Download - prs pembimbing rakan sebaya
Pengurusan PRS
BUKU PANDUANPENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MALAYSIA
“Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain”
1
Pengurusan PRS
Isi Kandungan
Kata Alu–aluan Menteri Pelajaran Malaysia. Kata Alu–aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian 1: Pengenalan
o Pengenalano Sejarah perkembangano Prinsip perkhidmatano Definisio Rasionalo Falsafaho Visio Misio Matlamato Objektifo Etikao Ikraro Senarai tugas PRS
Bahagian 2: Pengurusan PRSo Carta Aliran Pengurusan PRSo Kertas Cadangan Penubuhan.o Pelan Tindakan Penubuhan.o Contoh Borang Pemohonano Contoh Borang Cadangan Keahliano Contoh Borang Tawarano Surat Makluman Keahliano Surat Kebenaran Ibu bapao Surat Panggilan Kursus.
Bahagian 3 : Pengendalian Kursus PRSo Contoh Kertas Cadangan Penubuhan PRSo Lantikan Jawatankuasao Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kursuso Carta Aliran Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kursuso Surat Jemputan Penceramaho Mengendalikan Temuduga, Ujian Lisan dan Ujian Bertuliso Cadangan Modul Latihan Asas PRS
Bahagian 4:o Carta Aliran Pentauliahan PRS
2
Pengurusan PRS
o Kertas Cadangan Aturcara Majlis Pentauliahan PRS.o Contoh Sijil Lulus Peperiksaano Contoh Sijil Pentauliahan
Bahagian 5: Latihan Lanjutan
Bahagian 6: Pemantauano Faedah Pemantauano Cara Pemantauan
Bahagian 7: Projek PRS
Bahagian 8: Pengurusan Buku Log PRSo Contoh Borang Analisa Bimbingan PRS Mengikut Bulan.o Contoh Borang Analisa Bimbingan PRS Mengikut Tahuno Contoh Borang Rekod Penghantaran Buku Log PRS Mengikut
Bulan.o Contoh Borang Rekod Penghantaran Buku Log PRS Mengikut
Tahun.o Contoh Buku Log.
Bahagian 9: Jawatankuasa PRS
Bahagian 10: Rancangan Tahunan PRS
Bahagian 11: Lagu PRS
Bahagian 12: Ujian Pra dan Pos
Bahagian 13: Carta Alirano Penubuhan PRS sekolaho Kursus / Latihan PRS
3
Pengurusan PRS
Kata Alu–aluanMenteri Pelajaran Malaysia.
Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa hadapan negara ini. Oleh yang demikian, mereka perlu dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha ke arah ini melalui beberapa program bimbingan yang terancang.
Proses pendidikan di sekolah rendah dan menengah bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik tetapi juga ko-kurikulum yang mampu mencungkil potensi pelajar dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Perkembangan kanak-kanak dan juga remaja sering dipengaruhi oleh rakan sebaya.Di sinilah letaknya keperluan remaja sebagai pembimbing rakan sebaya yang mempunyai pengaruh positif terhadap rakannya.Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha membantu pelajar melalui Program Pembimbing Rakan Sebaya yang memberi pelbagai kemahiran melalui latihan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agar mereka dapat mempengaruhi rakan mereka ke arah yang diingini.
Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru melaksanakan program ini dengan berkesan melalui perancangan yang sistematik agar pelajar yang dilatih dapat menjadi pemimpin yang dicontohi keperibadiannya. Saya berharap buku ini dapat memudahkan pengurusan guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Pengurusan Rakan Sebaya kerana telah menghasilkan buku ini.
4
Pengurusan PRS
Kata Alu–aluanKetua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bidang pendidikan adalah amat luas. Dengan itu, kita perlu mendidik pelajar-pelajar agar menjadi orang dewasa yang berguna kepada diri, masyarakat dan negara. Pelajar harus diasuh dengan sifat pendidikan yang luas,supaya tercapai apa yang dirancangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha membantu guru-guru memberi pendidikan dan pelajaran kepada pelajar. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan itu berjalan lancar dan matlamatnya tercapai dengan berkesan.
Kelahiran buku panduan ini yang telah disusun dengan padat sebagai satu usaha untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Guru Penasihat PRS untuk memulakan perancangan program, seterusnya melaksanakan program-program yang telah dirancang. Apabila perancangan telah dijalankan dengan baik,maka kesan yang diharapkan juga sudah tentu akan membawa kesan yang positif. Diharapkan dengan terhasilnya buku panduan ini, Pelbagai program peningkatan perkembangan diri dan disiplin pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum. Buku ini bukan sahaja amat berfaedah kepada guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan khidmat bimbingan ini malah dapat mengatasi ketandusan dokumen penting dalam bidang ini.
Matlamat Program Pembimbing Rakan Sebaya iaitu membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar itu sendiri menunjukkan nilai-nilai murni yang harus dicontohi oleh generasi kini yang semakin ketandusan penghayatan nilai-nilai murni. Semoga para pelajar dapat menjadi insan yang penyayang dan bertanggungjawab.
Saya turut merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap anggota yang berusaha gigih untuk menghasilkan buku ini. Semoga kita memperoleh kejayaan jua.
5
Pengurusan PRS
Kata Alu–aluanPengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan,termasuk usaha melatih pelajar untuk menjadi pemimpin kepada diri mereka dan pelajar lain di sekolah yang sama, merupakan satu langkah yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Dengan usaha yang dijalankan dengan teracang oleh guru bimbingan dan kaunseling terhadap sebilangan pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin, pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakan-rakan sekolah mereka yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut. Melalui program Pembimbing Rakan Sebaya ,diharap pihak sekolah akan dapat menggalakkan budaya kasih mesra dan saling mengambil berat di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
Sehubungan itu, penerbitan buku panduan ini akan memudahkan guru penasihat PRS khususnya melaksanakan program PRS di sekolah secara sistematik dan berkesan. Buku panduan ini yang memuatkan pelbagai maklumat pengurusan PRS dan disusun mengikut kesesuaian perlaksanaannya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya berharap buku panduan ini akan digunakan sebaik-baiknya supaya khidmat Pembimbing Rakan Sebaya akan dapat membantu mengurangkan masalah displin dan mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan remaja kini.Dengan bermatlamatkan “Membantu Diri Untuk Berupaya Membantu Orang Lain” sudah pasti mampu menjadikan PRS di sekolah sebagai golongan yang harus dicontohi dalam membimbing diri sendiri dan rakan sebaya.
Saya mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penulisan buku panduan ini.
Terima kasih.
6
Pengurusan PRS
BUKU PANDUANPENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYASEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
1.0. PENGENALAN
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.
2.0. SEJARAH PERKEMBANGAN
2.1. Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang Jaya, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986.
2.2. Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang), Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.
2.3. Rentetan daripada laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.
2.4. IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.
7
Pengurusan PRS
2.5. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
2.6. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.
2.7. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat memperkembangkan konsep ini dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus Teragih di peringkat negeri masing-masing.
2.7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.
2.7.2 Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu
Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS
Teknik tafsiran keperluan Teknik-teknik latihan. Teknik penilaian program Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti
kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
PRS dari perspektif Islam
2.7.3 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modultelah diadakan di IAB.
3.0. PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA3.1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan
tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
8
Pengurusan PRS
3.2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
4.0. DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
5.0. RASIONAL
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
5.1. Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
5.2. Bertambah masalah salahlaku di kalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian PRS sebagai khidmat sokongan.
5.3. Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan ke arah perlakuan positif.
5.4. Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.
6.0. FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.
9
Pengurusan PRS
7.0. VISISistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
8.0. MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
9.0. MATLAMAT
9.1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
9.2. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
9.3. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
9.4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.
10.0. OBJEKTIF
10.1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
10.2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
10.3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
10.4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
11.0. ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:
11.1. Amanah dan menyimpan rahsia.11.2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.11.3. Tahu batasan dan keupayaan diri.11.4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.11.5. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling
tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
10
Pengurusan PRS
11.6. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
12.0 IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.
12.1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.
12.2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.12.3. Berusaha menjadi pelajar contoh.12.4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.12.5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.12.6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.
13.0 SENARAI TUGAS PRS
13.1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
13.2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
13.3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
13.4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukkan jika perlu.
13.5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
13.6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. 13.7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
berasa selesa dan berempati.13.8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.13.9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa
alternatif sebelum membuat keputusan.13.10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil
langkah positif.13.11. Mematuhi etika kerahsiaan.13.12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.13.13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.13.14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
11
Pengurusan PRS
mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
13.15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
13.16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
BAHAGIAN 2: PENGURUSAN
3.0 Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah-sekolah Malaysia
3.1 Carta Aliran Pengurusan PRS
Kajian Tindakan
Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan
Perbincangan dengan Pengetua
Taklimat kepada semua guru
Hebahan/Publisiti/Iklan
Borang Permohonan Keahlian & Borang Cadangan
Proses Borang Permohonan
Temuduga
Surat Tawaran/Surat Makluman kepada Ibu Bapa
Surat Panggilan Kursus
12
Pengurusan PRS
3.2 Kertas Cadangan Penubuhan PRS
1.0 Pendahuluan
Keperluan PRS di sekolah berlandaskan latar belakang masalah di sekolah/
rasional penubuhan.
1.1 Matlamat Penubuhan PRS
1.2 Objektif
1.3 Sasaran
1.4 Tempoh
1.5 Ahli Jawatankuasa
1.6 Proses:
1.6.1 Pelan Tindakan Penubuhan PRS
(Rujuk Lampiran 1)
1.7 Penutup
1.8 Lampiran
1.8.1 Contoh Borang
1.8.1.1 Borang Permohonan
1.8.1.2 Borang Cadangan
1.8.2 Surat
1.8.2.1 Surat Panggilan Temuduga
1.8.2.2 Surat Tawaran
1.8.2.3 Surat Makluman kepada Ibu/Bapa/Guru Tingkatan
1.8.2.4 Surat Persetujuan Ibu/Bapa/Penjaga
1.8.2.5 Surat Panggilan Kursus Asas PRS
1.8.2.6 Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga -
(rujuk surat kebenaran ibu bapa/penjaga di sekolah masing-
masing)
13
Pengurusan PRS
LAMPIRAN 1
1.6.1 Pelan Tindakan Penubuhan PRS
Bil. Perkara Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Catatan
1. Publisiti / Taklimat Guru
2. Keluarkan borang Permohonan & borang cadangan.
3. Proses Borang Permohonan
4. Temuduga
5. Surat makluman kepada ibu bapa/guru tingkatan/surat
tawaran kepada pelajar
6. Surat Panggilan Kursus
7. Kursus Asas PRS
8. PRAKTIKAL / Percubaan/Ujian (Lisan&Bertulis)
9. Kursus Lanjutan
10. Perlantikan Rasmi
11. Calon-calon PRS yang gagal kursus perlu ulang tahap 7
(Kursus Asas ) dan seterusnya
14
Pengurusan PRS
Borang PRS 1.1
Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Nama :………………………………………………….. Ting. :………………………
Jantina : ………………………….. Kaum : ……………………
No. K/P : …………………………………………………. No. S.B : ……………………
Tatikh Lahir : …………………………………………………. Tempat Lahir: ………………
Alamat : ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sebab anda berminat untuk menjadi PRS :
……………………………………….potong di sini ……………………………………………………………… BORANG PRS 1.2
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK/SK .............................................................
Ruj. Kami : Bil. ( 07 ) dlm. SMK ……./02/02/006 Tarikh : ______
JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut : Tarikh : ……………………………… Tempat : ………………………………. Masa : ……………………………….
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas,
…………………………………………( )Kaunselor Pelajar/Guru BimbinganSMK / SK
Borang PRS 2.1
15
Pengurusan PRS
Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
BORANG CADANGAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)Pengetua,SMK / SK ___________________(U.P. Penasihat UBK)
Tuan/Puan,
Cadangan Calon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Berikut dikemukakan calon-calon PRS Tahun _______________
Bil. Nama Jant. Ting. No. KP * Kriteria Pencalonan
Ciri –ciri calon PRS :
1 .Suka menolong 2. Bertanggungjawab 3. Peramah & mudah mesra
4. Boleh dipercayai 5. Mudah diterima oleh rakan sebaya
Sekian, terima kasih.
Tanda tangan
…………………………………. Tarikh : ………………………
Guru Kelas / Guru tingkatan
……………………………………………………potong di sini …………………………………………………
Borang PRS 1.2Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK/SK ………………………
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh : __________________
JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut :
Tarikh : ……………………………… Tempat : ………………………………. Masa : ……………………………….Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
…………………………………………( )Kaunselor Pelajar /Guru Bimbingan
Borang PRS 2.2
16
Pengurusan PRS
Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
BORANG TAWARAN KEAHLIANPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh : __________________________
Kepada:
…………………………………………………Ting. ……………………………
Saudara /Saudari,
TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN ……………………
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun ………………. di sekolah ini.
2. Diharap saudara/saudari dapat memberi komitmen dan perkhidmatan yang cemerlang.
3. Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………( )Kaunselor Pelajar / Guru BimbinganSMK /.SK
Borang PRS 2.3Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
17
Pengurusan PRS
SURAT MAKLUMAN KEAHLIAN KEPADA IBU/BAPAPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :
Kepada:
Ibu Bapa/Penjaga/Guru Tingkatan
Tuan/Puan
MAKLUMAN TAWARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN ……………….Nama Pelajar : ____________________________________________No. K.P. : ______________________________Kelas/Ting. : ______________________________
Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan/pelajar tuan/puan telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan.
2. Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS dan dikehendaki lulus kursus-kursus yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
3. Sokongan dan komitmen daripada tuan/puan amatlah diharapkan .
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………( )Kaunselor Pelajar / Guru BimbinganSMK /.SK
Borang PRS 2.4
Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
SURAT JAWAPAN PENERIMAAN
18
Pengurusan PRS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :
……………………………………………………..
(Nama ibu/bapa/penjaga)
Alamat : ………………………………………….
Kepada :
Pengetua,SMK / SK ___________________
(U.P. Penasihat UBK)
Tuan/Puan,
SURAT JAWAPAN TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN ……………….
Bahawasanya saya, ……………………………………………………….. bersetuju /tidak bersetuju anak/jagaan
saya yang bernama ………………………………………………………….. tingkatan/kelas
…………………………………………….. menjadi Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun
……………………………………
Sekian, terima kasih.
Saya Yang Benar,
…………………………………………( )Nama Ibu/Bapa/Penjaga
Borang PRS 2.5
Unit Bimbingan dan KaunselingSMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
SURAT PANGGILAN KURSUS ASASPEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :
19
Pengurusan PRS
Kepada:
Saudara / Saudari,
Nama : ………………………………………………….Ting. : ……………………………………
Saudara / Saudari,
KURSUS ASAS PRS TAHUN ………………………………..
Adalah dimaklumkan bahawa saudara /saudari diminta menghadiri kursus di atas seperti ketetapan berikut :
Tarikh : ……………………………… Tempat : ………………………………. Masa : ……………………………….
2. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Kaunselor / Guru Bimbingan Sekolah anda di talian : …………………………………….
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………( )Kaunselor Pelajar / Guru BimbinganSMK /.SK
BAHAGIAN 3: PENGENDALIAN KURSUS PRS.
3.1 CONTOH KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PRS
1.0 RASIONAL
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting
dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar
adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan,
maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran
20
Pengurusan PRS
asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
2.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran
kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka
kepada perasaan rakan.
3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan
dan kelemahan diri.
3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan
mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu
diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu,
hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
4.0 KUMPULAN SASAR
Pelajar yang berminat:
Kumpulan Perintis - Tingkatan 1 dan 2 seramai 40 orang pelajar lelaki dan
perempuan di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.
5.0 INPUT KURSUS
21
Pengurusan PRS
Merujuk kepada Modul Latihan Asas PRS Kementerian Pendidikan Malaysia
1992.
6.0 JANGKA MASA KURSUS
Masa tidak kurang daripada 15 jam
( Satu sesi 2 jam x 3 kali seminggu )
7.0 SUMBER KEWANGAN
7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling
7.2 Sumbangan pelajar yang dilantik sebagai PRS
7.3 Derma PIBG
7.4 Derma masyarakat
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat
dalaman sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan
aktiviti-aktiviti asas dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas
Komunikasi. Oleh yang demikian, hanya keperluan untuk membeli peralatan tulis
sahaja yang diperlukan:
Kertas Sebak = 10 x 50 sen = RM 5.00
Kad manila = 10 x 60 sen = RM 6.00
Kertas warna = 5 x 80 sen = RM 4.00
Pen Marker ( Merah, Hitam, Biru ) =6 x RM 2.50 = RM 15.00
Jumlah = RM 30.00
9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )
Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1 Kaedah 1
Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS
baru.
22
Pengurusan PRS
Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari
tarikh iklan.
Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang
boleh didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Kaedah 2
Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan
mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk
berbincang tentang sebarang masalah / persoalan.
Kaedah 3
Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap
sesuai dilantik sebagai PRS.
LANGKAH 2
Kaedah 1
Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling
akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk
calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti.
ATAU
Kaedah 2
Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi
temuduga akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik
sebagai PRS.
Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang
akan dimaklumkan.
CONTOH RISALAH / IKLAN PRS
PROGRAM LATIHANPEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?
Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama
mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah.
23
Pengurusan PRS
Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia
supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah,
pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi
akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang
kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat
dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru
Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah
dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing
Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil
kesedaran-kendiri (self-awareness).
Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini?
Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah:
seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh
dipercayai.
mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan
juga orang dewasa.
Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?
Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.
Memimpin kumpulan perbincangan.
Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok.
Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata
pelajaran.
Menjadi sebagai contoh / model.
Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari
segi moral dan material.
Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.
Masihkah anda berminat?
24
Pengurusan PRS
Jika masih berminat, isikan borang permohonan yang boleh didapati daripada
Guru Kaunseling di Bilik Kaunseling sama ada:
Anda sendiri berminat untuk memohon menjadi ahli PRS ; atau
Anda ingin mencadangkan nama rakan anda yang anda tahu dia berminat
dan berpotensi untuk menjadi ahli PRS.
Pemilihan akan dibuat sedikit masa lagi. Borang yang telah lengkap diisi
hendaklah dimasukkan ke dalam kotak berwarna merah yang diletakkan di pintu Bilik
Bimbingan & Kaunseling.
Disediakan oleh: Tarikh :
…………………………………….
( )
Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
CONTOH BORANG CADANG NAMA PRS
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 4 SUBANG JAYA
CADANGAN PESERTA
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )25
Pengurusan PRS
Saya ingin mencadangkan _________________________________________
dari Tingkatan _________________________ menjadi peserta dalam projek Latihan
Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya. Pelajar ini
saya dapati layak untuk menjadi seorang PRS kerana :
1. __________________________________________________________
2. __________________________________________________________
3. __________________________________________________________
4. __________________________________________________________
5. __________________________________________________________
Nama *Guru / Pelajar yang mencalonkan nama: Tarikh : …………………………..
………………………………………………………
Tingkatan : ……………………………………….
* Potong yang tidak berkenaan
3.2 LANTIKAN JAWATANKUASA
3.2.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pengetua / Guru Besar
Pengerusi : GPK HEM
Naib Pengerusi : Penyelia Petang
Setiausaha : Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
26
Pengurusan PRS
Penolong Setiausaha : Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
Bendahari : Bendahari PIBG
AJK : Penyelaras Tingkatan 1 – 5 / Penyelaras Darjah 4 – 6
Guru Disiplin
Guru Pendidikan Islam / Guru Pendidikan Moral
3.2.2 Jawatankuasa Pelaksana Kursus
Contoh :
Penasihat : Pengetua/ Guru BesarPengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNaib Pengerusi: Penyelia PetangSetiausaha : Guru Kaunseling SM / Guru Bimbingan SR/
Guru Penasihat PRSNaib Setiausaha: Guru Kaunseling/ Guru BimbinganBendahari : Bendahari PIBGAJK : i) Penyelaras Tingkatan 1-5
ii) Guru disipliniii) Guru Agama / Pendidikan Moral
3.3 MESYUARAT JK PELAKSANA KURSUS
i) Berbincang dengan GPK HEM dan usul kertas cadangan.
ii) Mendapatkan kelulusan
iii) Tetapkan tarikh mesyuarat dan tentukan agenda dan tempahan bilik
mesyuarat
iv) Keluarkan surat panggilan mesyuarat
v) Menjalankan mesyuarat
vi) Menyediakan minit mesyuarat yang juga terkandung senarai tugas
Jawatankuasa
vii) Maklumkan rancangan tahunan kepada Jawatankuasa
3.4 CARTA ALIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS
Contoh :
Berbincang dengan PK HEM(Usulkan kertas cadangan)
27
Pengurusan PRS
Dapatkan kelulusan
Tetapkan tarikh mesyuarat,Tentukan agenda, tempahan bilik mesyuarat
Keluarkan surat panggilan mesyuarat
Mesyuarat dijalankan# Rujuk contoh minit mesyuarat, senarai tugas J/K, Rancangan Tahunan PRS.
3.5 SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH
3.5.1 Surat yang dikeluarkan adalah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar
3.5.2 Surat jemputan/pelepasan kepada penceramah perlu melalui dan salinan PPD (Ketua Sektor Pengurusan & Pembangunan Manusia).
CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH
SMK / SK ___________________Telefon/ Fax :………………………
Ruj. Kami :..................................Tarikh :........................................
28
Pengurusan PRS
Pengetua ……………………………………..…………………………………….…………………………………….
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan SMK…………………………………. akan mengadakan Program Peningkatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Tujuan program ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran asas kaunseling di kalangan PRS.
3. Sehubungan ini pihak kami memohon pertimbangan tuan untuk memberi kebenaran kepada pegawai di sekolah tuan iaitu Encik ……………………………….. Guru Bimbingan Kaunseling untuk menyampaikan ceramah seperti ketentuan berikut :
Masa :Tempat Tajuk :Sasaran :
4. Untuk makluman pegawai tuan, pihak penganjur akan menyediakan kemudahan peralatanceramah seperti berikut :
a) Pembesar suarab) Overhead Projektor / LCDc) Skrin
5. Bersama surat ini dikepilkan borang biodata diri penceramah dan diharapkan pihak pegawai tuan dapat mengisi dan membawanya ke sekolah berkenaan pada hari tersebut.
6. Sekiranya pihak pegawai tuan mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara diatas,sila hubungi pegawai berikut iaitu En………………….. No. Telefon…………………...
Pihak kami terlebih dahulu merakankan ucapan terima kasih di atas pertimbangan tuan mengenai perkara di atas.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(…………………………………………)
3.6 MENGENDALIKAN TEMUDUGA, UJIAN LISAN DAN UJIAN BERTULIS
Contoh / Panduan Skrip Temuduga
Bil Soalan Markah
1 Ceritakan serba sedikit tentang diri anda /10
2 Bagaimana hubungan anda dengan /10
29
Pengurusan PRS
i- rakan-rakan
ii- keluarga
iii- masyarakat
Ceritakan
3 Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda bertemu
dengan rakan baru?
/10
4 Namakan
i- Perdana Menteri kita
ii- Timbalan Perdana Menteri
iii- Menteri Pelajaran
/10
5 Cuba nyatakan prinsip-prinsip Rukun Negara /10
6 Apa yang anda faham dengan Pembimbing Rakan
Sebaya?
/10
7 Mengapa anda ingin menjadi seorang ahli Pembimbing
Rakan Sebaya?
/10
8 Kalau anda dipilih menjadi seorang ahli Pembimbing
Rakan sebaya, apa yang dapat anda sumbangkan?
/10
9 Kenapa anda rasa anda layak menjadi seorang ahli
Pembimbing Rakan Sebaya?
/10
10 Apa pandangan anda tentang masa depan Pembimbing
Rakan Sebaya sekolah kita?
/10
Skala pemarkahan0 – 40 Gagal41 – 70 Lulus dan dalam pertimbangan71- 100 Lulus dan layak
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN LISAN DAN BERTULIS
UJIAN LISAN
01. Nama, tempat tinggal, kampung, anak yang ke berapa, ibu bapa/penjaga, cita-cita, hobi, isu-isu semasa dan lain-lain.
02. Bagaimana anda boleh menjadikan unit bimbingan dan kaunseling lebih diminati di kalangan pelajar ?
03. Dari mana anda mendapatkan maklumat tentang PRS.
30
Pengurusan PRS
04. Kenapa anda berminat untuk menjadi PRS?05. Apakah maksud PRS?06. Bagaimana anda menghabiskan masa lapang anda?07. Apakah peranan anda yang boleh anda mainkan sebagai PRS yang berjaya?08. Apakah kekuatan/ kelemahan yang ada pada diri anda untuk menjadi seorang
PRS?09. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh
para pelajar di sekolah ini?10. Bagaimana cara yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu sebagai PRS
yang berkesan?11. Adakah pernah anda menolong rakan anda dalam menyelesaikan masalah?12. Apakah program / aktiviti unit bimbingan dan kaunseling yang telah anda ikuti
di sekolah ini?13. Apakah pandangan anda mengenai unit bimbingan dan kaunseling?14. Pada pandangan anda, apakah personaliti , kebolehan, kemahiran yang mesti
ada pada PRS?15. Jika anda ada masalah, mahukah anda berbincang dengan seseorang
mengenai masalah tersebut. Mengapa?16. Apakah harapan anda/ cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan unit
bimbingan dan kaunseling di sekolah?17. Berapakah jumlah guru Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini?18. Apakah yang anda tahu tentang kaunseling/ komunikasi?19. Bagaimanakah cara anda mengendalikan sesebuah kes rakan anda yang
kronik?20. Bagaimanakah cara anda memberi respon / tindakbalas terhadap cerita rakan
anda?21. Apakah perasaan anda jika anda tidak terpilih sebagai PRS pada tahun ini?
UJIAN BERTULIS
Nama : ………………………Tingkatan : ………………………Tarikh :……………………….
ARAHAN : Sila beri respon kepada satu jawapan sahaja, dengan membulatkan jawapan yang anda pilih.
31
Pengurusan PRS
1. Komunikasi antara manusia ialah
A. Cara kita berhubung dengan orang lainB. Cara kita menggunakan pancainderaC. Cara kita menggunakan khidmat orang lainD. Cara kita berusaha mencari bantuan orang lain
2. Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia, melainkan:
A. Tidak faham bahasaB. Sudah ada prasangkaC. Maksud yang dihantar tidak jelasD. Persefahaman di antara satu dengan lain
3. Kaunseling bermaksud
A. Pertemuan bersemuka di antara Kaunselor dengan KlienB. Kaunselor beri nasihatC. Klien diberi pertolongan materialD. Menyelesaikan semua masalah
4. Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah
A. Pendedahan diri yang tinggiB. Beri pinjam duitC. Perhubungan yang berkesanD. Selalu berjumpa
5. Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko:
A. Sama ada hubungan menjadi lebih baik atau buruk terpulang kepada kelakuan seseorang itu pada masa hadapan
B. Hubungan dengan seseorang akan bertambah eratC. Kepercayaan yang diberi akan menambahkan beban seseorangD. Hubungan dengan seseorang tidak akan berlanjutan.
6. Etika Kaunselor ialah seperti di bawah MELAINKAN:
A. Menyimpan rahsiaB. Memberi rujukan khidmat lain jika Kaunselor tidak upaya menolongC. Menerangkan dengan jelas syarat-syarat menerima pertolonganD. Menganggap Klien bukan unik, mereka serupa sahaja
7. Di dalam perhubungan kaunseling, pekara yang pertama yang harus diusahakan oleh Kaunselor ialah:
32
Pengurusan PRS
A. Memberi pertolongan secepat mungkinB. Membina hubungan Kaunselor-Klien yang kukuhC. Mendapat beberapa banyak maklumat mengenai KlienD. Memberi nasihat yang berguna
8. Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh Kaunselor ialah:
A. Memberi nasihatB. Memberi maklumatC. Memberi perhatianD. Memberi panduan
9. Empati bererti:
A. Faham tentang perasaan dan emosi seseorang seolah-olah diri sendiri mengalaminya.
B. Berasa kasihan terhadap penderitaan seseorangC. Menghormati perasaan seseorang dengan tidak mencungkilD. Memberi pertolongan supaya seseorang itu tidak menderita lagi
10. Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini: “Saya tidak tahu apa yang mesti saya buat. Setiap kali saya beri cadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini lebih baik saya berdiam diri”
A. Kalau macam itu, memang baik awak berdiam diri.B. Mungkin awak cakap kasar dengan diaC. Awak rasa bosan dengan sikap diaD. Usaha awak untuk mengambil bahagian tidak dihargai, ini membuat awak
marah dan kecil hati.
11. ‘Pendedahan Diri’ di dalam konteks kaunseling bererti:
A. Membuka mindaB. Mendedahkan rahsia orangC. Menceritakan hal peribadi yang sulit kerana percaya.D. Berkongsi perasaan
12. Di dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah:
A. Kisah yang diceritakan oleh seseorangB. Perasaan seseorang apabila berlaku satu peristiwaC. Keinginan seseorang untuk berceritaD. Perkara-perkara yang ditinggalkan semasa bercerita
13. Memberi respon (maklumbalas) yang minimum adalah seperti di bawah:
33
Pengurusan PRS
A. “Hmm…m…mB. “Ceritakanlah lagi, apa berlaku”C. “Tentu awak rasa marah pada saya”D. “Oh, begitu rupanya”
14. Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang, MELAINKAN:
A. Benci, marah, gundahB. Terlupa, terkenang, bersepahC. Gembira, senang, tenangD. Kecewa, hampa, bangga
15. Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui, MELAINKAN
A. Gerak BadanB. Air MukaC. Pandangan MataD. Tanpa pertemuan
16. Satu daripada kenyataan di bawah menunjukkan soalan jenis terbuka:
A. Ini awak punya?B. Bagaimana perasaan awak sekarang?C. Awakkah yang buat?D. Tahukah awak siapa yang melakukannya?
17. Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah:
A. Menukar perlakuan kepada yang lebih diterimaB. Menerima masalahnyaC. Memberi pertolongan seberapa yang bolehD. Menggalakkan perlakuan yang sedia ada
18. Kaunseling individu ialah untuk:
A. Orang sakit jiwaB. Orang yang ada masalah biasaC. Orang gilaD. Orang yang dirasuk fikiran yang karut
19. Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang dicadangkan oleh klien ialah
A. Mengesahkan (Checking)B. CungkilC. Berdiam diriD. Menerima
20. Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah:
34
Pengurusan PRS
A. Beri maklumbalas yang jujurB. Jangan ditegurC. Perhatikan sahajaD. Beritahu orang lain
UJIAN EMPATI
(RESPON BERKESAN)
Nama : ………………………
Tingkatan : ………………………
Tarikh :……………………….
35
Pengurusan PRS
ARAHAN: Baca kenyataan di bawah. Cuba anda pilih satu jawapan sahaja dengan menandakan kepada respon yang anda fikir PALING sesuai untuk kenyataan-kenyataan berikut.
1. “Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya?
A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda.
B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitif.
C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda?
D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?
2. “ Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak mahu lagi berkawan dengan budak-budak jahat itu, tetapi mereka sentiasa mengganggu saya. Apa patut saya buat?”
A. Jangan pedulikan mereka, buat tak tahu saja.B. Kenapa awak berkenalan dengan dia duluC. Awak rasa menyesal sekarang berkawan dengan dia dulu.D. Awak rasa bimbang dan takut setiap kali mereka menganggu awak.
Awak rasa diri awak terancam dan sekarang awak serba salah.
3. “Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali saya mula belajar. Apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus saya lakukan? Saya tak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa menaruh penuh harapan kepada saya.”
A. Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu gagal. Saya pasti ibu bapa anda akan faham.
B. Saya rasa awak ini terlalu memberatkan harapan keluarga andaC. Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan masalah anda, bolehkah
anda sebutkan perkara-perkara menganggu fikirkan anda sehingga menghalang kerja-kerja anda?
D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan anda.
4. “Adik saya tidak mahu mengaku saya ini kakak dia. Tiap-tiap kali dia cakap dengan kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia benci saya”
A. Awak rasa kecil hati adik awak menolak awak sebagai kakaknya. Dia buat awak rasa kekurangan pada diri awak.
B. Mengapa dia tidak mahu mengaku, kan ke awak kakak dia? Semua orang tahu.
C. Agaknya dia iri hati dengan awak sebab awak cantik?D. Awak cakaplah dengan dia yang awak rasa kecil hati, bila dia kata begitu.
36
Pengurusan PRS
5. “ Kadang-kadang saya mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.”
A. Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan
B. Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda pada masa depan?
C. Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat anda ingin behenti sekolah
D. Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu
6. “ Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak suka saya.”
A. Lebih baik awak dietB. Biasanya orang gemuk memang orang tak sukaC. Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemukD. Awak rasa sedih bila orang tak pedulikan awak. Awak rasa diketepikan
kerana awak gemuk.
7. “Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai ketua murid. Saya rasa ada pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas itu”
A. Anda tidak sepatutnya mengundur diri disaat akhir. Apa anggapan kawan-kawan dan guru-guru anda nanti.
B. Bagi saya anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi pada tahun lalu anda adalah nai ketua murid.
C. Adakah sesuatu kurang pada diri anda yang membuatkan anda merasa tidak dapat menjalankan tugas itu sebaik orang lain?
D. Anda ragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai ketua murid.
8. “ Macam mana nak belajar? Mak bapa saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak tumpukan fikiran pada pelajaran?”
A. Mengapa mak bapa awak selalu berkelahi?B. Awak pergilah belajar di perpustakaanC. Awak rasa curiga dan takut setiap kali mak bapa awak berkelahi. Ini
membuatkan awak runsing dan tak tenteramD. Awak tak boleh tumpukan fikiran pada pelajaran sebab emak bapa awak
selalu berkelahi.
37
Pengurusan PRS
9. “Saya tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya saja. Kenapa tak boleh biarkan sahaja saya sendirian? Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka mati.”
A. Anda tidak harus mengeluarkan kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda. Saya pasti mereka kasihkan anda.
B. Anda rasa ibu bapa anda mengongkong hidup anda dan ini benar-benar membosankan anda.
C. Kemungkinan ibu bapa anda merasa anda masih memerlukan perhatian dan perlindungan.
D. Bersabarlah. Saya faham perasaan anda. Saya pasti ibu bapa anda akan memberi anda kebebasan yang lebih setelah anda dewasa.
10. “Saya tak ada masa untuk belajar. Saya orang miskin dan terpaksa membantu emak saya menjual kuih.
A. Awak rasa bertanggungjawab terhadap adik beradik awak.B. Tanggungjawab yang awak pikul sangat berat & awak tak berani
melepaskannya kerana takut bersalah.C. Saya kasihan melihat penderitaan awak. Boleh saya beri RM50 untuk
menolong awak.D. Adik-beradik awak yang lain tak boleh menolong awak?
LATIHAN KOMUNIKASI
ARAHAN: Tandakan satu respon yang anda fikirkan boleh menunjukkan anda mendengar dengan empati dan boleh menggalakkan rakan anda berkongsi maklumat tambahan selanjutnya.
1. “Ali beritahu saya, cikgu hendak jumpa saya.”
38
Pengurusan PRS
A. Ya, saya dengar awak tak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelasB. Oh ya, memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku antara awak
dengan kawan-kawan lain di dalam kelasC. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana
perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini?D. Ya, saya cuma ingin menolong anda supaya berasa senang di dalam kelas.
Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini.E. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas.
2. “Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dulu juga.”
A. Tidak, Awak takkan gagal. Katakan pada diri awak, awak takkan gagalB. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri, saya pasti awak berjayaC. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka
boleh tolong awak untuk jadikan panduan.D. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka
boleh tolong awak untuk jadikan panduan.E. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas di dalam temuduga, kali
ini pun akan gagal juga.
3. “ Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat?
A. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan.B. Perkara pertama pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan
seberapa banyak maklumat. Sudah awak Tanya tentang biasiswa?C. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awakD. Apa yang awak hendak buat?E. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?
4. “Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku”
A. Kita hidup dan kita belajar. Bukan buruk sangat membuat kesilapan.B. Menyesali perkara yang telah berlaku tiada gunaC. Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku.D. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul di dalam beberapa
perkara.Mungkin ada perkara lain yag dia betul.E. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri
awak sendiri.
39
Pengurusan PRS
Ingat! bila anda memberi respon, anda tidak mahu menjadi seperti hakim, penyiasat atau seolah-olah tidak berminat. Memang sukar untuk kita menyampaikan rasa mesra dan penerimaan melalui kata-kata. Pendedahan diri yang sangat awal, tidak akan menolong kerana perhatian ditumpukan pada diri sendiri. Cubalah sampaikan perasaan yang sedang dialami oleh Klien anda.
“SELAMAT MENCUBA”
CONTOH SOALAN-SOALAN LISAN:
1. Berikan definisi Pembimbing Rakan Sebaya ?
Jawapan :
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam
bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya terutama mereka yang
40
Pengurusan PRS
memerlukan pertolongan.
2. Apakah falsafah Pembimbing Rakan Sebaya?
Jawapan:
Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain
3. Apakah visi Pembimbing Rakan Sebaya ?
Jawapan :
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
dan berkualiti.
4. Apakah misi Pembimbing Rakan Sebaya?
Jawapan:
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi ,
rohani , intelek dan cemerlang berdasarkan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
5. Senaraikan 5 daripada 7 etika PRS yang anda tahu?
Jawapan:
i: amanah dan menyimpan rahsia
ii: menerima dan menghormati rakan dan orang lain
iii : tahu batasan dan keupayaan diri
iv : sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
v : melapor kepada kaunselor/ guru bimbingan dan kaunseling tentang kes
yang boleh merosakkan diri atau orang lain
vi : merujuk kes rumit kepada kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling
vii : mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat serta agama
6. Apakah matlamat utama PRS ?
Jawapan :
i membina budaya kasih-sayang , mesra dan saling membantu di kalangan
pelajar
ii membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai diri berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan
iii memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka ,
41
Pengurusan PRS
bertimbangrasa , rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam
masyarakat majmuk
7. Senaraikan tugas dan tanggungjawab PRS?
Jawapan :
i: menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
ii: sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling sekolah.
iii: sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
iv: sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti
membuat rujukan jika perlu.
v: sebagai peninjau rasa untuk membolehkan kaunselor / guru bimbingan dan
kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
vi:sebagai role model kepada pelajar lain.
vii: menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa
selesa dan berempati.
viii: menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
8. Nyatakan satu kemahiran asas dalam kaunseling?
Jawapan:
i: kemahiran mendengar
ii: kemahiran memberi perhatian
iii: kemahiran memberi respons dan maklum balas
iv: kemahiran membuat refleksi
9. Nyatakan peringkat umur alam remaja?
Jawapan:
Remaja ialah mereka yang berada dalam peringkat umur 12 tahun hingga 18
tahun.
10. Apakah bentuk-bentuk kegiatan yang dilakukan oleh remaja?
Jawapan:
42
Pengurusan PRS
Jawapan yang berkaitan boleh diterima
CONTOH SOALAN BERTULIS:
1. Apakah isu salah laku yang sering berlaku di sekolah anda?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
2. Apakah respon anda terhadap isu di atas?
43
Pengurusan PRS
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
3. Pada pandangan anda adakah murid boleh dan mesti dilatih supaya mereka
dapat membantu murid lain dengan berkesan ?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
4. Pada pandangan anda bidang adakah PRS dapat membantu menjayakan
program sekolah dengan lebih berkesan. Bagaimana?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
5. Senaraikan ciri-ciri seorang PRS yang berkesan?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
3.7 CADANGAN MODUL LATIHAN ASAS PRS
Minggu 1
Sesi I - Kesedaran Kendiri
Aktiviti 1 - Membina identiti PRS
Aktiviti 2 - LDK - Salji di padang pasir
44
Pengurusan PRS
Minggu 2
Sesi I - Asas Komunikasi
a) Definisi komunikasi
b) Komunikasi lisan dan bukan lisan
c) Bengkel / praktikal
Minggu 3
Sesi 2 - Asas Komunikasi - Latihan
- Meningkatkan perhubungan manusia, membina
kepercayaan
- Halangan Komunikasi
Aktiviti - LDK - Halangan Komunikasi
Minggu 4
Sesi 3 - Asas Komunikasi
Aktiviti 1 - Pidato Spontan
Aktiviti 2 - LDK - Menghantar mesej
Minggu 5
Sesi I - Asas Kaunseling
Kemahiran Mendengar
Latihan Kemahiran Mendengar
Aktiviti - LDK - Titanic
Minggu 6
Sesi 2 - Asas Kaunseling
Latihan Kemahiran Memberi Perhatian
Aktiviti - Topi Saya
Minggu 7
Sesi 3 - Asas Kaunseling
45
Pengurusan PRS
Kemahiran Memberi Respon dan Maklumbalas
Aktiviti - LDK - Kemahiran memberi respon dan
maklumbas.
Minggu 8
Sesi 4 - Asas Kaunseling
Rumusan Kemahiran Asas Kaunseling
Aktiviti - LDK - DYAD (berpasangan)
- PRS dan klien menjalankan sesi membantu
Minggu 9
Sesi I - Perkembangan Remaja
Pengenalan
- Definisi Remaja
- Bengkel
- Apa yang remaja suka lakukan dan tidak suka
lakukan.
- Apa yang remaja harapkan daripada ibu bapa, rakan
sebaya, dan lain-lain
Minggu 10
Sesi 2 - Perkembangan Remaja
Mengadakan lawatan
- contohnya ke pusat membeli belah
Minggu 11
Sesi 3 - Perkembangan Remaja
- Ceramah oleh penceramah khas
Lampiran Contoh LDK
Tajuk : Salji di padang pasir
Objektif : 1. Supaya peserta sedar bahawa persepsi terhadap seseorang itu
timbul kerana dikawal oleh apa yang hendak dilihat.
2. Supaya peserta sedar bahawa prasangka, syak, dan lain-lain boleh
menyekat perhubungan.
46
Pengurusan PRS
3. Supaya peserta sedar bahawa penerimaan tanpa syarat boleh
membuatkan seseorang berasa selesa dan rela berkongsi perasaan.
Alat : 3 keping gambar:
- gambar orang tua – orang muda (lampiran A)
- gambar muka kembar – pasu bunga (lampiran B)
- gambar garis-garis muka – kaki lilin (lampiran C)
Langkah :
1. Edarkan lampiran A, minta peserta teliti apa yang mereka nampak.
Lekatkan gambar itu di dinding.
2. Edarkan lampiran B dan C. Pastikan tiap-tiap peserta dapat peluang
meneliti gambar-gambar itu.
3. Bincangkan mengapa ada peserta nampak jelas satu aspek saja daripada
gambar-gambar itu, misalnya di dalam gambar lampiran A ada yang
nampak rupa orang muda dan ada yang nampak rupa orang tua sahaja.
Terangkan bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan
memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas
kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang
dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat,
kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau
tidak.
4. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat
penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong.
5. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing
Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan
berkesan.
Tajuk : Latihan Penghalang Komunikasi
Objektif :
1. Supaya peserta memahami jenis-jenis halangan komunikasi
2. Supaya peserta dapat mengelakkan halangan komunikasi dalam
hubungan menolong
Alat : Kertas nota (lampiran A), kertas kosong, pen
Langkah :
47
Pengurusan PRS
1. Arahkan peserta duduk dalam bulatan
2. Edarkan kertas nota halangan komunikasi
3. Pembimbing menerangkan halangan-halangan komunikasi serta
contoh-contohnya
4. Untuk setiap jenis halangan komunikasi, dapatkan respon peserta
dan minta mereka memberikan contoh-contoh yang lain
5. Kemudian minta peserta mencari pasangan, setiap pasangan
dikehendaki melakonkan peranan PRS dan rakan sebaya. Minta
rakan sebaya menulis masalahnya dalam kertas. Kemudian PRS
menyenaraikan ayat-ayat sebagai respon kepada masalahnya.
Selepas itu tukar peranan.
6. Kemudian minta pasangan itu melakonkannya di depan kumpulan
besar dan peserta lain boleh berbincang dengan bantuan
pembimbing. Diikuti dengan pasangan-pasangan yang lain.
Perbincangan :
Soalan-soalan panduan :
Apa itu jenis-jenis halangan komunikasi?
Berikan contoh bagi halangan komunikasi jenis …
Apakah kesannya halangan komunikasi ini kepada perhubungan menolong?
Apakah perasaan anda jika orang memberi respon dalam bentuk ayat yang
menggambarkan halangan komunikasi?
Jelaskan :
Komunikasi tidak akan berkesan jika di dalamnya terrdapat bentuk-bentuk
halangan.
Penerokaan kendiri tidak akan lancar jika terdapat halangan komunikasi.
Kita mesti menggunakan ayat-ayat yang membawa maksud menolong,
bebas dari sebarang bentuk ancaman, paksaan, dan lain-lain PERLAKUAN
MENYEKAT KOMUNIKASI.
48
Pengurusan PRS
1. MENGARAH, MEMERINTAH – perbuatan atau perkataan yang memerintah
dan mengarah (biasanya keras) membuatkan seseorang itu berasa tidak
senang. Contohnya : “Awak dengar apa saya kata”
2. AMARAN, MENGANCAM – menyatakan pada rakan anda apa hukuman atau
kesan buruk yang akan menimpa jika ia melakukan sesuatu. Contohnya :
“Awak akan dikenakan denda jika awak melakukan perkara itu”
3. BERKHUTBAH, MENEKAN ‘HARUS’ DAN ‘TIDAK HARUS’ – mengatakan
pada rakan anda apa yang patut / harus menyelesaikannya sama ada awak
suka atau tidak
4. MEMBERI NASIHAT, MEMBERI PENYELESAIAN / CADANGAN –
menunjukkan kepada rakan anda bagaimana menyelesaikan masalahnya
tanpa memahaminya terlebih dahulu, seolah-olah cadangan anda paling baik.
Contohnya : “Awak tak dapat mengulangkaji sebab awak tak rancang jadual
waktu. Awak buat jadual waktu dulu, baru boleh atasi masalah awak”
5. MENGAJAR, MEMBERI FAKTOR-FAKTOR YANG LOGIK – anda cuba
mempengaruhi rakan anda dengan memberi faktor-faktor yang sah.
Contohnya : “Awak fikirkan logiknya. Kita ada hanya 2 penggal, bagaimana
kita boleh habiskan projek itu”
6. MENGEJEK, MELABELKAN NAMA – anda membuatkan rakan anda berasa
bodoh, memalukannya. Contohnya : “ Kelakuan awak seperti budak 2 tahun,
tak ada akal”
7. MENUDUH, MENGKRITIK – mengeluarkan komen negatif. Contohnya : “
Awak sebenarnya seorang pemalas”
8. MEMUJI, BERSETUJU, MENYEDAPKAN HATI – menyatakan sesuatu
kepada rakan anda untuk menyedapkan hatinya sahaja. Contohnya : “Awak
bijak, awak boleh menjadi ketua, semua orang tahu”
49
Pengurusan PRS
9. BERTANYA, MENCUNGKIL, MENYOAL SELIDIK – cuba mencari sebab-
sebab berlaku, mencari maklumat dengan bertanya bertubi-tubi. Contohnya :
“Bagaimana hal itu terjadi? Siapa yang melakukannya? Pukul berapa ia
mula?”
10. MENARIK DIRI, PERKATAAN PEDAS, MENGALIH PERKATAAN – mencuba
mengalihkan perhatian rakan anda daripada masalahnya. Anda cuba menarik
diri daripada terlibat. Anda mempermainkan rakan anda dengan kelucuan.
Contohnya : “Mari kita cakap hal lain”
Tajuk : Topi Saya
Objektif : 1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya memberi perhatian
terhadap seseorang apabila dia sedang bercakap.
2. Supaya peserta sedar bahawa bahasa tanpa lisan dan gerak-geri
mereka meninggalkan kesan terhadap seseorang, terutama di
dalam proses mendengar.
50
Pengurusan PRS
Alat : - 5 keping kad manila yang dipotong selebar 8 cm dan panjangnya
mencukupi untuk melilit kepala. Kad manila itu terdiri daripada
warna yang berlainan.
- Stapler, pen marker.
- Kertas Nota Peringkat Di dalam Proses Mendengar
(Lampiran A)
Langkah :
1. Dapatkan 4 orang peserta untuk mengambil bahagian secara sukarela.
2. Beri arahan kepada mereka supaya keluar dari bilik untuk berbincang tentang
tajuk yang mereka ingin bercakap di hadapan rakan-rakan mereka. Tajuknya
bebas. Masa untuk bercakap ialah 3 minit seorang.
3. Apabila mereka telah meninggalkan bilik, terangkan kepada peserta lain tentang
proses aktiviti ini, iaitu mereka mesti memberi reaksi terhadap topi yang dipakai
oleh rakan mereka apabila tiap-tiap orang mengambil giliran bercakap.
4. Tuliskan perkataan di bawah di atas kepingan kad manila tadi:
Jangan pedulikan saya
Dengar cakap saya
Kondem / kutuk saya
Ketawakan saya
Galakkan saya
5. Panggil mereka masuk jika telah sedia.
6. Mereka harus duduk lurus di dalam satu baris bersedia untuk menyampaikan
pendapat mereka. Mereka tidak dibenarkan melihat topi yang dipakaikan di
kepala rakan yang lain.
7. Klip kad manila tadi untuk diletakkan di atas kepala peserta berkenaan sebagai
topi.
8. Mereka mula bercakap jika telah sedia.
9. Peserta lain menunjukkan reaksi mengikut topi yang dipakai apabila rakan
mereka bercakap. Contohnya apabila orang yang memakai topi “Kondem /
kutuk saya” bercakap peserta lain haruslah mengutuknya setiap kali dia
memberi pendapat. Ini diteruskan sehingga keempat-empat peserta selesai
mengambil giliran mereka.
10. Bincangkan reaksi peserta yang mengambil bahagian.
Apa perasaan peserta yang mengambil bahagian
51
Pengurusan PRS
Apa reaksi yang timbul jika pendapat mereka tidak dipedulikan atau jika
mereka dikutuk
Apa reaksi mereka apabila pendapat mereka didengar dan diterima baik
Apa gerak-geri mereka yang dapat dilihat menunjukkan perasaan mereka
Apa pembelajaran baru yang mereka dapat daripada aktiviti ini
Bagaimana aktiviti ini boleh dikaitkan dengan peranan mereka sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya
(Nota)
52
Pengurusan PRS
PERINGKAT SITUASI
PERINGKAT 1
Mendengar sekejap-sekejap. Kadang-kadang mendengar dan kadang-kadang fikiran melayang ke tempat / perkara lain
Separuh mendengar – mengikut perbincangan sehingga mendapat peluang untuk bercakap, kemudian hilang minat
Diam dan mendengar tanpa respon. Mendengar sepanjang masa tetapi tidak melihat orang yang bercakap.
Sedar bahawa orang lain ada bersama tetapi berfikir untuk membuat sesuatu bersendirian.
Menunggu giliran atau peluang mencelah
Seperti mendengar radio atau menonton televisyen
PERINGKAT 2
Mendengar untuk mendapatkan idea-idea yang penting tetapi tidak mengambil bahagian untuk berinteraksi dengan orang yang bercakap.
Mendengar dengan sempit – memandang kepada orang yang bercakap tetapi tidak dapat menangkap idea yang penting kerana telah membuat kesimpulan awal.
Satu kuliah yang pada akhirnya akan disudahi dengan ujian.
Kemungkinan cara ini banyak digunakan.
PERINGKAT 3
Mendengar dengan aktif dan menyoal. Memberi fokus kepada idea yang penting, memerhati gerak-geri, air muka dan mendengar tanpa membuat penilaian atau kesimpulan awal.
Cara ini harus dipraktikkan apabila mendengar di dalam bilik darjah, bercakap dengan kawan-kawan, dan lain-lain.
53
Pengurusan PRS
TITANIC
OBJEKTIF:
1. Memupuk sifat berani di kalangan peserta untuk membuat pengucapan umum
2. Pelajar sedar dan dapat menyatakan kelebihan dan kepentingan diri berbanding peserta lain
3. Peserta dapat meyakinkan orang lain.
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
1. Kertas yang dipotong memanjang ( 1sm X 5 sm ) mencukupi untuk 5 helai bagi seorang peserta
2. Radio3. Lagu Titanic
LANGKAH :
1. Pelajar duduk dalam kumpulan LDK masing-masing2. Fasilitator menerangkan cara permainan3. Peserta duduk dalam kedudukan bulatan ( bahu bertemu bahu )4. Peserta diberi masa 1 minit untuk memikirkan tentang kelebihan diri
dan sebab mengapa dia lebih layak diselamatkan berbanding peserta lain
5. Peserta berdiri dalam kedudukan bulatan ( bahu bertemu bahu )6. Setiap peserta di beri masa 30 saat untuk merayu dan mempengaruhi
peserta-peserta yang lain dengan pengucapan umum yang disampaikan olehnya
7. Lagu Titanic dimainkan8. Peserta duduk semula dalam bulatan sambil menutup mata9. Fasilitator menyentuh bahu peserta tanda giliran mereka telah sampai
untuk memilih siapa yang ingin diselamatkannya. Ini diteruskan sehingga semua peserta selesai membuat pilihan.
10.Peserta bergilir menyerahkan keratan kertas kepada rakan-rakan yang mereka fikir perlu untuk dibantu.
11.Setelah selesai fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk membuka mata
12.Peserta membuka mata dan mengira bilangan kertas yang ada dalam tangan mereka.
13.Peserta yang mempunyai bilangan kertas yan banyak akan dikira selamat manakala yang lain dikira mati tenggelam.
14.Fasilitator meminta peserta membayangkan keadaan ini betul-betul berlaku. Bayangkan keadaan rakan-rakan dalam kumpulan yang mati dan yang terselamat.
15.Fasilitator mengulas permainan.
54
Pengurusan PRS
Nota:
1. Lagu Titanic akan dipasang secara perlahan sepanjang permainan untuk membawa mood kepada peserta.
2. Bilik haruslah dalam keadaam suram untuk menambah impak kepada permainan
Falsafah:
1. Pelajar dapat belajar menghargai rakan-rakannya2. Memupuk sifat berani di kalangan peserta3. Peserta dapat merasakan perasaan dihargai orang lain
Tajuk : Menghantar Mesej
Objektif :
1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi
melalui penggunaan perkataan yang sesuai dengan gerak-
geri.
2. Supaya peserta sedar tentang beberapa halangan
komunikasi yang boleh menimbulkan masalah
perhubungan manusia.
3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala
dan dua hala.
Alat : Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen
Langkah :
1. Peserta duduk dalam bulatan.
2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad
mesej secara berbisik kepada peserta pertama.
3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada
rakan sebelahnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di
atas kertas kosong yang diberi.
5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu
dengan kuat.
6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal.
55
Pengurusan PRS
Bincangkan :
Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini
dihubungkaitkan dengan bahaya mendengar khabar angin, cerita umpat-
mengumpat, mengata orang, membawa mulut, dan lain-lain. Kaitkan dengan
bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang, kerana ia akan
membuat kesimpulan awal terhadap seseorang itu. Sikap ini akan membuat
orang tidak percaya dan berasa takut untuk menghampirinya. Mereka harus
mengasah sifat berfikiran terbuka dan tidak mudah menilai seseorang
sebelum mengenalinya dengan lebih rapat.
Falsafah :
1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui
seorang demi seorang, mesej yang akan diterima kelak
akan ditokok tambah atau didapati ada kekurangannya.
2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan
hendaklah dikaji terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu
cerita yang didengar.
3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu
secara bertulis.
ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … KLINGDITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING
56
Pengurusan PRS
Tajuk : Kemahiran Mendengar
Objektif : Selepas menjalani latihan ini peserta diharapkan:
1. Menyedari pentingnya mendengar dengan teliti
2. Memahami kesan memberi perhatian dengan teliti
3. Memahami bahawa dalam proses membimbing, kemahiran
mendengar amat penting agar mesej yang diterima tepat
seperti maksud yang hendak disampaikan oleh penyampai
Alat : Tiada
Langkah :
1. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing (A
dan B)
2. Aktiviti dijalankan secara berpasangan A dan B. A akan
menceritakan tentang dirinya atau pengalamannya kepada B
(5 minit). B mendengar dengan teliti dan akan menceritakan
semula apa yang didengar kepada A.
3. Ulang aktiviti ini dengan B menceritakan tentang dirinya atau
pengalamannya kepada A (5 minit). A mendengar dengan
teliti dan akan menceritakan semula apa yang didengar
kepada B.
4. Semua peserta berkumpul semula berkumpul semula dalam
bulatan dan membincangkan kesan mendengar dengan
penuh perhatian.
5. Perbincangan dibimbing oleh fasilitator dengan menekankan
bahawa:
i) Dalam proses melayan rakan-rakan, PRS mestilah
memberi penuh perhatian agar rakan yang
dibimbing berasa diterima dan dihormati.
ii) Kemahiran mendengar penting dalam proses
membimbing supaya mesej yang disampaikan
tidak menimbulkan sebarang kekeliruan, salah
faham ataupun rasa tersinggung kepada rakan itu.
57
Pengurusan PRS
Tajuk : Kemahiran Memberi Respon dan Tindakbalas
Objektif : Supaya peserta dapat berlatih mengenal pasti respon yang
menggalakkan komunikasi dan yang menghalang komunikasi
Alat : Kertas Latihan Komunikasi (Lampiran A)
Langkah :
1. Tiap-tiap peserta diberi satu kertas latihan. Dalam masa 10
minit mereka diminta mencari respon yang paling sesuai
bagi tiap-tiap kenyataan yang diberi.
2. Berbincang dan mencari respon yang paling menggalakkan.
Mendapatkan pendapat peserta mengapa respon yang lain
dianggap tidak sesuai dan apakah kesannya jika seseorang
memberi respon demikian. Pastikan tiap-tiap peserta
mendapat peluang mengeluarkan pendapat mereka.
58
Pengurusan PRS
Lampiran A
1. “Ali beritahu saya, cikgu hendak jumpa saya”
a. Ya, saya dengar awak tidak boleh bergaul dengan orang lain di
dalam kelas.
b. Oh ya! Memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku di
antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas
c. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak.
Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di
dalam kelas selama ini?
d. Ya, saya cuma ingin menolong awak supaya berasa senang di
dalam kelas. Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di
dalam kelas selama ini?
e. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di
dalam kelas.
2. “Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu
saya akan gagal seperti dahulu juga”
a. Tidak, awak takkan gagal. Kata pada diri awak, awak takkan
gagal.
b. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri. Saya pasti awak berjaya
c. Awak runsing kalau-kalau awak gugup apabila awak masuk
temuduga?
d. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin
mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan
e. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas, kali ini pun
akan gagal juga.
59
Pengurusan PRS
3. “Saya tak faham mengapa kami berdua selalu bertengkar. Nampaknya
kami tak boleh berbincang langsung”
a. Ceritakanlah lagi pada saya
b. Gigi dan lidah lagikan tergigit, inikan pula sahabat karib
c. Memang menakutkan apabila awak memendam perasaan
marah pada kawan awak itu. Ini merunsingkan awak kerana
awak tidak faham apa yang telah berubah.
d. Apa punca yang awak selalu bertengkar dengan dia sekarang?
e. Mungkin awak perlukan perubahan. Ubahlah tabiat awak.
f. Jauhkan diri buat sementara waktu darinya.
4. “Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa
patut saya buat?”
a. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus
awak lakukan.
b. Perkara pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan
beberapa banyak maklumat. Sudah awak tanya tentang
biasiswa?
c. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak.
d. Apa yang awak hendak buat?
e. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?
5. “Keputusan UPSR makin bertambah baik tahun ini. Saya dengar
mereka tidak mahu mengambil pelajar yang gagal walau satu mata
pelajaran masuk ke tingkatan satu”
a. Awak bimbang awak tidak diberi tempat ke tingkatan satu jika
keputusan awak tidak memuaskan.
b. Tak tahulah. Saya pun risau juga. Tak tahu saya dapat atau
tidak.
c. Makin hari makin bertambah susah. Sudah ramai sangat orang
yang bijak-bijak sekarang.
d. Jangan takut. Tentu awak dapat tempat. Itu cuma khabar angin
saja. Awak dengan saya sama sahaja. Tak tahu lagi nasib.
60
Pengurusan PRS
6. “Saya tak pasti sekolah swasta yang mana saya hendak masuk. Saya
ingat hendak belajar di Singapura tetapi saya tak dapat pasport”
a. Nampaknya awak banyak berfikir tentang hal ini
b. Apa dia perkara-perkara yang awak pentingkan dalam sekolah
swasta yang awak hendak masuk itu?
c. Awak dah pergi melawat sekolah-sekolah yang awak cadang
hendak masuk?
d. Memang sukar membuat keputusan. Elok kita bincangkan
tentang perasaan awak pada tiap-tiap sekolah yang awak
cadang hendak pergi.
e. Awak kelihatan hilang semangat. Ceritakan pada saya apa yang
perlu perubahan.
7. “Saya datang berjumpa awak, awak tidak menolong saya sedikit pun.
Awak tak boleh mengubah apa-apa”
a. Awak berharap sangat saya dapat meringankan beban awak
b. Awak seperti hilang harapan. Awak mengharapkan yang saya
akan berupaya mengubah keadaan yang awak alami sekarang.
c. Pada pandangan saya, awak tidak mahu mencuba langsung.
d. Mungkin ada perkara-perkara lain yang boleh awak ubah.
e. Saya boleh nampak awak putus harapan. Ceritakanlah pada
saya apa yang harus diubah.
8. “Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan
berlaku”
a. Kita hidup dan kita belajar. Bukanlah buruk sangat kalau
membuat kesilapan.
b. Menyesali perkara yang telah berlaku tidak berguna.
c. Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku.
d. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul dalam beberapa
perkara. Mungkin ada perkara lain yang dia salah.
e. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk
menolong diri awak sendiri.
61
Pengurusan PRS
9. “Ibu bapa saya sentiasa mencari salah saja. Dia mahu tahu di mana
saya pergi, dengan siapa, apa buat, dia tak pernah memberi saya
kebebasan.”
a. Memanglah ibu bapa kita risau tentang diri kita.
b. Awak benar-benar kecewa kerana awak fikir ibu bapa awak
tidak percaya pada awak.
c. Ibu bapa awak sayang awak. Mereka bimbang dan mengambil
berat. Zaman remaja sekarang sangat mencabar.
d. Pernahkah awak melakukan sesuatu yang membuatkan mereka
tidak percaya pada awak?
e. Memang elok kalau kita sedar mereka sangat mengambil berat
tentang diri kita.
62
Pengurusan PRS
PANDUAN SENARAI KEMAHIRAN MEMBANTU PRS
SENARAI KEMAHIRAN YA TIDAKKEMAHIRAN ASAS1. Menerima klien dengan terbuka
2. Menggalakkan klien bercerita
3. Membuat klien berkeyakinan dan percaya kepada PRS
4. Menggunakan kemahiran bertanya soalan tepat pada
masa dan keadaan
5. Mendapatkan kepelbagaian dan kemungkinan kepada
pencetus permasalahan klien
6. Memberi tunjuk sasar dan hala tuju kepada klien dalam
proses membantu
7. Memberi peluang kepada klien untuk memikirkan
agendanya sendiri
8. Membuat klien menyusun langkah-langkah mengatur
agenda
9. Menganalisa segala kemungkinan dan risiko yang bakal
dihadapi klien
10. Menggunakan segala maklumat yang diperolehi
daripada klien sepanjang sesi
11. Mendapatkan komitmen daripada klien secara
konsisten
KEMAHIRAN MENGENAL EMOSI
1. Menggunakan Pra – frasa
2. Menggunakan bahasa bukan lisan yang bersesuaian
3. Mengklasifikasikan perasaan klien
4. Menilai ketepatan maklumat dari klien berdasarkan perasaan
emosi yang ditonjolkan
5. Menjadi pemudahcara bagi klien meluahkan perasaan
KEMAHIRAN BEREMPATI
1. Mendengar dan menggunakan ekspresi yang bersesuaian
2. Menggunakan nada dan bahasa yang membuat klien rasa
selesa
3. Memberi perhatian pada klien dan menerimanya tanpa syarat
4. Mewujudkan interaksi ‘ perhubungan ‘ yang harmoni dalam
sesi membantu
63
Pengurusan PRS
KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Peka pada setiap rangsangan yang klien tunjukkan (melalui
pancaindera )
2. Memberi perhatian pada fakta dan perasaan klien
3. Memahami setiap maklumat yang diberi oleh klien
4. Mengingati segala maklumat penting yang boleh digunakan
untuk menganalisa masalah klien
5. Menunjukkan empati dengan perhatian dan pertanyaan yang
tepat kepada klien.
6. Memberi tindakbalas secara lisan dan bukan lisan
JUMLAH
Pembimbing Rakan Sebaya :……………………………………….
Nama Penyelia :……………………………………………………………
64
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 4: PENTAULIAHAN
CARTA ALIRAN PENTAULIAHAN PRS (FORMAT JPS)
Mula / Promosi
Isi Borang Permohonan
Pemilihan Temuduga
TidakSesi Temuduga
LULUSYa
Mengikuti Kursus
Ujian Bertulis , Ujian Lisan dan Asas Sesi Kaunseling Tidak
LULUSYa
Latihan Praktikal
TidakLULUS
Ya
Tamat
65
Pengurusan PRS
CADANGAN ATURCARA MAJLIS PENTAULIAHAN PRS
- Nyanyian lagu
: “Negaraku”
: Negeri
: Lagu Sekolah
- Bacaan doa
- Ucapan guru penasihat PRS
- Ucapan pengetua/guru besar
- Majlis pentauliahan PRS
- Bacaan ikrar PRS
- Nyanyian lagu PRS
66
Pengurusan PRS
Contoh sijil lulus peperiksaan
LOGO JPN LOGO PRS
SIJIL PENILAIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Dengan ini disahkan
__________________________________________________________
telah mengikuti Kursus Pembimbing Rakan Sebaya pada _____________ bertempat di _________________________ dan telah mendapat keputusan
UJIAN BERTULIS UJIAN LISAN UJIAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Pada _________________________ di _____________________________
……………………… Tarikh:……………… (Pengarah JPN)
67
Pengurusan PRS
Contoh Sijil Pentauliahan
LOGO JPN LOGO PRS
SIJIL PERLANTIKAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Dengan ini disahkan
__________________________________________________________
dari Sekolah
___________________________________________________________
telah lulus Ujian Penilaian Pembimbing Rakan Sebaya dan dilantiksebagai PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
mulai ________________________
…………………………….Pengarah JPN Tarikh: ……………….
68
Pengurusan PRS
ANUGERAH BESTARI PRS
KATEGORI PRS SYARAT KRITERIA
TAHAP I 1. Mengikuti Kursus Asas
2. Prestasi akademik
TAHAP II 1. Mengikuti Kursus Lanjutan
I /’Kem J’
2. Lulus Ujian Lisan / Ujian
Bertulis I
3. Sokongan daripada 2 orang
guru
TAHAP III
1. Kem Perkhemahan
2. Kem Komputer
3. Kem Fasilitator
4. Kem Pengucapan Awam
5. Mengikuti Kursus Lanjutan II
(KJ2)
6. Lulus Ujian Lisan / Bertulis II
7. Mengendalikan lebih daripada
5 kes rakan sebaya
8. Sokongan guru
BAHAGIAN 5: LATIHAN LANJUTAN
Latihan Lanjutan perlu diberi kepada PRS untuk meningkatkan kemahiran membantu. Latihan lanjutan tidak perlu panjang dan lama. Aspek latihan terpulang kepada keperluan pelajar. Contoh Modul :
i. Kemahiran membuat keputusanii. Kemahiran belajariii. Kemahiran mengurus masaiv. Kemahiran mengatasi masalahv. Kemahiran mengendali mesyuaratvi. Kemahiran mengurus tekananvii. Kemahiran berfikir cemerlangviii. Tutor sebayaix. Lain-lain kemahiran yang berkaitan.
69
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 6: PEMANTAUAN
Pemantauan penting kerana apabila PRS dipantau dengan teliti mereka berupaya berkembang dan mendapat panduan dalam menjalankan tugas mereka. Pemantauan adalah satu aspek penting di dalam program latihan pembimbing rakan sebaya. Tanpa pemantauan mereka tidak akan tahu sama ada peranan mereka telah dijalankan dengan betul atau tidak.
6.1 Faedah Pemantauan :1. Melalui pemantauan program latihan akan berkembang dan mempunyai
kualiti yang tinggi.2. Guru Kaunseling mendapat maklumbalas tentang kemajuan yang dicapai
oleh PRS.3. Pemantauan yang teratur memberi keyakinan kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling bercakap tentang program latihannya, kemajuan yang dicapai dan aspirasi pada masa hadapan.
6.2 Cara Pemantauan
1. Bertemu dalam kumpulan perbincangan untuk mendengar laporan tiap-tiap pembimbing rakan sebaya.2. Pemantauan dijalankan secara individu melalui pertemuan yang berstruktur.3 Guru Kaunseling berada bersama-sama semasa satu projek atau sesi itu dijalankan dengan keizinan kedua-dua pihak.4. Pemantauan boleh juga dijalankan melalui laporan peribadi yang dibuat
oleh PRS mengenai kemajuan, halangan dan keperluan yang dialami semasa bertugas.
5. Pemantauan boleh juga dibuat melalui laporan guru-guru mengenai perkembangan dan perubahan diri PRS dari kaca mata orang luar.
6. Galakkan tiap-tiap PRS mempunyai satu buku catatan harian PRS (diari) mengenai perasaan, reaksi mereka dan rakan-rakan yang mereka tolong, kemajuan, kelemahan dan lain-lain.
BAHAGIAN 7: PROJEK PRS
Projek PRS boleh dijalankan mengikut tempoh masa tertentu atau mengikut perancangan yang telah dibuat.. Antaranya ialah :
i. Membina sistem Tutor Rakan Sebayaii. Info Unit Bimbingan dan Kaunselingiii. Buletin Unit Bimbingan dan Kaunselingiv. Fasilitator Program Maju Diriv. Budaya Ucap Terima Kasihvi. Program Khidmat Masyarakatvii. Program “Study Group”viii. Program Pendidikan Kerjaya – Buku Skrap, Kiosk Kerjaya dll.ix. Minggu PRSx. Kempen-kempen Masalah Remaja – Kempen Anti Merokok dsb.
70
Pengurusan PRS
71
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 8: PENGURUSAN BUKU LOG
ANALISA BIMBINGAN PRS MENGIKUT BULANANBULAN:
TING/
TAHUN
JENIS KAUM KLIEN JENIS BIMBINGAN JUMLAH
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN A D K P R L
L P L P L P L P
PERALIHAN
1
2
3
4
5
6 RENDAH
6 ATAS
JUMLAH
72
Pengurusan PRS
ANALISA BIMBINGAN PRS SECARA KESELURUHAN
TAHUN:
TING/
TAHUN
JENIS KAUM KLIEN JENIS BIMBINGAN JUMLAH
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN A D K P R L
L P L P L P L P
PERALIHAN
1
2
3
4
5
6 RENDAH
6 ATAS
JUMLAH
73
Pengurusan PRS
REKOD PENGHANTARAN BUKU LOG MENGIKUT BULAN
BULAN: ………………………………
BIL. NAMA PRS NO. PENDAFTARAN
PRS
TINGKATAN/TAHUN
TARIKH CATATAN
74
Pengurusan PRS
REKOD PENGHANTARAN BUKU LOG MENGIKUT TAHUN
TAHUN: ………………………………
BIL NAMA PRS
NO PENDAFTARAN
PRS
TING/TAHUN BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMTARIKH
TA
ND
AT
AN
GA
N
75
Pengurusan PRS
(Muka Hadapan Buku Log)
LOGO JPN LOGO PRS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
LOGO PRS
BUKU LOG
Nama :Tingkatan/Tahun :Sekolah :Tahun :No. Pendaftaran PRS :
76
Pengurusan PRS
MAKLUMAT DIRI
NAMA :
SEKOLAH :
TAHUN/TINGKATAN :
TARIKH LAHIR :
TARIKH LANTIKAN :
TARIKH PEPERIKSAAN UPSR :KEPUTUSAN :
TARIKH PEPERIKSAAN PMR :KEPUTUSAN :
TARIKH PEPERIKSAAN SPM :KEPUTUSAN :
TARIKH PEPERIKSAAN STPM :KEPUTUSAN :
NAMA BAPA/PENJAGA :
PEKERJAAN BAPA/PENJAGA :
NAMA IBU/PENJAGA :
PEKERJAAN IBU/PENJAGA :
ALAMAT RUMAH :
NO. TELEFON :
77
Pengurusan PRS
FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.
PRINSIP PRS
12.0. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.
13.0. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
PERANAN ANDA SEBAGAI PRS
a. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
b. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
c. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.d. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti
membuat rujukan jika perlu.e. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.f. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. g. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa
selesa dan berempati.h. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.i. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.j. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.k. Mematuhi etika kerahsiaan.l. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.m. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.n. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya
mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.o. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya
melibatkan diri.p. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
membantu.
78
Pengurusan PRS
PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang
lain.
3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari
pelbagai aspek.
5. Melapor kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan
diri atau orang lain.
6. Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
7. Mematuhi peraturan sekolah, norma
masyarakat dan agama.
79
Pengurusan PRS
Perkara yang boleh dilakukan oleh PRS
Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh PRS
a. Pemudah cara dalam keadaan terbuka,penuh kepercayaan rasa selesa dan empati.
b. Menerima rakan dengan terbuka.
c. Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
d. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
e. Mematuhi kerahsiaan.
f. Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi
g. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian.
h. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamannya.
i. Merujuk kes-kes yang berat kepada guru bimbingan dan menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru BK atau orang yang lebih arif.
a. Mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
b. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
c. Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk diikuti.
d. Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e. Bercerita kepada orang lain.
f. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
g. Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam.
h. Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
i. Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
80
Pengurusan PRS
j. Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
k. Memberatkan kesejahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu.
j. Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan
lain.
k. Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
CARA MEREKOD MAKLUMAT
Tarikh : 1) Catatkan tarikh setiap kali anda berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan sesuatu isu atau aktiviti.
2) Tarikh harus ditulis semasa PRS menyediakan laporan.3) Guru Kaunseling menulis tarikh semasa membuat
pemantauan laporan aktiviti PRS.
Nama : Gunakan nama samaran rakan yang berbincang dengan anda.
Kod Bimbingan: BI : Bimbingan IndividuBK : Bimbingan Kelompok
Jenis Bimbingan : Bulatkan jenis bimbingan yang diberi.
A : AKADEMIKD : DISIPLINK : KELUARGAP : MASALAH PERIBADIR : RAKAN SEBAYAL : LAIN-LAIN
Latar Belakang Rakan :
Latar belakang keluarga, keadaan ekonomi ibu bapa, keadaan fizikal, emosi rakan semasa berjumpa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
81
Pengurusan PRS
Isu Perbincangan :
Catatkan isu perbincangan merujuk jenis bimbingan.Tetapkan matlamat perbincangan.
Maklumbalas :
Nyatakan respon daripada rakan atas alternatif yang diberi.- ada perubahan tingkahlaku atau tiada perubahan.- Masalah bertambah serius.
Tindakan Susulan :- Dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.- Berbincang seminggu sekali.- Berbincang setiap hari dengan rakan.
82
Pengurusan PRS
IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.
1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul
tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa
mengira tempat, masa, dan rakan
2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan
Sebaya.
3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih
sayang.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan
PRS
83
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 9: JAWATANKUASA PRS
Penasihat(Guru Kaunseling)
Pengerusi(Pelajar Tingkatan Lima)
Naib Pengerusi(Pelajar Tingkatan Empat)
Setiausaha(Pelajar)
Naib Setiausaha(Pelajar)
Bendahari(Pelajar)
Naib Bendahari(Pelajar)
AJK
Biro Akademik Biro Publisiti Biro Kerjaya Biro Latihan
Biro Kebajikan Biro Lawatan
Wakil Tingkatan
84
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 10: RANCANGAN TAHUNAN PRS
CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN PRS
Bulan Aktiviti Sasaran Personalia Catatan
Januari Promosi PRS Pemilihan Ahli Temuduga Ujian Personaliti Mesyuarat Agung PRS Rancangan Tahunan Perlantikan Biro / AJK Pembahagian Tugas
PRS tingkatan 1 - 4
1,2,4
Guru Kaunseling
AJK UBK
Februari Program Orientasi PRS Ramah Mesra Taklimat AktivitiTahunan Kursus PRS 1 (Modul
Asas 1- Kesedaran Kendiri dan Asas Komunikasi)
Kursus PRS 2 (Modul Asas 2- Asas Kaunseling dan Perkembangan Remaja)
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
Mac Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian
MasalahPesta Sukan PRS peringkat sekolah, daerah dan zon
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
April Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian
MasalahAktiviti Luar
Kursus Kepimpinan Rekreasi Lawatan
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
Mei Pemantauan PRS PRS Guru
85
Pengurusan PRS
Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian
MasalahLatihan Kemahiran Lanjutan
tingkatan 1-5
Kaunseling
AJK UBK
Jun Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian
MasalahPenglibatan Aktiviti Pertandingan Kerjaya Sekolah / Daerah
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
Julai Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian
MasalahAktiviti Luar
Kursus PRS Lawatan
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
Ogos Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian
MasalahPenglibatan Aktiviti Pertandingan Kerjaya Peringkat Negeri
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
September Penilaian PRS dan Laporan Pencapaian Penilaian Anugerah PRS Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
Oktober Penyediaan SijilJamuan Akhir Tahunan / Jamuan PerpisahanKonvensyen PRS peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan
PRS tingkatan 1-5
Guru Kaunseling
AJK UBK
86
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 11 : PERLEMBAGAAN PRS
PERLEMBAGAAN KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
1. MATLAMAT
Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu
rakan dan juga sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Selain itu,
murid dapat menyakinkan diri dalam memberi bantuan dan juga cadangan
serta boleh berinteraksi dengan lebih baik dari masa ke semasa.
2. OBJEKTIF
2.1 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai
kelebihan dan kelemahan diri .
2.2 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan
mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap
positif.
87
Pengurusan PRS
2.3 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan
berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru,
keluarga dan orang lain.
2.4 Mengetahui dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran
kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang
peka kepada perasaan rakan-rakan dan berupaya membantu
rakan dengan lebih berkesan.
2.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat
membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup
yang positif.
2.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling
membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan
masyarakat sekolah.
3. KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
3.2 Pemohon menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
3.3 Temuduga akan diadakan dari semasa ke semasa dan murid
yang layak sahaja akan dipilih.
3.4 Kelayakan murid yang akan dipilih ialah :
i. Minat dan aktif
ii. Boleh berkomunikasi dengan baik.
iii. Personaliti yang baik.
88
Pengurusan PRS
iv. Tiada masalah disiplin.
v. Mempunyai pencapaian akademik yang baik.
4. GURU PENASIHAT
4.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak
merancang,melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti
apabila difikirkan perlu.
5. AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa mesyuarat agung.
5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat
layak dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.
5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK yang tidak hadir semasa aktiviti / perjumpaan / mesyuarat
sebanyak tiga kali tanpa sebab-sebab yang munasabah akan
dilucutkan jawatannya serta merta.
89
Pengurusan PRS
5.7 AJK Kelab terdiri:
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha Agung
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari
vii. AJK mengikut tingkatan
viii. Pemeriksa kira-kira
5.8 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan
perlu.
6. KEHADIRAN /PENYERTAAN
6.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri setiap aktiviti/perjumpaan
sekurang-kurangnya 70% sepanjang tahun.
6.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin
dan kehilangan hak-hak keahlian kelab.
7. AKTIVITI
7.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat
agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
90
Pengurusan PRS
8. PERATURAN-PERATURAN
8.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas kelab.
8.2 Peraturan khas yang ditetapkan oleh kelab hendaklah dipatuhi
oleh semua ahli.
8.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab akan dikenakan
tindakan tatatertib.
8.4 Semua ahli mestilah patuh dengan etika PRS yang telah
ditetapkan.
9. TINDAKAN DISIPLIN
9.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan
tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
9.2 Tindakan disiplin adalah seperti berikut:
i. Amaran lisan
ii. Amaran bertulis
iii. Menggantung keahlian
iv. Pecat keahlian
91
Pengurusan PRS
9.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak
ahli kelab.
9.4 Ahli yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat Kelab secara bertulis
dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
10.PINDAAN PERLEMBAGAAN
10.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan kelab ini sah sehingga
ia dipinda.
10.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, guru
penasihat, murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah
dengan bertulis.
10.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan
ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskan sekiranya perlu.
10.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan
dan disahkan oleh Pengetua.
11. DERMA
11.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang
ditetapkan.
92
Pengurusan PRS
11.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
11.3 Ahli yang menyertai sesuatu aktiviti yang memakan belanja
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayainya.
12. HAL-HAL LAIN
12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti kelab
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti
kelab dengan penuh minat.
BAHAGIAN 11: LAGU PRS
PRS
PRS we’re always there for youwhen you need us lending an ear to you PRS we’ll help light up your lifeTogether, friends for eternity*(P) Positivity (R) Rational thinking (S) SensitivityThat’s what we strive to be you’Time after time (through and through)PRS, that us!
When you’re down, when you are full of frownsAnd you’re alone, screaming for help, a shoulder to cry on,PRS, your friend in times of need,So don’t feel shy, don’t wait, just look for us(Repeat*)
Your friend in need, that’s us! (PRS, That us)Drop in for a chat with us! (PRS, That’s us)Anytime, anyplace, everybody welcome! (PRS, that’s us)PRS, that’s us!!
PRS,kan s’lalu di sampingmuSambutlah bantuan yang ikhlas dari kamiPRS, menyuluhi jalan hidupmuBersama, sahabat ’tuk selamanya
93
Pengurusan PRS
(P) Sikap positif ® minda rasional (S) sikap sensitf‘Tuhan harapan kamiSetiap masa (setiap kali)Kami PRS
Bila dirimu, muram dan hilang senyumanmuDan kan perlukan bantuan, tempat ‘tuk mengaduPRS, sahabatmu yang sejatiPintu kami ’kan terbuka tuk mu
Kami PRS!Kami PRS!Kami PRS!KAMI PRS!!!
1. SURRANGGANISURANGGANI (2X)SURANGGANI KAMALUKANAVA,MALU-MALU KAMALU KANAVA,SURANGGANIKA MALU,SURANGGANIKA MALU KANAVA...
2. EPO A TAI TAIHEY EPO A TAI TAI A YAH (2X)HEY APO A TAI TAI APO,ITUKI TUKI APO,ITUKI TUKI EYAHHH...
3. SAMBALEESAMBALE SAMBALOA, AMINAMINA SAMBALOA,AMINAMINA YEH YEH YEH,AMINAMINA OOOOOO, LU SAMA LU GUA SAMA GUA,LU JANGAN DENGKI SAMA KITAK PRS,PRS NO.1 PRS NO. 1 YEAHH...
4. MASIHKAH KAU INGATMASIHKAH KAU INGAT,PADA WAKTU ITU,SEKUNTUM BUNGA MEKAR,KU SELIT KE RAMBUTMU,MASIHKAH KAU INGAT,IA MENJADI MIMPI DAN MENJADI RINDU,MASIHKAH KAU INGAT,
MASIHKAH KAU INGAT KITA BERLARI-LARIDI KAKI LANGIT MENCARI PELANGILALU HUJAN TURUNKITA BASAH BERSAMA MASIHKAH KAU INGATMASIHKAH KAU INGAT
94
Pengurusan PRS
MASIHKAH KAU INGAT SEKUNTUM BUNGA ITUDI TAPAK TANGAN INI IA MENJADI LAYULALUKU GENGAM IA MENJADI DEBUMASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT...
5. I HAVE A DREAMI HAVE A DREAM, A SONG TO SINGTO HELP ME COPE WITH ANYTHINGIF YOU SEE THE WONDER OF A FAIRY TALEYOU CAN TAKE THE FUTURE EVEN IF YOU FAILCHORUS:I BELIVE UN ANGELSOMETHING GOOD IN EVERYTHING I SEEI BELIVE IN ANGELWHEN I KNOW THE TIME IS RIGHT FOR MEI’LL CROSS THE STREAMI HAVE A DREAM............
I HAVE A DREAM,A FANTASYTO HELP ME THOUGH REALITYAND MY DESTINATION MAKES IT WORTH THE WHILEPUSHING THROUGH THEDARKNESS,STILL ANOTHER MILE
95
Pengurusan PRS
Jika kau fikirkan kau bolehJika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukan,Kau hampir boleh melakukan,Jika kau fikirkan ragu-ragu, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu.Usahamu tidak menentu.
Jika kau fikirkan kekalahan,Jika kau fikirkan kekalahan,Kau hampiri kegagalan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan Jika kau fikirkan kemenangan, kemenangan, kau hampiri kejayaan.kau hampiri kejayaan.
Engkaulah apa kau fikirkan,Engkaulah apa kau fikirkan,Terkandung dalam Terkandung dalam pemikiran,pemikiran,Kau fikir boleh melakukan, Kau fikir boleh melakukan, Fikirkan bolehFikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan, Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan, Tabah apa kau usahakan, Bertindak atas kemampuanBertindak atas kemampuanEngkau Boleh,Engkau Boleh,Engkau Boleh,Engkau Boleh,Engkau Boleh, Engkau Boleh,
FIKIRKAN BOLEH!!!!FIKIRKAN BOLEH!!!!
LAGU PEMIMPIN WAJA
TIADA GUNUNG TERLALU TINGGIBUAT KAMI DAKI DI SIANG HARI TIADA JURANG TERLALU DALAMBUAT KAMI TURUN DI MALAM KELAM-MALAM KELAM,
HUTAN RIMBA 2XPADANG LALANG 2XDUSUN SUNYI JALANNYA JAUHPANAS TERIK, HUJAN GERIMISAYOHLAH! AYOHH, MAJU KAWANKU,
HARAM PATAH 2XHATI KAMI 2XKERANA TERLATIHNYAKAMILAH, PEMIMPIN WAJAAYOH LAWAN SEMUA 2X
BUMI LUAS TERBENTANGDI SELURUH NUSANTARADEBURAN OMBAK KU KAYUHCUACA GELAP KU REMPUHKAMILAH, PEMIMPIN WAJA - WAJA
96
Pengurusan PRS
RUKUNEGARA
Kepercayaan kepada tuhanKesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undangKesopanan dan kesusilaan
97
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 12: UJIAN PRA DAN POS
UJIAN PRA
Sila jawab dengan jujur pernyataan no. 1 hingga 15 dengan menandakan ( √) pada skala YA atau TIDAK.
Bil Pernyataan / Item SkalaYA TIDAK
1. Saya tahu apa itu PRS
2. Saya tahu peranan PRS
3. Saya tahu etika PRS
4. Saya tahu membantu guru kaunseling
adalah salah satu tanggungjawab pemimpin
PRS
5. Saya tahu bagaimana merekodkan
maklumat-maklumat di dalam buku log PRS
6. Saya sudah didedahkan dengan kemahiran
–kemahiran asas kaunseling
7. Saya yakin pada diri sendiri
8. Saya boleh berkomunikasi dengan rakan-
rakan
9. Saya boleh berkongsi pengalaman dengan
orang lain
10. Saya boleh bekerjasama dengan orang lain
11. Saya boleh bercakap dikhalayak ramai
12. Saya bersedia membantu orang lain pada
bila-bila masa
13. Saya tahu kekuatan diri saya
14. Saya tahu kelemahan diri saya
15. Saya boleh berbual dengan kawan baru
98
Pengurusan PRS
UJIAN POS
Sila jawab dengan jujur pernyataan no. 1 hingga 15 dengan menandakan ( √) pada skala YA atau TIDAK.
Bil Pernyataan / Item SkalaYA TIDAK
1. Saya tahu apa itu PRS
2. Saya tahu peranan PRS
3. Saya tahu etika PRS
4. Saya tahu membantu guru kaunseling
adalah salah satu tanggung jawab pemimpin
PRS
5. Saya tahu bagaimana merekodkan
maklumat-maklumat di dalam buku log PRS
6. Saya sudah didedahkan dengan kemahiran
–kemahiran asas kaunseling
7. Saya yakin pada diri sendiri
8. Saya boleh berkomunikasi dengan rakan-
rakan
9. Saya boleh berkongsi pengalaman dengan
orang lain
10. Saya boleh bekerjasama dengan orang lain
11. Saya boleh bercakap di khalayak ramai
12. Saya bersedia membantu orang lain pada
bila-bila masa
13. Saya tahu kekuatan diri saya
14. Saya tahu kelemahan diri saya
15. Saya boleh berbual dengan kawan baru
99
Pengurusan PRS
Jawatankuasa Penulisan Buku PanduanPengurusan Pembimbing Rakan Sebaya
Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia
Penasihat : En Salleh B. Mohd. Husein Pengarah Bahagian Sekolah
Pengerusi : En Mohd Zais B. Mohd Akil Ketua Penolong Pengarah (Sektor Hal Ehwal Murid)
Jawatankuasa
En Abdul Rahim B. OthmanPenolong Pengarah(Sektor Pengurusan Sekolah Menengah)
Y.M. Raja Mazlan B. Raja ShahdanPenolong Pengarah(Sektor Hal Ehwal Murid)
En Shahidin B. Mohd ShahPenolong Pengarah(Sektor Hal Ehwal Murid)
Tn Hj Ishak B. NaimPenyelia Kaunseling, JPS Selangor.
En Ahmad Kamal B. AriffinGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK. Seksyen 18 Shah Alam, Selangor
Pn Zubaidah Bt. Mat @ AhmadGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK. Tengku Ampuan Rahimah, Klang
En. Safie B. Ibrahim
100
Pengurusan PRS
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka.
En Mohd Said B. JulpinGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puchong Utama (1),Petaling
Pn Julia Bt. Abu SariGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puchong Perdana,Petaling
Pn Zunaidah Bt. ZakariaGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK(P) Taman Petaling,Petaling
En. Zulkipli B. Othman Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Arau,Perlis.
Pn Masbah Bt. LamatGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Gading, Gombak
Pn Hamidah Bt. Mohammad Ali P.P.N.Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Rahman Putra ,Gombak
Pn Chuah Mooi Kim Guru Bimbingan dan Kaunseling SMJK Yu Hua,Kajang
En. Abdullah Sani B. Long Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tajar,Alor Star, Kedah.
En Adnan B. Hj. MansorGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK USJ 13,Subang Jaya, Petaling
Cik Sabariah Bt. BakarGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK USJ 4, Subang Jaya, Petaling
Pn. Norazwa Bt. Mohd SidekGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras Jaya, Hulu Langat.
Pn. Helena Tong Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Connaught, Kuala Lumpur.
Pn Salmiah Bt. MonshieGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Dengkil, Sepang
Pn. Yusnita Bt. Mohamed YusopGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK (P) Bukit Kuda, Klang
Pn. Noor Aza Bt. Abd.Aziz Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu, Terengganu
101
Pengurusan PRS
Pn. Noraini Bt. Mohd MustaffaGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi
Pn. Zaiton Bte SharifGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Cik Noor Adilah Bt. Sahrir Guru Bimbingan SK Seri Bayu, Pulau Pinang.
102