Transcript
Page 1: Proposal kajian tindakan linus

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT

1.1 Pendahuluan 4

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6

1.3 Refleksi nilai pendidikan 7

1.4 Refleksi sorotan literatur 9

BAB 2 FOKUS KAJIAN/SOALAN KAJIAN

2.1 Tinjauan dan analisis masalah 14

2.2 Objektif kajian 15

2.3 Soalan kajian 15

2.4 Kumpulan sasaran 16

BAB 3 KAEDAH KAJIAN/TINDAKAN YANG DICADANGKAN

3.1 Perancangan tindakan 17

3.2 Perancangan cara mngumpulkan data 22

3.3 Perancangan cara menganalisis data 27

3.4 Perancangan pelaksanaan kajian 27

3.4.1 Jadual pelaksanaan

3.4.2 Kos kajian

BAB 4 TINJAUAN LITERATUR 30

BAB 5 PENUTUP 43

SENARAI RUJUKAN 44

LAMPIRAN 49

Page 2: Proposal kajian tindakan linus

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan negara  mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah

berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Ia bersesuaian dengan tujuan utama pendidikan yang

berfungsi mengembangkan potensi individu agar mereka lebih progresif dan berkualiti.

Pendidikan juga merupakan agensi terpenting dalam pembinaan bangsa. Justeru, selaras dengan

pembangunan dan transformasi dalam pendidikan, pelbagai teori pembelajaran dan kaedah

pengajaran telah diperkenalkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah

Sani,1990).

Menurut Abdullah Sani (2003), secara kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas

kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan

melahirkan tenaga kerja mahir. Selepas itu, pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN

(1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikan, lalu Kurikulum Baru Sekolah

Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang

bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berasaskan kepada Falsafah

Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru

diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan

pada tahun 2011 hinggalah sekarang .

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh,

pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup.

Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan

Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.“KSSR digubal dalam

bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan

standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap

persekolahan” (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM -2011).

2

Page 3: Proposal kajian tindakan linus

Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) Bahasa Malaysia menitiberatkan empat

kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran

menulis, dan dua aspek tambahan iaitu aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Kemahiran

membaca merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua murid.

Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1 (2010) menyatakan

kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda

dan kelancaran yang betul.

Pengajaran kemahiran membaca ini sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu

menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan Long (1980) yang

mengatakan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-

lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan melalui tulisan.

Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Kamarudin Haji Husin dalam Perkaedahan Mengajar

Bahasa (1993) yang mengatakan bahawa membaca bukan hanya setakat bersifat mekanikal tetapi

lebih jauh daripada itu. Untuk memahami sesuatu maklumat, otak bertindak sebagai penggerak

utama untuk mengenal pasti lambang bunyi dan menterjemahkan supaya difahami.

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama

pembentukannya seperti berjalan atau berlari . Menurut Syed Abu bakar Syed Akil ,(1994),

kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-

kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan

cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran

peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran

membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah

rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.Kemahiran

ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari prasekolah. Sekiranya mereka

masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini

akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa.

Para penyelidik juga berpendapat jika kemahiran literasi membaca tidak diperoleh dan

dikuasai dengan mahir, risiko untuk kanak-kanak gagal dalam sistem persekolahan akan

meningkat (Whitehurst & Lonigan,2001). Kegagalan membaca dengan baik menjadi bertambah

3

Page 4: Proposal kajian tindakan linus

teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar dan ini

memberi kesan jangka panjang bagi murid.

Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca

dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan

dikemukakan. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang

masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Satu daripada langkah yang

perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan guru

mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid. Ujian diagnostik adalah salah satu

ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut (Zulkifley Hamid, 2006).

Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh digunakan untuk meningkatkan lagi

kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 (Azizul Rahman Abd

Rahman-2009 ).

1.2 Refleksi pengalaman yang lalu

Saya adalah guru di sebuah sekolah di daerah Rawang, Selangor. Namun atas sebab-sebab

tertentu saya direhatkan daripada mengajar tugasan matapelajaran teras. Namun begitu, saya

tertarik menjalankan kajian tentang masalah murid LINUS Tahun 1 yang masih tidak dapat

mengeja dan membatangkan suku kata kvkv meskipun sesi persekolahan telah menginjak

pertengahan tahun..

Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan

perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata kvkv. Hal ini menyebabkan kemahiran

membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur

ketika diberi peluang dan ruang waktu dalam pengajaran dan pembelajaran saya bersama murid

LINUS Tahun 1. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak

boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang

memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas . Mereka juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran

mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam

sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau

4

Page 5: Proposal kajian tindakan linus

perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula suku kata yang

disebutkan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan terus tercicir .

Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka  mengingat semula

suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata  awalan sebanyak

sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum

menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga

membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan

akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Justeru, saya perlu memperbaiki

kelemahan pada diri saya dengan memikirkan strategi dan membina bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .

1.3 Refleksi nilai pendidikan

Sistem pendidikan negara bersifat dinamik dan sering berubah mengikut peredaran masa. 

Perubahan ini adalah untuk memantapkan lagi sistem yang sedia ada agar ia dapat memacu

pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti modal insan.  Justeru, kita yang bakal

bertindak sebagai badan pelaksana pelan transformasi kerajaan ini perlu melengkapkan diri

dengan ilmu dan kemahiran agar ianya berjaya dilaksanakan dan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah

usaha untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memajukan diri, keluarga dan negara serta

menyumbang kepada keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara. Individu yang

berkualiti yang dimaksudkan ialah modal insan yang ingin diwujudkan dalam masyarakat

Malaysia yang memenuhi keperluan negara untuk mencapai status sebagai negara maju

(Kementerian Pelajaran Malaysia:Pusat Perkembangan Kurikulum 2001) .

Zailan Moris (2007), menyatakan satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang

ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak

5

Page 6: Proposal kajian tindakan linus

pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan

kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan

membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan

masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu

proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan

peluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh

memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada

Umum mengetahui, bidang pendidikan mengalami transformasi yang hebat dalam melahirkan

mutu pendidikan yang terbaik ke arah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti dari aspek

pengetahuan mahupun dari aspek rohani dan jasmani. Justeru, guru perlulah bijak menggunakan

pelbagai teknik dan strategi pengajaran seiring dengan perkembangan semasa dalam arus

pendidikan. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu strategi bagi

meningkatkan kemahiran membaca terutamanya dalam aspek mengeja dan membatangkan suku

kata kvkv murid LINUS Tahun 1 iaitu menyelitkan unsur muzik iaitu didik hibur. Kajian ini

adalah untuk membuktikan bahawa strategi didik hibur dalam pendidikan dapat melahirkan

murid yang seimbang dari aspek-aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK).

Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan Kurikulum

Standard sekolah rendah (KSSR) pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan

(2010) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur

bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Pendidikan pada masa kini mementingkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi

seorang individu yang kreatif dan inovatif. Apabila murid melakukan aktiviti didik hibur iaitu

menyanyi, secara tidak langsung ia merupakan ekspresi emosi dan dapat membina keyakinan

murid.

. Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi

daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, irama lagu dapat mempertingkatkan

minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini dipersetujui oleh Abdul Fatah Hassan(1994),

6

Page 7: Proposal kajian tindakan linus

yang menyatakan bahawa, pada biasanya malumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan

menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin

menarik maklumat itu kepada seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin

mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan

jangka panjang.

Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang,2010). Gaya dan gerakan yang dimasukkan

dalam nyanyian akan dapat membantu murid dalam aspek jasmani. Melalui muzik dan nyanyian

juga dapat membantu murid dalam memperkembang kemahiran sosial mereka. Hal ini dapat

dilihat apabila mereka melibatkan diri bersama rakan-rakan ketika melakukan aktiviti didik hibur.

Dari aspek intelek pula murid harus mengingati lirik lagu atau perkataan yang mereka baca.

1.4 Refleksi sorotan Literatur

Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah

dalam membaca. Selain itu, 40% daripada kesemua kanak kanak yang berumur sembilan tahun di

Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (US Department of

Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak

tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan

membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007). Kelemahan dalam penguasaan

bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berterusan dari peringkat kanak-

kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts et al., 2002; Leitão dan Fletcher; 2004; Lewis

dan Freebairn, 1992; Roth et al., 2002; Snowling et al., 2000; Law et al., 2000).

Sekumpulan penyelidik (August dan Shanahan, 2006) dari Amerika Syarikat telah

menjalankan penyelidikan literasi dalam kalangan pelajar minoriti di Negara tersebut. Mereka

mendapati bahawa kebolehan membaca dan menulis dengan baik adalah satu keperluan untuk

mencapai kejayaan dalam kesemua mata pelajaran di sekolah dan juga peluang untuk melanjutkan

pelajaran. Selain itu, ekonomi mereka juga dapat ditingkatkan selepas tamat persekolahan.

7

Page 8: Proposal kajian tindakan linus

Hasil kajian Ambigapathy (2002) menunjukkan 76.2% daripada golongan belia enggan

membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada mereka tidak mengemari

bahan bacaan yang berbahasa Melayu.

Menurut statistik yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (1996),

kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun mempunyai kebolehan membaca dalam Bahasa

Melayu (57%), bahasa Mandarin (11%), bahasa Inggeris (5%), bahasa Tamil (3%) dan bahasa

Jawi (3%). Jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan

(Rahmalizah, 2009).

Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat

sekolah rendah juga begitu serius. Pada tahun 2006, seramai 138,271 orang pelajar atau 35.52%

pelajar tahun satu di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-

kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009). Banyak masalah yang akan

timbul akibat pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam

pelajaran, keputusan peperiksaan menjadi lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan

diri serta mudah berputus asa (Rahmalizah, 2009).

Pelajar-pelajar tersebut tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya

saing yang sangat rendah. Pelajar pelajar ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat

manfaat dari sistem pendidikan tetapi potensi tersebut tidak dapat dikembangkan sekiranya pihak

sekolah tidak mengenal pasti masalah mereka dari awal lagi. Sebilangan besar kanak-kanak

memerlukan bantuan intensif untuk memperkembangkan kemahiran membaca di peringkat awal.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pemerolehan bahasa mesti dikenal pasti semasa

peringkat bayi ke peringkat prasekolah. Terdapatnya beberapa cara intervensi yang berkesan dapat

membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran bahasa di peringkat awal agar masalah ini

tidak berlanjutan. Salah satu cara terutama ialah menerusi teknologi komputer (ICT).

Teknologi komputer (ICT) telah digunakan dalam bidang pendidikan selama beberapa

abad. 42 buah negeri di Amerika Syarikat menghendaki guru mengintegrasikan teknologi dalam

pengajaran mereka berdasarkan tinjauan pegawai teknologi peringkat negeri Amerika Syarikat

(Trotter, 1997). KPM telah berusaha untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran

8

Page 9: Proposal kajian tindakan linus

membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem

pendidikan akibat kemiskinan walaupun berada di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan

Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA).

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula

kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada

pendidikan pemulihan. Pada tahun 2010 pula, KPM juga telah melancarkan program LINUS

(Literacy and Numeracy Screening) yang merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk

untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (BM) dan numerasi selepas tiga tahun

mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Melalui pengajaran pemulihan pada tahap

satu (tahun satu – tahun tiga) ini, keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran

dikenal pasti dan mereka diberi bantuan pemulihan demi meningkatkan pencapaian akademik

mereka.

Program pemulihan adalah untuk mereka yang berada dalam tahun satu hingga tahun tiga

sahaja. Setelah naik ke tahun empat, pelajar tersebut tidak akan masuk ke kelas pemulihan lagi.

Justeru, mereka yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis akan ketinggalan

dalam kurikulum biasa dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya. Dengan erti

kata yang lain, pelajar tersebut akan naik ke peringkat sekolah menengah tanpa menyelesaikan

masalah yang mereka hadapi di sekolah rendah. Tanpa bantuan, mereka akan merasa rendah diri,

malu dan motivasi belajar akan menjadi rendah. Pelbagai masalah akan wujud di sekolah rendah

dan berterusan sehingga ke sekolah menengah jika perkara ini tidak ditangani segera (Shamsudin

Mohamad, Jamil Ahmad dan Siti Rahayah Ariffin, 2010).

Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan yang lebih awal terhadap

bentuk pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu pelajar yang

lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang berguna pada

masa hadapan. Data bilangan pelajar pemulihan khas di sekolah yang ‘dipulihkan’ selepas

9

Page 10: Proposal kajian tindakan linus

mengikuti program intervensi 3M menunjukkan bahawa program ini masih belum berjaya

memulihkan semua pelajar yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah

yang mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8% telah Berjaya dipulihkan

dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001). Data terkini menunjukkan bahawa

seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990 orang pelajar belum menguasai kemahiran

membaca pada bulan Julai, 2008 (BPPDP,KPM, 2008).

Dunia sekarang telah masuk ke era digital ekoran daripada perkembangan sains dan

teknologi yang pesat. Teknologi baru telah mencapai ke setiap pelusok dunia dan kuat

mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pendidikan, kewujudan perkakasan dan

perisian yang mendadak telah meningkatkan hasil P&P, misalnya program Fun Language

Learning with Multimedia (Tantri Agustiningsih, 2007). Istilah yang paling sesuai untuk

menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah “teknologi

maklumat merentasi kurikulum” (Norjihan Abdul Ghani et al., 2005).mJusteru, masalah

penguasaan kemahiran membaca diharap dapat diselesaikan melalui pengintegrasian teknologi

khususnya komputer dalam proses P&P.

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer dalam bahasa

Inggeris iaitu Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based Instruction/Education,

Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction, Computer Managed

Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction dan sebagainya.

Perbezaan istilah ini mungkin mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam

dunia komputer, akan tetapi ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini

(Norhashim Abu Samah et al., 1996). Menurut Gagne dan Briggs (1974), komputer dapat

digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak

dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.

10

Page 11: Proposal kajian tindakan linus

BAB 2 : FOKUS KAJIAN / SOALAN KAJIAN

2.1 Tinjauan dan analisis masalah

Tinjauan awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui kaedah temubual dan

pemerhatian yang dilakukan ke atas 20 orang murid LINUS tahun 1. Ada murid yang sudah

dapat membaca dengan betul dan lancar. Namun demikian, masih ada murid yang tidak boleh

membaca, dan boleh membaca tetapi dengan pelbagai kesalahan sebutan (kurang lancar). Melalui

temubual yang yang dilakukan secara terbuka, maklum balas daripada murid berkenaan masalah

11

Page 12: Proposal kajian tindakan linus

dan punca mereka lemah dalam membaca dapat diketahui. Guru yang ditemubual juga membantu

dalam mencari punca masalah tersebut dalam kalangan murid sekolah.

Rata-rata mengakui bahawa kelambatan mengeja dan ayat yang panjang adalah masalah

bagi mereka. Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan mereka

keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca. Membaca adalah satu perkara yang

penting di dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah

perhubungan kita dengan dunia luar. Begitulah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-

murid LINUS Tahun 1.

Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi murid-murid dalam komponen lain

selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam membaca akan

ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan mereka apabila masuk

ke arus perdana tahun satu.

Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh

mencetuskan minat membaca, adalah dengan penggunaan teknik didik hibur dengan harapan ia

mampu menarik minat murid untuk minat membaca. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif,

iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. Didik

hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan

kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan , berdialog dan

berpantun .

2.2 Objektif Kajian

Pengkaji telah membahagikan objektif kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan juga objektif

khusus .

2.2.1 Objektif umum

Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca murid LINUS tahun 1

yang masih lemah dalam membaca Bahasa Melayu.

12

Page 13: Proposal kajian tindakan linus

2.2.2 Objektif Khusus

Secara khususnya , kajian tindakan ini dapat:

1. Strategi Didik Hibur dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dengan lancar suku kata

KVKV dengan intonasi yang betul dan tepat.

2. Strategi Didik Hibur dapat meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran membaca

perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan sebutan yang betul dan tepat.

3. Strategi Didik Hibur dapat menilai keberkesanan tahap kemahiran membaca suku kata

KVKV murid LINUS Tahun 1.

2.3 Soalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ;

1. Dapatkah Strategi Didik Hibur meningkatkan kemahiran membaca murid dengan lancar

suku kata KVKV dengan intonasi yang betul dan tepat?

2. Dapatkah Strategi Didik Hibur meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran

membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan sebutan yang betul dan

tepat?

3. Dapatkah Strategi Didik Hibur menilai keberkesanan tahap kemahiran membaca suku kata

KVKV murid LINUS tahun 1?

2.4 Kumpulan Sasaran

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti aspek

yang perlu diambil kira sebagai kajian yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Beberapa

batasan kajian terpaksa dibuat bagi memudahkan kajian ini dijalankan.

Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut:

i) Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja di daerah Gombak,

Selangor.

13

Page 14: Proposal kajian tindakan linus

ii) Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 6 orang murid

LINUS tahun 1.

iii) Responden ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan teknik didik hibur dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid LINUS Tahun

1 .

iv) Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra, ujian pasca

dan proses pemerhatian. Ketekalan dan keboleh percayaan dapatan kajian ini

bergantung sepenuhnya daripada kejujuran dan tindak balas yang diberikan oleh

responden.

2.5 Penutup.

Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian, persoalan kajian,

kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi operasional. Kajian ini juga

melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah didik hibur bagi mengatasi

masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid LINUS Tahun 1.

BAB 3 : KAEDAH KAJIAN / TINDAKAN YANG DICADANGKAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Metadologi kajian

merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk menganalisis

dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi (20002:123), kaedah merupakan cara atau

jalan yang menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat

membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan

14

Page 15: Proposal kajian tindakan linus

berfokuskan kepada keupayaan kemahiran membaca murid LINUS Tahun 1 melalui teknik

latih tubi secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata.

3.1.1 Reka bentuk kajian.( Pendekatan Teknik Didik Hibur)

Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan kepada

penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan pengkaji

membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian.

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan kaedah kutipan pengumpulan

data yang tertentu bagi mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dikaji. Maklumat

ini akan diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang dijalankan dapat

meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1.

Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang dipilih.

Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada responden

nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru LINUS Tahun 1 ini akan dapat membantu pengkaji

dalam kajian ini. Guru LINUS Tahun 1 mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam bidang

pemulihan di mana saranan serta pengetahuan dapat digunakan untuk menolong

respondenresponden ini.

Sebelum proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh pengkaji untuk

melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam kemahiran membaca yang

dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat mengetahui pengetahuan sedia ada responden

serta setakat mana pencapaian mereka dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek.

Kemudian barulah pengkaji akan menggunakan ujian pos atau pun ujian penapisan kepada murid

atau responden untuk menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan

selepas ujian pra tadi.

Berikut adalah rekabentuk kajian yang akan dijalankan.

15

Page 16: Proposal kajian tindakan linus

Rajah 1: Rekabentuk Kajian menggunakan Pendekatan Teknik Didik Hibur

3.1.2 Populasi dan responden kajian.

Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 di SK Bandar

Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 6 orang responden yang

terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 2 orang

pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 7 tahun dan sedang belajar di dalam kelas yang

sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari segi minat, bakat dan

gaya belajar. Ini mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai

sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah penduduk sekitar kawasan

Bandar Tasik Puteri, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak boleh menguasai

16

.

Ujian Pra

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Pendekatan Teknik Didik Hibur

Ujian Pos

Rumusan

Analisa Keputusan

Page 17: Proposal kajian tindakan linus

kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan konsonon dan vokal

sahaja.

3.1.3 Perancangan tindakan.

3.1.3.1 Prosedur menjalankan aktiviti didik hibur

( i ) Pra Persediaan

Pada tahap ini, pengkaji harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan

murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang

pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah

tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, pengkaji

kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian.

( ii ) Penyampaian

Pengkaji boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-

murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya,

pengkaji mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid

membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, pengkaji

boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Latih

tubi nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingati.

Pengkaji perlu memberi perhatian kepada sebutan muridmurid. Pastikan setiap perkataan di

dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, pengkaji bolehlah

mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Penerangan diberi dan latih tubi bacaan

mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan

maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat.

( iii ) Penutup

Pengkaji menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, pengkaji boleh

menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya.

Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek

menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam

senikata lagu berkenaan.

17

Page 18: Proposal kajian tindakan linus

3.1.4 Tindakan yang dijalankan.

Masalah yang sering dihadapi oleh murid ialah bila membaca perkataan yang mempunyai suku

kata terbuka. Mereka akan tergapai – gapai untuk menyebut perkataan tersebut. Kajian kali ini

memfokuskan masalah murid LINUS Tahun 1 dalam menyebut dan membaca perkataan suku

kata terbuka seperti “ buku , sudu, mata, bahu, gula, lada, muka”. Ini kerana mereka belum

mahir lagi dalam membatangkan bunyi suku kata . Apabila menyebut suku kata yang kedua,

mereka sudah lupa pada suku kata yang pertama.

Kegagalan murid menguasai kemahiran menyebut dan membatangkan perkataan suku kata

terbuka tersebut mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca

dengan lancar. Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah ditetapkan, beberapa langkah

untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Untuk membantu murid-murid yang mengalami

masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV, pengkaji merancang untuk

menggunakan teknik didik hibur bagi membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi.

Pengkaji akan menjalankan satu ujian penilaian untuk menentukan tahap kecerdasan murid-

murid sebelum menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, pengkaji akan menjalankan

beberapa langkah dalam memperkenalkan kaedah ini.

Antara langkah-langkah yang akan pengkaji jalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1:

Pengkaji akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+ KV dengan

teknik didik hibur menggunakan slaid perkataan ‘angry bird’ seperti rajah 1 melalui aktiviti

nyanyian dan tepukan .

18

Page 19: Proposal kajian tindakan linus

Rajah 1

Aktiviti yang akan pengkaji jalankan adalah membaca perkataan dengan menggunakan

melodi “chicken dance”. Sebagai contohnya murid akan bertepuk tangan sambil mengeja

“s..u….. su / d..u... jadi SUDU” , “r…o…ro / t…i…ti…..jadi “roti” mengikut irama yang

diperdengarkan. Murid akan menyanyikan semua perkataan yang dipelajari pada hari tersebut

mengikut irama yang diperdengarkan.

Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan kajian tindakan

memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di

dalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005). Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang

begitu cenderung terhadap muzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar ‘angry bird’

adalah disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang

bercorak gambar tersebut.

Langkah 2:

Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul dan lancar,

langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan aktiviti rekreasi melalui

permainan domino sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Murid dikehendaki membaca

perkataan dengan iringan muzik tempo laju.

Pada tempo perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan gambar

pada kad domino sebelumnya. Pengkaji akan mengadakan pertandingan di antara responden-

responden ini. Murid yang dapat menyusun kad domino dengan betul dan terpantas dikira

19

Page 20: Proposal kajian tindakan linus

pemenang. Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri jawapan yang

disusun sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun.

Murid perlu membaca dengan betul baharulah mereka akan dapat mencari gambar yang

betul untuk disusun. Aktiviti ini akan memberi kepuasan sekiranya murid dapat menyusun dengan

betul dan pantas. Setelah menjalankan beberapa langkah di atas, pengkaji akan membuat penilaian

semula bagi melihat sejauh mana keupayaan murid dapat membaca perkataan suku kata terbuka

kv + kv. Selepas itu, pengkaji akan menjalankan satu sesi temubual terhadap responden yang

terlibat tentang perasaan mereka setelah menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan.

3.2 Instrumen dan perancangan cara mengumpul data

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengumpul data awal berasaskan beberapa sumber. Antaranya

adalah seperti melalui temubual, pemerhatian bersemak, dan penilaian melalui ujian pra. Data-

data akan direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang pelaporan penguasaan

individu yang disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah ini, pengkaji akan menjalankan

satu ujian penilaian untuk melihat perkembangan dan kemajuan murid dalam kajian tindakan

yang pengkaji jalankan. Pengkaji juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah

memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua suku kata

terbuka. Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu.

3.2.1 Temubual .

Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat matlamat melalui berhubung secara lisan

dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual. Pengkaji mudah

untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan jelas. Pengkaji juga

20

Page 21: Proposal kajian tindakan linus

telah membuat temu bual tidak berstruktur bersama guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka.

Bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan responden-

responden. Seramai 6 orang murid dari kelas LINUS Tahun 1 telah dipilih untuk ditemu bual

berdasarkan tingkah laku dan tindak balas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Dalam tinjauan awal satu temu bual telah dijalankan secara rawak.

Persoalan yang dikemukakan adalah ;

“ Mengapakah murid-murid tidak suka membaca ?”

Jawapan murid ;

Malas hendak mengeja, lambat mengeja , tidak tahu membunyi suku kata dan pelbagai

alasan lagi.

Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham apa yang

mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi punca mereka terlupa suku

kata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah

teknik didik hibur seperti yang diterangkan di atas diharap dapat membantu murid LINUS Tahun

1 meningkatkan kembali kemahiran membaca.

3.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan suatu maklumat yang dilakukan dengan melihat atau mendengar

sesuatu peristiwa , kemudian hasil keputusan direkodkan di dalam bentuk yang sesuai mengikut

kehendak kajian. Pengkaji membuat pemerhatian bersemak sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat tingkah laku dan tindak

balas murid terhadap pembelajaran

Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat dengan jelas di

mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Kelemahan

yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian penilaian dijalankan. Didapati kesemua responden

yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Mereka tidak dapat

21

Page 22: Proposal kajian tindakan linus

membaca dan mengeja walau pun perkataan yang diberikan adalah mudah. Oleh yang demikian,

satu kajian tindakan perlu dilakukan demi membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran

membaca mereka.

3.2.3 Ujian Pra

Kaedah ini digunakan sebagai kayu pengukur terhadap kesesuaian instrumen yang

diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden sama ada memberikan

kesan positif mahupun tidak secara eksplisit. Untuk mendapat data bagi ujian pra, kaedah lisan

digunakan. Dalam kaedah lisan ini murid diminta membaca kuat satu petikan di hadapan guru.

Guru membuat penilaian terhadap bacaan murid ..

3.2.4 Ujian Pos

Ujian ini akan digunakan setelah responden diberi rawatan dalam masa lima minggu

menggunakan kaedah didik hibur. Diharapkan agar kesemua 6 orang pelajar berkenaan telah

dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

3.2.5 Kerangka teoris.

Selain itu, satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan. Justeru itu pengkaji memilih

model Laid Law (1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi panduan dalam

menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat

tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang

wujud. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah, menemubual responden

dan guru kelas. Hasil pemerhatian dan temubual tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti punca

sebenar masalah yang dihadapi oleh responden.

Pada peringkat kedua ialah perancangan. Pengkaji telah merancang pelan tindakan untuk

mengatasi masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana pengkaji akan mengatasi

masalah pelan tindakan yang telah dirancang. Kaedah Pendekatan Teknik Didik Hibur akan

dijalankan terhadap responden. Kaedah ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku

kepada responden. Pada peringkat keempat iaitu peringkat refleksi, pengkaji akan menilai

22

Page 23: Proposal kajian tindakan linus

keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang

pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini membantu pengkaji menjalankan kajian. Berikut

merupakan kerangka konsep yang digunakan.

Rajah 2 : Rajah model reka bentuk Laid Law (1992)

Kerangka: Model Laid Law yang diubahsuai

23

PERANCANGAN

TINJAUAN

Mengenal pasti masalah murid tidak tahu membaca

suku kata kvkv.

GELUNG 2

GELUNG 2

Page 24: Proposal kajian tindakan linus

3.3 Prosedur pengumpulan data.

Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian , temubual dan ujian pra yang

diberikan kepada kepada 6 orang murid LINUS Tahun 1 yang dikenal pasti lemah dalam

kemahiran membaca. Setelah pengkaji mengenal pasti masalah responden tersebut , kumpulan

rawatan yang terdiri daripada 6 orang murid telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur.

24

PERANCANGAN

Merancang untuk mencari sebab-sebab murid tidak tahu

membaca suku kata kvkv dengan menggunakan strategi

didik hibur.

TINDAKAN

Menggunakan strategi didik hibur dan

melaksanakan ujian.

REFLEKSI

Membuat andaian murid berjaya atau tidak berjaya. Sekiranya tidak berjaya,

pengkaji akan menggunakan

GELUNG 1

GELUNG 1

Page 25: Proposal kajian tindakan linus

Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima minggu . Ujian pos

telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu pada minggu terakhir kajian.

3.3 Prosedur menganalisis data.

Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada

keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis

data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut

pemerhatian dan penilaian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada

pemerhatian dan penilaian itu, perkaitan antara data dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini

data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data akan dimuatkan

dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis

sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebut.

3.4 Perancangan pelaksanaan kajian

3.4.1 Jadual pelaksanaan

JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN.

Bil Aktiviti Tarikh/Tempoh Catatan

1 Penerangan tentang Kajian Tindakan

dalam interaksi di IPGKBM

6 Julai 2014

10 Ogos 2014

7 September 2014

3 kali

interaksi

2 Menerima tugasan kajian tindakan dan

penerangan tentang tatacara

melaksanakan proposal kajian tindakan

5 Ogos 2014

3. Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data tinjauan awal

20 hari

25

Page 26: Proposal kajian tindakan linus

4. Menentukan Objektif/ soalan kajian 3 hari

5. Merancang tindakan 10 hari

6. Melaksanakan tindakan 8

7. Menganalisis tindakan 2

8. Membuat refleksi 1

9. Menghantar e-mail draf/rangka kasar

kepada pensyarah penyelia , Dr. Mashudi

Bahari.

mashudiba

hari@yah

oo.com

10. Bengkel pemantapan dan pemurnian

Penyelidikan Tindakan di Hotel Seri

Bernam, Sabak Bernam.

16 September 2014

17 September 2014

2 hari

11. Menulis laporan kajian 10 hari

12. Pembentangan dapatan kajian 2 hari

3.4.2 Kos kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti × Harga Seunit Jumlah Kos

1 Kertas A4 3 rim × RM 12 RM 36.00

26

Page 27: Proposal kajian tindakan linus

2 Ink Canon Pixma E510 2 × RM 57 RM 114.00

3 Photostat RM 20 RM 20.00

4 Ganjaran kepada murid RM 30 RM 30.00

5 Pewangi tangan RM 10 RM 10.00

JUMLAH KOS RM 280.00

3.9 Penutup

Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam menghasilkan datadata

yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara sistematik. Prosedur kajian yang

betul mampu membantu melancarkan proses kajian serta menyusun data dengan betul dan tepat.

Hasil yang diperoleh akan membantu pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang

dijalankan. Dalam bab seterusnya akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data

yang telah dikumpulkan dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data

dalam bab seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini

BAB 4 : TINJAUAN LITERATUR.

4.1 Pengenalan

Terdapat beberapa tinjauan literatur yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu

mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca ini. Permasalahan

yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir sama seperti mana yang hendak dijalankan, cuma

27

Page 28: Proposal kajian tindakan linus

bahan kajian sahaja dan reka bentuk kajian yang berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan

dapat membantu guru-guru serta murid-murid menangani masalah pembelajaran yang sering

mereka hadapi.

4.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Kemahiran membaca.

Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan ( PIPP ). Antaranya ialah pembangunan insan yang merujuk kepada ilmu

pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pula melalui membaca.

Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai

asas membaca dan menulis.

Hal ini ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa

murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran

membaca. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah

menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut statistik daripada

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai 85

377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca dan

menulis iaitu tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu,

minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian, didapati hanya

42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan.

Itu pun hanya separuh ( 20 % ) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya

( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat

Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200

muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang

kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan

bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah

difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya

28

Page 29: Proposal kajian tindakan linus

masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan

Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000

dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan

tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu

perkara yang perlu diatasi segera.

4.3 Kajian membaca dalam negara.

Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit

demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk

membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan

kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan,

meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi,

menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti,

melihat dan memerhati. Menurut Yahya Othman (2003), proses membaca adalah usaha

berterusan yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna

teks yang dibaca.

Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang dilakukan oleh pembaca

semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat di dalam teks. Atan Long

(1983) , kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula

kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan

itu. Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan kemahiran-

kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran berkenaan bahasa yang

digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan perkataan-perkataan yang terdapat dalam

bahasa itu.

Sebelum murid-murid boleh membaca mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan

bahasa yang digunakan, iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara

perkataan itu disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila kanak-kanak mula belajar membaca,

mereka lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang mengikut

struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam pengalaman dan mengikut

29

Page 30: Proposal kajian tindakan linus

pengetahuan mereka sehari-hari. Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan

murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur.

Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka

tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah

Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007).

Menurut Mangantar Simanjuntak (1985), psikolinguistik menganggap membaca itu

sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti.

Pencarian dan penentuan erti ini dilakukan dengan cara mengerahkan erti yang ada dalam otaknya

kepada teks yang dibacanya dengan tiga jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah

proses membaca merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan

yang ada pada pembaca.

Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar

Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang

wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid

KIA 2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 kalangan pelajar sekolah rendah dan

menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar

menunjukkan 18 % ada mengalami masalah membaca.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan

tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua,

menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang

mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya

masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan

Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000

dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan

tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu

perkara yang perlu diatasi segera.

Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai

langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah

dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. Masalah kegagalan murid menguasai

kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk

30

Page 31: Proposal kajian tindakan linus

“Reading Success In The Intervension Classroom”. Menurut Yahya Othman (2005) , semasa

membaca dan sekiranya andaian kita sudah dapat dipastikan, teks itu akan menjadi lebih

bermakna.

4.4 Kajian membaca luar negara.

Banyak kajian mengenai masalah minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini

kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian

di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima untuk mengetahui jenis

pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343

orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang

dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita

fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati

kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi.

Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walau

pun masih di dalam kelas LINUS Tahun 1 mendapati bahawa faktor utama yang mendorong

mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan

oleh ibu bapa. Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti

mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada

seseorang individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah

keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran

yang betul.

Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca

kerana setiap yang dilihat boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Bolt

(1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah empat, enam dan lapan

untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan persekitaran. Beliau mendapati

kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas

pembacaan murid-murid. Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang

signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas

pembacaan murid-murid.

31

Page 32: Proposal kajian tindakan linus

Kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas murid-murid remaja di

Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi daripada ibu bapa

mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi dalam peristiwa semasa dan

selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga lebih mempercayai berita daripada

televisyen berbanding dengan akhbar. Namun begitu satu daripada empat muridmurid sekolah

tinggi didapati membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah

kesihatan 49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%.

Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak

perlu lebih daripada 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan

meningkatkan kemahiran membaca mereka. Schorp (1986) yang menjalankan kajian di

Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat mendapati terdapat perbezaan yang

signifikan di antara murid lelaki dan perempuan dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan

membaca juga bergantung kepada kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa,

pekerjaan bapa dan persekitaran di rumah. Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang

kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang

mempengaruhi bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur,

kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa.

Moore (1992) menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati

bahawa cara kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan yang

signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut.Manakala Bonacci (1993), telah

membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah 6 yang berkemahiran membaca dan tidak

berkemahiran membaca. Seramai 65 orang kanak-kanak telah disuruh membaca 8 petikan sains

pendek dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat mereka. Beliau mendapati

bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang lebih baik

berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi perbendaharaan kata

dan daya mengingat.Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia

menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur 9 tahun di

Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca ( U.S. Department of

Education, 1998 ). Seramai 8 hingga 12% kanakkanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun

32

Page 33: Proposal kajian tindakan linus

satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan

membaca di Amerika Syarikat dan Kanada

(Jamieson,2007). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di

peringkat prasekolah akan berlanjutan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan

seterusnya ( Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth, Speece, &

Cooper, 2002; Snowling, Bisjop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris, Harkness & Nye,

1998 ). Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan mengaitkan

model membaca psikologi kognitif. Kajian ini bertujuan menilai pengajaran membaca

kefahaman yang diamalkan bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada

tahun 1978. Kajian itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang memberikan impak

dalam pengajaran pemahaman membaca.

Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan peta semantik dapat

memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar. Pelajar lebih memahami teks yang dibaca

dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan penggunaan strategi membaca seperti

menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat meningkatkan kemahiran membaca .

Mengikut Grough dan Ilillinger, dalam Tunmer dan Nesdale,

1985:3 ( http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm .), kebanyakan kanak-kanak yang tidak

pernah dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca dengan baik. Ini menunjukkan bagi

kanak-kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang

sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bacaan yang dapat memberi kesan

yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar bacaan.

Berdasarkan kajian tentang masalah membaca, Vernon (1971: 2) membuat kesimpulan

bahawa masalah membaca pada asasnya ialah satu masalah kognitif. Menurut Awang Sariyan

(1991) pula, pembelajaran bahasa merupakan proses mental. Oleh itu penekanan terhadap makna

dan cara pertuturan perlulah diberikan perhatian terlebih dahulu(

http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm ). masalah pelajar tidak boleh membaca wujud

disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya latar belakang keluarga, cara atau kaedah pengajaran

guru, faktor pelajar itu sendiri dan faktor persekitaran. Masalah tersebut tidak seharusnya

dipandang ringan. Disebabkan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai pihak turut

33

Page 34: Proposal kajian tindakan linus

berminat untuk menjalankan seminar, simposium dan kajian bagi mendalami seterusnya

mengatasi masalah tersebut.

4.5 Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca,

mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan.

Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya

mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid

agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan

proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004).

Contohnya pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan

yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca . Keadaan ini secara tidak

langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri

mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik

darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini

juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa

mereka membaca (Nordin Mamat, 2005)

4.6 Peranan ibu bapa.

Terdapat hubungan yang rapat di antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam

pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang

kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelaskelas tadika

mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka mereka cepat dan lancar membaca

ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.

Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat

membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca

kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi

kemahirankemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa

34

Page 35: Proposal kajian tindakan linus

dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan

kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah

menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah.

Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang

diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing

dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model

yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih

mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu

menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam

dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana sudah

menjadi tabii anak-anak suka meniru.

4.7 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (KSSR)

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan

murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan

diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial

dalam kehidupan harian. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata- pelajaran dan pengalaman

terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian,

permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di

bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).Ling Chu

Poh (1990) menyatakan kurikulum perlu menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti terutama

yang berbentuk permainan.

4.8 Kajian Pendekatan Didik-Hibur

Salah satu pendekatan dalam aktiviti komunikasi pembangunan ialah menyalurkan

maklumat bagi tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat dan untuk menggerakkan

masyarakat melalui media massa. Dalam bidang penyiaran (radio dan televisyen), pendekatan

didik-hibur adalah satu strategi yang sering digunakan bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Bermula dengan gagasan Model Penyerapan Inovasi oleh Rogers dalam tahun 1967, model ini

35

Page 36: Proposal kajian tindakan linus

terus berkembang menjadi pendekatan-pendekatan yang lebih relevan seperti pendekatan didik

hibur dan Teori Pemasaran Sosial (Morris, 2002).

Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan

berpendidikan adalah satu proses merancang dan melaksanakan mesej media massa bagi tujuan

mendidik dan menghibur; dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan audien tentang isu-isu

yang penting dalam masyarakat; menyemai sikap yang positif; mengubah kepercayaan dan

nilainilai sosial yang kolot, karut, dan merugikan; serta mengubah tingkah laku tampak (overt

behaviour) (Singhal dan Rogers, 1999; dan 2002). Pendekatan ini bukanlah satu teori dalam

bidang komunikasi, sebaliknya ia adalah satu strategi atau pendekatan bagi tujuan memperoleh

perubahan tingkah laku dan perubahan sosial. Bagaimanapun, beberapa teori komunikasi seperti

Teori Kognitif Sosial, Teori Penentuan Agenda, Teori Penerimaan, Teori Penghakiman Sosial,

Teori Penggunaan dan Pemuasan Media dan beberapa lagi teori didapati turut menyokong

pendekatan ini (Singhal dan Rogers, 2004).

Pendekatan didik-hibur menggunakan genre hiburan seperti drama radio, drama

televisyen, rancangan kartun, muzik, lagu, rancangan bual bicara atau sembang-sembang (talk

show), komedi situasi dan juga iklan-iklan kemasyarakatan dalam usaha mencetus perubahan

sosial (Singhal dan Rogers, 2004). Dalam erti kata lain, pendekatan ini menggunakan genre-

genre media massa yang secara sepintas lalu dilihat sebagai genre hiburan. Ini penting kerana

genre hiburan mampu menarik perhatian audien yang ramai, manakala mesej-mesej pendidikan

disalurkan secara yang tidak disedari oleh audien.

Bagaimanapun, pendekatan ini tidak pula mempersoalkan tentang dichotomi atau garis

pemisahan, dan perbezaan kadar antara unsur-unsur hiburan dan pendidikan di dalam sesebuah

genre hiburan bagi maksud tersebut.Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan lagu ( didik hibur ) dalam menyebut dan

membaca perkataan suku kata terbuka. Didik Hibur merupakan satu kemahiran baru yang

diperkenalkan dalam Kurikulum baharu KSSR .

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan cara atau kaedah yang akan

digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu LINUS Tahun 1. Kaedah ini

juga telah diguna pakai untuk mata pelajaran Matematik dan hasilnya amat memberansangkan.

Nyanyian merupakan salah satu daripada cabang muzik . Muzik adalah sebahagian daripada

36

Page 37: Proposal kajian tindakan linus

alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya. (Kementerian Pendidikan

Malaysia,1983).

Abdullah al – Amin al Na’miy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibu Khaldun

telah mengisytiharkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik

dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa

melagukan sesuatu lagu. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988) , menyanyi adalah

aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik

darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik dan menyeronokkan. Kanak – kanak suka

menyanyi dan bagi kanak – kanak yang masih belajar , menganggap menyanyi lebih sebagi satu

bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu kegiatan yang

dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri

memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta

disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan senikata lagu

mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan

antaranya ialah menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses

pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa.

Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah. Menyanyi dapat

membantu proses mengingat kanak – kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu muridmurid

menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat.

Lagu juga boleh membantu menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak

mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne hafizah (2009) hasil dapatan terhadap beberapa orang

murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat

meransang minat murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya

menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.

Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :

37

Page 38: Proposal kajian tindakan linus

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”Ayat Al-

Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan

Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi, bagi mengingat dan

menghafal sesuatu perkara ,seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya

ingatan itu berkekalan.Dalam model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah

mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi

dan perasaannya serta setiap individu mempunyai cara yang berbeza.

Dalam proses mengingat, emosi memainkan peranan yang penting. Emosi mempengaruhi

keupayaan seseorang itu mengingat dan menghafal fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan

emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas. Murugiah Velayutham (1997)

melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke

arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah

pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang

digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan belajar.

Menurut pandangan Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau

menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama. Kemahiran

mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan

tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-kejadian yang penting,

aktiviti –aktiviti harian tidak dapat dilaksanakan dengan baik, teratur atau sistematik. Jika

seseorang itu lupa ingatan , sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal benda

atau rakan – rakannya yang lain.Penggunaan nyanyian/ karaoke ini bertujuan untuk

meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk

di dalam kelas.

Selain itu, ia juga akan menarik minat pelajar untuk belajar melalui teknik ini. Monks

(2000), muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan

pemikiran. Muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya

pembelajaran. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991) banyak kajian lepas telah dikendalikan

untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap perkembangan

mental pelajar.

38

Page 39: Proposal kajian tindakan linus

Drosher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke dapat

meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian

dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar

mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan. (Colwell, 1994, Register,

2001 dan Stanley & Hughes, 1997). Hansen & Bernstrof, 2002. Hasil kajian lepas juga

menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian

dalam mata pelajaran.

Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara

pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. llen (2007) kelemahan yang terdapat dalam

penggunaan nyanyian / karaoke dalam mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam

pencapaian kemahiran membaca bagi pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu

tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Menurut Borich & Tombari (1997) murid perlu memainkan peranan aktif dalam

memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid

memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat

terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membiak kefahaman

atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah,

2002).

Menurut Dewey (1966) pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar

berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.

Menurut Shamsudin Othman (2004) konsep ‘belajar dalam berhibur’ telah diperkenalkan.

Terdapat empat ciri didik hibur, ciri-ciri tersebut ialah, pertama sesi pembelajaran yang dijalankan

mestilah menyeronokkan kerana di dalam pendekatan ini perlu mengandungi unsur kelakar,

kecindan estetik, permainan muzik lakonan dan sebagainya. Keduanya pendekatan yang

mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid-muri kepada guru.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru

murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu

untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Objektif aktiviti cenderung kepada

39

Page 40: Proposal kajian tindakan linus

pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah

atau menang, tiada ganjaran atau dendaan.

Ketiga sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.

Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya kanak-kanak boleh main peranan dengan

menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting arahan guru perlu jelas dan ringkas di

samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan kanak-kanak terhadap pengajaran

dan pembelajaran. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting

berjaya melibatkan seramai mungkin murid-murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

Ciri keempat ialah didik hibur merupakan aktiviti yang lebih menjurus kepada aktiviti

berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, bekerjasama dan

toleransi. Murid-murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi

terkawal untuk memberikan suatu persembahan yang menarik. Kanak-kanak bebas untuk

bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. Aktiviti didik hibur banyak

menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Manakala menurut Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian (2011) pula, guru yang

melaksanakan pendekatan didik hibur wajar bersifat;

i. Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. ii. Kelakar-mengubah

suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. iii. Seronok dan gembira- banyak aktiviti

nyanyian dan gerak badan.

iv. Semangat mencuba- usaha kanak-kanak untuk menghasilkan cerita ringkas

daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.

v. Tidak takut dan kurang stress-guru turut menyanyi bersama-sama kanak-kanak.

5.0 PENUTUP

Kajian Literatur membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji. Kajian-

kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan atau pun

penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk

menanam minat membaca dalam kalangan murid LINUS Tahun 1. Faktor-faktor yang

dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk

memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan

40

Page 41: Proposal kajian tindakan linus

minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan

murid LINUS Tahun 1 bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu

dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh

menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu

mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini.

BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Talib.(1989). Pengajaran dan Penguiian Bahasa: Perspektif Untuk Perguruan.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdullah Sani. (1990). Pendidikan di Malaysia .Kuala Lumpur:Longman.

Abdullah Sani Yahaya.(2003). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Siri Buku Pendidikan Khusus Keperluan Para  Pendidik. Pahang :PTS Publications Sdn. Bhd.

41

Page 42: Proposal kajian tindakan linus

Abdul Rasid Jamian .(2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 1 (1). pp. 1-12. ISSN ISSN: 2180-4842

Abdul Fatah Hassan .(1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaaran:Keseluruhan Otak

dan Daya Berfikir.Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long (1980).Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azizul Rahman Abd Rahman.(2009). Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia . Dewan Siswa

Allen, D. (2007). Improving Language Acquisition Skills for English Language Learners With Music Instruction. An Action Research Project. Shawnee Mission Board of Education.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan

Kurikulum Bahasa Malaysia 2011.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Kula Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Borich, G.D.&Tombari, M. L. (1997).Educational Psychology: A Contemporary Approach.

New York: Longman. Butzlaff, R. (2002). Can music be used to teach reading? Journal of Aesthetic Education,

Dewey, J. (1966a). John Dewey Selected Educational Writings. Edited by Garforth, F.A. London. Heinemann Educational Books Ltd.

Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children. http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf . Harison Bt Othman.(2005).Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan

Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis: Institut Perguruan Perlis. Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa

Malaysia Tahun 1 (2010).Putrajaya :Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamarudin Haji Husin.(1993).Perkaedahan Mengajar Bahasa.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur.

42

Page 43: Proposal kajian tindakan linus

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2002). Psikologi Pendidikan. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad.(1993).Mengekalkan Daya Ingatan.Kuala Lumpur:Berita Publishing.

Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur.

Yahya Othman.(2003).Mengajar Membaca Teori Dan Aplikasi. Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca.Pahang:PTS Publications & Distributors.

Lamb, Susannah, J. & Gregory, Andrew, H. (1993). The Relationship between Music And Reading in Beginning Readers. Educational Psychology, 13(1), 19-26.

Shamsudin Othman, Wan Nolidza Mohd Zain. 2004. Bahasa Melayu Kelas Peralihan (Buku

Teks Kementerian Pelajaran Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah

Rendah . Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors Syed Abu bakar Syed Akil .(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Whitehurst, G.J. & Lonigan,C. (2001). Emergent Literacy:Development From Prereaders To Readers .New York :Guilford.

Zulkifley Hamid .(2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Selangor: PTS Pendidikan Profesiona

LAMPIRAN 1

Pemerhatian daripada tinjauan awal menggunakan kad bacaan.

BIL KEMAHIRAN BAHASA

(MEMBACA)

JUMLAH MURID PERATUS CATATAN

1. Lancar

2. Kurang lancar

43

Page 44: Proposal kajian tindakan linus

3. Tidak lancar

JUMLAH

LAMPIRAN 2

Suku kata KVKV yang digunakan dalam kajian ini:

Suku kata KVKV

buku

sudu

mata

44

Page 45: Proposal kajian tindakan linus

bahu

gula

lada

muka

LAMPIRAN 3

Borang pemerhatian

Responden :

Sukukata Menguasai Tidak menguasai

45

Page 46: Proposal kajian tindakan linus

bu

ku

su

du

ma

ta

gu

la

mu

ka

da

ba

hu

LAMPIRAN 3

Borang temu bual dengan guru.

Responden:

BIL KEMAHIRAN MEMBACA MENGUASAI

SUDAH BELUM

46

Page 47: Proposal kajian tindakan linus

1. Penguasaan kemahiran membaca suku kata KV

2. Penguasaan membina perkataan daripada suku kata terbuka KV + KV

3. Penguasaan membaca perkataan daripada suku kata terbuka KV+KV

47


Top Related