Transcript
Page 1: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013 Khidmat Masyarakat

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013

Nama : Norlinah Binti Rais

Unit : PISMP Bahasa Melayu (SJKT) ambilan Januari 2012

Khidmat Masyarakat

PISMP Ambilan Januari 2012 telah mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG)

yang melibatkan dua kategori iaitu khidmat masyarakat dan juga seminar atau

bengkel. Unit kami seramai enam opsyen telah dibahagikan kepada tugasan

masing-masing. Opsyen kami iaitu PISMP Bahasa Melayu (SJKT) diarahkan untuk

meratakan tanah kawasan khemah utama tapak perkhemahan IPG Kampus Kent.

Pada 26 April 2012 yang lepas, opsyen saya telah menerima tugasan untuk

meratakan tanah kawasan khemah utama IPG Kampus Kent. Sebelum memulakan

tugasan, kami diberi sedikit taklimat daripada Encik Amidy Bin Malagob, penyelaras

BIG bagi semester ini berkaitan tugas-tugas yang perlu kami laksanakan. Antara

tugasan yang perlu dibahagikan ialah mencedok pasir, mengangkat tanah,

menggunakan kereta sorong dan ada beberapa tugas kecil. Oleh itu, kami seramai

20 orang telah dibahagikan kepada tugasan-tugasan tersebut. Tepat jam 2 petang

kami melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Saya bersama beberapa rakan yang lain telah menerima tugasan untuk

mengangkat tanah untuk diletakkan ke kawasan khemah induk untuk diratakan.

Sebanyak 6 longgok tanah yang perlu kami ratakan di kawasan khemah induk. Bagi

saya, tugasan atau kerja sebegini memang amat mencabar yang memerlukan

kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya. Saya kuatkan semangat dengan

membina kerjasama bersama rakan yang lain agar kerja yang susah menjadi

mudah. Namun, apa yang lebih menyukarkan lagi kerja kami ialah hujan turun

dengan lebatnya sehingga membasahi pakaian dan juga tanah tersebut. Walau

bagaimanapun, kami terpaksa menyiapkan tugasan dan kerja ini kerana tidak ingin

bertangguh. Kami menganggap hujan tersebut sebagai rahmat dan berkat kepada

khidmat masyarakat yang kami lakukan ini.

Page 2: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013 Khidmat Masyarakat

Saya berasa sangat senang kerana walaupun hujan, kami masih tetap

mampu bergelak tawa dan gembira melaksanakan kerja yang diberikan. Semua

melaksanakan tugasan dengan hati yang ikhlas tanpa merungut kesakitan atau

kepenatan. Saya berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan teman yang sehebat

dan sebaik mereka. Alhamdulillah. Susah dan senang biarlah kita rasakan bersama.

Selain itu, kami juga melaksanakan kerja yang sepatutnya bukan menjadi

tugas kami iaitu meratakan batu di kawasan memasak. Tugasan ini agak berat

sedikit kerana batu lebih berat berbanding dengan pasir. Namun, kami semua tidak

merungut atau menolak dengan kerja yang diberikan. Kami berusaha untuk

menyiapkannya walaupun dalam keadaan yang penat dan basah kuyup. Kami

bersama bekerjasama untuk meratakan batu di kawasan memasak. Saya percaya,

kerjasama yang utuh pasti akan membuahkan hasil bak kata pepatah ‘yang berat

sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’. Begitulah peribahasa yang dapat

menggambarkan kerjasama antara kami sekelas.

Tepat jam4.30 petang, tugasan dan kerja kami selesai kesemuanya. 6

longgok tanah telah kami ratakan dan kawasan memasak juga telah siap

diselenggarakan. Walaupun sukar namun kami semua berupaya untuk

menanganinya. Syukur alhamdulillah.

Page 3: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013 Khidmat Masyarakat

Aktiviti Khidmat Masyarakat

Page 4: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013 Khidmat Masyarakat
Page 5: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013 Khidmat Masyarakat

Top Related