Transcript

PROPOSAL PENYELIDIKAN

OLEH : DEVARAJAN A/L T. MARATHA PILLLAI

M20102000952

Latar Belakang Kajian :

Kejayaan & kegagalan organisasi dipengaruhi oleh stail pengurusan pemimpin sesuatu organisasi.

Sekolah adalah organisasi sosial yang diketuai dan dipimpin oleh pengetua.

Pengurusan merujuk kepada pencapaian matlamat organisasi secara efektif & cekap.

Pernyataan Masalah :

Tajuk kajian : “Hubungan Stail Pengurusan Pengetua dengan Suasana Kerja Guru : Satu Kajian di Sekolah-sekolah Menengah Terpilih di Daerah Larut, Matang & Selama, Perak.”

Objektif Kajian :

Kenalpasti corak suasana kerja yang wujud dalam kalangan guru-guru sekolah menengah

Kenalpasti corak stail pengurusan pengetua-pengetua di sekolah menengah.

Perhubungan antara stail pengurusan pengetua dengan suasana kerja positif & suasana kerja negatif guru di sekolah menengah.

Dimensi stail pengurusan pengetua yang merupakan peramal terbaik kepada suasana kerja positif di sekolah menengah.

Dimensi stail pengurusan pengetua yang merupakan peramal terbaik kepada suasana kerja negatif di sekolah menengah.

Soalan Kajian :

Persoalan 1 – corak suasana kerja yang wujud.

Persoalan 2 – stail pengurusan pengetua yang diamalkan.

Persoalan 3 – hubungan yang wujud antara dimensi pengabaian, dimensi berorientasikan kerja, dimensi dorongan, dimensi pertimbangan & dimensi stail pengurusan sebagai peramal terbaik, dengan suasana kerja positif atau negatif di sekolah-sekolah.

Hipotesi Kajian :

Tiada perhubungan signifikan antara dimensi pengabaian, dimensi berorientasikan kerja, dimensi dorongan, dimensi pertimbangan & dimensi stail pengurusan sebagai peramal terbaik, dengan suasana kerja positif di sekolah-sekolah.

Tiada perhubungan signifikan antara dimensi pengabaian, dimensi berorientasikan kerja, dimensi dorongan, dimensi pertimbangan & dimensi stail pengurusan sebagai peramal terbaik, dengan suasana kerja negatif di sekolah-sekolah.

Kepentingan Kajian :

Dapat bantu kumpul maklumat tentang stail pengurusan pengetua & hubungannya dengan suasana kerja guru di sekolah menengah.

Skop Kajian :

Kajian ini hanya melibatkan guru-guru sekolah-sekolah menengah yang terpilih di Daerah Larut, Matang & Selama (LMS), Perak & tidak mewakili semua populasi guru atau semua sekolah menengah di Malaysia.

Definisi Operasional :

Pengetua – ketua jabatan sekolah menengah

Suasana kerja – persekitaran kerja harian

Kepuasan kerja –emosi yang menyeronokkan

Sekolah menengah –sekolah menengah harian kerajaan & bantuan kerajaan

Stail pengurusan – cara penggunaan kuasa oleh pengetua untuk memimpin, merancang, mengarah, mengurus & menyelaras kerja.

Konsep Pengurusan & Stail Pengurusan :

Definisi pengurusan (beberapa buku dirujuk)

Maksud efisien (Griffin, 2002)

Pengertian gaya atau stail (Kamus Dewan)

Maksud tingkah laku pengetua (Hoy & Hoy, 2003)

Stail pengurusan (Halpin & Croft, 1963)

Konsep Suasana Kerja :

Definisi suasana kerja (beberapa buku)

Kajian Berkaitan Stail Pengurusan & Suasana Kerja :

Pemahaman tentang hubungan langsung antara stail pengurusan dengan suasana kerja (beberapa buku, tetapi terhad)

Teori Stail Pengurusan & Suasana Kerja :

Beberapa teori stail pengurusan & suasana kerja digunakan.

Contohnya Teori X & Teori Y (Douglas McGregor)

Pendekatan Berorientasikan Tugas &Pendekatan Berorientasikan Pekerja oleh Likert(Siepert & Likert, 1973)

Kerangka Konseptual Kajian :

Gunakan ‘Organizational Climate Description Questionaire’ (OCDQ) (Halpin & Croft, 1963).

Pendahuluan :

Kaedah kajian mestilah sesuai dengan tujuan kajian iaitu mengenalpasti stail pengurusan pengetua, suasana kerja guru di sekolah dan hubungan antara kedua-duanya.

Kaedah Kajian :

Kaedah penyelidikan atau tinjauan digunakan

Tinjauan deskriptif bermatlamat menerang sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Sampel Penyelidikan & Kaedah Persampelan :

Sekolah menengah sebagai sampel kajian

Kaedah persampelan ialah persampelan kelompok (cluster sampling)

Populasi guru seramai 360 orang dari 9 buah sekolah digunakan sebagai sampel kajian.

Instrumen Kajian :

Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian.

Bahagian A mendapatkan maklumat diri reponden

Bahagian B mengukur suasana kerja guru

Bahagian C mengukur stail pengurusan pengetua

Kebolehpercayaan Instrumen :

Merujuk kepada keupayaan instrumen kajian mengukur pembolehubah kajian secara konsisten setiap kali digunakan pada masa, tempat dan sampel yang berlainan.

Pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.6 sering digunakan.

Kajian dijalankan semula untuk menguji kebolehpercayaan instrumen.

Kajian Rintis :

Instrumen kajian diuji terlebih dahulu melalui kajian rintis ke atas 30 orang responden di 2 buah sekolah di daerah LMS.

Kaedah Analisis Data :

Data kajian dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.0

Statistik deskriptif & statistik inferensi digunakan

Analisis realibiliti digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.

Kaedah ‘Cronbach Alpha’ digunakan untuk analisis realibiliti.

Kaedah kajian korelasi Pearson digunakan untuk melihat perhubungan antara stail pengurusan dengan suasana kerja.

Hubungan korelasi menunjukkan sama ada hubungan linear antara 2 variabel adalah positif, negatif atau pun tiada hubungan linear.


Top Related