Transcript
Page 1: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

PSIKOLOGI BILAZIM (APJ 3163)~PN SUHAYA BT HJ DERAMAN~

TAJUK : KECELARUAN PENYESUAIAN

NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BT HAMDANI (100 234)

SITI ZULAIKHA BT ABU NOH (100 467)NOOR HASHIMAH BT RAZALI (100 718)

Page 2: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

PENGENALAN

• Kecelaruan tingkah laku bukan perkara barudalam kehidupan manusia.

• Ia adalah satu fenomena yang melandamasyarakat sejak dahulu kala.

• Ia melanda semua golongan manusia tanpamengambil kira golongan atau kaum etnik.

• Ia menyerang semua golongan dewasamahupun kanak-kanak.

Page 3: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

KECELARUAN PENYESUAIAN

• Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada duakategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiridan masalah yang berkaitan dengan orang lain.

• Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalahpenyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yangdimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiatdiri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yangtelah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri.

• Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuatbaik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yangberkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim danmenghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain.

Page 4: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

KECELARUAN PENYESUAIAN

• Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaianmasalah yang melahirkan proses intelektual sepertipersepsi, pembelajaran, memori dan penguasaankemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi sepertistres, marah, takut, bimbang, tertekan, bersalah, malu, kecewa, ugutan dan konflik.

• Jika salah penyesuaian ini dibiarkan berlarutan, ianya bolehmenjadi salah penyesuaian yang lebih serius hingga keperingkat kecelaruan.

• Penyesuaian manusia boleh berlaku secara intelek danemosi.

Page 5: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

KECELARUAN PENYESUAIAN

• Penyesuaian secara intelek melibatkan persefahaman dankemampuan. Manakala penyesuaian emosi melibatkan perasaan,kebimbangan, kerisauan, tekanan dan sebagainya.

• Kejayaan individu menguruskan kedua-dua penyesuaian ini akanmembantu individu stabil tetapi jika sebaliknya individu tersebutakan terpincang.

• Apabila seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik ataumemberi reaksi yang melampau ke atas sesuatu tekanan psikososialseperti masalah penceraian, dibuang kerja, penyakit kronik danmasalah ekonomi diri, maka akan menyebabkan gangguan terhadapperjalanan hidup, kerjaya dan hubungan sosialnya.

Page 6: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

PUNCA-PUNCA KECELARUAN PENYESUAIAN

1. Keadaan Sosial : Kemiskinan, keadaan hidup serbakekurangan, tiada tempat tinggal, keadaan masyarakatyang tidak terurus.

2. Faktor Keluarga : Ibu bapa yang tidakmatang, penjenayah, melakukan penderaan terhadapkanak-kanak, kehidupan rumahtangga yang hidup melaratdan menderita, hubungan ahli keluarga yang bercelaru.

3. Faktor Psikologikal : Stres, tahap IQ yang rendah, prosespembelajaran yang bercelaru dan tidak berstruktur, tidakmempunyai kepakaran atau tidak menguasai dalambidang-bidang tertentu.

4. Faktor Biologikal : Ketidakupayaan fizikal yang kronik.

Page 7: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

JENIS-JENIS KECELARUAN PENYESUAIAN

Page 8: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

1) Kecelaruan Penyesuaian dengan Ragam TakTipikal.

Kecelaruan penyesuaian dengan ragamkemurungan memperihalkan keadaan seseorangyang tidak dapat menguruskan tekanan denganbaik dan menonjolkan sifat kemurungan sepertisering menangis, sedih dan tiada harapan untukterus hidup. Mereka ini akan menonjolkan emosiyang berlebih-lebihan.

Page 9: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

CONTOH:

Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janjiCARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerakselepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yangmembatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang.Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya:“Saya akan membunuh diri malam ini’ kerana terlalu kecewa selepas temu janjinyapada keesokan malam dibatalkan.

Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian.Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupanyang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerjasampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular.

Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis:“Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza.”Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan padahari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan terukselepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejamberhampiran kediamannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/22

Page 10: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

2) Kecelaruan Penyesuaian dengan RagamKecemasan

Merujuk sifat seseorang yang menghadapitekanan dengan penuh emosi. Merekasentiasa kelihatan resah dan tegang keranamenahan emosi.

Page 11: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

CONTOH:Hilang punca bantu keluargaOleh Arifin [email protected] GAJAH: Tidak tahan melihat penderitaan adik-beradik yang bergelut untuk meneruskanpersekolahan selain membantu keluarga yang kesempitan wang, seorang gadis berusia 17 tahunnekad ‘menjaja’ tubuh montoknya melalui laman sosial untuk ‘hidangan’ lelaki miang dengandikenakan bayaran tertentu sejak setahun lalu.

Gadis yang masih belajar di sebuah sekolah menengah itu mendakwa terpaksa berkorban selepaskeperluan persekolahan tiga adiknya tergendala apabila bapa yang menjadi ketua keluarga kiniterlantar sakit di rumah akibat angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi.

Dia yang mahu dikenali sebagai Riena, 17, mendakwa hanya melakukan perbuatan itu pada hujungminggu di hotel atau rumah lelaki yang melanggannya sejak setahun lalu.

“Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas ‘dara’ diragut teman lelaki sebelumdia meninggalkan saya hingga merana. Pada masa sama keluarga pula ditimpa masalah selaindipengaruhi rakan.

“Keluarga saya ketika itu tertekan kerana masalah kewangan yang meruncing apabila ayah sakit danterlantar di rumah.

“Selepas ayah terlantar, ibu terpaksa keluar bekerja sebagai kerani dengan gaji bulanan tidaksampai RM500,” katanya yang juga anak sulung kepada empat beradik ketika ditemui di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/31

Page 12: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

3) Kecelaruan Penyesuaian Dengan PelbagaiEmosi

Kecelaruan penyesuaian jenis ini melibatkan pelbagai campuran emosi yangmerujuk kepada individu yang menghadapi tekanan dengankemurungan,kebimbangan dan pelbagai emosi lain.

Mempunyai gerak balas atau respon emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi.

Sebagai contoh:menangis ketika orang gembira, begitu juga sebaliknya.

Antara jenis2 emosi yang tidak bersesuaian dengan situasi ialah:

a) Emosi yang berlebihan berlaku apabila seseorang itu mengalami emosi yangberlebihan daripada sepatutnya.

b) Emosi malap pula berlaku emosi yang sentiasa murung dan tidak ceria.

c) Emosi mendatar berlaku apabila individu itu tidak menunjukkan tindak balasemosi terhadap peristiwa @ situasi yang berkaitan dengan dirinya.

d) Anhedonia iaitu keadaan pesakit yang tidak mampu mengalami keseronokan,menyebabkan emosinya kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnyamembunuh diri.

Page 13: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

4) Kecelaruan Penyesuaian dengan GangguanKelakuan

Gangguan kelakuan yang berlaku apabila

seseorang itu menghadapi tekanan.

Gangguan ini melibatkan orang lain dan

perbuatan yang menyebabkan

perlanggaran undang-undang.

Page 14: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

Harian Metro Online

TIKAM DADA LEBIH 10 KALI (27 Februari 2011)

HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan

perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit

Antarabangsa, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan

menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh. Dia segera

membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak. Ketua Polis Daerah

Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga

lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi

menjalankan siasatan. Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri

beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya. “Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur

jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami

tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi. “Ketika kejadian, empat ahli

keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British

berusia 51 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas

ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura. Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk

pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka

jika ada majlis. Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan

jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu. “Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik

hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di

depan rumahnya dengan mengajak jiran. “Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah

dan tekanan,” katanya.

Page 15: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

5) Kecelaruan Penyesuaian dengan CampuranEmosi dan Kelakuan

• Kecelaruan ini melibatkan kedua-dua

ciri gangguan seperti yang disebutkan

dalam kecelaruan penyesuaian dengan

pelbagai emosi dan kecelaruan

penyesuaian dengan gangguan

kelakuan.

Page 16: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

Harian Metro Online

BAKAR ISTERI HIDUP-HIDUP (17 Oktober 2011)

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikankepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwabertindak kejam „meletupkan‟ isterinya menggunakan bompetrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di KampungBaru di sini, tengah malam kelmarin. Perbuatan keji yangdipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkanmangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yangbaru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untukmembersihkan badan. Menurut sumber, sebelum insiden itusuami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selainmeletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan. “Sebaikisterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntungrokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya apisebelum satu letupan kuat berlaku. “Api hasil letupan kuat itumenjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjeritmeminta bantuan daripada suami,” katanya.

Page 17: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

6) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Penyekatan

Kecelaruan penyesuaian denganpenyekatan akan menyebabkan individuitu menghadapi pelbagai sekatan atauhalangan dalam kerja atau akademikapabila ia menghadapi tekanan.

Page 18: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

7) Kecelaruan Penyesuaian Dengan Penarikan

Kecelaruan dengan simptam penarikanakan menyebabkan individu yangmenghadapi kecelaruan ini menarik diridaripada interkasi sosial tanpamenunjukkan ragam kebimbangan ataukemurungan apabila ia menghadapitekanan.

Sebagai contoh:trauma atau fobia.

Page 19: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

8) Kecelaruan Penyesuaian Tak Tipikal

• Kecelaruan penyesuaian yang tidak

dapat dikategorikan dalam mana-mana

subkelas di atas.

Page 20: Psikologi bilazim : KECELARUAN PENYESUAIAN

SEKIANTERIMA KASIH….

>,<


Top Related