Download - Proposal Nilam

Transcript

PENGENALAN

Rasiah Binti Abd. Rahman 780201-06-6242

HBEF 2303

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

RASIAH BINTI AB. RAHMAN M20131000854 GRU 6014 DR. RAMLEE BIN ISMAIL

KEPIMPINAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM YANG CEMERLANG

MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPRESTASI TINGGI BAB 1

PERMASALAHAN KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha bagi mendapatkan ilmu, adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya.

Malah ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan Negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun sejauh mana keberkesanan program ini dijalankan di sekolah adalah bergantung kepada kepimpinan pengurusan guru NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kuala Lipis,Pahang bagi mengkaji kepimpinan pengurusan guru NILAM dan kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar.1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca ( Shamsiah & Yahya, 2008). Justeru itu, Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada tahun 1998. Surat Pekeliling Iktisas Bil 13/1998 mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini.Program ini adalah bagi mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai adunan aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan bermula dengan tahun 1 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1 bagi sekolah menengah. Rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga tamat persekolahan.

Justeru itu kepimpinan pengurusan guru-guru yang terlibat dengan Program NILAM merupakan nadi pengerak program ini di sekolah. Bagi mengerakkan program ini, murid-murid perlu dibekalkan dengan buku NILAM bagi menyimpan rekod bacaan dan untuk tujuan penilaian guru. Buku ini mengandungi maklumat ringkas berkaitan dengan buku yang dibaca seperti tajuk buku yang dibaca, pengarang, bilangan muka surat, jenis bacaan buku serta ulasan ringkas buku yang dibaca berdasarkan pandangan murid itu sendiri. Program NILAM ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 bagi murid Tahun 1,2 dan 3, manakala bagi Tahap 2 bagi murid Tahun 4,5 dan 6.

Semasa melaksanakan pembacaan NILAM ini, murid akan melalui dua peringkat. Peringkat pertama Jauhari, iaitu penganugerahan berdasarkan jumlah bacaan buku. Bagi Peringkat kedua iatu Rakan Pembaca, bagi murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk menarik rakan lain untuk terlibat di dalam aktiviti membaca NILAM. Anugerah akan diberi dari masa kesemasa, oleh itu Guru NILAM perlu memainkan peranan mereka bagi menjalankan program ini mengikut matlamat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTNP). Peringkat pertama dipantau oleh guru mata pelajaran di bawah seliaan Guru NILAM manakala peringkat kedua dibawah seliaan Guru NILAM sepenuhya.Oleh itu jelas disini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh guru NILAM bagi memastikan keberkesanan Program NILAM ini dijalankan disekolah. Disamping itu juga, kajian ini akan menilai tahap kepimpinan guru ketika melaksanakan program ini di sekolah. Pencapaian murid berdasarkan peperiksaan sekolah turut diambil bagi membuat perbandingan dengan tahap pencapaian NILAM bagi menjawab persoalan kajian.

1.3 PERNYATAAN MASALAHDalam era global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

Bagi mencapai Negara rakyat berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Sesuai dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025, mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan Negara. Untuk itu murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat Negara ini.

Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan Negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di Negara kita membaca agak sedikit jika dibandingkan dengan umur sebaya mereka di Negara luar.Ini kerana kajian menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan yang dibuat oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca, diikuti dengan 24.75% daripada murid sekolah rendah memberi alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikatkan dengan minat membaca ditambah pula dengan zaman teknologi serba canggih dewasa kini murid-murid lebih gemar bermain permainan interaktif berbanding membaca.

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan luar Bandar. Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid. Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah.

Berdasarkan surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan, ini menunjukkan betapa pentingnya program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan sepenuhnya.

Namun berdasarkan kutipan data NILAM yang dibuat oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (2008) hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala daripada 10,310 buah buku yang dibaca hanya 1,273 buah buku sahaja yang diketegorikan sebagai bahan berbentuk ilmiyah. Ini menunjukkan minat membaca dikalangan murid sekolah rendah amat mendukacitakan jika dibandingan dengan negara-negara luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116,00 buah buku setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai kependudukan yang tinggi agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 34,690 buah buku.

Oleh yang demikian, kepimpinan guru amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan seharusnya program ini tidak disia-siakan.

Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan guru untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya berkaitan kepimpinan. Oleh yang demikian, guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat dengan Program NILAM ini perlu menunjukkan kepimpinan mereka bagi memastikan setiap ringgit Malaysia yang mengalir keluar tidak dibazirkan sesuai dengan agenda di dalam PIPP 2013-2025 bagi mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang diberi.

1.4 KERANGKA KONSEP

Salah satu matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memastikan setiap murid mampu membaca petikan dan juga bahan bacaan santai untuk tujuan mendapatkan maklumat dan berhibur.

Untuk itu, Kepimpinan Guru NILAM di sekolah amat diperlukan bagi memastikan salah satu program utama kerajaan bagi mengalakkan tabiat membaca dikalangan murid mampu dilaksanakan dengan jayanya di sekolah.

Sehubungan itu, kerangka kajian di bawah menunjukkan kaitan diantara Kepimpinan Guru NILAM dalam memupuk tabiat membaca murid disekolah dan kesannya kepada pencapaian murid di dalam kelas.

Rajah 1 : Kerangka konsep1.5 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

1.5.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kepimpinan guru dalam pengurusan Program NILAM berkesan dan impaknya kepada prestasi murid. Untuk itu, objektif bagi kajian ini adalah:

1.5.1.1 Mengenal pasti tahap kepimpinan guru di dalam pengurusan Program NILAM di sekolah.

1.5.1.2Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program NILAM di sekolah.

1.5.1.3Mengenal pasti hubungan keberhasilan Program NILAM dengan prestasi murid.

1.5.2 PERSOALAN KAJIAN

Fokus kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berikut :

1.5.2.1Apakah tahap kepimpinan guru di di dalam pengurusan Program NILAM di sekolah?

1.5.2.2Apakah ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program NILAM di sekolah?

1.5.2.3Apakah hubungan kejayaan Program NILAM menyumbang kepada peningkatan prestasi murid?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam Program NILAM giat dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di peringkat Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan Program NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Resensi buku dan Pameran buku. Ini kerana menurut Zamri & Yahya, (2008) Keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca.Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Namun begitu asas kejayaan pelaksanaan Program NILAM ini sebenarnya haruslah bermula di sekolah. Untuk itu kajian ini dibuat bagi mengkaji kaitan kepimpinan guru di dalam melaksanakan Program NILAM di dalam memastikan perlaksanaan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di peringkat sekolah. Ini kerana secara asasnya apabila murid berminat untuk membaca ini akan membantu mereka di dalam penguasaan mata pelajaran di dalam kelas. Menurut Hamilton (2006) Aktiviti membaca sepatutnya menyeronokkan dan memberikan kepuasan buat pelajar dan bukannya menjadi beban.Sehubungan itu, kajian ini akan turut menunjukkan kaitan keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan prestasi murid.Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian dan badan-badan yang bertanggungjawab di dalam Program ini bagi mengerakkan kepimpinan guru untuk melaksanakan program ini secara lebih berkesan di sekolah.Ini kerana kejayaan Kepimpinan guru melaksanakan Program NILAM ini mampu mewujudkan sikap minat membaca di dalam murid yang mana ianya boleh memberi impak yang sangat besar buat murid,sekolah dan Negara umumnya.

Disamping itu juga, semoga hasil kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada kajian literatur serta boleh dibuat sebagai bahan rujukan yang berguna.

1.7 HIPOTESIS KAJIAN Kaji selidik ini telah menggariskan satu hipotesis sebagai fokus penyelidikan iaitu:1.7.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan guru berkesan di dalam pengurusan Program NILAM dalam memberi impak terhadap peningkatan prestasi pelajar.1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan ke atas sebuah sekolah pinggir bandar di Daerah Kuala lipis, Pahang. Memandangkan sekolah terbabit hanya mempunyai pelajar Melayu sahaja dengan jumlah kelas yang agak terhad berbanding sekolah-sekolah besar dikawasan Bandar. Pelajar yang dipilih apula adalah terdiri daripada murid Tahap 2 kerana mereka telah berhadapan dengan Program NILAM selama empat tahun dan dapatan kajian agak meluas berbanding murid Tahap 1 yang masih diperingkat awal perlaksaan program NILAM. Justeru itu, dapatan kajian adalah agak terhad dengan jumlah murid hanya 90 orang bagi Tahap 2 dan hanya 40% daripada jumlah murid akan diambil sebagai sampel kajian. Bilangan guru yang terlibat bagi perlaksanaan Program NILAM hanyalah tertumpu pada Guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap 2.1.9PENERANGAN TERMINOLOGIKepimpinan Himpunan kemahiran memimpin berkesan serta mampu membawa ahli yang dipimpin kearah visi yang ingin dicapai.PengurusanSatu himpunan kaedah bagi menjalankan aktiviti yang dirancang secara sistematik dan berkesan.Program NILAMNILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.CemerlangMerupakan pencapaian yang tinggi serta sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakanPelajar Murid-murid yang masih bersekolah, di dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan adalah murid-murid di sebuah sekolah rendah di Daerah Kuala Lipis, Pahang.berprestasi tinggiSatu kejayaan yang boleh dibanggakan serta memenuhi kriteria-kriteria pemilihan bagi sekolah yang menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam semua bidang.1.10 RUMUSAN

Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan guru di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya berkaitan kepimpinan guru mampu memainkan peranan besar dalam mempengaruhi aktiviti yang dijalankan di sekolah.Guru berkepimpinan perlu memainkan peranan penting dalam menggerak dan menjayakan program NILAM. Pemahaman yang mendalam dan disertai dengan misi yang terancang membolehkan program NILAM berjalan lancar. Sehubungan itu, pengurusan Program NILAM yang berjaya sudah pasti mampu menjana kecemerlangan pelajar dan meningkatkan prestasi sekolah.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR2.1PENGENALAN Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumbang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007)

Dalam tinjauan literatur yang dibuat bagi kajian ini, terdapat pelbagai persepsi dalam menyediakan aktiviti membaca di dalam kelas. Ini kerana kemahiran membaca menjadi agenda penting dalam tunjang pendidikan Negara. Di dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid.

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Di sini, kemahiran kepimpinan guru perlu diaplikasi secara bijak bagi menanggani masalah yang timbul dalam kemahiran membaca pelajar. Ini kerana kurangnya minat membaca pelajar menyebabkan mereka kekurangan idea dan maklumat semasa menjawab soalan berbentuk karangan.

Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu pelajar menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan. Dalam pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000).

2.2 DEDINISI KEPIMPINAN GURU

Menurut (Field, 2004) beliau menyatakan peranan guru sama dengan peranan kapten sebuah kapal yang mana bilik darjah disamakan dengan sebuah kapal. Manakala guru memainkan peranan sebagai pengemudi yang memimpin pelajar yang pelbagai untuk menuju kearah matlamat yang ditetapkan. Dapatan ini turut disokong oleh (Ciulla,2004) yang mana konsep kepimpinan mampu mengerakkan orang lain melakukan tindakan seterusnya memotivasikan orang lain untuk menuju kearah menyempurnakan visi dan misi yang ditetapkan seperti yang dikaitkan dengan persepsi kemudi yang diangkat sebagai pemimpin.

Konsep ini diperluaskan lagi dengan definisi kepimpinan yang merujuk kepada kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat (Robbins,2003). Dapatan ini turut disokong oleh (Cleland, 2004). Yang mana beliau menghuraikan Kepimpinan guru akan membantu guru-guru lain untuk bergerak aktif dalam meningkatkan prestasi sekolah. Kepimpinan guru di lihat sebagai seseorang yang mempunyai sifat dalam diri mereka yang berupaya untuk memimpin orang lain supaya menjadikan orang lain lebih bermotivasi.Namun berlainan dengan dapatan yang diperolehi daripada (Danielson, 2006). Beliau mengaitkan kepimpinan guru sebagai kemahiran lain yang ada pada seseorang guru selain daripada mengajar dan mempunyai kuasa untuk memujuk yang tinggi samada di dalam atau di luar bilik darjah. Dapatan ini turut dipersetujui oleh (Durrant & Holden, 2006) beliau menjelaskan ciri-ciri kepimpinan mampu melahirkan orang yang boleh mengerakkan orang lain untuk menjadi pemimpin. Konsep mengerakkan ini boleh disamakan dengan konsep memujuk yang mana mendorong individu lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru itu, semakin ramai orang yang berkepimpinan mampu dilahirnya jika konsep kepimpinan ini mampu dipraktikan dengan baik. Sudah tentu konsep kepimpian guru yang berjaya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya meningkatkan prestasi sekolah itu sendiri. Konsep ini diperkukuhkan lagi oleh (Saeeda, 2004) yang mana beliau menjelaskan kepimpinan yang baik mampu menyebarkan ilmu dan kebaikkan untuk semua. Bertepatan dengan konsep kepimpinan yang baik mampu melahirkan pemimpin baru yang boleh menyebarkan kebaikkan untuk semua.

Namun agak berlainan dengan (Thomas, 2005) yang mana lebih menekankan Kepimpinan sebagai memberi motivasi kepada orang dibawahnya untuk mencapai misi yang ditetapkan. Dan dapatan ini turut disokong oleh (Busher & Haris, 2005) yang mana menjelaskan kepimpinan mampu memotivasikan rakan sejawat untuk membuat pembelajaran yang lebih berinovatif bagi menjana keputusan yang cemerlang.Secara kesimpulannya,walaupun terdapat pelbagai tarifan dan definisi kepimpinan guru yang dibuat, rata-rata dapatan yang diperolehi pasti akan mengaitkan Kepimpinan sebagai satu konsep menarik individu lain untuk berada dibawah kawalan oarng yang mempimpin. Golongan pemimpin ini akan bertindak sebagai seorang yang menerajui kumpulan terbabit dan mendorong kumpulannya menuju kearah matlamat yang ditetapkan. Dengan pelbagai huraian dan takrifan kepimpinan guru yang diperolehi, jelas menunjukkan guru mempunyai pengikut tersendiri yang terdiri daripada kalangan murid-murid sekolah. Oleh yang demikian, sudah tentu keberkesanan Program NILAM dapat dipertingkatkan jika guru-guru mampu menjalankan dan mengerakkan aktiviti yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan.

2.3 KAJIAN PENYELIDIKANKajian menunjukkan keseronokkan membaca adalah lebih penting diterapkan ke dalam diri pelajar-pelajar sejak kecil. Apabila keseronokkan membaca dapat dipupuk ianya akan menjadi tabiat dan pelajar akan berasa seronok apabila dapat membaca. Ini penting kerana tabiat membaca pelajar akan menjadikan diri mereka lebih berilmu, berkeyakinan dan mampu menjauhkan diri pelajar terbabit terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.Oleh yang demikian kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa sudut pandangan daripada kajian lampau untuk dijadikan panduan penyelidik.

2.3.1 PANDANGAN MENGENAI MEMBACA DALAM SITUASI BILIK DARJAHHarrison (1992) berpandangan membaca bukanlah satu rantaian kemahiran yang diskret. Membaca memerlukan proses berturutan dimana seseorang individu perlu belajar dari satu tahap ketahap yang lain sehingga kemahiran membaca ini dapat dikuasai sepenuhnya.

Bagi pelajar-pelajar yang sudah mempunyai kemahiran membaca di peringkat sekolah tadika atau Pra sekolah mereka mudah didedahkan dengan sebarang maklumat pendidikan namun bagi murid yang masih berada diperingkat pemulihan mereka perlu dilatih menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya bagi mengelakkan masalah keciciran pembelajaran. Selari dengan dapatan daripada Waterland (1995) bahawa pelajar perlu terlebih dahulu menguasai bahagaian yang paling mudah dalam kemahiran membaca sebelum berganjak ke bahagian yang lebih kompleks. Seperti peringkat mengenal huruf, membunyikan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Setiap langkah penting dikuasai sebelum pelajar mampu menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Guru harus peka dengan tahap perkembangan membaca murid sebelum didedahkan dengan kaedah membaca pantas.Disini kemahiran kepimpinan guru dalam kaedah mengajar pelajar untuk mambaca perlu dipraktikan secara berkesan bagi memastikan penguasaan mereka dalam kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya.

2.3.2 PANDANGAN MENGENAI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI MEMBACA NILAMLee Rutledge (2009) berpandapat bahawa model pengajaran perlu diguna pakai sebagai panduan bagi membantu guru dalam melibatkan semua murid didalam aktiviti membaca yang dijalankan. Ini kerana tahap kecerdasan murid yang pelbagai memerlukan guru untuk pandai mengadaptasi kepimpinan mereka ketika menjalankan aktiviti membaca di dalam atau di luar bilik Darjah.

Aktiviti membaca yang biasa dijalankan adalah guru membaca dan murid mendengar. Namun selari dengan perkembangan dunia pendidikan terdapat banyak kaedah yang boleh dijalankan bagi memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan menyeronokkan didalam aktiviti membaca. Seperti yang diusahakan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca yang diperkenalkan perlaksanaanya diperingkat sekolah sejak Tahun 1999 lagi berdasarkan Model Program NILAM (Rujuk Lampiran 1). Namun perlaksanaan program ini masih tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dimana silapnya? Dapatan kajian yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Program NILAM. Gaya kepimpinan guru ketika mengendalikan program ini turut menjadi persoalan. Namun, jika Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di peringkat sekolah sudah tentu penglibatan pelajar mampu dipertingkatkan serta memberi impak yang sangat besar buat prestasi murid khasnya.2.3.3 PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN DI MALAYSIAMalaysia merupakan sebuah Negara yang mementingkan pendidikan. Ini terbukti apabila setiap kali belanjawan Negara yang diumumkan Oleh YAB Perdana Menteri dibentangkan, bidang Pendidikan pasti menerima peruntukkan kedua tertinggi.

Pelbagai kemudahan pendidikan diberikan secara percuma berbanding sesetengah Negara luar yang mengenakan bayaran buat pendidikan yang diterima. Pendidikan percuma ini diberikan buat rakyat Malaysia bagi memastikan setiap penduduk menerima pendidikan asas daripada umur 6 tahun sehingga 16 tahun. Namun pada masa sekarang ada selintir ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk menerima pendidikan seawal usia 4 tahun. Ini terbukti dengan penubuhan Program Permata yang diasaskan Oleh YAB Dato Sri Rosmah Mansor yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Dalam dunia pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantar. Manakala pelajar turut diwajibkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berdasarkan perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 yang baru pelajar turut digalakkan mempelajari bahasa ketiga bagi meningkatkan taraf pendidikan Malaysia di mata dunia.2.3.4 PANDANGAN MENGENAI TABIAT MEMBACA PELAJAR Pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai tabiat membaca. Tidak ramai dikalangan pelajar sekolah rendah yang berminat untuk menjadikan membaca sebagai hobi.

Berdasarkan kajian menyeluruh keatas rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Profesor Atan Long dan rakan-rakan pada Tahun 1984, hasil penemuan menunjukkan hanya 20% daripada respnden memilih membaca sebagai aktiviti utama pada masa lapang.

Sikap membaca yang agak rendah dikalangan pelajar di Malaysia mengakibatkan mereka gagal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sampingan melalui buku-buku ilmiah yang terdapat dipasaran.

Disamping itu juga, penduduk di kawasan yang terlalu terpencil juga tidak dapat membaca walaupun mempunyai kebolehan disebabkan oleh bahan yang tidak mencukupi. Di samping itu juga, menurut kajian yang dijalankan oleh Safiah Osman dibawah tajaan UNESCO bahan-bahan yang menarik minat pelajar untuk membaca perlu ditambah nilai ini kerana bahan ilmiah yang bermutu serta menarik mampu menjana pemikiran pelajar ketahap yang lebih tinggi.

Seterusnya, kajian daripada pensyarah ITM menemui jumlah pelajar perempuan lebih ramai yang berminat untk membaca jika dibandingkan dengan jumlah pelajar lelaki.2.4 RUMUSANSikap membaca dikalangan pelajar adalah kunci kepada kejayaan. Ini kerana secara tidak langsung ilmu pengetahuan yang berguna akan diserap masuk melalui pembacaan. Namun tabiat membaca seharusnya ditanam sejak dari awal lagi terutama di rumah.

Untuk itu ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi meningkatkan kesedaran membaca dari rumah. Menurut Hamilton (2006), Tabiat membaca sepatutnya bermula dari rumah dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ketika sesi persekolahan, pelajar akan dibimbing oleh guru-guru bagi meneruskan aktiviti pembacan mereka. Tambahan pula dengan pelbagai inisiatif kerajaan bagi menggalakkan program membaca di sekolah, sudah pasti pelajar akan lebih terdedah dengan tabiat membaca.Namun begitu, Program NILAM yang dirangka masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu guru-guru perlu memainkan peranan mereka bagi memastikan keberkesanan program ini mampu dirasai oleh pelajar demi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.BAB 3METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Soal selidik dan Temu bual langsung) bagi mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Soalan adalah berkaitan dengan tanggapan guru terhadap kepimpinan di dalam menjalankan program NILAM , data bacaan semasa NILAM bagi murid Tahun 5 dan 4 serta kutipan markah pelajar bagi tujuan perbandingan dapatan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Seperti yang telah dinyatakan dibahagian pengenalan, kajian ini melibatkan rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dan menjurus kepada rekabentuk kajian tindakan.

Bagi data kuantitatif, kajian akan dijalankan berdasarkan rekabentuk tinjauan. Menurut David etl. (2010) Kajian berbentuk tinjauan biasanya dijalankan di sekolah kerana data yang diperolehi mampu menghuraikan sesuatu tren dan mengenalpasti ciri-ciri amalan tertentu dengan lebih tepat untuk dikaji. Di sini, kajian menggunakan rekabentuk tinjauan cross-sectional untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan guru bagi melaksanakan Program NILAM di sekolah dengan lebih berkesan.

Manakala bagi data kualitatif berbentuk etnografi dipilih bagi kajian ini kerana persampelan diambil berdasarkan sekumpulan murid-murid sekolah rendah Tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah pinggir bandar untuk tujuan pensampelan.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

Menurut Gay & Airasian (2003) mendifinisikan populasi sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala sampel kajian merujuk kepada responden-responden kajian yang dipilihuntuk mewakili sesuatu populasi.

Bagi kajian ini, kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah di Daerah Kuala Lipis, Pahang. Daripada jumlah pelajar setiap kelas 50% sampel kajian akan dipilih.

Persampelan Rawak Berstrata dipilih bagi memastikan hasil kajian dapat menjawab objektif kajian secara telus.Ini akan dibuat berdasarkan jumlah bacaan murid mengikut data NILAM, 50 % sampel adalah berdasarkan bacaan NILAM tertinggi manakala 50% lagi berdasarkan bacaan nilai terendah NILAM dan dikaitkan dengan markah peperiksaan bagi setiap sampel yang terpilih. Bagi persampelan guru pula, dua orang guru Bahasa Inggeris dan dua orang guru Bahasa Melayu bagi Tahun 4 dan 5 dipilih bagi perbandingan kepimpinan dalam pengurusan NILAM ini kerana sekolah ini hanya mempunyai sebuah kelas bagi setiap tahun.

3.4 ALAT KAJIAN

Wallen & Fraenkel (2000) menyatakan soalan soal selidik membolehkan tindak balas yang konsisten dan boleh dipertingkatkan. Oleh demikian, set kajian yang disediakan merangkumi dua bahagian iaitu:Bahagian A : Soalan yang perlu dijawab oleh murid berkaiatan dengan Prgram NILAM dan Kepimpinan guru yang disukai semasa menjalankan program ini.Bahagian B :Soalan yang perlu dijawab oleh guru bagi mengenal pasti Sikap guru terhadap pengurusan Program Nilam serta ciri-ciri kepimpinan NILAM berkesan

Sehubungan itu, dua set soalan akan disediakan berdasarkan rujukan yang telah dibuat di dalam kajian litaratur telah disediakan bagi membantu kajian yang dibuat. Set soalan yang dipilih mampu menghuraikan ciri-ciri kepimpinan guru untuk dikaitkan dengan keberkesanan perlaksanaan NILAM di sekolah.

Selain daripada soalan soal selidik, kajian juga dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sistem pengoperasian NILAM dan Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk dibandingkan dengan data daripada kaedah triangulasi yang dibuat.

3.4.1 TEKNIK PENGUTIPAN DATA

Satu set soalan telah dibuat bagi menjawab persoalan kajian. Kesemua responden yang dipilih akan menjawab soalan kajian serta ditembual dan dibuat pemerhatian bagi mendapatkan kesahan maklumat kajian.

Penggunaan teknik Triangulasi ini mampu memberi keesahan yang tinggi kepada dapatan data yang diperolehi (Dr. David etl., 2001)

Seterusnya, data NILAM responden akan dibawa keluar daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini dimasukkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada setiap bulan berdasarkan jumlah bacaan murid semasa. Jumlah bacaan murid akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah bacaan tertentu.

( Rujuk Lampiran 2) Kepimpinan guru mampu dilihat disini secara terus jika dapatan data tidak dikemas kini.

Manakala bagi markah peperiksaan murid, data akan diambil terus dari sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). Prestasi murid akan digred seperti yang berikut;

MARKAH

GRED

0-19

E

20-39

D

40-59

C

60-79

B

80-100

A

Markah peperiksaan diambil semasa Peperiksaan Semester, untuk itu soalan kajian adalah berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh lembaga peperiksaan bagi menilai tahap kefahaman murid. 3.4.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisi secara berbeza mengikut kesesuaian data yang diperolehi. (Dr. David etl.,2010). Namun bagi data yang dikutip daripada soalan soal selidik akan dianalisa mengunakan Sistem SPPSS version 17.Set soal selidik ini akan dijawab oleh guru, temu bual dan juga pemerhatian langsung akan dijalankan bagi meningkatkan lagi keesahan dapatan kajian.Seterusnya, data NILAM responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 akan diambil daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini akan dibandingkan dengan keputusan peperiksaan murid yang diperolehi daripada Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). Setelah kesemua data diperolehi, proses mengukur variabel kajian akan dilakukan secara terperinci bagi meningkatkan keesahan dapatan kajian.

3.5 RUMUSANPelaksanaan Program NILAMyang berkesan perlu perancangan yang teliti dan mempunyai sasaran untuk dicapai. Dalam hal ini, pelaksanaan NILAM perlulah bersifat spesifik dan mempunyai petunjuk prestasi (KPI) yang boleh diukur.

Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk membuat hubungkait berkaitan dengan kepimpinan guru dalam pengurusan NILAM dan kesannya terhadap prestasi murid.SUMBER RUJUKANBogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education. An

introduction to theories and methods. Boston: Allyn & Bacon.

Busher, H. & Hariss, A.with Wise,C (2000). Subject leadership and school Improvement.

London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Cleland, D.I. (2004). Field Guide To Project Management. 2nd Ed. New Jersey:

John Wiley

Ciulla,J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,A.T.

Cianciolo & R.J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks,CA: SageCreswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among

five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice.

Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development.

Durrant, J. & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.)

London,UK : Paul ChapmanDr.David Lim Chong Lim etl.(2010) HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ( 6th ed) Meteor Doc. Sdn. Bhd: Universiti Terbuka Malaysia. Dr.Salbiah Ismail etl. (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.Program pembacaan NILAM. Diperolehi pada 25 Oktober 2013 daripada: http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-program-nilam

Field, (2004) Foster the quality of teacher leadership: Ten steps to Egulty in Education ,

DECD Publishing

Gray & Airasian (2003).Leadership refined: An evocative context for teacher leadership.

School leadership and management, 23(4), 421-430Hamilton (2006).Interview with Fullan: Change agent.Journal os staff

Development,24(1).Dimuat turun pada 26 Oktober 2013 daripada:

www.queensu.ca/idc/trainerslhandleaderlhtml.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca

Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 Perlaksanaan Program NILAM

Lee Rutledge (2009) Teacher Leadership and School Improvement: A case study of teacher participating in the teacher leadership with a Regional Education Service Center.Diperolehi pada 24 Oktober 2013 daripada

file:///C:/Documents%20and%20Settings/malim/Desktop/upsi/kepimpinan/te acher%20leadership%20kepimpinan.pdfRobbins,(2003) Organizational Behaviour.Prentice Hall PTR

Saeeda.(2006).Educational leadership : An islamic perspective. British Educational

Research Journal, 32(30,363-385

Thomas, N. (ed.) (2005). Adair on Leadership. New Delhi: Viva Books Pte.Ltd.

Wallen & Fraenkel (2000) "Reading Habit Style: A Classroom-level Study", Journal of Educational Administration, Vol. 32 Iss: 3, pp.54 71

LAMPIRAN 1 MODEL PROGRAM NILAM

LAMPIRAN 2PENGANUGERAHAN TAHAP JAUHARI DI SEKOLAH RENDAH

PENGIKTIRAFAN RAKAN PEMBACA (RP)

TAHAP PEMBACAAN BERSASKAN BILANGAN BUKU

DI SEKOLAH RENDAH

LAMPIRAN 3CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK

NAME;

CLASS: ..

SCHOOL: SK. PAGAR SASAK, KUALA LIPIS

QUESTIONNAIRE

A] Learners perception of the reading material provided in the school library.

QUESTIONSVERY AGREEAGREEDISAGREEVERY DISAGREE

a. The library has a lot of reading material that suit to NILAM Programme.

b. The books are interesting to read

c. There are good facilities in the school library

d. The school library is convenient.

e. The book provided can gain new knowledge.

f. Students enjoy at the library doing the NILAM Programmme.

B] Learners perception of synopsis or summary writing based on the reading materials used in the NILAM Programme.

QUESTIONSAGREEDISAGREE

1. Can promote interest among the students.

2. Increase learners mastery of grammar in the language learnt.

3. Can increase learners writing skill.

4. Can increase learners reading skill.

5. Learners can complete the task within the time.

LAMPIRAN 4

Tarikh :

Kepada :

RASIAH BINTI AB. RAHMAN.

QUARTERS GURU SK. PAGAR SASAK,

27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMURTuan,

KELULUSAN PEMOHONAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk,

2.Dengan ini saya membenarkan guru dibawah untuk membuat kajian di sekolah ini sepanjang tempoh yang diperlukan. Berikut adalah butiran guru tersebut :

NAMA

: RASIAH BINTI AB. RAHMAN

NO. K/P

: 780201-06-6242

JAWATAN: GURU PENOLONG

3.Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________

TN. HAJI ISHAK BIN MOHAMED, AMN.PJK

GURU BESAR

SK. PAGAR SASAK,KUALA LIPIS, PAHANG Tabiat membaca murid

Kepimpinan Guru

+

Guru GPM

Prestasi murid

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR SASAK

27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

TEL / FAKS : 09-3111019

PAGE 29


Top Related