Download - PUISI MELAYU TRDSNL

Transcript
Page 1: PUISI MELAYU TRDSNL

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA 1104 – FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TAJUK: PUISI MELAYU LAMA CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI

NAMA : RAMIZAH BT SULAIMAN NO. MATRIK : JEA 080113 NO. K/P : 881204-06-5168 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

PENGENALAN Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak. Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.2 Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal. 1http://pen yai r.wo rdpress. com/cate gor y/puisi- tradisional/ 2http://pen yai r.wo rdpress. com/cate gor y/puisi- tradisional/ PANTUN BUDI – CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI Sutan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah serkah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Budi yang baik tetap di hati Banyak orang di Bukit Cina, Daun nanas serak-serakan, Burung tempua di pohon saga; Zaman sekarang ringgit berguna, Emas perak jadi taruhan, Budi baik terpinggir juga. Padi bukit padi huma, Taruh mari di dalam peti, Dibawa orang ke Tanjung Jati; Budimu tuan saya terima, Sudah terlekat di dalam hati, Terpahat kukuh hingga ke mati. Buah lada lebat di pangkal, Gugur daun dengan buahnya, Dibawa dagang pergi seberang; Sungguh ringgit penuh sekapal, Budi tiada apa gunanya, Nama pun tidak disebut orang. Dari Johor ke Majapahit, Singgah berlabuh di Pulau Bangka, Ambil muatan gula dan rempah; Jika masyhur budi yang baik, Jangan pula mengada-ngada, Orang keliling jadi menyampah. (Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001)3 3 Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. BIBLIOGRAFI BUKU Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003.Analisis Autentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Bn

Page 2: PUISI MELAYU TRDSNL

Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. LAMAN WEB Perbilangan Adat Melayu, h ttp : //p en yai r. w o r d p r es s . co m/categ o r y/p u is i- tr ad is io n a l/ Ads by Google

NAZAM

Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut Kamus Dewan (1994:858) “Nazam” ialah perkataan Arab yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair, ”bernazam” adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau bersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau mengubah dan menyajakkan. Kamus Dewan juga memberikan kata lain yang digunakan untuk nazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalam bahasa Arab bererti merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna ini termasuklah merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata dalam mencipta puisi. Dalam Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidak dijumpai kata "nazam", namun dapat disamakan dengan "nalam", iaitu banalam (bernazam) ialah bertjerita dengan lagu terutama tentang agama atau yang berisi pengajaran. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988, ditemukan kata "nalam" dan "nazam". "Nalam" adalah gubahan sajak (syair, karangan); sementara bernalam, bermaksud membaca puisi atau bercerita dengan lagu; bersajak (bersyair). Mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia (1984) mengatakan "nalam": gubahan sajak, syair atau karangan); "bernalam" bermakna bersajak atau bersyair; bercerita dengan lagu; "menalamkan" adalah menyajakkan; menceritakan dengan lagu.Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazam bermakna puisi secara umum. Di samping itu istilah ‘bernazam’ pula digunakan bagi maksud berlagu. Di dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yang sama dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil dari bahasa asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasal dari bahasa Tamil. Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umum di dalam bahasa asal masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayu perkataan-perkataan ini kemudian mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagai istilah teknikal yang merujuk kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyai struktur, isi dan fungsi yang tersendiri. Perkataan nazam yang digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yang dikarang oleh Bokhari al-Jauhari kira-kira dalam tahun 1603.

Istilah nazam dalam konteks puisi Melayu tradisional yang diterima pada masa ini merujuk kepada sejenis puisi tradisional yang mempunyai beberapa ciri khas. Ciri-ciri utama nazam adalah seperti di bawah:1. Gubahan puisi yang mengandungi dua baris serangkap. Dalam aspek ini ia menyerupai pantun dua kerat tetapi tidak mempunyai pembayang maksud. Kedua-dua

Page 3: PUISI MELAYU TRDSNL

baris adalah maksud.2. Skima rima Nazam ialah a-a, b-b. Namun begitu skima rima ini tidaklah terlalu rigid. Terdapat nazam yang selepas beberapa rangkap, skima rimanya menjadi agak longgar.3. Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri daripada lima atau enam perkataan menjadikan sukukata antara sepuluh hingga dua belas. Namun begitu ada juga yang lebih daripada enam perkataan dan mempunyai hingga 20 sukukata.4. Bilangan baris pada sesuatu nazam adalah tidak terhad. Ada nazam yang panjang hingga seribu rangkap.5. Nazam adalah puisi yang bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentang hukum hakam dan kisah kehidupan Nabi Muhammad saw.6. Dari sudut gaya bahasa, terdapat banyak penggunaan perkataan Arab.7. Ciri signifikan dalam Nazam ialah ia dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa puji-pujian dan selawat ini diulang-ulang hingga ke baris akhir.8. Nazam biasanya disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya diiringi paluan rebana9. Pada masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi dan majlis-majlis keagamaan yang lain

Perkembangan Nazam di Tanah MelayuNazam tidaklah begitu terkenal seperti pantun dan syair. Tidak banyak penyelidikan yang telah dijalankan ke atasnya. Bahkan, Vladimir Braginsky (2004:491) berpendapat bahawa hanya dua subgenre puisi tradisional yang masih subur di dalam kesusasteraan Melayu bertulis iaitu pantun dan syair. Perkembangan nazam hanya terbatas kepada beberapa buah negeri, iaitu Terengganu, Pahang dan Melaka sahaja.

Mengikut sejarah, nazam dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke 16 oleh pedagang dan alim ulama yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu. Nazam, di samping syair, adalah puisi yang lahir dari kedatangan dan perkembangan kesusasteraan Islam sejak zaman Kerajaan Pasai hingga ke empayar Melayu Melaka. Mereka menggunakan nazam untuk menyampaikan ajaran Islam, mengajar hukum hakam dan kisah Nabi-nabi.

Selepas kejatuhan Melaka, Aceh telah muncul sebagai pusat perkembangan dan kekuatan kesusasteraan Islam. Di sinilah lahirnya pengarang dan pujangga Melayu yang turut menghasilkan karya-karya agung. Pada peringkat awal, pengarang-pengarang Aceh telah memperkenal dan menterjemah karya-karya Arab dan Parsi ke dalam bahasa Melayu. Hal ini dituruti dengan percubaan untuk mencipta puisi dalam bahasa Melayu dengan menggunakan gaya atau metrum puisi Arab Parsi. Kegiatan ini menyuburkan perkembangan syair dan nazam.

Hasil usaha pengarang-pengarang Aceh ditemui di dalam sebuah naskah pada 1296H/1879M. Di dalamnya terdapat terdapat sebuah puisi diberi jodol Aqidat al ’Awam.Akan nadham ini Aqidat al ’AwamDaripada yang wajib bagi agama sudah tamam

Page 4: PUISI MELAYU TRDSNL

terjemah nadham tiada boleh disebutkankerana gharib lagi miskin kehinaan

tiada warith tiada kaum sangat terdagangmemintak sedekah mana-mana negeri orang

siapa-siapa yang kasih dengan sayangjangan dengki jangan benci jangan wayang

kerana sebab hancur hati kedukaantinggal negeri tinggal kampung percintaan

siapa melihat salah silap minta maafkanjikalau kasih dengan insaf tuan baikkan

dengan serta nahi kita loghatserta ...........semuhanya tuan angat

empat ilmu tua sudah faham dengan tahqiqmana yang salah tuan ubah dengan...........

jikalau tuan tiada tahu yang demikianbaik tuanku mengikut yang ada dalam suratan

satu huruf satu baris satu titikharam atas tuan mengubahkan bertukar balik

itulah nasihat daripada hamba tuan kabulsupaya di akhirat jadi senang tiada berhadul

kerana hamba baharu datang tiada fasihBahasa Melayu baik tuanku tolong fasrih.

(Teuku Iskandar , 1995:438)

Karya ini merupakan puisi yang ditulis dalam dua baris serangkap dan berima di hujungnya. Pada rangkap pertama dan kedua pengarang (atau penterjemah) menyatakan usahanya untuk menterjemahkan puisi tersebut dari bahasa asing, jelasnya bahasa Arab, ke dalam Bahasa Melayu. Puisi yang sedang diterjemahkan itu diistilahkan olehnya sebagai nadham.

Di samping itu terdapat sebuah puisi yang dberi tajuk Nalam (Nazam)Peraturan Alif yang disebut oleh Braginsky (2004:752). Nalam (Nazam)Peraturan Alif berkemungkinan dikarang pada abad ke 18. Rangkap pertama dimulakan dengan huruf alif, rangkap kedua dimulai dengan huruf ba, ketiga dengan sa dan seterusnya. Nazam ini mungkin diperbaharui dan menjadi Nazam Alif Ba Ta yang agak terkenal

Page 5: PUISI MELAYU TRDSNL

di Perak, Melaka. Nazam Alif Ba Ta mengandungi 58 rangkap. Rangkap pertama bermula dengan huruf alif, rangkap kedua bermula dengan ba dan seterusnya.Nazam ini memperkatakan tentang kemuliaan agama Islam, khasnya tentang ketinggian ilmu dan iman.

(Aliff)Allah menjadikan kesekelian alamLangit dan bumi, laut yang dalam

Percaya Rasul alaihissalamSuruh dirikan agama Islam

(Ba) Baru hukum akalQidam dan Baqa sedialah kekal

Tak dapat lagi hendak disangkalJika hendak faham kajilah akal

(Ta) Tajamlah akal menuntut ilmuSupaya jangan kita tersemu

Rajinkan belajar jangan jemuPada yang lain jangan diramu

(Sa) sabil tak billah liku bahriIlmu pengetahuan wajib dicari

Supaya menjadi lebai yang qariBanyak rahmat Allah memberi

(jim) Jadikan Allah Tuhan yang KayaNabi Muhammad Rasul yang mulia

Disuruh beriman serta percayaSuruh menyembah Tuhan yang esa

(Ha) Hadis Quran buat ikutanKasi agama serta amalkan

Jangan diingkar suruhan TuhanJika diingkar terimalah keazaban

(Kho) Khabar yang benar hendak dipercayaiSegi agama jangan dicemuhi

Agar hidup bahagia berseriRahmat petunjuk Tuhan cucuri

Page 6: PUISI MELAYU TRDSNL

( sumber: Wahyunah Haji Abd.Gani, Mohamad Shaidan,2000:494-500)

Struktur Nazam.Kedua puisi yang dipetik di atas memperlihatkan ciri-ciri nazam yang dikenali pada hari ini, iaitu puisi yang terdiri dari dua baris menepati huraian Zaaba bahawa Nazam adalah puisi yang rangkapnya dihitung dua-dua serangkap dengan skima rima a-a, b-b. (Harun Mat Piah,1994:286). Dalam hal ini ia menyerupai pantun dua kerat. Bezanya nazam tidak mempunyai pembayang maksud, kedua-dua baris adalah maksud. Serangkap nazam tidak boleh berdiri sendiri. Ciri ini juga membezakannya daripada pantun dua kerat, Sesuatu rangkap mesti dikaitkan dengan rangkap-rangkap yang lain untuk membawa satu tema utama dan tema itu adalah tema keagamaan.

Nazam juga berbeza dari syair yang kebanyakannya mengandungi empat perkataan sebaris dengan sepuluh sukukata. Rima syair ialah a-a-a-a sementara rima nazam ialah a-a atau a-b, c-b, d-b dan d-e. Skima rima ini tidak terlalu rigid dan boleh juga menjadi a-a, b-a, c-a, d-a,. Baris nazam mungkin lebih panjang daripada syair dan pantun, iaitu mengandungi lebih daripada lima perkataan dan mencapai hingga dua puluh sukukata.

Naskah awal nazam yang ditemui ditulis di dalam tulisan jawi. Dari sudut gaya bahasa nazam banyak menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab terutama perkataan yang berkaitan dengan agama Islam. Ciri yang signifikan di dalam nazam ialah ia dimulai dengan puji-pujian dan pengucapan syukur terhadap Allah SWT dan selawat ke atas nabi.Contohnya:Puji itu bagi Allah yang tunggalYang tiada ada baginya itu misal

Yang menunjuk atas wajib wujudnyaItu oleh ni kainat samuhanya

Maka salatul-Llah dan salamnyaItu turun kedua atas Rasul-Nya

Muhammadin yang dibangkit akan diaDengan surah tauhid Tuhan yang sedia.

Pada masa sangat umum syiriknyaDengan sebab sangat banyak jahilnya

Maka menunjuklah ia akan kitaDengan bujuk bagi nasihat yang nyata

Tunjuk pula hingga perang dengan pedangMaka nyatalah agama putih terang

Page 7: PUISI MELAYU TRDSNL

Petikan di atas adalah dari Nazam al-Jawahir al-Samiyah, (sumber: Harun Mat Piah, 1977:288). Dari segi bentuk dan isinya menepati definisi nazam yang dihuraikan di atas. Sebahagian besar isinya membicarakan ilmu tauhid, iaitu mengenal dan memahami sifat 20. Terdapat kosa kata dari Bahasa Arab dan istilah agama seperti salatul-Llah, surah, tauhid, Rasul. Syirik dan sebagainya.

Baris-baris yang mengandungi puji-pujian ini diulang-ulang supaya dapat memberi kesatuan tema kepada keseluruhan nazam yang disampaikan. Dan ini memberikan kesatuan dan ikatan seperti tali yang merangkai bait-bait atau rangkap-rangkap tersebut. Ciri-ciri ini selaras dengan makna nazam pada asasnya iaitu merangkai misalnya merangkai mutiara atau merangkai bunga-bunga pada satu tali.

Nazam berfungsi sebagai media pembelajaran agama, khasnya untuk masyarakat yang tidak mahir di dalam bahasa Arab dan tidak mampu membaca kitab-kitab yang lebih tebal. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Nazam Mukadimah daripada kitab Tanbih al-Kusla:Telah tamat nazam ini dengan berkatNabi kita yang dibenarkan mukjizat

Aku nama nazam ini MukadimahBagi orang baru belajar ilmu Allah

Ini bermakna dari segi isi, nazam tidaklah seluas pantun dan syair yang meliputi seluruh bidang dan kehidupan manusia. Syair juga pada mulanya digunakan untuk tujuan menyampaikan ajaran agama. Namun syair telah mengalami perubahan dan digunakan untuk menyampaikan cerita sejarah, cerita hikayat dan sebagainya. Dari aspek isi, Nazam juga menyerupai berzanji yang mengandongi doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad saw. yang disebutkan berturut-turut iaitu salasilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, hingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Selain menyampaikan pengajaran agama, nazam juga telah digunakan bagi menyampaikan nasihat dan panduan kepada pemerintah dan pemimpin. Contoh nazam yang demikian ditemui dalam Tajus Salatin yang berbunyi:Bahawa bagi raja sekalianHendak ada menteri demikian

Yang pada suatu pekerjaanSempurnakan segala kerajaan

Menteri inilah maha tolan rajaDan peti segenap rahsianya sahaja

Kerana kata raja itu katanyaEsa ertinya dan dua adanya

Page 8: PUISI MELAYU TRDSNL

Maka menteri yang demikian perinyaAda keadaan raja dirinya

Jika raja dapat adanya ituDapat peti rahsianya itu.(sumber: Harun Mat Piah, 1989:283).

Mengikut Zaaba naskah nazam yang terkenal ialah kitab Kitab Kanz al-’Ula yang dikarang oleh Al-Syed Muhammad bin Syed Zainal Abidin al-Idrus yang terkenal dengan nama Tuk Engku Besar Terengganu. Tuk Engku Besar Terengganu juga telah mengarang beberapa buah buku agama yang ditulis dalam bentuk nazam. Sebuah daripadanya terbit beberapa kali dan luas penyebaran khususnya di Terengganu. Nazam yang ditemui termasuklah Tahfat al-Wildan, Mokhtasar, al-Jawahir al-Saniyyyah, Sirat al-Nabawiyyah, dan Sullammal-Taufiq. Kebanyakan nazam beliau mengandungi kisah hidup Nabi Muhammad sejak baginda dilahirkan.

Nazam Kanz al-’Ula menceritakan riwayat hidup RasullullahSaidina Muhammad itulah Rasul yang tinggiZat dan sifat dan nisab dan perangai yang mulia

Dan ia ituah langit yang ke atas bandingnyaDan anbia lainnya tu bawahnya ia.Dia iaitu matahari yang lebih cahayanyaDan anbia lainnya itu bintangnya ia

Mana samakan dia oleh Rasul yang lainPada tingginya itu dan murahnya ia

Dan ialah laut yang sangat luasnyaDan ombaknya yang limpah pada alam ini ia

Dan ialah awan yang menghamburkan hujanPada daratan rata dan lautnya ia

Lagi ialah angin yang dilepaskan diaDengan tiada hingga pada alam ni ia

Nazam juga menjadi kesenian yang dipraktikkan di Melaka. Di Melaka terdapat sebuah teks nazam berjodol Tanbih al-Kusla. Nazam tersebut adalah hasil terjemahan daripada Nzam Arzal an-Nas oleh Ahmad bin Haji Abd.Raof, yang merupakan Mufti negeri Melaka tahun 1944. Tanbih al-Kusla lebih merupakan buku permulaan dalam ilmu fikah, khususnya untuk anak-anak sekolah.

Mengikut Mohd.Ali Bachik (2004:10) perkembangan nazam di Melaka berlaku di kalangan kaum lelaki dan kaum wanita. Kaum lelaki membaca nazam di surau di antara waktu maghrib dan Isyak terutama pada bulan Rabiul Awal. Kaum wanita pula

Page 9: PUISI MELAYU TRDSNL

membaca nazam sambil menganyam tikar pada waktu malam.

Salami Simon (1990:56) menemui beberapa buah nazam yang ditulis dan disampaikan di dalam bahasa Jawa khasnya di daerah Sungai Besar Selangor. Nazam-nazam itu dimiliki oleh beberapa orang respondennya yang pernah belajar di pondok pengajian agama semasa mereka masih muda. Mereka memberi maklumat bahawa Nazam-nazam tersebut dilagukan selepas sembahyang fardhu sementara masuk waktu seterusnya, atau setelah selesai mengaji Al-Quran. Orang-orang perempuan, khasnya ibu-ibu dan nenek-nenek, sering menggunakan nazam untuk menidurkan anak-anak dan cucu mereka.

Lagu Nazam

Lazimnya Nazam disampaikan dengan berlagu. Secara umum lagu nazam boleh dibahagikan kepada dua kategori.Lagu atau intonasi zikir untuk Nazam yang dibaca di surau-surau.Lagu nasyid untuk nazam yang disampaikan di tempat-tempat keramaian khasnya majlis-majlis keagamaan.

Lagu zikirLagu zikir menggunakan nada yang rendah, sesuai untuk tempat seperti surau. Baris pertama dimulakan dengan intonasi panjang dan tinggi pada sukukata yang pertama, diikuti dengan pendek dan rendah pada sukukata kedua. Baris kedua dimulakan dengan pendek dan rendah pada sukukata yang pertama dan tinggi dan panjang pada sukukata yang kedua. Hal ini diulang pada sukukata ketiga dan keempat hingga ke akhir. Sukukata yang akhir setiap baris diberi penekanan, iaitu dengan lebih ditinggikan dan dipanjangkan.Laa /i/laa /ha/ ill /lal/Lahhh /,Mu/hamm /ma/durrr /Ra/sull /lul/Lahhh /.Pengulangan perkataan dan ungkapan yang terdapat pada nazam adalah sesuai untuk diserapkan ke dalam zikir .

Nazam juga dibaca dengan rentak pendek panjang dan penekanan kepada sukukata yang keempat. Melodi seperti ini boleh disebut sebagai melodi terbuka dan mudah disesuaikan dengan bilangan sukakata nazam yang tidak terhad.

Ka/mi/mu/ laa /na/zam/i/ nii /de/ngan/na/ maaaa /(12 sukukata)Al/lah/yang/memm /be/ri/fa/ hamm /kan/a/ga/ ma /12 sukukata)

Deng/ki/pa/ daaa /nya/sau/da/raaa /se/ke/ lian (11 sukukata)Sau/da/gar/Me/ sir /ya/Al/lah/Na/bi /Yu/sof /di/jual/kan /(15 sukukata)

Lagu NasyidDi dalam majlis-majlis keramaian nazam dilagukan dengan lagu yang lebih rancak dan nada yang lebih tinggi untuk menimbulkan kemeriahan tetapi lembut dan terkawal sesuai dengan senikata yang berunsur keagamaan Mengikut catatan Mohd

Page 10: PUISI MELAYU TRDSNL

Ali Bachik (2004:15), lagu yang paling banyak digunakan untuk nazam ialah lagu yang dikenali sebagai Abdaubis yang berasal dari berzanji. Pada masa ini, lagu ini lebih popular di Tanjung Bidara dan Tanjung Keling. Terdapat beberapa versi lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan yang bergerak di Merlimau, Jasin, Serkam dan Muara Sungai Duyung. Terdapat juga lagu nazam yang diserapkan ke dalam lagu-lagu oleh pencipta-pencipta lagu moden. Contohnya, Seniman Agung P.Ramlee mempopularkan lagu Naam Sidi menjadi lagu Gambus Jodoh (dari filem Madu Tiga) dan Tolong Kami Bantu Kami (daripada filem Tiga Abdul). Kumpulan-kumpulan nazam semasa juga telah menggubah irama-irama baru yang sesuai untuk menyanyikan nazam untuk menjadikan kesenian ini lebih menarik khasnya untuk menarik minat generasi muda.

Perbezaan lagu nazam dan syairLagu nazam berbeza dari syair. Syair mempunyai bentuk melodi yang panjang, bernada melankolik, mendayu, meninggi, dan beralun. Irama nazam lebih rancak dan temponya cepat. Lagu nazam lebih mudah dan tidak memiliki range nada yang terlalu tinggi atau terlalu rendah yang mencabar kemampuan seorang penyampai. Jika syair merupakan persembahan yang dibawa oleh tukang syair yang dianggap mempunyai kebolehan istimewa, maka nazam lebih merupakan partisipasi bersama. Orang ramai yang datang ke sesuatu majlis seringkali akan turut bernazam bersama-sama ahli kumpulan. Nadanya lebih rendah dan tidak memerlukan lantunan atau ketinggian suara atau pernafasan yang baik . Melodi syair hanya dapat dibawa dengan baik jika bilangan sukukata tidak melebihi lapan. Keharmonian irama syair akan terjejas jika bilangan sukukata tidak terkawal. Hal ini tidak terjadi di dalam nazam kerana iramanya boleh disesuaikan dengan panjang pendek sesuatu baris. Nazam boleh dinyanyikan tanpa muzik pengiring dan boleh juga diiringi dengan alat muzik percussion seperti gendang dan rebana. Nazam biasanya dinyanyikan secara beramai-ramai sedangkan syair disampaikan secara solo dan memerlukan vokal yang baik.

Berbeza dari syair yang berkembang di pentas-pentas persembahan khasnya bangsawan, nazam lebih merupakan aktiviti rakyat yang dilagukan di kampung-kampung terutama di tempat-tempat belajar agama. Lagu-lagu nazam biasanya disampaikan secara beramai-ramai oleh murid-murid sekolah agama rakyat. Tujuannya untuk memudahkan pelajar-pelajar mengingati dan menghafal bahan-bahan yang dipelajari. Kumpulan nazam sekolah-sekolah ini sering pula mengambil bahagian dalam acara-acara kemasyarakatan seperti perkahwinan, khatam Al-Quran, pesta-pesta kebudayaan. Ia merupakan penyertaan beramai-ramai bukan sahaja oleh pelajar-pelajar yang menyertai kumpulan nazam tetapi juga pendengar-pendengar yang kebanyakannya tidak boleh membaca atau tiada kesempatan membaca. Adab membaca mesti dimulakan dengan duduk tertib dan memberi salam dan membaca bismillah, berselawat atas nabi. Selain di tempat-tempat belajar, nazam juga dinyanyikan oleh kaum wanita semasa mendodoikan anak. Sehingga sekarang terdapat lagu-lagu nazam yang dinyanyikan di dalam upacara berendoi. Di negeri Pahang dan beberapa tempat lain, acara berendoi disebut sebagai bernazam.

Dengan Bismillah kami mulaiAlhamdulillah wassala tannabi

Page 11: PUISI MELAYU TRDSNL

Dengan takdir Ilahi RabbiSampai makdud yang dicitai

Seorang anak cita yang lamaSekarang kami sudah terima

Seorang anak diberi namaKami ayunkan bersama-sama

Emas dan perak kami ayunkanAnak ditaruh di daam buaian

Tali ayunan kami pegangkanEmas dan perak kami nyanyikan

Di antara lagu yang sangat terkenal di dalam acara berendoi ialah Dendang Siti Fatimah atau Dondang Siti Fatimah.Zaman zaman ya RasullahZaman Nabi di Tanah Mekah

Wafatnya Nabi di MadinahMeninggalkan anak Siti fatimah

Mengikut Harun Mat Piah (1989:307), lagu-lagu Nazam di Terengganu lebih pelbagai ragam dan banyak variasinya sementara lagu-lagu yang didapatinya di Melaka agak monotonus. Beliau menemui beberapa kumpulan nazam yang aktif dalam daerah Kuala Terengganu, Besut, Kemaman dan Dungun. Aktiviti ini juga dijalankan di Ulu Tembeling, Pahang dan di Parit, Perak.

Selain daripada kesusasteraan Melayu, Nazam juga berkembang di dalam kesusasteraan Urdu. Dalam kesusasteraan Urdu, nazam merujuk kepada puisi objektif, lazimnya mengandungi isi yang berbentuk naratif, pengajaran atau kritikan dan sindiran. Nazam dibahagikan pula kepada nazam nasri (bahasa berirama), dan nazam taweel yang bermaksud puisi panjang. Dalam bahasa tersebut, Nazam mengalami pembaharuan dan menjadi sebahagian puisi popular pada masa ini dengan adanya rakaman dan penyebaran yang luas.

Fungsi dan penyebaran nazam tidaklah seluas penyebaran syair dan pantun. Sebagai rumusan dapatlah dilihat bahawa nazam disebarkan melalui beberapa cara:

Secara beramai-ramai atau perseorangan oleh penuntut-penuntut sekolah agama untuk memudahkan menghafaz, misalnya Sifat 20.Secara beramai-ramai di masjid atau surau sambil menunggu masuk waktu sembahyang tujuannya juga untuk menghafaz seperti di atas.

Page 12: PUISI MELAYU TRDSNL

Secara berkumpulan atau koir sebagai persembahan pada majlis-majlis di sekolah-sekolah agamaSecara berkumpulan di dalam majlis-majlis keramaian kenduri kahwin, berkhatan, khatam Quran, Maulidil Rasul dan sebagainyaSecara berkumpulan sambil bekerja menganyam tikar dan sebagainyaSecara perseorangan ibu-ibu ketika menidurkan anak

RujukanBraginsky, 2004,The Heritage of Traditional Malay Literature, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussain bin Unang, 1994, Kamus At-tullab Arab-Melayu , Kuala Lumpur Darulfikir.

Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1988, Jakarta, Balai Pustaka

Teuku Iskandar,1995, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad,Brunei: Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam.

Wahyunah Haji Abd.Gani, Mohamad Shaidan, 2000, Puisi Melayu Lama Berunsur Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, 1935, Jakarta. 1935, Posted by zurinah hassan at 7:32 PM 2 comments: ahmad s.m yusof said... alangkah bagusnya kalau saya dapat menuntut ilmu nazam dari puan... 11:14 PM amthraxs said... Puan, ade simpan tak lagu-lagu nazam ni ? 12:19 AM Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) About Me zurinah hassan Tarikh /tempat lahir: 13 Jun 1949, Alor Setar Kedah. Alamat Tetap: No.2, Jalan Pinggir, 8/1L, Seksyen 8, 40000 Shah Alam Bermaustautin di Selangor sejak tahun 1974 Kelulusan Akademik: B.A.Hons (Universiti Sains Malaysia), M.A. (Universiti Putra Malaysia). Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pengalaman Menulis: Karya-karya berbentuk sajak, cerpen, rencana telah tersiar di akhbar dan majalah misalnya Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Mastika dan lain-lain sejak tahun 1967.

Page 13: PUISI MELAYU TRDSNL

Keindahan Bahasa Melayu: Gurindam,Pantun dan Selokaskip to main | skip to sidebar Keindahan Bahasa Melayu Sunday, May 20, 2007Gurindam,Pantun dan Seloka Gurindam adalah satu bentuk Puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawapannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.

Contoh-contoh Gurindam:Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.

PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Berikut dipaparkan contoh-contoh pantun empat rangkap yang meliputi tema kasih sayang, adat dan nasihat.

Contoh-contoh Pantun:Sirih junjung sirih pinangSirih kami susun bertingkatAdat dijunjung pusaka dikenangBangsa berbudi hidup muafakatSirih junjung sirih pinangSirih kuning diberi namaAdat dijunjung pusaka dikenangHidup berbudi muafakat bersamaSirih kuning sirih daraSirih tanya berserta cincinHidup beradat aman sejahteraBudaya lama tetap terjaminSirih kuning diberi namaSirih tanya berserta cincinHidup berunding muafakat bersamaBangsa mulia budaya dijaminOrang Jawa turun ke dusunSinggah sejenak di pinggir kotaKami bawa sirih tersusunSudilah sepiak pembuka kata

Seloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik, berisikan pepetah maupun perumpamaan yang mengandung senda gurau, sindiran bahkan ejekan. Biasanya ditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair, terkadang dapat juga ditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris. Kata "seloka" diambil dari bahasa Sansekerta, sloka

Page 14: PUISI MELAYU TRDSNL

Contoh-contoh Seloka:Sudah bertemu kasih sayangDuduk terkurung malam siangHingga setapak tiada renggangTulang sendi habis berguncang

A HARVEST OF GENRES

Muhammad Haji Salleh

The problem of genre as a literary issue has found very early critics in western literature, beginning as early as Aristotle. It has been discussed over time and is still being discussed by writers like Lewalski (1986) and Beebee (1995).

Malay literature has a different tradition of literary discourse, beginning with the oral and often clouded over by a strict feudal system. As social criticism was rare or hidden so was the criticism of genre. In early works there was only mention of the different genres of the pantun, seloka, and syair, besides the hikayat and the ceritera or cerita but not discussion about them.

Raja Ali Haji in his Kitab Pengetahuan Bahasa mentioned and defined many literary words - generic ones included. But classification proper/improper came with the British colonial scholar-officer Winstedt, who unfortunately was classifying Malay genres from the point of influence of Indian, Persia or Arab. But he has at least one serious student. It was Za`ba who in his Ilmu Mengarang Melayu (first published in 1934) quite consistently found categories, to help students of the Malay language to know its rules of literary composition. While doing so he progressed over his British predecessor. His categorisation was based on form and structure, and sometimes mixed into functions, when these two did not help differentiate enough.

It is natural to categorise, to classify, in order that one may focus better and study similar things in their own categories, based on family resemblances and common features. And there is no doubt that from the point of view of the authors themselves, to a certain extent, they too approach their task of writing within the parameters of the established genres. This is easy enough, as the main problems and initial work have been solved by earlier users. But it must be said too that genres are mere guidelines to certain rules and qualities of the many forms used in literature. What are the genres of Malay literature? Harun Mat Piah et al (1993) in their Kesusasteraan Tradisional Melayu, have named them as follows:

Page 15: PUISI MELAYU TRDSNL

Sastera Rakyat Sastera Hikayat Sastera Panji Sastera Epik Sastera Sejarah Cerita Nabi-nabi dan Tokoh-tokoh Islam Sastera Kitab Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan Kepustakaan Ilmu Tradisional.

For poetry alone Harun (1989:38-39) has found these terms

1.Pantun 2.Syair 3.Gurindam 4.Seloka 5.Pantun Seloka 6.Talibun 7.Perbilangan 8.Kata adat 9.Perbilangan adat 10.Teromba 11.Tambo 12.Terasul 13.Bahasa berirama 14.Sesomba 15.Peribahasa berirama 16.Peribahasa berangkap 17.Prosa berirama (prosa lirik) 18.Rejang 19.Dikir (zikir) 20.Jampi dan mantera 21.Teka-teki 22.Endoi 23.Bayt 24.Nazam 25.Ruba` 26.Kit`ah 27.Masnawi 28.Ghazal 29.Berzanji 30.Marhaban 31.Qasidah 32.Hadrah

Page 16: PUISI MELAYU TRDSNL

33.Dabus 34.Puisi-puisi sukuan.

However, eventually Harun used only 12 as the basic forms Malay poetic expression: pantun , syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibu, prosa berirama dan prosa lirik, mantera, dikir, as they are more discernible with clear differences.

From the evidence of literary texts we know that there are the main genres like poetry, prose and drama. Here the division overlap with the western. But the similarities perhap stop here, the borders are unweildly and on a closer look, we know that these are mere generalised categories.

In Malay literature there are many that may not be defined or measured against the western ones. The makyong, the theatrical story that has actors moving in circles or into scene, complete with songs and dance and action is a mixed genre. It not a stage play, neither is it a musical. We do not even have words for it in the language, what more in English. So is the ritual curing ceremony of the main puteri, where a cure is effected through poetic words and gestures, and accompanied by a whole orchestra. So is the wayang kulit (puppet theatre - another unique form that defies category - as it too contains music, the art of making leather puppets, songs, rituals etc.)

Another complicating element and division that of the oral and written, and to further blur categories many of the elements of both are present in the other category too. This may be seen throughout its history, in fact even into the present. Thus Sulalat al-Salatin and Hikayat raja-raja Pasai, two written historical works have elements of the oral in the songs, the dialogue and the formulaic scheme of composition.

But it is also true that while there are generic parameters that help the author in his composition like the hikayat, syair,and pantun, in the act of narration proper genres are mixed -- elements from various other genres are employed to enhance the effect and quality of the work. Thus in the oral narratives one finds poems, stock phrases, dialogues, verse capping session, teasing and so on. In written historical works there are pantuns, legends, anecdotes, genealogies, tales etc. In the syair sometime we find the pantuns, which in effect changes the mood, rhythm and musical quality of the syair. Look at the following for example: Tajuk mahkota melur bersunting

Page 17: PUISI MELAYU TRDSNL

Tara mahkota berayun sunting Berkembang bunga kemunting Dung-dung uma ayun tinting. Berjalan tinting lusir berlari Berayun tinting tangan menari Indah bijak Laila bistari Yang bijaksana Laila jauhari.

Kalau ada gelundi pahit Minum serbat di dalam gelas Kalau ada budi yang baik Sepanjang hidup dapat dibalas.

A second example is excerpted from the conclusion of the “Syair Berang-berang” now in the Bodlein, Oxford (MS Malay e. 2(R). The preceding verses are monorhymic syair, but finally the form changes into the pantun, a popular form and highly in demand. However, it will be noticed that two extra lines are added to the pantun, making it a half- pantun and a half-syair:

Batang seri di dalam puan Padi di dalam bermangku nila Akan berseri gerangan tuan Hati di dalam bagaikan gila Padi di dalam bermangku nila Serahi di dalam puan Hati di dalam bagaikan gila Sebab berahi kepadamu tuan Jikalau tuan mudek ke hulu Pintakan sahaya kembang kemboja Jikalau tuan mati dahulu Nantilah saya di pintu syurga Berang-berang sangat berosak hati Kerana bertemu emas pelangki.

The pantuns themselves are a great anthology of the collective creative genius. It has developed from the 2 line to the four, six, eight, ten, and even twenty. There are other forms that are based on the alif-bata-ta (the Jawi alphabet) the rejang (fortune telling through auspicious times and dates and the Pak Bongsu Membilang Malam, a narrative of a woman’s emotions aver several days.

Page 18: PUISI MELAYU TRDSNL

The pantuns themselves are present in the mantera, in the songs, the dondang sayang, the many paces of the marriage ceremonies, in speeches, in letters and also not least in love-making. The following is an exmple of the pantun in the mantera or incantation.

Pucuk perena daun perena Ketiga dengan pucuk api-api Baginda Ali minta guna Siti Fatimah turun mandi.

Siti Fatimah turun mandi Titi sampai melentuk Siti sampai berlari Aku minta putarkan hati si Anu Jantung limpanya Pulang kepada aku Lupa makan minum Lupa mandi lupa tidur Tidak lupa kepada aku Tidak lupa siang dan malam Habis kulit dengan tulang Baru lupa engkau kepada aku.

Or listen to this Balian curing incantation, mantera, of the Petalangan (Tenas Effendi (tth):55), Upacara Pengobatan Tradisional Masyarakat Petalangan Desa Betung.

Anak itik anak ayam Terbang menyisi-nyisi langit Kecil sebesar biji bayam Mengandung bumi dengan langit

Kota bumi selebar dulang Kota langit sekembang payung Duduk di tanah sekepal semula jadi Tumbuh rumput tarung temarung Alam besar diperkecil Alam kecil dihabisi Tinggal alam dalam diri Mana alam dalam diri?

Page 19: PUISI MELAYU TRDSNL

For Malay authors it seems that genres are mere guidelines, that are quite fluid. For the dynamic author they may be combined and recombined, mixed to help them give a mould for their talents and themes. They assist and provide alternatives rather than hinder, they inspire and please and entertain rather than bore the audience.

References

Alisjahbana, Sutan Takdir 1971 Puisi Lama. Jakarta, Petaling Jaya, Zaman Baru.

Beebee, Thomas O 1995 The Ideology of Genre. University Park, University of Pennsylvania Press

Harun Mat Piah 1989 Puisi Melayu Tradisional: Suatu Pembicaraan Genre dan Puisi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman, 1975 Warisan Budaya Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Proyek Pengembangan Media Kebangsaan, Tth. Antologi Sayari Simbolik dalam Sastra Indonesia Lama. Jakarta, Ditjen Kebudayaan. Dep. P & K.

Stallneckt, Newton P. dan Horst, Frenz ed. 1973, Comparative Literature, Carbondale, Southern Illinois University Press.

Za`ba, (first published 1934) 1971 Ilmu Mengarang Melayu.(Cet. Ke2) Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad (ed.) 1993 Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 20: PUISI MELAYU TRDSNL

Zuber Usman 1975 Kesusasteraan Lama Indonesia. (Cet. Ke5) Melaka, Abbas Bandung.

Puisi Melayu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasPuisi MelayuDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintarBanyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan[1].Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat. Isi kandungan [sorok] 1 Definisi 2 Jenis-jenis puisi Melayu 2.1 Pantun 2.2 Gurindam 2.3 Teromba 2.4 Talibun 2.5 Mantera 2.6 Peribahasa berangkap 3 Rujukan

[sunting] DefinisiDefinisi lama puisi ialah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama, dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.[sunting] Jenis-jenis puisi MelayuPuisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi. Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dan dikir (zikir)[2].[sunting] Pantun Rencana utama: PantunPerkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sanskrit paribhasya atau Bahasa Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam Bahasa Melayu[3].

Page 21: PUISI MELAYU TRDSNL

Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai bentuk pantun telah dikarang antara kurun ke dua hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam. Contoh rangkapnya adalah:- nilattinum perite vaninum uyarntanru nirinum arala vinre carar karunkor kurincip pukkontu perunte nilaikkum natanotu natpe (Tevakulattar: Kuruntokai, 3) Terjemahan (Besar dari bumi, tinggi dari langit Dalam dari laut, dilereng gunung (kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu Besar lagi cintaku bagi Tuanku (lord of the land)) Antara persamaan yang boleh dilihat adalah ia menggunakan puisi sebagai gambaran cinta, mempunyai jumlah silables sekata setiap baris, dan pecahan gambaran pada dua baris yang sama.Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu[4]. Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya[5]. Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya. Dari segi tema pula memunculkan jenis-jenis pantun seperti yang berikut: pantun kanak-kanak pantun cinta dan kasih sayang telatah dan cara hidup masyarakat pantun teka teki pantun puji-pujian/sambutan pantun nasihat, agama, dan adat pantun naratif/cerita Contoh pantun cinta dan kasih sayang:Dari Mentakab ke Sungai Mati,Singgah bermalam di Tangga Batu,Tumpang di rumah Tok Lela;Timbullah insaf di dalam hati,Pemandu ramai penumpang pula tetap setia[sunting] Gurindam Rencana utama: GurindamGurindam terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya di Sumatera. Di Sumatera, gurindam juga dikenali dengan nama Muslihat Acheh, Gurindam Barus, Lagak Minang, dan sebagainya[6]. Asal usul perkataan gurindam adalah daripada Bahasa Sankrit dan dikatakan memasuki Bahasa Melayu melalui Bahasa Tamil iaitu 'kirandum'.Struktur puisi gurindam terdapat dua: terikat dan tidak terikat. Bentuk gurindam terikat terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhirnya yang sama. Bagi bentuk gurindam yang tidak terikat pula, jumlah barisnya tidak tetap,

Page 22: PUISI MELAYU TRDSNL

manakala rima akhirnya bebas.[sunting] Teromba Rencana utama: TerombaTeromba terkenal dalam masyarakat Minang yang kuat berpegang kepada adat Perpatih. Teromba juga dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo, dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.Terdapat banyak pengertian teromba; ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilang adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat[7]. Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak tetap, manakala rima akhir setiap baris pula tidak sama. Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa jenis puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam, dan peribahasa. Contoh teromba adalah seperti berikut:Merisik dalam adat istiadat perkahwinanAdalah saya bak kata orang,kok ibarat umur baru bertukar muda,pendapatan pun belum ada,pandangan pun belum banyak,pengalaman pun belum jauh,kok darah belum setampuk pinang,kok jalan kurang pasa,kalau begitu kedatangan saya ini,ibarat pergi ke huma,singkap daun ambil buah,adapun kedatangan saya ini sama-sama faham,orang ke awak, awak ke orang,semenda bersemenda,kok ibarat dasar pusaka,kok segar disiram,kok putus kata di pangkal,putus dengan dibagi,duduk berperuntungan,mati hukum Allah,duduklah pula sepelarasan,pandangan memandang satu nan lain,iaitu bersuku-suku,berapalah sukunya dua belas,dua belas Muar dua belas Jempol,enam Teraci enam Gunung Pasir,kok selaman sepermainan,kok sejamban seperulangan,tak dek hukum tak mengambil,diharuskan pula semenda-menyenda.[sunting] Talibun Rencana utama: TalibunDefinisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai

Page 23: PUISI MELAYU TRDSNL

bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama[8]. Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.Talibun mengungkap persoalan yang berbagai bergantung kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan, dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.Menyahut panggilan apabila dipanggil ke istanaPukul tabuh laranganPalu gong pelaungTitir canang pemanggilYang capik datang bertongkatYang buta beraba-rabaYang tuli leka bertanyaYang kecil terambin lintangYang jarak tolak-tolakanYang pendek bertinjau-tinjauYang kurap mengekor anginYang pekak pembakar meriamYang buta pemghembus lesungYang lumpuh penghalau ayamYang pekung penjemuranYang kurap pemikul buluh[sunting] Mantera Rencana utama: ManteraIstilah mantera berasal daripada kata mantra, mantr, atau matar, dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud nyanyian memuja tuhan atau pemujaan penyebutan kata-kata tertentu bagi memperolehi sesuatu yang dihajatkan yang mempunyai kesamaan dengan jampi serapah, tawar, sembuh, cuca, puja, dan takal. Keakraban masyarakat Melayu silam dengan alam sekitar mendorong kepada timbulnya kepercayaan-kepercayaan bahawa alam sekitar mempunyai pengaruh dan kuasa yang menentukan sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Kepercayaan ini berkait rapat dengan pengaruh animisme yang diwarisi secara turun-temurun. Dari situ timbullah unsur-unsur kuasa magis seperti semangat dan roh yang dianggap sebagai memberi kesan kepada sesuatu perkara yang dihajati secara langsung kepada unsur-unsur magis tersebut. Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka membaca mantera dengan nada, irama, dan tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan atau sesuatu perkara yang dihajati.Mantera tergolong dalam kelompok puisi, kerana pengucapan dalam bentuk mantera menggunakan kata-kata yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai makna yang tersirat, bahasa yang padat puitis. Mantera boleh digolongkan sebagai sejenia puisi Melayu tradisional berbentuk bebas, kerana tidak terikat kepada jumlah baris yang sama dalam satu-satu rangkap, manakala rima askihrnya pula tidak tetap.Puja Padi:Seri Dangomala, Seri Dangomali!Hendak kirim anak sembilan bulan;Segala inang, segala pengasuh;

Page 24: PUISI MELAYU TRDSNL

Jangan beri sakit, jangan beri demam,Jangan beri ngilu dan pening;Kecil menjadi besar;Tua menjadi muda;Yang tak kejap diperkejapkan;Yang tak sama dipersamakan;Yang tak tinggi dipertinggikan;Hijau seperti air laut;Tinggi seperti bukit Kaf.[sunting] Peribahasa berangkapPeribahasa tergolong dalam jenis puisi warisan Melayu dan sangat banyak ditemui dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Peribahasa juga disebut dengan nama peribahasa berirama dan mempunyai beberapa variasi seperti bidalan, pepatah-petitih, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil. Dari segi bentuk, peribahasa berangkap terbina dalam dua keratan yang sejajar, baik dalam dalam sebaris atau lebih. Tidak sebagaimana pantun, baris-baris dalam peribahasa tidak berkaitan antara satu sama lain.Peranan peribahasa dalam majlis-majlis rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka adalah sebahagian daripada budaya Melayu yang sopan walau semasa menegur, menyindir atau mengkritik secara halus. Peribahasa juga berfungsi sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam kemasyarakatannya dan media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau pewarisnya[9].

Puisi Melayu lama cerminan ketinggian akal budi « Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang ZamanDunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~Rumah Pautan Laman Tentang Blog Pantun Penyair Chatroom Lirik Forum Puisi Melayu lama cerminan ketinggian akal budiOleh Azman IsmailSESUNGGUHNYA sastera dalam semua genre sejak era Plato hingga kepada pengkritik Anthony Giddens adalah kekuatan keilmuan sesebuah bangsa. Ia sentiasa berkembang untuk mengisi seluruh pemikiran masyarakatnya.Karya-karya sastera termasuk puisi dalam konteks kotemporari berkembang sejajar dengan penemuan kerangka ilmu-ilmu sosial ataupun kebudayaan.Gagasan daripada aktiviti-aktiviti kesusasteraan kotemporari turut mempengaruhi produksi gagasan-gagasan dalam pemikiran para ilmuwan. Aspek stilistik dalam sastera untuk menemukan format ideal persembahan karya.Jean Baudrillard, salah seorang pemikir pascamoden paling provokatif pada dasarnya mewarisi idea-idea serta pandangan penulis Argentina, Jorge Luis Borges. Pengaruh karya Luis Borges, The Garden of Forking Path (1941) terhadap Baudrillard sangat ketara.Kesimpulan yang paling mudah, sastera sentiasa berkembang dengan mewarisi ‘penemuan’ generasi sebelumnya sebagai asas penulisan atau setidak-tidaknya rujukan.Pengaruh besar Luis Borges tersebut menjadi landasan kepada penghasilan karya

Page 25: PUISI MELAYU TRDSNL

Bondrillard, Simulacra and Simulation (1981).Begitu juga dalam konteks sastera Melayu. Genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur.Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka, syair dan gurindam menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu.Pengertian paling mudah ialah budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan manakala budi pula ialah akal atau daya fikir yang memahami untuk memahami sesuatu. Sesuatu yang kongkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal.Menurut Pensyarah Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Dr. Hashim Musa, puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik tentang akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa.Puisi-puisi Melayu lama dengan jelas menyatakan komponen teras hati budi Melayu sebagai paksi dan panduan perlakuan kepada anggota masyarakat demi menjaga kerukunan, kesejahteraan dan kejayaan dalam masyarakat.“Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan peribahasa.“Penciptaannya oleh golongan bijak pandai Melayu secara anonimus, kolektif dan akumulatif dalam deretan perjalanan sejarah dan perkembangan masyarakat itu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada seminar Antarabangsa Psikolinguistik di Putrajaya, baru-baru ini.Beliau berpendapat, ketinggian akal budi Melayu pada dasarnya tidak dapat dipisahkan daripada dimensi alam, budaya, pengalaman-pengalaman praktikal dan ilmu warisan turun-temurun nenek moyang mereka.MemukauKetinggian nilai cerapan terhadap unsur-unsur tersebut membolehkan karya-karya sastera Melayu tradisional mempunyai falsafah serta keupayaan akal budi yang memukau.Sarjana-sarjana Melayu membahagikan 26 teras ketinggian akal budi Melayu berdasarkan pantun, simpulan bahasa, gurindam, syair, seloka dan nazam.Hashim berkata, antara dapatan kajian tersebut ialah hidup berteraskan agama Islam, pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi dan bertakwa serta taat kepada ibu bapa.Unsur lain yang turut ditekankan ialah setia kepada ketua yang adil, halus berbudi bahasa, sentiasa bermufakat, tolong menolong dan mengutamakan kebajikan umum.Masyarakat Melayu tradisional juga menekankan menanam budi, menghormati hak dan milik, berdikari, amanah, berbaik-baik sesama makhluk, tidak membuang masa, bersifat kasih sayang dan mensyukuri nikmat Allah.Kekuatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai akal budi tersebutlah yang menjadi inti kepada kekuatan tamadun Melayu di Nusantara sejak lebih 1,000 tahun lalu.Bagaimanapun kolonialisme dengan pelbagai unsur budaya Barat secara bertahap turut mempengaruhi nilai-nilai itu hingga kejatuhan sepenuhnya alam Melayu pada

Page 26: PUISI MELAYU TRDSNL

sejak awal abad ke-20.“Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semester (worldview) dan komponen nilai serta akhlak atau faham nilai,”tambahnya.Hashim berkata, dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu.Keindahan, kehalusan dan kesenian dalam bentuk bahasa dan reka cipta dalam bidang seni sastera. seni tampak dan seni persembahan Melayu juga membentuk sebahagian daripada epistemologinya.Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta masyarakat Melayu boleh disimpulkan kepada enam prinsip. Antaranya, meletakkan Allah sebagai sumber atau pusat panduan tertinggi dalam pemikiran serta aktiviti.Dalam erti kata lain, masyarakat Melayu meletakkan segala ilmu pengetahuan, maklumat, kemahiran teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan di dunia.Aspek komponen nilai, moral, etika dan akhlak pula berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang apa yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.Nilai-nilai serta makna moral tersebut dikaitkan dengan Islam yang mula menjadi inti utama kekuatan peradaban di Nusantara sejak abad ke-12.Kemurnian nilai, moral, etika dan akhlak yang dibawa oleh Islam tersebut memberi pengaruh yang sangat besar kepada keududkan akal dan budi Melayu hingga ke hari ini.Ia sekali gus mempengaruhi bentuk-bentuk, isi, tema dan cara penyampaian genre-genre kesenian tradisional Melayu yang digabungkan dengan pemahaman lengkap tentang unsur alam dan warisan.Pengetahuan yang luasTeks-teks puisi tradisional walaupun mengandungi unsur-unsur imaginatif atau fantasi, namun ia tetap empiris dan rasional kerana disokong oleh pengetahuan yang luas para pengarangnya.Dapat disimpulkan secara umum, para pengarang Melayu berjaya menemukan satu kaedah dalam puisi-puisi mereka untuk menyebarkar nilai akar dan budi tanpa mengetepikan aspek estetika.Sesuai dengan nilai-nilai dalam Islam, keindahan sentiasa berada pada tahap tertinggi. Pandangan-pandangan itulah yang terus dipegang kukuh dalam puisi-puisi tradisional Melayu.Keberadaan puisi-puisi Melayu lama sesunggunya sesuatu yang unik. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana karya klasik di seluruh dunia.Faktor Islam, epistemologi, pengalaman dan warisan budaya menjadikan puisi-puisi Melayu lama sama sekali berbeza dengan karya-karya dalam tradisi kepenyairan Barat.Misalnya, jika puisi Divine Comedy oleh Dante Alighieri atau Goethe dalam naskhah drama Faust dikaji, banyak memperlihatkan ‘penyimpangan’ tentang realiti dunia dengan alam sesudah mati.Namun, puisi-puisi Melayu lama sebaliknya melontarkan suatu imej pendidikan dan pembinaan manusia dan kemanusiaan yang berasaskan Islam melalui epistemologi melalui pintu-pintu puitik.Di taman puisi itu, tumbuh berbatang dan bertangkai gaya. Semuanya berpadu secara harmoni. Tidak ada kontradiksi yang atau bahkan dieksploitasi secara

Page 27: PUISI MELAYU TRDSNL

hagemoni antara pengarang dan masyarakatnya.Memang diakui, fobia dan ketakutan kontradiksi telah berabad-abad menghantui dalam pemikiran rasional bangsa-bangsa Barat mulai daripada Aristoteles sampai Anthony Giddens.Ini kerana kebudayaan mereka dibangun dalam proses rasional tersebut yang akhirnya membuahkan puisi-puisi kolonialisme yang menyokong penjajahan terhadap bangsa Timur.Puisi-puisi Melayu lama? Pandangannya sama sekali berbeza. Setiap baris mengutarakan keharmonian dan kedamaian sejagat tanpa membezakan keturunan atau bangsa.Pemahaman yang mendalam terhadap Islam di kalangan pengarang-pengarang Melayu meletakkan puisi-puisi mereka tidak ada nilai hagemoni dan ancaman terhadap kebudayaan mana pun.Ia lahir di atas pandangan bahawa setiap kebudayaan di muka bumi ini berhak untuk hidup secara merdeka, mengembangkan puncak potensi kreatifnya.

Puisi Melayu Tradisional « Qaryafikir AboutQaryAciptAQaryArekA Qaryafikirperihal tentang perkongsian bijak Puisi Melayu Tradisional September 21, 2008Difailkan di bawah: artikel,bahasa melayu,ilmiah,kesusasteraan,umum — qdetactive @ 9:11 am Tags: budaya, kesusasteraan, melayu, puisi, tradisi

<!--[if gte mso 9]> <![endif]--><!--[if gte mso 9]> <![endif]-->Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

Walau bagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil kesusasteraan itu merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut.Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas (lihat lampiran).Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis-jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qit’ah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji.

PantunOleh: Qamarul Arifin Abdullah

Page 28: PUISI MELAYU TRDSNL

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen.Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea. Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:<!--[if gte vml 1]> <![endif]--><!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!--[if !mso]--><!--[endif]--> Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu, Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu. <!--[if !mso]--> <!--[endif]--><!--[if !mso & !vml]--> <!--[endif]--><!--[if !vml]-->

<!--[endif]--><!--[if gte vml 1]> <![endif]--><!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!--[if gte vml 1]><![endif]--><!--[if !vml]--><!--[endif]--> pembayang maksud

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->leh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak-kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya:Pantun BudiBunga Cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang,Adat dunia memang begitu,Sebab emas budi terbuang.Buah langsat kuning mencelah,Senduduk tidak berbuah lagi,

Page 29: PUISI MELAYU TRDSNL

Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.Baik bergalas baik tidak,Buli-buli bertali benang,Baik berbalas baik tidak,Asal budi sama dikenang.Tanam lenggundi tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati,Budi tuan saya tak lupa,Sudah terpahat di dalam hati.Padi dan nanas tanam di tanjung,Tempat pipit membuat sarang,Budi dan emas sama dijunjung,Hidup aman dikenang orang.Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.GurindamOleh: Qamarul Arifin AbdullahWalaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja.Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris; dan mempunyai rima atau tidak.Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji (lihat lampiran 3). Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran. Contohnya: …Ini Gurindam Fasal yang KesembilanTahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,Bukannya manusia iaitulah syaitan.Kejahatan seorang perempuan tua,Itulah iblis punya penggawa.Kepala keada hamba-hamba raja,Di situlah syaitan tempatnya manja.Kebanyakan orang yang muda-muda,Di situlah syaitan tempat berkuda.Perkumpulan lelaki dengan perempuan,

Page 30: PUISI MELAYU TRDSNL

Di situlah syaitan punya jamuan.Adapun orang tua yang hemat,Syaitan tak suka membuat sahabat.Jika orang muda kuat berguru,Dengan syaitan jadi berseteru.…Sumber: dipetik daripada Harun Aminurrashid, (penye.), 1990 dalam Kajian Puisi Melayu. Singaura: Pustaka Melayu.SyairOleh: Qamarul Arifin AbdullahWalaupun berasal dari Arab-Parsi namun syair Melayu tidak beracuan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai. Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau prasasti Minye Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi-variasi bentuk yang lain.Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:<!--[if !supportLists]--> i. <!--[endif]-->Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap)<!--[if !supportLists]--> ii. <!--[endif]-->Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.<!--[if !supportLists]--> iii. <!--[endif]-->Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.<!--[if !supportLists]--> iv. <!--[endif]-->Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.<!--[if !supportLists]--> v. <!--[endif]-->Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.<!--[if !supportLists]--> vi. <!--[endif]-->Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya.<!--[if !supportLists]--> vii. <!--[endif]-->Empat baris seirama (monorhyme).<!--[if !supportLists]--> viii. <!--[endif]-->Empat baris berkait.Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair ini membuktikan bahawa syair tidak terhad kepada satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat baris serangkap,

Page 31: PUISI MELAYU TRDSNL

dengan rima a/a/a/a lebih luas digunakan. Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita(bukan naratif) iaitu syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair keagamaan, dan syair kiasan. Manakala syair bukan cerita ialah syair agama, syair nasihat dan tema-tema lain yang berasingan. Contohnya:Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan HidupBerkata ilmu akulah sultan,Kerajaan aku darat dan lautan,Jahil berseru akulah syaitan,Ikutlah aku merata hutan.Ilmu itu gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asal puncanya lamun didaati,Sukar bercerai sehingga mati.Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya bersukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba dan pekan.Jasa seorang ialah taulan,Teman berbeka suluh berjalan,Jasa berhimun ialah pengenalan,Hiasan penyata polan si polan…Sumber: dituturkan oleh Haji Abd. Rahim Shafie, Langkawi, Kedah keada Wahyunah Haji Abd. Gani dan Mohamad Shaidan (peny.), 2000 dalam Puisi Melayu Lama Berunsur Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.EndoiOleh: Qamarul Arifin AbdullahEndoi berasal daripada kata “endul” yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah, 1989). Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga antun sebagai wadah penyampaiannya. Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, dan memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab suci al-Quran.Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari. Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya. Contohnya:Ucapan Mencukur Rambut Budak KecilBismillahirrahmaanirrahimLailahaillallah, Muhammadar RasullullahBismillah itu permulaan nama,Keadaan zatnya bersama-sama,Zahirnya sifat menyatakan isma,

Page 32: PUISI MELAYU TRDSNL

Kadim dan taat setia lama.Hai segala nur-ul-khatam,Dipecahnya empat nazirnya Adam,Dipecahnya pula sekian alam.Rahim bapamu turun ke ibumu,Empat puluh hari nutfah namamu,Delapan puluh hari alqah namamu,Seratus dua puluh hari alamah namamu.…Sumber: Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 1996 dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Fajar Bakti.RejangOleh: Qamarul Arifin AbdullahRejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya , masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan hubungannya dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan raksi (nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu).Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai bentuk pantun dan syair, Cuma berbeda pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap.Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Bahkan kalau diteliti lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait. Selain itu, dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang berhubungan seperti syair. Biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran. Contohnya:Rejang Hari Bulan…Tujuh hari bulan rejangnya tikus,Tikus jantan masuk penjara,Kalau terkenang sifat yang bagus,Hilanglah akal lenyap bicara.Tikus jantan masuk penjara,Penjara besar besi kursani,Hilanglah akal lenyap bicara,Dendam oi apa selaku ini.Penjara besar besar besi kursani,Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,Dendaru oi apa selaku ini,Tidur berendam airnya mata.…

Page 33: PUISI MELAYU TRDSNL

Sumber: dipetik daripada Ampuan Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah, 1999 dalam “Syair Rejang, Penyelenggaraan dan Analisis Teks” Disertasi Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.NazamOleh: Qamarul Arifin AbdullahNazam berasal daripada istilah Arab nazam yang bererti puisi. Sejenis puisi yang terikat. Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan pertimbangan puisi Arab. Temanya selalu berhubung dengan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Antara ciri-ciri khasnya ialah terdiri daripada dua baris serangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata di dalam sebaris antara 10-12 suku kata. Yang kedua, skema rimanya ialah a/a, b/b, c/c, serima (monorhyme) dan seterusnya. Isinya pula menyentuh tentang hal-hal agama. Isinya tidak sempurna dalam dua baris; dan puisi bentuk nazam ini boleh dibawa secara berlagu seperti nasyid dan qasidah. Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung dengan persoalan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang bertemakan nasihat, akhlak dan sebagainya. Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang tersendiri antaranya menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar dengan perjalanan hidup atau riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyamaikan pengajaran agama seperti ilmu tauhid, dan menyampaikan nesihat dan pendidikan.Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu tidaklah seluas pantun dan syair. Pada umumnya nazam digunakan dalam menyampaikan ajaran Islam yang meliputi perihal Nabi Muhammad s.a.w., pelajaran tauhid, fikah, dan rukun iman. Bentuk nasyid dan zikir menjadi wadah penyebaran nazam dan biasanya disamakan dalam majlis-majlis keagamaan seperti sambutan awal Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan sebagainya. Contohnya:Nazam AjalOleh Hj. Ahmad MuftiKalau sungguh kamu yakin,Jangan kamu lalai pada nafsu hati.Benar tidak bila ada amal kamu,Puas hati tidak sesalkan dirimu.Ingat-ingat hai saudara masa itu,Nyawa sampai batang leher baru tentu.Kita ini akan matilah sudahnya,Tidak tahu bila samaikan ajalnya.Pahit mati itu bukan macam jadam,Bukan pula macam api boleh padam.Oleh itu mari kita sama-sama,Buat amal jangan leka jangan lena.Pada Tuhan kita datanglah asalnya,Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.Sumber: dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989. himpunan Puisi Klasik. Shah Alam: Marwilis Publisher.Dikir/ZikirOleh: Qamarul Arifin AbdullahMenurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w.

Page 34: PUISI MELAYU TRDSNL

Dalam perkembangan puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajarannya.Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya; mungkin mempunyai atau tidak mempunyai rangkap. Dikir/zikir biasanya terdiri daripada ungkapan-ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk yang tertentu. Kadang-kadang dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain seperti pantun, syair, mantera dan nazam.Puisi ini dinamakan dikir kerana setiap ungkapan atau kata-kata maksud atau isi puisi yang dipaparkan diselang-selikan dengan kata-kata atau ungkapan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada permulaan puisi, ungkapan puji-pujian (zikir) terhadap Allah s.w.t. dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (selawat) disusun sehingga membentuk satu rangkap yang tersendiri. Rangkap ini diulang-ulang sehingga adakalanya beberapa rangkap sebelum rangkap isi.Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana penyebarannya dilakukan secara lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan atau didaktik iaitu mengingati khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang perlu diikuti, serta menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari aspek agama (Islam) atau nilai masyarakat.Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan akhlak yang baik keada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal nilai sosial dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur dan sebagainya.Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus, permainan kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul. Dikir/zikir yang diucapkan atau yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya mengandungi unsur dakwah, dan isinya penuh dengan puji-pujian dan kemuliaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. selain itu dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar, majlis perkahwinan dan sebagainya. Akhir sekali, dikir/zikir sebagai gambaran masyarakat terutama dalam aspek kebahasaan dan nilai-nilai estetika. Contohnya:Dikir DabusAllah hee Allah huu ya Allah,Baddal hee ya maula,Allah hee Allah huu ya Allah,Hudal le ma ti habur sere ya Allah.Allah humma salli Allah,Allah he salli dona Allah,Allah Muhammadun sahu ya Allah,Hee Allah Allah wabiza aalihi.Pada kasih penghulu kita Muhammad,Cahaya bulan empat belas petunjuk yang sempurna,Hati rindu kepada Nabi Muhammad,Sentiasalah didapat daripada yang sempurna. Allah hee Allah huu ya Allah,

Page 35: PUISI MELAYU TRDSNL

Baddal hee ya maula,Allah hee Allah huu ya Allah,Hudal le ma ti habur sere ya Allah.…Sumber: didokumentasikan oleh Ahmad Ali Salikin, 1996. Lumut, Perak.RubaiOleh: Qamarul Arifin AbdullahRubai berasal daripada sastera Parsi dan merupakan puisi tertua dalam bahasa tersebut. Apabila Parsi menerima Islam, puisi tersebut menjadi sebahagian daripada puisi warisan Islam. Tokoh yang identik dengan rubai ialah Omar Khayyam (1132). Puisi rubai diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883) dan ini menjadikan rubai Omar Khayyam begitu terkenal. Rubai dalam bahasa Melayu pertama kali diperkenal oleh Bukhari al-Jauhari dalam teks Taj al-Salatin. Rubai karya Omar Khayyam pula telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh tokoh bahasa dari Johor iaitu Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji sulaiman (1868-1955) berdasarkan versi Inggeris yang diterjemah oleh Edward Fitzgerald.Dalam Kamus Umum Indonesia, rubai dikatakan sebagai puisi Arab empat baris. Ada sarjana mengatakan rubai berbentuk sajak yang terdiri daripada empat baris (a/a/a/a) yang selalunya bertujuan falsafah atau tasawuf serta membentuk epigram. Daripada segi cirinya, pola rima a/a/b/a atau a/a/a/a; jumlah barisnya terdiri daripada empat baris serangkap; menakala suku katanya ialah antara lapan hingga dua belas suku kata. Isinya dalam satu rangkap, dan temanya membawa persoalan yang bersifat falsafah, agama, nasihat dan sejarah.Dalam puisi Melayu tradisional, pengisian dalam rubai selalunya bertemakan falsafah, persoalan tasawuf, agama, nasihat, dan sejarah. Puisi rubai bertujuan untuk panduan pendidikan. Contohnya:Kemuliaan InsanPeri permulaan keadaan insan,Itulah ingatkan dirimu yang berirfan,Supaya mengetahui perinya ini,Dengan takdir lagi dengan ihsan.MasnawiOleh: Qamarul Arifin AbdullahMasnawi identik dengan penyair terkenal Parsi, Jalaluddin al-Rumi (1207-1273 M), terutama dalam karya agungnya Mathnawi Ma’nawi. Sebagai puisi yang bersumberkan puisi Arab-Parsi, masnawi tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu, dan Oleh sebab itu, genre ini tidak berkembang.Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari menerusi karangannya Tajus Salatin. Puisi ini berbentuk bebas dari aspek baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris. Walaupun begitu, terdapat pengawalan pada rima akhirnya seperti a/a, b/b, c/c, dan seterusnya. Genre puisi ini bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, kekuatan, kepandaian, dan kemayhuran seseorang tokoh.Secara keseluruhannya, masnawi berfungsi sebagai panduan, pengajaran, dan nasihat kepada khalayaknya. Contohnya:BudiDengarlah olehmu, hai yang budiman,Budi itulah sungguh pohon ahsan,

Page 36: PUISI MELAYU TRDSNL

Kerana ahsan itu puri budilah,Jika lain maka lain jadilah,Orang yang berbudi itu kayalah,Yang bukan berbudi itu papalah,Jikalau kau dapat harta alam ini,Dan budi kurang padamu di sini,Bahawa ke sini jua namamu,Dan segala ke sini pun adamu,Jika kamu mahu menjadi kaya,Mintalah budi bagimu cahayai,Hai Tuhanku, Bukhari yang biasa,Minta selamat budi sentiasa,Sudah taju’ssalatin fi’lawhir,Dan Bukhari dengan taju itu fakir,Seribu syukur keada Tuhannya.Sumber: Khalid M. Hussain(penye.), 1996. Karangan Bukhari al-Jauhari, Tajus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.GhazalGhazal bermaksud puisi bersifat cinta. Puisi yang berasal dari Parsi ini merupakan sejenis nyanyian dalam kalangan orang muda yang dalam percintaan. Sajak puisi ini terdapat pada kata yang di belakang.Bagaimanapun, secara umumnya puisi ini berpolarimakan a/a, yang diulang-ulang. Perulangan juga secara a b, b c, c d dan seterusnya; baris-barisnya terdiri dariada ayat yang panjang-panjang. Perkataannya tidak disukat banyaknya, dan terdiri dariada 20 hingga 22 suku kata. Panjangnya dalam lingkungan belasan baris. Pada bahagian akhir, pengubahnya menyelitkan namanya sebagai peleraian (takhallus). Tema ghazal berkaitan dengan persoalan cinta, sama ada cinta sesama manusia ataupun cinta manusia terhadap Tuhan.Pada umumnya, puisi ghazal berperanan sebagai alat komunikasi yang menyatakan cinta dan kasih sayang. BerzanjiOleh: Qamarul Arifin AbdullahPada dasarnya, berzanji boleh didapati dalam bentuk iaitu berzanji nathar (bentuk prosa berirama) dan bentuk puisi. Sebagai puisi tumpang, berzanji menggunakan bentuk nazam dan syair yang dilagukan. Rima akhir sesuatu rangkap atau rawi dalam bacaan berzanji ini adalah a/a/a/a, sama ada dalam ejaan asalnya (jawi) mahupun dalam terjemahan bahasa Melayu. Berzanji bertemakan keagungan Allah dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w.Berzanji biasanya dilagukan untuk majlis-majlis seperti sambutan mauludur Rasul, majlis perkahwinan (ucapan untuk pasangan pengantin), majlis bercukur rambut dan majlis khatam al-Quran. Qit’ahOleh: Qamarul Arifin AbdullahQit’ah mula diperkenalkan dalam bahasa Melayu melalui Tajus Salatin. Qit’ah bererti potongan, keratan atau sebahagian. Justeru, bentuknya ringkas; minimum dua baris dan tidak sampai sepuluh baris. Sungguhpun begitu, terdapat juga qit’ah yang ditulis dalam keadaan terkawal, yakni empat baris dalam satu rangkap.

Page 37: PUISI MELAYU TRDSNL

Puisi qit’ah ini diletakkan dalam kategori sajak yang separuh terikat. Cirinya hampir seperti syair dari segi pola rimanya, namun kadang-kadang ada kelainan rima pada baris yang tertentu. Jumlah perkataan dalam satu-satu baris pula tidak ditentukan dan kadang-kadang tidak seimbang, iaitu ada yang panjang dan ada yang pendek.Tema qit’ah bersifat pemikiran dan renungan yang selalu membawa mesej yang bersifat luhur dan berfikiran tinggi (falsafah). Sungguhpun begitu, makna qit’ah sukar ditafsirkan kerana qit’ah menggunakan banyak perkataan Arab secara langsung, dan tidak menterjemahkannya. Hal ini menyebabkan banyak orang tidak dapat memahami qit’ah lalu menyebabkan puisi itu kurang digemari. Fungsi qit’ah ialah untuk memberikan nasihat dan pengajaran, khususnya tentang pemikiran dalam agama. Ehwal InsanJika kulihat dalam tanah itu pada ehwal segala yang insan,Tiadalah dapat kubezakan,Pada antara hamba dan sultan,Fana juga segala yang ada,Dengarkan olehmu Kulluman ‘alaihi fan.SelokaOleh: Qamarul Arifin AbdullahDari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataan dalam sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989). Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan yang asyik dan berkhayal.Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama.Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut,

Page 38: PUISI MELAYU TRDSNL

sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial. TerombaOleh: Qamarul Arifin AbdullahTeromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.Berdasarkan struktur visualnya, teromba tergolong sebagai puisi tidak terikat kepada perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang berangkap dan ada yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Demikian juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala menggunakan juga puisi Melayu tradisional yang lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan tradisional (peribahasa berangkap).Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun. Selain itu teromba berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan adanya adat, peraturan dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hidup bermasyarakat, menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat pada satu-satu masa dan zaman, menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang mengamalkannya, kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan dan pemikiran yang dalam dan tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya. TalibunOleh: Qamarul Arifin AbdullahHarun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara (cerita kaba) dalam kalangan masyarakat Minangkabau.Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu.Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara

Page 39: PUISI MELAYU TRDSNL

Melayu yang didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia.Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinsin menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini. Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi dalam bentuk seperti engulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi yang lain.Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda.Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa. Peribahasa BerangkapOleh: Qamarul Arifin AbdullahPeribahasa atau ungkapan tradisional yang mempunyai subgenre seperti bidalan, pepatah, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil tidak tergolong dalam genre puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau kata-kata yang berangkap. Namun, dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat sejumlah besar peribahasa yang wujud dalam bentuk puisi. Oleh itu, Za’ba (1966), Mohd. Taib Osman (1979) menamakan puisi ini sebagai peribahasa berangkap atau peribahasa berirama. Menurut Harun Mat Piah (1989), peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.Seperti puisi-puisi Melayu yang lain, peribahasa berangkap juga boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang terdapat ada aspek struktur, tema, isi, dan fungsinya.Asas pembentukan peribahasa berangkap ialah peribahasa. Seperti bahasa lisan yang lain, peribahasa berangkap berfungsi sebagai alat komunikasi, sama ada secara formal (digunakan dalam adat istiadat tertentu) atau tidak formal (terutamanya untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang) dan sebagai alat pendidikan atau didaktik. Selain itu ia berfungsi sebagai “pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap suatu kekuasaan” (Alan Dundes, 1989). Maksud daripada kata-kata ini ialah jika mengkritik (terutamanya menunjukkan kesalahan atau mencela) seseorang dengan menggunakan peribahasa, individu sasaran akan lebih mudah menerima daripada dikritik atau dicela secara langsung.Oleh: Qamarul

Page 40: PUISI MELAYU TRDSNL

Arifin AbdullahFungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau pewarisnya (juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayaknya). Pewarisnya yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarakat khalayaknya dan dapat menggambarkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya. Peribahasa berangkap terhadap dalam teromba. Teromba hanya dimiliki oleh indivividu yang memegang kunci adat seperti ketua adat atau ketua lembaga. Oleh itu penguasaan uisi ini sekali gus dapat menunjukkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya. ManteraOleh: Qamarul Arifin AbdullahMantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre ini merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih eksklusif, kerana mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit (Harun Mat Piah, 1989).Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya. Dari segi penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa khusus dan sukar difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau bomoh sendiri pun, jika ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh dituturkan sewenang-wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera dianggap keramat dan tabu.Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan kepada orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam bidang perpawangan atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini merupakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat.Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat bergantung hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan tamadun sekarang, mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas. Walaupun mantera telah tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan kedatangan Islam, pengaruh Islam telah diserapkan ke dalam bentuk mantera dengan menambah nama-nama atau istilah-istilah yang ada kaitannya dengan Islam.Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat.Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama dan nada yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Mantera juga dijadikan pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam upacara-upacara

Page 41: PUISI MELAYU TRDSNL

seperti adat dan istiadat.Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera masih lagi menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran sistem projeksi masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan sesuatu institusi masyarakatnya.Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan dalam pekerjaan supaya setiap usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan mentera adat istiadat pula digunakan dalam upaca-upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh dengan pantang larang. Teka-tekiOleh: Qamarul Arifin AbdullahBerbeza dengan puisi-puisi yang lain, teka-teki merupakan puisi lisan yang popular. teka-teki dalam sastera tradisional terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi. teka-teki yang tergolong dalam bentuk puisi mungkin ditemui dalam bentuk syair dan antun atau dalam ungkapan-ungkapan puitis yang lebih bebas seperti talibun, sesomba atau gurindam.Sejenis puisi yang tidak terikat; terdiri daripada sebaris atau beberapa baris yang berturutan, sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap, tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, mempunyai rima atau tidak. Tiap-tiap baris atau serangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.Secara umumnya, teka-teki berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bersama keluarga atau sahabat handai. Kadang-kala teka-teki membawa nada jenaka, ada juga yang menguji kecerdikan dan akal fikiran, malahan dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak juga orang dewasa.Sesuai dengan fungsinya, teka-teki membawa pelbagai tema. Bagaimanapun, penumpuan lebih kepada benda-benda yang paling hampir dengan kehidupan manusia sehari-hari dan alam sekeliling. Pencita teka-teki adalah seorang pemerhati yang peka dan seniman yang aktif.Dua buah antologi teka-teki yang terkenal ialah Teka-Teki yang diselenggara oleh O.T. Dessek(1918) dan Kitab Gemala Hikmat oleh Sulaiman bin Muhammad, Nur oleh Munsyi Sulaiman(1907) dan Teka-Teki Warisan oleh Inon Shaharuddin Abdul Rahman(1988). Ads by Google

ARKIB : 29/10/2007Syair Melayu - Khazanah yang perlu dipertahankanOleh Azman IsmailBERDASARKAN hakikat, beberapa genre sastera tradisi Melayu mengalami kepunahan dan cenderung dilupakan masyarakat. Malah ada segelintir generasi baru sama sekali tidak mengenalinya.Contoh yang paling mudah dan nyata ialah syair Melayu. Ia hampir tidak dapat

Page 42: PUISI MELAYU TRDSNL

bertahan sebagai sebuah hasil seni dan khazanah keilmuan Melayu akibat pergeseran nilai yang berkembang dalam masyarakat hari ini.Syair kini seolah-olah kehilangan makna, sama ada sebagai hiburan, fungsi keagamaan, pendidikan dan pengukuhan sistem kekerabatan sebagaimana kedudukannya dalam masyarakat tradisional.Sumber hiburan moden yang berasaskan teknologi digital dan sebagainya secara berleluasa mengikis nilai tradisi dan fungsi genre-genre kesenian tradisional tersebut termasuk syair.Apa yang diperlu dilakukan oleh sarjana-sarjana tempatan supaya syair mampu mengekalkan fungsi atau setidak-tidaknya mampu bertahan sebagai khazanah kesenian dan akal budi Melayu dalam era globalisasi?Wajarkah kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat ketika beberapa genre kesenian Melayu seperti Mek Mulong, Mak Yong dan Penglipur Lara telah tersungkur dimamah modenisme dan globalisasi.Sarjana dan pengkaji kesusasteraan tradisional, Dr. Harun Mat Piah berkata, syair adalah salah sebuah daripada genre-genre puisi Melayu tradisional Nusantara yang cukup popular dan tersebar amat luas dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.Sebuah rangkap puisi menjelmakan pemikiran, kebijaksanaan dan kematangan akal budi Melayu dalam mengamat, mendidik serta mengkritik sesuatu secara beralas dan berlapik.Ia sama seperti genre sastera tradisional lain seperti perumpamaan bahasa dan pantun yang mencerminkan kesopanan dan kehalusan budi masyarakat Melayu tradisional.Perkembangan syair dalam masyarakat dan persuratan Melayu berlaku dengan pantas dan luas sama ada dari segi masa mahupun jumlah. Dan, dalam era yang boleh disebut pascamoden ini, syair masih dicipta, diterbit dan dihayati dalam pelbagai majlis adat serta aktiviti seni.Genre puisi tersebut terus berkembang dengan pemberian pelbagai sentuhan bukan sahaja dalam aspek tema tetapi kreativiti seni, lagu dan sebagainya. Namun, secara umumnya, jumlah khalayak yang meminati genre puisi ini masih terlalu kecil jika ia dibandingkan dengan hiburan popular yang jauh berkembang pesat di Malaysia dan Nusantara hari ini.Oleh itu, Harun berpendapat, sesuatu perlu dilakukan dengan gigih serta berkesan supaya syair terus kekal bersaing ditengah-tengah suburnya pelbagai kesenian popular.Antaranya, perlu ada usaha untuk mengemas dan memperkasakannya fungsi syair yang bukan sahaja sebagai sumber hiburan tetapi juga bidang falsafah, nilai-nilai moral dan akhlak, sejarah, metafizik. Malah, ia menjangkau aspek sains dan teknologi.“Syair sebagai sebuah genre puisi dapat diabadikan dalam pelbagai bidang sekali gus memberi ruang untuk penyair, penulis, pencipta atau penggunanya untuk berkreatif dengan cukup berkesan, di samping mengekalkan ciri-ciri puisinya dari segi genre, fungsi dan cara penyampaiannya.“Dengan demikian wajar sekali genre ini diperluas dan diberikan nafas baru sesuai dengan matlamat, wawasan dan cita rasa masyarakat, bukan hanya masyarakat Melayu tetapi juga semua warga dunia,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar dan

Page 43: PUISI MELAYU TRDSNL

Bengkel Syair Melayu di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, baru-baru ini.Seminar bertema Melestarikan Syair Sebagai Warisan Bangsa tersebut dirasmikan oleh Pengarah APM, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan. Beliau turut melancarkan seminar mengenai puisi Melayu tradisional.Dalam pada itu Harun berkata, pengukuhan syair akan mampu mencipta pemahaman masyarakat terhadap fungsi dan kandungan sastera puisi tradisional tersebut sebagai sebahagian elemen pendidikan, pembinaan moral dan bahkan keagamaan.Dalam erti kata lain, pengukuhan syair tradisional Melayu itu sejajar dengan falsafah dan keilmuan Masyarakat yang tetap berpijak pada akar budaya dan nilai-nilai luhur.Pendapat Harun turut dipersetujui oleh dua sarjana Indonesia, Muhammad Takari Jilin Syahrial dan Fadlin Jaafar dalam kertas kerja bersama mereka.Kedua-duanya berpendapat syair adalah salah satu hasil sastera tradisional yang juga berkembang di Sumatera Utara. Kewujudannya bukan sahaja sebagai sumber hiburan tetapi juga falsafah dan keilmuan Melayu.“Masyarakat Melayu Sumatera Utara memiliki struktur sosial yang juga digunakan di belahan dunia Melayu lainnya seperti Malaysia, Riau dan Kalimantan. Struktur ini memberikan kesan kepada keberadaan kesenian dan sastera seperti syair tersebut,’’ kata mereka.Jika syair menjadi milik masyarakat Melayu di Malaysia, Riau, Sumatera Utara, Aceh dan Kalimantan, kita dapat membayangkan betapa besar jumlah khalayaknya.Bagaimanapun ia hanya bersifat teoritikal seandainya tidak ada sebarang usaha untuk memperkasa dan menggilap kembali keindahan dan ketinggian ilmu serta falsafah Melayu yang terkandung dalam puisi tradisional itu.Seperti yang diharapkan oleh Harun, syair Melayu perlu diketengahkan dalam apa jua medium supaya ia sentiasa hidup, relevan dan diterima oleh masyarakat moden hari ini.


Top Related