Download - Proses penaklukan Palestin
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
1/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
2/27
Isi Kandungan
Bil Perkara m/s
1 Isi kandungan 1
2 Pengenalan 2-3
3 Kronologi penaklukan 4-94 Peristiwa penting 10-19
5 Penutup 20-21
6 Rujukan 22
7 Lampiran 23-26
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
3/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
4/27
Pertama kali, syukur ke hadrat Illahi kerana telah memilih saya untuk melaksanakan
suatu amanah untuk menyiapkan folio ini. Untuk pengetahuan pembaca, folio ini adalah satu
tugasan yang perlu disiapkan sebagai satu projek subjek Pendidikan Islam. Namun begitu, itu
bukanlah tujuan sebenar folio ini disiapkan. Folio ini adalah sebagai satu wadah untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dan seterusnya mendidik diri
menjadi seorang pelajar yang berjaya dan cemerlang.
Tajuk Proses Penaklukan Palestin sengaja dipilih oleh saya sebagai tajuk folio ini
bagi mendedahkan diri sendiri serta pembaca tentang bagaimana kealpaan segelintir manusia
telah membawa kepada kesengsaraan saudara-saudara seislam kita di Palestin selama hampir
50 tahun.
Saya yakin bahawa ramai dalam kalangan kita sedar akan penderitaan yang dihadapi
oleh rakyat-rakyat Palestin sejak puluhan tahun dahulu. Hal ini dapat dilihat apabila pelbagai
program seperti Hope For Palestine, Life Line 4 Gaza dan sebagainya telah dilancarkan
bagi membantu mereka yang memerlukan di Palestin. Namun wujud satu perasaan dalam diri
ini untuk menyedarkan diri sendiri serta para pembaca tentang bagaimana sebuah negaraIslam yang dahulunya berada di bawah kekuasaan Negara Islam yang Agung iaitu Turki
Uthmaniyyah boleh tumbang di tangan rejim Zionis.
Folio ini akan membawa para pembaca menyingkap sorotan sejarah tentang
kesilapan-kesilapan yang berlaku serta menyelami rancangan bijak rejim Zionis dalam
menubuhkan negara haram mereka iaitu negara Israel. Bersama-sama para pembaca, saya
akan bersama-sama menyusur sejarah Palestin dan melihat bagaimana lipatan sejarah tersebut
dicemari dengan tompokan-tompokan hitam yang membawa kepada kejatuhan negara
tersebut. Hal ini diharapkan secara langsung dapat membuka minda saya dan para pembaca
tentang bahaya anasir-anasir luar yang sentiasa menginginkan kejatuhan masyarakat Islam
dan seterusnya membentuk jiwa menjadi seorang yang berkaliber yang mampu memimpin
negara ke persada dunia.
Pengenalan
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
5/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
6/27
Kronologi Kejatuhan Palestin (1900-2000)
-1904-
Persi keempat Zi is telah memutuskan untuk
menubuhkan sebuah negara
untuk orang Yahudi di Argentina
-1906-
Persidangan Zionis menekankan mengenai
penubuhan negara untuk orang Yahudi yang
sepatutnya dilakukan di Palestin
-1914-
Tercetusnya Perang Dunia 1 membolehkan British menaburjanji akan
memberi kemerdekaan kepada negara Arab daripada penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyyah sebagai balasan kerana membantu British
menentang Turki yang ketika itu berpihak kepada Jerman
-1916-
Perjanjian Sykes-Picot antara British dan Perancis yang ingin
membahagikan empayar Turki Uthmaniyyah sedsama mereka.
Lubnan dan Syria di bawah pengusaan Perancis, Jordan dan Iraq di
bawah British dan Palestin di bawah pengusaan antarabangsa.
-1917-
DeklarasiBal ourtelah menunjukkan sokongan British
terhadap penubuhan negara Yahudi dan seterusnya
mencetuskan usaha yang lebih agresi untuk mencapai
matlamattersebut. British berjanji untk menubuhkan
sebuah negara Yahudi di Palestin
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
7/27
-1917 - 1918-
British berjaya merampas Palestin daripada Empayar Uthmaniyyah
dengan bantuan Arab. Orang-orang Arab membantu British kerana
mengikutjanjiBritish yang ingin memerdekakanmereka. Pada
hakikatnya, British, telah membuat dua perjanjian yang bertentangan
iaitu kemerdekaan negara Arab yang meliputi kebanyakan kawasan
Arab Timur Tengah dan DeklarasiBal our yang menjanjikan
penubuhan negara yahudi di Palestin.
- 1918-
Setelah Perang dunia Pertama tamat, Orang Yahudi mula
berhijrah ke Palestin yang ketika itu berada di bawah
penguasaan British. Tempoh waktu di bawah pengusaan
British digunakan sepenuhnya oleh orang Yahudi untuk
membina kekuatan ekonomi dan penempatan mereka.
- 1919-
Persidangan Palestin yang pertama menyuarakan bantahan
mereka terhadap DeklarasiBal our yang ingin
menubuhkan negara Yahudi di Palestin
-Januari 1918-
Seluruh kawasan Palestinjatuh ke tangan Tentera
Bersekutu di bawah pimpinan Jeneral Allenby.
Ucapannya yang masih diingati oleh orang Islamsehingga ke hariiniialah Pada hariini, Perang Salib
telah berjaya ditamatkan yang menandakanjatuhnya
BaitulMaqdis daritangan orang Islam
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
8/27
- 1920-
Persidangan San Remo telah menyerahkan mandate
Palestin kepada British dan Sir Herbert Samuel, seorang
Zionis dihantar ke Palestin sebagai Pesuruhjaya Tinggi
British yang pertama di Palestin
- 1922-
Liga Bangsa Bangsa secara rasmi mengiktirafMandat
British yang meletakkan Palestin secara rasmi di bawah
British.
- 1924-
Kejatuhan sistem Khalifah di Turki yang dipimpin oleh
Kamal Attaturk. Perkara ini menyebabkan Palestin seolah-
oleh kehilangan terus naungan negara yang menaunginya
sebelum ini
-1929-
Penentangan oleh orang Palestin yang menentang
kekerasan serta perbuatan biadap orang Yahudi yang
dikenali sebagai Kebangkitan Dinding Ratapan
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
9/27
-1935-
Izzudin Qassam, pemimpin kelompok
Jihad orang Islam gugur syahid dalam
pertempuaran di Kota Jenin
-1947-
PBB meluluskan Resolusi 181 yang membahagikan
Palestin kepada dua bahagian iaitu untuk orang Arab
dan Yahudi. Kota Jerusalem pula dijadikan sebagai
Corpus Seperatum yang bermakna ia tidak berada di
bawah mana-mana kekuasaan Arab mahupun Yahudi
Mei 1948
Pengisytiharan penubuhan negara haram Israel yang
disusuli oleh sokongan Amerika Syarikat beberapa
minit kemudian. Pengisytiharan ini disusuli pula
dengan pembentukan pasukan bersekutu Arab yang
menandakan bermulanya perang Arab-Israel
1967
Tercetusnya Perang Enam Hari yang turut dikenali
sebagaitragedi An-Naksah yang menyaksikan tewasnya
tentera Arab ditangan tentera Israel dan kejatuhanBaitulMaqdis ke tangan mereka.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
10/27
1978-1979
Rundingan Camp David antara Mesir dan Israel dan disertai
oleh Amerika Syarikat sebagai orang tengah. Rundingan ini
telah melahirkan Perjanjian DamaiMesir-Israel yang
menyebabkan Semenanung Sinai dipulangkan semula kepada
Mesir. Mesir pula terpaksa menjamin keselamatan entiti Israel
terutamanya di Genting Gaza. Peristiwa initelah member kesan
mendalam kepada penduduk Palestin memandangkan mereka
yang cedera dalam serangan Israeltidak dibenarkan
menyeberang untuk mendapatkan rawatan diMesir.
1980
Parlimen Israel menetapkan Jerusalem sebagai
ibu kota negara Israel walaupun pada hakikatnya,
Jerusalem berada di kawasan antarabangsa
-1993-
Termeterainya perjanjian Oslo antara PLO yang mewakili Palestin
dan Israel. Dalam perjanjian tersebut, PLO mengiiktiraf kewujudan
Israel. Ayatollah Khameini menyifatkan tindakan ini sebagai
tindakan bodoh Yasser Arafat
1994-2000
Pelbagai perjanjian menyaksikan wilayah Palestin
diserahkan kepada Israel dan pemimpin Palestin
ketika itu tunduk kepada tekanan Israel yang akhirnya
menyebabkan rakyat Palestin semakin menderita di
tanah air mereka sendiri
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
11/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
12/27
Deklarasi Balfour
DeklarasiBalfour merupakan sepucuk suratbertarikh 2 November 1917 yang
diutuskan oleh AuthorBalfour yang ketika itu merupakan Setiausaha Luar Kerajaan British
kepada Lord Rotschild, seorang penaja utama kepada gerakan Zionis. Suratini ditulis setelah
mendapat restu daripada Perdana MenteriBritain ketika itu, George Lloyd dan diluluskan
oleh kabinetBritish. Jika diperhatikan isi kandungan tersebut, kerajaan British telahmenyetujui dan menyokong penubuhan Negara Israel. Malah, penduduk Palestin di dalam
surattersebut dirujuk sebagai masyarakat bukan Yahudi. Halini seolah-olah menunjukkan
bahawa negara Palestin merupakan hak milik masyarakat Yahudi dan bukannya orang
Palestin. Deklarasiini merupakan simbolik penglibatan secara langsung British dalam
penubuhan negara Palestin. Deklarasiini merupakan satu signifikan kepada penubuhan
negara Israel kaerana muncul sebagai antara pendorong utama perpindahan orang Yahudi
secara besar-besaran ke Palestin. Halini kerana mereka berasa selamat dan dilindungi kerana
mendapat sokongan British. Tarikh 2 November disambut oleh masyarakat Yahudi sebagai
The Balfour Day manakala bagi masyarakat Arab, tarikh 2 November merupakan hari yang
ditangisi berikutan penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Palestin puluhan tahun
selepas Deklarasitersebut.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
13/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
14/27
Deir Yassin
Deir Yassin ialah sebuah perkampungan Islam yang mempunyai 100% penduduk
Islam di 144 buah rumah. Pada 20 Januari 1948, penduduk Deir Yassin telah membuat satu
perjanjian aman dengan pemimpin Givat Shaul, iaitu komuniti yahudi yang tinggal
berhampiran dengan mereka. Menurut perjanjian damaitersebut, penduduk Deir Yassin akan
memberitahu penduduk yahudi di Givat Shaul sekiranya terdapat militia Islam ditempat
mereka dengan mengibarkan dua helai kain putih dan sehelai kain hitam ditengahnya. Pada
waktu malam, mereka menggunakan isyarat 3 kelipan lampu suluh dan menyalakan 3 pelita
ditempat-tempattertentu. Sebagai balasan, penduduk Givat Shaul akan memastikan
keselamatan mereka apabila mereka melalui kawasan tersebut.
Pada 9 April 1948, sekumpulan yahudi yang terdiri daripada pasukan Irgun dan Lehi
mengambil keputusan untuk menyerang perkampungan ini.Keputusan ini diambil atas dua
alasan. Alasan yang pertama ialah Dier Yassin merupakan satu ancaman kepada penduduk
Yahudi di sekitarnya danjalan ke pantai utama. Alasan yang kedua ialah mereka ingin
menunjukkan kekuasaan mereka. Jika sebelum ini, puak zionis hanya akan menyerang balas
apabila diserang, kaliini, mereka ingin memulakan serangan bagi menunjukkan bahawa
mereka mempunyaiiltizam dan kekuatan yang mencukupi untuk menguasaaiBaitulMaqdis.
Beberapajam sebelum serangan, seramai 80 ahli Irgun dan 40 ahli Lehitelah
berkumpul untuk merancang serangan tersebut. Perjumpaan ini seolah-olah satu pesta bagimereka memandangkanjarang sekali mereka dapat berkumpul beramai-ramai. Mereka
menggunaka kata laluanAhdut Lohemet, sebagai simbol untuk memulakan serangan.Puak
zionis telah melancarkan serangan dengan kejam. Mereka membaling beberapa biji bom
tangan ke dalam beberapa buah rumah, yang menyebabkan puluhan penduduk mati di dalam
rumah mereka sendiri akibatterkena serpihan bom tangan tersebut. Serangan tersebut
bermula pada pukul 4.45 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Dianggarkan hampir 117
penduduk mati di dalam rumah dan puluhan yang lain cedera. Tahanan-tahanan tentera Israel
seramai 25 orang telah diarak sebagaitanda kemenangan dan kemudiannya dibawa semula ke
Deir Yasin untuk dibunuh. Setelah pemeriksaan dilakukan, hanya 11 orang penduduk sahaja
yang memiliki senjata api. Seramai 25 ibu hamiltelah dirobek perut hidup-hidup dan 52
kanak-kanak dipenggal di hadapan i bu mereka Kekejaman serangan ini merupakan antara
pendorong utama penghijrahan rakyat Palestin.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
15/27
Resolusi 181.
PBBtelah menubuhkan UNSCOP, sebuahjawatankuasa khas Palestin, bertujuan
mendapatkan pandangan dari Agensi Yahudi dan Liga Arab tentang penyelesaian kepada
kemelut penubuhan Negara Israel. UNSCOP dianggotai oleh 11 negara yang dianggap
berkecualiiaitu Australia, Kanada, Czechslovakia, Guatemala, India, Iran, Belanda, Peru,
Sweden, Uruguay dan Yugoslavia.
Ironinya kebanyakan negara anggota UNSCOP terdiri daripada negara bukan Is lam.
Halini menunjukkan kebijaksanaan orang bukan Islam ketika itu kerana sudah tentu
kelebihan berpihak kepada mereka. Halini merupakan antara agenda tersembunyi PBB yang
dipengaruhi oleh Amerika Syarikat ketika itu. 7 negara mencadangkansupaya Palestin
dipecahkan kepada dua iaitu negara Arab dan Yahudi. 4300 batu persegi akan menjadi negara
Arab manakala 5700 batu persegi menjadi milik negara Yahudi. Perkara ini merupakan satu
pencabulan kepada masyarakat Arab Palestin ketika itu memandangkan pendatang Yahudi
sebelum itu hanya memiliki 6 hingga 8 peratus tanah Palestin. Selain itu, kawasan negara
Arab yang dicadangkan itu pula merupakan kawasan yang tidak subur, manakala kawasan
negara Yahudi merupakan kawasan yang subur. Sekalilagi kitadapat melihattentang
ketidakadilan cadangan tersebut. British diberi amanah untuk mentadbir secara sementara
wilayah mandat Palestin selama 2 tahun di bawah pengawasan PBB. Peluang ini digunakan
oleh British untuk membawa masuk seramai 150,000 orang Yahudi. Liga Arab mengancam
akan melancarkan serangan sekiranya cadangan UNSCOP diterima
Pada November 1947, cadangan UNSCOP dibentangkan kepada negara anggota PBB.
Setelah perbincangan, Resolusi 181 iaitu pembahagian Palestin telah dipersetujui dengan 33
negara menyokong dan 13 menentang manakala 10 berkecuali. Resolusiinitelah
menyebabkan Palestin berada dalam keadaan yang huru hara berikutan kedua-dua pihak,
Isarel dan Yahudi mengambilinisiatif sendiri ke atas Resolusi 181 yang membawa kepada
lebih banyak pertumpahan darah. Pada Januari 1948, Jaisy al-Inqaz, iaitu tentera Pembebasan
Arab yang dilatih Syria memasuki Palestin. The Haganahjuga turut melancarkan serangan
dan kejayaan terbesar mereka adalah apabila mereka berjaya menduduki Haifa pada April
1948, sebulan sebelum penubuhan negara Israel
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
16/27
The Palesti
ian Exodus ( Penghijarahan RakyatPalestin)
Tahun 1948 dianggap sebagaitahun kegelapan bagi negara Palestin berikutan
pengisytiharan tertubuhnya negara Israel secara rasmi pada tahun tersebut.Maka bermula
pada tahun tersebut, puak Zionis mempunyai sebuah pusat pentadbiran rasmi untuk
menjalankan dakyah serta segala kekejaman mereka. Pada tahun tersebutjuga telah berlaku
The Palestinian Exodus atau penghijrahan rakyat palestin secara beramai-ramai. Dalam
bahasa arab, peristiwa initurut dikenali sebagai Nakbah Palestin yang membawa maksud
Bencana Palestin. Mulai saatitu, ramai penduduk Palestin menjadi pelarian ditanah air
sendiri, diburu serta dibunuh dengan kejam oleh puak zionis.
Beberapa bulan sebelum pengisytiharan Penubuhan negara Israel, beberapa peristiwa
yang berlaku telah menghangatkan lagi . Rancangan PBB yang ingin membawa kepada
pemansuhan MandatBritish dan pembahagian negara Palestin telah ditentang habis-habisan
oleh masyarakat Arab di Palestin. Namun begitu, pihak zionis turut meningkatkan serangan
melalui pasukan Irgun dan Lehi. Pasukan Irgun merupakan sebahagian daripada pasukan
tentera yang menjadi asas kepada pembentukan pasukan Tentera Israel sekarang yang
dikenali sebagai The Haganah. Lehi pula adalah singkatan kepada Lohamei Herut Israel
yang bermaksud pejuang kebebasan Israel. Mereka menggunakan strategi kejam dengan
meletakkan bom ditempat-tempat awam seperti di perhentian bas dan pasar.
Menjelang 1 Mei 1948, hampir 25% penduduk Palestin telah berhijrah ke kawasanhampir 175,000 rakyat Palestin (25%) telah berhijrah keluar daritempattinggal mereka.
Mereka berhijrah ke kawasan yang selamatiaitu kawasan yang berhampiran dengan negara
Arab. Halini menunjukkan betapa penubuhan negara Israeltelah memberikan implikasi yang
besarterhadap rakyat Palestin yang seolah-olah hidup sebagai pelarian ditanah air sendiri.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
17/27
Serangan oleh Gabungan Tentera Arab
Peristiwa ini berlaku bermula pagi 15 Mei 1948, beberapajam selepas
Pengisytiharan Penubuhan Negara Israel secara rasmi. Serangan ini bermula pada pagi 15
Mei, apabila pasukan Arab Legion (dari Jordan) bergerak ke apah Palestin dengan
menjadikan BaitulMaqdis, Nablus dan Ramallah sebagai objektifutama mereka. Tentera
Mesir pula bergerak dari arah Selatan dan tentera Syria bergerak dari arah Timur untuk
menguasai Galilee.
Selain itu, tentera Iraq turut menyertai peperangan tersebut dan memulakan
serangan melalui arah selatan pasukan Syria ke PantaiMeditteranean dengan misi untuk
memecahkan negara Israel kepada dua bahagian. Pada masa yang sama, 10,000 Tentera
Pembebasan Arab (ALA) Jais Al-Inqaz dan Jihad Al-Muqaddas yang dibentuk oleh Mufti Al-
Haj Amin Hussainitelah bersedia untuk mempertahankan penempatan masyarakat Arab.
Walaupun pihak Zionis diserang dari segenap penjuru, namun, gabungan tentera
Arab tersebuttetap tewas. Punca kekalahan tentera Arab adalah kerana beberapa punca.
Antaranya ialah :
- Kurangnya disiplin serta koordinasi dalam kalangan negara-negara Arab menyebabkan
hampir semua ketumbukan serangan menemui kegagalan
- Konspirasi yang didalangi oleh Amerika dan GreatBritain yang menyokong kewujudannegara Israel
- Negara-negara Arab yang tidak mempunyai pendirian tetap untuk mempertahankan negara
Palestin. Sebagai contoh, usaha IkhwanulMuslimin untuk menghantar 10,000 sukarelawan
untuk berjuang di samping tentera Mesirtelah dihalang oleh British. Malah, tentera Ikhwan
yang ingin berjihad telah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara oleh Perdana Menteri
An-Naqrasyi yang ketika itu tunduk kepada tekanan British,
- Tentera Arab terlalu mudah mengalah dan berundur. Halini dapat dilihat apabila Jordan
mengakhiri penentangan dengan mengadakan gencatan senjata pada 1 Disember 1948 diikuti
oleh Mesir pada 24 Februari 1949, dan Syria serta Lubnan.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
18/27
Tragedi An-Naksah
Tragedi An-Naksah berlaku pada 5 Jun 1967. An-Naksah membawa maksud Hari
Kekalahan Tragediiniturut dikenali sebagai Perang Enam Hari. Tragediini dikenali sebagai
An-Naksah berikutan kekalahan tentera-tentera Arab ditangan puak Zionis. Peristiwa ini
dianggap tragedi besar kedua yang menimpa umat Islam selepas tragedi An-Nakbah iaitu hari
penubuhan Negara Israel di atas hampir 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Jika An-
Nakbah dikenang sebagai hari penubuhan Israel, An-Naksah pula menandakan perpindahan
ratusan ribu penduduk Palestin daritanah air mereka sendiri. Tragediiniturut menyebabkan
masjid Al-Aqsa ditawan sehingga ke hariini oleh puak Zionis.
Peperangan in idisertai oleh tiga negara Arab iaitu Republik Arab Bersatu (Mesir),
Syria dan Jordan. Mereka turut dibantu oleh negara-negara lain seperti Arab Saudi, Nigeria,
Tunisia, Somalia, Maghribi dan sebagainya melalui bekalan askar dan senjata.
Walaupun tiga negara Arab melakukan serangan tersebut bersama-sama, puak Zionis
tetap berjaya menewaskan mereka. Malahan, Mesirtelah menerima tamparan yang paling
hebat apabila 10,000 askarnya terkorban manakala 300jet pejuangnya hancur dimusnahkan
oleh tentera Israel dalam serangan mengejut.
Sebaik sahaja serangan tersebut berakhir, puak zionis telah menguasai Genting Gaza,
Tebing Barat, BaitulMaqdis Timur, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Kekalahan
ini merupakan sesuatu yang amat memalukan bagi negara-negara Arab dan umat Islam
keseluruhannya pada ketika itu, berikutan gabungan beberapa buah negara masih gagal untuk
menewaskan rejim Zionis yang semakin berkuasa ketika itu.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
19/27
P r i C mp D vi 7 P r i D m i M sir Isr 7
Kedua-dua perjanjian ini berlangsung di antara Presiden Anwar Saddat yang mewakili
Mesir dan Presiden Begin yang mewakili Israel sambil disaksikan oleh Presiden Jimmy
Carter dari Amerika Syarikat yang bertindak sebagai orang tengah. Perjanjian Camp David
1978 merupakan proses rundingan di Camp David yang dicetuskan oleh Presiden Anwar
Saddat. Rundingan tersebut adalah berkaitan dengan kuasa autonomi untuk memerintah
Tebing Barat dan Jalur Gaza.
Perjanjian Damai-Mesir 1979 pula merupakan kemuncak atau penyelesaian yang
berjaya dicapai dalam rundingan di Camp David. Perjanjian tersebut adalah berkaitan
dengan hubungan dua hala Mesir-Israel. Dalam perjanjian tersebut, Mesir secara rasminya
mengiktiraf kewujudan Israel dan sebagai balasan, Israel menyerahkan semula Semenanjung
Sinai yang berjaya dirampas daripada Mesir melalui peperangan.
Tindakan Anwar Saddat mengadakan rundingan damai dengan puak Zionis telah
mengejutkan pelbagai pihak terutamanya negara Islam. Hal ini kerana, Mesir ketika itu
dianggap sebagai negara Islam terkuat dan menjadi ketua dalam beberapa siri penentangan
terhadap Israel. Tindakannya telah menyebabkan Mesir disekat daripada menghadiri Liga
Arab dari tahun 1979 hingga 1989. Malahan, tindakannya ini jugalah yang membawa kepada
pembunuhannya apabila dia ditembak mati oleh pejuang yang berpakaian Mesir. Tindakan
Anwar Saddat ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai keputusan yang dibuatnya sendiri. Halini kerana, masih ramai lagi penduduk Mesir yang menganggap Israel sebagai musuh
mereka. Tindakan ini diambil oleh Anwar Saddat berikutan kemerosotan ekonomi Mesir
ketika itu akibat kerugian yang dialami dalam peperangan. Namun begitu, tindakannya ini
dianggap membelakangi semangat jihad Mujahidin yang bersungguh-sungguh
mempertahankan Palestin.
Ironinya, banyak negara bukan Islam yang lain turut menyatakan penentangan mereka
terhadap tindakan Anwar Saddat. Sebagai contoh., Presiden Hungary, Janos Kadar
mengancam akan menyerang Mesir sekiranya perjanjian keamanan dengan Israel diteruskan..
Selain itu, Jerman Timur dan Yugoslavia turut mengancam akan menyerang Mesir sekiranya
pengiktirafan terhadap Israel tidak ditarik balik. Kesimpulannya, perisitiwa ini banyak
mengajar kita bahawa kita seharusnya memikirkan tentang kepentingan orang lain sebelum
membuat sesuatu keputusan.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
20/27
Perjanjian Oslo
Pejanjian Oslo merupakan satu perjanjian damai yang telah dipersetujui di Oslo,
Norway, pada 20 Ogos 1993 dan ditandatangani secara rasmi pada 13 September 1993 oleh
wakil Palestin dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Mahmoud Abbas dan wakil
Israel, Shimon Perez. perjanjian ini disaksikan sendiri oleh BillClinton, Presiden Amerika
ketika itu, Yatzhik Rabin, Presiden Israel dan Yasser Arafat, Presiden PLO.
Dalam perjanjian ini, puak Zionis bersetuju menyerahkan wilayah Gaza dan Jericho
kepada Palestin dan sebagai balasan, negara Israel perlu diiktiraf sebagai sebuah negara yang
sah. Perjanjian ini dilihat sebagai perjanjian yang adil, namun begitu, puak Zionis
mempunyai muslihattersembunyi.
Pengiktirafan terhadap negara Israel sebenarnya menyebabkan BaitulMaqdisjatuh ketangan Israel. Halini kerana BaitulMaqdis sememangnya berada dalam kawasan Israel dan
pengiktirafan Israel akan menyebabkan BaitulMaqdis secara sah menjadi milik negara Israel.
Kesilapan segelintir orang Islam ketika itu yang menandatnagani perjanjian tersebutjuga
menyebabkan penderitaan ramai penduduk Palestin terutama mereka yang berada dalam
kawasan negara Israel. Sebagai contoh, kematian seramai 29 orang Palestin yang ditembak
oleh Baruch Goldstein diMasjid Ibrahimi, Hebron. Berdasarkan Perjanjian Oslo, Israel
diiktiraf secara sah dan memandangkan Hebron merupakan kawasan Israel, trageditersebut
dianggap sebagai masalah dalaman Israel dan tidak boleh dicampurtangan oleh dunia. Halinibermakna, puak Zionis bebas berbuat apa sahaja di kawasan mereka termasuk menutup
masjid, membunuh dan sebagainya,
Ironinya, kawasan Jericho dan Gaza yang diberikan kepada Palestin tidak mempunyai
apa-apa makna kepada orang Israel. Dalam sejarah, Jericho, merupakan kawasan laknat bagi
orang Israel berdasarkan firman Allah "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas
mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang
Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu . Surah AlMaidah
ayat 24-26. Halini bermakna, sebenarnya, pihak Zionis tidak kehilangan apa-apa melalui
perjanjian Oslo, sebaliknya orang Islam yang terpaksa menderita akibat perjanjian tersebut.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
21/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
22/27
Syukur ke hadrat Illahi kerana telah menganugerahkan kekuatandan kesabaran
kepada saya dalam menyiapkan folio ini. Sesungguhnya, proses penyiapan folio initelah
banyak mengajar saya erti kesabaran serta mendidik saya untuk mendalami penderitaan
rakyat-rakyat Palestin. Dalam mengejar kemajuan teknologi dan kemewahan dunia, kita
kadangkala alpa tentang keadaan orang yang kurang bernasib baik. Sifat empati yang kadang
kala bersembunyi dalam diri kita telah menyebabkan kita gagal untuk menyedari bahawa di
negara lain, masih ada saudara kita yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan yang
maha hebat.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa penaklukan Palestin, apa yang dapat dirumuskan
ialah kita sewajarnya berhati-hati dengan golongan kuffar yang sentiasa berusaha untuk
menjatuhkan serta memecahkan umat Islam. Halini dapat dilihat pada peristiwa kejatuhan
Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah yang boleh dianggap sebagai bermulanya era penaklukan
Palestin.
Kejatuhan Empayarinitelah memecahkan kesatuan umat Islam di seluruh dunia dan
seterusnya membuka peluang kepada golongan Yahudi untuk membentuk negara mereka
sendiri. Malah, negara-negara Islam yang lain selain daripada negara Palestin turut dikuasai
oleh negara-negara barat seperti Amerika, dan Perancis. Perkara ini mengajar kita bahawa
perpaduan dalam masyarakat adalah elemen penting yang mampu mengukuhkan lagiikatan
sesebuah masyarakat. Malah elemen inijugalah yang telah dilupakan oleh ramai dalam
kalangan kita yang menyebabkan masalah yang melanda dalam kalangan masyarakat
semakin parah. Justeru, marilah kita bersama-sama mengambiliktibar daripada peristiwa
penaklukan negara Palestin yang masih diteruskan hingga ke hariini agar pisang tidak akan
berbuah dua kali dan seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan kita sesama Islam. Marilah
kita bersama-sama menanamkan semangatingin berjihad untuk menegakkan agama kita yang
tercinta. Pernah satu persoalan diutarakan oleh seorang hamba Allah, yang saya rasa amat
sesuai untuk diketengahkan terutama untuk golongan remaja masa kini, semoga menjadi
iktibar untuk diri kita semua. Sungguh ramai dalam kalangan kita yang menginginkan
syurga Allah, namun masih ramai yang tidak bersedia untuk mengorbankan nyawa ke
jalanNya. Marilah kita sama-sama memikirkan, sejauh manakah kesanggupan kita untuk
menjadi seorang Mujahidin. Wallahualam.
Penutup
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
23/27
Rujukan
-Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Fatimah Syarha Mohd.Noordin, 2009, Palestin Tak Pernah
Gentar, Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn. Bhd.
-Hafidzi Mohd Noor, 2006, Israel Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiiktirafnya, Kuala
Lumpur, JIM International & JIMedia
- http://www.wikipedia.com
- http://pacemalaysia.net
- http://halaqah.net
- http://crystalsofcanterbury.blogspot.com
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
24/27
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
25/27
Lord Allenby yang telah memimpin penaklukan Palestin
Kawasan Palestin yang telah ditakluk oleh Israel secara berperingkat
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
26/27
Perpindahan secara beramai-ramai penduduk
Palestin yang diusir oleh tentera Israel
daripada tanah air mereka sendiri ( The
Palestinian Exodus)
Presiden Carter yang mewakili Amerika Syarikat, Presiden Begin dari Israel dan Presiden
Saddat yang mewakiliMesir semasa perjanjian Camp David di mana Mesir mengiktiraf
kewujudan Israel.
-
8/7/2019 Proses penaklukan Palestin
27/27
The Wailing Wall atau Dinding Ratapan. Di sinilah merupakan tempat orang yahudi meratap
atau menangis sebagai simbolik mereka berhubung dengan Tuhan mereka. Bagi orang Islam,
dinding ini merupakan tempatBuraq diikat semasa peristiwa IsrakMikraj. Perebutan
terhadap kawasan initelah menyebabkan pemberontakan masyarakat Palestin pada 1929
yang dikenali sebagai Kebangkitan Dinding Ratapan akibat daripada kebiadaban orang
Yahudi ketika itu yang seolah-olah ingin menguasai kawasan tersebut.