Transcript
Page 1: PROGRAM BIASISWA KHAZANAH€¦ · depan, Yayasan Khazanah menawarkan dua jenis biasiswa kepada warganegara Malaysia melalui Program Biasiswa Khazanah, iaitu: Biasiswa Global Khazanah

Penting: Sebarang komunikasi adalah melalui e-mel. Sila pastikan e-mel yang diberi adalah betul dan masih aktif. Yayasan Khazanah tidak akan melayan sebarang pertanyaan berkaitan status permohonan melalui telefon.

- -

Untuk maklumat lanjut dan permohonan , sila layari laman web www.yayasankhazanah.com.my

PROGRAM BIASISWA KHAZANAH

Jika anda memiliki pencapaian akademik yang cemerlang, bermotivasi dan berdaya maju serta memiliki potensi kepimpinan, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Khazanah 2015.

Dalam usaha kami untuk membangunkan barisan pemimpin masa depan, Yayasan Khazanah menawarkan dua jenis biasiswa kepada warganegara Malaysia melalui Program Biasiswa Khazanah, iaitu:

Biasiswa Global KhazanahBagi mereka yang sedang atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama atau ijazah lanjutan di univer-siti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia.

Peluang juga terbuka kepada mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama menerusi program Foundation A-Level untuk kemasukan ke universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia.

Biasiswa Watan KhazanahBagi mereka yang sedang atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama menerusi program Foundation atau Asasi di universiti-universiti terpilih di Malaysia.

Peluang juga terbuka kepada mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama menerusi program Foundation atau Asasi di universiti-universiti tepilih di Malaysia.

Top Related