Download - Punca Kecacatan

Transcript

Genetik/BakaMasalah MetabolismeJangkitan Pranatal, pernatal danpascanatal Faktor persekitaran/teratogenTrauma(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN K4.0. PengenalanPerkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka danpersekitaran. Begitu juga punca masalah kecacatan yang dihadapi oleh kanakberkeperluan. Kesan baka yang akan mempengaruhi dari segi fizikal, mental,kecerdasan, dan kerdil. Manakala persekiran yang mempengaruhiperkembangan dan pertumbuhan saperti pemakanan, faktor keluarga, rakansebaya dan masyaraakat. 4.1. Genetik/BakaKesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorangberasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimeneksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai swee peas telahmerintiskan jalan kepada ilmu genetik. Prinsip-prinsip kesan baka ke atasperkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripadaen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satugenerasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di manadua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominanmenindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif. Gen adalah penentu utamadalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi olehkesan baka adalah seperti berikut:- 4.1.1. FizikalWalaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan olehpengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman danjuga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembanganaspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besarbadan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yangkecil. Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalamtahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yangterdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan bakamempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembanganindividu.4.1.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan)Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka.Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yangdiwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitarantidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawanisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkanmewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya.Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanyatetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitujuga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Bakamenentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958)4.1.5. Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadirandua gen resesif. Individu yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yangbertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada bahan proteinkegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan padasistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidapPKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzimtersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25)

4.3. Jangkitan Pranatal, perinatal dan pascanatalSemasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yangboleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadimasalah.4.3.1. Peringkat Prenatale. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Downataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosomberbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujukkepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupunkeadaan )f. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktuproses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflisJangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenisdemam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)g. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahanpembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dang. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahanpembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi danautihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandungmestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol bolehmembantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yangberbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)h. Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiadapemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.i. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberikesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melaluiair, makanan, dan udara.j. Cubaan menggugurkan kandungank. Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yangmenganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalanyang kekal seperti kerencatan mental4.3.2. Peringkat PerinatalPelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehinggamenyebabkan ia dilahirkan cacatc. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badankurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalamikecacatan.d. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organdalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggie. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang jugapenggunaan dadah dan merokok oleh ibu.f. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksamenggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahirang. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubunganseks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetaliamempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.h. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorangbayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.4.3.3. Peringkat Posnatal/ pasca natalBayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalamikecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dankemalangan.f. Penyakit- Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerangotak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus inidibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisuotak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakitkepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segerakerencatan akal akan berlaku.g. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangankemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkansaintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alamsekeliling.Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanakkanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melaluimakanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalhemosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunanplumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol

Golongan kata nama,kata kerja dan kata adjektif merupakan kata major iaitu kata yang dapat menjadi inti frasa dalam prediket ayat. Ia juga dirujuk sebagai kata leksikal, iaitu kumpulan kata yang mempunyai makna yang agak jelas dan boleh ditentukan. Selain itu, ketiga-tiga golongan kata ini termasuk dalam kelas terbuka, iaitu berpotensi menambah bilangan kata baharu yang tidak terhad jumlahnya,dapat dicipta dan ditambah pada kelas katanya. Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat.Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat.Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang) II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.

KONSEP GOLONGAN KATA Menurut Nik Safiah et.al ( Tatabahasa Dewan Edisi ketiga) perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataaan satu bentuk bebas yang menjadi unsur binaan sintaksis iaitu frasa,klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat,iaitu klausa dan frasa. Dengan hal demikian,perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat,klausa dan frasa. Ayat dan frasa mengandungi 2 konstituen utama iaitu frasa subjek dan frasa prediket. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa prediket pula dibentuk oleh 4 jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama. Kata nama,kata kerja dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa nama. Oleh itu, perkataan selain 3 golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif yang disebut kata tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4, iaitu:1. Kata nama2. Kata kerja3. Kata adjektif4. Kata tugas. Manakala menurut Asmah Haji Omar( Nahu Melayu Mutakhir) kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik dan paradigmatiknya. Ciri sintagmatik sesuatu kata itu memperlihatkan:1. Fungsi kata itu dalam struktur tertentu2. Hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang sama. Misalnya, Ali boleh berfungsi sebagai subjek dan juga objek ayat disamping dapat berhubung secara langsung dengan kata kerja yang mengikuti atau mendahuluinya. Contohnya,1. Ali memanggil Ahmad.2. Ahmad tidak mendengar Ali.Dalam hubungan paradigmatik, Ali boleh digantikan dengan kata nama lain, bapa,abang,saya,dia dan sebagainya.Dari itu, kita katakan Ali, bapa, abang,saya dan dia memasuki satu golongan. Dalam penggunaan bahasa, adakalanya sesuatu kata nama itu dapat digantikan dengan kata nama sahaja dan ada kalanya tidak. Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kata-kata yang boleh menempati fungsi yang sama dalam ayat.Ciri-ciri yang sama menimbulkan golongan . Maksudnya memasukkan kata-kata itu dalam golongan yang sama, sedangkan ciri-ciri perbezaan menghasilkan beberapa subgolongan dari golongan tadi. Maka kata sempurna dalam bahasa Melayu dibahagikan ke dalam golongan-golongan berikut :1. Benda dengan subgolongan nama,ganti nama dan bilangan.2. Karyaan dengan subgolongan kerja dan sifat serta subgolongan masing-masing.3. Adverba dengan subgolongannya.

PERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATA

NIK SAFIAH et.al (2008)

ASMAH HAJI OMAR(2009)KATA NAMA

BENDAi. Kata Namaii. Kata Ganti Namaiii. Kata BilanganKATA KERJA

KARYAANi. Kata Kerjaii. Kata SifatKATA ADJEKTIF

ADVERBAKATA TUGAS

Golongan Kata NamaNik Safiah et.al (2008)Asmah Haji Omar (2009)

Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama dipecahkan seperti berikut :

Kata Nama KhasKata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada dua iaitu : Kata Nama Khas Hidup- -Manusia : Nina, Hani-Bukan manusia: Lassie,Putih.

a. Kata Nama Khas Tak HidupContohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai,

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a. i. Kata nama am konkrit (yang membawa konsep kebendaan)Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautan

ii. Kata nama am abstrak (yang membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan)Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan serapan

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :a. kata ganti nama tunjuk- kata ganti nama tunjuk umumcontohnya : ini, itu- kata ganti nama tunjuk tempatcontohnya : sini, situ

b. kata ganti nama diri- kata ganti nama diri tanyacontohnya : siapa, apa, mana- kata ganti nama diri orang

Manakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepadaa. kata ganti nama diri orang pertamacontohnya : saya, aku, beta, kita, patik, kami

b. kata ganti nama diri orang keduacontohnya : saudara, kamu, awak, kau, engkau, anda

c. kata ganti nama diri orang ketigacontohnya : ia, dia, beliau, mereka-nya

Kata benda yang berfungsi pada subjek dan objek ayat. Ia merujuk pada sesuatu yang bernyawa,tak bernyawa,konkrit dan abstrak. Ia dipecahkan : Kata Nama Khas dan Am.i. Kata nama khas adalah nama orang,badan-badan tertentu,undang-undang,tempat,bangsa dan bahasa. Dalam tulisan huruf pertamanya huruf besar. Contoh, Tabung Haji, Sungai Siput.ii. Kata nama am kata yang tidak merujuk kepada nama-nama secara khas dan tidak ditulis dengan huruf besar. Contoh,kertas,pensel,kaawan.Kata Nama Bernyawa Dan Tak Bernyawai.Kata nama bernyawa.Contoh, polis ,lembu, pokokii. Kata nama tak bernyawa.Contoh, meja ,kerusi, bukuKata nama manusia dan bukan manusia.i. Kata nama manusia terdiri daripada kata nama khas dan am.ii. Kata nama bukan manusia terdiri daripada kata nama am.

Kata Nama Konkrit dan Abstraki. Kata nama konkrit ialah benda yang boleh dilihat,sentuh,hidu, dengar .Contoh, air, angin,wangianii. Kata nama abstrak kata nama yang tak dapat dilihat,hidu,sentuh, dengar. Contoh fikiran,perasaan,kebahagian.Kata Nama Berhitungan dan Tak Berhintungan.i. Dihitung dengan/tanpa penjodoh bilangan. Contoh, pensel,kereta ,baju.ii. Dihitung hanya menggunakan kata ukuran seperti kilo,kati,ela.Kata Nama Institusi dan Bukan Institusi.i.Institusi. Contoh ke sekolah, ke kementerian.ii. Bukan institusi. Contoh kepada sekolah, kepada kementerianKata Nama UkuranContoh, orang ekor,pokok, kuntumKata Nama WaktuContoh, pagi, siang, malam.Kata Nama TempatContoh, hulu,hilir,pinggir,seberang.Kata Nama Warna.Contoh, biru,merah,hijauKata Nama Kumpulan ( Hipernim)Contoh, buah ( epal,limau,kelapa)Kata Nama Bangsa dan Bahasai.Bangsa- Melayu,Cina, India.ii. Bahasa- bahasa Malaysia, bahasa Iban.Kata Nama Gelarani. Gelaran kekeluargaan- Pak Ali,abang, Anjang.ii. Gelaran pergaulan- Encik,Puan, Cik.iii. Gelaran pergaulan tak sengaja-Tuan,Hajiiv. Gelaran warisan- Raja,Wan,Tengku.v. Gelaran kurniaan- Datuk,Tun,Datinvi. Gelaran keagamaan- Haji, Hajahvii. Gelaran olokan- Si Badul, Si Luncai.viii. Gelaran kegerunan- Sang Belang,Sang Bedal.ix.Gabungan gelaran- Pak Haji,Cik Nik.ixx. Rujukan kehormat- Yang Maha Mulia.

Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah kata yang berdiri di tempat kata nama. Terbahagi kepada : i. Kata Ganti Nama Diriii. Kata Ganti Nama Tunjuk iii. Kata Ganti Nama Tanya.Kata Ganti Nama Diri.i. Ganti nama diri manusia (diri pertama,kedua, ketiga)ii. Konteks sosiolinguistik-meliputi taraf social seseorang.iii. Ganti nama bahasa diraja-beta,patik,tuanku.iv. Ganti nama biasa- Hormat-saya,tuan,puan.-Neutral- saya,anda, saudari-Kasar/intim- dia,aku,kamu.v. Konteks nahu.- diperinci menurut bentuk dan fungsinya.vi. Ganti nama kendiri- sendiri,kendiri.vii. Ganti nama diri bukan manusia- ia,ianya.viii.Bentuk klisis(lemah)- ku,kau,mu.Ganti Nama Tunjuk.- ini, ituGanti Nama Tanya.- apa,siapa,mana,berapa?

Kata Bilangan- Termaktub ciri jumlah di dalamnya i. Kata bilangan kardinal. - Kata nombor ( kata yang melambangkan nombor).Contoh,setengah,sesuku,sebelas ,dua.- Kata kuantiti ( Jumlah yang tidak nyata) Contohnya, segenap,sekalian,separuh,suku.ii. Kata bilangan ordinal.( kata yang melambangkan urutan dalam jumlah)Contoh, pertama,kedua,ketiga.

GOLONGAN KATA KERJANIK SAFIAH et.al (2008)ASMAH HAJI OMAR (2009)kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.-kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :i.kata kerja aktif- kata kerja aktif tak transitif- kata kerja aktif transitifii.kata kerja pasif

Kata kerja aktif tak transitif-kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.-dibahagi kepada subgolongan, iaitu:

i.kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap- kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.Contohnya: Semua orang pulang.

ii. kata kerja aktif tak transitif berpelengkap- kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.Contohnya: Keadaan bapanya beransur baik.

Kata kerja aktif transitif-kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.- contohnya: Saya telah menjawab surat itu.Kami membaiki kereta itu.Kata kerja pasif-kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.- Contonya:Surat itu telah saya jawab. Kereta itu telah kami baiki.Merupakan dibawah subgolongan karyaan. Merupakan kata yang berfungsi pada prediket dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada:i. Kata kerja leksikalii. Kata kerja bantu.Kata Kerja Leksikal(kata kerja umum)i. Kata kerja perbuatan-Perbuatan sengaja- ( dilakukan dengan penuh sedar) Contohnya,membuka ,memberi,mengambil.- Tak sengaja ( kebalikkan daripada perbuatan sengaja) Contoh,tertidur,terambil,terkeluar.- Perbuatan kendiri ( berlaku/dilakukan pada diri sendiri) contoh,tidur,mandi,bersolek.-Perbuatan luar kendiri( dilakukan pada orang lain/benda lain).Contoh,mencukur ,menyolek.-Perbuatan menyebabkan(berlakunya sesuatu peristiwa/keadaan)Contoh,bunuh,basuh,membersihkan.- Perbuatan tak menyebabkan. Contoh, mati,marah,berbaring.-Menghasilkan.Contoh,masak,buat,tumbuk- tak menghasilkan.Contoh buka,tutup,makan.-Perbuatan saling. Contoh, bersalam,berbual,berpelukan-menyaling. Contoh, menegur,memeluk,memaki.-Perbuatan dengan upaya biasa.Contoh -memasak,menari,melompat.- Upaya luar biasa. Contoh, tergamak,terangkat.-Perbuatan seketika. Contoh berdering,berlari,memandang--Perbuatan berterusan. Contoh berdering-dering,berlari-lari.- Perbuatan tabiat ( ciri dalam kehidupan pelaku)Contoh, berjual,bekerja,berabdi.- Bukan tabiat.Contoh, menjual,mengerjakan,mengabdikan.- Perbuatan gerak. Contoh, pergi,datang,terbang,bawa.-Perbuatan bukan gerak.Contoh, duduk,tidur,hinggap.-Perbuatan memanfaatkan.Contoh,masakkak,tuliskan,beri.-Perbuatan yang tidak mendokong maknamanfaat. Contoh,masak,bawa,tulis.

ii. Kata Kerja Keadaaan- Kata kerja peristiwa. Contoh,mati,hidup,sakit.- Kata kerja kepunyaan. Contoh,ada,punya,mempunyai.- Kata kerja pemerian. Contoh, menjadi,merupakan,terdiri.Kata Kerja Bantu.( iaitu kata kerja yang membantu kata kerja leksikal)i. Kata kerja aspek (merujuk pada proses perbuatan atau keadaan) Contoh, sudah,telah,sedang,belum,mahu.ii. Kata kerja madolitas ( membantu dan memberi ciri suasana kepada perbuatan/keadaan)Contoh, mahu,hendak,boleh, dapat,mesti,wajib,mungkin,enggan,perlu.

GOLONGAN KATA ADJEKTIFNIK SAFIAH et.al(2008)ASMAH HAJI OMAR ( 2009)Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.-kata adjektif dibahagikan kepada 9 jenis iaitu:i. Kata adjektif sifatan @ keadaa-memberi pengertian sifatan atau keadaan.Contohnya: baik, lemah, gopoh, sihat, pandai, berani, takut.

ii.Kata adjektif warna-membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.Contohnya : merah, biru, putih

iii. Kata adjektif ukuran-membawa pengertian ukuran.Contohnya: panjang, pendek, besar, kecik, tebal, nipis

iv. Kata adjektif bentuk-membawa pengertian rupa bentuk.Contohnya: bulat, lurus, buncit, leper, lekuk, bujur, bengkok.

v. Kata adjektif waktu-membawa pengertian konsep masa.Contohnya: baharu, lama, awal

vi. Kata adjektif jarak-membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang k.namaContohnya: jauh, rapat, hampir,

vii. Kata adjektif cara-membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam.Contohnya: cepat, selalu, laju, deras, lincah, jelas.

viii. Kata adjektif perasaan-membawa pengertian konsep perasaan.Contohnya: rindu, benci, cinta

ix. Kata adjektif pancaindera-membawa maksud konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera.- Deria rasaContohnya: sedap,masin- Deria pandangContohnya:cantik,segak-Deria dengarContohnya: lunak,garau-Deria bauContohnya:harum,busuk-Deria sentuh Contohnya:kasar,licinMerupakan subgolongan dari golongan karyaan dan mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif kerana kedua-duanya tidak mengambil objek.- Ia dapat dibahagikan kepada 15 jenis.i. Kata Sifat Tabii.- Memberi percirian pada tabiat/perangai manusia. Contoh, baik,jahat,nakal.ii. Kata sifat Warna- menerangkan tentang warna dan tidak pernah berdiri sendiri. Contoh, merah,biru,hijau.iii. Kata sifat ukuran- merujuk ukuran benda bernyawa atau tidak. Contoh, kecil,gemuk,panjang,pendek.iv. Kata sifat bentuk- memberi keterangan tentang sesuatu bentuk. Contoh, bulat,leper,bengkok.v. Kata sifat indera- menerangkan ciri sesuatu berdasarkan pancaindera rasa,dengar, bau,sentuh. Contoh manis,hodoh,bising,wangi,kasar.vi. Kata sifat gabungan indera- mempunyai ciri 2 indera atau lebih. Contoh, tenteram (gabungan dengar dan pandang),kotor ( gabungan pandang,sentuh,bau).vii. Kata sifat waktu diwakili oleh kata sifat lama,baru,segeraviii. Kata sifat jarak menerangkan jarak antara antara 2 titik dari penutur kepada yang dirujuknya.Contoh, jauh,dekat,hampir.ix. Kata sifat kecepatan merujuk pada daya cepatnya sesuatu gerak. Contoh, cepat,lambat,laju,deras.x. Kata sifat kuasa tenaga- boleh berfungsi sebagai kata adverba. Contoh, segar, kuat,lemah,lesu.xi. Kata sifat taraf merujuk pada taraf seseorang dalam masyarakat. Contoh, ternama,terkenal, masyhur.xii. Kata sifat suhu membawa makna sejuk panasnya keadaan alam dan jasmani. Contoh,panas,hangat,dingin.xiii. Kata sifat emosi merujuk perasaan yang muncul disebabkan sesuatu yang berlaku. Contoh,gembira,riang,dukacita.xiv.Kata kerja akaliah membawa makna penerapan fikiran atau akal. Contoh,cerdik,pintar,pandai.xv.Kata sifat akhlak mengambarkan perangai seseorang menurut peraturan agama dan kesusilaan. Contoh, tulus,jujur,bersih,amanah.

GOLONGAN KATA TUGASNIK SAFIAH et.al (2008)ASMAH HAJI OMAR (2009)Kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif.-kata tugas dapat dikelompokkan kepada empat kelompok yang berikut :1.K kata penyambung ayat-ial kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

a) Kata hubung-kata hubung gabunganJenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.Contohnya: dan, lalu, serta, sambil, atau, malahan-kata hubung pancanganJenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.Kata hubung pancangan terbahagi kepada 3 jenis iaitu:i- keteranganBerfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.Contohnya: kerana, agar,semasa, ketika, untuk, apabila, kalau dll.ii- komplemenBerfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap apda klausa utama.Contohnya ada dua iaitu: bahawa dan untuk.iii- relatifBerfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Contohnya: yang2. Kata praklausa-sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, yang terdiri daripada :i. Kata seruBentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contohnya: aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.ii. Kata tanyaPerkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.Contohnya: mengapa, bagaimana, berapa, bila, apa, siapa, mana.iii.Kata perintahBertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.Contohnya: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.iv.Kata pembenarPerkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.Contohnya: ya, benar, dan betul.v. Kata pangkal ayatPerkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.Contohnya: hatta, maka, adapun, arakian, sebermula, alkisah3. Kata prafrasa dan pascafrasa-sejumlah perkataan yanghadir sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.i. Kata bantu (sebelum frasa)Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.Kata bantu di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:-Kata bantu aspekMenimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan.Contohnya: telah, sudah, baru, pernah, masih, mula, belum, akan, sedang.-Kata bantu ragamBentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh.

ii. Kata penguatPerkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.Ada 3 jenis kata penguat iaitu:-Kata penguat hadapanPerkataan yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif.Contohnya : terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.-Kata penguat belakangPerkataan yang terletak di belakang frasa atau kata adjektif.Contohnya: sekali, benar, betul, nian.-Kata penguat bebasPerkataan yang terletak di hadapan atau pun di belakang frasa atau kata adjektif.Contohnya: amat, sangat, dan sungguh.iii. Kata penegasSejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Terdapat dua jenis kata penegas iaitu :Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.Contohnya, -kah, -tah, -lah

- Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek atau predikat.Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.iv.Kata nafPerkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat.Contohnya : bukan dan tidak.v. Kata pemeriUnsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Terdapat dua cara iaitu,

- Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah.-Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.vi. Kata sendi namaPerkataan yang terletaknya di hadapan frasa nama.Contohnya: di, bagi, laksana, antara, untuk, dalam, sampai, pada, kepada, dari, daripada, ke, bagai, akan, oleh, dll.vii. Kata arahSejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.Contohnya: atas, bawah, tepi, belakang, hadapan, tengah, sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll.

viii. Kata bilanganSejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Jenis kata bilangan ialah :- Jumlah yang tentu. Contohnya, dua, sejuta, seribu, tiga, sepuluh, dll- Bilangan tak tentu. Contohnya, semua, para, beberapa, seluruh, banyak, sedikit dll.- Himpunan. Contohnya, beribu-ribu, berguni-guni, bertiga-tiga, dll.- Pisahan. Contohnya masing-masing, setiap, tiap-tiap.- Pecahan. Contohnya setengah, dua pertiga, dll.ix. Kata adverbaPerkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.Contohnya, selalu, sentiasa, esok, dan sering kali.4. Kata pascakata-satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Antara bentuk kata demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.i. Kata penekanBentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Contohnya: Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.ii. Kata pembendaBentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.Contohnya: Lajunya ialah 100km sejam.

Kata adverba ialah kata yang berfungsi pada ajung ayat dalam struktur subjek-predikat-objek-anjung.Kata adverba boleh dibahagikan kepada 29.1. Adverba tempat menerangkan di mana peristiwa/perbuatan itu berlaku. Contoh; situ,sini,sana,luar.2.Adverba arah yang menyatakan dari mana atau ke mana bergeraknya sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh; pergi- Dia sudah pergi sekolah.3. Adverba waktu iaitu kata/frasa/klausa yang menjawab pertanyaan bila sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh; sekarang,kini dulu,kelak4.Adverba alat menjawab pertanyaan dengan apa sesuatu itu dilakukan. Contoh; dengan pisau,dengan kereta.5.Adverba penyertaan menjawab dengan siapa sesuatu itu dilakukan. Contoh; dengan ,bersama.6.Adverba gaya menerangkan bagaimana atau dengan gaya yang bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh; perlahan-lahan,cepat.7.Adverba muasal menjawab dari apa sesuatu itu disempurnakan. Contoh; dari kulit,dari marmar.8. Adverba manfaat menjawab pertanyaan untuk siapa,kepada siapa atau dari siapa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contoh; kepada adik,untuk tetamu,dari rumah.9. Adverba durasi menerangkan jangka waktu yang terus-menerus yang menjadi konteks sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh; sentiasa,sebentar,sekejap.10. Adverba kekerapan menerangkan berapa kali sesuatu perbuatan/peristiwa berlaku. Contoh; selalu,kadang-kadang.11. Adverba perbatasan menunjukkan batas atau hadnya sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh menggunakan gabungan antara hanya atau Cuma dengan sahaja.12. Adverba perhinggaan menerangkan tempat atau waktu berakhirnya perbuatan/peristiwa.Contoh sampai mana,hingga bila,sampai bila.13. Adverba cara menunjukkan cara atau kaedah sesuatu perbuatan. Contoh; begini,begitu,demikian.14. Adverba permulaan menunjukkan permulaan perbuatan/peristiwa. Contoh; sejak,semenjak,mulai.15. Adverba kesungguhan mempersungguhkan sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh betul-betul,benar-benar,sama sekali.16. Adverba musabab hanya didukung oleh klausa yang ditandai kata hubung sebab,kerana,oleh sebab,oleh kerana.17.Adverba tujuan menyatakan tujuan sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh; agar,supaya,untuk.18. Adverba syarat menyatakan syarat yang dikenakan untuk berlakunya sesuatu perbuatan. Contoh; jika,kalau,andaikata,seandainya.19. Adverba tolak ansur menyatakan 2 keadaan yang menjadikan konteks berlakunya sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh;sungguhpun,meskipun,walaupun.20.Adverba kiasan adalah adverba yang mengkiaskan sesuatu perbuatan itu kepada perbuatan/peristiwa lain. Contoh; seperti,laksana,umpama,semacam.21. Adverba pemastian mempunyai fungsi untuk memastikan sesuatu perbuatan yang belum berlaku. Contoh; pasti,tentu,tentu sekali.22.Adverba kejauhan menerangkan jarak jauhnya sesuatu perbuatan itu dari titik permulaan sampai ke titik penghujungnya. Contoh; dua batu,lima kilometer23.Adverba pemakinan menerangkan keadaan /sifat yang mengalami peningkatan dari pelbagai-bagai aspek. Contoh; makin,semakin.24.Adverba tanya ialah kata /frasa tanya,bukan kata ganti tanya dan yang memerlukan sebagai jawapan kata/frasa yang berfungsi sebagai adverba.Contoh; sampai bila?,untuk siapa? berapa orang?25.Adverba mentara menunjukkan adanya perbuatan yang lain yang menjadi konteks perbuatan utama. Contoh; sementara,sambil.26.Adverba rujukan menerangkan rujukan yang menjadi konteks berlakunya sesuatu perbuatan.Contoh; menurut,mengikut,berhubung dengan.27. Adverba perbandingan ialah subgolongan adverba yang menerangkan kata sifat.Adverba ini didukung oleh bentuk kata dan juga rangkai kata.28. Adverba agentif ialah adverba yang menunjuk kepada pelaku perbuatan. Contoh ;oleh Ahmad.29. Adverba anafora adalah merujuk pada pernyataan dalam ayat sebelumnya. Contoh;oleh itu,lagi pula, namun.

RUMUSAN Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009) menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009),namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas oleh Nik Safiah et.al tetapi Asmah Haji Omar mengolongkanya sebagai golongan kata utama. Manakala Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al yang menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Nik Safiah et.al menggolongkannya di bawah golongan utama. Buku Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang mendalam tentang golongan kata memandangkan pengunaannya yang pesat pada masa kini. Sesuatu bidang ilmu boleh dikaji dan diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri ditunjangi oleh teori dan pendekatan. Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan pendekatan seperti itu, maka cara pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran.

RUJUKANSiti Hajar Abd Aziz( 2010). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Oxford Fajar.Dr Ali Mahmood et.al (2012). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.OUM.Raminah Hj Sabran et.al (1984) . Kajian Bahasa.Fajar Bakti Sdn Bhd.Asmah Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. DBP.Nik Safiah Karim et.al ( 2008).Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. DBP.


Top Related