Download - Puvanes Bech Marking
BAHAGIAN
BLAWATAN BECHMARKING
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU
TARIKH
17.9. 2014 (SABTU)
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH
ANJURAN
PPG AMBILAN JUN 2011
SEM 7G/ BTM
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Rasional
3.0 Matlamat
4.0 Objektif
5.0 Tentatif Pelaksanaan
6.0 Peserta Kursus
7.0 Struktur Organisasi
8.0 Pengangkutan
9.0. Jadual Program
10.0 Penutup
11.0 Lampiran :
I. Senarai Nama Peserta
II. Jadual Program
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk
memenuhi syarat Program Pensiswazan Guru (PPG) . Program ini diletakkan di bawah
komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru
merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru
pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga
senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang
dijunjung dalam Rukun Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan
tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat
membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’
kepada masyarakat.
Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya
sekolah. “Lawatan Benchmarking ” menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan
yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain
daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian
terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah
tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil
pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.
Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang
lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru
adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di
samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,
penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar
ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya
dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi
kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada
penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam
bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People” yang
menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan
prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada
perkara yang lebih penting.
Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang gerak
kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran
awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen
di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam
pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam
membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni
membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina
realiti wawasan negara.
3.0 MATLAMAT
Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran
tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan
bagi mendedahkan guru. Dengan lawatan benchmarking ini guru-ruru dapat
mengetahui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur
sekolah serta infrastruktur kurikulum di sekolah. Para guru diharap dapat membina
pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep
kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.
4.0 OBJEKTIF
Sasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:
4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.
4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.
4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di
sekolah.
4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.
4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.
5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:
Tarikh : 17 September 2014 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi hingga 3:00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech,09000 Kulim ,Kedah
Telefon : 074341289
6.0 PESERTA
Seramai 8 orang guru dari kelas BTM IPGM Sultan Abdul Halim, PPG Semester
7 Ambilan JUN 2014 menyertai Lawatan Penanda Aras ini.
*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta.
7.0 STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi : Komaladevi A/P Kaliapen
Naib Pengerusi : Sarala A/P Subramaniam
Setiausaha : Puvanesvary A/P Ramalingam
Ahli Jawatankuasa : Rajaletchumy A/P Murugayiah
Rajeswari A/P Nagan
8.0 JADUAL PROGRAM
Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan
aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di
dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.
9.0 PENGANGKUTAN
Menggunakan pengangkutan masing-masing
10.0 PENUTUP
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak
yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan
sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan
mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan
pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru,
membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah
dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.
Disediakan Oleh: Disahkan oleh,
........................................... _____________________
(KOMALADEVI A/P KALIAPEN)
PENGERUSI
Program BIG
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
SENARAI NAMA PESERTA
KURSUS : PPG SEM 7G BTM AMBILAN JUN 2014
BIL NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN
1 KOMALA DEVI A/P KALIAPEN 800818-08-6310
2SARALA A/P SUBRAMANIAM
810523-02-5966
3PUVANESVARY A/P RAMALINGAM
810515-02-5990
4RAJESWARI A/P NAGAN
790618-05-5556
5. RAJALETCHUMY A/P MURUGAYIAH801203-10-5284
6. LOGESVARI A/P MOORTHY 791229-02-5956
7. KAMALAH A/P KRISHNAN 771026-07-5656
8. SAGILESWARI A/P PERIANA 801222-02-5474
LAMPIRAN II
JADUAL PROGRAM
Masa Perkara
8.00 pagi - Berkumpul di tapak sekolah
- Mendengar taklimat ringkas daripada Pengerusi
8.30 pagi Sesi 1
- Berjumpa Dengan Guru Besar serta Pentadbiran Sekolah
10.00 pagi - Minum pagi
- Lawatan ke Bilik – bilik Khas Mata Pelajaran
11.00 pagi Sesi 3
- Sesi soal jawab bersama pk pentadbiran
1.00 petang - Makan tengahari
2.00 petang - Majlis perasmian penutup
- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah
- Refleksi Kendiri
3.00 petang - Bertolak pulang ke rumah masing-masing
I L A H
P I A G A M
P E L A N G G A N
S E K O L A H arga Pendidik
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech
Akan Sentiasa
1. Komited , dedikasi yang tinggi serta mencurah bakti kepada pelajar-pelajar untuk menjadi insan yang Berkualiti dan Berguna untuk nusa dan bangsa.
2. Peramah , Prihatin dan Memberi Perkhidmatan Cekap.
3. Menanam budaya , Sekola ini Sekolahku.
Suasana SK Taman HI-Tech
F R I D A Y , 1 7 F E B R U A R Y 2 0 1 2
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada sesi persekolahan
2003. Terletak di kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang dahulunya merupakan
SK TAMAN HI-TECH KULIM
sebuah ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan behadapan
dengan Kulim Golf Kelab. Peringkat permulaanya pentadbiran diketuai oleh Encik Mohd
Zailan bin Ariffin sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Rapheal bin
Zakarudin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Fadzil bin Darus sebagai
Penolong Kanan Kokurikulum.
Pada tahun 2006 , pentadbiran SKTHT berlaku perubahan apabila Encik Rapheal bin
Zakarudin telah bertukar dan kekosongan itu ditugaskan kepada Encik Mohamad Radzi
bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula disandang oleh Puan Suzzana binti
Md Saad. Mulai sesi persekolahan tahun 2008 berlaku lagi pertukaran pentadbir. Encik
Ramly bin Othman seorang pentadbir yang berwawasan dan berfikiran jauh telah
menggantikan Encik Mohd Zailan bin Ariffin yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sri
Kulim sebagai Guru Besar cemerlang DGA 38. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai
oleh SKTHT semenjak di bawah pentadbiran Encik Mohd Zailan bin Ariffin dan
diteruskan oleh Encik Ramly bin Othman. Kini SK Taman Hi-Tech mempunyai 1052
orang pelajar, bilangan guru seramai 65 orang dan kakitangan bukan akademik seramai
9 orang. SK Taman Hi-Tech akan terus melakar kejayaan seiring dengan moto sekolah
iaitu “Iltizam, Bestari dan Kualiti.”
M I S I S E K O L A H
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
M O T O D A N F A L S A F A H
ILTIZAM
BESTARI
KUALITI
M A T L A M A T
* Menerima semua murid tanpa mengira kaum untuk menimba ilmu berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
* Memberi didikan berpandukan sukatan pelajaran.
* Sentiasa memupuk sikap prihatan , beriltizam, berdidiplin di minda murid.
* Sentiasa merangsang kualiti dalam pencapaian sahsiah, akademik dan
kokurikulum.
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada 01.01.2003 dengan
azam yang tinggi pada awalnya untuk melaksanakan visi dan misi sekolah iaitu menjadi
antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang tahun 2010. Terletak di
kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech telah membantu sekolah mengalami perubahan
yang mebanggakan sehingga kini.
Matlamat sekolah adalah menerima murid tanpa mengira kaum untuk menimba
ilmu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya meneruskan
kecemerlangan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat dan pekeliling Kementerian
Pelajaran yang mewajibkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan dua jam
seminggu. Adalah menjadi hasrat sekolah agar dapat mewujudkan satu watak khas
bagi sekolah ini agar dikenali dan digeruni dalam bidang akademik dan koakademik.
Barisan pentadbir dan guru-guru berpengalaman akan menjadi pemangkin kepada
aspirasi yang dicanang agar impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi berjaya dicapa
i.
PIHAK PENTADBIRAN
PN HAJAH WAN SOIRAYA BT HJ WAN YAHYA
(GURU BESAR)
P NORIDAH BT AHMAD (PK PENTADBIRAN)
EN. MOHD NAWAR BIN SAID
(PK HEM)
CIK KHATIJAH BT AHMAD
(PK KOKURIKULUM)
MAJLIS PENGIKTIRAFAN
SIJIL PENGIKTIRAFAN
Latar Belakang
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah
Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan
sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya
dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah
dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan
yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.
Sekolah melonjakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan Malaysia
SEKOLAH KLUSTER
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian
murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah
dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh
sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem
pendidikan Malaysia
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah
kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;
• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul
Rahman Arshad.
• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (Jabatan Sekolah)
Definisi
TUJUAN
PELAKSANAAN
Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang
melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan
stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam
pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel
Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada
19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu
menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster
dapat berjalan dengan jayanya.
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :
• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.
• Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).
• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta
• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
• Prasyarat Pertama- Pengukuhan Standard Sekolah
KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
• Prasyarat Kedua
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah- SM Harian : gps 4.0 dan ke bawah
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
• GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat pemilihan
• Kecemerlangan murid dalam aspek :
i) Akademikii) Kokurikulumiii) Sahsiah
• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insane
• Keberkesanan pelaksanaan program KPM
• Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;
• Langkah 1: Penerimaan pencalonan• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Pemimpin sekolah kluster ialah :
• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang• Jawatan : school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula :
• Memenuhi criteria Guru Cemerlang• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan• Nisbah kelas : guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :
• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah• Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah
• Berpandukan
Key Performance Indicator (KPI)
i) pengurusan sumber manusia dan fizikalii) sumber kewanganiii) pembangunan profesionalisme staf
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER
iv) program kurikulum dan kurikulum berkesanv) lulusan sekolah berkualiti : pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
Autonomi Sekolah :
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :
• Umum (untuk semua sekolah)• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :
• Pematuhan piawai yang berikut:
i) Akta Pendidikan 1996ii) Sistem Pendidikan Kebangsaaniii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaraniv) SKPM
Senarai Bidang Autonomi
i) Pengurusan Sekolahii) Pengurusan Sumber Manusiaiii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikaliv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulumv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Laporan Dan Refleksi BIG Lawatan
Penanda Aras Sekolah Cemerlang
Tarikh : 17 September 2014
Masa : 10 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim.
Pada 17 September 2014, seramai 10 orang guru telah mengadakan Lawatan
Penanda Aras (Sekolah Kluster) ke Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim.
Kami disambut mesra oleh Guru Besar sekolah tersebut iaitu PN.HJH WAN
SORAIYA BT WAN YAHAYA. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada 1 April 2013 hingga
sekarang. Selepas itu, kami telah dibawa ke bilik mesyuart oleh beliau. Dalam bilik
mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain
memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba tentang latar
belakang pendidikan dan sejarah keluarga Kami telah diberi penerangan yang jelas
tentang latar belakang sekolah beserta staff, pencapaian akademik , pencapaian ko-
kurikulum , anugerah khas, corak kepimpinan dan sistem pengurusan sekolah.
Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim merupakan sebuah sekolah di pusat
Bandar Kulim. Sekolah ini agak baru dan dibuka untuk sesi persekolahan yang
pertama dalam 1Januari 2003. Pada masa dahulunya merupakan sebuah
ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan berhadapan dengan
Kelab Golf Kulimdengan keluasan 30 ekar.
Sekolah ini telah beberapa kali dicalonkan untuk sekolah kluster, dan akhirnya
Berjaya dipilih sebagai sekolah kluster pada 26 Jun 2014. Selain pencapaian akademik
yang cemerlang, sekolah juga tidak ketinggalan dalam bidang ko-kurikulum. Banyak
kejohanan peringkat negeri yang telah dimenangi oleh murid sekolah ini. Sekolah telah
menunjukkan kelebihan dalam sukan gimnastik di mana peserta sekolah telah
menunjukkan pencapaian yang begitu membanggakan sehingga ke peringkat
kebangsaan.
. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah ini, antara sebabnya
ialah corak kepimpinan yang cukup matang yang telah ditunjukkan oleh barisan
pemimpin dan dibantu oleh semua staff sekolah yang dapat bekerjasama dan rela
berkorban demi kepentingan dan kejayaan sekolah. Sifat saling menolong dan
berganding bahu dalam usaha melaksanakan sesuatu kerja atau program telah jelas
wujud dann jalinan yang mesra merupakan faktor utama yang menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah ini. Ini dibantu dengan sistem pengurusan sekolah yang
bersistematik ,terancang dan berkesan.
Selepas taklimat yang jelas oleh Guru Besar, Kami tidak melepaskan peluang
melawat ke gedung ilmu iaitu bilik perpustakaan yang sering dikunjungi oleh murid-
murid yang dahagakan ilmu. Buku cerita, buku rujukan, majalah dan sebagainya
disusun dengan begitu rapi dan berkeadaan kemas . Bilik perpustakaan dikendalikan
dengan begitu sempurna, sekali pandang, ia nampaknya bersih, kemas, teratur dan
lengkap dengan sumber-sumber yang penting di mana penyaluran ilmu sentiasa
berlaku untuk mendidik anak murid yang gemar membaca. Kami juga tidak
berkelepasan untuk melawat ke bilik Sains. Bilik Sains dilengkapi dengan pelbagai alat
bantuan mengajar yang disusun rapi samada di dalam almari atau di atas meja. Alatan
yang disediakan ini memainkan peranan yang penting semasa pengajaran guru supaya
meninggikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bilik komputer merupakan
tempat seterusnya yang dilawati oleh rombongan kami. Bilik komputer disediakan
dengan banyak komputer yang dapat menampung keperluan murid semasa P & P
belangsung.
Daripada lawatan ini, kami dapat mengerti pentingnya semangat bekerjasama
(team work) , keinginan yang tinggi dan sedia berkorban untuk menjayakan sesuatu
kerja atau projek. Semoga apa yang dipelajari daripada lawatan ini dapat dimanfaat
oleh semua guru apabila balik ke sekolah masing-masing demi kebaikan anak murid
dan seterusnya menjayakan matlamat pendidikan kebangsaan.
Akhirnya, kami pulang dengan menjambat ilmu baru tentang cara meningkatkan
Prestasi dan Pencapaian Sekolah masing-masing untuk menuju Kearah
Kecemerlangan dalam semua bidang. Kami juga rasa gembira dengan menerima
cenderahati daripada Guru Besar sekoah tersebut.
Disediakan Oleh: Disahkan oleh,
........................................... _____________________
(PUVANESVARY A/P RAMALINGAM)
SETIAUSAHA I
LAWATAN BECH MARKING
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Guru –guru menunggu di pejabat untuk berjumpa dengan Guru Besar
GALERI GAMBAR
Pihak sekolah menyediakan slide show untuk memberi taklimat
Guru –guru bersiap sedia untuk mendengar taklimat dari pihak sekolah.
Guru –guru mendengar penerangan pihak sekolah.
Guru Besar SK High Tech Kulim
Guru besar bersedia untuk memberi taklimat
Sesi bersoal jawab dengan Guru Besar
Kenangan bersama Guru Besar
Guru –guru IPGKSAH memberi cenderahati kepada Guru Besar
Lawatan ke bilik guru SK HighTech Kulim
Lawatan ke Pusat Sumber sekolah
Pejabat sekolah
Lawatan ke bilik –bilik khas