Transcript
Page 1: Punca punca pencemaran udara

Pembakaran terbuka Asap Kenderaan Bermotor Pembangunan

Pembakaran terbuka

Salah satu faktor yang menjadi punca pencemaran udara di kawasan Semenyih ialah pembakaran terbuka.

Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau

dedaun pokok. Sesetengah penduduk pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah

mereka sendiri. Ada pula sesetengah pekebun yang membakar kawasan tamanan sebelum melakukan

penanaman semula. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan

pencemaran udara dikawasan perumahan yang terlibat.

Asap kenderaan bermotor

Kenderaan motor adalah penyumbang utama pencemaran udara. Masyarakat moden di Semenyih amat

bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan motor. Peningkatan jumlah kenderaan

adalah “bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan”. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga

yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap

dan bunyi bising yang membawa kesan yang buruk.

Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor di Semenyih menyebabkan jumlah asap yang dilepaskan dari

paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta

tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal serta kotor dan berlakulah

jerebu.

Pembangunan

Pembangunan pesat di Semenyih khasnya kawasan perumahan yang pesat membangun dan perindustrian

kilang merupakan salah satu punca pencemaran udara. Banyak kawasan hutan telah diterokai untuk tujuan

pembangunan ini. Contohnya,debu-debu yang dihasilkan dalam proses penbangunan boleh menyebabkan

pencemaran udara. Selain dari itu, kilang-kilang juga melepaskan asap yang kotor dan bertoksik.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA DI SEMENYIH

Top Related