Download - Puisi tradisional
PUISI TRADISIONALSYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH
SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH
Ada kepada suatu hari,Sakit saudagar laki isteri,Adalah kiranya tujuh hari,Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar tahu akan dirinya,Hampirlah mati kepada rasanya,Lalulah memanggil akan anaknya,Dicium kepala dengan tangisnya.
Katanya wahai cahaya mataku,Tinggallah tuan buah hatinya,Hampirlah mati gerangan aku,Baiklah tuan tingkah dan laku.
Serta merta aku tinggalkan,Tuan seorang yang menyukakan,Sampai habis semua diterimakan,Faedahnya akan diberikan.
Jikalau tidak anakku berakal,Harta pusaka di manakan kekal,Habis harta badan tinggal,Laksana perahu bersauh tunggal.
Kerana harta tiada berguna,Jikalau tidak akan sempurna,Sekalian itu habislah fana,Hanyalah tinggal badan merana.
Budi dan bahasa janganlah lupa,Muliakan olehmu ibu dan bapa,Mana yang datang padamu berjumpa,Janganlah lambat tuan menyapa.
Kerana adat orang berbeza,,Tiada memandang harta dan benda,Tegur dan sapa itu yang ada,Itulah penambah didalamnya dada.
MAKSUD SYAIR RANGKAP 1
Ada kepada suatu hari,Sakit saudagar laki isteriAdalah kiranya tujuh hari,Tidak bergerak kanan dan kiri
• Saudagar dan isterinya jatuh sakit kira-kira tujuh hari hingga tidak boleh bergerak
MAKSUD RANGKAP 2
Saudagar tahu akan dirinyaHampirlah mati kepada rasanyaLalulah memanggil akan anaknyaDicium kepala dalam tangisnya• Saudagar tahu dirinya akan meninggal
dunia lalu memanggil anaknya datang menghampirinya. Saudagar mencium kepala anaknya disertai dengan linangan air mata.
MAKSUD RANGKAP 3
Katanya wahai cahaya matakuTinggallah tuan buah hatiku,Hampirlah mati gerangan aku,Baiklah tuan tingkah dan laku.
• Saudagar memberitahu anaknya akan keseorangan kerana beliau akan meninggl dunia. Beliau menasihati anaknya agar menjaga tingkah laku.
MAKSUD RANGKAP 4
Serta harta aku tinggalkan,Tuan seorang yang menyukakanSampai habis semua diterimakan,Faedahnya akan diberikan.
• Saudagar mewasiatkan semua harta kepada anaknya agar anaknya gembira dan mendapat manfaat daripa harta tersebut.
MAKSUD RANGKAP 5
Jikalau tidak anakku berakal,Harta pusaka dimanakan kekal,Habis harta badan tinggal,Laksana perahu bersauh tunggal.
• Saudagar juga berpesan jika anaknya tidak mempunyai ilmu pengetahuan, harta yang banyak akan kehabisan, ketika itu akan merasa susah dan hina
MAKSUD RANGKAP 6
Kerana harta tiada berguna,Jikalau tidak akan sempurna,Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana.• Harta juga menjadikan kita tidak
berguna dan lebih baik tidak berharta. Harta boleh merosakkanseseorang di dunia dan akan menyebabkan diri merana
MAKSUD RANGKAP 7
Budi dan bahasa janganlah lupa,Muliakan olehmu ibu dan bapa,Mana yang datang padamu berumpa,Janganlah lambat tuan menyapa.
• Kita haruslah menjadi orang yang berbudi bahasa, muliakan ibu bapa dan menyapa orang yang datang berjumpa kita.
MAKSUD RANGKAP 8
Kerana adat orang berbeza,Tiada memandang harta dan benda,Tegur dan sapa itu yang ada,Itulah penambah di dalamnya dada• Setiap orang mempunyai pandangan
yang berbeza, ada yang tidak memandang harta benda dan lebih kepada hormat-menghormati serta bertegur sapa kerana perkara itu yang kekal selamanya
TEMA
Nasihat seorang bapa kepada anak ketika
bapanya hampir menghembuskan
nafas yang terakhir.
PERSOALAN
Kasih sayang seorang bapa kepada anak Ilmu mampu mengawal harta benda. Harta boleh menjadikan seseorang itu
merena. Ibu bapa wajib dimuliakan. Kita hendaklah cepat menegur orang yang
datang bertandang. Setiap orang mempunyai pandangan yang
berbeza kerana tidak semua orang memandang harta.
BENTUK
Lapan rangkap. Empat baris setiap rangkap. Kebanyakan empat patah perkataan
setiap rangkap. Bilangan suku kata dalam setiap rangkap
berbeza, antara sepuluh hingga sebelas suku kata.
Berbentuk terikat. Rima akhir ialah aaaa.
GAYA BAHASA
Repetisi/ Pengulangan perkataan
• Harta pusaka dimanakan kekal. (rangkap 5)
• Habis harta badan tinggal. (rangkap 5)
GAYA BAHASA
Epifola/Pengulangan perkataan di akhir baris
• Ada kepada suatu hari. (rangkap 1)
• Adalah kiranaya tujuh hari. (rangkap 1)
GAYA BAHASA
Responsi/Pengulangan perkataan di tengah-tengah baris:
• Tinggallah tuan buah hatiku. (rangkap 3)
• Baiklah tuan tingkah dan laku. (rangkap 3)
GAYA BAHASA
Simile;
• Laksana perahu bersauh tunggal. (rangkap 5)
GAYA BAHASA
Bahasa Arab:
• fana
GAYA BAHASA
Peribahasa
• Cahaya mata• Buah hati
GAYA BAHASA
Asonansi / Pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali
• Jikalau tidak anakku berakal. (rangkap 5)
GAYA BAHASA
Aliterasi / pengulangan bunyi konsonan r sebanyak tiga kali
• Kerana harta tiada berguna. (rangkap 6)
NILAI DAN PENGAJARAN
Kasih sayang
Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih dan sayang
terhadap keluarga.
NILAI DAN PENGAJARAN
Mendengar nasihat
Kita perlu mendengar nasihat dan pesanan orang tua
NILAI DAN PENGAJARAN
Hormat dan taat
Kita perlu menghormati ibu bapa kita.
NILAI DAN PENGAJARAN
Bertanggungjawab
Kita perlu bertanggungjawab menjaga harta pusaka dengan
sebaiknya
NILAI DAN PENGAJARAN
Berbudi bahasa
Kita mesti berbudi bahasa pada setiap masa
NILAI DAN PENGAJARAN
Kesederhanaan
Kita hendaklah bersederhana dalam semua perkara.
LATIHAN:
1. Tuliskan persoalan yang terdapat dalam Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.
2. Senaraikan pesanan Ayahanda Siti Zawiyah kepada anaknya,
3. Nyatakan bentuk Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.