Transcript

Rajah di bawah menunjukkan cara menjaga kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menyihatkan badan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Memakan makanan Berkhasiat Bersena m Gaya Hidup Sihat

Langkah-langkah Mengekalkan Kesihatan Badan

[Kehendak soalan: langkah-langkah menyihatkan badan] Peribahasa arab ada menyebut, Sesiapa yang berbadan sihat, memiliki harapan dan sesiapa yang memiliki harapan, orang itu akan memiliki semuanya. Jelaslah kepada kita akan pentingnya badan yang sihat. Oleh itu, kita perlu rajin bersenam. Bersenam boleh dilakukan di halaman rumah. Menerusi senaman, otot-otot kita akan berfungsi yang kemudiannya dapat mengeluarkan peluh. Kita juga perlu makan makanan yang seimbang. Dalam makanan perlu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian. Makanan tersebut diperoleh dari buah, sayuran, daging, ikan dan susu. Selain itu, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan merokok, arak dan dadah. Malah kita perlu menghindari diri daripada berkonflik dengan rakan atau hidup tertekan. Sebagai kesimpulannya, kita perlu berusaha mengekalkan kesihatan badan. Jika kesihatan kita baik, sudah tentu hidup kita akan tenang dan bahagia. Rajah di bawah menunjukkan cara menjaga kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menyihatkan badan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Memakan makanan Berkhasiat Bersena m Gaya Hidup Sihat

Langkah-langkah Mengekalkan Kesihatan Badan

[Kehendak soalan: langkah-langkah menyihatkan badan] Peribahasa arab ada menyebut, Sesiapa yang berbadan sihat, memiliki harapan dan sesiapa yang memiliki harapan, orang itu akan memiliki semuanya. Jelaslah kepada kita akan pentingnya badan yang sihat. Oleh itu, kita perlu rajin bersenam. Bersenam boleh dilakukan di halaman rumah. Menerusi senaman, otot-otot kita akan berfungsi yang kemudiannya dapat mengeluarkan peluh. Kita juga perlu makan makanan yang seimbang. Dalam makanan perlu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian. Makanan tersebut diperoleh dari buah, sayuran, daging, ikan dan susu. Selain itu, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan merokok, arak dan dadah. Malah kita perlu menghindari diri daripada berkonflik dengan rakan atau hidup tertekan. Sebagai kesimpulannya, kita perlu berusaha mengekalkan kesihatan badan. Jika kesihatan kita baik, sudah tentu hidup kita akan tenang dan bahagia.


Top Related