Download - Rahsia Part Time

Transcript
Page 1: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 1

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Terima kasih saya ucapkan kerana anda telah mendapatkan ebook Rahsia Part Time.

Sebelum anda teruskan pembacaan, saya ingin mengajak anda untuk berlapang dada.

Melalui ebook ini, saya ingin kongsikan pada anda satu informasi Premium yang mungkin tak

terdapat di mana-mana.

Bukanlah niat saya untuk mempengaruhi atau untuk mempromosikan apa-apa produk kepada

anda.

Anggaplah ebook ini sebagai buah tangan dari saya kepada anda, kerana saya percaya, anda

LAYAK dan patut tahu informasi didalam ini.

Ia tak seharusnya disembunyikan, atau hanya dikongsikan untuk golongan-golongan tertentu

sahaja.

Page 2: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 2

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

Bab 1 : Model Perniagaan Yang Ideal 4

Pendapatan Aktif 6

Pendapatan Pasif 6

Bab 2 : Definisi Referral Program 8

Bab 3 : Referral Program Antarabangsa 9

Bab 4 : Referral Program Tune Talk Tone Excel 10

Bab 5 : Step By Step Cara Nak Sertai Referral Program TuneTalk ToneExcel

16

Bab 6 : Empat Jenis Pendapatan Dalam Referral Program TuneTalk ToneExcel

19

Bab 7 : Kelebihan Sebagai Ahli 25

Bab 8 : Kaedah Promosi Berkesan 29

Bab 9 : Fikirkan Sejenak 32

Bab 10 : Apa Pendapat Anda? 33

Penutup 34

Page 3: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 3

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Ebook ini dihasilkan bagi membantu anda dan sesiapa sahaja untuk hasilkan lebih

banyak duit secara part time melalui referral program.

Macam mana? … Jawapannya ada disetiap helaian mukasurat ebook ini.

Adakah anda dah penat kerana terpaksa menjalani hidup atas muka bumi ini yang segalanya

ditentukan oleh berapa banyak duit yang anda ada?

Apa yang anda boleh buat… kemana anda boleh pergi… apa yang anda boleh dan tak boleh

miliki… dan siapa anda sekarang ini… segala-galanya ditentukan oleh saiz pendapatan anda.

Macam mana kalau saya katakan, semua ini boleh berubah sedikit masa lagi, dengan syarat

anda sudi untuk luangkan masa anda untuk baca dari mula sampai habis ebook ini.

8 daripada 10 pembaca ebook ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka

sebanyak 30% walaupun mereka langsung tak mengikuti segala saranan yang saya

gariskan dalam ebook ini.

Setelah mereka baca ebook ini, satu perubahan telah berlaku dalam diri mereka. Mereka kini

lebih bersikap terbuka, dan mampu melihat sesuatu perkara dengan lebih positif. Sekarang

giliran anda.

Tidak kiralah sama ada anda bujang atau dah berumahtangga, seorang ibu, ayah, pelajar,

surirumah, nenek kepada tiga orang cucu, seorang kakitangan kerajaan mahupun swasta yang

sibuk, seorang bisnesman, seorang eksekutif yang dibayar gaji yang mahal, atlet sukan,

selebriti atau sesiapa sahaja…

Ebook ini ditulis untuk membantu individu-individu seperti anda membina pendapatan

sampingan, secara part time.

Seterusnya, anda yang tentukan, berapa banyak yang anda ingin hasilkan. Semuanya terpulang

pada anda. Kuasa untuk buat keputusan, seratus peratus terletak di tangan anda.

Janji saya…. Ebook ini pasti akan merubah perspektif dan cara anda berfikir tentang kekayaan,

dan kaedah penjanaan pendapatan.

Page 4: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 4

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 1 : Model Perniagaan Yang Ideal

Perkara pertama yang perlu anda beri penekanan ialah, untuk mendapatkan pendapatan yang

lumayan, dan untuk bebaskan diri daripada terpaksa bekerja keras serta terperangkap dengan

aktiviti menukarkan masa kepada wang ringgit, anda perlu mempunyai bisnes anda

sendiri.

Tetapi, bisnes yang macam mana yang anda boleh ceburi?

Bisnes ini mestilah cukup simple supaya orang-orang biasa tak rasa terbeban untuk sertai dan

mulakan perniagaan mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, kita mahukan mereka-mereka yang memang busy dan selalu rasa tak cukup

masa supaya dapat buat bisnes ini dan ia tak akan menggangu kerja-kerja dan tugasan hakiki

mereka.

Kita bukan sahaja mahukan supaya bisnes ini boleh dilakukan hanya dari rumah, malah kita nak

bisnes ini boleh dilakukan tak kira walau dimana kita berada.

Yang paling penting, bisnes ini mestilah nampak PROFESIONAL dan tak menjejaskan kredibiliti

mahupun imej seseorang.

Sebagai tambahan, kita juga mahukan bisnes yang bakal kita bina ini tidak begitu rumit,

straight to the point, dan tak menyusahkan kita kembali.

Ringkasnya kita mahukan supaya bisnes ini mempunyai karekteristik seperti berikut :

� Tiada risiko

� Tak perlu simpan stok

� Tak memerlukan modal yang besar

� Tak perlukan kemahiran komputer

� Tak perlukan peralatan

� Tak perlu upah pekerja

� Tidak menelan belanja yang besar

Page 5: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 5

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Dan bila saya sebutkan bisnes ini tak memerlukan modal yang besar, maksud saya ialah sesiapa

yang berminat untuk buat bisnes ini, dia tak perlu sediakan modal melebihi daripada gaji yang

dia perolehi untuk dua atau tiga hari bekerja.

Jadi, mereka tak perlulah bersusah payah untuk buat pinjaman bank dalam nilai yang besar,

sebabnya, hanya gunakan duit simpanan mereka sahaja pun dah mencukupi.

Dalam bab ini kita akan membincangkan konsep atau model perniagaan yang ideal.

Oleh itu, kita akan senaraikan segala ciri-ciri perniagaan yang menepati ciri-ciri perniagaan yang

ideal. Antaranya ialah :

� Kita akan jadi bos untuk perniagaan kita (sudah tentu)

� Boleh buat secara part time

� Boleh dijalankan tanpa perlu ada ofis

� Bisnes boleh dikembangkan tanpa perlu upah pekerja

� Boleh dapat pendapatan sekurang-kurangnya sekitar RM1,000 – RM4,000 setiap bulan

� Berpotensi untuk menggantikan pendapatan sedia ada

� Mampu mencapai kebebasan kewangan

� Boleh bantu kita untuk bersara awal

� Bisnes boleh berkembang sehingga ke satu tahap yang membanggakan

� Dan yang paling penting, tak perlu jual barang

Ada lagi yang tertinggal?

Anda boleh tambah sendiri ciri-ciri perniagaan yang ideal mengikut citarasa anda.

Bukan semua orang ada kemahiran nak jual barang. Macam-macam sebab yang buatkan orang

kurang berjaya dalam bisnes, dan salah satunya disebabkan oleh tak pandai jual barang.

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai bisnes yang ideal ini, terlebih dahulu

saya ingin perkenalkan kepada anda dua jenis pendapatan, iaitu :

1. Pendapatan Aktif

2. Pendapatan Pasif

Page 6: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 6

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

PENDAPATAN AKTIF

Pendapatan jenis ini akan terhenti apabila anda berhenti bekerja.

Contohnya seperti pekerjaan biasa yang kita lakukan saban hari. Kita dibayar gaji selagi mana

kita masih lagi mampu bekerja.

Namun, satu masa nanti, apabila kita dah tak lagi mampu bekerja, syarikat tempat kita bekerja

pasti akan berhenti membayar kita gaji, walaupun jasa kita terhadap syarikat sangat besar.

Begitu juga halnya apabila kita berhenti kerja. Kita dah tak akan menerima sebarang upah dari

syarikat tempat kita bekerja sebelum ini.

Dalam konteks pemilik perniagaan pula, pendapatan mereka akan berhenti apabila mereka

tutup kedai.

Dalam konsep pendapatan aktif, anda buat duit selagi mana anda masih bekerja. Setelah anda

berhenti bekerja, maka pendapatan anda juga akan turut berhenti.

Untuk dapat duit selama-lamanya, bermakna anda juga perlu bekerja selama-lamanya, yang

mana kita tahu, adalah mustahil untuk seseorang itu bekerja selama-lamanya.

Setiap orang yang bekerja dan juga pemilik perniagaan memiliki sumber pendapatan seperti ini,

dan jenis pendapatan seperti ini adalah jenis yang biasa dimiliki oleh setiap manusia.

PENDAPATAN PASIF

Pendapatan pasif adalah jenis pendapatan yang tetap memberi hasil walaupun kita dah

berhenti lakukan kerja tersebut.

Kita hanya perlu buat sesuatu kerja tu sekali sahaja, dan kita masih lagi boleh mendapat

imbuhan daripada kerja-kerja yang kita pernah buat sebelum ini.

Sebagai contoh adalah pendapatan dalam bentuk royalti yang biasanya diperolehi oleh

golongan seni.

Page 7: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 7

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Mereka hanya perlu merekod album mereka sekali sahaja. Setiap kali album mereka terjual,

mereka akan memperolehi sedikit royalti daripada hasil jualan album tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk memperolehi pendapatan seperti ini, kita memerlukan kemahiran

dan pengetahuan tertentu, dan bukan itu sahaja malah kita juga perlu membuat pelaburan

yang besar di peringkat permulaan.

Selain daripada itu, kita juga memerlukan seseorang bekerja untuk kita bagi menjual produk

kita dan juga mencari pelanggan baru.

Dalam konteks penyanyi yang merakamkan album, penulis buku, dan sebagainya, lazimnya,

seorang pelanggan hanya membeli produk mereka sekali sahaja.

Justeru, untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan, maka mereka perlu

sentiasa mencari pelanggan yang baru.

Model pendapatan pasif yang terbaik ialah apabila kita dapat buat duit dari pelanggan yang

sama secara berulang-ulang.

Sebagai contoh, apabila kita ada rumah sewa.

Penyewa kita akan bayar sewa kepada kita dalam jumlah yang sama setiap bulan selagi mana

kita belum naikkan harga. Selain daripada itu, contoh lain ialah dalam bisnes telekomunikasi.

Pihak telco hanya perlu menjual simkad kepada pelanggan mereka sekali sahaja. Di pihak

pelanggan, untuk mereka kekal sebagai pengguna, mereka perlu membayar kepada syarikat

telco pada setiap bulan.

Untuk mereka kekal sebagai pengguna, maka setiap bulan mereka perlu topup untuk kekal

aktif.

Ini juga adalah salah satu contoh bisnes yang ideal, yang memberikan sumber pendapatan

pasif secara berkala.

Sebab itu kita boleh lihat, adakalanya syarikat telco tidak teragak-agak untuk beri simkad

percuma, servis percuma dan sebagainya, kerana mereka buat duit melalui top up atau bayaran

bill bulanan yang bakal dibayar oleh pelanggan.

Page 8: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 8

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 2 : Definisi Referral Program

Dalam bahasa melayu kita sebut sebagai program rujukan. Apabila anda

memperkenalkan/mencadangkan sesuatu produk/servis kepada pengguna baru anda akan

dibayar komisyen.

Komisyen pula bergantung kepada pelan pemasaran yang ditetapkan oleh syarikat yang

menganjurkan referral program tersebut.

Komisyen ada yang terbahagi kepada komisyen yang berulang dan komisyen yang tidak

berulang. Komisyen yang berulang adalah lebih baik kerana anda akan dapat berterusan,

manakala komisyen tidak berulang anda akan dapat sekali sahaja.

Referral program ini adalah teknik bisnes marketing yang paling berkesan kerana menggunakan

pengguna produk sebagai medium untuk pemasaran dan membayar komisyen kepada sesiapa

yang berjaya memperkenalkan produk/servis mereka kepada orang baru.

Seperti kita tahu, apabila pengguna produk/servis yang promote, sudah tentu potensi untuk

produk terjual adalah lebih tinggi kerana pengguna lah yang faham, tahu kegunaan dan

kelebihan produk/servis tersebut.

Jika produk itu tak bagus sudah tentu pengguna pun tak rekemen kepada rakan-rakan mereka

bukan?

Yelah contohnya produk tersebut mudah rosak, tidak berbaloi dengan harga, rumit untuk

dikedalikan dan macam-macam masalah lagi sudah tentu pengguna pun tak mahu nak rekemen

kepada orang lain.

Sebaliknya syarikat produk/servis tersebut kena ban atau saman lagi adalah.

Jadi disini kita faham biasanya produk referral program ini adalah produk/servis yang cukup

bagus sehingga pengguna begitu yakin untuk memperkenalkan dan mencadangkan kepada

rakan-rakan mereka untuk menggunakan produk/servis tersebut.

Page 9: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 9

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 3 : Referral Program Antarabangsa

Referral program sangat popular di pentas antarabangsa. Jika anda membuat carian di Google,

pasti anda akan dapat lambakan syarikat yang menawarkan referral program di dunia.

Bahkan mereka menggunakan platform internet untuk mempromosikan produk/servis mereka.

Sebagai contoh, Google mengadakan Google Apps Referral Program. Seperti yang kita tahu,

Google adalah web browser yang terkemuka di dunia.

Google menawarkan $15 usd kepada sesiapa yang Berjaya memperkenalkan Google Apps

kepada pengguna baru.

Sila rujuk website :

https://www.google.com/intl/en_us/work/apps/business/landing/partners/referral

Tetapi program ini belum dibuka untuk penyertaan di seluruh dunia. Hanya dibuka penyertaan

untuk rakyat Amerika dan Canada sahaja.

Di Malaysia juga ada referral program yang sangat bagus dan anda boleh sertai.

Nak tahu lebih lanjut… baca bab seterusnya bagaimana anda boleh menjana pendapatan part

time melalui referral program di Malaysia.

Page 10: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 10

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 4 : Referral Program TuneTalk

ToneExcel

Dalam bab sebelum ini, kita telah membincangkan tentang model perniagaan yang ideal, yang

mana kita telah menggariskan beberapa ciri-ciri perniagaan yang kita mahukan seperti

� Tidak memerlukan modal permulaan yang besar

� Tidak perlu simpan stok

� Boleh dilakukan dimana-mana sahaja sama ada dari rumah atau di pejabat

� Boleh dilakukan secara part time

� Pendapatan dari perniagaan masih berjalan walaupun kita dah berhenti bekerja

� Tidak melibatkan kos yang mahal

� Tak perlu menjual

Ciri-ciri diatas adalah antara penanda aras yang telah kita tetapkan bagi mengklasifikasikan

sesuatu perniagaan itu sebagai perniagaan yang ideal.

Perniagaan tersebut mestilah simple dan nampak profesional, dan yang paling penting ia

mampu menghasilkan pendapatan secara berterusan kepada kita tanpa perlu kita mendapatkan

pelanggan yang baru setiap masa.

Persoalan yang timbul kini ialah di mana kita nak cari peluang perniagaan seperti ini?

Saya faham tak ramai yang mampu untuk menjadi penulis buku, penulis lagu atau penyanyi,

atas faktor bakat.

Tak ramai yang mampu nak beli rumah atas tujuan untuk disewakan semula atas faktor modal

permulaan dan kos maintenance yang besar.

Antara tujuan utama ebook ini ditulis adalah tentang peluang hasilkan pendapatan yang

lumayan dengan syarikat telekomunikasi juga, iaitu TuneTalk ToneExcel.

Macam mana caranya? Jom kita teruskan pembacaan…

Page 11: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 11

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

SELAMAT DATANG KE REFERRAL PROGRAM TUNETALK TONEEXCEL

Saya perkenalkan kepada anda referral program TuneTalk ToneExcel!

Dengan menyertai program ini, anda hanya perlu rekemen kepada rakan, keluarga dan kenalan

untuk menggunakan simkad TuneTalk ToneExcel.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan kepada anda terlebih dahulu sedikit latar belakang

tentang syarikat Tune Talk.

Laman web rasmi Tune Talk

http://www.tunetalk.com/my/

Rangkaian perkhidmatan Tune Talk telah mula beroperasi di Malaysia sejak 19 Ogos 2009.

Pegangan saham Tune Talk dimiliki oleh Celcom Axiata Berhad secara majoriti dan juga Tune

Group Sdn Bhd dengan peratusan 35% dan 25.1%.

Tan Sri Dr Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) dan Dato’ Kamarudin Meranun adalah

pemilik bersama bagi Tune Group Sdn Bhd.

Tune Talk beroperasi dengan konsep yang dikenali dengan nama MVNO ataupun singkatan bagi

Mobile Virtual Network Operator.

Page 12: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 12

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Ini bermakna

� Mereka tidak memiliki lesen frekuensi radio mereka sendiri

� Tidak memiliki sebarang infrastrutur sokongan seperti network cabin dan juga stesen

pemancar

� Mereka menumpang syarikat telekomunikasi sedia ada yang dipanggil MNO (Mobile

Network Operator)

Konsep MVNO popular di negara maju seperti United Kingdom.

Dalam konteks ini, Tune Talk menjalinkan kerjasama bersama dengan syarikat telekomunikasi

Celcom dan mereka menggunakan perkhidmatan infrastrutur syarikat Celcom.

Jadi, dimana-mana kawasan yang memiliki liputan Celcom, maka disitu juga terdapat liputan

yang baik bagi line telefon Tune Talk.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat Tune Talk,

anda boleh layari

http://www.tunetalk.com/my/about/profile

Konsep MVNO yang diamalkan oleh Tune Talk membolehkan mereka memberi servis dengan

caj yang rendah kerana mereka tidak perlu risau tentang kos penyelenggaraan, operasi dan

sebagainya.

Page 13: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 13

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Selain TuneTalk, syarikat telco lain juga menggunakan infrastruktur Celcom seperti Altel,

OneXOX dan Red One.

Liputan perkhidmatan Celcom di seluruh negara mencapai 95% termasuk terdapatnya 3G di

kebanyakan tempat di Malaysia.

Page 14: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 14

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Laman web rasmi Tone Excel

http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-my/index.php

Tone Excel Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2009, bagi meneroka pasaran dalam industri

mudah alih di Malaysia. Kepakaran mereka adalah dalam bidang kewangan, insurans, dan

pemasaran rangkaian.

Pada 10 Februari 2010 Tone Excel Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama

dengan Tune Talk untuk menyediakan satu platform kepada pengguna mudah alih di Malaysia

dengan peluang untuk mencapai kebebasan kewangan.

Page 15: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 15

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Sumber penuh : http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-my/company-profile.php

Hasil kerjasama ini, maka lahirlah sim kad Tune Talk Tone Excel.

Simkad ini tidak dijual dikedai-kedai biasa.

Ia diedarkan hanya menerusi ahli berdaftar referral program TuneTalk ToneExcel sahaja.

Jika anda ingin mendapatkan sim kad ini, sila layari http://www.toneexcelmastery.com

Atau…

CALL/SMS/WHATSAPP Khairul Fadhilah 011-35030533

email [email protected]

https://www.facebook.com/parttimetoneexcel

Page 16: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 16

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 5 : Step By Step Cara Nak Sertai

Referral Program TuneTalk ToneExcel

LANGKAH PERTAMA

Sila layari http://www.toneexcelmastery.com/action-register_vip.html Buat bayaran RM90 untuk pembelian simkad ToneExcel. Dan register untuk mendapatkan website promosi untuk anda gunakan mempromosikan ToneExcel di internet. Simkad akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos.

LANGKAH KEDUA

Setelah menerima simkad, sila buat hantar SMS seperti di bawah untuk aktifkan :

AD [Nama Penuh] [No S/N] [No PUK] [Nombor Kad Pengenalan] [Alamat] [Poskod] [IDP726037] ke nombor 014-7057769

Contoh : AD Abu Bin Ali 8012358 40549338 870529081234 No.23, Jalan Selasih, 36400, Hutan Melintang, Perak 36400 IDP726037 PENTING! No S/N dan No PUK terletak di belakang simkad. Jika anda menggunakan simkad lain sekarang ini, saya menasihatkan agar anda port in untuk kekalkan nombor lama dan hanya gunakan simkad toneexcel ini sahaja.

LANGKAH KETIGA

Login ke member area ToneExcel : http://www.tonegroup.net/temms/login User ID : MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN Password : 1234 TEKNIK OFFLINE : Perkenalkan simkad kepada keluarga, rakan, kenalan. Hubungi mereka dan buat temujanji. TEKNIK ONLINE : Promosikan website anda. Login ke member area ToneExcelMastery http://www.toneexcelmastery.com/index.php?action=login

Page 17: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 17

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

7 daripada 10 pengguna FB yang telah pun faham tentang konsep buat duit dengan referral

program TuneTalk ToneExcel menyatakan mereka amat berminat untuk dapatkan sim kad

TuneTalk ToneExcel mereka sendiri.

Saya percaya, setelah anda memahami cara sebenar buat duit dengan Tune Talk Tone Excel

ini, anda turut berminat menyertai program ini.

Untuk menyertai referral program ini, ada dua perkara WAJIB yang perlu anda lakukan.

PERTAMA, yang perlu anda lakukan ialah, anda perlu menjadi ahli dan menjadi

PENGGUNA simkad Tune Talk Tone Excel.

Jika sebelum ini anda merupakan pengguna talian telefon seperti Celcom, Maxis, Digi dan

sebagainya, anda hanya perlu lakukan port in untuk menukar talian kepada Tune Talk. Itu

sahaja. Nombor telefon kekal sama.

Jadi, selepas ini anda kenalah beli top up TuneTalk, jangan terlupa pula.

Modal anda hanyalah sekadar untuk memiliki sim kad Tune Talk Tone Excel. Selepas anda

dapatkan sim kad ini, anda hanya perlu guna telefon seperti biasa.

Anda boleh buat panggilan dan sms seperti biasa.

AMARAN KERAS! Jangan sesekali sayang untuk port in. Kerana ia adalah kunci kegagalan.

KENAPA? Kerana anda menyertai referral program ini akan memperkenalkan kepada orang

lain, tetapi anda sendiri tak serius menggunakan simkad Tone Excel. Masih menggunakan

simkad pesaing seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya.

Ini menunjukkan anda tidak yakin dengan produk anda. Malahan akan membebankan kerana

terpaksa topup untuk 2 atau 3 talian. Tak ke rugi namanya..

Dan pastinya keadaan ini juga akan menyebabkan prospek anda kurang yakin dengan anda.

Fikirkanlah dalam dalam…

Page 18: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 18

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

KEDUA, anda perlu lakukan ialah untuk rekemen pengguna telco lain untuk menjadi ahli

dan menggunakan simkad Tune Talk Tone Excel seperti anda.

Setiap kali anda rekemen orang lain untuk jadi pengguna anda akan dibayar komisyen.

Mereka jadi ahli, kemudian mereka hanya perlu jadi pengguna talian Tune Talk.

Jika dulu guna telco lain, sekarang dah guna simkad ToneExcel seperti anda, kenalah beli top

up TuneTalk.

Seterusnya anda akan buat duit tanpa perlu bersusah payah kerana syarikat akan membayar

komisyen apabila setiap kali mereka topup. Komisyen akan dibayar terus ke akaun bank.

Bayangkan setiap bulan merekan top up, maka setiap bulan itulah anda dapat komisyen. Jika

10 tahun? Selama itulah anda dapat bayaran komisyen.

Sistem ini akan berterusan secara pasif kerana setiap bulan pasti mereka akan top up tanpa

disuruh.

Maka, semakin ramai rakan baru yang anda berjaya rekemen untuk guna simkad Tone Excel,

semakin banyaklah komisyen anda dapat.

Setiap kali mereka top up berdesup duit masuk dalan akaun bank anda.

Anda bukan penjual top up, mereka boleh top up dimana mana sahaja. Tapi bila orang yang

anda rekemen tadi top up, anda dapat bayaran.

Seolah olah semua kedai top up di Malaysia ini milik anda kerana walau dimana pun mereka top

up, duit tetap masuk akaun bank anda.

Jadi, bertindaklah hari ini juga untuk ambil peluang ini! Ikut step yang saya terangkan sebelum

ini untuk menyertai referral program ToneExcel.

Jika anda perlukan khidmat nasihat, pandangan, dan bimbingan, sila hubungi saya semula pada

bila-bila masa menerusi salah satu daripada kaedah berikut

CALL/SMS/WHATSAPP Khairul Fadhilah 013-4660988

ATAU email [email protected]

Page 19: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 19

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 6 : Empat Jenis Pendapatan Dalam

Referral Program TuneTalk ToneExcel

PERTAMA : FAST TRACK BONUS

Komisyen penyertaan pengguna baru simkad toneexcel. Kita boleh rekemen simkad toneexcel

ini kepada seberapa ramai pengguna baru. Tiada had.

Anda ada dua pilihan sama ada untuk lakukannya secara online atau secara offline.

Jika anda ingin buat promosi secara online, caranya mudah sahaja, anda boleh dapatkan web

promosi di http://www.toneexcelmastery.com

Anda akan dapat url http://www.toneexcelmastery.com/username-anda untuk anda

promosikan.

Setiap penyertaan pengguna baru simkad toneexcel yang terhasil menerusi link unik anda, anda

bakal menerima komisen sebanyak RM20.

Dengan hanya mempromosikan link url unik anda, anda bebas untuk membuat promosi

dilaman-laman web seperti facebook, twitter, tagged, dan lain-lain laman media sosial lagi.

Anda juga boleh buat promosi dilaman pengiklanan percuma dan juga di blog.

Sebenarnya anda juga akan dibekalkan dengan beberapa bantuan promosi yang bakal

memudahkan kerja-kerja promosi yang bakal anda lakukan.

Katakanlah anda dapat perkenalkan 10 pengguna baru sim kad Tune Talk Tone Excel sahaja

dalam masa sebulan, bermakna bulan tu anda bakal memperolehi keuntungan sebanyak

RM200.

Page 20: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 20

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Anda dapat RM200 dengan begitu mudah.

� Tanpa perlu jumpa orang

� Tanpa perlu memaksa orang untuk beli

� Tak perlu nak pujuk-pujuk orang untuk beli

� Tak perlu berbelanja besar untuk iklan

Berita baiknya ialah, program ini turut beri peluang kepada anda untuk mempunyai pendapatan

pasif anda sendiri setiap bulan.

KEDUA : KOMISYEN TOP UP PREPAID

Setiap kali pengguna baru sim kad simkad toneexcel yang diperkenalkan oleh anda itu tadi

melakukan tambah nilai/topup, anda layak untuk memperolehi komisen sebanyak 20% daripada

nilai topup mereka, walaupun mereka beli topup dari orang lain.

Tak kira di mana mereka topup, komisen 20% tu tetap akan dibayar kepada anda.

20% komisyen ini dipecahkan mengikut pelan pemasaran yang ditetapkan syarikat.

Mereka yang mendapatkan sim kad ini terus dari anda, dikenali sebagai Level 1. Komisyen anda

di Level 1 adalah sebanyak 6%.

Seandainya mereka yang berada di Level 1 ini memperkenalkan sim kad ini juga kepada

pengguna baru, pengguna baru yang mereka perkenalkan ini akan dikenali sebagai Level 2

anda. Komisyen anda pada tahap ini adalah 3%.

Pengguna terbaru yang diperkenalkan oleh Level 2 pula akan jadi Level 3 bagi anda. Disini

komisyen bagi setiap topup yang anda bakal perolehi adalah sebanyak 11%.

Page 21: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 21

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Untuk memperoleh komisyen tersebut, anda perlu pastikan sekurang-kurangnya anda topup

handphone anda sendiri antara nilai (RM20 – RM59.99) pada setiap bulan.

Jadual dibawah ini bakal menunjukkan potensi pendapatan sekiranya anda hanya

memperkenalkan 10 keping sim kad Tune Talk Tone Excel sahaja kepada pengguna

baru.

Berikut pula sekiranya anda memperkenalkan 20 keping sim kad Tune Talk.

Page 22: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 22

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Jika anda topup RM60.00 atau lebih, maka komisyen anda akan jadi seperti berikut

Peratusan komisyen anda meningkat jika anda topup RM60. Jadi anda boleh memaksimakan

keuntungan komisyen topup.

Sebab inilah saya katakan anda tak perlu nak ubah cara hidup anda. Anda boleh teruskan

dengan rutin harian anda, akan tetapi income daripada program ini akan terus masuk ke akaun

bank anda setiap 21hb.

Dan ini adalah pendapatan pasif yang saya maksudkan. Kerana tak payah ingatkan pun, orang

akan topup setiap bulan.

Maka dapatlah anda duit komisyen setiap kali mereka topup. Tanpa perlu bersusah payah, anda

dapat duit. Best kan pendapatan pasif ni?

KETIGA : NEW YEAR BONUS

Anda akan dibayar setahun sekali, pada awal tahun. Sebab itulah namanya new year bonus.

Tetapi BONUS akan dikira mengikut bulan bergantung bilangan ahli baru yang register direct

melalui anda dan jumlah komisyen top up anda pada setiap bulan sepanjang tahun.

Ini adalah insentif supaya anda merujuk seberapa ramai ahli baru yang boleh setiap bulan.

Bonus ini akan di kumpul setiap bulan dan akan di bayar pada awal tahun berikutnya.

10%

Page 23: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 23

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bermakna komisyen sepanjang tahun 2014 (januari-disember) akan dibayar pada Januari 2015.

Berdasarkan jadual di bawah, contoh pengiraan bulan Januari 2014

Jumlah Rujukan Baru Anda = 15 orang

(sila rujuk jadual di atas, jika anda rujuk 10 ahli baru atau lebih bulan tersebut, anda layak

menerima 20% daripada komisyen top up bulan itu sebagai new year bonus anda)

Maka New Year Bonus anda ialah, 20% x RM500 = RM100

Page 24: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 24

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

KEEMPAT : CASH BACK

Setiap kali anda sendiri top up anda akan dibayar balik sebanyak 3% @ 7% dari jumlah yang

anda sendiri top up mangikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

CASH BACK 3%

- Top up sebulan berjumlah RM30 ke atas

CASH BACK 7%

- Top up sebulan berjumlah RM50 ke atas

- Jumlah komisyen top up RM100 ke atas

- Gunakan fungsi auto reload sebelum 5 haribulan

Untuk melayakkan anda memdapat komisyen ini, anda sendiri hendaklah top up minimum

RM30. Komisyen akan dimasukkan setiap 21hb ke dalam akaun anda.

Page 25: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 25

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 7 : Kelebihan Sebagai Ahli

PELUANG JANA PENDAPATAN PASIF BERTERUSAN

Setiap kali pengguna sim kad ini topup, anda akan dapat komisyen dalam bentuk percent

daripada nilai topup mereka.

Mereka boleh topup dimana-mana sahaja tanpa perlu jumpa anda.

Apa yang menariknya ialah, tak kira walau dimana mereka berada, dan macam mana cara

mereka buat tambah nilai, anda masih lagi akan terima komisyen.

Gambar diatas adalah antara lokasi-lokasi yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk

topup prepaid Tune Talk.

Page 26: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 26

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Ada yang salah faham dengan menyangka bisnes ini ialah bisnes topup.

Sebenarnya bukan sama sekali, sebabnya kita tak perlu jual topup pun.

Anda hanya perlu perkenalkan produk ini kepada pengguna baru, itu sahaja.

TOP UP PERCUMA

Jika anda top up RM30, anda akan dapat percuma top up RM10. Maka total anda dapat RM40.

Jika anda top up RM50, anda akan dapat percuma top up RM20. Maka total anda dapat RM70.

Jika anda nak top up RM60 untuk dapatkan komisyen top up 10%, 3% ,13% janganlah anda

top up lump sum RM60. RUGI!!!

Top up lah RM30 dua kali. Maka anda akan dapat percuma top up RM10 x 2 = RM20. Jadi total

top up anda dapat RM80

PERLINDUNGAN INSURANS KEMALANGAN RM100,000 PERIBADI PERCUMA

Ahli yang menyertai perniagaan ini juga menikmati pelan perlindungan insurans kemalangan

peribadi (P.A) percuma bernilai RM100, 000.

Bayangkan selama ini pun anda tidak melanggan insuran seperti ini. Tapi dengan hanya

menggunakan simkad ToneExcel ini, anda dilindungi insuran. Percuma pulak tu…

Maklumat lanjut layari : http://www.tunetalk.com/my/Aboutus/whyTTPAinsurancheck

TIKET PENERBANGAN PERCUMA

Setiap ahli berpeluang untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma dari Air Asia.

Setiap kali anda top up, anda akan memperoleh mata ganjaran (point) yang boleh

dikumpulkan. Mata ganjaran inilah yang boleh ditukarkan dengan tiket Air Asia.

Maklumat lanjut layari : http://www.airasiabig.com/my/en/?page=redeem

Page 27: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 27

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

KEKALKAN NOMBOR SEDIA ADA

Anda tak perlu tukar nombor telefon sekiranya anda sayang dengan nombor anda. Hanya tukar

simkad sahaja, nombor telefon kekal sama.

Dulu contohnya guna simkad maxis, celcom atau digi. Tetapi sekarang, guna simkad toneexcel

dan nombor telefon tidak berubah. Guna nombor yang sama sahaja.

DISKAUN MENGINAP DI TUNE HOTEL

Sebagai ahli Tone Excel, anda akan mendapat diskaun istimewa jika menginap di mana-mana

Hotel Tune. Tempahan hotel hendaklah melalui pejabat Tone Excel terlebih dahulu.

Sila hubungi talian 03-90543809 / 010-5000969 / 010-5333969 atau anda boleh email ke :

[email protected].

Atau rujuk di http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-my/tunehotels-malaysia.php

INSENTIF PELANCONGAN/UMRAH PERCUMA

Berdasarkan terma dan syarat. Sila rujuk http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-

my/pilgrimage-2015.php dan http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-my/incentive-trip-

beijing-bandung.php

CABUTAN BERTUAH

Memenagi cabutan bertuah wang tunai sehingga RM120,000.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-my/top-sponsor-

luckydraw.php

Page 28: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 28

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

RUMUSAN

Anda melanggan servis mereka kerana anda tahu mereka mampu untuk berikan perkhidmatan

yang baik untuk anda.

Syarikat ini memperoleh pelanggan baru untuk melanggan sim kad Tune Talk Tone Excel

melalui sistem referral.

Ia dipromosikan oleh ahlinya sendiri.

Setiap pelanggan yang melanggan servis ini, termasuk anda, layak untuk merekrut atau

merekemen pengguna lain untuk jadi ahli dan pelanggan.

Anda menerima imbuhan dalam bentuk komisyen setiap kali anda berjaya rekemen kepada

pengguna baru untuk beralih menggunakan simkad toneexcel. Setiap kali mereka lakukan

tambah nilai juga anda akan dibayar komisyen.

Ciri seperti ini sudah tentu tidak terdapat pada syarikat telco lain buat masa ini.

Setiap kali pelanggan ingin beli topup, mereka boleh terus berurusan di mana-mana lokasi yang

menjual topup.

Peranan utama anda adalah untuk mempromosikan peluang buat duit ini kepada pelanggan

baru yang berpotensi supaya mereka mendaftar sebagai ahli. Seterusnya, syarikat akan

membayar anda komisyen untuk kemasukkan ahli baru, serta untuk setiap tambah nilai yang

mereka lakukan.

Ini memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pendapatan secara berulangkali

daripada usaha promosi yang anda lakukan hanya sekali sahaja.

Cukup simple kan?

Page 29: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 29

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 8 : Kaedah Promosi Berkesan

Promosi adalah perkara fundamental dalam mana-mana bisnes.

Tanpa promosi yang berkesan, bisnes anda akan mati dan akan sunyi daripada menerima

pelanggan-pelanggan baru.

Saya percaya, anda dah nampak betapa besarnya potensi pendapatan yang dapat dihasilkan

daripada program ini.

Persoalan yang sering bermain difikiran hampir setiap orang ialah macam mana nak promosi.

PERKENALKAN KEPADA RAKAN TERDEKAT

Termasuklah saudara mara atau sesiapa sahaja yang terdekat dengan anda.

Tujuan kita perkenalkan peluang bisnes ini adalah untuk berkongsi peluang buat duit dengan

mereka.

Tak perlu nak memaksa atau kelihatan terdesak.

Anda hanya perlu ceritakan tentang bisnes ini, bermula dengan kelebihan menyertai bisnes ini

hinggalah serba sedikit tentang latar belakang syarikat.

GUNAKAN MEDIUM LAMAN MEDIA SOSIAL

Sekarang ni kita ada Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Tak perlu nak buat promosi di semua laman web.

Cukup sekadar buat promosi di Facebook.

Buat masa ini, laman Facebook masih lagi merupakan laman media sosial terbaik untuk kita

lakukan promosi. Jadi, manfaatkan laman media sosial tersebut.

Gunakan pengiklanan berbayar seperti FBAds jika perlu.

Atau anda boleh juga gunakan medium pengiklanan di FB Group.

Page 30: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 30

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

BERIKAN EBOOK INI KEPADA POTENTIAL CUSTOMER ANDA

Adakah anda mempunyai hak dan lesen untuk berikan ebook ini secara percuma daripada

penulis asal ebook ini?

Jika jawapan anda adalah Ya.

Berikan ebook ini kepada mereka untuk dibaca.

Pastikan anda memperoleh ebook ini secara SAH dan memiliki HAK untuk berbuat demikian.

Ingat, jika anda mendapatkan ebook ini dengan cara yang tidak SAH, dikhuatiri bisnes anda

akan hilang keberkatannya dan akan berakhir dengan kerugian.

Buat temujanji dengan potential customer anda.

Anda kena sentiasa follow up sama ada mereka telah baca sampai habis ataupun belum dan

sama ada mereka ada sebarang pertanyaan atau tidak.

Mungkin juga mereka perlukan penerangan dan penjelasan lanjut.

KESIMPULAN

Semasa saya menulis ebook ini, saya telah membuat rujukan dalam topik referral marketing

dalam jumlah yang agak banyak.

Model perniagaan seperti ini (referral marketing) boleh diklasifikasikan sebagai kaedah

pemasaran yang bijak.

Sesebuah syarikat yang menggunakan kaedah pemasaran seperti ini tak perlu membelanjakan

sejumlah wang yang besar bagi tujuan pemasaran. Sebaliknya mereka dapat memberikan

peluang kepada pelanggan mereka sendiri untuk terlibat secara terus dalam operasi syarikat.

Mereka berpeluang untuk mendapatkan pelanggan yang berpuas hati dan pada masa yang

sama, pelanggan mereka tidak akan teragak-agak lagi untuk membantu mempromosikan

produk syarikat.

Potensi pendapatan yang boleh dihasilkan menerusi cabang program ini tidak ada had.

Sebenarnya, ada had. Anda yang akan letakkan hadnya sendiri.

Page 31: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 31

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Seperti yang kita bincangkan dalam bab 1, iaitu tentang perniagaan yang ideal, program ini

menepati ciri-ciri yang dibincangkan sebelum ini iaitu

� Modal permulaan yang kecil

� Tak perlu simpan stok

� Boleh dilakukan secara part time

� Boleh dilakukan sama ada dari rumah atau dari mana-mana sahaja

� Tidak perlu menjual

� Tidak perlu layan customer

� Dan yang paling penting, bisnes ini sangatlah simple dan straight forward

Page 32: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 32

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 9 : Fikirkan Sejenak

Anda telah menggunakan handphone berapa lama? 5 tahun? 10 tahun? 15 tahun?

Berapa purata bil atau topup handphone anda sebulan? RM20? RM50? RM100? RM200?

Apa yang anda dapat selama anda menggunakan handphone? Anda tidak dapat apa-apa

kecuali boleh call, sms dan guna internet

Anda akan gunakan handphone untuk berapa lama lagi? 3 tahun? 5 tahun? seumur hidup?

Tahukah anda, jika anda menggunakan handphone selama 10 tahun dan sebulan bil atau top up RM150, maka anda telah membelanjakan RM18,000 tetapi tiada kelebihan yang anda dapat.

Aku dah guna

handphone selama 10

tahun, sebulan belanja

RM150, maka 10 tahun

bersamaan RM150 x

12 x 10 = RM18,000.

Selain boleh call, sms,

internet apa lagi

faedah aku dapat?

ZERO!

Kalau aku tak join, aku

memang guna handphone

pun. Setiap bulan memang

aku top up, tapi tak dapat

apa-apa pun. Seumur

hiduplah aku rugi. RUGIII

Tak ada sebab aku tak join. Bukan

susah pun. Hanya tukar simkad,

nombor handphone masih kekal.

Cuma guna handphone macam

biasa dan rekemen pada rakan.

Jadi pengguna biasa pun

aku dah dapat macam-

macam faedah. Kalau

aku rekemen dengan

rakan lain, bila mereka

join, aku dibayar. Setiap

kali mereka top up, aku

dibayar. Kalau mereka

rekemen rakan mereka

join, aku dibayar. Aku

top up sendiri pun aku

dibayar.

Page 33: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 33

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

Bab 10 : Apa Pendapat Anda?

Saya harap penerangan saya tak terlalu panjang dan meleret-leret. Peranan saya dah pun

selesai dengan berakhirnya pembacaan anda terhadap ebook ini. Jika perlu, saya cadangkan

supaya anda ulang pembacaan, dan kemudian buatlah keputusan.

Ada tiga kaedah bagaimana seseorang itu buat keputusan.

KAEDAH PERTAMA

Mereka buat keputusan untuk mengatakan YA dan mereka ingin ikhtiar untuk perbaiki diri.

KAEDAH KEDUA

Mereka buat keputusan untuk berkata TIDAK, dan mereka ingin terus mencari cara lain yang

dirasakan lebih baik. Mungkin ada beberapa perkara yang mereka kurang jelas atau mereka

memang tak minat untuk buat bisnes ini.

Tak ada masalah. Asalkan, anda sentiasa bertekad untuk perbaiki diri.

KAEDAH KETIGA

Kaedah ketiga ni lain macam sikit, sebabnya mereka buat keputusan untuk tak buat keputusan.

Mereka tak kata TIDAK, dan mereka juga tak kata YA.

Orang macam ni memang menyusahkan orang lain dan menyusahkan dirinya sendiri. Selagi dia

tak buat keputusan, selagi itu kita akan sentiasa tanya dia sama ada dia minat atau tidak untuk

buat bisnes ini.

Bukan niat kita untuk mendesak dia supaya sertai, tetapi kita nak tau dimana kedudukan dia.

Apa pendirian dia, itu sahaja.

Jadi lebih cepat anda buat keputusan lagi mudah.

Kalau kurang faham, tanya. Anda boleh tanya mereka yang berikan ebook ini kepada anda.

Jangan buatkan orang lain tertunggu-tunggu keputusan anda. Hubungi mereka kerana mereka

memang berminat untuk tahu jawapan anda.

Page 34: Rahsia Part Time

RAHSIA PART TIME 34

WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

PENUTUP

Model program ini memang simple dan straight forward.

Namun, saya faham jika anda tetap rasa program ini sukar dan sebagainya. Ini adalah kerana

anda masih lagi belum cuba lalui sendiri dan usahakan lagi.

Peringkat permulaan, ketika anda masih lagi belum dapat rentak, saya percaya anda akan alami

sedikit cabaran.

Saranan saya, berilah peluang bagi diri anda untuk pelajari selok belok tentang perniagaan.

Setiap perkara yang kita lakukan buat kali pertama, kita tak akan jadi pandai dengan serta

merta.

Program ini tak terkecuali. Beri peluang. Beri masa.

In Shaa Allah, anda pasti ada kesempatan untuk berjaya.

Salam kejayaan,

Khairul Fadhilah

CALL/SMS/WHATSAPP 011-35030533

www.ToneExcelMastery.com

https://www.facebook.com/parttimetoneexcel

email [email protected]


Top Related