANI WADIAH BT. MAD SAILI
Jawatan : TIMBALAN PENGERUSI BIG FASA 5
Tarikh : 23 SEPTEMBER 2015
-
7/23/2019 refleksi terbaru
8/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
8
4.0 REFLEKSI KENDIRI
REFLEKSI BIG FASA IV
Nama : WARDAH SYAZWANI WADIAH BT. MAD SAILI
No.K.P : 891019-12-5324
Opsyen : PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMP. 2
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dan kawan-
kawan telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) fasa V bagi tahun 2015. BIG fasa
ini telah kami jalankan pada 10-12 April 2015 bermula pada hari jumaat dan berakhir pada
hari ahad. BIG pada kali ini lebih focus kepada khidmat social aitu keluarga angkat, Ia banyak
memberikan saya input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian
terutamanya dalam profesion perguruan kelak yang akan berdepan dengan komuniti yang
mempunyai latar kehidupan yang berbeza-beza.
Sebelum itu, kami semua seramai 63 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 8
kumpulan memasak dan 16 kumpulan anak angkat. Pembahagian kumpulan ini bukanlah
berfungsi untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja namun ianya adalah untuk memberi
peluang kepada kami untuk bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan rakan-rakan
yang saya tidak sempat kenal sepenuhnya sebelum ini. Ia adalah bertujuan untuk
membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar dalam keguruan. Seseorang guru itu
berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam
dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya
ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.
Semasa sesi LDK bersama En. Bujang Sabli, saya merasa input tersebut berkesan di
hati saya di mana aktiviti 4 Kuadran yang begitu menarik perhatian saya. Kuadran pertama.
yang memerlukan saya untuk berkenal-kenalan dengan organisasi dan komuniti. Pada
pendapat saya, sesi suai kenal adalah perlu untuk menunjukkan bahawa seorang guru itu
mudah didekati dan tidak di pandang serong oleh masyarakat dan di label sebagai orang yang
sombong. Kuadran kedua pula lebih mencabar di mana perlu meletakkan satu titik tengah
diatas sekeping kertas putih. Apa yang saya dapati, ia adalah bertujuan untuk mengingatkan
saya sebagai bakal guru bahawa setiap kebaikan itu akan dikaburi dengan hanya satu
kecacatan atau keburukan. Oleh itu, sebagai seorang guru setiap kecacatan itu perlu
-
7/23/2019 refleksi terbaru
9/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
9
disembunyikan untuk mengelak organisasi dan komuniti lain sedar dan saling menuding jari
sesama mereka.
Setelah itu, kuadran 3 pula menyedarkan saya bahawa bercakap yang baik-baik akan
membuahkan hasil yang baik. Demikian juga halnya dalam hubungan sesame rakan sejawat,organisasi dan komuniti apabila menjadi guru kelak. Apabila bercakap dengan baik dan tidak
menyinggung perasaan, mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Terakhir,
kuadran keempat iaitu bahasa kesat yang tidak terluah dengan lidah. Saya berpendapat
bahawa setiap bahasa kesat tidak diamalkan bagi mengelakkan ada dalam kalangan rakan
sejawat, organisasi sekolah dan masyarakat yang hilang hormat dan kepercayaan apabila
bergelar guru pada masa akan datang. Melalui pengisian slot ini, saya merasakan pentingnya
pergaulan yang baik untuk membina hubungan yan baik dengan orang sekeliling apabila
menjadi guru kelak.
Aktiviti kembara sosial juga memberikan saya satu pengalaman yang baharu dan
sedikit sebanyak mengajar saya untuk lebih berusaha dalam mencari inisiatif apabila bergelar
guru kelak. Hal ini kerana semasa sesi kembara, kami perlu melalui berdapan dengan cabaran
untuk berjalan kaki dari sekolah hingga ke rumah keluarga angkat dengan hanya berbekalkan
peta dan sedikit makanan mentah daripada pihak IPG. Dengan kerjasama yang baik dalam
kumpulan anak angkat, kami memperuntukan 20 minit untuk tiba di rumah keluarga angkat
iaitu En. Abdul Rahman bin Maidin dan isteri Pn. Siti Zubaidah. Untuk tiba di rumah beliau,
kami bertanya dengan penduduk sekitar bagi mengelakkan kami sesat dan terpinga-pinga
tanpa tujaun. Hal ini menunjukkan penting bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang
mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih
bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru kelak.
Apabila tiba di sana, kami diberikan tugas untuk bersuai kenal dan berbual-bual untuk
melihat sejauh mana taraf hidup keluarga angkat kami. Kami merasa sedikit sebak apabila
Pn. Siti Zubaidah sebak menceritakan kepayahan untuk menjadikan anak-anaknya sebagai
guru sepertinya. Namun rezeki masing-masing siapa yang tahu kerana tiada seorang pun
anaknya yang berjaya menjadi guru dan beljar hingga ke menara gading. Dalam hal ini, saya
berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang siswa pendidik.
Namun, kami hanya menghiburkan beliau dengan menganggap kami sebagai anak yang
bakal mengikut jejaknya. Beliau sedikit ceria dan membahasakan diri sebagai Umi.
Disebabkan beliau terikat dengan aktiviti gotong royong kampung,kami dibenarkan untuk
tinggal di rumah dan membuat sedikit khidmat sosial seperti menyediakan juadah tengahari
dan mengemas rumah sebelum beredar pada jam 2.40 petang ke sekolah.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
10/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
10
Setiap tugasan yang diberikan memerlukan kerjasama yang baik dalam kumpulan dan
saya dapat melihat semua pelatih menunjukkan semangat kesatuan yang baik hingga dapat
menyelesaikan tugasan dengan hati yang terbuka. Salah satu aktiviti yang banyak mengajarsaya erti sabar ialah untuk menyediakan makanan bagi rakan sekumpulan dan minum pagi
untuk pensyarah. Dengan kondisi kami yang terhad kepada masa, maka penyediaan
makanan adalah ala kadar tetapi yang menyeronokkan ialah apabila semua rakan berkumpul
dan menjamu selera bersama-sama. Demikianlah bagi saya apabila bergelar guru kelak di
mana saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam
profesion keguruan.
Perancangan awal, di sekolah kami akan mengendalikan Unit Beruniform bersama
murid sekolah. Namun ia berubah apabila kami tiba di sana kerana kami hanya
mengendalikan sesi motivasi selama 2 malam bersama murid. Sebagai langkah untuk
mengelak gangguan lain, kami kemudiannya bermesyuarat dan mengambil alngkah untuk
bekerjasama mengendalikan sesi motivasi dan ia membuahkan hasil yang cukup baik. Saya
yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru
lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat
perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia
menghadapi semua perkara itu. Semasa aktiviti ini berlangsung saya melihat bahawa untuk
menjadi seorang guru yang memanusiakan manusia, seorang guru perlu mengetahui
bagaimana cara untuk menjadi guru yang boleh dijadikan role model kepada murid. Guru yang
baik adalah guru yang mempunyai akhlak yang baik dan menjadi contoh teladan kepada
murid. Oleh itu saya berpendapat untuk menjadi seorang guru, saya perlu memupuk nilai-nilai
positif dalam diri agar guru boleh menjadi pembentuk akhlak dan nilai. Hal ini kerana, murid
juga tidak akan menunjukkan kerjasama andai guru tidak menjadi contoh.
Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah
menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah
yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya
dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG Fasa 4 ini. Semua pengalaman
dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu
dan serba boleh. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Saya juga
belajar untuk memberi kerjasama yang jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya
dapat rasakan satu ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
11/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
11
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling
penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma
tinggi. Saya berharap pada program BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba
pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang
berjaya.
-
7/23/2019 refleksi terbaru
12/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
12
LAMPIRAN
SESI CERAMAH BIG BERSAMA ENCIK AGUS YANUL
AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL
-
7/23/2019 refleksi terbaru
13/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
13
LAWATAN BENCHMARKING BINA INSAN GURU SK. LINGGA BARU, TAMPARULI
PELEPASAN OLEH PUAN BAWANI A/P SINCAROO
KETIBAAN DI TAMPARULI
KETIBAAN DI SK LINGGA BARU TAMPARULI
-
7/23/2019 refleksi terbaru
14/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
14
PROGRAM BENCHMARKING YANG BERLANGSUNG
AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL
-
7/23/2019 refleksi terbaru
15/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
15
-
7/23/2019 refleksi terbaru
16/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
16
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program BIG pada kali ini dijalankan dengan lancar dan juga
telah menepati lima objektif yang telah digariskan di awal program dimana ia bertujuan untuk
membentuk insan guru yang sempurna. Aktiviti ini merupakan kaedah yang baik untuk
membentuk insan guru yang seimbang yang memberikan pengalaman yang baharu serta
memberi banyak manfaat. Ternyata latar belakang hidup semua masyarakat akan
memebrikan kesan terhadap pendidikan anak-anak di sekolah. Semua pengalaman dan
pengetahuan yang diperloehi akan diaplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu
dan serba boleh. Ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini bukan sahaja sesama rakan bahkan
sesama ahli keluarga angkat yang sehingga kini tidak lekang dari bertanya khabar. Kerjasama
yang baik tidak akan memberikan input dan pengalaman yang manis oleh itu kerjasama inilahyang perlu dipupuk apabila berada di sekolah kelak.
Oleh itu, untuk memanusiakan manusia bukanlah perkara mudah. Perkara utama
adalah melihat latar belakang murid. Kepelebagaian latar belakang ini akan memberi cabaran
kepada guru untuk lebih melihat ke hadapan untuk membantu mereka yang masih berada di
kepompong hidup yang susah. Mememtik kata-kata Saidina Ali Didiklah anakmu sesuai
dengan zamannya, dengan kata-kata ini maka untuk mendidik perlu sesuai dengan
perubahan zaman dan sosiologi.